Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Masak apa hari nih? ...

Assalamualaikum ...
"tak jawab berdosa"
Ayat sebaris tu mengingatkan I pada anak jiran Teh. Dia meninggal ketika umur 9 tahun kerana kemalangan jalanraya semasa berjalan kaki kekedai gunting rambut. Jarak rumah dan kedai taklah jauh.

Ayat tu ialah ayat gurauan manja pada Mamanya tak kira masa dia akan memberi salam. Somehow I terlebih ingat pada aruah (sah menjadi ahli syurga).

SINCE TB perlu makan dulu sebelum kemasjid/opes, adalah afdhal I bersiap sedia awal dengan bahan2 yang perlu dimasak. Baru aje masak nasi. Ayam dan daging dah pun lembik, hehe. Apa taknya dah dikeluarkan dari freezer sejak pukul 9 lagi.

Thought of cooking something simple.. sup ayam n begedil daging. Kentang dah pun direbus (selalunya kentang digoreng). Bila bersihkan ayam tadi, macam terdengar2 ayam tu kata "jangan masak sup, masaklah lauk lain" .. ewahhhh? dah pandai mencadangkan pada chefkah?

Hmm.. kalau tak masak sup, nanti takde kuah pulak. But I kinda agree dgn cadangan siayam tadi tu. Rasa cam nak kensel masak sup sebab teringin nak masak ayam ponteh..

Bahan-bahan:
■180ml minyak masak
■300gm bawang merah
■10 ulas bawang putih
■150gm pes kacang soya (tau cheong)
■1kg ayam dipotong kecil
■10 cendawan kering cina, direndam di dalam air mendidih
■1 liter air
■3 biji kentang dibelah empat
■2 sudu kicap cair
■1 sudu kicap pekat
■65gm Gula
Garnish.
■1 tangkai daun ketumbar

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih selama 10-15 minit. Tambahkan pes kacang soya jeruk dan saute hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan cendawan. Kacau dan goreng hingga sebati.masukkan air.
3. Biarkan hingga mendidih dan masukkan kentang. Perasakan dengan soya sos dan gula.
4. Perlahankan api betul-betul masak dalam 25 minit sehingga kentang dan ayam masak dengan sempurna.
5. Garnishkan dengan cilantro dan hidangkan.

ERRRKKKKK ... bawang merah/putih tak diberitau samada goreng sebiji2, dimayang halus atau diblend?

Since resipi TAK TERANG it is subject to confusion (hehehe...cari alasan nampaknya nih) maka .... tengoklah camana.

MASAKAN dari Chef Thom 2-3 hari yang lepas. Tak sempat keluar tivi so keluar kat blog sendiri pun dah rasa EPIC, haha..





PENJELASAN amat perlu pada gambar2 tersebut.
Top to bottom:
1. Sambal tumis udang. Udang disponsored oleh Ndja. Terlupa nak tanya why gave me 7 only, why not 8? haha.. Siapa yg akan beralah? Chef Thomlah yang beralah. TB/D/T dpt 2 sorang. I dapat satu jerrrrr, sob2 sekotak tisu lencun, ngeh2.

2. Resipi sdn bhd. In other words resipi memandai. Campak capsicum dan nenas sekali. Biar mereka berkawan dlm kuali.

3. Sambal sothong digarab dari sotong kembang cam radar tu, hehe..

4. Tauhu goreng cicah sambal kicap (cili merah, kicap manis, gula, garam n garlic).

OK GTG. Isteri mithali nak mengutip pahala dihari Jumaat yang mulia. Jom kita main masak2

Ikhsan: Recipe Florence Tan/Google

.

Tuesday, 15 May 2012

Calling 'Rahmah bahagia' ...

Entri dibuat khas atas permintaan Ibu n Abah @ Rahmah bahagia <- penghormatan oleh anak bongsunya Aisyah tatkala menyanyikan Negaraku, 'rahmat' ditukar jadi 'rahmah'. Cayalah Aisyah :-)

... Juga untuk rakan blogger dan sesiapa yang berminat ;-)

Kambing masak kicap (resipi disediakan)

nak tunjuk juga archive masakan berasas kambing
boleh?
ekekeke..

black pepper kot?

leg of lamb kekdahnya ...


kambing bakar - air tangan D

(Penulisan) 'cara memasak' diolah oleh cikSom (omit redundant steps). Insyaallah ia tidak memberi kesan tragis pada end-result masakan anda, hehe..

