Sunday, 29 November 2009

1 malam disana ...

Semalam I berkelana ke PJ temankan Chik untuk 1 malam. 2 hari sebelumnya D temankan. Malam nih dan malam2 berikut giliran my SIL pulak until Teh balik dari telan makan angin. SIL and doter duduk rumah Teh bila weekdays saja tapi 2-3 hari lepas dia takde sebab balik beraya kat rumah parents dia.

Eversince Teh's husband passed away, bro no. 7 and family had been staying there (for safety's sake maklum rumah tu ada 3 'dara pingitans' -Teh, Chik n maid). Secara tak langsung bro jadi orang harapan Teh dan kita semua. He was the family's courier man. Kita tanya apa nama company dia, jawabnya tersengih "fed-ups" (gabungan fedex n ups). Haha, I thot it was so kelakar, kan? kan?

Jarak rumah Teh n bro hanya 5 minit naik kereta .. so memanglah dia very indispensible until 2 tahun lepas .... dia pergi buat selama2nya. Dugaan kehilangan Bak n Mak was beyond anything I've ever imagined, but it turns out kehilangan abang juga merupakan 'tamparan' boleh tahan hebatnya. Semoga Allah terima taubat dan amalannya, amin.

Back to cerita bermalam temankan Chik. Lepas berbual2, tengok tv, selak2 magazine .. I terus zzzz... terjaga pukul 4 pagi. Aduhh.. whylah terjaga.. Dah terjaga tu, ingatan I jauh mengembara. Terkenang waktu2 manis (dan pahit) selama 4 tahun I duduk kat rumah tu - masa dikolej, masa mula bekerja dan masa sebelum I lari pindah selepas kawin. 1-2 tahun kemudian, Ngah jual rumah tu pada Teh. Memang banyak kenangan .. 4 kematian dan 6 perkahwinan.

Lepas solat subuh, I sambung tidor. Tersedar pukul 9 .. whahaha bagus punya pe'el (nasib baik kat rumah kakak sendiri). Lepas breakfast I pun beredar (takat ni takde sebut pasal mandi2 khaan?? heheh). I dah plan which route to take to go back to Subang. I ikut jalan Sect.14, a place I once called home. A place full of wonderful memories and everything looks so familiar .. just like 20-30 years ago.

Tuhan aje tau betapa syahdunya I rasa masa driving tu. Tak pernah terfikir that I could drive kat kawasan yang pernah I ulang alik satu masa dulu - pagi2 tunggu taxi, kelek D masa baby, hantar ke rumah babysitter/Teh etc. Kalau I tau driving tu senang dan tidak menakutkan, dari dulu lagi I dah belajar. Oh well ...

Terlanjur ada kat kawasan tu, I singgah kat satu kedai tu tapi 'closed' pulak. Mungkin dah rezeki, tuan punya kedai rupa2nya ada dalam kedai tu. Dia keluar dari kedainya dan I tak menyempat berteriak dari kereta "u tak bukak ke?". Dia tau apa I hajatkan, dia masuk kekedai untuk pastikan benda yang I hajati tu ada stok dan keluar bersama 2 peket black pepper sauce, heheh. Dah rezeki, I membeli tanpa keluar dari kereta. Syukur.

Dari situ, I konar menghala ke Sek. Sri Aman .. dekat roundabout tu .. belok kanan.. There.. kat situlah rumah lama I. 10 tahun I duduk rumah tu - kawin hinggalah beranak 2. Sedihnya! Lokasi yang amat strategik tapi I teruja nak pindah kerumah baru (kononnya). Rumah tu we all jual pada my abang (aruah). Masa I kesitu, rumah tu kosong sebab my SIL n doter pergi beraya rumah parents dia.

I terus menuju ke highway .. banyaknya kereta but the flow was smooth .. tiba depan Summit ada pulak accident kecik .. then I menuju terus ke Jaiyen .. beli then blah :-) .. singgah kiosk masukkan cheque dalam mesin .. phone TB "u katne? I nak beli lunch.. you nak apa2?". So I bought 2 laksa Johor and one soto for D. T dah balik ketempat dia malam semalam.. I drive ke PJ, dia drive ke SA .. seiring .. dia belok kekiri, I kekanan. Hanya Allah tau betapa 'pilu'nya I rasa malam tadi *sigh*

Tiba rumah beri salam .. tanya TB "you tak kemana2 hari nih?" .. "Nak pergi mana, kan I kerja?" .. OMG!! I lupa TB kerja hari nih .. hehehe.. Cian dia, hari Ahad pun kena kerja..

18 comments:

Ibu n Abah said...

kak som,
kadang2 kita ni kena berkorban demi kasih...
Alhamdulillah dan tentunya seronok tak terhingga Chik bila kak som sanggup berkorban tinggalkan anak dan suami demi menemankan Chik. Seronok baca kisah kasih sayang kak som pada Chik, adik beradik, suami dan anak2.
p.s.
I dah ajar suami cukup2 kot2 dia dah terpasang 2.. 2/3 hari ni, I dah kempiskan poket dia...asyik beli shopping...kejap2 kena beli baju anak2..(kami balik kg, sengaja tak bawa baju bdk2...).

3E said...

Aunty Somuffins....
U ni sentimental la......

Queenie said...

sentimental song, satu!

er..fatwa ibu n abah tu orait ker tak gaknya hek? or ada unsur2 kekezaman...tapikan tapiii...org lelaki ni kalu dah berajat...seribu daya...hek3

CS said...

