Tuesday, 11 August 2009

layar lara ...

Dari rentetan I korbankan masa tidak kekelas memasak *sniff*, tangan T cedera kena pukul kayu hoki. "T dah cacat ni Mi", gitulah dia mendakwa. D menakut2kan "macam tu dah patah tuu..". Kedengaran jeritan "hei janganlah.. takutlah kena injek". Tetiba "T bolehlah claim insurance tu kan Mi?" katanya penuh konfiden bila teringatkan Meksis baru offer personal insurance RM10K. Kelakar gak budak nih, innocent. Tuan besar menyampuk "mana boleh, claim tu untuk yang betul2 disable". "T memang disable nih .. sakit tak boleh buat kerja", katanya beriya2.

Tangan cedera tapi berbaloi juga sebab group dia jadi naib johan. Boleh gak tunjuk kat anak cucu cicit dia medal tu nanti, heheh. Tangan dah sakit maka "Miii.. Mi pahamkan tangan T ni cacaaat ....". Emak mana yang tak paham hasrat hati anak sementelah emak tu memang baik hatinya, kan? kan? Hahaha ..

And I end up basuhkan pinggan makan dia dan gosok 2 helai baju kurung. Yes, 2 helai baju kurung bukan 2 pasang baju kurung. T ni dalam pada cerewet, memang tak berapa pernah gosok kain baju kurung. Saja aje dia pakai tanpa digosok. I memang pantang .. tapi dah dia kata "tak payah Mi... ", I akur jerlah lagi pun tempat menggosok tu panas. Ada 1 kipas siling tapi dilarang penggunaannya sebab kalau dia berputar, maka habislah cabinet @ pantry I kat situ. Janjinya I perlu dismantlekan kipas tu dan pasang kipas dinding, tapi tak buat2 sampai sekarang. Ada 1 standing fan, tapi jauh pulak power pointnya. Tak perlah rasa panas sikit kat dunia, kat sana nanti lagiii..

Pernah tak rasa nak merajuk dengan semua orang? Pernah tak? Well.. I just did that yesterday but for this particular one person. Dalam pada hati puas giler buat cenggitu, deep inside me, I hate doing that. Hate doing that to the person I love; BUT does that person care about me? My feelings and all? Macam2 I rasa and at the end of it all, I yang jadi giler sebab terasa guilty yang amat sangat. I benci bila berperang dengan diri sendiri. I benci taw .. benci.. benci.. benciiiiiiiii.....

Kenapa dia call I? Nak cakap apa? Nak mintak maaf atau nak beri alasan? I purposely didn't want to hear the voice from the other side lest I'll cry like hell. When I merajuk, I'd hide myself in my own shell (literally speaking lagi pun I kan ketam?) and I'd rather mend my own broken heart tak mintak dipujuk. Kalau nak pujuk pun kena tau how to pujuk. Pisang goreng or jemput2 pisang will do just fine.
.
What if I got the same call today? W'pun I masih jauh hati, I think I should lawan the setan in me. Maybe that person takde niat apa2 pun, maybe dia memang cam tu 'blur' all the time, or maybe dia terlepas pandang? I pernah discuss dengan tuan besar tentang this person, and when tuan besar says "insyaallah N masuk syurga" .. I terus menoyakan muka.

Bersedih lelama pun tak guna buat tambah kedutan kat muka aje. Nasib ada kawan2 pengubat hati duka nak lara ...

... dan I kembali CERIA .. dalam hati adalah sket rasa musykil. Sket jer..

8 comments:

Cik Lina said...

Cik Som, apa kena mengena BMK tu ngan citer Cik Som?? :-))

kak ja said...

CikSom, jgn mangan sgt BMK.. lebihkan LANGsat.. Tp kalau ttp blom ckp nak mengubat lara, berlakon je jadi LANGsuir.. hehehe..

So, T dah ok? Psstt!! Kalau cedera skit mcm tu, bleh claim insuarance, kayalah kita, kan? Yelah.. bekas melecet kena minyak panas meletuplah, kena pisaulah..

Spices of Life said...

i ada merajuk and also berjauh diri dari seseorang tu.. and all we can do is to have the power of forgiveness . it is hard but it is why allah naik kan derjat seseorang tu apabila dia memaafi that person. just dont cry. have a pisang goreng and will heal your wounded heart. I like my goreng pisang in tempura batter. it is so crispy and sprinkle honey over it while it is hot.
also anak is our terap diri too. when im so down and depress i just look at my babies now so grwon woman and also isteri orang ,, i be happy again..
cheers from usa.
hugs

somuffins said...

CikLina, some people hisap rokok bila dia understress or resort to makan cam nak giler. As for me, BMK can make me happy. Masukkan dlm esbok for a while; bila makan rasa dingin dan nikmat thus I kembali ceria.

Ja, I masih lum puas makan BMK tapi buah tu tak bagus untuk warga emas cam I ke? uut..uut..(kata burung hantu dihutan). Cedera T dah ok sket. Kalau ada such insurance, mmg dah lama kita duduk atas Istana Merak Kayangan, kanx5?

Azieda, I've no grudges against that person; cumanya I rasa jauh hati jer. Orang yang pernah tujukan bad words kat I pun dah lama I maafkan cumanya dia chose to putuskan silaturrahim. Seronoklah dia menjawab di SANA nanti. Thanks for your advice.

3E said...

BMK tu apa somuffins?

somuffins said...

3E, BMK = Bertuah Madam Kalsom, heheh...(bisik: buah mata kucing)

Amy said...

Wakakaka i pon cam 3E jgk duk pikir apekah maksud BMK igtkan BreadMakerKitchen wakakakaka. Tapi ok jgk tuh BertuahMadamKalsom cun2!!

How are u sis??

somuffins said...

Hi Amy.. I'm fine tq cumanya pewot cam windy2 jer akibat BMK kot? Namun, I takkan berundur diri..