Sunday, 31 August 2008

MENdeka !!! n family day

MENdeka!!! Haha..teringat D dan G melaungkan Merdeka masa diorang pelat dulu. Pelat tak pelat juga sebab ibunda budak2 tu tak bertutur bahasa pelat pun. They spoke poper bahasa Melayu masa kecik2 dulu (poper?? haha teringat kat Ms Tan yg ajar maths masa form 4-5. Ms Tan suka betul sebut poper, popeli, simirari). No wonder I never excel in maths. Gud ah? Blame it onda ticer...

Selalunya pada 31hb Ogos, pagi2 dah terconggok depan TV, tapi kali ni tak pulak. Nak ONkan TV pun cam tak kuasa aje. Kenapa tak teruja nak tengok perarakan kat tv tu? Gitulah soalan yg berlegar2 dibenak.

Pagi2 lagi TB dah ke Sheraton Hotel ada family day. Mungkin you all tanya kenapa cik wife tak ikut sama, kan? Pertama sebab cik wife anti-sosial, kedua tak reti strike conversation, ketiga malas nak bersiap bagai, keempat MALU (patutnya ni nombor 2), kelima hingga kesembilan kerana sebab2 lain, maka yg ke10 memang tak boleh pergi sebab kena jemput T yg dah tak tertahan2 nak balik ke rumah. Sebelum kreditnya habis bertanyakan "bila nak amik T ni"?, lebih baik bergerak kesana awal. Bestlaa drive kat highway seakan2 tahun 60an aje..

Selalunya ada aje benda yang dibawa balik samada dari cabutan nombor bertuah atau dapat hadiah jadi pengadil. Pernah dapat TV hingga ke sehalus2 benda cam mug yg tahan panas dan weighing scale (sure diorang tau cik wife tu dot3, kan?). Apa harapan cik wife pada setiap family day? Kali ni cik wife tak mengharap apa2 cuma adalah cik wife buat bahasa badan sejurus sebelum TB beredar, cam ni .. kedua belah tangan digerak2kan bersimpang siur menggambarkan benda besar, tinggi dan lebar..

Tapikaan, INI rezekinya, Alhamdulillah...
.


Whaat?? you hip hop? Gitulah soalan cik wife bila baca stiker kat kotak tu. "Ha'ah..boss I tarik". Abis tu you hip hop dengan saper? Pandai ke you hip hop? Ada pompuan tak? (soalan wajib nih) "i hentam jer.. takde.. joget dgn boss"

Dan seterusnya kerana beliau dah lama bekerja kat opes tu, maka opes tu bermurah hati menghadiahkan sijil, sekeping emas (hehe untuk saper lagi, khan??), dan sekeping ceq yg menjanjikan cik wife berhari raya dgn TEKUN sekali, muahahahaa..

Syukur alhamdulillah dengan rezeki Allah.

Saturday, 30 August 2008

Merdeka eve ... jalur gemilang

Bendera sebagai lambang kedaulatan negara, simbol aspirasi rakyat, warisan dan kewarganegaraan semua kaum di Malaysia (kata2 yg senonoh tu dipetik dari sokabar). Selama 47 tahun bendera kita digelar Bendera Malaysia dan gelaran bertukar ke Jalur Gemilang sejak 11 tahun lalu (ni pun fakta dari sokabar, kalau silap, tutup sebelah mata ajelah ehh??)
.
Siapa yg bertanggung jawab mencipta bendera itu? Haa..nilah orangnya, Allahyarham Mohammad Hamzah. Pak Mat dan adiknya Pak Brahim adalah kawan baik Bak, diorang macam isi dengan kuku atau dalam bahasa omputihnya 'like flesh with nail', haha.

Dua beradek tu walaupun dari satu emak ayah, namun wajah diorang tak serupa. Rupa Pak Mat ada iras Arab cam Clark Gable manakala Pak Brahim cam Cina. Wife Pak Mat ialah Mak T, dan wife Pak Brahim ialah Mak P.

Tanpa orang luar or even Mak or Bak tau, kitorang panggil Mak T Siput Sarawak sebab persona dia serupa diva Malaya. Masa tu Mak T dah pakai spek vogue, designnya macam huruf 'HA' tak simpul, rokok ditangan dgn suara yg serak2 basah. Mak P tak terkecuali dapat gak nama pojokan. Mak P pulak kita gelar Lulu, nama kucing siam kitorang. Mak P anak angkat Cina, putih bersih, bercelak pantis, sopan berbaju kurung aje. Dua2 tu memang anggun dan demure sekali.

Nota: Kerja tak baik beri nama gelaran kat sesiapa aje adalah kerja abang2 sebab yours truly masa tu teramatlah suci kelakuannya. Ada sorang auntie kawan Mak nama CikSom tapi abang2 namakan dia Oscar Bonavena, nama ahli tinju femes masa tu. Kenapa? sebabnya teramatlah rahsia, suffice to say ada kena mengena dengan dagu orang tu.

The best Merdeka day was celebrated when I was very2 young! Suffice to say I seronok giler masa Merdeka yang itu. Mak & Bak teruja nak jual makanan sebab orang kuat F&B was Cikgu Aji Hafsah, besfren & kroni. Mak dan Chik jual karipap atau lebih dikenali di JB as tembosa aka samosa. Tembosa yg berintikan daging dan kentang perisa kormak dgn paras rupa bulat, not half moon shape macam zaman sekarang. Jualan teramatlah lakunya hinggakan anak sendiri tak dibenarkan beli. Muahahahaaa... kejinya mereka.

Aktiviti Merdeka dibuat di Dewan Jubilee Intan. Ohhhh, how I miss that dewan. Time tu semua mende dibuat kat dewan tu. Upacara lain tak payah cerita sebab minda ni lebih ingat pada makanan. MakAji Hafsah jual soto ayam. Terdetik diminda "kalau beli soto MakAji, mahal tak"? Memang tekak ni terasa benar nak makan soto MakAji. Dah rezeki, dapat jugak rasa semangkok soto setelah hantar bahasa badan kat kakak. Dah nama kakak, mestilah dia lebih betanggung jawab kat adeknya, kan? Semangkok soto taklah I hadap sensorang. Sharing is caring, khan? Time tu semangkok soto berapa sen aje ... Hehe, tekalaah.

