Tuesday, 3 November 2009

"hidung berlari ..."

roti nan & tandoori
.
Suasana malam semalam tenang aje .. takde bunyi gorilla menepuk dada, singa mengaum maupun anjing menyalak. Walaupun tenang, tidor I tetap terganggu (bukan diganggu). Apsal hidung mancung I tetiba sendat, mata rasa layu dan kepala ada noneng2? Aahh.. dah berjangkitlah nih.
.
Tu namanya tak sihat makanya perlulah bermanja2an mintak dibelikan makanan. Alhamdullilah, dapatlah roti nan dan ayam tandoori. Tak sihat tak bermakna sakit, jadinya ia tidak menjejaskan selera namun telankan juga 2 biji Pana.
.
Tiap kali I makan ubat, I mesti terkenang zaman siiiilaaaaam ie zaman I takut nak telan pil. Panadol yg kenit tu I karate jadi 4. Bila dah besar dan dah berani, I karate jadi 2. Makan ubat mesti disulami dengan air manis (manis2 buah pun ok); if not I'll puke .. aahh.. penatlah nak karate2 lagi kan?
.
Satu malam di rumah Jalan Merdeka .. sedang I menganga nak menyuap pil, tetiba bersiung sang lipas! Biadap sungguh. I pun terkejut (memang terkejut) lalu menitiskan airmata. Takdelah meraung tapi adalah bunyi dengung2 orang nangis. Over the years bila Ndja ingat peristiwa nih, asyiklah dia kata "ko ni manja betul ek?". Apa perlu I cakap lagi untuk mengiyakan telahan itu? I hanya mampu 'shrug off my shoulder' sambil berkata "well....".
.
Siapa pernah tuang ubat batuk dalam lubang sink? I pernah. Dengan riaknya I mengaku, har3. Kerja keji ni dibuat masa I dah anak dara (kiranya tak patut segan silu telan ubat), tapi bisikan syaitan, kadang2 kita tak boleh lawan, tul tak?
.
I tak suka sakit masa kecik2 dulu merely ubat punya pasal. Dalam pada tu I suka sakit sebab dapat pakai sweater, heheh. Abang no. 7 selalu refer sweater as Omar Suwita, our bintang filim zaman 60an yang selalu berlakun jadi penjahat/penyamun tu. Alfatihah untuk kedua2 mereka ini.
.
I heran .. sejak kecik dulu I dah pandai heran2 taw. Bila kitorang sakit, nak ke spital JB yg warna merah ditepi laut tu, Mak or Chik mesti sediakan botol untuk isi ubat. Nak jimat ke? Tak pernah pulak I tanya. Tak juga ingat botol apa yang Mak bawak tu tapi satu botol yang lekat kat ingatan ialah botol Gripes Water. Ubat ni bagus untuk baby or toddler nyah angin pus2 diperut. In fact masa I sakit hari tu, I mintak TB belikan Gripes Water, tapikan .. tak mujarab. Formula untuk budak2 .. haha.. tau tak per.
.
Sesi makan ubat air tersangatlah 'tocheres' <- malas nak check dict. untuk ejaan betul. Sesudu besar ubat dimakan 3x (sulami dgn air manis ok?). Nak nak kalau ubat tu berkaki ie sebelum makan kena goncang bagai tak mau, lagilah ... Muntah2 tu perkara biasa. Mata merah2 pun perkara biasa. Syukur alhamdullilah D&T tidak mewarisi ketakutan I.
.
Masa confinement dulu .. I makan jamu seketika, cuma makan ubat doktor aje. Mana best makan ubat serupa taik kambhing?? Eeeeshhh .. tak sker (lainlah 'taik kambing, taik lembu atau taik telinga' , hahaha.. Tu semua nama pojokan untuk buah asam yang dibungkus kecik2 tu). Eh, tak nak cerita lebih2 pasal confinementlah, nanti ada orang marah sebab I tak ikut 100% etika orang dalam pantang..
.
Masa kecik kita selalu jumpa Dr Lim Kee Jin. Dia nih kawan baik Bak. Dr Lim panggil Mak n Bak, Hajjah n Haji respectively. I sukerr dengar bila dia panggil macam tu. Dr Lim is a great man and was instrumental in developing medical schools. Masa tu, kliniknya kat tingkat 3 dan nursenya nama Asiah (lawa macam KartinaDahari).
.
Satu yang I notis (observant gitu), bila jumpa Dr Lim.. dia akan tanya "hajjah apa kabar", dan tanya kabar Bak (hello doc, bukan ke I yang sakit nihaa??). I perasan doktor sekarang (melainkan bawak baby jumpa paeditrician) tak kesah ambik berat badan pesakit (wpun hanya demam) lebih2 lagi .. macamana I nak explain ek? Gini .. Dr Lim akan guna alat macam besi size kecik dan diketuknya kat lutut (nak test reflex). I suka bila dia buat gitu.. rasa toink, toink..
.
Sekarang dah moden, cara tu dah pupus. I ni dari old school maka I pikir ITUlah satu2 cara yang best, hehe. Ya ampun para doktor ..
.
Haa.. melencung lagi ..
.
Kat dapur tu macam2 dah takde. I terpaksa juga keluar beli barang2 ransom. Yeayyy, gaji dah dapat maka haruslah I ... (sebenarnya malas sangat2 nak keluar). Kesian TB makan lauk2 dari saki baki sayur yang dah lumpuh, haha. Tengahari semalam I masak peria goreng + taucu dan telur sapi masak kicap. Lauk simple aje tapi berselera pulak. Syukurr.
.
Nak bergerak kejap lagi .. Agaknyalah, kalau I keluar tanpa membazir air untuk mandi manda, boleh tak orang detect ??

