Saturday, 22 August 2009

1 Ramadhan ...

Alhamdulillah puasa sulung berjalan lancar ...

Juadah berbuka puasa empat beranak -> sup wanton, wanton goreng dan daging macam begedil tapi bukan begedil, haha. I tak guna kentang, jadi bukanlah begedil namanya tu. Stok kentang elek. Takde lauk pedas watsoeva so nasi kitorang nampak putih bersih aje.

Suku sakat begedil

D tolong isi inti dan ponjot2kan

Sahur nanti I kenalah masak lagi sebab lauk berbuka tadi dah habishh. Begedil ada sikit lagi and maybe I goreng ayam dan masak sup MS <- mee su'a. Cukuplah tu. Hari ni berbuka tanpa kurma. Hari tu ada hambaAllah (thru 3rd party) beri kurma dll sebagai barakah dari Mekah tapi I tak sudi terima kerana sebab2 tertentu. Buat apalah beri I benda2 tu sedangkan ............... ? Sigh...

Ustaz 3B kata kalau ada sesuatu yang mendukacitakan atau ada yang mengecewakan, 'bungkus benda2' tu dan serah saja pada Allah. I setuju dengan pendapat Ustaz B3 tapi hanya setelah I sendiri cuba sedaya upaya selesaikan masalah tu. Kalau masih tak berjaya, barulah bungkus dan serah bulat2 pada Allah dan teruskan berdoa. I akui mahkamah Allah lebih hebat dari mahkamah dunia tapi I ni manusia lemah, I tak sabar.

I tak sabar nak tau mana silapnya I, apa kesalahan yang kitorang dah buat? Kalau silapnya datang specifically dari I, tolong nyatakan. Dah 13 tahun I tunggukan jawapan yang konkrit dan termakan diminda tapi masih tak kunjung tiba.

Balik dari Mekah, sipemberi barakah beri pesanan ringkas antaranya "my only wish is for you all do the umrah together esp this coming Dec where the weather is pleasantly cool". Hati I yang merajuk ni berkata dalam hati, kenapa bila you nak ke Mekah baru2 ni tak beritau I langsong? And as a matter of fact, I memang terasa dan I memang kecik hati. Apa perlunya suggest kat kitorang supaya ke Mekah bulan Dec. ni? Kalau you bitau I of your plan nak kesana awal August, I would have planned my time accordingly and GO.

I terkesima .. despite orang2 tertentu in your life gembira ria putuskan silaturrahim, Allah masih menjemput orang2 sebegitu ke'rumahNya'. Wallahualam.

Ramadhan dan Syawal datang dan pergi namun masih tak nampak perubahan ketara.

Yawn.. tak boleh sambung lagi, ngantoknya .. dkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Sambong on 23/8 .. Last line jadi cenggitu akibat terlelap tapi jari jemari masih tak mau menyerah kalah..

Subuh tadi terlambat bangun 1/2 jam. Fuh.. macam lipas kodong! Sempat gak goreng ayam dan masak sup mee su'a. Dah janji dengan T nak buat wanton mee, I buatkan juga. I pun terasa nak makan, hehe. Nasib baik kuahnya dah masak awal2 lagi dan nasib baik D ada mood nak tolong.

Internet ni kalau tak down tak boleh gaknya... Post ni asyik tersadai dlm draft aje..

Pagi nih T dan kawannya ke KLIA hantar sorang lagi kawan nak ke obersi sambung belajar. Risau betul hati ni nak lepaskan dia drive sendiri ke KLIA tu. Alhamdulillah, T dah pun tiba rumah. Sure nak melawat slumberland tu..

9 comments:

kak ja said...

Hamba Allah tu bg kurma sbg tanda dia nak mintak mahap kot CS.. Dia kirim melalui 3rd party dulu.. mgkn dirinya akan menyusul kemudian.. Bersgka baik, CS.. mgkn kat sana dia dpt alamat2 tertentu kot pasai u n gang..

Spices of Life said...

i understand how you feel. knapa org camtuh dpt di jemput ke majid haram? maybe allah has an answer we dont understand. juadah buka posa u memang hebat. selamat mengerjakan ramadan..

somuffins said...

Ja, ati I yg 'baik' berkata2 "I sanggup rompak kedai Yusuf Taiyoob hanya karna sebijik kurma". Dah 13thn 2bln 3 minggu we all berprasangka baik (maybe 2 thn aje we all tak berapa nak berprasangka baik, hehe). Penat Ja oii..

Azieda, betul cakap you tu, only Allah has the answer. As for my juadah, those are two dishes yang senang dibuat TAPI I tersangatlah malas nak buat. Since family suka, maka I bersemangat nak kutip pahala lbh sket, auwww.. (muslimah contoh tak gitu..? hahahahhaaa)

3E said...

Somuffins...tak baik bersangka buruk...maybe "org tu" dah insaf kuts...so, u maafkan la dia....sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. pun ampunkan umatnya...inikan pula kita 'kan3x......

somuffins said...

3E, memang I dah mahapkan diorang tu cumanya sekarang nih I nak TAU apa silap I/we all yang menyebabkan diorang putuskan s'rahim.
It's a long story 3E apapun tq for your advice.

QueenJah said...

I pun penah alami peristiwa serupa..org yg mengaku sedara dunia akhirat akhirnya meracun jiwa..
nak wat camner? I dituduh melakukan sesuatu yg sikitpun I tak pernah terfikir nak lakukan. Totally out of my mind!

Masa dia ke Mekah, satu jer doa yg I pohonkan...semoga Allah beri petunjuk kpd dia siapa diri I yg sebenarnya dan segala prasangka dia siapa gerangan pnya angkara..

Dia pergi dgn prasangka yg tebal terhadap I, heran I, org terpelajar sptnya tp begitu tertutup hati utk menilai erti sebuah persahabatan, airmata I terasa begitu pekat utk menangisi segala perbuatannya..

Anehnya...waktu tu I mengandungkan anak bongsu, tingin sgt nak mkn buah delima, ditakdirkan tak jumpa merata2, bila dia balik dari Mekah tetiba dia muncul depan pintu, yg wat I terkejut bila dia dgn muka manis berkata : bila I nampak buah delima kat mekah ni I tingatkan u, so I beli delima ni utk u...

Delima merah tu manis sangat2, tp sampai sekarang hubungan kami bagai kekal tawar, I tak jumpa jawapannya....

somuffins said...

Sedih bila terjadi benda2 cam ni, kan CikJah kan? Bila keadaan 'tak adil' berlaku, I memang naik semangat untuk perbetulkan keadaan tapi pendapat dan kedudukan I sebagai adik bongsu, tak membawa apa2 faedah (takat ni). Wallahualam.

ahmad said...

Mmg betul2 sedih sesgt tu cik somuffins. Hingga menangis pun begitu menyakitkan bukannya melegakan.
Tapi terlalu memikirkannya hanya buat kita tambah buntu dan booleh cepat tua sebelum waktunya.
Apa yg I buat ialah yakin bahawa ini suatu ujian keyakinan kita terhadapNya, so serahkan segala2nya kpdNya kembali bak kata ust 3B tu,Dia yg mengizinkan hal itu terjadi pasti hanya Dia saja yg tau jawapan atau titik noktahnya.
Time is medicine...I percaya suatu waktu suatu ketika segala2nya pasti akan terbongkar jua, amalkan baca ini setiap hari: Wa qul jaa'ulhaqqu, waza haqqal bathilu innal bathila kana zahuqqo.

somuffins said...

QJ, yeslah.. camana nama you boleh bertukar..
Terima kasih for the ayat, insyaallah I amalkan. You ada maknanya in BM tak?