Sunday, 3 January 2010

... but why tapai?

I takde cerita nak tulis. Harap ada sesiapa sudi beri I satu dua topik yang boleh dijadikan modal I berceloteh atau tanya pendapat I tentang satu2 perkara.
.
Macam tak malu nak mintak sesuatu dari you all ek? Dah tu .. kata sayang kat I? Tak eh? Taaak ke? Alaaa....
.
I ada 3 entry terperap dalam draft untuk tahun 2010 - masih tak habis ditulis ... masih tak ranum, tak garing dan masih bodo2.
.
Mahap ya, I mintak diri dulu. Sambil tu, silalah jamah tapai nih ..

I tak suka tapai sebab baunya macam basi. Hari tu kat wedding ada dessert tapai + aiskrim. I kuis2 tapai ketepi .. ngap aiskrimnya aje.

9 comments:

Ibu n Abah said...

kak som,
kami serumah suka tapai.. esp tapai pulut dari melaka yang dibungkus dgn daun tapai. Bila ada kenduri kendara umah sedara kat melaka, mesti ada..
tapi, sekarang i suka tapai ubi yg dijual di pasar tani....
hmmm...
tekak masing2...

Wangi74 said...

Eh sedaplah makan ais krim dgn tapai..pernah pergi wedding kat PWTC first time makan..bagi akak sedaplah..

Anonymous said...

Dulu pernah draft entry tapai ni.. terlupa hinggalah baca entry ni, hi hi.. teruk betul mokcik ni.

Tie lebih suka tapai ubi, mak buat masa kecik kecik dulu. Tapai pulut mentua buat, tak berani nak makan banyak, pernah tersedak, hampir2 tak boleh nak bernafas. Panjang umur lagi, alhamdulillah.

3E said...

Frankly speaking...i don't like to eat tapai...apa2 pun jenis tapai...
Haaa...takkan la aunty som dah kering idea??????? tak meriah la camni...
Aunty Som...agak2 kalau I ke USJ boleh tak singgah kat rumah u...at least boleh la hulur2 chiffon cake kat u.....

Ibu n Abah said...

kak som,
takkanlah u dah kepupusan idea nak menulis...
susah untuk i mempercayainya...
betul...
kami yg kecik2 ni byk menumpang idea u tapi baru masuk 3 hari 2010 u dah kepupusan idea...
U lagi pandai buat/karang cewita..
cewita-cewita u menarik...
u boleh mulakan dgn cewita masa mula2 pindah kat kawasan umah u...
kenapa pilih kat situ...
sure menghiburkan....
tak pun cewitalah kisah lucu anak2 u T & D...
paling koman pun
share resepi hari ini....

CS said...

Akak, ada orang bila kita ofer merasa makanan yg dia tak biasa makan, dia akan menolak mentah2 tanpa mencuba tapi I dah cuba sedaya upaya untuk menyukainya, tetap tidak berjaya. TB & D makan, T n I, nehi..laak <- cakap Arab.


Wangi74 .. mmmm.. harumnya bau, heheh. Siapa suka tapai, gandingan dgn aiskrim mmg boleh diterima tekak tapi mesti dgn perisa BANILA :-)


Kay, sebut pasal tersedak, malam jumaat lalu masa kat majlis kawin, i tersedak juling2 mata masa minum air teh .. masuk silap channel. Hoho.. mcm nak putus nyawa tapi harus menten ..


3E, idea I masih basah, notchet kering cumanya I nak manja2 mintak idea dari peminat I, hahahaaa .. takkan tak boley? Bab Chiffon tu, I dah majuk. Kita nak coba wat sendiri :-(


Akak, idea mmg belum pupus. Sajalah kita nak bermanja, auwww. Acih sbb beri idea tu.. hmmm... acih acih acih.

Sizuka said...

cs, kita serupa. i pun tak suka tapai sebab tapai buat i mabuk. makan 2 dah pening2. but, i love tapai yg mak sedara i buat. erm.. mcm mana yek, tak suka tapai, tapi suka tapai? hehehe.. confusing kan? my aunt buat sedap sgt2 sebab not too sweet, pastu tak masam. just nice untuk dimakan oleh bukan penggemar tapai mcm i :D

3E said...

Aunty Som yg anggun...
Jangan la merajuk...tak baik tau, nanti lekas tua...I tetap nak kasi u rasa chiffon cake tu......tak kira jugak...

CS said...

Sizuka, minat gak I nak rasa tapai yg tak rasa tapai :-)


3E, merajuk tetap, tua pun tetap. About time I botoxkan pipi yg dah tak segebu kek chifon. Owh dunia!