Sunday 31 May 2009

Baju, ayam, murtabak ..

Daging cincang untuk murtabak

AyamPenyet

In-transit
Sabtu yang penat tapi mengembirakan. Misi mengemas-kini baju2 yang dah dibasuh bermula sejak subuh. Boleh tahan juga nak clearkan backlog. Sebelum baju2 tu menimbun touching the siling (so to speak), I better merajinkan diri. By 6.30am semuanya beres. Berlonggok2 baju yang dah dilipat, dikategorikan dan disusun ikut hak masing2. Baru 4 orang aje nih, belum 14.
.
Tu longgokan baju tuan besar. Jeans dgn jeans, t-shirt dgn t-shirt dan boxer dgn boxer. Sekarang nih I dah tak kuasa nak lipat boxer tu elok2. Pakai, basuh, lipat, and in no time dipakai balik.Tersenyum simpul bila I lipat boxer2 tu. Tak ingat mana D punya, mana tuan besar punya. Nasib baik tuan besar bergeliga, boxer dia dah siap tulis 'R'. Hehe, dia bijak kan? D jangan cuba nak 'eh..terpakai' abah punya, ok??
Between T and I, takde pulak baju2 yang boleh mengelirukan hak because of very obvious reason. Bab pant*** memang tak mungkin terkeliru ever; almaklum ada orang tu pakai size seakan2 baju gown budak umur 2 tahun. Ahhh...

Dah setel baju, I vakum, mop dan basuh toilet. LOL jadi maid, penat ek? By 11 I dah siap berdandan ready to go; ada lunch date with my 2 sisters and a cousin, nak makan ayam penyet dan beli murtabak. It was a farewell lunch for my cousin yang nak balik negara dia for good. Missions accomplished for the 4 mak dara. Kolesterol pun mencanak2 naik.. Sigh..

All in all semuanya puas hati terutama bila ada kesempatan menjadi tangan yang memberi. Alhamdulillah.
Oh ya.. petang at 3pm ada jemputan harijadi niece. Baru 12 tahun. Nak pergi ke tak? pergi tak pergi tak pergi tak ................. tak sure.

Saturday 30 May 2009

Typewriter n Superman


Semalam I pergi kerja tapi tak pahamlah kenapa opes tu kelabu asap aje. Berjimat tak nak bayar lebih2 bil letriklah tu. Alaahai, agak2lah kalau nak berjimat pun, kan kitorang nak kerja nih? Camana kalau kopi panas tumpah atas file atau atas da**? Very hazardous kan?


I perasan keadaan opes hingar bingar. Sesibuk macam ada deadline mesti dibereskan secepat mungkin. Atas meja I ada typewriter. Mana datangnya typewriter tu walhal dah lama I guna komputer console untuk menaip. Rupa typewriter tu pun muram dan suram aje. Kalau otomatik best juga tapi kalau manual? Habislaah..

I tak boleh cam muka sesiapa dalam keadaan samar2 tu tapi I boleh pulak cam orang yang beri I tugasan menaip tu. Muka 2-in-1 dia, ada imbas An*** Ib dan Wan Az**, my old friend; dan built macam Yu**, bos lama I yang ganteng tu .. (voice over cs: haipp!). Dia beritau apa I patut buat tapi dia cakap tak terang. I dengar suara tanpa perkataan.

I cuba fokus pada kerja tapi I tak paham apa I patut buat. Nak tanya pun I tak tau nak tanya soalan apa. Otak I macam haywire aje, keliru. Kenapa bos guna exercise book yang bergaris2 tu? Kenapa tak guna kertas biasa aje. Dan, macam mana I nak taip guna kertas bergaris2 tu? Kena koyak dulu pastu insertkan kat typewriter ke? Mana boleh, tak cantiklah nanti..

Then I teringat, sepatutnya I guna kertas saiz A4 untuk menaip surat rasmi dan mesti guna kertas yang ada logo pejabat. Dalam pada tu I peratikan dari jauh bos 2-in-1 tu kehulu kehilir resah aje. Dia under pressure sebab I tak siapkan lagi kerja yang dia beri tu. Tau punya..

Dan nak dijadikan cerita, I tak buat apa2 pun sebab I mimpi aje tu..


CikSom ... - May 29, 2009 Andaluz WP
Mueheheheh.... Semua tu salah parking agency (ya tak?). Patutnya buatlah parking kad saiz A4 ke .. taklah terselit kat dot3 yang bersaizkan B3 (isssh... gelabah gak masa tu).


Untuk kawan2 I dari 'resort' nun (nak jadikan prooflah nih), I tulis yang atas tu pada 29/5 @ 9.06 pagi dan malam tu I mimpi pergi kerja. Dah 15 tahun I tinggalkan 'rat race', trafik jem dan payslip <-- tak best tak dapat yang ni!

Heran juga 'A4' tu boleh jadi modal mimpi I, mimpi yang tak syahdu pulak tu. Lepas ni I nak fokus kat Superman. Dah 2-3 kali I terbang dengan Superman ... terbang tinggi2 hinggap kat bangunan tinggi pastu touch down atas tanah very smoothly. My Superman is faceless so takdelah I tau rupa dia macam Tom Welling ke, macam mendiang Mr. Reeves ke.Yang I tau, Superman is my childhood hero.

Favourite: Can you read my mind (Maureen McGovern)

Friday 29 May 2009

Collapsed ...

