Thursday, 28 January 2010

Hari Come-mess ..

YoSalam semua ...
Mesti ada yang nak tau samada I dapat gelang hitam yang SO dari Mekah tu, kan? Well.. I tak dapat yang tu tapi dapat air zam2 dan kurma dari berbagai jenis termasuklah yang boleh buat kita I kelihatan jelita (haha, ye ke ada kurma jenis tu?).

*pause kejap cewita semalam* nak cewita kisah hari ni dulu ..
Had LEMPIS for breakfast. Capai sebiji pis, tekan2 dgn garpu, tuang santan kotak sket, tabur gula sket, tepung sket (terpaksa ayak sebab was2 kot ada ... dot3) dan teruslah ... ehh jap ... selet sket 'pathar', pastu barulah digoreng (goreng ke bakar??).
.
Cukup ke makan lempis sekeping aje? Memang tak cukup tapi bukan ke kita patut berhenti makan sebelum kenyang? (ambik iktibar kejap, cewah); tapi mana boleh tahan??
.
Oleh kerana tak tahan berlapar, maka terhasillah karipaf kembar tiga tidak seiras. Nah kau! buat ikut suka ati aje afterall sendiri makan - no need to look nice, no need to look pretty. 1-setengah keping dah selamat daaah dan selebihnya simpan untuk tea time (sambil menadah tangan "pliss .. janganlah ada sesaper mintak karipaf belen tu, owh plisss").

Since TB puasa hari ni, ( nazar katanya tapi nazar untuk apa?), my JJCM plan terpaksa dibatalkan. Petang nanti barulah I fikirkan apa nak masak untuk orang berbuka puasa tapi nak masak apa ek? Alangkah bestnya kalau bazaar Ramadhan tahun lepas masih dibuka lagi, kan? boleh beli ayam percik ke, gegetas atau tepung gomak ke :-(

Kat rumah Ngah semalam ... juadah alas pewut yang biaser2 aje ..

Special request dari orang yang tersangat jaga kesihatan tak makan kicap, maka suci bersih aje rupa bihun tu. Ada 3 pencuci mulut comel - cream caramel yang telah dipenuhi peach (hasil kerja Ndja untuk jimat penggunaan air dan tenaga; basuh satu pinggan aje); juga roti kismis dan egg tart (dibawa oleh orang yang sedang berkarya nih, hehe).
.
Ayam yang belum disolek rapi menjerit2 "noooooo.. malu I! tutup mata.. tutup mata.."
.
Oh ya, semalam tu sempat juga I oder 5 keping murtabak daging sementara menunggu Ndja tiba. Why 5 keping .. 1 for yours truly and 2 each for Ngah n Teh. Masa diorang pergi Pulau Temasik bulan lepas, diorang sort of hampa kerana murtabak Ar*b Street dah tak superb macam dulu ...

11 comments:

azieazah said...

uishhh... uishhh... uishhh... terlior dengan godaan yg terpampang di depan mata...

di mana ler duduk rumah Kak SOM kita ni ek?

hmmm jap nak cari kat Google Maps jap..:D

3E said...

wow!!!!! banyak betullah post makanan kat sini..nak skit Aunty Som.....

semenjak 2 menjak ni Aunty Som begitu rajin memasak....bagus2..

QueenJah said...

Salam Cs,
oh ya, my abg baru kuar ospital smlm, adalah satu misi bg dia org dewasa punya diapers(?)keh3... you agak2 nak pakaikan kat ayam tu tak? tak sensor lansong!!!

somuffins said...

Azieazah, rumah kita kat pasir. Masih takde perkhidmatan Google lagi laaa...


3E, mana lak I memasak? I menampal gambo ajer kan?


QJ, alhamdulillah abang you dah sihat. Diaper tu size apa? U sure punggung abg you sama size dgn punggung ayam itew? haha .. tak sensor langsong.. (tulah u mulakan... I ikut aje, heheh).
Daa,nak masak untuk TB .. nak masak besssh2 na.. (boleh percaya ke?)

Ibu n Abah said...

kak som,
lambat lagi hari ni i dapat sokatbar.. takper... nombor corot komen pun takper...(nak menyedapkan hati..)
meriah you masak-masak ari ni... u dan i shama-shama masuk tahun baru wajin mashak...
Buat roti kismis dan egg tart lagi...
( Harus i cuba...sebab tak pernah buat egg tart..)

ain said...

seksi nya ayam tu...!! nmpak sedap pulak tu!!!

Tie said...

Err... betul kata Ain.

Seksi betul ayam togel tu.. uwaaa....

shaz said...

Sedap tak peach campur caramel tu? Belum pernah ku cuba sebegini.

somuffins said...

Akak,
jangan silap, I tak buat egg tart n roti kismis tu, I cuma BAWA jer. Bakers kat bakery yg tolong buatkan, heheh.


Ain n Tie,
seksi dan gedik ayam tu kan? tapi tak sure pulak itu 'mak ayam' atau 'bapak ayam', ahaks.


Shaz,
camana nak cakap ehh.. I ni very tradisional - cream caramel is cream caramel takde makan dgn apa2 pun tapi I always game for new experience, cewah. Jwpn to your Q is "bolehlah.. sedap juga"

geraugebang said...

Kita pun tak baper suka bihun letak kicap.

somuffins said...

GG, kita suka dgn syarat rasanya sedap dan mencapai piawaian kita.. hehe.