Saturday, 30 October 2010

CBs aka Jejari Kongo ...

Perasan tak ramai dah terkesima pada CBs?? Orang berCB, I pun berCB - mana bleh ketinggalan, kaan?

Mood membaking berada pada latitude/longitude 1deg 0'0"S/15deg 0'0"E. Apakah? kahkahkah.. Maknanya mood berada pada tahap yang tersangat luar biasa maka bermulalah expedisi merentas benua Afrika, kakakaaa...

I macam tau2 aje apa silapnya dengan CBs nih.. Sepatutnya I guna pizza tray yang lebih luas dan lebar berbanding dengan loyang yang kat atas tu (dah lama tak sebut loyang). Adunan dan loyang mestilah ada keakrabannya, if not we won't get the desired result. Percayalaah ;-)

Loyang tu baru jer dibeli (notice the kilauan 'bling2'), memang sesuai sangat untuk buat kuih lapis (bukan kuih lapis yang guna 188 biji telur untuk satu adunan tu taw, vukan.. vukan.. tapi kuih lapis yang guna tepung beras tu laa.. rona putih n pink). Loyang tu molek2 aje ngam dengan saiz pengukus antik hadiah kawin *auwww dalam ati jer*.

Sebahagian dari bukti2 sahih that I really baked CBs.


1st failed attempt - CongoBars @ Jejari Kongo

When cut, the cake should just look like brownies n gooeyish whereas mine looks very very wrong! Overall, I think I've failed on my 1st attempt!

.. and look at the crumbs, nampak so unreal aje. Crumbs tu takleh menonjol sangat, patut bubuh crumbs kecik2 sikit biar terserlah effect 'selamba dan manja' pada keseluruhan gambar. Siapalah food stylist dia nih, kan?

Agaknya orang2 Congo kat benua sana tu buat kek nih tak??

Credit to Rima sebab berjaya naikkan semangat I. Acih eh??

19 comments:

3E said...

Wow!!!! Katek pun ketek lah...asalkan semangat Aunty Som tu tetap membara dan jitu!!! Anyway, the CBs Aunty Som tu macam cake pisang jer I tengok..hihihi...jgn marah yer...

somuffins said...

3E
Kutuk I ehh? Cubit kang!
CBs tu sepatutnya 'katek' tapi tulah, loyang punya pasal (boleh salahkan loyang tak?) tetiba rupa dia cam kek pisang. You reti buat tak? haaa, I retiii :-)

Rima said...

Tu crumbs kan i dah ajar macam mana nak kecai kan dia.. tengok tu gambar nye.. macam mana niiii cik som hahahaha

Gua caya lah cik som.. first it was SOC then CB.. tabik tabik :o)))

Cik Lurpak said...

wow!! i kagum! abis dak CB ciksom ni? kalau i ada, dah lama dah mintak separuh, tak agak2, nak separuh aje.. hehehhe

Aida Rezuan said...

Cik Som,

Berpeluh otak saya memikirkan amende la CBs nih. Bila Cik Som kaitkan dengan K.Rima, baru la saya dapat tangkap (sori ye.. CPU saya selow :D).

Rupa no hal Cik SOm, asalkan time makan tuh.. terangkat!

* komen sambil pakai rayban sebab cahya bling2 menusuk2

Ibu n Abah said...

kak som...
i tertinggal bas henti2...
(kan dulu takda ekspress bas.. naik bas henti2..)
apa CB???
kak som dah lupa nak tulis maknanya kat hujung karya yer....

kak ja said...

Akak, CB = Cisss!! bedebah!!

Kak Som jgn maWah, na? Kita guWau2 je.. Nak sambil2 berlatih berlakon drama teater (pak) hang tuah..

3E said...

Aunty Som....
I pandailah bikin CBs ni....hihihiihi...nak? nanti I deliver kat u yer....

