Thursday, 10 February 2011

In denial tapi sedar diri ..

2 hari tak pung pang kat dapur, takat jerang air aje (so kurang kompol pahala). Jerang air guna cerek bersiul tak merdu tapi bila lambat offkan api, siulannya lagilah tak merdu, lari pitching! Electric kettle dan air pot dah jadi gajah putih. Bila gas tetiba kontang, barulah guna electric kettle tapi lebih afdal guna m'wave aje in time of emergency (dah mudah, lagilah nak mudah.. ish3 manusia nih).

Kalau bukan TB, air pot tu pun dah lama kecik ati dengan I. Dah lebih sedekad TB belikan tapi tak sekali pun diguna-pakai. Tiap kali TB beri free lecture, jawapan yang sama diberi "yaa... nanti I gunalaa.." (janji kothong aje tu, har3). Sepatah kata Mak, 'ya' tak bertitik ('ya' being the last Jawi abjad).

Dah lama TB tak beri free lecture (kot dah takde module sesuai untuk bukak minda I atau dia sebenarnya dah terima hakikat al-pasrah sememangnya I fobia guna air pot tu kat rumah sendiri).

Selasa: Grocery shopping. Baru terhegeh2 cari satu dua barang, perut dah churning. Haru kalau ditahan kot mende tu melimpah ruah depan khalayak ramai, caner? Mau setahun I tak melawat Mydyn dan I juga tak sanggup tengok muka sendiri dalam news bulletin Mydyn.

Nasib baik toiletnya tak berapa jauh .. mula2 brisk walk aje pastu campur gaya jogging. No kenot, silap momentum gaya jalan boleh berterabur mende alah tu nanti. Stand still sesaat-dua "kepit ciksom, kepit" (cam terdengar sorakan kengkawan blogger beri semangat). Kepit punya kepit terus terkeluaaaar ......... peluh jantan betina unisex segala, pastu takde nak brisk walk lagi daaah, terus marathon gaya kijang kena kejar!!! Maaaak ... (toilet takde orang .. gigih I menjalankan tugas sendirrian, ngeheheh).

Bila dah lega barulah boleh syoping dengan aman dan makmur. Salah satu item yang dibeli ialah serai aka lemongrass.

Serai yang dijual tu hasil tanaman orang sini juga, kan? Ada tak yang diimport dari mana2 negeri Asia/Asean? Bukan apa, cuba tengok rupanya. Sungguh tak menawan! Apa salahnya 3 batang serai tu dijual sama saiz? Letak harga 5-ploh sen pun orang mesti beli punya.

OK, jom kita terbang ke Spain, kita terjah dapur Aida kejap. Takyah guna paspot atau tiket kapalterbang, klik ke Spain (jangan lupa beri salam). Gebu ek rupa serai2 tu? Harga mahal tapi berbaloi kan? Tu pun .. shhh.. bila dia dah guna batang serai untuk masak lodeh, dia tetap basuh serai tu bersih2 dan simpan, kih3.

Rabu: With TB to PJ melawat Chik n Teh. Dah order murtabak 3 keping (2 as 'fruit hand' n 1 untuk disorok, hehe) . Kebetulan Ngah datang kesitu so dari 3 mengembang jadi 8. Memasing oder extra untuk stock 'hari2 malasku'. Bagus kan? Very proaktif they all tu ..

Makan2, bual2, burp alhamdulillah and while TB betulkan pc my niece, we gegerls sambung bercengkerama maka keluarlah cerita ceriti purbakala. Age difference between Ngah n Teh = 4 yrs while Ngah n Teh are much senior than me - 14 n 10 yrs respectively namun kami tetap IN DENIAL, har3 .. tak juga nak ngaku tua sebab ....... none of us ever had any real cucu. My eldest sista who just turned 71 pun never had anyone calling her Tok Long. See, betapa 'muda' kitorang, kan? harharhar <- gelak membedek kekdahnya nih.

Enough of membedek, got to heat up the murtabak now ... laparrrr... I make sure no multi-tasking is done while heating up the murtabak lest hangus rentung nanti. Dah terjadi sebelum nih masa hangatkan pizza akibat syok berbual. Pandai plak komen "apaaalah orang sebelah nih masak, macam hangus jerr".

Sekian cik Som beralkisah ..

17 comments:

Lili said...

CS

Churning tummy..hehe..I nasib baik kena kat rumah jer! Next time make sure seblom kuor umah 'nyanyi' dulu! Ngeh18X!

But the part 'kepit cik som kepit' tu, I memang terer, siap dapat gelaran "buat cross-stitch"! Wakaka18X lagi!

noir said...

ada2 aje lah you ni. i asyik membaca your karya while containing my laughter sampai lewat nak pi jemaah kat masjid.

somuffins said...

LILI
Sebelum keluar rumah dah melabur satu kali, tu sebab I confident nak keluar syoping. Tup2 dia buat haru. Bila tiba rumah aje terus mandi aka berkumbah. Geli aah sbb tak guna sabun, errrk..


NOIR
Adakah daku dipersalahkan?? <- guna suara Kasma Booty nih..

Anie said...

Salam Somuffins,

Addddoooiii tergolek2 dan sakit perot I ketawa baca gelagat u nak pegi toilet dkt Mydyn...wahahahaz.
Nasib baik sempat....phewww ;) I was one of the sorak-kers...siap pegang pom pom lagi...u nampak tak I?? wahahahaz...ketawa lagi sambil tergolek2.

Anie said...

