.
Amat panjang doa yang dibaca khas untuk khatam Quran. Ustaz beri tazkirah pendek dan manis, diantaranya.. siapa2 yang berada dalam majlis seperti itu tersangatlah beruntung, doa yang dipohon kepada Allah, insyaallah dimakbulkan (disaat itu mata CikSom yang agak layu terus bercahaya bersinar segar pugar, terasa semacam satu semangat baru meresap kejiwa..).
Majlis diakhiri dengan menikmati juadah2 yang melimpah ruah tak cukup meja, seolah2 'tiada esok bagimu' atau 'tiada cahaya diufuk senja' (haha, layaaanz). Para jemputan masing2 bawa pot luck, tulah yang menjadi2 sampai tak cukup meja tu. There goes everyone's diet.
Fri 26/6 8pm - Majlis tahlil di rumah my jiran juga, Shi. Sila perhatikan alat diatas tu. Apakah? Haha, alat tu bukan penimbang buat kueh atau berat badan tapi alat mengetest paras tekanan darah.
Alat tu diperkenalkan semasa sesi bersantai dimana mak2 dara sedang bersandar didinding, mengemas-kini kedudukan tudung, re-adjust hook kain dan ramai nampak cam mengah dan pucat. Mengah sebab paham2 ajelah dan pucat sebab lipstik dah tak kelihatan dibibir. Dah kenyang baru teringat hal diet yang dah kecundang, sigh..
Tuan rumah ada darah tinggi, tu sebab perlunya dia simpan alat tu. Pada malam tu dia jadi misi/doktor quack kejap. Habis semua orang ditestnya. Alhamdulillah, each and everyone of us has normal BP reading except of course tuan punya alat. Dia dah pening2 lalat sebab cuit ikan masin masak lemak.
Terima kasih kerana menjemput kami semua. Doa yang sama seperti diatas ditujukan pada Shi sekeluarga.
Oh ya, I nak share satu insiden ngeri told by another jiran. Masa dia drive depan Sum*it dalam keadaan jem, cermin keretanya dihentak kuat lalu dibolosi oleh tangan 6-Jahanam (gelaran untuk orang jahat). Secepat kilat beg tangannya diragut dari tempat duduk dan dilarikan (naik motor). Nasib baik my jiran dan ketiga2 puterinya selamat (bawah umur 7 thn).
Insiden yang sama berlaku disaksikan oleh another jiran (jiran2 I nampaknya layak masuk rancangan 999 tu kan? hehe). Dia nampak 6-Jahanam terkekeh2 ketawa sebaik saje berjaya merampas beg tangan mangsa. Insiden berlaku depan SubParade.
Modus operandi: 6-Jahanam beraksi naik motor tatkala jalanraya sesak dan tentunya semasa kereta bergerak perlahan.
.