Sunday, 22 November 2009

wahai hati ...

wahai hati yang tak menentu
mengapa layu lesu
samar
kelabu asap
hitam pekat
.
wahai hati yang tak menentu
bercampur aduk berbagai perisa
benci semangkok
muak sebelanga
menyampah sebaldi
loya secupak
lara sekilo
bosan segantang
poyo .. poyo??
aaarghhh ...

wahai hati yang tak menentu
mengapa begini, tidak begitu?
pintaku wahai hati
jeritlah jika mampu
hentaklah jika upaya
sambutlah jika ringan
buanglah jika keruh
telanlah jika jernih
berselawatlah jika pedih

Wahai hati yang tak menentu
tenangkan hatimu
pastikan keperluanmu
temukan kehendakmu
leraikan kekusutanmu

wahai hati yang tak menentu
bila patah perkataan mula beralun
bila limpahan kata2 tak mampu dibendung
tidak secacat dan sekontot dulu
maka .. kembalilah
Dia yang satu, akan menemanimu...

wahai hati yang tak menentu
siapa lebih mengetahui?
aku, engkau atau Dia?
Dia, aku atau engkau?
engkau, Dia atau aku?


Cewah!! Mentang2lah baru lepas baca blog orang teater.. terkesima juga kita dibuatnya tapi cukuplah tu, takkan nak ulang benda yang sama - aku engkau dia, dia engkau aku, aku dia engkau, kan? (petanda dah takde modal sebenarnya tu, hehe).

Lepas ni bagus buat apa eh? Lipat baju? Tengok Melodi atau rajinkan diri m.e.m.a.s.a.k.?? Kena masak juga ke??

P/S: Lebel post ni I selit as 'Hobby' tapikan tapii.., sejak bila tulisan cam tu jadi hobi I? Hmm..

15 comments:

kak ja said...

Hobby tu sesuatu yg u buat pd masa lapang.. Since u tak bnyk masa lapang, maka seskali je lah u tulis yg mcm2 tu.. betoilah tu.. Kompem, mmg hobby u!!

Ibu n Abah said...

kak som,
rupanya payah betul nak memahamnya...
ambil masa juga...
(sorilah.. nak komen tapi wa pu che tau..)

somuffins said...

mmmm... mmmm..
Ja, tolong leraikan kekusutan ini .. Berblogging merupakan my hobby atau tidak?


Akak, payah nak faham ke? hehehe. Semua tu pasal 'perasaan' ..

Naz said...

Aduh! berbakat sungguh Cik Som ni ya.
Sama gempar dengan pantun Kak Ja kat FB hari ni.
Pantun apa?
Tanya itu madam ;)

somuffins said...

Naz, sebenarnya bakat I lebih pada melipat baju, heheh. Nevertheless, tq dgn kata2 you yg sejuk didengar tu. Oh ya, Ja buat gempar kat FB dgn berpantun? Wah, komain lagi dia ek?


Ja oh Ja, pantun apakah itu?

kak ja said...

CS, blogging ni bkn hobi u, k? Tp sumber mata pencarian u!!

Pantun I? Pi baca kat umah I.. Manyak sidap woooohhh!!

QueenJah said...

bila hati tak menentu
tanya jantung apa yg tak kena
dlm dada mereka sgt hampir duduknya
jantung mengepam darah
membentuk hati sebuku
hati warna nan merah
sekujur badan gambaran jitu
kalau baik yg sebuku itu
maka baiklah seluruhnya
kalau hitam yg merah itu
gelaplah sealam maya
lalu jagalah yg merah itu
jgn dihitamkan
jgn dikelabukan
jgn dicakar calarkan...

selamat arirayaji....

somuffins said...

Ja, blogging is my sumber pencarian? But todate I havent got a SEN pun .. (bayar duit karen lebih, ada laa, hehe). Psst Ja, our fren QJ mesti dah dpt imbuhan dari blog dia.. sebab I see ada iklan kat situ. I tak prasan if you have one..


QJ, tenkiu dgn ucapan arirayaaji yang sungguh bermatlamat tu. Camana nak hentikan orang mencakar calarkan hati kita?? Debik sekali dua, ok ke?

QueenJah said...

Jangaaann...tak baek namanya tu...
dah tak takot doser?
u buat cenggini jer...pekup kepala dia dlm baju u setelah u coti mandi seminggu..gerenti terruss tobat gitu! dah agak2 koma, mana larat lagi dia nak cakar2...

ain said...

wah kak CS...bermadah2 pulak dah ni!!!

saya yang suka menulis - SHAHIRA - said...

salam..Cik Som ade? Cik Som ke ni? jap i check balik link i g td..betoi ke ni..fes taim bentuk penulisan cmni..talented gak eh..

somuffins said...

QJ, katalah I tak mandi seminggu tapi dia pulak tak mandi sebulan. Kalau dia tak pengsan, I pulak yg mati berdiri nanti. I tau apa nak buat.. (kandang kucing I banyak kan? so fahem2 ajelah).


Ain, sekali sekala bermadah dan berhelah, ahaks.


Shahiraaaa... OK tak kalau I hantar my masterpiece ke Studio Luncai Emas?? Kasi kalah sama gubahan aruah Loloq.

geraugebang said...

Confirm. U ada booking istana budaya cuti sekolah ni kan? Canggih betul hasil karya. Mangkuk, baldi, semua masuk.he he he.

Naz said...

Cik Som,
kenapa kucing kucing tu dalam posisi tak manis begitu?????
Ni sebab tuan dia leka menulis puisi, kucing kucing lupa nak behave :D

somuffins said...

Gerau, mueheheheh.. mana you tau I dah book istana budaya? Lu manyak phandhai! *bisik* Teater I tu ada berbagai2 watak. Pilih aje mana2 you suka tapi I dah chup watak 'mangkok', ok? ngeh3.


Naz, kurang manis ke? hehe. Ekceli I suka the 'noire' background effect (cewah! tetiba ada minda seni)