Tuesday, 1 September 2009

10 Ramadhan ...

Malam ku bermimpi
Hai dengan satu bintang
Berkata2ku dijendela
Ku lihat kanda tersenyum memandang
Asmara bergelora
Meresap kedada ...


CUMANYA I tak bermimpikan kandaku ...

... namun indah jugaklah mimpi I semalam tu. Terubat rindu kat dia. Dia macam dulu jugak, peramah dan baik, still minute in size. Apa yang dibualkan tak pulak I ingat but it was mesra. I could remember vividly there was a bed and a soiled diaper. That diaper was mine. Size?? Ntah! Maybe XXXL kot? Maaaaaak!!
.
Selama tak bertentang mata, dah banyak kali gak I mimpikan dia dalam berbagai2 senario. Ada kalanya dia tersangat peramah, ada kalanya dia menjeling I dan ada kalanya I menangis kesukaan. Maybe I juga pernah menjelma dalam mimpinya? Harap2 biarlah dia mimpi ngeri lagi gerun that I tetiba jadi Freddy Krueger. Wahahahaaa...jaga kau! I takdelah nak cekik2 dia ke ape, I just nak tenong dia dari mata hati I. Kalau dia alih pandang, SAH dia bela polong.
.

Camana I tau perilaku orang bela polong cam tu? Well.. hasil dari eavesdropping orang2 tua berbual, maka pengetahuan I tentang alam misteri terUP sket. Ada lagi satu cerita pasal orang kena rasuk, kena bubuh black pepper in between jari jemari kaki dia to get rid off the setan. Dah bubuh pepper tu jangan pulak diam aje, mesti baca2 and tanya "kau nak balik takk???". Kalau dia kata "aku tak nak balik" sambil meronta2, maka perlulah tonyoh2 pepper tu dan ulang soalan yang sama. Suara kena tegas dan macho taw, lembik2 setan tak heran. "Suara tegas n macho macam suara Decepticon, boleh ke?". Alaa.. suara power Amitabachan pun ok gak, hehe. BTW, pepper tu buang ajelah, toksah kitar semula untuk masak black pepper steak, orite?
.
Gitulah pengalaman 'kisah benar' Mak masa dia kenit2 dulu. Macam2 cerita ada .. kisah budak digigit nyamuk tapi dia biarkan aje nyamuk tu sedut darah dia. Such a risk taker. Ehh, sowii.. cerita nyamok memang tak relevan, lainlah yang sedut tu cik ponti-anak, kan? maka abaikan..
.
Nak bukak rahsia nih .. kenapa I perlu masak pukul 3-4 pagi (adalaa sorang dorang nak tau, kan?kan?). Selain 'memang ala2 rajin', my time mgmt is bad though I'm quite proactive (dasar split personality, kesian ek?). Bila I beli makanan untuk berbuka, I tak pulak beli makanan untuk bersahur. Tak pulak I kisah nak masak sebelum tidor atau endahkan tentang susah nak bangun dan nak masak awal pagi. It's just survival and I work best bila terdesak; tapi seronoknya bila dah bangun awal, I boleh curi masa untuk jadi muslimah (contoh?), insyaallah. Daaan .. dapat gak ONkan laptop sementelah benda tu dah ada depan mata.

Subuh tadi I masak simple aje. Fried ladies fingers, fried ikan kembung rebus, dan telur mata-moo + sup/mee wantan baki berbuka semalam. Yet another session of wantons as requested by T. Puas tengok dia makan so berselera as if she has not been eating for a week (walhal bukan dia puasa pun .. ngeh3).

7 comments:

kak ja said...

Nak tanya soala n bodo bleh? Tak kisah le bleh ke tak, nak tanya gak..

Apa pasai T tak posa? Adakah sbb yg sama kenapa Adik pun tak posa?

Pssttt!! I siap masak nasik n ikan masak asam utk Adik tghari tadi!! Ala2 ibu mithali gittew..

Spices of Life said...

tabik hormat to you. terkenang masa silam ketika anak anak dlm sekolah rendah. mak ni kena bangun pagi masak.. belender berputar waktu 1/3 malam.. terbangun anjing menyalak ( terkejut kot) and neighbor pun sama. sebab lepas buka posa terlalu penat nak masak.. and we cater food buka only from BR.

somuffins said...

Ja, Jaa, Jaaa ... (sambil mengeluh geleng2 paler, turunkan specs keparas idong terus memandang tajam kedada you, ehh kedada laptoplah). Apa pasai T tak pose? Ha'ah nape ek? Nanti I tanya dia ehh tapi seingat I, I takde masakkan dia ikan masak asam pon. :-)

Azieda, bila kenangkan kisah lama, pernah tak you wonder camana you boleh buat kerja2 tu semua? Phewh!
P/S: Anjing tu perasan you nak bomb diorang kot? Hehe..

QueenJah said...

Tingat I masa ikut org ubat org kena 'kacau' dolu masa kat sekolah, yg peliknya sumer yg kena tu budak2 melayu jer, so tokmoh tu pandailer berinteraksi ngan jin tu lalu bertanya..
'naper ko ganggu budak2 melayu jer? naper tak ganggu sekali budak cina ker india ker? hah! jawab!'
lalu dijawablah oleh jin afrit tuh kata dia...
'sapa bilang gadis melayu tak menawan?
tak menarik ati, tiada memikat..
kalaulah mmg tak mungkin aku
tertarik, kalaulah sungguh tak mugkin aku kan jatuh, aduhaaai....'
Ha, cmtulah jawapan jin tu...

Patut ler masa sahur tadi mata I tetiba blur kejap, ruper nyer u dah masak mata moo eh, kejamnyer, nak tanya SOL n lain2 taun moo lah! ada ape2 tak subuh tadik?

Cik Som said...

Kak Som.. camana buat mee wantan tu? bagi le resepi sket.. dah terlur tengok ni. Pastu macam mana buat wantan tu.. isyk..isyk..lapar plak rasa. hehehehe

mrswongjowo said...

somuffins..(cute name)
thanx for dropping by...this is my kunjungan balas. Realised that most of you all ni terror masak...myself still learning..:( And u r good with writing ye..with lots of idea...

somuffins said...

QJ, I tau jin tu mesti suka Jamal & Mawi kan? Mata-moo tu I masak the nite before. U tau ajelah I nih, my entry kadang2 lambat diedarkan due to system asyik wat hal jer.

CikSom, wantan mee n kepingan wantan ada siap dijual. Nanti I tampal gambarnya. As for the resipi, I memang belasah aje. Maybe you boleh dpt some ideas dari internet. In BI = wonton.

mrswongjowo, thanks singgah kesini. Cute name? Pheewit, mesti ramai yg jeles nih. Anyway MrsWJ, I reti masak biasa2 aje. Ikut mood.