Tapi yg teramat best bila Mak kata "Cxxx (my nickname), petang nanti tak payah pegi sekolah ugama". Suffice to say (sekali lagi), perasaan kita time tu hepi komain. Tak pernah Mak kata "tak payah pegi sekolah ugama", sebab all along Mak selalu kata "tak pegi sekolah ugama JANGAN pegi sekolah omputih". Itulah satu2nya ayat power Mak samada tujuannya nak naikkan semangat atau nak punahkan semangat. I wish I could ask Mak what she really meant then but somehow I know the answer now ...

THAT WAS THE STORY OF YESTERYEAR >> and NOW on 30th Aug 2008

I am all alone on Merdeka eve. Heard dentam dentum from afar.. that must have come from Sunway Pyramid's event. Why am I all alone? Where is everybody??

MERDEKA!! (sambil angkat tangan kanan pelan2 tiru gaya TAR)

Friday, 29 August 2008

Interview with a L.O.L...

I like morning the best as I get to do my own thing...(suka bercakap sensorang)

Really? does doing your own thing include preparing breakfast for your loved ones? (masuk umah orang ikut tingkap aje ni)

(terperanjat I, tak beri salam pun?) Wah, pagi2 dah tanya soalan? Takpe, mood I pun dah OK pagi ni; dah kembali riang ria cam biasa, walaupun......!. Kalau semalam you tetiba tanya soalan yg sama, sah you dapat panahan my TokPanah, bulls-eye lagi. Okaay, watizit dat yuwannano? Watwasyokuesten?

OK, I repeat. Does doing your own thing include preparing breakfast for your loved ones? (soklan senang pun nak ripit2 ke?)

(formalnya soalan) Taak, doing my own thing doesn't include preparing breakfast for them (grinning).

What about the over-zealous show-off of your culinary skill lately?

Ha? yang mana nih? Ohhh, that jejemput thingy ke? Just between us ok? Truth is I have not made any jejemput for a very very long time. Somehow the crave for jejemput tup2 set in. Bukan orang muda jer mengidam tau (wink!).

Yup that's the one but don't you prepare breakfast for the MOTH and budak2?

Hihi, as mithali as I am, yes I do but it's not everyday or every other day.

Not everyday? MOTH doesn't take breakfast before he goes to work? (what kind of bini ni? Kesian hubby dia berlapar pi opes)

(oii, mengutuk ke? namun pretend slamber)
HE..? Yes he does but it's AFTER work and not before, tu pun dlm sebulan, 6 kali jer. Ehh, nape your face berkerot2 nih? Konpius ke apa? Budak2 buat sendiri their own breakfast mengikut citarasa masing2, citarasa yg kian berubah2 tertakluk pada apa ada dlm freezer atau rak2 pantry, unless my air tangan is needed ..

(dush sebiji) With not much things to do, I conclude that you will become heavier and thicker all over with all the lelemak and the likes in no time at all ... OMG!

(perli ke jeles nih?) heheh.. gitulah nampaknya. Lebihan lelemak dan yg serupa dengannya bolehlah dianggap rezeki .. tak gitu? Rezeki untuk Fitness Centre dan yg secentre dengannya, heheh.

(grrr! ada aje jwpn dia) Mmmph....

Silalah minum .. air bujang je. Thot of frying some popia tadi tapi dengar kabar you pun ON DIET, ye ke?. Popia memang belandong dgn minyak ..

(ingatkan dapatlah merasa jejemput dia yg da bomb tu. Penat aje buat2 interview nih)

(niat kena baek beb. kalau nak jejemput, awat tak bitau dari awal lagi?) Jemputlah minum air ni .. popia memang takde tapi ada pulak jejemput ni.. Memang rezeki youlaah. Dab2 minyak tu dgn kitchen paper aje ..

PLEASE ABAIKAN APA YG I TULIS NIH .. I SENDIRI TAK FAHAM, KIH3

Wednesday, 27 August 2008

Blue black @ lebam ...

Ini adalah bukti kecederaan yg menimpa sipenulis. SiBon dan siTin terlepas dari kandang. Siapa yg cuai tak tutup kandangnya tu? Hmm..hmm (sambil pandang kekiri dan kekanan) siapa ek?. Diorang tu pulak, kalau dah terlepas cam tu, mesti lari pecut lintang pukang punya (jgn harap nak jalan lenggok2), tapi mujurlah diorang baru aje pecut beberapa tapak kat rumah jiran sebelah ..

Minda terus bergerak .. camana nak entice siBon & siTin balik kekandang? Kalau sipenulis aje yg dok mengejar siBon & siTin tu, nampak gaya takkan berjayalah. It's just impossible. Nak entice diorang ni mesti dengan bait yg kow2. Korek esbok dapat sekor ikan bakar, tapi ikan ni untuk Phin. Takpelah pinjam kejap.

Sesi kejar mengejar bermula tapi taklah sampai ke luar jalan raya. Diorang lari2 diantara kedua buah rumah jiran aje. Kecederaan terjadi pabila si Tin dan sipenulis berada pada spot yg terhadang oleh gate karat bentuk square2 tu. Sipenulis hulurkan ikan ke Tin dan Tin menghidu2 ikan tu. Wah..best ni..kepala Tin dah dekat boleh grab aje.. Itulah yg dibuat oleh sipenulis.. Grab she did but Tin was quicker, so it was quite an unsuccessful attempt. Dlm pada tu, lengan sipenulis yg LEBAR tu terpelesok dalam salah satu square gate tu.

2 hari selepas kejadian, semasa mandi manda (auwww), sipenulis terperanjat amat bila dapati lengan yg lebor tu ada tanda lebam. Orang2 tua kata kalau ada lebam dibadan, maknanya ada gangguan pelesit@setan. Ye ke? Tapi hati sipenulis tak terpikir pasal pelesit langsung tapi mungkinkah penyakit? Oh tidaak..

Alhamdulillah, tetiba sipenulis teringat kejadian tug-of-war dgn si Tin. Aaahhh...lega. Seminggu berlalu, tanda lebam masih belum hilang, malah berubah rona keungu2an dan timbul pulak a patch of rona kekuning2an.

Apa komen dari MOTH1 dan anak2 sipenulis? Pertama, diorang terpempan rasa nak tabik giler kat sipenulis sebab berjaya menangkap kedua2 hyper tu dgn mudah tanpa perlu bersilat cekak. Doa pada setiap solat "permudahkan segala usaha" memang sangat mujarab.

