Showing posts with label TV prog.. Show all posts
Showing posts with label TV prog.. Show all posts

Friday, 18 April 2014

Keledek, dalca dan .......................


masa umur 4 tahun
Assalamualaikum ...

Takde nak cerita apa ... takde.... memang takde...

Tapi kalau nak cerita pasal AIR, boleh jugaklah... hehe..

Today, tomorrow and day after (till 9am) got no water so I pun bersiram bersyampoo bagai at 2am sementelah dah berpeluh2 menadah dan mengangkat botol2 air berkapasiti 5 liter, phewhh.. penat ok?

Komain lagi exaggerationnya macamlah angkat air dari perigi buta sebatu dari rumah; atau hangkut air dari bawah naik ketingkat 12. Syukur alhamdulillah tak merasa semua tu tapi sangat simpati pada yang terpaksa mengalaminya.

PAGI tadi rebus keledek kulit ungu isi kuning dan masak samtum bilis. Niatnya untuk menggembirakan sang suami makan masa bfast tapikaaaan tapi, tak dimakannya pun keledek tu dengan my delish samtum bilis.

Menurut beliau, cewah.. samtum bilis afdal dimakan dengan ubi rebus. Ehhh... ye ke gitu? Atau I yang memandai dan memang pun pandai? heheh..

Anyway, I was enjoying myself alone sambil terkenang drama Combat, boleh?

siap effect minyak meleleh lagi, haha..
Sebenarnya I lebih suka keladi dari keledek tapi agaknya faktor hormon dah berubah menyebabkan tetiba suka makan keledek? Sebenarnya minda nih dalam fasa 'berangan'. Berangan makan keledek dari kebun sendiri kekdahnya...

Tulah padahnya suka tengok Screening Humanity! Orang2 Korea yang duduk jauh dari bandar memang pantang ada tanah kosong sebab pasti tanah tu dimunafaatkan. Minggu nih mengisahkan keluarga Wansu yang gigih menanam buah peach, apple dan cili.

Wansu juga bijak meng-invent alatan untuk kegunaan berladang. Memang terelah this Wansu, so admire him. Berbagai alat yang direkanya tapi nak sebut satu aje. Satu hari tu, Wansu kinda gelabah risau dan marah bila dapati khinzir liar (KL) dah makan buah epal. Makan buah sikit2 tu kira halallah kan? tapi siKL tu siap nyondol2 pokok2 epal sekali.

So Wansu invented satu alat untuk menakutkan KL tulah. Alat tu ... sila bayangkan wire, punat bla2.. attached pada sebiji payung (boleh muat 2-3 orang berteduh tatkala hujan). Bila siKL terlanggar alat tu, akan berkumandanglah bunyi siren 911 dan dalam masa yg sama payung tu akan terbuka luas.

Dapat bayangkan betapa terperanjat-berok siKL tu tak? Haha.... padan  muka dia.

BTW, Wansu is a true blue Korean (takde kena mengena dengan sesiapa yang namanya berpangkal Wan let alone chef Wan).

SEBAGAI bukti kata dikota, ehem...

Dalca tanpa dhal yang baru dimasak - agak cair
   
Dalca berusia 1 hari dah pekat sikit
Makan roti canai cicah dengan dalca yg dah 2-3 hari dimasak sangat dialu2kan sebab bahan2nya dah sebati. Mungkin tahun depan boleh buat lagi sebab lauk nih bukan kegemaran anak2.

Al-kisah
Kenangan hari Jumaat setahun dulu ... bersesak2 dan berpusu2 memanjat 4 tingkat tangga sementelah escalatornya rosak. Dugaan yang amat namun kemanisannya masih terasa2 padat diminda. Tulah satu2nya hari Jumaat diberi peluang mengerjakan solat Jumaat diMH, alhamdulillah.

AKHIR kata, nak tanya sikit boleh? Ada sesiapa yang sengaja atau terponteng solat Jumaat hari nih tak?
.

Tuesday, 4 March 2014

Screening Humanity vs Jejemput ...

Assalamualaikum ...

Cuaca hari nih sangat marvellous, syukur alhamdulillah. Malam semalam hujan dan pagi nih seawal 6.30 juga hujan. Hari yang menjanjikan tiak tak basah, haha..

Bila hari hujan, masalah lain pulak timbul. Sana sini sinun trafik jem. T dah macam nak nangis sebab jalan menuju ketempat belajar sesak. Nak cari tempat letak kereta satu hal dan menunggu lift naik ketingkat berbelas2 tu pun satu hal. Tentu lewat masuk kelas katanya.

Dengan nada cool bak mentimun Jepun yang rangup, I hanya kata "doalah biar dipermudahkan".

PAGI tadi plan nak mintak TB belikan bfast tak menjadi kenyataan, GAGAL. Nasib baik pun tak suruh dia belikan sebab dia tiba rumah agak lewat juga. Rata2 sana sini sinun jem. Isteri dia yang 'rajin memasak' tu (joking okay?) dah siap membancuh tepung.

3 hari berturut2 kitorang bedal (CW's fav word) jejemput masin. Selalunya I bubuh sebiji telur dalam adunan untuk menghindarkan letupan semasa menggoreng. Tekak nak sangat makan jejemput tapi telur plak dah habis. Takper, beranikan diri. Boleh guna penutup rice cooker hadang muka bila menggoreng nanti, hehe..

Sangat gumbira bila jejemput yang digoreng tak berlaku sebarang letupan pun. Not even bunyi letupan mercun padi. Masa suap menyuap jejemput kemulut memasing, I tanya TB "you rasa jejemput nih dengan jejemput yang sebelum2 nih, ada beza tak?".

Wahhh.. TB dengan tekunnya mengunyah sambil lelap2 mata (menghayati kekdahnya) memberi komen "yang nih rasanya lebih lemak".

Lebih lemak? hahahah.... Jejemput takde telur rasanya lebih lemak ke? Hmmm.... *berfikir sambil mandang kearah kipas yang sarat dengan salju hitam* (lagi kerap berpusing, lagi cepat dia berhabuk. Tak sker).

SAMBIL makan kita menonton tv chan. 391 siaran KBS. So bila menonton siaran bersub-title, kita dilarang bercakap. Kalau bercakap camana nak fokus baca subtitles, tul tak?

Setiap hari dari Isnin-Jumaat I ikuti siaran Screening Humanity (SH) (9.25-10am). Setiap minggu mengisahkan kehidupan sebuah keluarga. Lain minggu, lain keluarga. Siaran ulangan hari Sabtu (marathon).