Collapsed on May 28, 2009

Then

One of PJ's earliest landmarks collapsed while demolition work was going on ...
.
Sejak tau diorang nak demolish Jaya supermarket, kami sekeluarga was taken by emotion pulak. Sedih. Yalah kan, tempat jatuh lagi dikenang (tu pun kalau jatuh yang memalukan aje), ni kan pulak tempat bershopping, makan2, bergembira ria dan ehem.. macam2.
.
Kalaulah I ni berbintikan Trump (nak Trump jugak), mau aje I acquire building tu merely for old time's sake. Zaman tu ada 4 supermarket aje yang boleh divanggakan. 2 in KL - Fitzpatrick & Weld, and 2 more in PJ - Thrifty & Jaya. 2 supermarket kat KL tu memang dah macam hak sendiri (berangan), selalu sangat kesitu cuci mata aka window shopping. My opes that time kat Jalan Conlay berselang dengan Jalan Raja Chulan, dekat aje (tapi tetap naik taxi .. 40-60sen. Murah kan?).
.
RSM kat Jalan Conlay kan? Masa I kerja kat situ RSM tak nampak bayang lagi but years later 3 sekawan nih; Lina, Shirley & Kelly (ehem), berfarewell luncheon sdn bhd kesitu. Either terlampau syok menikmati makanan atau asyik mahsyuk berbual, tetiba 3 sekawan tu tersedar diri restoran tu bukan anjer masing2 yang punya.
.
Macam dah berpakat, masing2 angkat punggung in unison sebelum disuruh beredar cara hormat. Dari berpuluh2 orang yang makan kat situ, 3 sekawan tu aje yang tak reti nak balik. Apapun, takkan diorang berani nak halau 3 sekawan tu, kan? Diorang bukan makan free lagipun ada BERAN ke halau pelanggan yang dikira cun? (masa tu laa). Hehe, sure tak beran. Tengok aje rangka si Shirley tu, jangan memain. Paling busuk dia akan cakap "nak halau I? over my dead body". Garang o itu perempuan.
.
Well.. that was 15 yrs ago, semasa semuanya penuh dengan bau2 wangi bunga ditaman maklumlah time tu masih muda, masih comel, masih ayu, masih kurus dan masih takde ub**. Dan sekarang? Alhamdulillah albeit the dugaan silih berganti ..
.
Tak melampau kalau I kata I kayakan Jaya dan Thrifty (now Jaiyen) masa tu. Mana taknya, both supermarkets tempat I melabur beli groceries, ikan, udang, daging segala. Kebetulan pulak my 2nd opes face-to-face dengan Thrifty. Jangan lak kata I eksyen pergi supermarket aje tak pergi wet market yang beraroma tu. Satu2nya market yang I pergi masa tu, sebelah Jaya tulah.
.
I teringat kat sorang AhSoh yang jual ikan kat market tu. Patut ke dia panggil I 'auntie'? Memang tak patut sebab masa tu I belum layak dapat ISO9000 lagi taw. Dah banyak kali dia mengauntie2kan I, I pun malaslah nak beli ikan2 dia. Dalam pada tu, I belajar samting dari AhSoh tu juga sebab sejak tu I mula kenal paras rupa ikan Nyoknyok... (should see mulut AhSoh nyebut nyok2; sungguh tak syomel).
.
Anyway AhSoh, wa lupa nak ucap kamsia kat lu dulu, so now wa ucapkannya eh? eh? Wa masih ingat budi baik lu taw, terlampau ingat maka wa dah tak rasa nak beli ikan nyok2 tu lagi. Walaupun dah lama, wa tetap ingat rupa lu, rambut lu yang semakin keriting sebelum dan selepas hari besat lu.. Waah..
.
Aisay AhSoh, wa nak citer camana akrabnya wa, anak2 dan famili wa dengan Jaya supermarket tu, tapi wa dah melencong jauh citer pasal lu pulak. Boleh dapat ikan free tak?
.
Wa stop dululah. Wa nak keluar kejap ada misi penting. Wa terpaksa beli beras dan terpaksa beli lauk pauk.. Jangan suruh wa beli gulai ikan nyoknyok daaah. Chosan (yaa.. wa taulah sekarang dah petang tapi wa ucap untuk besok.. lu ni phonn).
1.15pm khl

Wednesday 27 May 2009

H2O tercemar ...

Rajah A
Pukul 6 pagi masih hening kan? Tapi kat luar sana dah berkeladak bunyi bas sekolah; sekeladak rupa air paip yang mengalir dari paip dapur Somapin. Air dari paip utama bukan dari tank atas loteng yaa. Lepas 17 jam air pun mendak dengan jayanya; sebab tu tak nampak segelap gambar dibawah ni.

Nilah rupa air lepas I godak cam tak mau dari bekas plastik beli taufufa tu (rajah A). I pun alihkan kedalam mug putih bersih ni (mug free beli kopi 6-in-1. Dapat 6 biji, letihlah nak tunggu depa jatuh pecah tapi tak jatuh2.. psst, mug tu tak lawa ada gambar jin ijau).
.
I godak air tu laju2 dan kejap aje dapat efek kopi-O. Camana kalau I menterjalkan diri, I tambah gula atau susu pekhat .. pastu I hiruppp..??

Dari 6 pagi hingga 11 malam (dah berapa jam tu?), air dari paip dapur Somapin masih tak berapa cantik, masih ada saki baki impuritiesnya.
.
Apa pun, cuba perhatikan Somapin tak guna banyak perkataan Inggeris, kan? (except maybe one or two <-- yang ni tak termasuk dalam post ok?) :-)

Tuesday 26 May 2009

In the mood ...