Komen kedua? Hmmm...

Monday, 25 August 2008

So IT says ..


You've had just about all the fun you can stand with being diligent and dutiful. You're tired of being the person everyone looks to for meticulousness, precision and oddly enough, flexibility. It's officially time for you to forget about everything except that which gives you 'unadulterated joy'. Go do it.
Am I tired of being diligent and dutiful? No, I dont think so but what if I am? Best juga sesekali x 10 kali melawan arus, kan? Unadultered doesn't sound nice as it resembles 'adultery' to my boggling mind, but in actual fact 'unadultered' is a good word. So what kind of unadultered joy should I venture into? Haha.. I know, I know..


Trying to hide your feelings from someone? Well, then, run like the wind, and avoid them at all costs. If you happen to catch their eye, there'll be no secrets.
Truth is I am hiding my feelings from more than 'someone'. Am trying to belai, pupuk and pujuk this heart of mine not to over-react, not to lash out and be patient, take a deep breath, relax and of course berdoa. I have the bullets but I dont intend to load them ..


Taking back what you've said in anger will be far more difficult than keeping your mouth shut, even if it doesn't seem so at the moment the mouth insists on opening.
I am trying very hard not to utter any word, be it good or bad. Try as I might to control my fingers from tapping words onto the handphone keypad as the outcome of it would have very serious impact on silaturrahim.

Sunday, 24 August 2008

More fritters if you don't mind ...

ZZzzZZzzz... Sebenarnya tak mengantok tapi ke-malaise-an melanda ...

6.30am - terima *sms dari who else.. "Kejutkan T kul 8.30 pagi, wajib. T kena bljr! Kejut smpai T bangun, taw, taw..thanks". Si D&T mesti ingat emak dia ni time keeper for life kot? Diorang bukan tak set alarm kat hp memasing, tapi ntahlah. Yang bersms2 ni macamlah bukan duduk sebumbung, tapi bagus juga guna teknologi moden untuk something yg berfaedah.

T berjaga dari pukul 3-6.30am. Katanya dia belajar (alhamdulillah), bersahur dan mengemas harta manikam untuk dibawa balik ke asrama petang nanti. T sahur makan spag. carbonara hasil usaha siapa lagi, kaan?.

Carbonara? Wah hebatnya! (psst.. instant punyalaa, saper pun boleh buat, pejam mata jer, siap!. I fancy anything simple, instant and yet niceeee).

7.30am - hantar D ke ofis memandu kereta. Alaahai..bukan tak boleh pergi sendiri jalan kaki, tapi malas & ngantok punya pasal, maka terpaksalah kita hantar. Dari situ D dibawa ke Shah Alam untuk kursus amali bawa *motor (kursus amali pandu kereta dah settle minggu lepas). Mesti D mengadun mimpi dalam kelas tu ..

*I dont fancy this!

Tiba rumah aje ON laptop. Sedang menunggu laptop does its ritual, kedengaran bunyi "teet..thot".. Alamak, TB dah balik keje ke, tapi breakfastnya lom siap (walhal dah janji mlm semalam nak buatkan jejemput for breakfast). 3 kali dalam seminggu mengadun jejemput, ni dah dikira luar biasa nih. Never before had I made jejemput sebegini gah sambutannya .. hek3.

CS: "Jejemput you belum siap..hehe"
TB: "Takper I baca sokabar dulu"
CS: *dlm ati* 5 sokabar nak dibaca..lama tu..selamat I



Menurut piawaian CS, jejemput pagi Ahad ni yang terbaik (mungkin kerana ada kucai@chives?). My jejemput mesti ada sebiji telor sebab kewujudannya boleh hindari jejemput melethop dalam kuali. Bila jejemput melethop, dapur akan berminyak dan dengan sendirinya diri ni akan jadi lebih malas. Tapikaan, jejemput hasil letupan tu selalunya lebih sedap sebab teksturnya yang sangat rapuh diluar dan lembut didalam. Waaah, heaven I tell u.

My family tak pernah bubuh telor namun jejemput diorang ringan dan rangup, a skill and talent I could never master (maka tak payahlah diorang mintak dijamu jejemput yg ringan dan rangup dari I, hehe..).

Camana nak dapatkan jejemput yg fluffy n crispy? Mmmm.. meh sini kita kasi satu dua tips, ikhlas nih. Pertama.. jangan kacau tepong dan bahan adunan bagai nak rak, OK? The word is JANGAN or DONT ever. Kacau adunan cara 'fold in' iaitu kacau sehala ikut putaran jam pelan2. Never putar adunan tu, ok? Nape takleh putar? Jawapannya very scientific so dont bother about it so much. Ingat key wordnya aje 'jangan putar'.

Kedua .. cara menggoreng, deep fry = guna lebih minyak supaya jejemput boleh berenang2 gitu. Untuk dapatkan hasil gorengan yg 'umphh, malas nak citer', awasi api dapur. Memula biar api tu 'kuat' sket, masukkan adunan sejemput sejemput, lepas 1-2 minit, kecikkan sket api tu. Pendek kata, kena buat 'praktikal' dulu, baru tau..

Mungkin ramai kata, "aah..pejam mata pun boleh buat".. betul tu, tapi cubalah sekali-sekala buat jejemput dan pejamkanlah mata tu ... hehe.. saper sanggup nyahut cabaran nih??

For lunch, dah berangan nak buat mee bandung (berangan dulu supaya feelnya datang..).

Friday, 22 August 2008

Trolley ...


Dua2 fridge dah kehabisan stok bahan2 basah dan kering untuk dimasak. Lepas dapat flu, badan terasa *malaise aje. Perasaan ni lebih pada nak baring2, gentel penjuru bantal dan catnap seketika, sesuka hati bila2 masa. Apakan daya, perut perlu diisi; bukan satu perut tapi beberapa perut. Nak beli pun dah tak sanggup, sama aje lauknya setiap hari. Tak sanggup nak dengar komen dan jawab soalan "beli kat mana?", "alaa..kat situ?", "Ooo, patutlah rasa dia lain" ...

