Tuesday, 11 January 2011

Cenderahearty ...

Sementara belum naik sheikh meramble cerita tok nenek, perlulah warm up dulu tampal sket rezeki *untuk kenangan semata2* yang diterima hasil JJMA, T n gang kekampong halaman 3-sekawan yang rajin bebenor beriadah kat dapur. Tak sebut nama sebab diorang pemalu (betul pemalu, tak tipu punya).


dari T


dari Teh


dari Ndja

Disamping FM, ayahanda bonda dapat coklat n bithkut fevret. Pemberian dari Ngah tak tergamak ditampal sebab orang mesti tau mende yang dia beri tu macam hinting suruh I kerap bersiram aje. Hmm.. musykil musykil .. camana Ngah tau ek??

Last but not least, cenderahearty dari majlis kawin hari tu ...

Begitu ramai tetamu dalam majlis kawin tu, tak sorang pun yang I kenal melainkan emak pengantin, hehe. Nasib baik I pergi dengan Ms Colgate (gelaran sejak sekolah sebab memanjang tersengih aje dia nih), kalau tak, termangu2 gak sensorang. Bila kita face to face dengan emak pengantin (tak berjumpa berdekad2 lamanya since form 5) kita senyum ala Shaun d'sheep aje. Kasi pedih kat dia meneka siapa gerangan kita2 nih, ngeh3.

It took her a few seconds jer, terus terlupa dia tu emak pengantin. Orang pempuan kan suka menjerit bila excited? Ishh, ishh ... excited bila jumpa kawan lama, hokay?? Kita tak sempat nak berhoohaah lama, lagi pun kalau majlis ada protokol, emak pengantin memang perlu melayan tetamu yang berprotokol. Gitulah kekdahnya...

Teringat kata2 Ms Colgate "kita nih bila nak ada menantu ek?? Lambatlah kita dapat cucu .. tapi takpe, kita kan masih muderrrr????" .. harharhar I like!

21 comments:

kakcik said...

AsSalam CS...

Along I dah masuk 24, tahun ni - tapi I rasa, I masih muda untuk menimang cucu...hehehe... ;-)

Maya Marisa said...

Cik Som,
amboi, banyak nyer cenderahati. bole ler add to ur wall of fame..hehehhe.
something that i inherited from my late grandma is - collect bunga telur each time pegi kenduri kahwin. maya nie very the traditional cik som! i favor telur rebus jugak. pelik gitu kan?

Ibu n Abah said...

kak som...
(lain kali.. smslah kata dah buat entry baru... sejak tahun baru ni saya tak pernah dapat nombor satu...)

Ibu n Abah said...

kak som...
baru nak komen...
kak som kalau terima menantu, janganlah lupak ajak kamik-kamik ni... DHW grup... boleh kita orang berfantun ker..

azieazah said...

Uishhhh kalu jumpa sampai terjerit kecil ala-ala manja tu biasak lerrrr...

Gamaknya kalu kita ni berjumpa cemana? Harus U tumbuk I. I tumbuk U, kah?

tengok sapa tumbang dulu! Ahaks!

Anie said...

Somuffins,

I like lah cenderahati itew...tersangatlah klassik ;)

Wahh dah sampai ke USS biler lah kita punya turn. Nak jugak fridge magnets tu....sambil menjerit2 dkt mak kita suruh dia belikan...nyehehez

Yat Maria said...

Cik Som

ai can imagine the MP's excitement jumpa member lama...kitaa pun cam tu..kekadang leh lupa surrounding jap selalu bila terjumpa member lama espeseli yg ketat punya, maka akan menjadi scene yg agak hysterical & ckp ngalahkan mesingun..selalu kalo my dudans ada bersama, mika akan roll their eyes to high heaven & lepas tu akan tanya how old are u again??? cisssss...potong steam kan..

Sizuka said...

Salam CS,

banyaknya cenderahearty. I dah lama tak pegi wedding sebab my hubby sangat la tak suka bersosial. *//sigh*.... kadang2 rasa nak cubit2 je lengan dia. buat2 pemalu konon. ishk!

somuffins said...

Salam semua ...

KakCik
24 thn masih muda untuk lelaki tapi untuk pempuan, memang dah sesuai sangat, kan? Sementara tu, kita chill out dulu KakCik :-)


Maya
I suka juga kalau diberi telur pada tetamu tapi lepas alami process membersih, merebus telur etc, I hands up! Lagi pun I ada fobia pada telur yg kuantitinya lebih dari 20. I akan simpan bunga telur yg tak collect habuk sbb I tak rajin nak bersihkan habuk :-)

somuffins said...

