Wednesday, 19 August 2009

Bermanja dan bermesra .. haha.

Salam ...

Pagi ni I sambut mesra tuan besar (TB) balik dari kerja. Kenapa? hehe, sebab dia bawak balik breakfast. Sebelum dia gi kerja semalam, I as usual very proaktif one menyuarakan "besok breakfast roti canai ehh?" namun tak kedengaran jawapan yang menggalakan. Adakah diam tanda setuju? Auwww...

Adakah hari2 lain I tak sambut mesra macam pagi ni? Yes, very correct. I bukanlah isteri mithali sebagaimana yang I sendiri harapkan. Sambutan terlebih mesra hanya TERjadi 6 (enam) hari selang 2 minggu. How bad can I be? 6 hari nak sediakan suami breakfast pun berkira sangat. Ehh, mana ada berkira? Cuma I hendak bermanja saja.. Cara I bermanja dengan mengharapkan tuan besar beli breakfast untuk I, OK per.. kan? Bukannya I mintak emas permata, I mintak dia belikan breakfast aje .. (berkata2 nih dengan nada manja..).

Sebut pasal emas permata, in fact I tak pernah mintak pun. Apa yang terlilit kat leher bertaik lalat 2 ekor ni hanyalah seutas janggut udang; tak sure pulak dari udang berapa ringgit sekilo. I treasure this janggut udang very much almaklum dan al-kisah .. itulah hadiah yang I dapat dari tuan besar semasa memula pungguk merindui bulan .. auwww.. (berdebar2 nih.. kahkahkah).

Lencongan yang tersangat disukai.. dari breakfast ke janggut udang pulak dah!

4 hari berlalu sudah .. 1st day I (baik) offered him mee megi bertatahkan prawns and garnished with spring onion <- macam sedap aje kan?. 2nd day I dah buat perangai.. tuan besar bawak balik nasi ambeng <- sebut beng mesti selisihkan both jaws. 3rd/4th day I maintain dengan perangai yang sama siap anta sms pepagi buta "salam.. tolong belikan **??** boleh? Tq.. muah". Catch words there are 'salam, tq n muah'. Tuan besar sure cair dengan kehemahan bini dia .. ngeh3.

Yesterday's breakfast. Mee siam look-alike (tak lazat) but the sambal sotong was marvellous.

5th day today.. Lepas subuh I sms "Salam Li, bila u beli bfast, u beli untuk u and d aje eh? eh?". Tak lama lepas tu dia call "I beli roti telur. U nak roti canai ke?". Wah.. ni sudah best, diam dia semalam tu 'diam berisi' rupanya.. teruslah I kata "I tak nak apa2, I ada mee semalam punya". Maka breakfast tuan besar dua beranak ialah roti telur dan I makan kueytiau sup yang tersangatlah tak sedap! (saper yang masak tak sedap tu? huhu, rasia!)

I tak cuit pun roti telur tu sebab I dalam pantang. I alejik. I geli. I... I.. I ngengada.. heheh. I fobia sebenarnya. Mamat yang buat roti telur tu mesti pegang telur yang belum dibasuh.. Maka I mula berimaginasi beratus2 hama melekat kat tangan cik Mamat kita tu. Owhhh... penyakit ni dah di in-heret kat T pulak. Cian dak tu, muda2 lagi dah banyak pantang ...

Alhamdulillah .. 5 hari beres dah, belen sehari lagi. Besok I nak jadi baik sikitlah. Harus buatkan something spesel like nasi dagang perhaps? <- hmmm...

Ni nak cerita the 'other side of me' yang ... (tak taulah yang apa tapi berprathanka yang baek2 ajelah eh??). Pernah 2-3 kali I hampa bila tuan besar tiba depan muka pintu dgn tangan kothong sedangkan I dah beriya2 pesan kat sms. Boleh hancur luruh perasaan pakkal BBBB dah ceased operation sejak BatLatif passed away. Kalau tak..?

I taknak rasa hampa lagi so I berwaspada @ proaktif ... Bila I tau tuan besar dah tiba kat gate, I INTAI dari celah2 langsir .. to make sure he did buy something. Bila nampak jer beg plastik merah, I terus bukak pintu, hepi giler "Hiii Li .. " terus sambut beg plastik dan jawab salam. Bila tak nampak plastik merah, I tetap akan bukakan pintu tapi I terus kedapur .. jawab salam pun sepi2 aje (maklum dah hampa).