CikLina said...

nanti I balik M'sia, cik som boleh belanja I CB ni (apekemende pun tak tau tp nampak sgt sedap) dgn bread pudding ek?? nyum nyum... bila mau jumpa ni cik som?? dah berkurun dah tak bersua..

somuffins said...

Salam semua ...

Rima
I lupa nak jot down camana nak kecai2kan crumbs the professional way. I janji akan lebih tekun, insyaallah :-)


CL
Kagum kah? kah3. Kadang2 the urge to bertempur kat dapur memang tak disangka2. U sure nak 1/2 loyang aje??

Nota: Komen akan disambung oleh editor Al-kisah sebentar lagi.. Harap mahap dan timakasih.

somuffins said...

Aida
CPU dah selow kena upgrade kekdahnya tu, hehe. My CBs takde rupa CBs yg sepatutnya. Teringat plak kat Alias Congo, apek dlm madu 3 yg pegang mendera tu..


Akak
Kat Morib masih takde bas express ke? Nampaknya you kena usulkan pada ADUN supaya dibuat laluan LRT/komuter. I tak bubuh nota kaki untuk CBs semata2 disengajakan jua. Niway for you, I akan terangkan makna CBs itew, k?

TAPIKAN TAPI .. tu Ja dah tolong jawabkan makna CBs...

Ja
I tau bila you tulis 'cis bedebah' you maksudkan 'ciksom Comel Bangat', kankankan???


Asilah
I tau you pandai buat CBs tapi I maksudkan 'you tak berapa nak tau buat CBs yg akhirnya akan menjadi kek pithang', har3..


CikLina
When was the last time we met?? Kurun ke14 dulu kan? ahaks. Tashkent tu lebih jauh dari KL kan? Kalau dekat, boleh gak kita senggol2an. CBs tu biar I halusi dulu pembuatannya barulah boleh jamu orang. As for pudding roti, ehhh.. kita nak rasa orang Tashkent punya air tangan plak, ok tak?? BTW, *cakap selow2 nih* resipi kuah kacang, got uhh?? :-)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

tak kiralah jadi ke idak, dapat dek anak2 saya..LANGSAI within few minutes jer Kak Som.

somuffins said...

Azrina
Masa budak2 tak memilih makan aje apa yang kita masak, best kan?? Tu juga sebabnya I lebih rajin kedapur masa dulu berbanding sekarang.. Nih rahsia kita, k? Jgn bitau owang nanti diorang kata "I malas".

somuffins said...

Akak/Ja
I baru balik dari dapur Ja. Barulah I perasan CB tu maknanya Cherry Berry ...

PUTUBAMBU said...

fuh..dahsyat..dahsyat...
kagum ni..!

CikLina said...

aisehh... errr...resepi kuah kacang aaa? balik m'sia nnt for sure TERPAKSA buat for my BBQ session.. that time aaaaa... i salin resepi & bagi tau cik som aaaa..? (wa lufer utang lamaaaa.... huwaaaaa)

Maya Marisa said...

janji tastenyer vavoom..rupa tu secondary..
err, habis tak CB tu?

azieazah said...

Haruslah setuju juga, memang sekali pandang sebijik macam Kek Pisang. hehehehe...

sorilah SOM, I memang tak pandai bab kek or adik beradiknya, sebab dah berkurun tak pernah bakor kek.

somuffins said...

Salam ..

Putu
Kagum tentang mana satu? Tentang nama kek atau tentang semangat jitu sipembuatnya, haha.


CikLina
Kamsia.. resipi tu bolehlah ditampal at 'dapur cikLina'. Nanti senang I salin resipi dari sana aje (old debt not paid on time, got flower one you know, hehe).


Maya
CBs masih ada 1/6 lagi. Kalau you nak rasa, silalah kedapur I tepat 12 tengah malam nanti *kedengaran lagu Tualait zone keudara*
Ish.. seram I.


Azie
I suka buat kek paling simple iaitu kek mentiga n kek pithang. Yang lain2 tu bukan tak nak coba tapi kesian kat bahan2 kek tu nanti..