Friday 11 September 2009

20 & 21 Ramadhan ...

Hari Jumaat macam biasa, hati I mesti berdebar2 sebelum drive ke SA. I once asked tuan besar "you risau tak I drive jauh sorang2?", maka jawabnya "risau.. ". Cukuplah tu kan? Tu aje pun yang I nak dengar. I know him too well, bila dia confident over something or somebody, he would just let it go. In other words dia yakin dengan kebolehan I (kot?). Hehe, buat2 tanya plak but I want to believe so.

Dari SA terus ke Mydyn sebab nak beli lagi kueh raya for Ngah. "Pilihlah apa2..". Senang berinteraksi dengan orang cam nih kan? Since dia percaya dengan my pilihan, I pun apa lagilah. I hangkut 4 jenis sekali. Besok I hantar kueh2 tu kat rumah Teh in PJ. Rumah Teh ni pulak memang dah jadi 'in-transit point' untuk apa juga transaction yang tak bernyawa. Kiriman kurma Mekah dari sifolan, kiriman keropok, beras, kueh2, murtabak, pisang dan macam2 lagi.

Dulu masa bro M ada, dialah yang jadi courier man DHL (hehe, kebetulan pulak nama tu ek?), singgah sana singgah sini hantar barang untuk adik beradik. Dah 2 tahun Bro M takde so tugasan tu diambik aleh bro lain ikut siapa sempat. Semalam bro. 10 singgah rumah I, kebetulan dia ada hal kat Klang/SA. I ni pulak macam si ngantok disorongkan bantal so apa lagi kan? Selamat I tak yah meredah highway tu sebab dia setuju nak tolong hantar kueh2 kat rumah Teh. Yeayy!! Pandai2lah empunya kueh ambik hak masing2... Apa pun, jangan lupa bayar I ok? I lom beli baju raya taw.

Lady yang jual kueh tu asyik suruh I beli kain2 dia aje mentang2lah I kata kain dia cantik2 (memang pun). Dia siap turunkan harga, dia cadangkan I bayar deposit sikit, later on bila I dah ready, I boleh ambik kain tu. Dia boleh simpankan untuk sebulan. I pun menerai2 depan cermin, kain cantik tapikan.. tapiii .. I lokeklah untuk berbelanja sebanyak tu untuk diri sendiri. Lainlah kalau I kerja, kan? kan?

Hari ni hari yang sangat penat. Dari 10 pagi hingga berbuka tadi, I rehat sekejap aje ie masa bersolat, that is if you can call solat 'berehat'. I tanya T nak makan apa hari nih? Dia jawab dengan girang "hmmmm.. nasi tomato ke, nasiiiik .....". I intercept "nasi beriani boleh?". Sambil anggok laju2 tanda setuju "nak daging empuk banyak2 eh Mi?". Amboi?!

I ofer masak nasi beriani sebab I baru beli rempahnya and also because I had bought a few slabs of mutton. I lah orangnya bila masak tak berapa nak ikut peraturan. Rempah beriani Fa-iza I jinak2kan dengan rempah beriani Megi. Berjaya jadi satu lauk. Udang goreng kicap I sorok jadi lauk tambah masa sahur. Boleh sorok2 lagi eh? Gitulah kalau chefnya 'rawjin' memasak.

20 Ramadhan punya celita ...

Anne tanya kat shoutbox apa I masak semalam? Well.. untuk tuan besar I masak simple dishes aje tapi menepati citarasanya, auww. I masak kueytiau goreng for me n D. Boringlah makan nasi aje. Dessert: Putu mayam (4 pcs), buah melaka (4 bijik) n puteri mandi (actually I tak tau nama sebenar kueh tu samada puteri mandi, lompat tikam atau lompat pagar? hahaa.).

Don't judge my fried kuaytiau by its look, ok?

Lompat apek lompat?

9 comments:

kak ja said...

Lompat si katak lompat kottt..

I rasa mcm nak masak nasik berperisa plak ptg ni bila tengok nasik beriyani u.. Tp masaalah probnya, Adik sgt tak suka.. boring betoi!!

Solat tu boleh dikategorikan sbg rehlah jiwa kot, CS? I kekdg kata kat TK, "ari ni satu2nya masa yg I rehat was masa I duduk di jamb*n tadi!!"

anneaziz said...

CS,

Bukannya ape...I jeles u tak menulis lama. Tu sebab I tanya..Ewah u rehat2..i pulak penat reput tulang menyental itu ini bersiap2 utk keberangkatan pulang Tengku Zainab.

Semalam I buka poser dgn nasi kerabu...and ayam percik!...Hasil dr lawatan resmi I ke pasar Ramadhan. Ingat hati nak cari trifle...lain pulak i jumpak!

Kuih lompat u tu...u sendiri lompat dan tikam ke? I dah lama tak lompat dan tak tikam atau dilompati dan ditikami...
kakakakakah!

CS said...

Hi ladies, anda berdua ni tak balas tidor ke? Pagi ni after TB balik opes, lepas dah gaduh2 manja I pun ngadap my bantal2 busuk. Had a gud sleep from 9-11. Bila bukak mata I pandang jam kat didinding, then I cont. zzzz till 12. There goes my solat dhu**.

JA, I ni lebih suka masak nasi berkaler sbb lauknya tak banyak. Sayornya salad or acar hari. Sonang ba.. Tapikan, tapii.. selera mereka mendahului kesukaan kita, kan kan?
(Psst, duk dlm jam** namanya rehat ke? I kalau boleh lagi cepat lagi bagus.


ANNE, kalau nak jeles I biorlah bertempat you. Jeleslah dgn kerajinan I ke, keayuan I ke <- har3; tapi jgn jeles bila I x berkarya, k?k?
Tengku Zainab pulang dari mana? Bonda you cerewet ke? Hehehe.. cian u reput tulang.

My Ndja pandai wat trifle taw. Me? Never made an attempt. Leceh, makan lagi senang. Kanx3??

Your last para. tu better dijawab dlm bentuk sms atau email. Apa jua komen dari I akan mengundang kontroversi semesta alam!

kak ja said...

Mmgla kalau bleh nak cpt2 kuar dr situ.. Tp time tu kan ke u kena duduk diam2 kat situ? Mana ada org ngemas umah ke, tumbuk sambal tong tong tong tong ke, sental baju ke, potong rumput ke, kat dlm tu.. rehat drpd bekerja lah..

CS said...

Heheh, betul tu Puan Ja.. (tapikan.. tapi..)

Mrs Ceriawan said...

glupp! glupp! sambil tutup mata..

CS said...

MrsCW, jangan tutup mata nanti jatuh taw :-)

Spices of Life said...

tabik kat u ciksom, dapur u tetap berasap walaupun hujung minggu.
Br janganharapla di sini. ada kat NYC jer.

CS said...

Azieda, kalau ada mood, apa pun boleh jadi BUT if mood merundum, masuk dapur pun I malas. Gitulah suka duka kehidupan, haha.