Wednesday, 20 January 2010

Papers, pudding and ...

Pagi ni sejuk aje ek? Aaah, hujan rupanya (cuaca seakan2 bersekongkol bersama cikJa dan cikSom, hehehe clap3). Tak boleh sambung golek2, kena keluar ambik sokabar sebelum ia basah kuyup.

Selalunya hari Ahad, berat sikit sokabar yang I langgan maklum ada beberapa jenis. F, pelempar sokabar tersohor dari negara nun akan buka gate karat rumah I, mara beberapa tapak lalu melempor sokabar 'gedebuk' betul2 dpn pintu. Depan pintu kira OK lagi tapi kali nih dihempuknya atas my umbrella (ela..ela..). Tak tau apa dosa umbrella tu dah buat sebelum nih tapi kesian taw, patah riuk sayap2nya. Umbrella tu terus jadi oku uku = umbrella kurang upaya. I naik angin juga tapi tak sehangin T "dia kena ganti payung kita Miii".

I pun telefon F saja nak tau macamana gayanya dia melempor sokabar2 tu. So, cerita yang I tulis kat perenggan sebelum nih memang keluar dari mulutnya, cuma I tak guna lenggok BMnya yang superrrb tu! :-(

Oleh kerana F dah banyak kali silap swing masa melempor sokabar (banyak kali terjadi insiden yang buat kita PAP tepuk dahi) maka kali nih 'no more dice', I really go hard on him (cewah). Dia perlu didenda! Selama 2 hari I berkelakuan zalim, hehe; I buat dono dalam rumah bila dia 'phit phit' motor minta I jelaskan bil bulan lepas.
.
Hari Ahad dia datang dalam hujan renyai + kilat (bukan kecik2 punya kilat). Since I fobia dengan kilat I teriak dari tingkap minta dia bubuh bil dalam my post box aje (lagi pun I kena double check bil sementelah banyak kali I tak terima sokabar).
.
Hari Isnin dia datang almost maghrib. Dah berbuih2 mulut nih bitau jangan datang waktu senja. Dia tak dengar kata ek? Pulak2 hari Senin tu I sedang ralit mengadap Cinta Balqis. I terus diam menikus, tak nak alihkan pandangan dari kaca tivi even seminit maklum last episode kan? Tak nak miss saat2 Hasan memandang Qis dengan begitu syahdu sekali .. haha, taksub ke I?? taksub ke?
.
Nak sentuh sket pasal Hasan co-hero drama tu. Ada ke lelaki sebaik (dan selembab) Hasan ujud dalam dunia nih? Apa pun, I dah congak2 nak beli tivi baru - a flat one (if TB dazen mind) sekiranya Hasan betul2 mati dek sebutir peluru. Nehi, I tak rela dia mati percuma like that! Nasib baik I tak tergesa2 ikut perasaan tolak tivi kelantai bila mula2 Hasan ditembak, haha. Biarlah orang kata last episode tu mcm filem Hinduss, janji endingnya a happy one for me and Ndja. Puas hati dan berbaloi ayaq mata I berguguran bila tengok Irfan pinning for his Abi. Pandai dak tu ...
.
Semalam bila F 'phit phit' lagi, kebetulan D ada kat rumah, dia aje yang keluar jelaskan bil. I tak double check pun. I bayar ikut apa yang F dah editkan (bil bulan lepas kurang sikit sebab masa F cuti balik negara, assistant dia silap lempor sokabar. Ada yg landing kat rumah sebelah dan sebelah lagi, boleh?? Takkan I nak bayar sokabar yang I tak baca, tul tak?
.
Anyway, benarkan I bergusip sket. Hari tu kaan.. I terpandang ada pompuan membonceng motor F. Gaya pakaian pompuan tu seperti oraaaang .. u know I knowlah. Mestikah I mengepokan diwi bertanya F samada itu ceweknya atau mrsnya?? Kalau mrsnya, well and good. Jangan plak yang tu sparenya dan kat kampung ada mrs yang ditinggalkan. Ehhh.. tapi nape I kesah ek??
.
Malam tadi I mengukir senyum sendirian sambil berangan - what if I make this apple crumbles memandangkan 3 bloggers kata yummy yummy yummy! Tapikan, tetiba I ubah fikiran, teringat plak puding kastad yang Teh selalu buat dulu2; puding dimakan bersama sos tiram kastad dan ditaburi fruit cocktails. 4x yummy! Tapikan tapii .. yang JADI ialah puding roti dan sos kastad. Haha.. tulah terjadi bila seseorang tu fickle-minded!

Kesian ek? tapi dah tinggal 1/8. Okaylah tuu!

Dahlah buat tak ikut resipi (maklum untuk tekak sendiri dan I aje yg makan), ditambah pulak dengan idea 'memandai2'. Bila puding dah agak2 siap dibakar, I tuang sos kastad diatasnya (berlandunglah jugak) dan sambung bakar kira2 5 minit. Hasilnya?? ya puan2 sekelian .. hasilnya dapatlah permukaan puding roti yang berkedut2 macam kulit nenek kebayan.

Kalaulah teknik 'memandai' tu berjaya, pasti I prancaiskan kat Naijila Lorsen ;-)

16 comments:

Queenie said...

Assalamualaikum wbt,
I pengkomen pertama ker? tu la...mana nak cari kwn mcm I, demam2 pun pi jenguk kawan...

Queenie said...

(hehee..tepaksa publish dulu, takut owang lain potong trip)har3..