*Malaise: <- perkataan Perancis yg bermaksud "serba tak kena". Maka dikumpulkan tenaga paksa diri pergi membeli dan membelah keperluan harian. Dua hari sebelum terkumpulnya tenaga, dapat juga memasak hasil korekan dari pantry dan perut fridge; ada tauhu kering, sotong dlm tin, kacang panjang yg kecut tak kecut, telor, sadin dan beberapa ketul betis/peha ayam (sexynya cik Yam kita tu ehh?) Ginilah setiap minggu, hasil tangkapan samada dari Jayen/Mydyn. Dah lama tak ke Tes (sebab jauh) atau ke Kafu (takut naik lereng ke parking lot). Kadang2 aje pergi ke ColdStorage. *CS ni bessst untuk cuci mata dan compare harga sebab barang2/benda2 yg dijual somewhat lain sket.
*CS = ehem, femesnya dia!!

Yg ni hasil tangkapan T untuk kudapan di asrama. Kata nak maintain weight, tapi boleh ke?.
Mana boleh lawan uminya yg maintain kurus hingga ...... (hahahehehuhu.. those were the days, tak mungkin berulang lagi).

Thursday, 21 August 2008

More fritters ...


Mereka berSMS ..

* Salam. U nak b'fast apa? Kalau nak jejemput, I buatkan
* Jejemput u sedap! I nak lagi..
* Auuwwwww (syok sendiri tapi tak tulis kat sms)

... tapi mereka ni kat mana yg berSMS2 nih??

Jejemput pagi ni dimeriahkan oleh daun sup (apsal smlm takde? Heheh, smlm mim-alif-lam-sim). TB makan sorang2 sebab mem already eaten at 4am.



Jejemput yg beranika bentuk, ikut suka aje sebab takde nak impress sesiapa... mak mentua pun takde.

Wednesday, 20 August 2008

Fritters aka jejemput ...

Apa nak sediakan The Boss=TB untuk breakfast? Roti out, maggi out, nasi goreng out, nasi lemak Cik Sal kat Petronas tu pun out. Yes, idea baru timbul, why not jejemput udang kering? Jejemput yg tak guna banyak bahan, lagi ringkas lagi bagus.

Bahannya: itu ini itu ini, dashes of serbuk perisa ayam (it does justice to the jejemput), dan tak ketinggalan ikan bilis (ditabur pada adunan tepung sebelum digoreng). Bahan jejemput akan berubah2 ikut mood sipembuat tapi untuk pagi ni, cukuplah tu.

Hasil gorengan pertama sebanyak 12 ketul untuk TB. Gorengan kedua untuk I ler. Soklan perihatin pada TB "cukup ke tu? U nak lagi?".. "nak lagi 5" katanya. Aisayman apsal tanya dia bila gorengan kedua dah almost done? Takpe, gorenglah lagi, maka gorengan ketiga hanya ada 5-6 ketul aje, hehe..


Makan punya makan, terlupa gorengan ketiga masih dalam kuali .. Maaak!!! terlebih sudah .. almost hangus!

TB teruja tengok jejemput yg hangus tu so kesian punya pasal, I gave him another 2 pieces, hehe..

Ekceli kita bukan lokek, cuma tak berapa rajin nak menggoreng lagi. Kerja dapur yg tak berapa gemar ialah menggoreng (paling tak suka goreng begedil dan goreng bawang). Sekian.

Tuesday, 19 August 2008

"Chipster" Twisties

Adalah tersangat merbahaya aka very dangerous jika seseorang tu mengidamkan kudapan cam ni selang sehari. Sepatah kata Cik Rah kat rancangan dia tu "when one craves for carbo at any time of the day, it means doomed". Alaah, ngaderlah Cik Rah tu suka sangat nakut2kan orang.

Mood hari ni kurang chirpy. Ntah kemana perginya mood yg berwarna-warni tu. Nak keluar ke Petronas cari Chipster pun malas. Chipster ni mmg melampau. Kita mula nak suka kat dia, teruslah dinaikkan harga. Harga di Mydin/Giant ialah RM1.89 naik ke RM2.20. Harga kat Petronas dari RM2.20 naik ke RM2.50.

Huwargghh... sori eh, terasa mengantok plak ... nak cari air manis kejap. Daa..

Monday, 18 August 2008

My mind ...


My mind goes astray
it goes here, there and everywhere
it knocks on your door, his door, her door
it knocks on all the doors
the doors full of live wires

My mind goes haywire
I dont need you, I dont need her, I dont need him
I dont need anybody
should I tell you, tell her, tell him
should I tell all of you
should I?

My mind goes wild
I need some wings
I need to fly high up there
to touch the sky, the stars, the moon
I need to find my own space
Please let me be...

Have I gone bonkers?
Indeed no, nauzubillahiminzalik!

Haha, 1st time trying my hands on poems/poetry. Anyway, are the two alike?

A poem is a single piece of poetry, complete in itself. Poetry is the collective term used to describe many pieces of poems, which may or may not be related by theme, author, or style.

Sunday, 17 August 2008

Wedding reception ...

A wedding reception from the bridegroom was held at the Oriental Pearl Restaurant, Kelab Darul Ehsan, Ampang. Hundreds of hungry and over excited guests were invited to enjoy an 8-course Chinese cuisines, and tea ceremony was held thereafter. When Miss Yam met Mr Seng, who do we call? "YaaaaaamSennnng!" hihi, but there was no booze or ooze as this was strictly a Muslim reception dinner. Sober jer muka apek2 tu semua .. kesiaan.

When 2 budayas met, although all are Malaysians, I'm sure there are do's and dont's that they have to adhere to, be more peka and perihatin, but....


Semoga hari2 berikut untuk Mas & Erwin dilimpahi rahmat dan diberkati selama2nya. Tapi kaan, gaduh jangan tak gaduh tau.. Boringlah kalau tak gaduh.. hahaha..

Friday, 15 August 2008

Bomba & Phin ...

7am - 2pm - Wpun tak sihat tapi buat kerja rumah cam biasa. Kedengaran suara2 nakal dari corong telepon "rehat dan tidor". Suara2 tu bukan suara Ju-on tapi dari kakak2 yg ever so concerned dgn adek diorang yg NI. Bila hidung dah tersumbat, mata pedih berair dan tekak rasa semacam, ubat yg paling mujarab ialah rehat dan tidor. Long suruh minum air bebanyak, Ngah suruh minum air rendaman nasi yg dah dibiarkan semalaman, selawat 3x, Teh suruh makan ubat batuk cap ibu & anak dan Ndja sarankan makan bubur untuk hindarkan 'flem'.

