Wednesday, 4 November 2009

Selamat pagi kawan2 ...

Assalaamualaikum ..

You all dah breakfast lum? Pagi ni as per dinner semalam, I makan 2 keping roti bakar dengan telur yang dah dicampur capsicum, bawang dan cendawan shitake. I buat teh-o mug besar. Diharap I kembali segar lepas breakfast dan makan ubat kejap tadi.

Ndja pesan minum air banyak2 at least 1 to 1.5 liter. Yalah Doc Quack.. nanti I panggil JAS suh sembur air kat I, heheh. Bagus gak, sambil kena sembur I boleh minum dan mandi sekali .. hmmm.. Ja mesti seronok main air kalau dia ada sama.

Breakfast

Dinner

Semalam tu konon aje I nak keluar beli groceries. Ingat nak beli lauk kat stall luar tu aje tapi malas nak keluar. Baring sambil mengulit bantal busuk tengok drama baru kat tivitiga tu.. tajuk pun kelakar NenekKebaya. Tak habis pun tengok terus zzzzzzzzzz.

Hasrat hati nak keluar juga tapi nak beli dinner saja. SMS TB "you rela tak makan murtabak malam nanti? Kalau ok, I nak keluar beli nih" <- strateji hanya satu ie minta dikasihani (kan I tak sihat kan?). TB yang amat jarang bersms tu, fon I "takperlah.. balik nanti I beli something. You nak makan apa?". Wah!!! tak dapat emas sebungkal pun takpe, ITU aje pun yang I nak dengar.. layanan mesra, auwwww... Sejuk rasa hati w'pun masa tu kepala I dah mula hangat. Sementara tunggu TB balik, I rajinkan diri buat roti bakar dan telur tulah.

Semalam I pusing2 kat blog orang. Ada cerita pasal kawan2 yang favouritism, yang suka membezakan kawan2, selalu judge a book by its cover, dll. Ada juga yang dah delete akaun dia di FB. Bila dah delete akaun maka bertaburlah nama kawan2 (samada kawan rapat atau kenalan). Dia tak rasa FB tu jalan terbaik untuk mengekalkan persahabatan (lebih kurang begitulah) sebab bermacam2 cara lain yang boleh diguna pakai. Well.. it's up to the individual.

I ada akaun di FB semata2 kerana desakan sorang kawan sekolah. Lama dah terbengkalai cuma baru2 ni aje I cuba masuk. Takat ni I belum ada keinginan nak main apa2 games pun. Tak reti sebenarnya, heheh. DAN (takat ni) FB tidak memberikan I kegembiraan dan keseronokan kerana sebab2 tertentu .. Salah satunya.. hmmmm..... In fact ada 2 sebab .. *sigh*.

Satu lagi blog cerita pasal sang suami yang tak tahan dgn kerenah isteri yang suka bertanya macam2 soalan. Contoh -> suami: I balik lambat sikit eh? isteri: pukul berapa? suami: pukul 11 isteri: kenapa? you nak gi mana? suami: nak jumpa kawan kejap isteri: siapa? suami: kawanlaa, kalau bitau pun you tak kenal isteri: habis tu, makan kat rumah tak?

Itu baru perbualan dalam telefon. Bila suami tiba rumah mesti jalan ceritanya berubah, betul tak? Salah ke kalau si isteri nak tau lebih2? Salah ke kalau sisuami beritau lebih2??

Apa pun yang bergolak disana atau dimana2, I nak mandi sekarang nih (heheh.. boleh percaya ke?), nak bersiap2 membelah jalan untuk menjalankan tugas mengkayakan Jaiyen atau Mydyn. Daa...

12 comments:

Ibu n Abah said...

kak som,
dah rasa sehat sikit ari ni yer...
seronok kan bila telefon encik husband kirim beli itu ini...
kdg2macam telepati pulak.. kita dah lama teragak nak makan, tiba2 dia bawak balik...

ain said...

fb saya pun tak aktif. bukak fb pun sbb kawan2 yg suruh. mcm akak gak, saya tak berapa sgt ngan fb ni. ntah ek..x tau nape..????

psst...dh siap nak gi jalan2??

Queenie said...

tak mananyer dia gi tu...
tengok lar...
satgi dia tulis tak jadi lar...
cakap kemain - jalan pon nak dibelah...cobra!
mandi phon...ntah2..

har3..
sedapnya bercakaran...
cakar ayam
cakar rimau....

kak ja said...

U jgn amek ati dgn QJ.. Dia sj suka nak kacau u.. I ni pun dia perambat masuk duduk dlm jamban..

Sblom tawen lagi, TK dah pesan kat I, org laki ni tak suka kalau wife tanya "tadi u pi mana?", "awat balik lambat?".. Katanya lagi, tak payah tanya mcm tu, nnt husband tu sdiri akan citer..

Tp I kan ke smart?? (ehem hem..) 2 ari lps TK sampai agak lewat, dah dkt isya'.. I tanak tanya direct, so I tanya, "Abah, ni dah nak masuk isya2' dah.. Maghrib dah solat lom?" N dia pun jwb, "I singgah solat di surau tadi.."