1 kg daging dipotong dadu (I guna 'lamb chop')
1 btg kayu manis
3 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar (dikisar)
7 biji bawang merah (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
30 g cili kering (dikisar)
2 s/besar serbuk kari
2 cawan kicap manis
2 cawan kicap masin (guna sos tiram ikut cara cikMimah)
Garam/gula secukup rasa (tak guna langsong)
1 cawan kismis (dikisar) (ganti dgn sebiji tomato)
1 s/besar minyak sapi  (takde stok)
Minyak untuk menumis
Air

Caranya :
* Tumis seketika rempah ratus pastu + bawang dan halia kisar - tumis hingga naik bau.
* + serbuk kari dgn sedikit air, kacau2 baru + cili kisar - terus tumis hingga naik minyak.
* + daging, kacau2 & biarkan <> 10-15 minit baru + kicap manis/masin, gula & garam.
* Bila dah empuk + kismis kisar. Biarkan mereneh <> 20 minit.
* (tutup api dulu) baru + minyak sapi -> gaul2kan.

PakLong/DLL, terima kasih sekali lagi kerana berkongsi resipi :-)

Monday, 28 February 2011

At last, Pick Me Up!

Just last week I buang whipping cream kotak kecik. Lama dah dia duk bersejuk2an dalam esbok. In fact dah terover expired. Sebelum dibuang, doc quack harus buat post mortem dulu, harus!

I tuang the whole packet dalam mangkok.. Rupa cream tu masih putih mulus so beranilah I colet2 masuk mulut. Surprise, surprise! rasanya masih lemak berkrim w'pun dah lama expired. Tak pernah dengar orang jamah expired whipping cream boleh mati, kan? Habis kuat perut memulas2 but who knows malang tak berbau, ada microbes nak carik pasal ke so terpaksa dibuang jugalah *ya ampun*.

In fact I still keep a small tub of expired mascarpone cheese. I am guilty as charged *membazir aje kerjanya*, sigh..

Will do a post-mortem on this too ... Sape berani 'bet' benda nih masih edible?

So at last berjaya juga I buat Tiramisu, heheh. Orang Melayu teringin buat Tiramisu, ada tak orang Itali teringin buat lepat pithang, kuih cara atau cakar ayam?? Ada?

Macam biasa, tak sah kalau resipi tak dikhianati, kih3. From 300ml double cream jadi 200ml whipping cream (100% fresh just bought), 250gm mascarpone diganti cream cheese jer (murah sket tapi memang cari pasal kalau masih nak guna mascarpone yang dah 4 tahun expired, kan?), dan selebihnya tetap tak ikut resipi. Degil ek? Well .. I don't make this dessert to impress anybody but me (siap disclaimer lagi, jangan caci hina hantar email jah-hat kata I eksyen, okay?).


Pernah tengok Tiramisu rupa rock cenggini?? Siap ada 'geli2' @ choc rice @ urai lagi, hehe. Penat taw I parut coklat dah setahun perap dalam esbok (cenderahati orang kawin).

If ever I buat for the 2nd time, nescaya cara pembuatan dan bahan akan diolah dan diolah lagi. Next time I don't want to use coffee but instead I want to use Mylo.

Nasib baik juga I make this dessert so bolehlah I bawak ke 'rumah' Noir. Kebetulan kitorang 'senasib' nak selebret 'pathetic statistics party', haha ... Tak tau emily nak bawak apa, hik3 (sila abaikan kalau I buat you keliru).


How? does it look awesome? ahaks .. Boleh bawak masuk majlis meminang tak?

Baru 2 jam dalam esbok, Tiramisu dah berteriak 'pick me up, pick me up'. Apalah kan? Macam tak sabar2 nak masuk perut I tapi tulah makna sebenar Tiramisu.

Tuesday, 8 February 2011

Sambal hijau ...


Nasi gor zaas, prrrrr, pungg pangg .. siap!

Semalam punya breakfast tu tapi pagi nih just minum secewen neskopi. Kalau rajin, harus buat mee McGee tomyam. Bahan lemparannya macam takde jer tapi takpe, bila I korek2 esbok tu nanti, sure I will find something gross, har3.

McGee ... tetiba teringat kat my once upon a time hero, d'InkredibelHak, hak3. Kesian siDabidBener asyik kena terjah dengan si McGee aje. "You don't like me when I'm angry", hehe I like that cos I used to utter that to my 2 darlings when they were small everytime diorang tak sebulu! Nasib baik baju2 I takde yang koyak rabak sebab I 'batuk2 kecil' aje bila marah *bbpj*.

Ada sesiapa tak berapa faham makna 'tak sebulu'? I harap T&D faham maknanya but on the other hand, I tak ingat samada pernah bitau maknanya kat budak berdua tu dulu.