Akak, selagi hidup dan selagi mampu, bukan ke kita patut appreciate kehadiran setiap ahli
keluarga dlm hidup kita, kan Akak kan? Tapikan tapiii .. ada orang yg x terpikir kearah tu langsong. Sedih kan?
P/S: Strategi Akak tu memang d'bomb. Jangan meletop salah tempat daah.. hehehe.. Cayalaah..*wink*


Asilah, dah umur macam I memang perlu bersenti-mental (bukan senti-menTEL taw.. tak sesuaaai). Nantilah.. tiba juga masanya you juga akan jadi cam I :-)


QJ, Akak's strategi tersangat melethop kan? tapi betullah tu, depa semua kalau dah nak,
berkerlit juga.. tapi bukan Mr Akak aka Dr Akak tu, kan kan?

Ibu n Abah said...

kak som,
kalau lah encik suami yg dah terlupa nama isteri tu, teringin lah terpasang lg satu....
akak tak kisah....
sebab nama akak pun dia boleh terlupa,...( oooppssss.!..akak pun dah lupa apa point nyer...)hehehe...

mrswongjowo said...

Its alright to be sentimental...bila dah umur cam ni..anak2 dah besar commitment pun dah kurang, kita akan ada banyak masa for memories...No more rushing here n there, everything at the perfect place...remembering old days..I called it 'refreshing moment'...don't take things for ganted! U don't know what u got till its gone....

CS said...

Akak, cutelah komen akak..
(part ooops tu, hehe). Siapalah kita untuk melarang tapikan tapi..


MrsWJ, I agree. Selagi hidup, selagi sihat dan selagi yg dikasihi ada depan mata ..

3E said...

mmmm....bila la agaknya I nak rasa sentimental tu yea????...oh ya...tadi Mr E ada menyampaikan hasrat kat I dan 3Es pasal nak pasang lagi satu. I ok ja...takda masalah..cuma satu ja I pesan kat Mr E...kalau u ada any problems..jgn carik I..settlekan sendiri...hahahaha..pastu ada ker Mr E cakap kalau dia kawen lagi nak suruh tinggal serumah dgn I then suruh I bela anak bini no2 dia...piraaaah..duduk asing2 la...pastu sape beranak jaga la ank sendiri kan kan kan...ish...tak kuasa I

CS said...

Asilah, betul kata you. Kalau ada masalah, settle sendiri. Apasal you kena jaga anak2 bini no. 2?? Kan ke you bz? Pi kerja, urus rumah, buat kueh, belajar fondant, pi pasar.. Ishhh mcm2 kan?

ceriaWAN said...

ish..ish.. org ppuan ni.. kalau cakap bab ni, lajuuuuuuu jer..
hajat tanpa niat tak menjadi kenyataan.. niat tak berhajat mungkin boleh berlaku. tapikan tapi.. kalau betul suani ada berniat camtu, patutnya para isteri kena bersyukur SEBAB suaminya seorg yg NORMAL.
Lalalalalalalaaa..

eniwei.. tak semestinya warga kertu sahaja boleh bersikap sentimental dalam hal ni.. org muda pun besar peranannya gak tau.. contohnya D tu.

maybe org tak anggap sentimental sgt kalau org muda berkorban sebegitu.. tapikan tapi .... IA TETAP SATU PENGORBANAN YANG BESAR JUGAK.

Queenie said...

apasallah sana sini owang asyik citer pasang satu lagik ni ha? wat ati I dub dab dub dab jer...
betul ker Asila sebegitu tabah?
tabik lah..tabik lah...kalu I?
hurrrrr....

3E said...

Actually dalam bab2 macam ni...
kalau Allah dah kata "kun fa ya kun"...maka akan jadilah ia..kalau itu yang dah termaktub.

Aunty QJ, I mmg beri keizinan kat Mr E kalau dia benar2 nak pasang lagi satu. Tak kisah pun...lagipun I tak rugi apa2 pun.....betul tak????

Aunty Somuffins, iye la 'kan...I 'kan mmg bzee dgn life I...takkan la I nak cari nanny lak kat anak2 bini no 2 Mr E kan....

CS said...

MrCW,amboi2.. kutuk orang pompuan pulak ehh?? Debik kang! :-)
Kalau dah tersurat, kita takde kudrat untuk menghalang tapi yg org pompuan PROTEST bila sang suami sengaja carik pasal bermain dgn API. Kalau main2 api bakar satay, ada gak pekdahnya. Sekian, terima kasih.


QJ, habiskanlah ayat you .. "kalu I..."


Asilah, yg I tak paham kenapa Mr E boleh sarankan you plak jaga anak bini no. 2. Apa2pun, kalau u perlukan benteng pertahanan, just call US .. QJ, I, Ja, CW <- dia nih boleh tahan gagah gak.. ehem!

Lee said...

Ho Somuffins, you are a very warmhearted lady....gentle and kind....
Regret read of your friend Teh's hubby passing away.
Hope she's alright.
You keep well and best regards, Lee.

CS said...

Hi Lee, thanks for visiting and thanks for the nice words.. I AM INFLATED ALREADY, hahahaaa..

BTW, Teh is my dear sister. Yup she's doing fine. Able to 'eat air' some more :-). Best regards

Queenie said...

kalu I....kalu I...er..kalu i jadi Cs, I sorokkan bini no 2 dia dlm lubang pasir tu...biar naik rabun dia mencari....whua ahaha

CS said...

Psst QJ, lier aler mini lamber luer meh??

Queenie said...

syhhh...(sambil membetul2kan kanta teropong..)