Thursday, 27 August 2009

5 Ramadhan

Puasa hari ke-5 berlalu dengan beberapa dugaan but I came out unscatched, alhamdulillah.
.
I was zzZZZzz between 10-12 midnite siap mimpi pintu pantry terbukak. I risau, sang cicak mesti dah siap bermastautin kat dalam pantry tu. I guna tea towel to shoo shoo the cicak away tapi bukan ada pun, hehe. Terbawak2 mimpi cicak sebab siang tadi punya hal. D menjerit sakan kalah jeritan pompuan nampak tikus bila crossed path dengan sekor cicak. Alahai, cicak aje pun.. bukannya biawak komodor. Aparaa..
.
Kalaulah D&T nakkan bukti diorang adik-beradik sepusat sepusing, proofnya dah nyata takyah buat DNA apa2 pun. Dua2 geli dengan cicak, labah2 wpun cenonet dan siput esp tanpa cengkerang. Heheh.. tang nih I boleh eksyenlah.. cos I tak geli jauh sekali takut (riak ek?) tapi I surrender kalau ada sedara sepupu sepapat si Mickey tu. Dak berdua tu geli dgn cicak tapi boleh pulak gomol2 si iguana (dah jadi aruah. Nama myKad TunWana. Why a 'Tun' there, beats me. D tu kaki merapu jugak).
.
I terjaga dari zzZZzz bila dengar suara macho TB beri salam (macho?? jap eh.. nak giggle jap). Dalam keadaan mamai I sediakan air dan bubur kacang (belen semalam punya). Pastu mood datang ... mood buat jemput2 pisang. Yeayy...
.

12.42am My babies, all 16 of them selamat melihat donia!! Sheer bliss, alhamdulillah.

Berbuka tadi I had nasi goreng cili hijau+5 biji cili padi, telur mata-moo, bilis n timun rangup. Plan nak tinjau bazar tetiba punah ranah sebab takde kereta hari nih so I jadi pompuan baik duduk rumah aje. Bila I dah rajin nak masak, D fone suruh bersiap nak bawak I ke BR. Eighh.. malaslah nak bersiap pakai tudung bagai .. "takpe.. Umi goreng nasik aje". Yang bestnya bila D bersuara "nasi goreng Umi terbaeeek". Wahahaha... tau takpe. Lauk sahur I masak jap lagi, hellp!!

Thought I could wall-up all but ada lak si pengacau yang masih tak tidor2 lagi tu. D cekup ntah berapa bijik "Miii... terbaeek". Sebijik aje tinggal dalam pinggan dan D ada hati kata beri dia yang sebijik tu. Oh no! over my dead body ... mueheheheh..
.
I guna tepung jemput2 manis Adabii n campur dengan berbijik2 pisang monyet. Nak kena pandai bancuh jangan bubuh air banyak sebab pisang tu dah 'wet enough'. Cubalah buat cara nih nescaya tak menyesal.
.
Untuk berbuka semalam, I ke BR beli nasi kerabu tapi nasiknya nasi dagang. Tergamam kakak yang jual tu bila I mintak cam tu. I tanya dengan wajah semanis kurma "nape? tak pernah dibuat orang ke?" kihkihkih.. kasi gegarr sama itu kakak sikit.

10 comments:

Spices of Life said...

Ciksom, my kids all time fav, cokodok pisang. Nasi goreng cili hijau sedap tu.. salam ramadan to you all sefamily. Raya u kat mana?

kak ja said...

I kan CS, suka cekodok pisang yg suam2 nak ke sejuk tu.. Tak suka panas2..

Pengin nak rasa nasik goreng u, CS.. I ni tang nasik goreng, bihun goreng, I suka yg org masak.. Pernah dulu, I masak bihun goreng, I langsung tak jamah wpun depa kata manyak sidap.. Beta tak sudi!!

kak ja said...
This comment has been removed by the author.
QueenJah said...

okeeyy...yg ni try test over, one two three..
Buka nanti nak watlah nasi goreng cili hijau + ciliapi, dah terbau2 enaknya aroma tumisan...
tp jgn taktau, I sendiri pun taktau yg I ni mmg takder bakat wat cekodok so satu aritu I gasak guna tepung naik sendiri, tetiba jer elok plak jadiknyer...
sampai arini baik cekodok pisang ker, bilis ker, udang ker mmg SRF jadik mangsa la...ber baloii2...