Just the other day T tanya "Umi tau tak makna bedek". Ishh.. dia lupalah tu yang umi dia dah terlebih dulu makan garam minum susu *cekak pinggang sambil beliakkan mata*. Bila dengar jawapan I, "Umi taaaa-uuu? tak pernah dengar Umi cakap word tu pun?". T dengar word tu dari kawan2 dia, kih3. What are friends for, right??

There's only one possibility T tak tau makna 'bedek'. Perhaps all the while she has been good, never bedek or make an attempt to bedek me, hence the word is missing from her vocab and missing from my 'a step ahead radar' (equivalent to mother's instinct. Kan kita dapat rasa 'apa2' dulu?).

Another word which T doesn't know existed since T-Rex era is 'bo-layan' or 'no-time bo-layan'. Terfaksalah I terangkan maknanya siap dengan abbreviationnya sekali 'NTBL' (tak ingat pencipta abbrev. tu, kalau tau boleh anugerahkan pengat pingat kat dia. Menurut Ndja, abbrev. tu dah diguna pakai sejak zaman sekolah rendah lagi. Purba tuu..)

Gambar sambal ijau keudara lagi, jangan mare heh!? Kita nak kongsi resipi sebab ada 34 3-4 kengkawan yang berminat :-)

Resipi versi Somuffins. Bahan2nya adalaaaaah ... lada hijau, bawang (besar/merah), cili padi (rona hijau gak), ikan bilis, belacan n garam. Semua bahan digoreng manja guna minyak sikiiit aje (dialu2kan guna non-stick pan). Semua bahan ditumbuk dengan gigih dan sopan (I tumbuk sambal sambil duduk bersila ala puteri kerathon, percayalaaah, ekekeke).

Kalau buat untuk kenduri kendara (duri vs dara, got connection meh?), atau sesaje buat untuk stok sebulan dua, dinasihatkan afdhal guna blender ajelah. Since I buat sikit aje, terdayalah tumbuk guna lesung batu yang dah 'tumpul' almaklum lesung batu tu dibeli masa baru2 kawin dulu, auwww.. harga RM10 beli kat old town, PJ.

Psst.. ekceli lesung batu tu kan, President BatuBBatuB yang beri as hadiah kawin, tu sebab I dapat kepercayaan menyimpan kuncinya sampai sekarang (one of the benefits of being a very loyal n obedient customer kekdahnya) .. har2.

Monday, 18 October 2010

Kita nak buat kek oren ...

Ramai benar para bloggers dah cuba buat kek nih. I on the other hand (cam selalu pantang dengar mesti nak mencuba juga), dah terasa2 kek tu lalu kat tekak dengan haruman segar sioren sun-kiss2.

Semalam T ke Jaiyen so I mintak dia belikan oren. Tiba aje kat sana dia fone "Umi, oren takde tapi sun-kiss2 adalaaaa...". Aduhai anak ... selalu2lah ikut Umi kepasar, kesupermarket, kekedai, kemana2 jugalah, okay?

Sejak semalam dan hari nih, nasib simentiga sebuku tu asyik keluar masuk esbok aje. Dia pun konfius kenapalah dia rasa kejap panas kejap sejuk. Kalau mentiga dah merajuk, memang tandanya kek mungkin bentat. Oh tidak...

So malam nih malam penentu, cewah. Agak2 terlaksanakah niat dihati Somuffins membakar kek oren nih? Tengok gambar2 kat sini, jiwa rasa terkuit2 ...

Thursday, 16 September 2010

Masih tak habis2 lagi ...

Cuaca semalam tersangatlah mencabar. Dah molek2 sang mentari senyum girang tetiba awan kelabu menyengihkan diri plak namun ia berlalu dengan hemahnya. Alhamdulillah basuhan kering garing gemersik. Part melipat? Hmmm...

Majlis membasuh pekasam yang dibawa balik masa beraya di kampung masih diteruskan pagi nih. I memang tak pernah rajin suka nak basuh baju kat rumah orang; pertama sebab malu, kedua sebab mood diva bercuti haruslah benar2 bercuti. Tul tak?

H d'Bangla diberi misi penting untuk menjaga kucing2 sepeninggalan I beraya. Bersihkan kumuhan dan beri makan 2x sehari selama 3 hari. TB dah beri penerangan terperinci. Paling utama jangan sekor kucing pun TERlepas ...

Masa dlm perjalanan balik ke home sweet home, I terima sms dari H d'Bangla "1kucing suda lepas basy pagy siya tankab". Halamak!! I balas very stretfowad "tolong tangkap nanti dia kawin". You ingat dia tangkap tak sekor kucing yang dah terlepas tu??

