Thursday 24 February 2011

Jom bako?

SOM = 'sure orangnya manis' ... kih3 tapi bukan I yang kata taw, Rima yang kata, hehe... tapi betul ke Som tu manis? Haha, mau tak manis u'olls? soMuffins campur dengan sukaCupcakes, tak ke manis tu? haha ..

Lupakan hal manis tak manis tu, allow me beralkisah pasal yang masin dan pedas plak. Just had dinner kat restoran ikan bakar yang baru jer dibukak belakang rumah (3-4 minit naik kereta dah sampai).

Kadar hayat restoran yang berniaga kat T*ipan tu sama macam biskut cipsmore. Week in, week out I pusing2 kat situ, molek aje restoran duk menyengih2 tapi tup2 aleh2 tiba2 suddenly hilang cam tu aje. Ikut pada logiknya it is either terpaksa bungkus or diorang carik tapak baru. So now, ada 2 restoran baru kat situ, the other being TutiPruti.

W'pun restoran ikan bakar, tapi ikan tak selfish okay? Ikan tetap menjemput udang, sotong, lala dan kerang untuk dibakar sama, heheh.

Masa tunggu makanan tiba, muncul pulak si penjual ..... shhhh.. takyah thebut (nanti I sekuarga masuk lokap kang), you all tengok aje gambar kat bawah nih, hehe.

Haggle punya haggle, dapat diskaun 200 sen, haha. T main mata n mulut kepot2 kat abah dia which I willingly n cleverly helped to decipher for TB "takyah beli sebab boleh download" but TB dah terkesima dengan budi bahasa si Ah Chong (as usual, bukan nama sebenar), "tak perlaa..." so T kena akur sebab abah yang foot d'bill, heheh..

.... and last but not least, haruslah singgah kat TutiPruti. Bila Ndja n T ada, kalau kedai nak tutup pun, diorang boleh request pintu kedai dibukak muat2 untuk badan diorang. So kita berempat dengan TB sekali berjimba seketika ... (psst.. TB n Ndja cam I jugaklah kinda ulu, kih3.. tak tau plak zaman moden 'eskrim' boleh keluar dari dinding, muahahahaa) ... tapi kita buat2 tak heran jer, kikikikk...


Bila tiba rumah terus buat apa yang patut (top list was to salin baju yang lebih selesa tanpa dot3, auww) dan terus berkarya w'pun mata dah mula kelat tapi keadaan rumah yang riuh memang tak leh zzzzzz jawabnya (tapi boleh percaya ke?).

TB dah lama tak masuk panggung so volume tv dikuatkan sekuat volume dalam panggung. Nemain, we all kasi chan kat dia. Dah naik sheikh kekdahnya orang tua tu dia ... memula tengok hantu mak limah, sambung Legend of the Fist, pastu tengok apa plak .. Ngangkung maybe??

I forgot that I have this skill or talent .. to doze off easily albeit bom jatuh atas riba namun sesenang I doze off, senang juga I terjaga. A talent which TB is so jealous of, hehehaha..

Alhamdulillah, syukur nikmat .. amin.

16 comments:

Ibu n Abah said...

chop..nombor satu..
lihatlah dunia...
verjaya...

Lili said...

Kalo rasa2 restoran ikan bako tu dah nak roll the mat, hehehe, moh ler kita sama-sama join forces bako ikan sendiri! I gerenti antor kat you the freshest ikang/udang there is from Bagan! amacam? *sambil angkat2 kening yg tak selevat ziana zain...

zarin said...

kedai ni pun baru bukak kat my area tp blm cuba lg lah.meriah lauk pauk tu ye! macam macam ado :D

lawak tak hantu kak limah balik rumah u tu? i tk tengok pun tp ramai kata best

Anonymous said...

Kita ingat dah komen tadi, rupanya belum. Dah nyanyuk pulak makcik nih!

Eh... kat restoran pun ada juga jurujual jual cd ? Advance betul kat sana, ekk.

Bila tengok pic bawah tu tetiba rasa berair lak mulut ni. Manalah kita nak cari benda alah tu kat sini?

DeLancrettLurpak said...

erkk, ice-cream ituuu!! sedap! saya senang tido kalau kenyangggg!! hehehe...

mahal dak kedai tu cikSom? mana sedap, cikSom masak ke kedai tu yg masak, heheheh

Rima said...

