Monday, 4 January 2010

hypo ...

Ada article kat paper 'isteri kemaruk facebook'. I baca tajuknya aje tapi tak baca apa ceritanya pun.

Bila T mula pandang tajuk tu, cepat aje dia kata "ni mesti abah yang tulis" (haha.. terpercik gelak bisu dari hati I). T bergurau aje tu dan tentunya TB takde masa nak tulis keluhan hati dan hantar kat sokabar. Knowing TB, ada baiknya dia buat kerja laaagi berfaedah like ziarah slumberland sambil menggesek biola ... zzzzzzzz krohh2 :-)

I tak kemaruk dengan fb tapi these last few weeks cam seronok sebab 'bertemu' ex-school/office mates. Apa pun I lebih seronok dgn dunia penulisan (saja tak nak tulis blogging, hehe) tapi sejak 2-3 hari lepas I dah rasa tak selesa nak tulis sesuka hati atas sebab2 tertentu. Kena cari ubat pulihkan semangat nampaknya nih.

Sebelum berblogging atau ber fb, atau sebelum I berkecimpung dgn serius (bayangkan muka I berkerut) dialam siber, I dah pun menggedik penuh sopan kat friendster & myspace (if not for a friend requesting me to create friendster account and D&T nyebok suruh I create myspace account -- sumpah I tak kuasa). Dah lama I angkat sepanduk bo-layan (tak seronok).

Kat tv tadi, budak2 darjah 1 ditanya "dah besar nak jadi apa?". Kalau I jadi budak2 tu, I jawab "nak jadi owang". Bukan semua budak faham soalan yang simple gitu, apa kata ubah soalan "dah besar nanti nak kerja apa" atau cubalah tanya "apa cita2 adik?" mungkin ada juga budak2 yang faham makna cita2.

Entry yang I tulis ni bakal jadi draft sebab I dah mula resah tak boleh fokus untuk terus menulis tapi I nak publish juga entry nih. It's OK kalau entry tak sempurna .. publish aje; esok lusa boleh edit dan boleh delete.

Mungkin ada hikmahnya bila I hilang fokus. Duduk lama2 ngadap skrin tak banyak bergerak akan menjejaskan kesihatan esp for a woman my age. I baru jer baca pasal 'venous insufficiency' dan rasanya I boleh aje dapat 'penyakit' itu. Having said that, I am not a hypochondriac k? I really hope not.

12 comments:

kakcikseroja said...

Salam CS..

kebelakangan ni, kakcik pun dah tak ada ilham nak dicoretkan. Kalau pun ada tahap 'sampah' je...

Mungkin dalam seminggu dua lagi, blog kakcik akan sunyi.. kakcik nak pergi menyerahkan diri untuk 'disiang' oleh pakar bedah!

lili said...

Salam CS... well, tulis cenggini jer dah jadi penulisan in itself! okay ape! I pun dah lama tak menulis sebab banyak citer sedih dari cerita2 gumbira... but yours always make my day!

You keep on with your style and keep up! :)

Ibu n Abah said...

kak som,
u tau suami akak masa baca tajuk berita dalam star tu terus panggil akak.... " Hmm baca ni..." ....
akak jawap " eleh.. orang bukan suka Fb orang suka blog jer..."... " Takpa..esok abang nak tulis... my wife the blogger... malam ni nak buat surat..."...
Sama pulak kisahnya dengan U...
Hee..hee...he..
(Great mind think alike...)
U kan banyak idea.... macamana u kata tak der idea... Itu kan dah satu artikel yg menarik untuk di kongsi.... :-)
Janganlah menyepikan diri.... I sunyi tak der kawan...

somuffins said...

KakCik, memandangkan ramai yg beri komen, mana mungkin coretan KakCik tahap 'sampah', ya tak?
Nape KakCik rela 'disiang'? pasal slip disc tu ke??


Lili, my coretan makes your day? Auww, kembang semangkok gua :-)
Tqvm.


Akak, tengok pada nama2 kat your sidebar list tu, sah kawan Akak ramai betul. Tssk, tssk, idea mmg banyak tapi bila menulis pasal sesuatu, I tak dapat selesaikan sbb I dah hilang fokus, I tak sabar dan kadang2 terlupa perkataan/ayat yang nak digunakan. Dasyat kan? haha.. (anggoklah sama...)

ain said...

saya bab2 fb ni kureng sikit. suka bloging aje. lately ni je mcm sibuk nak buat new n3. almaklum le cik abe ada!!hehe

somuffins said...

Ain, kita tau dan kita paham .. Masa 2 minggu tu tak lama, makanya gunakanlah waktu tu seBAEK mungkin, auwww (sambil kelip2 mata)

kak ja said...

I pun join FB utk connect balik dgn kwn2 lama.. Tp yg lawak tu, ada plak yg request to add me, siap dgn muqadimah, "nak berkenalan bleyh?" Dia buta ke buta huruf? I siap letak tarikh lahir I, tak main rahsia2 punya!!

Apapun, FB ke myspace ke blog ke, kalau digunakan cara betul n bersederhana tak le membawa kudis..

aintsuperwoman said...

yeaah..I terselamat sebab I tak suka facebook. It makes me serabut! Tapi....tapi.....tapi.....I suka blog!! And...and...kadang2 sebab blog lah I tak sempat masak! hehehe.....

anneaziz said...

CS,

AHA! Penyakit I menular nampaknya! Itu lah penyakit I yang hidapi semenjak duamenjak ni.

Anyway I ada try twit2, tapi fb ayang dah siang2 warning...keep off! Lagipun tak ada sapa lagi dari my past yang I nak cari! (cam sedih je kan...?

CS, my word verification untuk comment ni ialah trabl! Kahkahkah

somuffins said...

Ja, kalau ada org yg tak dikenali add you dgn niat nak berkenalan, maknanya saham you masih naik. TK perlu berwaspada.. ahaks.


ASW, bila tak sempat masak, apa agaknya you buat? You buat muka kesian atau JJCM/JJCL aje?


Anne, u got water retention ke? R u on medication?
Nape Ayang cakap gitu? Sedih I dengar tapi kih3 .. ooops, am sori.
Psst Anne, I tak paham your last sentence tu. Apakan maksudnya? (mahap I blur).

anneaziz said...

CS,

Ayang kata tu lah last frontier untuk budak2 yang sewaktu dengannya berinteraksi tanpa makcik2 and pakcik2 meninjau...Dah lah blog pun dah ditake over, kata dia...Kahkahkah!

somuffins said...

Anne, apo nak dikato? Warga emas pun nak berhibur gak kan kan kan?