Wednesday, 5 January 2011

it is always difficult to find a suitable title, isnt it?

2 hari lepas: I duk ngintai laki sendiri TB dari celah2 langsir in anticipation dia belikan breakfast as per my sms "balik nanti beli bfast eh?". Bila plastik merah (atau oren) tak kelihatan, kekeciwaan melanda zuuup kejantung. I nih bila pesan makanan, kalau tak dapat memang mudah keciwa namun kekeciwaan tu I sorok kat belakang langsir (kalau boleh nak juga hentak2 kaki meraong tapi macam kedengaran suara emak I memujuk "anak Mak dah tua besar kan"?).

Anyway, bila TB beri salam as ceria as burung but-but w'pun tanpa plastik merah maupun oren dalam genggaman, I tetap jawab salamnya macam biasa ala slang Arab sesat dan tak nyempat2 terus terjah dengan gigi bertaring cukup selamba "you tak baca sms I eh??" .. "mana ada??" ... aduuuuh mana ada? tapi takkan takde?

Selesai tawaf 8 kali kat dapur barulah dapat idea nak masak apa (sila fokus pada mee gor megi itew) dan masa tu juga hp TB berbunyi thot..thot "ni haa baru dapat you punya sms". Hampas kelapa betul! Telco x dengan telco y memang jahhh-haaat! Harus beralih arah ke telco z nampaknya nih..

Dalam pada keciwa mulanya tu, selera tetap mantap! hehe..

Dan breakfast pagi Rabu nih, jemput2 udang basah...

(dengan penataan cahaya berbeza .. ngeheheh)

Subuh semalam, Ndja n son tiba dari Sban singgah kerumah I cekut T, dan kita berempat terus ke epot lama diSubang. Ndja drove my car sebab I takut n tak reti bawak kereta dia. At 7am diorang bertiga dengan Ngah n Teh sekali terbang menuju ke pulau Temasik.

I tak tunggu kat epot sebab nak kejar solat subuh dirumah. At 5.45am I drive sensorang cam tu tapi best juga sebab tak banyak kereta; terasa macam bawak kereta zaman 50an gitu. I suka juga w'pun masa drive tu I gigil hingga ketulang rusuk sebab langit masih gelap gulita..

Nape I tak ikut sama? Bahaya kalau I ikut sama.. kot tengah beli baking pans kat Tott tetiba jumpa Rima ke, Yat ke .. maka diorang taulah betapa agamnya I, kenotlah like that! Not until I shed a few thousand gms ..

So sejak pagi semalam rumah I agak sunyi. Esbok menadah tangan seolah2 bersyukur kerana pintunya tak kerap dibukak ditutup. Alas kaki tepi bilik air pun tak selembap selalu (apa taknya, kejap2 basuh kaki, kejap2 basuh kaki). Tak kedengaran suara mengagah anak2 kucing tanpa tuan kat belakang rumah. Takde suara hampa mengadu kononnya ada sekor dua kucing dah kecikkan hatinya. har3.

Takde lawan gaduh tak best jugaklah ... Tunggulah 7hb nanti .. :-)

17 comments:

Kazaztan Team said...

dlm merajuk2..mantop juga breakfast ye...

Lili said...

7hb? This I must know first! hehe

BTW, I tunggu cucur udang tu tadi, tapi lama sangat menunggu, I kena beransur cari bahan buat lunch terus... kalo tak, tentu dah kenyang dijamu cucur udengs. ;-)

kucingorengemok said...

len kali malas masak, sila CALL. call takleh masuk lambat kan? hehe :)

Sizuka said...

CS,

lain kali nak pesan makanan, pesan kat I yek. InsyaAllah tak kecewa. Starting this week kan, makanan kat rumah I cuma ikan singgang and brown rice, with lots of fruits. Frust sungguh! especially bila tengok jemput2 gebu tu, terliur.. argh!

Anie said...

Salam Somuffins,

Biler I terbaca pulau temasek, I dah plan nak tanya u soalan adakah mereka ke Singapura....hahaha. Rupanya dah terjawab biler u ckp takut terserempak dgn Rima & Yat dkt ToTT. Betul lah sangkaan I itew. Lerrr dorang kan dah borong brg2 kat ToTT, I dont think they will be there anytime soon....hehehez ;)

Hmmmzz dkt sini antar sms pun kekadang sama jugak. Hantar smalam hari ni baru dpt...huhuhu. Tapi I nak jugak jemput2 udang itew...menggiurkan drooollzzzzz

kayteeze said...

Som,
Tie faham benor perasaan tu.
Entah kenapa tiap kali suami pulang, rasa nak lompat-lompat kesukaan bila dia ada beg plastik di tangan (kekadang shuttle-cock utk game badmintonnya), aderk, hampa! Macamlah kita ni tak de ingat lain selain dari makan!