I have tried cooking biryani using Shan brand twice before. It's quite hot n spicy; and there are bits n pieces of dont-know-what-you-call-it that taste pungent. The tuan besar doesn't quite like it but all the same he'd ask for second helping (but still in denial). Surely he can't resist, sah air tangan wife dia mabeles, clap clap.
.
I then craved for cik Mag briyani.. Heat ghee to fry briyani mix, add in rice, pieces of chicken and water. Kacang aje tu but I follow the cooking instructions to a tee when I first cook it long time ago. It has only 4 easy steps but for wanting to have the end-result edible, maka I kelihatan amat tekun patuhi instructions, BUT ...
.
... since this is my 2nd effort, the need to ubah suai the briyani is quite overwhelming. I need something challenging yet simple.. (ada ke cam tu?).
.
The recipe says to use chicken but I have a limited stock in the freezer. I need the chicken to cook a dish with gravy so I need to find an alternative. I remember Mak used to cook beriani Rubian (prawn in Arabic), but do I have prawns in the freezer? Yes, I did find some medium size prawns yang molek paras rupa. I stemet 3 prawns each person and all in all there were 14 prawns only. Catu2 ni macam kat PLKN pulak tapi kena catu juga sebab chef takut cair keluar rumah dalam cuaca panas untuk beli bahan yang kurang.
At last after much pondering, a suitable dish with gravy would be chicken kurma. This kurma is without potato and carrot but I added in celery and 1/2 tomato. Tomato pun kena catu as I need the tomato to make some salad. Nilah padahnya kalau 'rajin' ..
.
Salad ni nampak cam sedap aje kan? Very colorful ..
.
Ada sebabnya kenapa I masak beriya2 tu .. you knowlah perihal mak siTanggang, terasa puas hati bila dapat bawa makanan untuk anakanda yang dikasihi setiap kali ada peluang melawatnya (but then again, I ni bukanlah bulat2 ikut acuan mak siTanggang tu; acuan I dah diurbankan sikit, heheh).
.
In case T reads this post (don't know when), just remember the WW3 which almost happened but did not... Whatever happens, our love to you is unconditional! Just be patient, insyaallah all the good things will rush to you.
.
Nota ejaan: Beriani, Biryani dan Briyani.

Monday 25 May 2009

i-talk, you talk, we talk ...


Hari ni I heran + geram + upset + sedih + nak nangis (dah pun nangisssss).

Many a time we meant well, we go all out to give nothing but the best, to please the people that matters the most to us, but the result is very upsetting! Fullstop.

OK, beralih ke cerita lain yang lebih menghiburkan .. :-(

I guna i-talk (prepaid) untuk talian fon kat rumah kerana nak berjimat memandangkan semua warga rumah ni dah guna HP. Memang parah kalau bil HP dan bil fon rumah melambung2. Kadang2 terfikir juga why I have to jimat2 cam nih walhal I spent on top-up for both T and I, quite meriah juga but by using the i-talk, it was a transformation for me. A good move!

My HP-zaman-AlleyOop is for me to send text - aktiviti yang membahagiakan I, rohani dan jasmani. Hahaha.. (I tickle my own funny bone there). I guna HP untuk panggilan emergency aje; I KOL restoran murtabak, stall nasi beriani/soto, part-time maid dan Bangla potong rumput (emergency kan tu?). I don't use the HP for long conversation esp if the next party is a robot. You dok tekan macam2 button; 1 for English, 2 for Bahasa, bla3 until your patience is running dry, then only you get to speak with a real human. Buang $, masa dan tenaga.

Actually something bad happened a few years ago that forced me to be so calculative. Setiap musibah ada hikmahnya kan? So I think the hikmah is that it has taught me to be prudent, berbelanja dengan hemah dan bijak. My home phone bill has reduced tremendously from RM1K to RM800 to RM300 and now to only RM10 or 20 with no monthly rental fees. I bahagia.

Aduh jauhnya melAncung.

On 15/5/09 I bought an i-talk at the nearby kiosk but I kept it not wanting to load the credit just yet. Was I gelabah when I realized that some numbers of the CN are missing/not printed on the slip. Da**! I need the CN number to load the credit. What to do? So this evening I asked D to find out from the same kiosk how to go about retrieving the CN.

D was dumbfounded so he let me talk with the staff in-charge at the kiosk.

My faults are:
1. did not countercheck the CN on the slip
2. was late 10 days to make any report (it should be 1 day).

I pun put on my loyar cap. My arguments are:
1. Kat mana tertulis kena buat aduan dalam sehari?
2. My i-talk slip valids for 6 months
3. Silap I tak check slip tu betul2, but then kenapa your staff tak check benda yang sama sedangkan mesin awak yang failed to print properly. Camana 3 digits boleh invisible?
4. I give them an example .. if I buy something which costs rm10.50 but I selamberly hulur rm10 only. Tak ke you check duit yang you dapat dan mintak lebihnya dari I?
5. Selama ni I tak pernah check apa2 slip yang I beli dari tempat you, I juga tak pernah check duit balik yang you beri. It means we have mutual trust.
6. You boleh check memang credit tu intact

D pun kata I salah sebab dah 10 hari baru nak report. Dia kata staff tu bertungkus lumus buat calls to straighten things out but before she gets any response, I ask D to just come home (as I was in a hurry to go to SA. Again?). I told D since the girl gave me goblog excuses "we only have the machine and the numbers come out" (YaAllah ya tuhanku.. lamenya jawapan), maka I just need to make her busy a bit.

At the same time I want D to learn something from this hullabaloo ie not to give up easily. I might not get that RM10 back but I am curious to know the end result of all this. I beritau D takde bezanya kalau I buat aduan dalam sehari atau 10 hari sebab prosidurnya tetap sama.

