Monday 3 January 2011

School reopens ...

Lega ... lama dah tak sibuk2 hal persiapan anak2 kesekolah; baik sekolah menengah, sekolah rendah maupun tadika. Kalau sekarang nih I ada cucu cicit, pasti kita, Tok Mi n Tok Bah volunteer hantar cucu ke sekolah. I akan duduk kat kantin tunggu masa rihat atau kita berdua piknik sekali masa rihat dengan cucu, hehe.

Cucu dari anak siapakah?? krrt .. krrt <-- tetiba bunyi cengkerik

My first day to school decades and decades ago, I was of mixed feelings tapi tetap maintain cool. Apa taknya sebab my big sista Ndja was with me. Hilang aje dia dari pandangan mulalah I goyah, kah3.

Pepagi nak pergi sekolah, my lady-in-waiting *cewah cam anak raja* was Chik while Mak prepared breakfast. Chik yang menyolekkan I sapu bedak Cuticura, pakaikan baju coli segala dan sikat rambut siap pony tail lagi. Duit bekal dapat 10sen aje. Bawak bekal air teh bila ada mood. Jarang bawak bekal makanan sebab mee gemok + sambal sotong Embok Siti owhh so mengancam one!

Pergi sekolah jalan kaki merentas berbagai onak dan duri, har3. Onak dan duri berupa anjing liar, itik serta angsa yang asyiklah nak menyudu orang "ang..ang..". Bingit tinger kita taw.

Darjah 1-5 pergi sekolah jalan kaki aje tapi masa darjah 6 terpaksa naik bas sekolah sebab berpindah rumah. Dari rumah kesekolah jauh juga tapi yuran bas hanya 10 ringgit aje berbanding zaman D&T naik bas sekolah. Uncle Lim n Uncle Wong really make money!

2011: My niece sorang tu kena bayar yuran bas sekolah RM200 sebulan (tak termasuk pergi ko-ko). Ayoooo... boleh botak kapla! Almost unbelievable! *jom tepuk dahi sat*. Dia baru masuk sekolah menengah, jauh pulak pilihan sekolahnya sebab hendakkan all-girls school. Well...

My other niece, the youngest in my entire family. Baru darjah satu, hehe (aduhai, lambatnya nak tunggu dia besar..). Cer (cuba) fokus pada setiap hak milik budak2 tu.. semuanya ada gene pink panther, kekdahnya, hehe. Which one is my niece? Yang matanya cam mata I tu lerr.., hehe.

Ooops.. lupa nak tunjuk hero ganteng yang nih ... Tahap kekemasan dan kebersihan uniform sekolahnya selalu menjadi keluhan keluarga terutama washing machine :-)


To all my beloved anak sedara, belajar rajin2 okay? Kalau ada homework, buat homework tu cepat2 pastu boleh tengok tivi atau pegi padang main bola. Bila tak buat homework, jangan pulak simpan buku bawah katil ok? (siapa gaknya yang pernah buat kerja keji cenggitu??).

Siapa rajin belajar Umi beri habuan .. anything, cakap jer nak apa? ...................... anything tak lebih rm11, ngeheheh... RM10 boleh beli topap, seringgit lagi boleh beli pisang gorenggg ...

13 comments:

Kakcik Seroja said...

Comel budak2 tu...

Huh! tiada apa yang murah. Belanja sekolah, kalau setakat singgit - memang tak main la...

CS said...

Salam ..

KakCik
Betul betul betul! Kalau nak murah bawak bekal dari rumah tapi ...(mmg banyak tapinya, hehe)

azieazah said...

Amboiii nostalgia sungguh. Tapi bab onak dan duri tu lebih kurang sama jer.

Pepagi jalan kaki ke sekolah, tak sedar stoking basah dek embun pagi. Cewahhhh! > I suka ayat nih. Nanti nak repeat lahhh.

Anak sekarang ni semua bergerak jer duit... duit. Tambang bas amboiiii boleh beli belanja dapur 2 bulan youuuu...

Anonymous said...

Aderk! RM200 sebulan? Ish... dah rasa nak pitam lak! Kita tahun ni sibongsu naik van sebab sekolah pilihannya jauh sikit, tak mau sama sekolah ngan kakaknya, tak cool konon. RM30 jer sebulan, kira okaylah tu. Dulu masa dok gong badak (kat UMT) RM10 sebulan. Nampak benor RM dah makin menyusut nilainya.

Anie said...

Salam Somuffins,

Hmmzzz mahal tu yuran tambang bas sampai RM200 isshhh bukan setakat tepok dahi I hentak sekali arh dkt dinding...adddoooiii hehehez.

Cute lah budak2 ni, badan kecik2 bag sekolah dah size mcm parachute...hehehez ;)

Btw, happy belated bday to ur son Cik Som :)

Yat Maria said...