DeLancrettLurpak said...

CikSom: Saya pun selalu sentap kalau makanan dipesan tidak tiba.. rasa macam amarah pastu nak merajuk hentak kaki.. emo gile kalau bab makanan.. hahahaha

mokjadeandell said...

Berbunga hati mamason bila cikli bawa balik beg plastik biru...ada kotiau tomyam yang diidamkan...macam ada telepathy.seronoknya..

azieazah said...

SOM,
masih awai lagi nih. Meh ler amik I kat mana-mana stesen komuter. Subang Jaya ok tak?
I tingin nak nginap barang semalam dua kat umah U... bukan apa, nak nemankan U yang sedang bersunyi-sunyian tuuu...

Oh ya, pintu belakang dah kunci lum?

azieazah said...

I harap komen I ni lebih pantas dari sms. Itupun kalu I sempat hantar sebelum kena bar...!

zarin said...

somuffins
i pun akan kuciwa duka lara kalau apa yg i pesan tu tk dpt tau! yg bestnya main telepath pun kengkadang i marah gak kalu tk dapt hahaha...terukkan macam la husband i can read my mind yg kat rumah tu...habis tu saper suruh dia tinggal phone kat rumah...maka i guna psyhcic power la :D

p/s
woot woot notty ye u and shidah ni..eh, i cover toot tooot je ahahaha :D

Rima said...

Eh eh i thought i saw u at ToTT earlier today?? hehhe.. napa tak ikut lagi.. i remember when i first post pasal sticky date pudding.. i think ur daughter gi S'pore kannn.. dah tu i encourage u to ikut they all so that u can check out that desert urself.. haizz how time berlalu begitu aje...

Psstt cik som.. if i pesan and i see no hap plastic boleh mendatang kan marah then if tak leh lepas kan kemarahan sure i will terus masak.. saja konon merajuk lah tuu haha

kak ja said...

Dia lah lawan gaduh, dia lah jugak teman lepak.. Dia teman ketawa, n (hopefully) dia lah jugak teman menangis..

Dia lah yg kekdg ngengada, dia juga yg selalunya bertimbangrasa dlm meminta..

Anak ooohh anakk..

somuffins said...

Salam semua ...

Kazaztan Team
Dah tua2 nih tak boleh merajuk tolak makanan. Lepas makan, boleh sambung merajuk, hehe.


Lili
Jemput2 kali nih I buat mcm beshh aje. Garing n gebu unlike a few days ago I buat agak kurrreng ummphh..


KOG
Bukan malas masak (yalah tu), cuma idea nak masak belum mari (salahkan 'idea' pulak, yeayy).

somuffins said...

Shidah
The whole family berdiet ke? Kalau pesan makanan kat you, you duduk nuuuuun disana, jauh taw. Niway, thanks for the offer *sambil menyorok2 beri u sepinggan jemput2*


Anie
Nah sepiring jejemput untuk you. Makan pelan2 ok? :-)
Psst.. gaknya tiap2 hari Rima/Yat pegi ToTT tak? Ada aje diorang nak beli.. serviettelah, coasterlah. Busuk2 pun diorang carikan kita sebiji dua baking pans ke? hehe.. positip thinking.


Tie
Senang aje nak gembirakan hati kita ek Tie? Nampak hubby pegang beg plastik merah/oren jer kita dah melompat2 kijang kesukaan :-)

somuffins said...

DLLurpak
Dengan siapa lagi kita nak bermanja, khaaanz?? Bila masuk bab makanan kalau majuk, rugi ek??


Mamason
Kat sana guna beg plastik rona biru ehh? Baik betul cikli sangat perihatin (kat sini pun ada CikLi juga *wink*)


Azie
Mekasih sanggup temankan I, body baik dikenang, heheh. Ekceli I taklah keseorangan sebab teman sebantal ada.. auwww *blushed*

somuffins said...

Zarin
Guna telepathy/psychic pun tak jalan juga eh? Memang takde rezekilah tu, sob3. Perasaan keciwa tak dpt makanan lebih teruk dari keciwa putus cinta, kan kan kan?? (kotlah)
P/S: Woot, woot .. I dah jawab kat entry Shidah tentang toot2, ngeh3.


Rima
You saw me in your dreams kot? hehe. Yes time sure flies, diorang gi Spore last Dec 2009. Nape I tak ikut? My intl paspot dah mati you.. Pikir nak beratur tunggu 3/4 nak renew paspot, really bunuh semangat I nak makan angin.
You pun kaki merajuk meh? Hidup SAHM! Tak merajuk tak rock :-)


Ja
Yaa, anak oh anak. Jom kita nyanyi lagu ANAK. You main gitar, I ketuk sudip kat periuk. 2 3 4...