Sure sweet sweet gitew.. i no bedek one.. i ade firasat ahaksss

Tadi ingat nak pi cari benda tu.. movie marathon waktu drive balik besok but unfortunately my super duper hb balik lambat fm meetings.. in the end cos dah janji dak sonia nak buat craft.. terpaksa lah kita ajak dia gi one utama..

eh cik som.. KL more expensive tau benda tu.. kat pandan city super cheap.. 3 for 10 ringgit..

Anonymous said...

looking at the makan pic, i rasa you masak lagi sedap gak? patutlah 'sure orgnya manis', terlebih beauty sleep kiranya :}

CS said...

AKAK
:-)


LILI
Thanks for the offAr, tapikan tapi.. I.. I.. tak sker bakar membakar nanti baju, wambut n tiak semua smell of smoke. Lainlah kalau kita sama2 nyanyi Smoke on the water, fire in the sky .. har3


ZARIN
Disamping all the seafood dibakar, nasi lemak ada juga dijual dan ulam2an. Re: filim hantu kak limah, I think it is better than ZKPithang.

CS said...

TIE
Biasalah tu.. kadang2 I terasa cam dah komen kat blog orang, rupanya 'daku bermimpi disiang hari', heheh. Penjual VCD/DVD dah jadi kerja diorang masuk restoran makanan dan jual mende tu kat pelanggan. Gitulah cara diorang carik rezeki. As for that aiskrim, Tie boleh buat sendiri.. psst.. jenguk aje kat dapur Izah.. hehe.



DLLURPAK
Ekceli eksrim tu dipanggil FROYO = frozen yogurt. Saper suka makan mende tu akan jadi poyo, kih3. Mahal ke tak restoran ikan bakar tu? Mahal jugak lagi pun kami pergi 7 orang. Saper masak lebih sedap? Haha.. soklan PhD nih maka harus dijawab setelah I buat coding, ahaks.

CS said...

RIMA
If not because of gravity n the lack of collagen, maybe kemanisanku masih berbaki 15% kot? Apa pun, syukur dgn apa yang berbaki tu, hehe.

You went to OU? Ekceli I shd be going there with my sis n doter pagi Jumaat tu but last menet I cancelled it. Kalau tak, who knows maybe kita dah berlanggar bahu n montot ek? hehe..

I dono the actual price of those pirated dot3 sbb jarang beli. Tu sebab my doter larang abahnya beli, download aje sudehhh :-)



NOIR
Sesungguhnya those food memang sedaps. Sos ikan bakar yg kalernya coklat tu yang buat cam tak sedap, percayalaaaah..
Beauty sleep is needed esp when .... (sila baca my jwpn pada Rima).

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Som,


baru jer habis tengok HKLBR di AstroFirst.

Bagi can sikit kat budak2 ni. Ada ke diorang bercerita pasal citer tu padahal tak pernah tengok. Diorang berciter dari citer kawan-kawan di nursery.

CS said...

Azrina
Gamat tak rumah you masa tengok HKLBR dgn anak2 tu?

Mesti gamat kan? :-)

Maya Marisa said...

Cik Som,
uikss, banyak dah tertinggal entry cik som nie. anyway, tima kacih bebanayk mempromote kan kedai ikan bakar tu yea. nnti bila free maya check it out. btw, sederet restoran endang ka???
p/s: dengar cerita la kan, itu rest Ayam Penyet yg sedap tu, opposite Bank Rakyat, nak berpindah lokasi jugak...

CS said...

MAYA
You are welcome, hehe. Restoran ikan bakar tu berhadapan dgn Big Bookstore n King's Bakery.

Betul ke restoran ayam penyek dpn Bank Rakyat tu nak pindah?? I know diorang baru bukak another branch kat Kajang. Kalau betul nak tutup, I makan ayam penyet kat Summit ajelah wpun different owner.

Thanks for the info.

Maya Marisa said...

Cik Som,
I know, i know! Dulu kedai kopitiam kan kan kan? Old Taste kot nama nyer. Bole la pegi try test food nyer nnti.
Mmg btul ada cwgn br. Tapikan cik som, dlm banyakX2 Ayam Penyet, nie jugak yg finger licking good. Kat Summit n Sunway tu semua tak enak dong :-p

CS said...

MAYA
Yess.. dulu tapak kopitiam. I pun tak ingat apa namanya :-)
Ayam Penyet kat USJ9 tu spesel sket sbb dia serve green/red sambal. Lagi pun kita dah kenal owner dia, kan kan kan?