Wednesday, 16 September 2009

26 Ramadhan ...

Comel kan?
INSYAALLAH petang nanti dapatlah I sorang cucu perempuan. M&E mesti sedang cemas dan gelisah menantikan kelahiran baby pertama. The new umi pernah tanya I "sakit tak beranak?".. haha, mau tak? I pun terlebih2 dan melebih2kan lagi mendescribe kesakitan beranak tu. I kata "tau tak sakitnya 1000 kali ganda dari senggugut tapi yg bestnya dosa kita diampunkan".
.
She is somewhat speechless. 'Baik' I kan? tapi biarlah dia expect the worst. I doakan semuanya selamat dan babynya sihat, comel dan manis macaam? ... macam sipemberi hadiah nih.. hehe.
.
Petang semalam I dan TB konon pi shopping baju raya. Pusing sana pusing sini, penatnya.. pegang tu cuit nih intai harga .. apsal tak berkenan? apsal tak sesuai? apsal yang berkenan dihati mahal nak rak? Tu yang I benci nak beli baju yang dah siap; tapikaan, bukan salah baju, bukan salah harga dan bukan salah saper2 tapi salah CERMIN yang tergantong dalam fitting room tu.

Masa masih ayu dulu, grab aje size S/M. Memang no problem, masih comellah katakan, kan? Tu sebabnya T boleh pakai baju kurung yang I beli masa dia belum bertateh lagi. Adalaa a few yang I simpan sebab kainnya best. Bila I STOP kerja, I rasa tersangat2 muak dengan baju2 opes tu maka I let go. T banyak kali komen yang berbau cemburu "Umi pakai nih dulu?? kurusnya Umi..". H'aa.. tau takper. FYI, baju yang T maksudkan tu ialah baju kurung ya, bukan skirt or mini.

But now? *SIGH* Tahun berganti tahun, size baju pun turut berganti2. Jangan ngada2 nak belek size lain dari size dot3. Size S/M even L hanya tinggal dalam kenangan; kenangan yg menggores perasaan. Salah siapa? Ntaaaah .. (sambil menaik turunkan bahu). Ehhh, kan dah kata tadi salah cermin, kan?

I geram bila lalu lalang kat children's section. Cantik2nya baju dan harga pun cantik gak. Kenangan lalu nan indah mengimbau esp bila belikan D&T baju raya. Apa yang I beli untuk diorang, no questions asked. Setuju aje (sebab pilihan Umi memang syanteek taw). Tulah terus I capai baju baby .. belek2 .. harga pun OK terus bayar.

I yang nak cari baju raya, TB pulak yang dapat sepasang baju melayu, kaler pink lagi. I beri kata2 semangat "belilah pink for a change. Nabi suka pakai pink". TBku itu, kalau nak beli baju ke, t-shirt ke, shirt ke .. mesti dia expect I jadi perunding imej tak bertauliah, hehe..

Ada 2 tempat yang I tak suka nak 'enter' kat mana2 shopping complex. Satu kat bahagian lelaki, satu lagi kat tempat toys. Toys'R'Us tu tempat paling tak digemari. Kalau pergi pun karna terpaksa, tu pun masa D&T kecik2 dulu. I suka pergi kat households dept. Bliss!

Saat sebelum cemas & gusar

I hantar sms pada ayah-to-be "macamana? Sakit dia makin kerap ke?", jawabnya "makin kerap .. dah buka 3cm. Xkeruan dia..".
.
YaAllah, selamatkanlah mereka berdua beranak tu. Amin. Tak sabar nak tengok Nur Hanifah Lee (what if yang keluar tu Mohd Hanif Lee?).

7 comments:

ain said...

Tahniah kak nak dapat cucu!! musti xcited kan..???

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN UTK KAK CS SEKELUARGA!!

kak ja said...

CS, my big sista dah beli baju siap ropol2 utk anak sdr baru kami yg akan tiba tak brp lama lg.. Masa tu ingatkan baby girl.. bebaru ni, doc kompem baby boy!! Punah!! Nampak gaya baju ropol2 tu kena tunggu I kurus, bleh I pakai.. (mmg tak logikle, kan? kan kan kan?)

somuffins said...

Ain, cucu orang, I tumpang gembira aje, hehe. Selamat hari raya Ain, maaf zahir batin.


Ja, jeleslah I kalau you boleh muat baju ropol2 tu. Bulan puasa ni satu gram pun I tak turun.

anneaziz said...

CS,

I dah ckp dekat mak si baby-girl-tak-jadi tu...Tak kira...kena pakaikan juga baju2 tu..3 helai you! Baby Guess lagi! Terpaksalah si boy beropol sehingga dia outgrow baju2 tu!

CS, You tahu, zaman Jepun masih kat Malaya dulu, I pun saiz S tau? Semenjak berjinak dengan Marbled Cheesecake, Custard Caramel Chiffon, Moist chocolate cake with special chocolate topping, Carrot and walnut cake with cheese topping, koyak rabak S tu menjadi M, kemudian koyak lagi menjadi L. Baru tadi pi sopping...bukan beli baju raya...beli blueberry pie filling and whipped cream...siap lah nanti akan naik balik lah ketiga-tiga kilo yang telah di shed masa Ramadhan dengan susah payahnya!

Sedih kan hidup org suka dessert nih? Jom kita makan pie!

anneaziz said...

CS,

Lupa nak bitau U, i takut nak beranak and I takut orang nak beranak... LARIIIIII!!!!!!

Cik Som said...

Hai.. bukan Kak Som saja yang hadapi masalah saiz lari... Kiter yg masih kerja ni pun... saiz sudah lari.. Dulu muat aja saiz S dan M.. sekarang? Uisyk, usah ditanya.. bisa membunuh jiwa!

somuffins said...

Anne, baju beropol2 tu boleh muat until what age? Yeah, I setuju, let the baby wears baju ropol2 tu. Kesian aunty dia dah spend a lot, kan kan? Tapikan.. boleh aje simpan untuk anak Ayang?? Feewit!

Whylah you tempt me with those desserts? Sumer tu berkenan kat hati I ni taw.

Beranak? Jom beranak?? Oooops, sori; Jom cari pie??


Cik Som, apa kabar? You ada 'sizing' problem juga ke? Hehe, suka I dengar. Welcome to the club.