Timakasih kakak2ku sekelian, adikmu akan cuba ikut nasihat ... (alaaa .. tapi malaslaa).

2pm jemput T di kolej, cuti seminggu. Habis segala manikam dihangkutnya balik sebab bilik hostel akan digunakan untuk homecoming. T ada mood nak bercerita itu ini termasuklah buat review filem robot "Wall-e". Dia ni pelik sikit, bila tengok lawak jenaka kat wayang/tv, jangan harap dia nak ketawa. Sengih pun tak.

Kawan2 semua dah maklum dgn pe'el T yg satu tu wpun by nature dia suka senyum. Tak ketawa kira oklah lagi, tapi lain pulak kesnya bila tengok cerita/wayang sedih. Bila tengok cerita sedih dan unhappy ending, maka mulalah dia. Bukan reti cover2, dia akan nangis dgn erti kata yg sebenarnya, siap dengung2 meleleh2 airmata dan ingos. Suasana yg sama bila T nampak kucing mati ditengah jalan, kucing tempang, kucing lapar, anak kucing; and the list goes on.

Digress: 2 minggu lepas T rescued sekor kucing dari Kolej. "Kesian Mi, dia tengok muka T cam ni Mi..huwaaaa", "dia lari turun tangga ikut T Mi..huwaaaa", "kesian dia lapar Miii...huwaaaa". Yours truly jwb short n sweet "yalaaah...yalaaah".

Sepanjang perjalanan SA-SJ, T bercerita kesah robot Wall-e, wayang yg dia baru tonton. Pada mula bercerita, kawalan suara mmg terkawal tapi lama kelamaan dah terover taken by emosi pulak, menangis sakan hinggakan tak boleh bercerita lagi "Umi tengoklah sendiri.., Umi mesti tengok tau.." , ngekngokngekk....


4pm selamat tiba rumah (clap3, dah berani tak nerbes drive ikut highway) tapi belum sempat upacara unloading barang2 bermula, mulut yg cute ni tergatal pulak bitau T, siPhin dah 4 hari duduk atas pokok tak reti nak turun sendiri. Aisayman, keadaan heboh dan huru hara .. tanpa berlengah T telefon 999 panggil bomba mintak selamatkan Phin. Pastu baru teringat "Mii.. kita kena bayar ke?".

Encik2 Bomba tu mesti terpikir kucing yg nak diselamatkan tu mestilah kucing cross-breed ke, persian ke, lynx ke tapi rupa2nya kucing pa-ri-ya jerr.. hehe.

Bomba datang in full-force, jangan memain. Bila tengok wajah encik2 bomba yg tersenyum dan sedia berkhidmat, T rasa guilty nak sembunyikkan diri. "Hello T, you have to face them" (apparently T pernah jadi ahli kelab Bomba masa sekolah dulu, kahkah .. tapi reti ikat tali simpul mati aje, selamatkan kucing belum belajar).

Upacara menyelamatkan Phin bermula dan berakhir dgn pantas. Ketua Bomba kata "awak guna hose air tu aje, kena air dia turunlah". Tak terpikir langsung, pulak2 tu hose kami kontot aje memang tak sampai pun. Bila adek bomba hampiri Phin, dia tetiba panik terus terjun dari pokok dan hilang lesap ntah kemana.

Thursday, 14 August 2008

My 'vice' ...

Fuji epal yg malang. Epal yg cantik rupa paras, manis rasanya, garing isinya tetiba jadi berkedut kerepot cam nih? Kenapa?
Pisang ni pun dalam keadaan dhaif. Sakit ke?

Bukan salah epal atau pisang, tapi salah ......? Nilah satu2nya 'vice' yg beliau buat (insyaallah takde vice yg lain). Vice ni mcm dosa kecik tapi bila dah membazir maka dikira dosa besar sebab bersekongkol dgn setan.

Kelemahan diri: Rasa cam rajin nak buat kueh mueh. As pisang is my fav. maka pisanglah yg selalu dibeli tapi bukan untuk dimakan mentah; dibeli untuk buat kueh mueh (kapkek, lempeng, bingka, apam dan jemput2). Banyak betul pilihan nak dijadikan makanan TAPI bila dah malas dan asyik prokrestinet aje, maka tulah yg berlaku. Pisang will just rot cenggitu aje. Setan pun bersorak2 gembira sebab ada satu manusia dah jadi geng dia.

Tiap kali buang pisang yg dah itam2 tu, tiap kali juga rasa teramat bersalah dan menyesal tapi tak tobat2 juga. Bila pi kedai tengok pisang yg cantik kekuning2an tu, dalam pada tahan diri taknak beli, TERBELI jugaak (sbb niat murni tetap ada nak buat kueh-mueh sementelah by product of pisang ni memang my fav. 2 beranak dgn T). Dlm esbok ada semangkok pisang yg telah disalvage pagi tadi (bertuah nasib pisang tu). Nak buat lempeng ajelah ... (wa suker wat kerja yg senang2..)

Nasib epal boleh dikatakan sama cam pisang. Dulu, selalu beli Grannysmith epal yg ijau2 tu dgn memasang niat nak buat kapkek epal, epal krambel dan epal pai (bersepai terus niat..haha). Beli 5, kecut 5, buang 5. Bila abah bebudak sound "jangan membazir", termalu dan tertobat kejap namun ... dalam diam beli si Fuji epal tu pulak. Kononnya kalau tak buat kueh, epal tu boleh dimakan gitu aje sebab manis dan krancii (suka ati aje English word di Melayukan).

Kalau ada negatif mesti ada positifnya kan? Niat nak nolong pekedai UPkan salesnya, dikira niat murni juga kan??

Wednesday, 13 August 2008

Time out ...

Dah janji dgn Z nak belanja pi breakfast sempena besday dia semalam. Jemput PM & S sekali. Masa my besday, Z hadiahkan evening bag, so in return I gave her telekong made in Batu Pahat. Telekong dari Batu Pahat ni dijamin keselesaannya. My fren's wife kat Birm. pun kata "sedap dipakai".