SH mengesahkan kehidupan seharian penduduk diKorea. Kisah orang2 biasa macam kita tapi dalam masa yang sama agak luar biasa (macam kita jugakah?). Kisah kehidupan keluarga yang menyentuh perasaan dan macam2 lagi yang disentuhnya, hehe..

Banyak yang patut dikesimakan tapi paling terkesima dengan kerajinan mereka bercucuk tanam.

I tak pernah ikuti sebarang drama Korea (sumpah tak bedek) tapi SH ialah satu diantara 3-4 rancangan KBS yang I suka tengok. Kalau tak tengok rasa sengal2 badan dibuatnya, haha..

TB dah terjebak ikuti siaran tu bila sempat TAPI I memang tak nak miss. Kalau tak sempat, I rekodkan aje dulu. Nikmat berlanggan PVR kekdahnya.

SEMALAM I kemarket yang hyper beli barang2 dapur. Selalaunya mmg tak bawak kertas 'things to buy' tapi semalam I sediakan pulak. Ekceli baik tak bawak sebab belum sempat I refer apa nak dibeli, kertas tu hilang dari genggaman. Oleh kerana malas nak pikir apa patut dibeli lagi, I beli apa yang ingat aje. Memang kena pergi lagilah nampaknya, haishh...

SEBELUM I say bye2 adalah afdhal I share a bit about the T-incident, huwaaaah *nangis* tapi memandangkan entry hari nih dah panjang dan takde gambar, nampaknya the T-incident akan dikongsi lain kali ajelah ya??

ALMOST 3pm baru nak masuk dapur. Nak masak apa? Jangan tanya boleh tak? Sensitip taw, hahaha...

.

Thursday, 22 November 2012

Rindu yang berombak2 ...

Sedang menonton Ombak Rindu (OR) sekarang nih tapi nak juga buat senaman jari jemari. Menyambil kekdahnya ..

Last Sunday: OR on chan. 131.
I mengaku naik ketapi zaman arang batu sebab baru sekarang ada mood nak tengok OR sedangkan satu donia dah tak heran lagi dah. Bila TB tak bekerja malam, remote control (RC) seems to be under his armpit. What better choice do I have other than berebut that RC from his armpit fist?

Yessss, dengan PVR segala2nya mudah tak perlu rebut RC lagi dah, alhamdulillah! and so I recorded OR for later viewing diwaktu petang (sambil golek2 gentel BB).

Pepagi lagi I dah kasi free promo betapa bestnya guna PVR dalam kehidupan seharian so Astro, takkan takde apa2 untuk I? :-)

Hari Ahad rekod, tengoknya hari Selasa. Tulah sedang syahdu2 menjiwai watak Izzah sedang hatinya bergelora tetiba tanda 'stop' terpampang kat skrin tivi. Hadoii, apasal terrekod tiga suku jalan aje nih? Tak bestlah tengok cerita tergantong, nak tau jugak happy ending or sad ending?

Selalu aje program terover run hingga terambik slot program selepas tu. Kesilapan datangnya dari orang yang menjaga waktu program diAstro tapi bukan kesilapan dari PVR atau orang yang merekodnya, grrr...

Rupa2nya OR dimainkan semula sewaktu I mengulit mimpi subuh tadi tapi mujurlah D yang berjaga awal terbaik hati merekodkannya tepat pada babak Izzah meramas2 muka Hariz kat spital, harhar..riz..

-----  PAUSE 40 minit nak habiskan sikit lagi cerita tu  -----

Bestlaaa bila Pak Dollah tampar muka Hariz.. fadan muka dia *geram nih!* maka biarlah I sedekahkan sedas lagi 'pang' kat Hariz for being so 'sengal'! tapikan tapi nasib baik anak pak Ajis yg jadi heronya, sejuk sket hati nih, heeeeheeee...

Now I nak komen sket pasal filem n drama Melayu. Bila ada pengambaran diluar (outdoor), setiap pelakun nampaknya wajib mengenakan 'kotak hitam kecik' yg diselitkan dibelakang pinggang/ punggung. That thingy is so obviously seen on tv by naked eyes eventhough terlindung dengan baju yang dipakai sipelakun apatah lagi kalau baju yang dipakai sepelakun melekat kebadan, lagilah!

Kamonlaa, takkan tuan direktor dan kru2nya tak nampak atau buat2 tak nampak lalu menganggapnya perkara remeh namun sebenarnya ia menjejaskan tahap profesionalisma mereka berkarya. Ada sesiapa setuju dengan pendapaTAN 2sen I nih?

Penat tau komen2 nih macam pouring water over yam leaf aje; bukannya ada tuan direktor atau sorang dua kru yang baca komentar bikThom pun tapi takpe maybe HZ can assist me, now that she's a ... hmmm2...

Perkabaran dari sedara di RD .. katanya selama ketiadaan kita, durian dengan rela hati telah meruntuhkan diri masing2 kebumi. Ada kala sampai 50 bijik sehari wa cakap lu .... huwaaaaa... *nanges gigit jari sampai hilang kuku*.

Cokia N97 tetap menjadi kesayangan w'pun hasil gambarnya kelabuhasap!
Diharap awal bulan depan masih ada durian yang merajuk hati takmoh ikut desakan graviti hinggalah mereka terpandang batang hidung cikSom disana. Insyaallah masih ada rezekiku..

Subuh tadi tersedar dari tidur dengan esakan halus dari diri sendiri. It was so real.

Never before I betul2 nangis bila mimpi something tragis! TCTLSShort, I mimpi my beloved Ony mati. Dalam mimpi tu bukan I aje yang meraung, T lebih2 lagilah dan disaat D about to cium siOny, I terus terjaga dan sambung nangis lagi (tanda syukur that it was just a bad dream). W'pun sekor kucing ..

my musyuk2 Ony, tak ensem tapi manis ada
Adanya Ony bersama kita dengan keletah masam manisnya seakan2 ada budak kecik dalam rumah langsung T mengusik "umi nih mesti dah berangan nak ada cucu kaaan?"... Hmm...giliran I pulak mengusiknya "kalau gitu, nak umi pinangkan sesiapa untuk T?" :-)

Tak habis lagi cerita, hehe.. don't go away yet ..
Semalam kawan lama ziarah I dirumah. Sepanjang tahun 2012 dia menyepikan diri. I heran juga, tertanya2 pada diri sendiri maybe tanpa sedari I dah guriskan hatinya. Berjumpa semalam sejak sekian lamanya, kami memeluk erat penuh makna. 2 jam kemudian terburai segala cerita yang terpendam.