My dear husband was asking me "how much i-talk tu?". I can easily translate his question which means "dahlah tu, 10 ringgit aje pun". I can let go that RM10 but I am just practising my right. I am very particular where such thing is concerned because old habit dies hard. I was taught and groomed to be like this by ai-be-em. Fracas by the Americans! Ntahlah..

I shall call e-pay tomorrow .. until then .. phaiphai ...

Sunday 24 May 2009

Pengat ubi ...


Selalunya I tak tidur lepas solat Subuh tapi dua hari ni boleh aje mata ni jadi pedih yang memaksa I menggenyehnya (penuh perasan), pastu mata rasa macam kena gam tak boleh bukak; lalu I pun pejamkan mata kasi relax sikit. Niat nak relaxkan aje tapi terus zzzzzz!

Dikejutkan oleh deringan fon dari my sister suruh tengok TV9 ada something special. Alaa.. kacau aje orang tengah mimpi tau ..

Sementara tunggu 'something special' tu bermula, I ke dapur hangatkan leftover fried rice dan pengat ubi. Ubahsuai sikit pengat tu tambah lagi gula melaka sebab tuan besar kata kurang manis tak macam I, heheh. Ubi dan kuah belum sebati sebab I masak pukul 1130pm dan I hidangkan pukul 1230am. Am I not rajin masak malam2? Tapi yang bestnya bila biji sagu dah kembang dengan muainya maka terjadilah beribu2 telur ka*ak, I like!

Petang semalam I gi melawat Chik, my beloved auntie yang duduk dengan my sister yang riuh rendah mulutnya macam kap-lam-ya-nge tu. Ehh, memang dia dapat title tu lama dah. Mak n Bak pun dah merestuinya. Bila I kol bitau I nak datang, cara my sis tanya macam ada udang disebalik batu aje "dah siap ke?" .. "nak datang sekarang ke?" THEN tetiba I dengar Chik kata "murtabak".

Alamak! nak beli murtabak pukul 4 ptg kat tempat tu? I told my sister tempat tu susah dapat parking; whatmore I'm alone takde orang harapan untuk jaga kereta. Namun, Allah permudahkan. I kol restoran tu mintak dia sediakan 3 keping murtabak dan "boleh tak awak hantar kat kereta saya?". Yang menjawab tu kata "boleh, boleh".

I miss Chik, lama tak visit dia. I pun nekad merentasi federal highway sorang2 (masih takut2 okay?). Bila Chik dah sebut murtabak, rasa tak sampai hati pulak. I mesti dapatkannya by hook or by crook. Orang tua bila terasa nak makan, mesti hampa kalau tak dapat, kan? Part kirim makanan kat orang, kalau tak dapat atau kalau orang tu tak bersungguh2 carikan, I memang cepat sedih dan hampa (tapi tak tunjuk depan2, nangis dalam bilik air jer).

So the 4 of us (+maid) menjamu murtabak and sirap bandung sambil berbual2 mesra (dan gusip seketul dua).I brought murtabak and something else for them; and in return I got ubi (dipengatkan) and mangoes (besar and so sweet).

Now back to that 'something special' on TV9. The guest was a wife of a well-known Ustaz. Ustaz ni pun satu, man! Ustaz or no ustaz, he is still a human with weakness. There was one caller who asked the wife with sarcasm that she being the ustaz's wife, surely been taught (by the ustaz) on how to overcome the musibah. Wah! sedap aje dia kata gitu walhal subject of discussion is about the husband who is irresponsible, the husband who disappears, the husband who has no time for his family and yet has plenty of time to have a swinging time with a new 'beau'.

Each and everyone of us has a fair share of dugaan. Ada hikmah disebalik musibah? Apa pun, bacalah banyak2 Innalillahi wainna ilaihiroji'un...

Friday 22 May 2009

Adam, Kris & HP

I visualise they're D&T

I didn't follow AI that much but I managed to watch its finale. Actually I was just happy to see Carlos & Rod. Yalah kan? Lagu BMW & MM tu memang mengimbau kenangan silam masa kita sama2 main kaki kijang, main terup, main teng2, main mintak api (main masak2 aje tak). Siapa kita yang dimaksudkan tu?

Baru semalam I tau camana rupa Kris tu. Nampak cam humble pie aje, cute pun cute. But whylaa as soon as Ryan announced he was the new idol, he acted as though being an idol is biaserr aje? Why did Kris say Adam deserves more? Eh, dak tu, dah rezeki awak, thank god ajelah. No doubt Adam has nice and powerful voice but I kinda off sikit about his persona yang .... you knowlah (but I'm not biased).

It seems quite a number of viewers was upset when Kris won; but I on the other hand, was very happy for a simple reason (kitorang punya initial kan serupa? ). Anyway, I think mak ayah Kris mesti minat giler kat Kris Kristoffersen, mesti tu..

Cerita lain pulak dah ..
Selalunya I tak jawab phone calls dari unfamiliar number but yesterday ntah camana, I jawab pulak. Before that nak cerita pasal my friend ni, nama dia Dza (glemer kan?). Semalam dia fone 3x tapi I tak jawab, maka tadi pagi2 lagi dia dah fone just to make sure I ni masih bernafas. Baik kawan cam tu kan? Tapi baiknya kejap aje tau. Patut ke dia suruh I buang my HP tu? Janganlah Dza, my HP is my life, kan?

Dilema HP tua: Ada 3 incoming missed calls tapi bila I klik to view, skrinnya kosong aje.

Berbalik hal I jawab call dari unfamiliar number semalam tu ..... Alamak, kenot storilah. Baru teringat I kena keluar beli makanan kucing; dan sebut pasal kucing ni kan, mulalah I nak marah nih.. tapi KakJa tak kasi marah2..
(tengah hembus nafas pelan2 sambil memintal2 lengan baju).