U siwam sos pastu bakor balik eh?
Oooo....ok ker? taktau plak boleh wat camtu, lenkali nak try la..abeh, yg melandung2 tu, caner ek?

I punya tunggu senin nak nengok episod akhir cinta balqis, sekali tu boleh terlelap lepas telan ubat batuk n flu..gone!!!!grr...caner ending dia heh?

Lili said...

Salam CS,

I ingat I pengkomen pertama... sekali klik, dah ada komen! wahahaha!
Takpe...

Hmm... biasakan ketam yang suka kuis kuis pasir ni suka improvise! Bab masak dessert without recipe ni, I'm at it! Alhamdulillah, so far menjadik ler... Boleh ke I nak franchise kat chep Maikel Semit? ;))

CS said...

Waalaikum salam QJ ..
Kalau tak sihat, jgn jalan jauh2. Nanti kalau you tersadai depan pintu rumah I nih, BT you datang serang I kang, caner?? Niway, tahniah dan timakasihlah kerana berkorban apa saja (untuk I, auwwww).

I think you takyah buat cara I tuang kuah kastad atas puding roti unless u memang curious. Takdelah berlandung sangat, ala2 can kaber permukaan puding.

Cinta Balqis with hepi ending. Nanti I citerkan dlm email aje, leh?? (tu pun kalau I rajin tulis pw. I ni cukup malas nak tulis pw. Ada tak ubatnya QJ?)

CS said...

Dear lili, heheh. U lambat seminit dua dari QJ kot? Tapi takper, ada baiknya ketam mengalah dari TULIP, hehe.

Niway, kita boleh buat apoinmen untuk membincangkan hal2 prancais tu. Kaya kita lili, har3 (sambil capai beg carik buku akaun asb).

Kakcik Seroja said...

Salam CS..

kakcik pun tak tahu nak 'sambut' cerita you ni tang mana.. hehehe..
ingat nak 'sambut' tang Hassan..tetiba dah beralih ke F.. nak 'sambut' tang F.. dah beralih ke puding! lalalala...

tak kisah la kan.. janji kakcik 'cop' yang kakcik singgah kat sini baca you punya Al Kisah.. :)

Sizuka said...

CS, tiba2 terliur pulak tengok puding roti CS tu. nak sikit boleh? hehe

QJ demam ke? siannya.. makan ubat ye, get well soon

Ibu n Abah said...

kak som,
terlambat i dapat sokatbar al-kisah hari ini... budak yg menghantar tu lah.. motor wosaklah.. mesin tak jalan lah... melayu macam nilah.. dah maju sikit... ade jer songehnyer...(amboi...sedapnya i mengumpat..tak sayang molot...)(sambil mengerling manja dan ketawa pelan-pelan manja gittu...)

CS said...

KakCik, gitulah al-kisah warga emas paun.. bila bercewita, tak hingat donia.. terus redah mundar mandir.. hahaha. TQ kerana kerap singgah kesini siap 'cop' mohor diraja lagi :-)


Sizuka, you sure dare to try that pudding? R you sure? very2 sure? Muktamad??? Trick saja nak tawarkan hati you, hehe.


Akak, dengar cewita budak tu dah mula merajuk hentak2 helmet. Aha, tak tau! Kesian dia mencari rezeki 20 suap nasi, sanggup tinggalkan emak ayah kucing kambeng tup2 kena marah cenggitu.

Siapa lagi boleh I harapkan untuk mengedar Al-kisah? (sambil mengharapkan Akak nangis guling2 kerana menyesal penerbitan Al-kisah akan terhenti).

Ibu n Abah said...

kak som,
nyesalnyer akak dok mengutuk budak sokatbar al-kisah tu...
Mahapkanlah akak kak som... (gaya nyonya mansor..siapmerafak sembah lagiii)..
jangan berhenti kak som..
mahapkan akak.. akak salah kak somm...
(puas dah bergolek gelantang atas katil minta mahap...)

CS said...

Akak, cam tulah I skerrr (sambil menahan goyangan badan berlaga dengan meja).

Dah sms budak tu, katanya lupakanlah, kesalahan pertama dia sedia mahapkan (suci hati dak BANGA tu kan Akak kan??)

Ibu n Abah said...

kak som,
terbayang-bayang i senyum simpul dak hantar sokatbar tu...
i punya nyesal... dok tewingat2, apalah cakap mcm tu kat budak cari makan 20suap nasi tu... tak patut.
tapikan...
kita ni manusia..tak lepas dari buat dosa...
(mcmlah ni dosa pertama....)

ain said...

kita pun dpt gak tertengok 30 min akhir episode last cinta balqis. selalunya si hasan tu berlakon jd jahat kan. kali ni so lurus bendul! suka pulak!!!hihi

CS said...

Akak, bertenang .. tarik nafas panjang, hembus selow2 .. 1, 2, 3.


Ain, OK gak tu dpt tengok 30 minit terakhir. Betullah Ain, bila 'Hasan' berlakun jadi baik, terus nak buat dia calon menantu, haha.

kak ja said...

Citer Balqis tu kalau ada yg termiss, sila2lah menonton catch-upnya kat tenet ni.. I pun termiss gak satu part tu sbb pi fetch kwn Adik di PR balik mai umah I lps habis keje..

CS said...

Ja, awat tak habaq hang folo drama tu?

Psst, konon nak keluar rumah at 10am tapi dah almost 11 nih.. Nak tunggu air tank panas dek pancaran mentari, hahaha.