Saturday, 29 August 2009

7 Ramadhan ... tengok wayang UP

Salam ... pahala puasa ke 7 terkurang sikit ... (nak cerita juga tapi harap janganlah lecture kat I, eh eh?).

D&T ajak I tengok movie UP. Iklan kat TV macam best aje so I setuju temankan diorang tapi dengan syarat "keluar lepas zohor, at the same time keluar lepas abah pegi ofis." Janji dimeterai. Masa tengah bersiap2 tu T kata "kalau tengok kat Summit takde 3D". Sudah! I setuju nak pergi sebab Summit dekat ngan rumah. Kalau nak tengok 3D kat panggung seberang sana, malaslah. I suruh diorang berdua beradik aje pergi. Dua2 tu mana boleh 'hidup tanpa I'? Gitulah kaedahnya..

Masa tunggu T beli tiket, tetiba teringat .. sudah ke I tutup cermin tingkap lepas ambik tiket parking tadi? Bila tanya D&T, sorang kata dah, sorang kata tak perasan. Never mind, biar Umi turun and check wpun D ofer nak turun. Aduh.. mencungap dan tercungap2 I dibuatnya. Dari I tak senang duduk and tak enjoy tengok UP, I rela turun-naik semula. Lagi pun dalam keta ada beberapa benda yang berharga, kononnya!

I ni hidup dengan beberapa fobia. Ada 1-2 yang cuba I lawan, dan ada 3-4-5 mungkin tak terlawan sampai mati *sob2*. Kiranya masuk panggung adalah fobia yang dapat I lawan tapi otak ni berjalan laju pikir yang bukan2. What if panggung kena bom? What if seisi panggung kena hijack? dan top on the list, janganlah ada tikus merayap2 tak tentu pasal cari cebisan popcorn atau saja2 nak gigit ibu jari orang.
.
Movie UP tu boleh tahan jalan ceritanya tapi tak sehebat The Land Before Time in terms of lagu yang sedap, rasa sedih/sebak semula jadi atau terhiris perasaan namun T sempat juga sniff..sniff.

Trip 2 minit balik rumah dah jadi 1 jam. Jalan raya penuh sesak .. wahaha.. camana nih? sempat tak solat asar??? mana nak beli makanan berbuka, mana nak isi minyak (minyak almost nil - tuan besar's biggest pantang), namun alhamdulillah, semuanya sempat. I beli bubur lambuk dan lauk2 sikit, tak lupa scones for dessert, ehem.

Pukul 3 pagi tadi dengan muka kesian I bingkas ke dapur. Dah dua kali buat kerja terpuji cam nih, haha. I masak the simplest, goreng ayam, papadom dan sup sawi diselami mee su'a (tuan besar sure dah muak, but what to do?). Subuh semalam I goreng ayam (selera makan ikan agak turun dlm bulan puasa nih, dono why), goreng kacang panjang, masak sambal sotong n lemak nenas ditabur beberapa kiub ikan kering kurau.
.
Begitu bersemangat tapi takde sesaper bermurah hati nak puji I ni rajin ke? Takde ke? hmmmm.. takde takperlah. Since takde orang nak puji, terpaksalah I proceed dengan membuka rahsia sendiri, heheh.
.
Baru2 ni my kakak gi seberang. Dia tanya I nak apa2 tak? I pun kata kalau nampak batik yang tak rupa batik, kain jenis tak panas, tak perlu gosok dan rona mesti yang empok2 belaka, bolehlah belikan TAPI kalau tak nampak ciri2 yang I nakkan tu, "toksah beli". 10 kali I kata cam tu.

Seminggu kemudian, I dipanggil ke rumahnya untuk hangkut macam2 cenderahati termasuklah sehelai kain yang tersangat batik coraknya. Oh no! Dipendekkan cerita, I tak boleh terima kain tu 'cos it doesn't do justice to my aura. Haha.. boleh ke? Tapi I terima lain2 barang termasuklah dodol, patung itik n kucing (lepas foto shoot, I bungkus patung2 nih n let them lelap dalam laci).

Untuk Ja dan Azieda, terimalah jawapan untuk soklan anda berdua: Why I tampal gambar itik sedangkan takde cerita pasal I makan telur masin. Sebenarnya I suka tengok itik tu menonggeng manja. You nak tengok I buat pose sama cam itik tu ka?? kakakaa..