Akan bersambong insyaallah kalau ada mood :-)
.

Wednesday, 14 March 2012

MuayThai vs Wrestling!

Tak boleh bayangkan I tengok program the ChallengerMuayThai sekarang nih. Aksi ganas n kasar aren't my cuppa tea tapi D sort of paksa I tengok dan siap suruh teka siapa menang tiap kali bermula perlawanan. Layankan jugalah tapi kenot reeli konsentret berkarya dengan keadaan rumah bising as if perlawanan tu dalam my living room!

I tengok kejap2 aje tapi seronok juga bila F*iz*l dari Msia kasi TKO pemain England, jatuh gedebuk cam nangka busuk! (cempedak tak pernah jatuh ke?). Anyway, terasa lebih seronok bila I BARU TAU, perlawanan tu diadakan diMsia, yeehaa! Tumpang bangga sesenduk dua kekdahnya.

Finale: Thai vs England (tapi bukan yg TKO tu). As in the previous games, D mesti tanya "siapa menang Mi?"... "Thai" (jwpn penuh yakin). Kan ke best bila tekaan tepat, I juga boleh dapat US100K? Hmm..bestnya!

Nota: Semua rancangan MuayThai telah direkod & pra-rekod terlebih dulu. Bila ada waktu lapang, bolehlah tengok secara marathon.

Iklan kejap: Siapa2 yang belum berlanggan Astr* B'yond PVR, silalah berlanggan sekarang. Ya.. sekarang jugak, kalau boleh. Banyak kebaikkannya, tu pun kalau kita tak anggap TV tu sebagai 'kotak tak berapa pandai' malah menganggapnya sebagai salah satu nikmat dunia yang mendatangkan faedah didunia dan diakhirat. Wassalam. <- ustajah Som make an entrance, heh!

PVR=personal video recorder membolehkan kita rekod & pra-rekod apa juga rancangan yang kita minati tapi tak berkesempatan menontonnya waktu itu. Sebagai contoh: say.. tiap pagi I ada date dengan 3 ustaz kat channel 114 & 119. I akan rekod program ustaz bersarban @6.30am dan pra-rekod program Imam SW @7am (dalam masa yang sama, I boleh menonton channel 119 hingga habis siaran; atau rekodkan aje kot masa tu TB baru balik dari ofis bawak breakfast nasi lemak sambal sotong bukan sambal kerang, makaku harus menyambutnya dimuka pintu sambil memegang sebatang rotan, auwww..).

Namun awas: PVR ada juga pantang larang yang patut dipatuhi. Harap maklum :-)

Tengok D kusyuk melayan finale MuayThai, I teringat pada Bak yang suka sangat tengok gusti on tv. Wpun dia tengok sensorang, riuhnya macam 10 orang, nak2 bila wrestler mula mengelat dan referee tak adil! Bertambah riuh bila Chik, my aunty join sekaki. Bila 2 beradik literally dah masuk 'wrestling ring'; the rest is history, muahaha.. (and I cherished those moments looking at the 2 siblings sharing the same interest).

Dalam pada tak minat tengok orang bergusti kat tv, boleh pulak Ndja n I aturkan satu perlawanan gusti 'kakak vs adik'. Sanggup I bergusti dengan my brader umur 5 thn masa tu dan Ndja bermurah hati jadi referee tak berbayar, ekekeke..cayalah!

"tinggg.." perlawanan pun bermula.. I nih, ntah ya ntah tidak bergelut dengan my adik dengan niat NAK menang (kakak mesti menang, kan?), tapi takdelah nak TKOkan dia pulak. Dalam keadaan bergelut bergumpal terbalik pongkang tetiba my blouse 'terselak' lalu terserlah dadaku yang rata, auwww.. (wpun rata tapi malu gak), maka I override tugas referee meniup wisel, I sendiri bunyikan loceng penamat "ting..ting"! <- the 1st & last bergusti suka suki

In retrospect baru terpikir, patutnya ada satu lagi perlawanan 'kakak vs adik' ie Ndja vs me, sure gamat punya!

Pernah tak tengok WWE dimana wrestler tu sendiri bunyikan loceng atau tiup wisel tanda mula atau tamat perlawanan? Tak pernah, kaan?? So soklannya sekarang, 'wrestler' mana yang lebih epic?? hahaha.. sila jawab, sila..

Tuesday, 10 January 2012

Cerita sipi2 aje dulu ...

Nak cerita pasal percutian ringkas minggu lepas tapi biarlah dimarinate kasi sebati asam garamnya dulu, hehe. Sekarang nih nak cerita sipi2 aje, boleh?

D kata ada satu gerai kat PutJaya jual cucur udang paling perrgh dalam dunia tapi harganya pun perrgh jugak. D tanya camana nak buat cucur udang sebab dia nak buat sendiri... "Umi buat tak sedap", katanya. Haha.. that wonderful statement brought joy to me. Bolehlah I buat excuse bebila dia mintak I masak something.

As baik as I am, heheh.. I pun kongsi rahsia turun temurun nenek moyang camana nak buat cucur or rather jejemput versi perghhhhidaaa, haha..

Taklah, where got rahsia? I just told D the basic ingredients aje. Tepung, air & sebiji telur. As D tu very da extremist, dia guna 3 biji telur walhal adunan tak banyak mana pun. Sukaklah, asal bahagia. I ajar tip rahsia chef2 antarabangsa bila mengacau adunan tepung ie not to kacau sampai tangan berputar dan badan bergoncang but to kacau guna fold in method. Kacau gaya puteri kerathon kekdahnya, ngeh2.

Berpandukan rasa cucur yang masih melekat pada deria lidahnya (ehh.. budak nih gosok gigi ke tak??), dia mengagak bubuh segala manikam dalam adunan tepungnya tu except salt. D tak suka bubuh garam bila memasak and yet kalau minum air, mestilah yang berona, berkaler dan berperisa. Ehh kejap, berona n berkaler tu sama makna kan? haha.. tulislah apa aja, asal hatiku bahagia seadanya.

