Monday, 14 September 2009

24 Ramadhan ...

J-gua jadian

Dah seminggu T merengek nak pinjam kereta bawak balik ke kolej. Tak lama, 3 hari aje pastu dah cuti raya. I tanya kenapa nak bawa kereta pulak? I boleh hantar dan jemput dia. At last dia bitau sebabnya "nak bawak kawan2 pergi bazar, kesian diorang Mi. Diorang mesti suka". Hmm..

I suruh dia tanya sendiri pada abahnya tapi tak nak pulak. Tiap hari tanya "Umi dah bitau abah? Umi pujuk2lah dia". Bab memujuk nilah yang I malas nih. Karang tak tentu pasal pulak I yang kena tempias lecture siTB walhal I'm innocent.

Satu petang yang indah maka terpancarlah mood TB yang turut indah. Beranilah I nak memujuk2. I pun bitaulah niat murni T nak meminjam kereta. Cam biasa TB will say "camana kalau takde kereta?". Aaaah, ni yang malas nih tapi I kena tahan tu semua demi anak, demi to sustain my negotiation skill and demi Umi can always do wonders.

Sebenarnya apa yang keluar dari mulut TB tu, semua tu dah I luahkan kat T. Cumanya it feels different if it comes from me. Dengan abah, abah tak boleh kata tak, tak boleh kata no - nanti cepatlah merajuk and jauh hati. I selalu kata kat D&T "abah tu tersangat mild, kalau tok dulu, selalu aje kitorang kena lecture taw".

My discussion with TB or rather my pujuk rayu berakhir dengan "kalau I tak beri pun, dia dah hendak kan?". Haa, tu maknanya BERIlah tu..

Dah petang Ahad, Isnin pagi T dah nak balik namun masih takde jawapan konkrit 'boleh or tak boleh'. I bitau T "abah kata .................." (bunyi macam tak dapat gitu dgn efek mimik muka I yang tawar). Lepas kitorang solat asar, T kata"nak solat hajatlah". Siap bersolat tu, dia terus jumpa abahnya menyatakan hasrat. Tak sampai seminit, T dah tersenyum lebar "dapat Mi...".

Note: I suka bila T yakin Allah makbulkan hajatnya selepas dia bersolat hajat (wpun pada dasarnya TB dah setuju sebelum tu; tapi I tak tau juga mungkin TB tukar fikiran disaat2 akhir, kan?). I tak bitau TB that T siap bersolat hajat dan I tak bitau T yang abahnya dah setuju sebelum dia bersolat tu. Alhamdulillah, Allah permudahkan.
.
I thought T nak pinjam kereta pusaka, rupa2nya kereta I yang dihajatnya. Pendeklah kaki I 2-3 hari nih but it's OK, I ada 2 drebar lagi, kan? kan?

Petangnya terima SMS "Mi.. kat sini takde air. T tak boleh hidup camni.. Camana T nak bersihkan bilik, nak mop?" <- having obsessive compulsive disorder isn't easy.
.
Hadoiii .. takde air tak boleh hidup? Memanglah. Sabarlah sikit. Yes, by 5pm dah ada air.
.
INSYAALLAH T BALIK RUMAH PETANG RABU NIH. NAK TUNGGU HARI RABU, I TAK SENANG DUDUK, MAKLUMLAH. SEMOGA SELAMAT SEMUANYA. AMIN.

2 comments:

anneaziz said...

CS,

Seronok kan rasanya bila anak2 kita pilih memohon dgn Tuhan tanpa disuruh? It makes you feel blessed...u must have done something right!

Congrats to Umi T, u did ok.

somuffins said...

Anne, alhamdulillah. I rasa sebak pulak bila you cakap cam tu. Tq.