4 dara pingitan bergerak ke Restoran Ubi Kayu. Makan, bual, makan, bual, bual dan makan. Hala balik singgah kat butik sebelah restoran tu. Baju cantik2 namun jamu mata ajelah. Z tanya kat mana nak beli pokok bunga kertas? So, I offered to drive her to Giant. Tiba Giant .. ehhehh.. tapak nursery dah lesap. Tak perasan nursery tu dah pindah namun kalau dah pandai tetap pandai (haha), keluar dari Giant terus menuju ke Subang Mewah. Nah kao .. bapak segala nursery ada tersembunyik kat situ rupanya.

Z beli 5 pasu bunga kertas dan PM beli 2 pokok untuk digantong. Merayap punya merayap dalam nursery tu, rupa2nya diorang ada tanam berbagai jenis sayor2an termasuklah cauliflower@bunga kobis. Settle di nursery, kitorang pun balik.

Tiba rumah S, kami dipelawa masuk. Dapatlah kopi secawan dan biskut kering. Sedap pulak cicah2 cam tu. S baru aje pindah dari KL, kiranya baru 3 hari kenal dia ni. Rumah baru direnovate, so kita dpt peluang 'touring' d house. Bestnya bila ada duit, segalanya possible. Sigh...

Tetiba "thot..thot" bunyi sms .. "Umi, pls belikan nasi goreng tomyam yg mcm aritu..nak 2". Ambhoi, sampai 2 sekali? 2 means RM14 tau. SMS to D "xboleh belilah sbb kat umah jiran ni". Tapi hati emak mana yg tak kesian bila anak nak makan walaupun anak tu 'teramat bertuah', khaan?

Dari rumah S, hantar PM dan Z kerumah memasing dan terus pi beli nasi goreng tomyam kat restoran Strawberry Fields (nama sempena lagu Beatles).

Tiba rumah terus bersihkan kucing2 tu. Alahai kesian hari panas.. haus ya??? Masuk rumah jer terus ketok kibod ... BEST takde saper nak marah... Bliss..

Tuesday, 12 August 2008

Mee Kari ...

Have no idea at all what to cook. If I were to ask my other half "nak masak apa ek", the answer would be the same for the last few decades ie "nasik..ikan goreng..sayor air". Adoiii boringnyaaa.. (lauk2 yg tidak mengembangkan bakat langsong, haha).

Hari ni rasa lesu aje, tekak rasa perit, idong dah mula tersumbat; sure nak kena batuk seseme nih. Back to soklan nak masak apa? Kalau masak nasi ayam.. Hmmph.. kena goreng ayam, buat supnya, cili sosnya, kuah kicapnya dan timun serta tomato = Malas! Kalau masak nasi putih mesti ada at least 3 lauk; sayor, ikan/ayam gor & main dish. Main dish yg berupa gulai asam kah? kurma ayam kah? daging masak kicap kah? Jwpnnya = kensel!

"Susah2 beli ajelah CikSom oi" .. U jangaaan, bila I taknak beli dont entice me with that question, ok? Mood membeli hilang buat sementara waktu sebab malas nak keluar; malas nak bersiap, malas tu malas ni; malas, malas, malas.

Alaaa, si D ni sepoil betullah. Orang tengah malas dia pulak rajin nak ke kolej. Yg ni ok sket sebab takyah bersiap bagai. Sarong tu sarong ni, I'm done!

Hari ni memang banyak buang masa. Tak basuh baju, tak sapu apa2 pun, tak bersihkan kucing. Semuanya taaaaak! Tapi ada satu yg YA, I buang sampah 3 bag plastik Mydin (sorilah bag plastik ni tak mesra alam).

Mana boleh malas2 lagi kan? Dah puas berehat dgn aktiviti doodling dwindling and drooling, mood nak ke dapur tetiba datang (mau tak datang, jam dinding kata dia dah pukul 3. Sket lagi Z balik, kesian plak xde apa nak dimakan). Tepat kul 4.15 petang, maka termasaklah mee kari seperti tertera dibawah nih. Had my lunch at 7pm.

Mee Kari for lunch, dinner, breakfast, lunch and tea (berbaloi tau kuar peluh masa memasak tadi). Verdict: Z kata sedap boleh dijual (kalau boleh dijual, bak sini RM5.50 as my 1st customer).

Masa masak tadi huru hara jugak. Tercari2 serbok kari daging. I thot I have ample stock but I actually didn't. Geledah esbok, geledah pantry.. Dlm esbok ada 1/4 pack kari daging Adabi, dlm pantry ada whole small pack kari Babas (dpt free beli apa ntah), and so Adabi & Babas bertemu jodoh dalam priok. Timakasih ya kari2 poda sekelian...

My verdict: Kuah tawar & kurang kick! (bukan salah ciksom memasak tapi sesema punya pasai, deria tercemar sat).

Monday, 11 August 2008

Chocolate Cheese Muffins


Dear Cibil, as requested. Recipe ni dijamin baek punya datang dari Canada (hehe wa copy paste jer). Pernah menang ntah award apa ntah (ke tak pernah menang? hehe). Apa kata kita berdua cuba buat, dan kita tampal kat blog memasing. Dlm my esbok pun ada Cik Phili cheese (ekceli ada 2 ketuls, yg satu lagi dah expired berzaman dah tapi tetap disimpan, janji takde ulats). Wanna take the challenge? Jom..!!

Ingredients:
1-1/2 cups flour
1 cup sugar
1/4 cup cocoa
1 teaspoon baking soda
1 cup water
1/3 cup oil
1 Tablespoon vinegar
1 teaspoon vanilla
One 8-ounce package cream cheese
1 egg
1/3 cup sugar
One 6-ounce package chocolate chips

Mix together the first four ingredients, then add the next four ingredients. Blend together and fill muffin cups 1/2 full with this batter. Cream together cream cheese, egg, and sugar. Top batter with creamed mixture. Divide package of chocolate chips and sprinkle on top of the muffins.

Bake at 350 degrees for 20 to 30 minutes. This recipe makes 20 to 40 depending on the size.

Sunday, 10 August 2008

Lady in waiting cum KABT ...


Kak Andam yg pemalu nyorok blakang sofa!

Tujuan menulis pepagi Ahad ni nak bergusip sket tapi biarlah I citer dulu apa yg berlaku semalam eh? (I can see you all anggok2 paler cam dah tak sabar jer, namun sabar k? tak lari gunung dikejor).