Bahan2 tambahan yang digunakan: ikan bilis yg digoreng terlebih dulu pastu campur dlm adunan (??), udang kering tanpa ditumbuk (D still confused: always refer udang kering as ikan kering, haishhh), bawang, a pinch of kunyit serbuk, hirisan cili merah, cili boh and last but not least "I dono what else he put in". Pastu dia bitau "orang yang jual tu tambah daun2, kat esbok ada tak?". I terangkan nama daun2 tu tapi tidaklah I kata daun2 tu ada dalam esbok.

Kalau kata ada kang habis dia selongkar my crisper pastu I kena re-kemas. Am not up to being a rajin momma as my focus was on the telly. Nak konsentret tengok siapa menang samada Doc Gigi atau Mr W dari Sabah tu.

Nak touch sket pasal final Msia 1st M'chef Ahad lepas. Alahaiii.., I was closed to tears tak sampai hati tengok Mr W n family tak dapat apa2.. namun I salute semangat Mr W. Makanya, I make sure for the 2nd MCM'sia, malaslah I nak participate (entah2 tak dapat masuk qualifying round pun, haha.. tapi soklannya, berani ke I participate?).

Anyway, D tanya camana nak shape adunan; guna tangan or sudu? I kata guna tangan (chef tersohor memang guna tangan jer.., keh3) tapi basahkan jari jemari dulu supaya adunan tepung senang dibentuk .. nak bulat boleh, nak bujur boleh, nak bentuk apa2 pun boleh tapi akhirnya D guna sudu, hehe.

Bentuk aka shape cekodok yang rupanya serupa kodok digeles keta, haha.. tapikan tapi rasanya memang sedap lebih2 lagi dicicah dengan samtum bilis yang issk..issk.. tak yah bitau sape yang buatlah kan? Nanti berbau riak plak ... kan? :-)

Tamatlah entry sipi2 bahasa kali nih. Sementara menunggu Alkisah bersiaran dengan cerita2 baru yang menakjubkan *pls telan balik kalau terasa nak munt*, silalah layan menda kat bawah nih, just for fun.

Friday, 25 November 2011

Kunci n ayam golek ...

Semalaman kunci rumah dan kunci kereta terlekat dimuka pintu. Dua2 kunci tu penting. Siapa buat kerja cuai cenggitu? I malas nak bising pepagi hari tapi I tetap dush dengan satu jelingan tajam which translates "dah selalu cakap kan?" pada sipelupa bersiri ituu..

Patutnya I kata "kalau orang masuk rumah culik Umi camana?" eherk.. But then again, I sedor diri berpijak dibumi nyata .. siapa plak hingin nak culik I? Kotlah diri nih comel mongel serupa KimK*rd*shi*n, munasebeh juga, kaan?

Apa pun, alhamdulillah kita bertiga masih in one big piece selamat dari sebarang musibah.

Ekceli bab tertinggal kunci penting kat muka pintu perkara 'biasa' tapi tentulah tak disengajakan. I pernah TERbuat, TB pun, T pun dan D ... lagilah pun ...

Gambar tu adalah lakun semula guna my own keys. 2 aje kunci yang boleh digunakan tapi tetaplah tak nak buang kunci yang lain. Nape tak buang? ... tak sampai ati :-(

Semalam: TB komen pasal sokabar yang nak dekat mencecah siling. Amboi kanda, kemain lagi kanda ekzayjeret ek? Pucuk dicita ulam mendatang, pepagi lagi apek paper lama dah lalu depan rumah tapi tu bukan my fevret apek. Yang datang tu monyok jer muka dia, I donch laik! Since I have to get rid of the ol'nuspapers hatta monyok pun, monyoklah.

Harga pasaran kertas dunia dah merundumkah? If 1-2 bulan dulu ukuran sejengkal dapat RM6, now dapat 4. Hasil jualan sokabar lama, I dapat RM11 jerr! Bye2 BBuffel n Aigner.. Hic! ingat dapat seblas ribu ke CikSom oii?

Dinner hari Rabu very impromptu kekdahnya! Terpaksa masak the whole chicken sebab freezer dah beralih kuasa pada ahli2 baru. Tak sempat marinate lelama (bukan tak sempat, dah tau nak masak ayam golek, whylah golek2 depan tivi, baca sokabar lagi).

Pungpang pangpung sensorang kat dapur (dah warn TB "nampaknya kita makan dinner macam bersahurlah ya? heheh").



Pose tak berapa manis dari my ayam golek dengan tuthpik berselirat. Dah hiris sana, hiris sini baru teringat nak suruh ayam say cheese! Celery n tomato I sumbat dalam badan ayam tapi bila ayam dah masak, I keluarkan semula 2 mende tu + 'jus' ayam untuk dimasukkan kedalam brown sauce (dah prepare awal lagi). Renehkan kejap (maknanya sos yang dimakan dengan ayam ada ketulan tomato n celery yang lembut).

I baru tau makna 'geseng' selepas baca entry LG. So kebetulan pulak, I memang sengaja geseng2kan my ayam golek biar ada ummph sket bila kunyah. Resipi? Alhantam alkromo seadanya. Janji KeniWojes boleh meraong sesak napas sebab ada saingan hebat, auwwww... *tak riak, tak riak cuma rasa RIA jer*.

Konon nak buat salad kentang n coleslaw tapi terbuat coleslaw aje. Alhamdulillah dapat makan before the clock strikes 12. Yaalah, mana tau kot lepas pukul doblas ayam tu bertukar rupa terus berkokok .... kan u'ols kan? ekekeke..

P/S: Bila Nik M keluar dari M'chef, terasa sebak yang mendalam juga (mentang2lah dak tu ensem, heh! tapi adakah I bias?? No, not really. I was actually influenced by that big curly guy who unashamedly cried buckets).

Wednesday, 20 July 2011

Should we fight ??

Lupa nak citer, hehe.. I tanya doc H apa sebabnya some people are prone to bithul tanpa mata aka blind boils. Katanya "it could be due to lack of sleep, worry ...". He then continues "just like my friend dapat boils macam you, I ask her did she have a fight with her husband? You know when you fight, you worry, when you're worried your body resistance is low, blablabla ...".

Adakah I sering bergaduh/bertekak/bertelaghah dengan suami? Errk..erkk... mana ada? Dah dua2 seasoned in the sun nih where got fight2? Takde pekdahnya! Cuba TB tak layan kehendak I jjcm/jjcl setiap minggu, sure I majuk tarik muka 14, kekdahnya. Majuk pada yang kasih, ok whaat, kan?