Wednesday 20 May 2009

Takde tajuk sesuai ...

Slurpee.. slurrp!

1130am
I kena uruskan 4 misi dan D bermurah ati jadi drebar. Kalau dia tak jadi drebar pun takper sebab tempat yang I nak pergi tu muai tempat letak kereta, tak macam kat Tepan tu. Tapi dah dia ofer, peluang I jadi LOL semakin terserlahlah, kan? Dia pun perlu kumpul pahala banyak2 berbakti pada umi dia yang sorang nih. Salah satu dari 4 misi tu mestilah JJCL, L yang bermaksud LAUK.

1pm
Lunch with tuan besar seakan2 'makan berdamai'. Makan berdamai bukan selepas baik dari bergaduh taw tapi makan berdamai ala2 baru kawin gitu (har3.. gelak musykil nih). I tulis 'tuan besar' atas dasar hormatnya I padanya sebagai suami (auwww.. tersipu2 seketika), dan bukan sebab I geram dia tu commanding ke, demanding ke .. nehi..nehi.. that's not what I meant.

Sebagai isteri solehah (sambil terkebil2), kenalah I temankan dan santap sama2 sebelum dia pergi kerja. Dia selalu kata "u tak makan sama? marilah.. kalau you makan sama, berselera I". Mueheheheheh .. part ni memang I find it very funnylah, tapi .. biarlah I gelak sensorang.

2pm
Bye2 kat tuan besar, cium tangan cium... eh, cium tangan jer. Selamat dia ke opes bawak bekal toasted bread with jam n butter aje, air kosong dan minuman wajib dia; diiringi doa syahdu.

2.30pm
Again with D as my drebar pergi beli fired <--- hehe, salah eja tu; I repeat.. beli fried rice Thai style for T. Alahai dak nih, kalau tadi dia jawab my sms "nak makan apa?", dah tentu masa keluar awal tadi I dah belikan but I found out later that there was samting rong with her HP; tetiba a few messages datang selambak dan serentak. Kesiaan T, tapi adakah itu hint kelibat of a new HP akan menjelma?

3pm
Drive to SA alone.., arrgh.. kerana anak ku gagahi jua (molek juga kalau dijadikan tajuk drama ek?). Ala2 emak siTanggang, I datang berbekalkan kek span, slurpee, air kotak perisa teh+markisa, pil mulas, cocopie, chic masala instant noodle (kalau dipinta 2, maka 2lah, jangan memandai bawak 3), nasi goreng Thai ("xnak sayur"), Apollo cake (masih kanak2 ribena), jeli 5 biji (I bubuh dalam plastik siap dengan ketulan ice biar dingin masuk ketekaknya), dan DOKUMEN pengesahan dari ayahanda tentang sesuatu. Dokumen ni penyebab utama I terpaksa bergegas kesana walhal baru jer jumpa dia 2 hari lepas.

Dak bertuah tu tolak mentah2 1. air teh 2. kek span 3. pil mulas (sebab: 1. xde tempat nak simpan 2. xsuka 3. perut dah baik). Suruh dia beri kek tu pada room mate pun tak nak, suruh simpan pil mulas tu just in case sakit perut datang menyerang, pun tak nak.
3.40pm
Umi dah tengok muka anak dan anak dah tengok muka Umi, it's time to say bye2 with hugs and kisses. Kadang kala dia serahkan pipi dia kat I, kadang kala I kata "cium sket". Geliati tengok muka T bila ayahanda beri a peck of kiss kat dahi dia, sengaja dia bundar2kan mata keatas. Noty gal!

Next weekend T tak balik.. sedihlah pulak (tapi tiap kali bersua, mesti ada urat2 yang tegang tapi cepat pulak kendurnya, alahai..).
4pm
Alhamdulillah selamat dalam perjalanan; tapi I tak straight balik rumah, terkoner pi rumah J-Mi. Adios to the hairband and rubberband ... I rasa lega, ringan dan tenteram.

Tuesday 19 May 2009

Magic Drink ...

'Magic Drink'

'Magic Drink' konon, tapi takde magiknya kalau takde siapa yang rajin nak refill air dalam bekas yang magik tu. Oleh kerana sorang aje yang sangat rajin (guess who?) dan 2 lagi tak berapa nak rajin sebab berkira siapa patut buat (ie siapa minum lebih, dialah buat), maka terpaksalah solicit perintah mahkamah untuk menjaga keharmonian jiwa (guess whose?).
.
Puan Hakim (who else?) terpaksa membubarkan penggunaan 'Magic Drink' with immediate effect dan selama mana takde yang rajin nak refill dengan air yang dah dimasak. Sepatutnya guna filtered water aje tak payah boil, kan? taphiii .. (sambil tarik nafas panjang kira 123 dalam ati dan hembus pelan2 kira 123 dalam ati juga), it's another story altogether..

Sejak cuaca panas melenting, tetiba ada pulak orang dah jadi rajin. Rajin masak air dan seterusnya refill dalam bekas magik yang ada kat dada fridge tu. Pra-syarat 1. to refill only boiled water 2. tap water a no-no 3. a must to wash up the magic container every now and then as there might be some residues left at the bottom of the container from the unfiltered water.
.
Keadaan air kat SJ ni tersangatlah tercemar .. Before you could get crystal clear water, you have to let the tap water run for a few minutes; or else you will get to drink NESKOPI with a karat taste, straight from the tap percuma .. haha (ketawa ketat yang tersangat sakit hati tu). Terlebih sakit hati bila basuh baju cerah tetiba baju jadi rona teh O!
.
Dengan adanya 'Magic Drink', kerja menuang air disingkatkan beberapa puluh saat. Gitulah harapannya:
.
1. tak perlu buka fridge langsong
2. tak payah buka/tutup penutup botol
3. can save on electricity
.
Anyway, I still keep 1-2 bottles of plain water just in case .. untuk jaga keharmonian hati, limpa, jiwa dan pundi2 (again, guess whose?).