Akak
Insyaallah ahli DHW akan dijemput untuk memeriahkan majlis dgn pantun 2 kerat (4 kerat banyak sangat).
Camana you boleh tak dpt no. 1? You dah tak jadi peminat unggul I lagi ke?? :-(


Azie
Bila berjumpa tu bukan aje terjerit tapi siap dipukulnya bahu kita, hehe. Nasib baik badan memasing dah tak sekerempeng dulu, auww.. Camana pulak bila kita berjumpa nanti? Kita beli gari nak??

somuffins said...

Anie
Jangan bersedih sebab kita serupa. Ntah bila gaknya I boleh ke USS tu. Sunway Lagoon yg dekat my house tu pun I tak pegi2 lagi. Apa pun jerit kuat sket, hehe.


Yat
I paham 'penderitaan' you bila dudans roll up their eyes but you shd also be thankful sebab diorang kan orang harapan aka badang you, kan? Memang best bila berjumpa ex-classmates yg sekepala hangin, har3.

somuffins said...

Shidah
Samalah dgn TB tu. Kali nih dia escaped sbb dia kerja. Kalau majlis diadakan jauh, I gigit jari dan berendam air mata ajelah, hahaha..

You cubit2 lengan hubby, patutlah dia suka usik you masa you tengah driving, auwww... *wink*

zarin said...

wah! wah! byknya chenderahati... and i paling suka kalau pegi wedding sbb i suka makan nasi minyak n i suka dapat chenderahati..suka dapat tapi tak suka makan apa isinya, eh kalau chenderahati tu ada isi lah..kalau tkdak, anak i pulak yg suka simpan n buat collection, now ni suma chenderahati ni anak i yg dok simpan tau! kejap2 tilik, agaknya dah verangan bila besar nanti nk wat camner kot ehehe :D

Rima said...

Cik Som.. part jumpa member lama memang shiok.. sampai bila dah start berbual macam sekeliling tak de orang.. i think i dah lama betul tak dapat berjumpa/ bersembang dengan member lama.. i think its just me lah cik som.. malas nak cari kawan.. :o(

DeLancrettLurpak said...

Mak oi, jauhnya pegi kenduri.. sedap tak lauk kawin org Singapore.. ape menunya?

CikSom, u tak lompat ke masa kawan u dpt teka?hehehe

PatinPasta said...

Cik Som,
Amboi canteknye cenderahearty kenduri kawin. Kalo saya pergi, dapat macam tu gak ke? Ke sebab Cik Som bes fren dengan mak pengantin, dapat la spesel nye. Hehe!

somuffins said...

Zarin
I suka gak dpt cenderahati yg molek2 bila attend majlis kawin tapikan I tak taulah I akan buat mende yg sama bila anak2 I kawin. Resources aka manpower amat kurang. Tapi kalau bunga telur yg ada bunga n melekat sebiji telur tu, I suka tengok tapi tak suka simpan. Kudrat kurang untuk bersihkan habuk2 tu :-)


Rima
I pun tak rajin cari semua kawan lama. Cari kawan yg sama2 ngam memang berbaloi baloi. Dia cari kita, kita cari dia. You takyah cari kawan sbb Sonia represents 20 frens oredi, kankankan?

somuffins said...

DLL
Yg pergi Spore tu were T n my sisters. Diorang hanya JJMakanAngin kat sana jer.
Majlis kawin tu was held kat dewan near my house walhal my fren tu duduk KL. Dah dekat sangat kat rumah, I pun apa lagilah. Kalau dibuat kat KL yg jauh tu, I gigit jari jerlah jawabnya :-)
Masa kawan dpt teka, I hanya senyum *saja buat dia lebih konpius, har3 keji*


Aida
Semua tetamu dpt cenderahati yg sama melainkan budak2 dpt gula2 dan tetamu berprotokol dapat .... ha'ah ek, tak sure diorang dpt benda yg sama atau diorang dapat piala pusingan, muahahah..


Terimakasih semua ...

noir said...

saja nak masuk frame, i enjoy reading comments on this blog. haiz if only i can tebalik umur cam 1st comment tu. i warga keemasan tapi if tebalik jadi emas tulen.

Tie said...

Comel-comel cenderahearty zaman sekarang ekk. Kita esok-esok entah nak bagi apa pulak (kalau ada rezeki laa..).

somuffins said...

Noir
Looks like you are the only thorn among roses, hehe. Pls make yourself at home cos we're of the same clan .. U 'ketam' jugak kan??


Tie
Nak pikirkan hal cenderahati pun boleh buat kita stress n emo, kan?