Kadang2 best juga fight ringan2 nih. Boringlah asyik jadi 'baik' aje, kan? Selalunya bila berlainan pendapat, kita fight ala berintellectual discourse (kononnya). Tu pun sebab hal remeh sememeh, kasik meriah sket kehidupan, kaan?

Kes #1: Bila dia cari shirt, t-shirt or boxer, auww.. (selalu berlaku bila basuhan belum dilipat dan difile dalam gobok. Omputih kata backlog, hihihi *gelak guilty*). "Nampak tak t-shirt I warna kuning hijau?". Huhh? hijau? sejak bila dia ada t-shirt rona hijau? kahkahkah... Dipendekkan citer *whisper* TB tu alami certain degree of buta rona (but he's in denial, hehe).

Kes #2. Peratikan buah mangga kat bawah nih. Nampak tak sebiji yang ada punat tu? TB kata getah mangga akan meleleh dari punat dan ia boleh cepatkan proses buah jadi busuk. Adakah begitu kandaku? har3 but I beg to differ. W'pun I tak pernah kerja kat ladang mangga, I tetap takleh telan fakta yang TB usulkan tu, hehe. Yang I tau, getah mangga akan meninggalkan bekas bila kena kulit manusia esp kulit kanak2 <- yang nih fakta betul takde tifu2 punya terjadi depan mata kapla I.


Dinner dua malam lepas. D belanja sup gear box, hehe.. <- jgn tanya nape I 'hehe', hehe. Naik otot2 I bila balik2kan tulang tu dalam periuk, phewh. I bakar 6 ketul roti. TB kata dia nak 4 ketul tapi I kata banyaknya? hehe..


Makan cicah, makan cicah terus tak perasan roti tinggal seketul. TB sambar roti tu dan I terus tercengang pandang TB dan pandang bekas yang kosong. Errrkkk... "I nak setengah roti tu".. TB kata "I nak 4 kan?" .. "yalaaa.. kan ada 6 .. adillah bagi 3 sorang".. TB dengan patuh puntal roti bun bagi dua, hehehe...

Bila I terover kenyang (walhal I ngap 2.5 ketul aje), rasa bersalah plak sebab tunjuk bakat haloba kat laki anjer sendiwi. Apa pun puas ati dapat selet but'er n stoberi jem pada roti bun yang tersengih2 hawt baru keluar dari oven (btw, kita sker imported jem, jangan kutuk kita okay? hek3).

D bercerita ... dia tanya berapa harga sup GB pada kakak yang menjual. Kakak kata "mahal dek". D sentap kejap seraya berkata "kak, bila orang tanya harga, beritau aje berapa ringgit. Tak payah cakap mahal ke tak". Well... I could see myself in D. I dah terkena cam tu oleh apek jual ikanG.. terus I kunci pintu hati tak beli apa2 lagi kat dia.


Siapa follow MC OZ season 2? Kali nih I follow program tu macam nak rak. The latest one being that one, the 4 who were facing elimination didera buat macarons pastu disusun macam kat gambar tu. Best gelakkan diorang punya macarons yang kurang menjadi tu. Chef cute yang votak tu pun tenhenjut2 badan dia menahan diri dari terover gelak, wahahahahhh <-- kalau gelakkan owang namber 1 ek?

TB tanya "sedap ke? apa rasa dia.. you reti buat ke?" ... Soklan cepumas tu maka perlulah dijawab tulus dan ikhlas "I tak reti buat tapi pernahlah makan. Rasa dia manis, crispy masa kita gigit pastu chewy2 bila kunyah part ada krim".

"You cubalaa buat ...". Errkkk, I?? *light bulb* ... but why not? Bolehlah I pau sekeping dua Mastrad macs baking sheet, yeayyy... ada chan.. ada chan, laaalaaa.....laalaaalaaaa...

Tuesday, 26 April 2011

Bread Pud, Banana CC n Jr MC ...

I'm in the right mood to bake but no, I'm not making Pear Perfection - not even close to that, hahaa.. Baked banana muffins yesterday for T to be brought back to her 2nd home. So as to save on electricity bill (austerity drive u'olls), I make sure the batter molek2 fit into 13 medium sized paper cups and bake in one go!

T commented "choc rice nih tak relevantlaa Mi". I purposely put those dual-colored choc rice cos I kinda rindu of the little girl who used to say geli2 in reference to chocolate rice. I wish that little girl never grows up so that I could gomol2, peluk2, cium2 n buli2 her to my heart's content. Haha.. sadis!

... and this morning, I baked bread pudding TBB version due to the out-of-the-norm ingredients used besides the wajib ones konon nak jadi Adriano Zumbo! mencipta dan terus mencipta something new, haha..... haaa... (biar betul?).


Extra ingredients: slices of apples and a piece of cheddar cheese. Haiyaaa nyonya ... itu bread pudding terlebih liquidlah!


I wanted to blog a bit about the Jr MC finale last Sunday but couldn't find the right time to do so cos my blitzy mood swayed to an unknown zone.

By now I' m sure everyone knows who Isabella is. Mind you, she speaks good Malay too "saya hanya boleh kata ....", hehe.


Believe it or not, the juries also speak Malay. One of the juries said "ia antara mee kari paling sedap pernah saya makan". Gosh.. did Isabella really cook mee kari? Whaah.. cayalah dak Bella tuuuu, kan?

Mee kari made in frenzy (cos I have to finish cooking before the Jr MC finale started, hehe), but still, it tasted out of the world, uhuk2 <- jury yang batuk sebab tersedak kuah kari pedas.


Seeing is believing ... Just look at the points given to Isabella on her masterpiece. Tu baru dari sorang jury belum lagi dari 4 yang lain ...

Well, I can't fool no one, can I? hehe.. guwau2 membawa bahagia, khaaan??


Let me berangan for a while kononnya that boy is D while the girl is T. No wonder budak2 tu tereL memasak, see the leg laaa, anak siapakah diorang berdua tu? hehe.. I wish.


Pear Perfection is one of the two desserts both Jack n Isabella baked during the JrMC finale.

... and back to the real world, I'm now presenting to you my bread pudding TBB (tak boleh blah). Am yet to make the custard sauce but it's better to eat with vanilla ice-cream, isn't it? <- yes! aura malas sudah mari..
.