Alamak dah ketawa tergolek2...lupa pulak nak jwb soalan u. I dpt batu lesung free bila kumpul points from topping up petrol. My hb suruh choose toys utk Jannah, tapi I nak jugak si batu lesung itew ahakksss....and I pernah mkn sambal belacan limau kasturi (or is it limau perut...entah eh) but sambal lonte ttp my no. 1 choice ;)

Btw...I like the ulat bulu awwww.

kayteeze said...

Waakakaka.... nasib baik sempat, kan Som.... Kalau tak jenuh you kutip barang-barang you, ekekekeke.........

Kita dah lama beli cerek kat atas tu, tapi, tak boleh nak guna. Sang semut suka benor tumpang minum air walaupun dalam suam-suam kuku...

Ibu n Abah said...

huhuhuhuhu..
kak som..
kenapa i dah lama tak dapat nombor satu komen?
kenapa? kenapa?

Ibu n Abah said...

kak som...
cakap pasal umur.. baru tadi kami duduk sama-sama ramai-ramai...
ketetapan telah kami buat dengan mengubah umur kami...
47 - 27
46 - 26
45 - 25
kami akan mengguna pakai umur tersebut sampai bertahun-tahun lagi...(baru i tahu kenapa kak pah aini sering memberitahu umurnya tetaplah 48 bila tiapkali ditanya wartawan...)

Sizuka said...

Salam CS,

I rasa kan, ur cerek kena masuk Akademi Fantasia musim terbaru la, pastu belajar kelas vocal dengan Cikgu Hajar, baru la pitch tak lari.. hehehe..

ps : I'm going to Chili's Empire Subang on Saturday at 11am (walaupun tak ditanya, nak bagitau jugak, kot2 ada org ajak jumpa. *wink*)

mokjadeandell said...

Sebelum melabur dlm keadaan begitu,cek dulu paipnya ada air ke tidak.
Tidak naya.

DeLancrettLurpak said...

Woww CikSom!! 71!!! Alhamdulillah, panjang umurnya...

sedap gamaknye murtabak korang ni!! I balik nanti nak rasa buleh?

PatinPasta said...

Cik Som,
Alahai.. saya dok tergelak baca saat-saat genting Cik Som. Terasa macam saya pon turut berlari tepi Cik Som gitu, sungguh real dan mendebar jiwa raga. Haha! Nasib baaaaaaaaaaaaik la toilet pon molek dan tak de orang. Kalo tak.. haish, tak mampu nak bayangkan camno.
* psst.. saya salah sorang yang kasik moral support tu tau! :D

Naper la halus mulus bebenor serainya tu? Terlebih diet dah tu! Hehe! Kalo montok jek.. jangan 50 sen,singgit pon kita sanggup beli kan?
* psst.. saya gi dapor tadi belek serai, rupanya Thailand mari daa.
* mmg wajib recycle! :D

ahkakbatik said...

saya buat kira-kira ilmu hisab... sulung 71.. ngah ngan teh senior 10-14 tawun.. cik som ni sah bukan suit sebentin....

Yat Maria said...

wahkahkahkahkah...ketawa dipagi hari...esp everytaim Cik som guna lari kijang..tak leh imagine gayanya!!

somuffins said...

MAHAP LEWAT MASUK OPES .. :-)


ANIE
Ulat hijau kim salam, haha. Sorakan gemuruh disertai pompom warnawani telah menyelamatkan I dari membuang kumuhan merata2. Timakasih many2 (next time bawak spandok k? kah3)


TIE
Nasib baik muscle 'kepit' bekerjasama, buatnya muscle 'takde bunga' atau muscle 'brake tak makan', caner ek? Haruu..


AKAK
Nape you tak dpt nombor 1? Cuba betulkan aerial kat blog list tu. Ja boleh tolong sebab dia tak takot panjat bumbung, kan? *guwau Ja*. Anyway tentang umur tu kaan.. I baru jer akil baligh, ahaks.

somuffins said...

SHIDAH
Dari cerek air, lebih baik I aje yg masuk AF tu, but oooooops kenotlah.. dah terlebih had umur, hehe. You nak gi Chilli's LAAAGII?? Caner I nak jumpa you sedangkan I am still overweight?? I malus n seganslaa ..


MAMASON
Situasi as critical as that day, all I wanted was that WC bowl, haha.. (maybe I was confident toilet Maidin mmg boleh diharap tu yg tak terpikir langsong nak check air).



DLLURPAK
Makan murtabak yg tu membawa kami adik beradik kezaman dulu kala semasa kita dimanjakan dgn murtabak Arab Street, Spore. Kebetulan sipembuat murtabak dah punyai pengalaman menebar n menggoreng murtabak for so long disana. Nama restorannya pun 'diciplak' juga. Surely ada murtabak yg lebih sedap tapi yg tu is good enough for us :-)

somuffins said...

AIDA
Thanks so much for your support. Kalau tak kerana you n Anie menjerit dan melaong nama I, memang tak sempatlah I nyangkung. The time was just right, kih3. Sekarang bolehlah I gelak tapi masa tu merintih "Ya Allah, why me? why me?"
P/S: Nape Msia takleh tanam serai as superb as the Thais??


AB (bukan adik TB)
I tau orang nakal jer yang suka mencongak2 nih, ngeheheh. If Long is 71, the missing link between Long n Ngah tak diberitau. Apa pun, toksah congak2 lagi. Terimalah hakikat, kami semua mmg IN DENIAL, heheh.
Psst.. I baru nak ke EPF nih *dah kasi clue dah tu*


YAT
Tiap kali I sebut kijang, otak I bayangkan zirafah. Wonder why.. maybe tak cukup ziarah sedara2 diZoo kot? Ngeh2