Friday 15 May 2009

Make ourselves happy ..

Korean BBQ Chicken HALAL

Deep-fried chicken in olive oil (tak sure virgin or not)

'Kochi' licin within 20 mts

Macam baru semalam I hantar T balik ketempatnya; then siang tadi dah jemput dia balik rumah. Macam biasa ... dia heretnya luggage. Tak reti2 nak bawak baju kotor dlm beg plastik ke haper. Mesti luggage. Nak dekat setahun, tiap minggu kerjanya macam tulah. Ada juga 2 beg lain; satu untuk laptop, satu lagi beg P&C (adalaa buku2 and manikam lain).

Umi dan abah dia yang sejati ni pun tak paham why she has to heret the luggage. Dalam tu ada baju2 yang patut dibasuh aje. Tiap minggu mesti basuh bedsheet -> "Kotor ke?" .. "taaak" .. "dah tu?" .. "gelilaaa..". Bila tengok dia separatekan baju2 warna dan putih sebelum dibasuh, rasa kesian pulak tapi I kena didik dia, kan? Tiap kali mesin bunyi toot toot aje (toot ke teet? lupa lak), I tolong sidaikan/jemurkan. Hehe, tak sampai hatilaa...

Tak sampai hati merely sebab dia dengar cakap I which is to lipat lebih kurang baju2 kotor tu and not to hempuk aje dalam beg. Sebab dia rajin tang tu, maka memang I tak sampai hati. Unlike si bujang sorang tu masa dia duduk hostel dulu; 'PAP!', kerja I asyik tepuk dahi aje. Baju kawan ada pada dia, baju dia ada pada kawan, socks tinggal sebelah, a pair of socks has different color, boleh? (and the list goes on..). Paham2 ajelah dak janthan nih..

Dara sorang tu cerewet a'uzubillah .. if any of the wet laundry TERdrop on the floor when she was about to hang them, she will have it rewashed. Kalau tak basuh semula, she will kibas2 bagai nak rak as if to get rid of the 1000 germs which maybe dah melekat. Haiyaaa.. susah gak deal dgn orang obsessive nih. Tu baru satu contoh keobsesiannya, there are more ... (a deep sigh).

I pernah ajar D&T cara berhemah ambik baju yang dah dilipat, but now since T dah jadi warden baju2 lipatan (in-transit before going to individual wardrobe), dia dah reti whining "saper buat ni.. nii mesti D nih, penat taw orang dah susun". Had I say "baru tau penat", surely dia demoralised malas nak tolong I; so the safest way is just to smile dalam hati ajelah..

Every week as usual, ada aje benda yang T idamkan. I sort of perkenankan hajatnya tapi takleh pegi tempat mahal2. As fickle as ever, mula2 nak makan ntah apa kat StoberiFild, tak jadi. Nak ke McD, tak jadi. Nak cuba pizza kat YeloKeb pun tak jadi; last2 pegi Korean chicken BBQ. 120% halal. Ownernya dara2 belaka.
.
Oh ya. Soon after I jemput T tadi, dia dah merengek nak ke Sec 2 nak makan ABC yg kengkonon world. Kesian .. ikutkan. Dari Sec 2 dia drive .. alamak .. 1st time dia drive from SA ke SJ. Mesti I takleh duduk tenteram, sure kaki I tekan2 brake angin nih.
.
YaAllah, selamatkan perjalanan kami. Alhamdulillah selamat, if not we wouldn't have the chance to relish those food. Syukur for the rezeki (dalam handbag ada RM50 jer, hehe. Tolak 30 tinggal ???? and it's about time I merengek kat tuan besar pulak...)

Thursday 14 May 2009

Legakan tekak ...

A mugful of teh suam, heheh

My vice
Sejak dua menjak nih, I don't consume hot drinks in the morning anymore. I drink everything chilled; and if that's not enough, harus dimeriahkan lagi dengan ice cubes yang bukan calang2 rupanya but specially made one using the ?*?*? mould to get that 'bongkah' effect. Brutal aje rupa ice cube tu, kan? Haa.. you all sure teringin nak resipi minuman tu tapi malu nak mintak, tul tak? Jangan you, malu bertanya sesat jalan. Kalau dah sesat jalan dalam cuaca yang OMG nih, you sure rasa dahaga, kan? Jangan kata I tak offer resipi minuman yang spesel ni ehh?

Tak kira masa, pukul 3,4 atau 5 pagi sekali pun, sanggup buat air sejuk manis berkaler tapi takdelah bubuh ice cubes setimbun cam tu. I masih beringat tentang kesihatan taw, hee (giggle yang bunyinya memang cute). Gelas berkembar kat atas tu definitely quench our thirst. Had that at kebab's joint (hehe, sori terlupa nama restoran kebab tu).

Kalau tuan besar tau habit bini dia cam nih, sumpah gua kena sound of music. Drink cold water "isn't good for health". Tapikan you, my FIL, my Bak n my Mak, diorang OK aje minum air sejuk; my Mak even kunyah2 ice cubes lagi. This morning cuaca agak mendung maka I make myself a big mug of TEH SUAM (see top pic). Hari ni I baik sket, tak terasa nak 'melawan' nasihat tuan besar. I pun nak hidup lama gak ..

All time fav. during this scorching hot weather. Tengok rupanya aje dah terasa sejuk n refreshing, kan? kan?