Majlis nyambut menantu berlangsong di Bukit Naga. 'By special request' maka I perlu kesana seawal yg boleh. You all tanya apsal? Yaalah, nak citerlah nih..(kan dah suh sabar tadi, kan?). CikSom ni (pandanglaa kat sini) ditugaskan jadi asisten kak andam bidan terjun (KABT). Bidan terjun ni berkawan gak dgn kawan you all, alaaah.. dia yg wambut ketak2 ikal mayang cam Repunzel tu haa (nama jolokan dia 'mee-young').

Sesi menyolekkan pengantin berjalan lancar amidst glitches here and there. Saat2 genting nak bubuh brooch kat tepi tudung, hadoii.., boleh patah pulak conet brooch tu. Takper, takper. Professionals must work professionally and anggunly, tul tak? Dengan berbekalkan Bismillah, segala urusan dipermudahkan Allah (wow! sekejapan kak andam sounds so pious ek? That's what she is lah if you wanna know, ahaks).

Dah siap segala maka kak andam yg ni (yaa yg nii) tup2 tukar jawatan plak terus jadi pengiring pengantin. Ingatkan iring kejap aje, tapi kaan.. hehe.. tak sangkha pulak you, nama 'ciksom' dipanggil2 begitu gemuruh sekali supaya terus jadi pengiring pengantin untuk nyambut 'menantu' yg baru tiba. Alamak! taknaklah glemer cam ni.. (dlm ati check: my mekap ok, liptik ok, tetap cun), tapi dah takleh nolak lagi, tak baek putuskan harapan orang, ya tak?.

Mata terus tercari2 my kasut tapi mana nak nampak dgn puluhan, ehh dak, ratusan selipor2 dan sepatu2 tetamu yg datang, khaan? Dalam kelam kabut tu, terpandang plak kat sepasang selipor jepun biru (milik unknown). Haha..apa lagi, tanpa berlengah terus jer SAUK selipor tu. Kak andam bidan terjun pun sauk selipor jepun gak, ahahaha.. (gelak lagi sebab time tu memang hilarious betul, tapi lu all tak perlulah nak paksa2 diri gelak sama sebab I tak sker paksa2 orang tau). Mueheheheheh... (sambong sengeh dlm ati yg berkocak2).

"So, apa yg cuba nak diberitau kat WE all nih?" Ginii.. kalau kuar gambar pengantin kat mana2, samada kat tivi waima kat majalah BBCGoodFood sekalipun; pendek kata kat mana2lah, if you all terpandang 'selipor jepun biru', maka janganlah memuji sipemakai dgn kata2 hebat cam nih "belum lagi pakai kasut Salvatoreh, pakai selipor jepun pun dah me-ngan-...," (heheh, timakasih timakasih, takyah sebut in detail sebab I malulaa).

A'aah, bab bergusip tu I incubate dulu. Nak minom jap.

Saturday, 9 August 2008

Congrats to the newly wed ...


Selesai sudah upacara akan nikah ... Gambar atas tu dah HALAL.. (wink!)

Style akad nikah masakini teramat berbeza dari zaman yours truly dulu kala. Suami kena baca ikrar pada isteri and vice versa, pengantin perempuan baca ikrar pada bonda and vice versa... Pendek kata berikrar aje except ikrar rukun negara and rukun tetangga.

Upacara berjalan lancar. Yours truly and another friend jadi mak andam bidan terjun.

Majlis makan disajikan nasi putih dengan lauk pauk enak2 belaka dan kueh mueh. Dah kenyang sesi bergambar dengan pose2 maut dan semi maut.

12 tengah malam yours truly beransor bersama2 kandaku .. (best tak drive, leh lentok2)

Bila gaknya giliran CIBIL?? Mr Dentist? (jgn ngader) Dicken (hmmm...)

Friday, 8 August 2008

Another achievement ...

Another achievement was recorded in the Malaysian Guinness Book of World Records ..

Today, Friday 8th of August .. yours truly merentasi another 'open sea' aka the Kesas highway..

The feeling was not as ecstatic as the 1st time merentasi the Federal highway (kira dah eksyen sketlah), but all the same it was quite a dubdabdubdab journey all the way.

The place was Bukit Naga. Though Bukit NAGA by name, this place wasn't the birth place of buah naga or even naga of any sort. I was hoping I was in the medieval era with Sean Connery. Hehe, can't get enough of the Dragon Heart. Kan dah kata, besides cats and ducks, I like naga too. Just love to see them sembor bola2 api, Burrrr..! (maka terbakarlah ramos Mr Dentease..huhu)

How did Bukit Naga get its name? Mmmm .. (let me concoct a tale later, ok?). Roughly, its location is somewhere near Kg Jln Kebun and Kg Jawa. Sounds alien? Apa lagi, trylaa google.. :-)

Not familiar with the place is one thing, being scared and ngeri to drive along the highway with cars and lorries on your left and right is another thing. I pray hard so that I wont get panic attack. Hellpp!!

I should have driven at 50kph just like by BIL who drives at a kura2 speed. But quite unsangkarable, I managed to drive passed 100kph. Lo & behold .. I quickly tersedar diri maka .. I was back at 80kph. YaAllah.. slownya.... hahaha.. patutlah ramai yg menggila drive kat highway.

Went to Bukit Naga from 10am to 4pm, and soon after Maghrib my hubby and I will go there to witness the akad nikah of Maslina & Erwin Lee. Tata ..

Thursday, 7 August 2008

Congratulations ...


Congratulations and celebrations
When you tell everyone that you’re in love with him
Congratulations and jubilations
You want the world to know you're as happy as can be

Who could believe that you could be happy and contented
You used to think that happiness hadn’t been invented
But that was in the bad old days before you met him
When you let him walk into your heart

Come Friday August 8th, M would be solemnised with an akad nikah to her jejaka idaman. That would mean a start of a new phase in her life, a new era? Though married life is a bliss, it could be 'treacherous' at times, Insyaallah hers like ours would be blessed by Allah the Al-Mighty till eternity, Amin.

During the last 8 months while the duo M & E were having their romantic fling (cintan2 gitu), I was literally sucked into the middle of a love affair about to bloom. Not a day passes by without her reporting to me either through the phone, email or sms of 'what's happening'. As she regards me as her 'Ma' cum mentor (ehem), I had to play dual roles, as mother/daughter and as best of friend roped into one. Suffice to say the experience was nourishing and exciting albeit quite tiring (yes, sumpah penat).