Wednesday, 13 April 2011

Movie, errands n dot3 ...

source: google

Malam nih the lovebirds (siapa lagi kan?) are watching Jodhaa Akbar over Zee channel. At this point, hero n heroin baru mula bermesra alam *takleh specific sangat kot ada budak bawah umur curi2 baca* so, blogging take a back seat for a while all because of HR n ARB! *sambil muncungkan bibir kearah gambar tuu*


Wait a minute, I thot bila hero n heroin dah mula mesra, citer will soon end with a happy ending, rupanya taak. Alaaahai, tak best aah tentera berkuda dari 2 belah pihak dah mula menyerang. Surely the scene whereby hero n crook dush dush would normally take at least half an hour, ayoooo..


Pause nak habiskan movie: 25mts later the end, yeay!! nasib baik happy ending. I am sure half of the world's population have watched Jodhaa Akbar as it was produced way back in 2008 but I only knew about it on April 13, 2011, haha 'kayzee' betul (kay=k=ketinggalan .. zee=z=zaman <- T selalu sebut).


Siang tadi sibuk sket. Keluar rumah around 9.30am straight to the bank. Bila keluar cepat, taklah sengsara nak park kereta but since that area is kinda hot maka kita tak dibenarkan park lebih dari 1 jam. Kena beri peluang pada orang lain juga...


I've been using my ATM card since 2003 but about a month ago it refused to cooperate. Susahlah kalau ATM card buat hal sebab my monthly tranxns boleh tahan kencang (kencanglah sangat with 1-2 tranxns monthly), but please don't suggest maybank2u 2me, ok? Biar TB sorang jer yang guna .. So, from the old card they 'upgraded' me (cewah, saja buat sedap telinga) to owning a platinum debit card cum ATM (mind you RM12 being one-time charge was debited from my account), ingatkan free tadi. Understood that the card expires in 2016, I told the friendly n helpful staff "entah2 saya dah takde masa tu...", huwaaa..


Anyway, what are the benefits of debit cards? 1. purchase without having cash in hand (but make sure there is cash berkepol2 in our account), and 2. obviously for security reason. Having done with errands in Malaysia I headed to France by land, heheh..


...... and bought some buns, egg tarts n weird looking bread ...


From France daku kembali berpijak dibumi nyata, bertolak kekiosk to pay some bills. Dah beli roti kat bakery tapi bila nampak 'invite2 banana', bakat tamak terus menyerlah so terFAksa capai sepeket (it turned out tak manis so I cicah dengan madu).


Thought of sending J-gua (nama samaran) to Lee's workshop untuk mandi/vakum and at the same time I can have a hair cut at JM's house just across the road. In the end, J-gua remains dirty like @#$%^&? but my head felt much lighter almaklum my crowning glory dah kena chopped off, hehe.


Went straight home to wash my hair and getting ready to have a weekly lunch date with TB. While I was doing my errands, TB at the same time did his (bought cat food and packets of coffee to make him more gagah, ooops).


So today another bout of genjatan pots n pans sebab ada orang tu terlebih mengada, mentang2lah her other 1/2 is on leave ...

Sunday, 27 February 2011

Julie n Julia ...

Dear Emily

As suggested by you, I'm now watching Julie n Julia, hehe. Thank you. Imagine me watching the movie while typing this, texting you some more and being a 'mek gyver' to give a TLC to my washing machine which opts to be ngengada *pap*.

Julie n Julia .. could they be us? hahahaa... I am fond of Julia as she is very mischievous n funny.

Julie is a blogger, just like us, ehem. Do you remember what her husband said when they had a fight? "don't write it on your blog". "Write what?" .. "write about us fighting!!" .. kihkihkih..

You told me just now that you were having nasi beriani for lunch. *deep sigh* If only you could tapau some for me, my Sunday would be wonderful! :-)

Somehow you've given me an idea to cook a one-dish meal. What better way to cook than to use everything instant? Work smart and not work hard? hehe whateva!


I've no stock of basmathi rice left but that won't be a deterrant. Thai rice is good enough and I make do with what I could find hidden in the crisper/freezer. I added some tomatoes, red n green chillies to the rice to enhance its taste. Walla!

I cooked beef korma', fried some papadom and made that easy peasy tomato salad. Who's complaining? Surely not me. I am one satisfied customer, hehe.


My sympathy to that cream cheese. It has been in and out of the fridge for umpteenth time. Expiry date will be this May and that sponge fingers have been 'staying alive' in the fridge for more than a year now. Oh Tira, I miss you .. please come to big momma!

... and this one, GordonRomzi tengok pun pengsan! kahkahkah .. the idea came at the spur of the moment (kreatip kan?). Ndja brought n naturally bought those pithang goreng a few days ago. I was in the mood to be a food stylist pencen. The sauce isn't maple syrup but diluted palm sugar jer.

Do try that combo, sedap taw ...

Thursday, 4 March 2010

TV oh TV ...

An extra ordinary quiet day today ...

Pagi tadi terasa nak jengah cik O kat rumah dia no. 702. Dah lama tak tengok dia beraksi. Jangan dia sangka kawan lama dia nih dah terlupa kat dia pulak (hic!). No, how can I forget my old buddy! Hari nih boleh tahan interesting. Geli hati tengok gelagat her 'ferosh' designer yang cute tu tapi cik O macam tak selesa bila berjalan pakai high heels. Tapikan tapii, apsal pulak I nak sibuk2 nih? Kan dia ada image consultant sendiri? Surely diorang lebih tau apa yang sesuai dan apa yang padan kat cik O tu, kan?

Movies pun dah lama tak dilayan dengan erti kata sebenar tapi ada juga jeling2 movie either pilihan D or T. Semalam I tengok satu movie (pilihan D) fasal budak lelaki yang berupaya membawa diri kemana saja dia suka. Maksudnya kalau dia berada dalam biliknya, dengan sekelip mata aje dia boleh berada dalam living room rumah I di SJ. Kenapa di SJ pulak? Yaalah you, kalau heronya Hayden Christensen, takkan I buat contoh dia harus kerumah you pulak, kan? :-)

Takat nih I berjaya tak follow 2 drama Melayu (bersiri) yang 4.30 dan 6.30pm tu. Lega rasanya tak 'terikat' tapi tak taulah boleh bertahan sampai bila namun I pastikan drama malam Sabtu (kalau bagus) tak dilepaskan begitu saja. Semenjak drama tu diubah ke pukul 9pm, maka kerap juga terlepas 40 minit pertama (either sibuk didapur, terlupa atau ada orang sudah genggam itu remote). Malam Sabtu sepatutnya Umi rules tapi kadang2 tewas juga... Aisehhh..