Nice and yummy when it's chilled. Kalau takde nata de coco lagi bagus; tak payah kunyah2 cik nata yang chewy tu. Slurp once, slurp twice and it's gone. Tekak rasa dingin aje.. nikmat!

Slice comel2, have it chilled and enjoy!

Peratikan lengkongnya aje dan bukan jari jemari I yang lumus tu. As always kurang menjadi tapi nasib baik tak disaster, boleh juga dibawa ke majlis. Mula2 nak buat lengkong milo tapi tuan besar kata "lama you tak buat lengkong yang I suka ek?". Aduhh, kesiannyaa.. lengkong yang you suka eh.. tapi I nak buat lengkong meeelo.. (sambil paparkan muka kesian).

Kebetulan jiran menjemput we all ke rumahnya; malu ek kalau bawak pewot aje so lengkong tu nak dijadikan buah tanganlah konon. Nasib baik I ni bijak (haha), I berjaya buat 2 jenis lengkong sekali gus. Lengkong untuk tuan besar is just lengkong perisa gula melaka dan yang nak dijadikan buah tangan tu dicampur dengan santan dan telur. Besok2 I buat lengkong milo pulak, insyaallah panjang umur.

To accomplish before year-end (bersemangat nih):

1.cendol 2.karipap 3.sago gula melaka 4.sardin roll 5.secret

Sunday 10 May 2009

Mother's Day ...

Inahar, THANKS for this card
Selamat hari ibu khas kepada ibu2 yang sudi singgah berteduh disini samada seketika, jarang2 atau kerap.
.
I pernah ada 4 Mak tapi semuanya dah jadi aruah *except one.
1. My own Mak, Hajjah Hasnah.
2. My MIL, Hajjah Ros
3. Hubby's aunty Hajjah Jamilah
4. My friend @ ex-boss, *Mak SH
.
I called my mother Mak but my children call me Umi. Why Umi? Ntahlah.. rasa macam terpandang2 unta kat padang pasir tu. Though spelt as Umi but D&T normally call me Meh or Omeh .. maklumlah lidah tak berbedung since they were babies, haha. My siblings say as I becoming more dewasa (ie old lah tu), I look more like Mak. Tang mana yang sama, I pun tak pasti. Takmoh cerita banyak2 pasal Mak nanti I sedih. Semoga roh Mak dicucuri rahmat. Amin.
.
I was supposed to call my mother in law 'Mak' the minute her son becomes mine, right? (hehe, malu nak sebut part 'mine' tu); but I never got to do it. Lidah ni kelu aje. Bukan tak suka nak panggil dia Mak, tapi I terasa malu, or maybe the right word is janggal or kekok. Malu tak bertempat ni namanya penyakit hidup. I know, banyak benda yang I lepaskan begitu aje sebab malu yang tak bertempat. Bila I rasa malu of any kind, terngiang2 "inferiority complex" keluar dari mulut Bak. Somehow those words now give me some kind of semangat which I never had then. Bak, anak Bak dah 'berani sekarang' walaupun masih malu2 kucing.
.
Apasal mention Bak walhal today isn't Father's day yet? Digress jap, ok per..
.
Back to my MIL. It was fated that I never got to call her Mak. She died in Mekah 4 months after I got married. She was only 52.
.
As for hubby's aunty, literally everybody called her Mak or Mak Tua. She was the one who took care of hubby when he was a baby till toddler as hubby's real Mak gone out to teach. Manja tak ingat donia. Sampai bujang masih baring2 atas riba Mak. Masa kecik dia ketuk dahi Mak dengaaan.. tukul besi kot? I have no problem to call her Mak, tak rasa malu dan janggal. Why oh why?
.
My friend @ ex-boss. How am I to call him Mak when he's a man? Haa, payah sket cos minda I kata "oh tak betul, tak kena. Rambut mak I bersiput, Mak tu pakai tie. Lain. Tak boleh, tak kena". Dasyat otak ni menolak walhal panggil ajelah, khan?? Dia ada nama omputih tapi lidah ni tetap kelu so eventually I address him ikut surname dialah. He's a good friend/boss with boyish look. Will blushed all over when we say he looks young bla2. Kita muji2 tu ada udang disebalik batu.. biar dia kasi UP increment kita, haha. I like him cos he brings out the best in me (yang tak seberapa tu).
.
Last but not least, my appreciation and thanks go to my auntie, Chik. She took care all of my siblings, 11 of us no less; and also took care of D&T when they were babies. She used to say "ntah2 Chik dah mati bila awak2 semua kawin". Panjang umur dia and of all the people, she was the one who cried when I got married "kesian si Cxxx tu kena basuh baju". Hehe, sebulan aje basuh baju dengan tangan, selebihnya mesin yang tolong tapi sampai sekarang asyik kena masak jer. Why Chik, why pompuan aje kena masak??
.
Oh ada satu lagi 'last but not least'.. TODAY my step mum came all the way from JB to attend a family friend's majlis kawin. I dah nekad takmoh pegi to that majlis atas sebab2 tertentu (critical: tudung tak match dgn baju); but after knowing my step mum is right here in KL, I teruja gak nak jumpa my Mak Engku. That's what we call her. Overall, she is nice, friendly and I feel comfortable with her around. Psst, sometimes we call her Madam (of course without her knowing..).
.
Senang ke nak accept mak tiri dalam hidup kita? Mula2 memang susah w'pun masa tu Mak I dah takde. 'Susah' cos we want Bak to ourselves. The older siblings macam OK aje, but not me and my sis Ndja yang terlebih2 melalak... well, almost melalak but actually nangis ngongoi pelan2 belakang pintu aje. Apa pun Allah has His ways to deal with things which we humans are so dhaif to foresee ..
.
Apsal D, T and their Abah never wish me 'happy mother's day'? Depa tu semua nak kena buang negara taw .. menciiii .. malaslah nak masak cam nih. OKlah, nak majuk sampai petang.