11 comments:

MamaFaMi said...

Alamak, jangan bagi jangkit ke marilah... nanti diri yang sedia 'rajin' akan bertambah 'rajin'. Hehehe... Get well soon Cik Som...

p/s : 1 inch tu leh jadi jutawan? Mmm on second thoughts, tak mau gak lah. Buatnya kena penyakit anjing giler, kita jadi jutawan gila pulak... hish, naudzubillah!

saya yang suka menulis - SHAHIRA - said...

Cik Som..makan obat oke..rindu Cik Som..muah (3x)

Ibu n Abah said...

kak som,
relax, relax jugak..
jangan lupa sambung citer tang mesin jahit tu...
rasa nak demam... makan ubat.

ain said...

rasa2nya, anak saya yg tua sebutik kak CS kot. mmg payah yang amat nak makan ubat. dia sanggup kemam ubat tu diam2 dlm mulut, then buang dlm toilet bowl senyap2. nak kasi dia makan ubat, saya boleh jd naik angin. dh 15 tahun ah umur, masih lg mkn ubat cair. adoiiii!!!!

pssst...kak CS dah mandi lummmmmm???

Ibu n Abah said...

kak som,
macam ni lah baru best.. baca panjang-panjang. Ini baru tarik nafas, dah habis...
kalau susah makan ubat selalunya doktor inject ajer... pasang branula kat tangan(yang kak som nampak berkedut kat tangan ari tuh..) masukkan aje ubat.

somuffins said...

Mama, Shahirah & Akak ...
Masa you all baca my coretan pagi tadi, sebenarnya benda tu belum siap ditulis. TERtekan post instead of draft. Tu yang terkontot tadi tu.


MamaFami.. rasanya 1 juta boleh ubati penyakit anjing gila, kot? Ada lebih $, bukak small cafe..


Shahirah, miss u twothreefour... Yes, dah makan soluble dah.


Akak, cerita pasal mesin jahit tu? Nanti I pikir2kan eh? Takde apa sebenarnya tapi adalaa.. hehe.


Ain, anak Ain sama gene dgn I tak? I lebih redha makan pil dari liquid. Kalau liquid, bersepah satu mulut. Kalau yg bau tak best tu, muntahlah jawabnya. Sekarang I tak takut makan pil dan ubat2an tapi kalau boleh mesti dgn air manis2 buah.

Psst.. b4 keluar kita mandi, hehe

anneaziz said...

CS,

Mandi, jangan tak mandi! Repot JAS nanti, pencemaran udara!

kak ja said...

Soalan u yg terakhir tu sgt2 membuat I terharu-biru-hijau-kuning.. akak sukerrrrrlaahhhh!!

I ada sorang kwn ni.. tataulah kot sbb lahir tak ckp bulan 44 thn lps.. Tp masa kami dah umoq 23 pun, dia nak telan panadol tak leh masuk.. kena ketuk bg hancur dgn lesung!!

QueenJah said...

kambhing tak mandi pon ada rega...
ngeh3

kak ja said...

sgt bersetuju dgn QJ..

apatah lagi I yg walau macammana malas pun, ttplah gosok gak gigi n cuci muka, kan kan kan?

somuffins said...

Salam pagi Rabu khas untuk anda semua <- very forr-mal


Anne, JAS ke JAIS? har3. Alaa you, you jgn tak tau you, ntah2 wife CEO JAS tu pun malas mandee..


Ja, saperlah kawan you tu ya? Mcm I kenal aje (I dpt bau dari jauh wpun idong I sendat taw). Tapikan, tapii.. kalau ketuk kasi hancur, bukan ke lebih keji? Pahet tu!


QJ/Ja.. rela ku disamakan dengan kambhing .. tapi I nak jadi kambing macam katun Shaun the Sheep tu.. cute n bijak. Sekian.