Cik Sm,

mahal nye Rm200 for schoolbus fees?!?..bule fokai kalo 2 ke 3 anak naik bus tu..errr terketawa baca pasal bedak cuticura tu..pilihan budak2 waktu dulu kot...my sis dulu pun selalu tepekkan bedak tu kat ai waktu nak pi sekolah...hehe...tringat muka ia cam tpg dibedak by my sis pepagi ari..

DeLancrettLurpak said...

saya macam ciksom, suka makan dkt kantin.. hihihi..

kesian makcik kantin,kang tak laku kalau kita bawak bekal.. hihihi...

Kongkang Malaya said...

Cik Som,
Alahai kiut derang ye. Tuh baru niece and nephew.. kalo cucu, camno la nanti ye? :D

Betul cakap Cik Som, zaman skolah sekarang memang jauh beza dengan zaman skolah dulu. Dulu 10sen dah buleh dapat bihun sepinggan, dibubuh kuah laksa lagi. Sekarang, 10 sen tak de nilai. Wawawa!

zarin said...

amboiii mahalnya tambang bas tu? eh, kalau dia stay near my house bolehlah i jd driver dia kihkih....driver naik keta kecik je laaaa....
eh, teringat i zaman kecik dulu selalu lari lintang pukang takut kena sudu dengan itik angsa....ish phobia i :D

CS said...

Salam sekali lagi. Sebelum bukak entry baru, haruslah jawab komen kawan2. Tak baik lambat menjawab komen.. kan?

Azie
Gitulah keadaannya. You win some, you lose some. My niece dpt all-gals school, tapi tulah tuu..


Tie
Sila pitam sbb I nak bitau something, hehe. Dahlah kena bayar sebulan RM200, kena bayar deposit sekali. Hambik RM400!


Anie
Hentak kepala kedinding biar ala kadar aje. Nanti berlubang, you jugak yg susah nak salin baju jiran nampak kang, har3. That yuran bas if calculated based on average RM6.50/day, I'd say macam make sense jugaklah.

Maya Marisa said...

Cik Som,
Happy New Year & Happy Belated Birthday to ur beloved son!
RM200 for the tambang? rumahnyer di mana & sekolah nyer dia mana tue? sekolah assunta yea??? :P
betul la cik som, kalau dah pompuan tu, pompuan jugak. segala barang nak kaler fink. sampai 'kat dalam' tu pun nak pakai kaler fink jugak ke sekolah! hehehe. tu belum nak spray 'ferfume'. nak di tepek bedak pun dah tak nak cik som...
p/s: auntie kesayangan dorang nie sure as cute as the niece & nephew kannnn...:D

CS said...

Yat
Kalau 2-3 orang anak pergi sekolah yg sama, mau mak/ayah buat kemah depan sekolah. Memang mahal tapi kalau nak naik bas awam, it goes to the same amount. Lagilah keselamatan at stake.
You berbedak sakan cam TG ke Yat? TG is of coz tefung gomax (our fav kueh).


DLLurpak
Kan? Kesian kat makcik, pakcik, kakak n abang kantin tu. Pernah I bawak bekal tapi tak makan dan I buang makanan tu. That leaves me feeling very2 guilty for the rest of my life!! *sambil cuba nak kuarkan airmata nih*


Aida
Seposen boleh beli mee gemok dan sekeping sotong, heaven I tell u. Masa tu perut kecik n comel, but now makan mee harga RM6.50 pun mcm tak cukup jer.. errk, errk..

CS said...

Zarin
You pun hadapi onak dan duri yg sama masa pergi sekolah eh?? hehe. Agaknya sekarang kalau kita disudu dek angsa, kita SUDIPkan angsa2 tu balik, ok tak? (sementelah kita dah terel pegang sudip sendok bagai). Kalau you hantar budak2 kesekolah wpun berbayar, you sanggup ke? Nanti tak dan you membaking bagai kang.



Maya
Happy new year to you too. Amacam bonus tahun lepas ada dapat ka? kakakaaa..
Waah, pandailah you meneka Assunta. Ekceli rumah my niece is very near to Sri Aman but that school wants 5A in UPSR, she is not eligible. I think u know PJ well. Imagine from SS1 to Assunta (mmg takde direct 'flight'), maka drebar van pun kasik tekanlah!

On the other note, kalau dah niece n nephew cute, apatah lagi aunty diorang kankankan?? Kah3 BBPJ (baca boleh percaya jangan).

Last but not least THANKS to Maya n Anie for wishing my son on this bday.. Diharap 2 tahun lagi I dapat menantu samada CHACHA atau JANNAH, atau dua2 sekali, heheheheeeeeee (mertua angin barat daya kekdahnya nih).