Thursday 7 May 2009

Bankdraft ...

" Bukan salah ibu mengandung"
Kesian roti2 tu, multi-tasking punya pasal diorang jadi mangsa keadaan. Tulah, terkejar2 buat abc (bukan air batu campur) all at one time, tetiba muncul d out of nowhere yang bersifat urgent & critical, terpaksalah didulukan.
.
Hmm.. memang bagus, *today (30/4) is the last day to submit bankdraft; and I have less than 2 hrs to do so. Nape tak cakap bila last daynya? "ingat dah tau.." Tengahari buta kena pergi bank kat Tepan tu? That's equivalent to menempah maut, you know; pastu kena hantar benda tu ke SA pulak. Sigh .. anak punya pasal!
.
I tau buat TT aje, tak pernah tau camana nak 'buat' bankdraft. Kalau ada word 'bank' surely buat kat bank kan? Dalam keadaan bergegas, I drive dari satu bank ke satu bank, altogether 3 banks. 2 banks turned me down sebab I takde akaun kat situ. Ngader!
.
Nasib baik the 3rd bank can accommodate my request - diorang tak tanya pun samada I ada akaun kat situ. Apa bezanya ada akaun dan takde akaun? Orang bank pun tak boleh jawab soalan glemer cam tu. Whatlaa..
.
Last bank macam OK aje, orang tak ramai. Lepas isi form, bank staff suruh naik ketingkat 1 buat trnxn seterusnya; I pun tanya "mana nombor saya"? Staff tu kata "tuuu, kat tangan puan..". Heheh, aiyemsowi, tak pasan. Tiba tingkat 1, yaRabbi .. ramainya manusia tapi dengan izinNya, semua berjalan lancar. Alhamdulillah..
.
Buat bankdraft kena caj RM5 rupanya. Sumpah tak tau.
Earlier in the morning, I was meroyan dgn D dan berikrar tak nak tegur dia 3 hari. Tau ke dia kita ni geram dan jauh hati dengan dia? Hmm, haramm. I pun terlupa dengan ikrar yang dibuat dalam hati tu, terus ask D temankan as co-driver. Dengan adanya D dalam kereta, memudahkan my misi. Thanks D!

Tuesday 5 May 2009

Yeayy.. Pulut Kuning !!!...

Semalam I masak kari; daging dan ayam bersatu padu dalam satu periuk. OK tak cam tu? Kita boleh masak mixed vege, why not mixed meat, kan? <- justification dari orang 'rajin' yang teramat. Kari tu as main dish dan kalau ada lebih bolehlah mamam dengan pulut kuning (tapi pulutnya masih lum nampak bayang).

Memang berharap sangat, janganlah kari tu dihabiskan (tolong, tolong); kesian pulut takde kawan (or rather kesian I makan pulut takde kari). Yeyy.. kejap tadi I berjaya kukus pulut kuning, tak banyak - satu pot aje, hehe. I guna teknik yang sama masa buat serimuka dulu ie teknik kukus guna rice cooker atas dapur. Lebih ringkas cam ni, afterall tu aje pulut yg ada.
.
Kalau my sis/aunty tau I masak satu pot aje, diorang mesti kata "gigi tanya lidah, lidah tanya gigi" atau my aunty yang tak reti cakap omputih pun pandai kata "tith ask tang, tang ask tith". Jangan memain you .. direct translation tu :-)

Selalunya kari yang disimpan overnight bertambah sedap, kan? Tu sebab I takde niat nak masak kari lagi, hehe <- justification from a smart aleck. Kalau ikut cara Mak, pulut kuning mesti siap dengan timun, juraian telur dadar dan keledek (?) = meriah. Maybe yang tu lebih sesuai untuk majlis formal whereas mine is very informal aka mim-alif-lam-sim.
.
Nak komen sikit pasal program TV 'warong kita'. F ditugaskan makan, makan dan makan tapi sayang, dia hanya mampu komen "sedap" .. "lain dari lain" .. "sedap", tu aje. Lain pulak caranya bila I tengok Padma mengomen tentang 3 jenis sandwich yang dia makan semasa jadi juri dalam pertandingan 'the best sandwich' kat program Oprah. Tak payah tengok the actual sandwich pun kita boleh drool no end.

Friday 1 May 2009

TOMok and TOMyam ...

Tomok
Strong supporters had made Tomok an instant millionaire when at the start of the show he was the last amongst the other two finalists. Well, who would have thought that he finally made it at last, a millionaire at 24. Congratulations! Aunty suka awak menang.
.
Awal the emcee was deliberating to announce the winner but when he at last said "To...", the three of us without much ado shouted "Tomok.. yeayyy". This is the first time D & T would agree on the same thing without squabbles; hence that gave Umi quite a peaceful night.
.
While watching the 3 finalists berhempas pulas trying to outdo each other, the 3 home viewers were relishing and enjoying on instant noodles - only. D & T were having Ruski tomyam while I had Sedap's soto flavour. Have you tried Ruski tomyam? Please do if you haven't.
.
Distractions come in the form of incessant yawning, and perhaps the hot weather plays a part too to make me droop. It's almost 1230 am now. Not sure when I started to scribble this post for I feel like ages just to finish off this scribbling. ZzzZzzzz....
.
Allah gives us dugaan in the form of zuriat and wealth. Which one would you choose if given a choice?