Drama bersiri Korea (kegilaan seantero dunia) dan yang lain2nya pun I tak layan. Even masa Winter Sonata was at its peak, I buat dak juga tapi I amat su-ker dengan lagu temanya. Macam boring aje kehidupan I nih tapi I tak rasa boring pun, hehe. Satu2nya drama bersiri yang memang I ikhlas ikuti tak lain tak bukan drama Filipino yang ada 2-hero-1-heroin tu (lupa tajuknya sebab dah lama, maklum dah 'aut-aut' nih kan?).

Drama bersiri omputih .. you name it, satu apa pun I tak follow. I used to follow drama '24' tapi bila season dah habis, minat I pun habis sama. Bila orang syok tengok ER, CSI, House, Desperate Housewives (to name a few), I macam *$%#???!! (jeling2 cenggitu aje). I'm such a bore, am I not?

Dulu kala .. I suka sangat tengok cerita yang berkisar dihospital, dimahkamah, dan semestinya I suka sitcom. Dah jadi taik tivi so apa juga jenis cerita I tengok tanpa kompromi. In fact I suka movie yang naik kuda, turun kuda, yang ada ketua red indian nama Sitting Bull dan anak dara rupa Pochahontas tapi nama Sweet Hawk (ada ke nama tu? haha).
.
Dalam pada perang2, ada pistol ada senapang, hero cedera kena tembak (cedera ringan dahlah, kalau tak I tension nanti); ada pulak diselitkan romance sket ie hero mesti selamatkan damsel in distress.. cam tu barulah I suka. Ndja ketawakan I masa mula2 I tengok How The West Was Won. Hero tua tapi berkarisma, cewah (mcm House juga, hehe).

Nowadays dah amat jarang dengar lagu tapi bila ada mood dikala malam, bila duduk sorang2 mengadap laptop sambil berkarya, I akan dengar lagu2 yesteryear. Blog I tak disediakan hiburan halwa telinga dan I selamanya mutekan volume laptop nih. Once again, I am such a bore, am I not?

Tunggu jangan kemana2 dulu, I nak nyanyi kejap "sepohon kayu, daunnya rimbun ... lebat bunganya serta buahnya ... walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya ...." (you boleh sambong tapi jangan lupa himpunkan kedua2 belah tangan dan letakkan keparas pusat). Nyanyi lagu nasyid harus buat cenggitu, kan?
.


Aaargh ... blabber and more blabber.. tulis dah macam gaya budak2 dah nih, ishh!! Dalam pada tu sempat ke dapur goreng 2 ketul ayam. Ayam goreng nampak gelap aje sebab digoreng pada malam hari kot? Dah lewat tengah malam goreng ayam untuk siapalah agaknya ...

Wednesday, 20 January 2010

Papers, pudding and ...

Pagi ni sejuk aje ek? Aaah, hujan rupanya (cuaca seakan2 bersekongkol bersama cikJa dan cikSom, hehehe clap3). Tak boleh sambung golek2, kena keluar ambik sokabar sebelum ia basah kuyup.

Selalunya hari Ahad, berat sikit sokabar yang I langgan maklum ada beberapa jenis. F, pelempar sokabar tersohor dari negara nun akan buka gate karat rumah I, mara beberapa tapak lalu melempor sokabar 'gedebuk' betul2 dpn pintu. Depan pintu kira OK lagi tapi kali nih dihempuknya atas my umbrella (ela..ela..). Tak tau apa dosa umbrella tu dah buat sebelum nih tapi kesian taw, patah riuk sayap2nya. Umbrella tu terus jadi oku uku = umbrella kurang upaya. I naik angin juga tapi tak sehangin T "dia kena ganti payung kita Miii".

I pun telefon F saja nak tau macamana gayanya dia melempor sokabar2 tu. So, cerita yang I tulis kat perenggan sebelum nih memang keluar dari mulutnya, cuma I tak guna lenggok BMnya yang superrrb tu! :-(

Oleh kerana F dah banyak kali silap swing masa melempor sokabar (banyak kali terjadi insiden yang buat kita PAP tepuk dahi) maka kali nih 'no more dice', I really go hard on him (cewah). Dia perlu didenda! Selama 2 hari I berkelakuan zalim, hehe; I buat dono dalam rumah bila dia 'phit phit' motor minta I jelaskan bil bulan lepas.
.
Hari Ahad dia datang dalam hujan renyai + kilat (bukan kecik2 punya kilat). Since I fobia dengan kilat I teriak dari tingkap minta dia bubuh bil dalam my post box aje (lagi pun I kena double check bil sementelah banyak kali I tak terima sokabar).
.
Hari Isnin dia datang almost maghrib. Dah berbuih2 mulut nih bitau jangan datang waktu senja. Dia tak dengar kata ek? Pulak2 hari Senin tu I sedang ralit mengadap Cinta Balqis. I terus diam menikus, tak nak alihkan pandangan dari kaca tivi even seminit maklum last episode kan? Tak nak miss saat2 Hasan memandang Qis dengan begitu syahdu sekali .. haha, taksub ke I?? taksub ke?
.
Nak sentuh sket pasal Hasan co-hero drama tu. Ada ke lelaki sebaik (dan selembab) Hasan ujud dalam dunia nih? Apa pun, I dah congak2 nak beli tivi baru - a flat one (if TB dazen mind) sekiranya Hasan betul2 mati dek sebutir peluru. Nehi, I tak rela dia mati percuma like that! Nasib baik I tak tergesa2 ikut perasaan tolak tivi kelantai bila mula2 Hasan ditembak, haha. Biarlah orang kata last episode tu mcm filem Hinduss, janji endingnya a happy one for me and Ndja. Puas hati dan berbaloi ayaq mata I berguguran bila tengok Irfan pinning for his Abi. Pandai dak tu ...
.
Semalam bila F 'phit phit' lagi, kebetulan D ada kat rumah, dia aje yang keluar jelaskan bil. I tak double check pun. I bayar ikut apa yang F dah editkan (bil bulan lepas kurang sikit sebab masa F cuti balik negara, assistant dia silap lempor sokabar. Ada yg landing kat rumah sebelah dan sebelah lagi, boleh?? Takkan I nak bayar sokabar yang I tak baca, tul tak?
.
Anyway, benarkan I bergusip sket. Hari tu kaan.. I terpandang ada pompuan membonceng motor F. Gaya pakaian pompuan tu seperti oraaaang .. u know I knowlah. Mestikah I mengepokan diwi bertanya F samada itu ceweknya atau mrsnya?? Kalau mrsnya, well and good. Jangan plak yang tu sparenya dan kat kampung ada mrs yang ditinggalkan. Ehhh.. tapi nape I kesah ek??
.
Malam tadi I mengukir senyum sendirian sambil berangan - what if I make this apple crumbles memandangkan 3 bloggers kata yummy yummy yummy! Tapikan, tetiba I ubah fikiran, teringat plak puding kastad yang Teh selalu buat dulu2; puding dimakan bersama sos tiram kastad dan ditaburi fruit cocktails. 4x yummy! Tapikan tapii .. yang JADI ialah puding roti dan sos kastad. Haha.. tulah terjadi bila seseorang tu fickle-minded!