Kononnya we are the best of buddies though the age difference is quite ketara. Yg mudanya surelylah yours truly, heheh. Kata jer best buddies but we fight a lot too. Our relationship has been tested time and again. Sana silap cakap, sini merajuk. Sini mood merundum, sana rasa down, sana buat salah apa lagi kena marahlah khan? Dia buat pasal and I naturally cari pasal. Pendek kata, ada aje yg nak digaduhkan dan ditengkarkan just like me and my T. Having said that, I would still consider this a blessed relationship full of laughter, giggles, tears and compromise.

In retrospect, how did we meet? Haha, incidently we met in cyberspace (for crying out loud). Don't you wanna know how she met her jejaka idaman? No? OK then, since takde saper yg nak tau, I simpan ajelah rahsia bibit2 chinta mereka, ya dak? :-)

I am happy for her but I can't deny the selfish fact that I too feel a bit sad, for after 8th August, everything would be different, not like the way it used to be (Engelbert?).

1. No more asking her to drive me anywhere n everywhere
2. No more dropping by at my house after work and stay late
3. We cant go out shopping, makan2, bual2 like nobody's business anymore
4. We cant talk on the phone sesuka hati at any time we like, boohoohoo
5. SMS text wld be restricted ikut office hours je kot? Takleh gossip maka taklehlah nak korek2 rahsia ek?
6-10 Impromptu agendas

Yalah kan, M mestilah kena hormat dan jaga kepentingan suami bila dah termaktub jadi isteri. Yours truly pun peka dengan hakikat orang baru berkahwin, mana boleh ganggu tak tentu pasal, tak tentu waktu, khan? I have to respect their newfound life too.

For a start, M would feel her kebebasan tersekat (hehe padan!), but by being loyal and abides by her husband's needs n wants, that one easy guaranteed access to Al-Jannah is just a step away. May she find perfect happiness with her soulmate, insyaallah.

M, thank you so much for your patience to accommodate kerenah and mood swing warga keemas2an ni (not me, k?), and all this while you've been marvellous, understanding, supportive and a good sister to D & T.

A note to the lucky bridegroom: Please take good care of M as terrbaek as you possibly can. "Selamat Pengantin Baru semoga bahagia selama2nya ..."

Wednesday, 6 August 2008

I wish ...


I wish ...

I wish I were in The Land Before Time ..

I wish Ninja Turtles come alive minus Master Splinter

There are wishes and more wishes .. but most of all

I wish I am stronger in faith and be more tawakkal!

Monday, 4 August 2008

Chelsea bun for Cibil

Cinnamon rolls sedara Chelsea Bun hasil air tangan yours truly (sumpah tak tipu).
Nyumm, ready to eat! Nothing beats the satisfaction of baking your own bread.. (haha riak gitu). Its aroma is spellbound I tell you ..

"Ginilah kitorang, sesak dan sempit but all the same kitorang hepi" kata roti2 tersebut.

Patutnya nama kitorang Chelsea Spiral, kan? kan?

Last 2 pic. taken dari dapur chef Eentenet

D vs garbage



2nd line: I'll throw it when I'm awake
1st line: TQVM they won't wait 4u

Dari malam tadi lagi lidah ni lembut meminta tolong "D, lepas makan nanti buangkan sampah eh? Make sure pintu sebelah luar ditutup, kalau tak kucing sepah2kan nanti". Tanda setuju, D senyum sambil menganggok ATAU D menganggok sambil tersenyum?? Salah satulah tu.

Bangun pagi aje terus teringat kat sampah2 yg sepatutnya dah diletakkan dlm tong luar rumah. Dibuatnya tak? Turun bawah terus ke dapur. 3 bag sampah masih tergantong. Terpandang secebis kertas "I'll throw it when I'm awake".

Secebis kertas tu disepitkan kat tepi grille. Bijaklaksana mana punya kerja tu? Huh! (grrr..). "I'll throw it when I'm awake" maksudnya apa ya? Masa tulis tu D tengah tidor ke? D tidak dlm keadaan sedar ke? Hampas kelapa betul.

Kejap tadi D dapat sebijik bom "timakaseh ehh buangkan sampah". D jawab selamba "Ha'ah tu D ada tulis, dah baca ehh?"

Kawan2 sekelian, tolong jeritkan reramai cam ni "palerhotakhanglaah!!", boleh tak? Pleaseeee.. tq

Friday, 1 August 2008

TWTD ... those were the days


Waah, sekejap aje dah bulan 8, then bulan 9,10,11,12 + bulan 13 & 14.. Hahaa, you mimpi ke, sekarang mana ada bulan 13,14 lagi? Dulu bolehlah kita sama2 tunggu bulan2 tu penuh antisipasi, pastu congak2 dan berangan kat mana kita patut labur dan leburkan hasil bulan 13,14 tu. "13th & 14th month salary" kedengarannya cam music to the ears aje .. seronoknya masa tu, kan?

Lama dah kita tak pegang payslip, tak buat appraisal, takde coffee session, takde kick-off meeting dan segala meeting yg kita kena attend kat Room G16, G19 & G40. Meeting apa yg kita TAK attend? Hahahahh, pendek kata macam2, ek? Task force meeting, special bid, ivpa, process meeting, monthly dept meeting dan ad hoc meeting. Pastu kena submit report yg berbagai2.. Adoii..

Anak2 kita membesar atas jalan raya aje. Apa taknya, subuh lagi kita dah ukur jalan dan tiba rumah dlm keadaan langit yang sama warna, gelap! Semangat dan mood pergi ofis banyak dibantu oleh DJ radio yang pandai pilih lagu; kejap ceria, kejap feeling dengan gurauan dan info ilmiah yang tak menjemukan.

Gitulah setiap hari keadaannya tak kira masa pergi atau balik dari ofis .. ayahanda fokus on the road, bonda melayan perasaan, D melentok kekiri kekanan dan T selesa dalam pangkuan menikmati susu tajaan bonda..

Macamana halnya bila dah tiba rumah? Heheh .. (sambil senyum sinis yang sangat manis).

I'm glad it's all over now; no more traffic jam, no meetings, no deadlines, no peer pressure and sob2 no payslips. Whatever it is, it was great while it lasted. The experience is priceless!

Syukur alhamdulillah dapat juga menabung sikit2 disamping belajar erti kehidupan, persahabatan dan tanggungjawab.