Kita pompuan kena pandai adjust.. Tp dlm pandai adjust ada masanya tentu terkantoi gak.. biasalaahhhh..

3E said...

Wow...aunty Somuffins...u ni memang suka manja2 la...adakah manja2 sejak u kawen dulu2....? Mmg u selalu macam ni yek????

I ni bukan la romantic orgnya...brutal adalah..I rasa my Mr E yg terlebih romantic...hihihihihihi..

Pasal tanya hubby balik lambat ni...i rasa kena pandai2 sendiri la 'kan.In my case...my Mr E yang akan citer sendiri kat I dia pi mana...keluar dgn sape....borak apa...tiada rahsia la antara kita gituuu...ok 'kan..

CS said...

Akak, I dah sihat banyak, alhamdulillah. Memang seronok bila 1. telepathy berjawab 2. belikan hajat kita tanpa banyak soal 3. apa lagi ehh?

Ain, gaknya belum sampai seru kita berFB tak? Seru kita jadi blogger jer dulu, heheh. P/S: Keluar tadi pukul 11.. sempat mandi, hahaha.

QJ, amboi3.. kat umah dia sendiri komain baik lagi heh.. kat umah kita dia lompat2nya sofa kita.. ikat kang. P/S: Kita memang bebetul membelah jalan .. tak caya tanya boss Mydyn..

Psst JA, jom kita kenakan dia.. (tapi kesianlah pulak, today besday dia khan?? Nemain, nxt time). I think kan, hanya kita tau DOs n DONTs pada pasangan masing2. I masih berpendapat tak salah tanya .. (tanya the sematt waylah kan kan? Semat macam you.. macam I .. haha.. nak juga semat).


Asilah, I tak anggap diri I manja bila mintak TB belikan makanan esp bila I tak sihat. Cumanya I think I lebih bersyukur dengan benda2 kecik yg mungkin orang lain tak kesah pun. U know what I mean? I ni very independent .. I do almost everything (within my means). Gitulah ceritanya.

anneaziz said...

CS

Hidung dah tak berlari dah? Betul ke mandi nih?

Cerita ceriti suami isteri, letih tau kalau punya suami tak ketuk tak bunyi. Memang ramai lelaki semak(samun) bila di interrogate bertubi-tubi, tapi tu kan tanda si isteri ambik berat (jangan lah di baca sebagi menyebuk, ye tak? Jawab jer ler kalau tak der buat apa-apa salah) Tapi ada pulak isteri yang tak penah tanya apa2 menyebabkan si suami pikir isteri dia tak sayang dan tak bother (Kisah benar nih!)

hmmmm....susah jugak jadi pompuan, isteri dan dot3 ni ye? Rasanya kan kita semua kena belajar the art of manipulation lah...kat U mana ada offer course ni ek?

kak ja said...

tumpang lalu sat na, CS??

Kanda Anne, nak tau kat U mana ada offer course tu?

U-S-J!!!! Lecturer dia nama Cik Com!!

Queenie said...

kat cini pon ada! kat cinii...

teknik I mengajor senang jer..
mana yg lorat2 sgt tahap taktau diuntung n tak sedor diri tu - asid kan jer! oops! (sepit mulut guna penyepit cs)

yer lar..yer lar..
nak balik lar nih..
dah! dah tutup ubinisiti I ni...

CS said...

Adindas bertiga.. Anne/Ja/QJ ..

Dah dinner lum? Dah beri suami masing2 makan lum? hekhekhek..

Anne.. hidung I berlari2 anak aje.. Oitt.. mestilah I mandi. Mandi kan sunat kan? ehem.. Anyway, where to study the art of manipulation?? The art is already in our soul, sort of oredi built-in. When the time comes, we strike. Tapi manipulation macam KITA YG MITHALI NI hanyalah kerana Allah, betul tak kawan2ku??

Ja, you very da semat onelah. Unibersiti tu memang canggih lagi anggun .. USJ .. Unibersiti Som Jelita, auwww... (sure QJ jeles).

QJ, jgnlah brutal sangat. Kena sophan sket, you kan pompuan melayu terakhir malaya? Jgn diasidkan, tak elok cam tu. Guna jer yg ada peluru ..

anneaziz said...

CS,

Memang lah mandi biasa-biasa tu sunat, namun ada juga mandi yang compulsory kan?

KAKAKAKA Betui lah...USJ! pensyarah dia pun jelitawan! (QJ sabaq, ya! ni kan rumah dia..kena ler agree...kalau tak, kena hambat mcm QJ hambat Ja tadi)

Kengkawan, ada satu lagi cara nak menghapuskan makhluk2 perosak camtu, iaitu di kerat 19, lebih satu dari muna fnd, jgn kalah! Lepas tu kuburkan kat bawah tangki sisa pepejal. Biar orang yang mencari pun teragak-agak nak menggali semula. Camna? Kakakaka...imagination running wild!

CS said...

Anne, tapikan tapii .. nak kerat guna apa ya? Mungkin QJ ada chopper potong kambing. Ja & you ada eletrik gergaji ke? Jgn harap dengan pisau I yg kat dapur tu, tak lut; harap potong tauhu aje.