Kesian ek? tapi dah tinggal 1/8. Okaylah tuu!

Dahlah buat tak ikut resipi (maklum untuk tekak sendiri dan I aje yg makan), ditambah pulak dengan idea 'memandai2'. Bila puding dah agak2 siap dibakar, I tuang sos kastad diatasnya (berlandunglah jugak) dan sambung bakar kira2 5 minit. Hasilnya?? ya puan2 sekelian .. hasilnya dapatlah permukaan puding roti yang berkedut2 macam kulit nenek kebayan.

Kalaulah teknik 'memandai' tu berjaya, pasti I prancaiskan kat Naijila Lorsen ;-)

Friday, 1 May 2009

TOMok and TOMyam ...

Tomok
Strong supporters had made Tomok an instant millionaire when at the start of the show he was the last amongst the other two finalists. Well, who would have thought that he finally made it at last, a millionaire at 24. Congratulations! Aunty suka awak menang.
.
Awal the emcee was deliberating to announce the winner but when he at last said "To...", the three of us without much ado shouted "Tomok.. yeayyy". This is the first time D & T would agree on the same thing without squabbles; hence that gave Umi quite a peaceful night.
.
While watching the 3 finalists berhempas pulas trying to outdo each other, the 3 home viewers were relishing and enjoying on instant noodles - only. D & T were having Ruski tomyam while I had Sedap's soto flavour. Have you tried Ruski tomyam? Please do if you haven't.
.
Distractions come in the form of incessant yawning, and perhaps the hot weather plays a part too to make me droop. It's almost 1230 am now. Not sure when I started to scribble this post for I feel like ages just to finish off this scribbling. ZzzZzzzz....
.
Allah gives us dugaan in the form of zuriat and wealth. Which one would you choose if given a choice?

Saturday, 11 April 2009

AF vs OIAM ...

Wah! David Archuleta is already in Malaysia. I terlisten to his song though I'm not one of his ardent fans (unlike Mas). I have to agree that he looks cute wearing the sponsored Baju Melayu with samping (minus the songkok). Whose idea was it that these gentlemen, MJ, SRK and David be given a suit of Baju Melayu and in fact were 'forced' to wear one?

David was voted 2nd best in last year's American Idol. In less than a year he had become a household name and travel the world. How come our best singers from the reality tv shows never had the chance to make it big or never made an impact outside of the local entertainment scenes? Why, is it because the songs are in Malay? Even then, our songs are having difficulty to penetrate the Indonesian market... and they say music is universal. Really?
Ooops, a bit emo there. .

I watched One in a Million yesterday just the part where Shah Indrawan aka Tomok performed. He sang Sheila's number 'aku cinta padamu'. I couldn't listen to the judges' comments on his singing as someone who was watching the other channel made a subtle remark "dah start.. iklan dah abis". The remote then was passed to him reluctantly.

T and I are in favor of Tomok, Justin Timberlake of Malaysia, hehe.. poyo ke? The present Tomok looks quite different from Tomok then. He looks more fashionable, vibrant and suddenly cuter (despite rambut bertepek ala daging salai). Whatever it takes, we want him to own that 1 million.

Apparently Tomok used to stay with us close to 3 years. Then suddenly he bid goodbye.. sob!

Another reality show ie AF. It's either you like it, hate it or all-time atas pagar. The latter is of course bad for business. Atas pagar people don't normally vote, they just kutuk, cerca and perli semata2. As for me, I'm done with voting. Dah tobat :-)

I follow both AF and OIAM because of Isma and Tomok respectively. Both are siblings. I guess they have good genes .. talented, cantik and ensem.

Digress:
Apparently Tomok used to stay with us close to 3 years. Then suddenly he bid goodbye.. sobsob but heheh, Tomok in this case is of course our beloved cat. Masa kitten, Tomok suka gomol2 T's hair and acting as if dlm rambut tu ada puting to suck. Kesian .. anak yatim..

Tomok has been staying in a cage all along but when I was ready to let him free (to seek life partner), I said this to him " .. jangan pegi jauh2 tau ... petang nanti balik" .. which he did. Tomok was the only cat without a grave at our front lawn as he died elsewhere. The front lawn is full of 'dead cats' with names given by us - Dot, Ren, Mbang, Mau, Mole and countless of others. Those without names ie stray cats, hubby buried just outside our lawn.

Monday, 12 January 2009

Kitchen Millionaire ...

Seronok tengok Asian Food Channel tadi. Bila omputih tu sebut 'Malaysia', serta merta rasa teruja dan terus duduk hingga panas kerusi..

Serba sikit pasal program tu. 20 hopeful cooks cuba menonjolkan resipi masing2. Yang sempat tengok hanya 3 finalists bertanding ie 2 omputih dan nyonya dari Malaysia, Irene (dah lama menetap di UK). English man cuba menonjolkan resipi Cherry Ravioli, English lady dengan much tested moist choc muffins + fruits (for health conscious freak) dan Irene masak 'curry noodle soup' atau bahasa sempoinya mee kari.

Slot ni dinamakan Kitchen Millionaire. Aptly so dengan nama tu maka besar kemungkinan, si pemenang ada peluang jadi jutawan. Resipi yang terpilih akan dikeluarkan dan dibungkus khas untuk jualan kat merata pasaraya di UK. Siapa tak nak rebut peluang macam tu, kan? kan? Irene pakai kebaya labuh masa persembahkan mee karinya depan 2 juri omputih.

Ucapan dari pemenang (lebih kurang) .. kemenangan ni untuk anak saya, untuk saya, untuk negara yang 'angkat' saya, dan kemenangan ni untuk Malaysia (sambil menaikkan sebelah tangannya seolah2 menyebut 'merdeka').

Mungkin orang2 di Gretbriten dah tengok program ni kat sana..