Malam nanti I berbuka kat rumah kakak. Periuk dan kuali terpaksalah digantung tak bertali, yeayyy...

22 comments:

Spices of Life said...

hahaahhahaha betul sangkaan i .. u ni manja and selalu di manjai..lepas di manjai u be just like the pose maut of the duckie.. ok apa nak lecture? was was.. hmm i pun sama... punya ala phobia abis.. well i can see us as two great minds think alike :) cheers.

3E said...

Somuffins.....u mmg manja dok oh (bahasa klate) la..i rasa u selalu simpan apa2 dalam hati u sorang2 'kan...tapi bila dah tak tertanggung, u sure menangis 'kan...

Oldstock said...

Aduh... Land Before Time tu cerita lama. Siap beli videotape (belum ada VCD lagi time tu) because my kids tak bosan menontonnya berulang-ulang.

QueenJah said...

lemak ciliapi tu mmg nampak sedap, aunty biasa makan sbb mil org n9, tp u salai daging camner eh, masuk oven ka?

QueenJah said...

eiii...sowey la cs! komen tu utk 3E sebenornya, apa kena ngan computer I nih ha? aritu jadi nyantan pastu arini melompat2 plak!...

sowey byk2 eh cs, tersalah sasaranlah my bullet, neway are u ok?

kak ja said...

I tgok citer UP punya the making nampak mcm best je.. Pengin nak pi tgok, tp CS, lasi skali I masuk panggung wayang was masa I tengok movie Mr Bean dulu!! Dikira zaman purbakala tu..

U sama mcm I.. mengidap OCD.. Tau kan apa natangnya OCD tu?

somuffins said...

Azieda/3E, I dimanjakan secara tak sengaja sebab I am the youngest gal. Cara tak sengaja yang bermaksud I perasan dimanjakan. Hope you tak konpius, hehe.

Oldstock, betul tu. My son could memorise certain scripts esp "keep up.. keep up". Time indah when my son still seronok duk bwh ketiak and masih tak tau donia luar. Lagu Diana Ross can meruntun jiwa..

QJ, I pada mulanya sonok gak bila you bahasakan diri you "aunty" kat I, har3.. NAMUN it's ok, tersilap anak beranak, no hal.. (abis kuat kena ketawa aje kot? Ngeh3)

Ja, yes I tau what OCD means. U tahap kritikal ka? I biaser2 je tapi tetap menyusahkan. Kalau duduk dgn orang yang takde 1/100 OCD langsong, pun susah gak.. kanx5?

QueenJah said...

Cheh! Chisss!!
Har..har..har...

anneaziz said...

cik Som

Bab was-was I yg paling lah tak tertahan ialah tak sure kunci kereta ke belum...dah jauh jalan berbatu-batu, terlintas lah pulak kat hati, dah tekan remote tu ke tak? Satu lagi, dah off plug iron ke tak? Satu lagi dah tutup api kat dapor ke tak? Satu lagi ...oh banyak nye! Dah sah dah... kalau tak OCD, dah sah, ala-ala yang dok dlm waiting list nak ke hospital Bahagia. (Sebenarnya baru jap tadi I tau apa OCD tu..tu pun sebab ja tel tengah baca N3 you ni...mmg I blurr kan?)

Cik Som, u dah pasang ke jala ke, net ke, kat bawah meja itik menonggeng tu? I takut dia terjun la bila2 you tak pasan! Dalam pose macam tu sure jadi itik patah tengkok punye! Kalau bukan kayu, boleh gak buat crispy fried duck!

Cik som,

Tak nak ke introduce I kat QJ? I dah masuk umah dia, byk yg menyentuh Qolbu...ghopernye sama lembu dgn I! Kakakah...patut ler rasa macam adik beladik je..tpi QJ I tatau ler lembu apa...I lembu Argentina...suka cowboy Latin!

Alang2dah meghoyan kat sini, nak tambah sikit lagi...you JGN lah pose macam Itik tu..OH TAK SANGGUP KU BAYANGKAN!

somuffins said...

QJ, chiss!!! You guna keris Taming Sari ka? I guna Keris-ik jer...

Anne, semput I baca your was-was tu. I think your hubby mesti selalu pap-pap dahi dia, kan kan?
Masa foto shoot itik, I sengaja bubuh dia atas kusi biar kedudukan punggungnya lbh menyerlah, auwww. Dan tolong bayangkan I dalam keadaan itew, muahahaha biar you terSEKSA!