Bila I tiba rumah, kucing tu semunyik kat bilik stor luar rumah. Kucing masih sunti, baru terlepas dari cage.. tak jauhlah perginya namun ada aje bujang senang yang cuba nak ganggu. Mencii I.

Bila H d'Bangla diminta datang sebab TB nak beri 'gaji'; kita taklah marah kat dia sebab sekor kucing terlepas. In fact, kita bersyukur sangat2 sebab H d'Bangla adalah penyelamat, kekdahnya. Ada sesiapa nak nombor hp H d'Bangla tak?

Hangkut hp dan spektikus kemana saja, nilah kerja berpekdah I buat, heheh .. klik sana klik sini (maklum takde kerja lain selain basuh pinggan sekali sekala). Malas nak menyalin resipi, nasib baik ada hp Wolverine. Resipi Serunding tuu ... jangan memain. Semangat tengah berkobar2 nih ..

OKlah .. harus berhenti dulu. Kerja menanti dan menanti ... (bilalah nak habis ek??).

Wednesday, 2 September 2009

Wantan for Cik Som II

Cik Som, kat sini I tunjukkan rupa 'mereka' saja so that you have some ideas. I tak boleh pulak nak beri you resipi yang spesifik sebab I masak tak guna resipi tertentu. I masak ikut firasat jer. You boleh check at my sidebar nama 'Salt n Tumeric', kat situ dia ada ajar camana nak ponjotkan kepingan wantan tu.
.
Please also garab the recipe from the internet; should you have any queries, just call my name, and I'll be there ... (eh.. terngiang2 pulak suara MichaelJackson ek?).

Mee Wantan (kebetulan ada dlm esbok)


Kepingan wantan tanpa inti


Kepingan wantan lepas diasak inti



Selamat digoreng jadi 'dumpling'

Tuesday, 23 December 2008

Baulu Suri for Cik Jah ...

Rupa Kueh Gula Hangus (pic) saling tak tumpah kueh Baulu Suri aka Ambon. Olehkerana terdapat perbezaan pada bahan2 yg digunakan maka warna dan rasa kedua2 kueh tersebut MEMANG BERBEZA..

Dear CikJah, at last I dapat resipi ni dari paper the Star. Janji telah ditepati, so you mesti cuba ... Jangan lupa beri I sepotong yg besar .. :-)

Resipi ni boleh dipercayai sebab Amy Beh yang punya.

330ml thick santan ............ 100 ml lukewarm water ........... 50g plain flour ........... 1 tsp instant yeast ........ 150g rice flour ....... 100g tapioca flour ........ 250g castor sugar ........ 180 ml coconut water ............ 5 egg yolks .......... 1/2 tsp. vanilla essence .......... 3/4 tsp salt

Put thick santan in a small saucepan and bring to a low boil over very low heat. Remove and leave aside to cool completely.

Combine lukewarm water, flour and instant yeast in a small bowl and leave aside to froth. Mix both flours, sugar, coconut water, egg yolks, vanilla and salt in a mixing bowl.

Add fermented yeast and the cooled thick santan to mix. Leave mixture aside, covered with a damp tea towel to ferment for 2-3 hours (while waiting, bolehlah take a long nap.. hehe).

Turn batter into a lightly greased tray and bake in pre-heated oven at 200 deg. Celcius and grill until the top of the cake is golden brown.

Monday, 11 August 2008

Chocolate Cheese Muffins


Dear Cibil, as requested. Recipe ni dijamin baek punya datang dari Canada (hehe wa copy paste jer). Pernah menang ntah award apa ntah (ke tak pernah menang? hehe). Apa kata kita berdua cuba buat, dan kita tampal kat blog memasing. Dlm my esbok pun ada Cik Phili cheese (ekceli ada 2 ketuls, yg satu lagi dah expired berzaman dah tapi tetap disimpan, janji takde ulats). Wanna take the challenge? Jom..!!

Ingredients:
1-1/2 cups flour
1 cup sugar
1/4 cup cocoa
1 teaspoon baking soda
1 cup water
1/3 cup oil
1 Tablespoon vinegar
1 teaspoon vanilla
One 8-ounce package cream cheese
1 egg
1/3 cup sugar
One 6-ounce package chocolate chips

Mix together the first four ingredients, then add the next four ingredients. Blend together and fill muffin cups 1/2 full with this batter. Cream together cream cheese, egg, and sugar. Top batter with creamed mixture. Divide package of chocolate chips and sprinkle on top of the muffins.

Bake at 350 degrees for 20 to 30 minutes. This recipe makes 20 to 40 depending on the size.