Monday, 11 October 2010

KapkekPis, MeePK & sebutan biar sengau sket -> Popi'a

Bekalan untuk PutGunLed dibawa pulang ke markas... 8 biji kapkek pithang dan sebekas mee PK. Pada mulanya tak nak bawak apa2 sebab 'excess baggage'. Nanti kena 3-4 trip ulang alik hantar barang dari kereta ke markas. T tu terlufer kot? Umi dia kan badang kuat boleh tolong angkat barang2 tu semua?

Penat aje I beraksi kat dapur ala 'amputated cockroach' masak pepagi. Jarang I beraksi marathon: buat kek hasil dari pisang yang disalvaged, masak mee PK dimana puaslah I selongkar freezer at last terjumpa sekeping daging dan gulung serta goweng popia penuh seni. Hard work kan tu??

Lepas sesi pujuk memujuk, nak tak nak hanya kek dan mee PK berjaya dibawa kemarkas, hehe. Popia dimakan kat rumah. OKlah tu, at least dapat menikmati krup krap popia garing rather than makan yang dah liat bila sejuk. Kan kan kan??

saja besarkan gambar sebab kita sukerr, hehe..

kita suker acuannya *wink kat Mama*

Mee PK

Last 10 popia dengan inti yang ditaja

Duit, duit ..... dimana kau duit??

Bersepah2 kat rumah nih dengan duit syiling yang tak sepatutnya berada dibawah karpet, dalam bilik air, bawah tangga, bawah meja, etc. Bila I sapu (habuk, crumbs, wambut, bangkai semut), I tak kuasa nak membongkok2 hanya nak mencapai duit siling limasen atau sploh sen. Even limaploh sen I buat tak tau aje. Geram sebenarnya. Kalaulah yang bersepah2 tu duit kertas berona2, mesti ada yang rajin mengutipnya.

Ahad lepas I guna vakum, terasa sayang plak bila vakum tersedut duit2 syiling tu. Sebelum teruskan sesi menyedut, terpaksalah I bongkokkan badan yang ala2 nih mengutip duit2 tu. Mencungap2 okay? tapi berbaloi jugaklah sebab terkumpul 90 sen, har3.

Ekceli dalam vakum beg dah ada beberapa puluh sen tapi biarlah ek? Biarlah tu jadi rezeki sesiapa yang rajin buat lawatan kedumping site nanti.

5 comments:

Ibu n Abah said...

kak som..
i lapaq pagi ni... i nak mee PK satu pinggang....
ayaq kopi satu kole....
popia 5 biji...

kucingorengemok said...

wah, julung² kalinya mee PK yang selalu disebut² membuat kemunculan khas! rupa dia buat i kecur walau baru lepas sarap...

akak- ayaq kopi 1 kole tu tak terlebih intake air kaa nanti? hehe

somuffins said...

Salam Akak n KOG

Akak
Boleh tak I gantikan dengan makanan lain?? Semua yang you sebut tu dah habishhh. Sowi eh..
Psst Akak.. I terasa nak berniaga frozen popia. OK tak gaknya?


KOG
Yesss.. kemunculan Mee PK khas untuk KOG, kekdahnya. Mee tu belum dibedak solek; siap masak aje kita terus capai HP; klik klak klik klak (janji ada pic untuk kenang2an).

fa*atip said...

tengok syiling tu, teringat entry I, Lagu Tiga Kupang.....hehe

somuffins said...

Fa
You tau A.Romzi penyanyi zaman 60an tu tak? Dia yg popularkan Lagu 3 Kupang, kan??