Thursday, 19 November 2009

Pasti pasta .. dll

Semalam bermulanya SPM. Semoga setiap pelajar dapat keputusan cemerlang. Amin.

Hari ni I duduk dendiam kat rumah sebab semalam dah puas membelah jalan. Mula2 kami ke SA tapi bukan nak lawat T, Ndja saja nak tengok kolej T dan saja nak tinjau keadaan sekeliling. Memanglah ada beza dulu dan sekarang - masa dia belajar kat situ dulu, dia sungguh ayu tapi sekarang dah layu, heheh (KakNdja, dek guwau2 aje eh Kak eh :-))

Dari SA ke PJ. Singgah kejap untuk lepaskan rindu kat Teh n Chik. Ndja bawak disposable diaper untuk Chik (guna sebelah malam aje). Overall, kesihatan Chik memang memuaskan. In case ada yang bertanya siapa Chik tu? Dia adik bongsu my Bak. Umur dia baru jer 86 thn :-)

Dari PJ terus ke SubPred. Kononnya nak temankan Ndja bersyoping, tapi ....? Setelah penat I kepit2kan handbag celah taik tiak to refrain myself from buying the things I don't really need .. tapi alahai tergoda gak maka TERpaksalah I beli 2 helai sampul kusyen n 2 jenis table runners (murah n simple tapi cantiq taw). Pastu singgah kejap kat supermelekit beli barang kecik2 aje tapikan tapii .. I teruja bila terpandang pada herba omputih nih .. sage. Besok2 kalau ada cerita lanjut tentang sage nih, I akan lapurkan.

Dah penat berjalan mundar mandir .. lapar dari pagi tak makan .. kita berdua sehati sejiwa masuk ke Pitzahat.

Salad & spaghetti olio airliur tu untuk orang yang jaga kesihatan - macam2 pantang, aishh!

Sup cendawan, coke (diorang malu, tu sebab takde dalam gambar) dan pitza I punya. Gum masih tak selesa untuk mengunyah2 namun .. napsu ku hanya untukmu pitza .. hempap2 ajelah jawabnya setelah disimbah dengan sup cendawan. Acih eh sup..
Kalau mood baik .. dengan sage ni akan I cuba masak sup labu. Teringin nak tau camana rasanya.. Nilah padahnya suka intai2 kat dapur orang .. dapur orang Jarman plak tu.. hehe. Sage ni baunya macam apa ek?? Ada bau daun pokok tomato and a tinge of daun sadri .. Boleh percaya ke hidung I menghidu??

Anyway, lepas Asar Ndja and G, bujangnya balik ke Sban (Ndja carik peluang kesini sebab anjer dia pi autstesyen, hehe). Esok diorang mai lagi, yeahhh.. boleh JJCM or JJCL lagi..

10 comments:

Ibu n Abah said...

kak som,
akak ni menanti-nanti entry terbaru kak som. Bukannya aper.. terhibur dengan lawak spontan kak som. Janganlah marah sebab selalu akak menjenguk dan mengomen...
semalam kak som kenalkan daun selaseh hari ini daun sage..
(menambahkan pengetahuan). Time kasheh.

ain said...

nanti kalau dh siap sup labu akak, jgn lupa share ngan we all ye!!!

QueenJah said...

Oooo...tu daun sage rupanya?
Ingatkan daun kemboja yg org tanam kat kawasan er...er..tu!
hia3...

kak ja said...

Nanti u buat sup tu, u namakanlah, "SUP HANTAM SAJALAH LABU", k?

(baik, kan I? tlg pikirkan nama sup tu utk u.. u tak pyh penat2 lagi.. dah tu nnt TB bknnya nak tanya.. aaaaaaiiiiii gak yg nak kena tanya.. baiknya aaaaiiiiii!!)

somuffins said...

Akak, siapalah CikSom tanpa peminat, muehehehehahahahaa <- bukan guling2 aje malah tertonggeng2 ni, haha. Terima kasih kerana sudi membaca dan sekiranya my cerita dapat menghasilkan senyuman manis dibibir Akak, alhamdulillah. Kalau Akak selalu menjenguk dan mengomen.. apa kurangnya I. Cumanya bila nak komen, system hang pulak, ishhh....

somuffins said...

Ain, insyaallah akan ku enterfremkan sup labu tu..


QJ, daun kemboja lain bentuknya dari sage, kan?. Daun kemboja bagus dibuat botok2 untuk orang utan, ngeh3.


Ja, I know I can always count on you, tq. TB takkan tanya nama sup tu sbb dia anti sup jenis tu. Tapi untuk you, I namakan Sup Labuja. Ok tak ai namakan sup cenggitu?

3E said...

Aunty Somuffins.....
Best betul ya JJCL dan JJCM ya....
mesti u happy 'kan sbb dapat gi jalan2 sama dengan kakak u then gi visit Teh n Chik...
Tak pahit ker daun sage tu....???

somuffins said...

3E, memang happy esp bila I tak drive. JJCM/JJCL tersangat best bila kita tak pergi ketempat yang sama. Tukar2 selera (mcm tadi I buat..hehe).

Tak tau samada sage tu pahit ke tak; tapi katanya bagus untuk pompuan menopause. It seems sage boleh dicampur dgn teh; dan untuk masakan yg berkuah pekat..

mrswongjowo said...

JJCM I tau tapi JJCL tu apa? macam blurr la...

somuffins said...

MrsWJ .. JJCM = cari makan (dan makan kat tempat tu) while JJCL = CARI LAUK aje, tapau makan kat umah, heheh..

Thanks for your interest. :-)