QueenJah said...

Yeay!!!
I did it...!!!

love u! love u!

Shafidah Shamen said...

kak,
saya pembaca baru hehehhe, tak leh nak teka lerr sape D, sape TB..nak kena dig kat belakang2 nihhh :D

QueenJah said...

Makna ayat yg I bg tu lebih kurang beginilah..

Bila telah timbul kebenaran maka yg bathil(palsu-tak benar-jahat)akan gugur dgn sendirinya, sesungguhnya yg benar itu pasti akan timbul jua. Lebih kuang camtulah, harap kalu ada sesaper yg tau lebih detail maknanya boleh tolong tunjuk ajar ya.

I dah amalkan ayat ni sejak umur 12 tahun lagi, maknanya dah hampir 40 thn sebati dalam hidup! Yes, Alhamdulilah, hidup yg sentiasa bergelora dgn masalah ini sentiasa ada saja penenangnya, sesungguhnya kemenangan itu hanya milik org2 yg sabar, tidak di dunia akhirat pasti. InsyaAllah, yakinlah yg janji Allah sentiasa benar.

Soal usaha kita or doa kita dimakbulkan Allah sudah bukan jadi urusan kita lagi.siapa pun yg ikhlas dan bersungguh2 dlm usaha mencari kebenaran pasti akan ditunjukkan kebenaran itu oleh Allah swt.

Apalagi ditgh2 kemelut pemikiran yg tak menentu tika ini kita hanya perlu berdoa agar Allah menetapkan hati dan diri kita dijalan yg lurus...

Satu lagi bila senang2 u amalkan juga doa nabi Yunus semasa berada di dlm perut ikan nun, jadikan doa2 sebagai lipgloss.

Jgn kecit ati eh, ingatan ni sebenarnya utk diri I sendiri ngeh3x

somuffins said...

Azieda, ntah kenapa I suka sangat cekodok tu but all the while I buat lempeng konon takmoh makan excess oil. Ngidam punya pasal, terpaksalah kanx3? I beraya dimana? Well.. well.. well..

Ja, I pun suka yg suam2 kuku tapi dah kerana minat yg membuak2, pulak2 tu sendiri yg buat maka got exception to the rule lah. U nak rasa masakan I? Maaaak, mulalah I tak tdo malam nih ..

QJ, now pukul 3.05pm, you dah mula menumis nasi gor ke? Dah terbau2 ni haa. Wah, you pun dah ada alternative buat cokodok eh? Majulah cekodok untuk pewot anak2 kita. And QJ, tqvm for= the tazkirah.

Hi Shafidah, tq for coming. D is my son, TB=tuan besar aka CikLi aka MOTH=man of the house. Gitulah I pelbagaikan nama my hubby. Ada lagi 1-2, hehe..

anneaziz said...

Cik Som oii!

I ada 1 kisah cekodok...punya lah bodoh tak reti buat tp suka makan. once upon a time big boss balik bawak 3 sikat pisang emas masak ranum, dia kata nak makan cekodok yang best, manyak pisang. ta mau tepung langsung.

Si dungu isteri yg setia dan mithali ni pun ikut ler resipi big boss kasik!

Dah di goreng...ghopernye bukan bagai cekodok, lebih kepada kodok bersepai kat jalan kena langgar lori treler! Itu lah 1st and last try, sampai skrg, nak makn cekodok, ok, rela berpanas berhujan pi cari kat warung...malu!

somuffins said...

Anne, nasib baik I tak se mithali you, muehehehehehhhh... All this while (to be on the safe side), I dare to make LEMPENG jer. Baru2 nih barulah I DARE to make cekodok pisang. Tetiba dpt idea guna instant tepung Adabi tu. You cubalaah.