"You tak baca sms ke?" <- kontrol nada suara. 2 kemungkinan: tak baca sms dan sms tak tiba langsong (telco harus disaman sebab downkan mood I), so I pun cadangkan "sebelum you balik rumah, tolonglah check fon tu dulu..". Since then, alhamdulillah .. so far so good, kalau tak I will voluntiar jadi ahli akar umbi BBBB sepenggal dua ... (telanlah aku..luluhlah aku... Maaaak takotnya).

Moral of the story: Beg plastik merah menjamin kebahagian rumahtangga ;-)

9 comments:

Cik Lina said...

Cik Som, hangin gak kan kalau our other half tak baca sms? Cik Nan pon sokmo gitu... Jgn kata sms, call pon selalu gak tak berangkat esp kalau dia tgh merayau kat klcc sbb tak dgr... huhu... Kalau wa dah call dlm 20 kali still tak berangkat, wa sms je... deyy tamby... heheheh... pas tu bila jumpa, sengih2 jek sbb tau wa marah...

Ingat tuan besar jumpa artis... :-))

somuffins said...

Cik Lina, hangin pus2 lagi.

Tuan besar tak jumpa artis, kih3. Kebetulan kawan dia tu I kenal, tapi mana mungkin I teka tepat walhal kawan dia ramai, kan? Saja je dia tu. Bye.. kita nak gi PJ jap.

QueenJah said...

salam Ramadhan somuffins,

org tua tumpang lalu...maaf tanpa izinmu...

cik cibil said...

ciksom.. ciksom kish kish kite time kite tgh tido haritu.. hehe.. kite nak ucapkan selamat berpuasa utk ciksom sekeluarga.. bulan posa ni mesti menu best best kan.. waaa bestnye... kite teringin nak makan pulut kuning&rendang ayam yg ciksom buat sbb kite pun hantu pulut jgk, hihihi..

p/s: apsal makin lama makin kecik font entry ciksom ni.. terpaksa korek kanta pembesar nak baca.. hehehe..

dina said...

kak som buat saya tersenyum pepagi ni... entri kak som memang kelakar... hehehehe

somuffins said...

W'kumslm QueenJah. Ada kena mengena dengan QueenLatifah ke? hehe, guwau.
Silalah masuk, rumah alam maya I sentiasa terbuka (rumah realiti aje kena tutup2 sebab banyak sawang & baju tak berlipat).
Orang tua tumpang lalu rumah orang tua, OKlah tu kot? Insyaallah serasi.

Cibil, nasib baik tak kish kish masa air bateri meleleh. Kat sana sejuk, kot air bateri tu beku? hehe. I guna font kecik kah? Some sengaja buat cenggitu, some memang my usual 'normal' font. You guna aje kanta pembesar kat bawah tu ajelah Cibil oii.. boleh enlarge hingga 200 fersen.. I selalu guna yang tu aje.. almaklum.

Dina, senyum tu sedekah. Manis aje rupa you bila tersenyum taw.. auwww.

kak ja said...

Salam CikSom,

I insist u habaq jugak2 saper yg masak koayteow tak sedap ittew.. I nak mintak resipinya, sbb I masak koayteow, selalunya sedap.. (baca boleh percaya jgn sekali-kali!!)

Tq in advanca Ciksom!! Mmmuuuaaahhhh!!

(Nampak tu? Siap dgn 'salam', 'tq' n 'mmmuuaaahhh'.. u cayaq dak, CikSom?)

3E said...

Somuffins....
ayat "salam".....'tq'...and mmmmuaaaahhhhh" tu I pun selalu guna kat hubby I....mmg agak berjaya jugak that ayat....tapi kekadang tu terkantoi gak la....

somuffins said...

Ja, pesanan dari sipembuat kueytiau "nak salahkan kueytiau boleh tak? Mungkin saya beli silap brand. 2x masak guna lain2 brand, 1st time rasa d'bomb, 2nd time rasa nak ketuk2 paler".
Gitulah, BSIM 'buk sal ibu mengan..'. Resipi belum boleh diedarkan lagi.. sob3.

3E, 1 lagi lupa nak sebut ie "tolong". 4 catch words, banyak tuuu... Mauu hangin satu badan kalau tak dilayan.. kih3.