Note to Azieda, QJ, Ja, Anne (&I) aka Gang Bust-Scholar <- pheewit!
Please exchange your name/biz card with each other K? Disini kita semua berkenal2an, merapu dan merapa janji kita? Jom sebut beramai2 ... "janji kita bahagiaaa.. (dan cun) :-)

Kalau sesaper tak boleh bolosi rumah Azieda, nyanyi aje 'yama enseng matakaji....' tu. Gudluck!

kak ja said...

I think OCD ni mmg dah in our blood dah, CS.. I punya OCD pun sampai ke tahap my big sista.. Perit, tau bila jd mcm tu.. Malah menyusahkan diri sdiri dan anak-la*i.. Pernah skali I pi Shah Alam, umah my adik.. OTW ke sana, agak2 baru nak sampai sempadan Penang, I rasa waswas I tutup ke tak suis iron..

Bila mcm tu, nak berckp pun rasa tak mampu lg dah.. Last2 I kol sorang jiran I, minta dia cabut fius kat meter TNB kat umah I.. Habis rosak sgl mak-nenek-moyang dlm fridge n freezer I..

Rupa2nya suis iron tu mmg I tutup, lah!!

Sally said...

Salam..Cik Some..I puji..I puji..rajinnya masak...bangun kul 3 pagi lagi tu..

anneaziz said...

Cik som,

A`ah I tak pasan pulak BB i tu slalu pap2 kat dahi dia..sikit hari lagi hitam la dahi ala alim ulamak gitu!

I suker la...Gang bust scholar punya motto `Janji kita bahagia dan cun' Pandai u! ada bakat jadi copywriter!

U dah menjengah umah oldstock?..
mmmm...lama tak makan kacang pool..sodap tau!

somuffins said...

Ja, after that incident, camana you overcome kes OCD tu tak berulang?

Salam Sally. *giggle* Ada gak orang notice kerajinan I. Tq, tq.. dah kembang semangkok nih (tersenyum simpol sambil mengembang2kan gown).

Anne, rasa cam nak apply jawatan YasminAhmad. Haha, mimpi disiang hari; and yes I dah jengah kat umah Oldstock tapi belum komen apa2. Kalau you ngidam, kat 'belakang rumah' I, ada jual kacang tu taw..

Naz said...

Salam somuffins,
...maka dengan itu tunggulah kemunculan entry fobia fobia Peah yang sangat menyesakkan dada orang sebelah :D

btw, tak baik gantung periuk/kuali tak bertali. Kalau dia orang komplen kat pejabat agama, apa you nak kata? haha!

somuffins said...

Wkum salam Naz.. oh no, you too? Siapa patut kita lantik jadi Puan president??

Kalau org pej. agama marah, I akan terus sengseng lengan seraya berkata "Look here Tuan, ni baru periuk dan kuali punya hal, camana kes isteri2 yang digantong tak bertali dapat pembelaan tersangat2 lembab dari pihak tuan?" .. hahaha... gitulah bila KETAM dah naik angin.

QueenJah said...

sabor..sabor..
alang2 nak nyenseng lengan, nah! amik sekali my taming sari, toksah segan2..
cuma...hati2 yea, jgn sampai tersenseng kain plax, kang keris lain plak yg naik har har har...
moley tahan gawang yg cs!!!

anneaziz said...

Weeeee! QJ

DASAT!

QueenJah said...

baru cikit tu anne..
u donno me yet..
har7x
takder la..sesajer nak mengganaz kat umah owang, dah owang tak sudi masyuk umah kiter...
sebenarnya I ni pemalus...

somuffins said...

QJ, I ni garang berhemah n bertempat, haha. I membela hak wanita malang, kesian diorang kan? kan? BTW, betul ke you pemalus? I phonn..

kak ja said...

CS, lps u pakai keris Taming Sari QJ tu, u pass kat I dulu, k? I nak pinjam sat, nak selinap lidah si bangang tu..

QJ, boleh tak? I janji lps tu I asah keris tu sampai tajam balik!!

kak ja said...

Aisaymannnn.. lupa nak jwb soalan tuan umah, Taming Sari punya pasailah ni..

Sampai la ni I mcm tu, CS ooiii!! I guess depa semua dah immune dah dgn my OCD ni.. eg Adik, bila kami masuk dlm Giant, I baru toleh tengok muka dia, dia dah siap2 kata, "it's ok, Umi.. Umi dah kunci elok dah kete tadi!!"