Showing posts with label Ramble. Show all posts
Showing posts with label Ramble. Show all posts

Monday, 17 February 2014

Nyamok n tupai ...

Assalamualaikum ...

Sekarang I tak suka waktu malam. Bukan tak suka kejadian alam cuma I dah tak dapat menikmati malam dengan syahdunya, cewah. Tersedar pukul 3-4 pagi I capai Shieldtox. Patutnya capai tangan TB genggam2 dapat gak pahala, tak gitu? haha..

Shieldtox tu untuk menyembur nyamok yang masih tak faham bahasa Melayu. OK! tu aje nak cakap perihal nyamok.

While typing this entry, telinga I dah agak pekak (mahap bahasa I) sebab D tetiba main lagu2 KurtCobain (KC) dengan lantangnya. Lagu2 yg dia pernah dengan semasa zaman tumbesarannya dulu.

Somehow perasaan I dah berubah. Dengar lagu2 KC dulu dan sekarang effectnya lain. Sangatlah lain! Kalau dulu, selalu aje I kata "tolong pelankan volume sikit" but now? I kasi chan aje afterall dia jarang ada dirumah dan dah amat jarang nyakitkan hati I, alhamdulillah.

SiKC tu mati sebab drugs overdose. Apalah diorang tu kan? Mahap cakap memang goblogdotcom. Justin Bieber tu lagi sorang.

Ehhh...apa hal plak nak leterkan anak orang? Jaga ajelah anak sendiri CikSom oii!

KERJA I setiap pagi mengutip sokabar yang dibaling ikut whim n fancy sipembaling paper. Kalau pagi semalam sokabar terselit bawah tayar, pagi nih pulak terselit celah rak kasut. Kat mana agaknya sokabar akan terselit pagi esok lusa tulat lubin?

Yang I tak faham kenapa lokasi balingan kian berubah. Pernah menegur sipembaling sokabar tu not to baling kat pintu rumah. GEDENGGANG bunyi pintu. Ehh, nak kasi lubang ke?

Terlanjur dah kat luar tu, haruslah tengok tanaman yang hidup segan mati tak mau tu. Pokok Sepulih mesti kata "hazab aku bertuankan CikSom nih" (sebab daunnya tumbuh 3 helai aje, takleh lebih). Pokok kari n mangga mesti mengata I juga "awat CikSom letak kita side by side dalam satu pasu? Dah tak mampu nak belikan kita pasu sorang satu ke?".

OK komplenlah awak semua. Mcm tak bersyukur aje? Cuba tengok pokok Ixora tu. Oleh kerana tak pernah komplen, ia sentiasa berbunga. Murah rezeki dia..

APA PUN, I mesti mohon mahap pada pokok kari n pokok mangga...
Memang saya tak berhati perut letak awak berdua dalam 1 pasu. Saya tau masing2 dah meninggi dengan tumbesaran yang pesat. Sabarlah ya? Akan saya pisahkan juga awak berdua sebelum awak jadi kembar siam.

Haa...sape kat CikSom takde hati perut? Hati ada, perut pun ada. Boroi lagi, oooops!

Lain2 kerja sambilan setiap pagi ialah mengintai tupai (shrew) dicelah tingkap/pintu yang mencuri2 makanan siShasha (our kucing angkat). Kalau makanan Shasha dah habis, dia akan masuk dalam kandang Farret pulak. Kiranya stemetlah juga.. kucing, tupai dan farret makan makanan yang sama, makanan kucing, haha. Kalau arnab (ada sekor) boleh makan makanan kucing, kan senang?


MACAM RAJIN nak publish satu entry hari nih sebab nak sentuh pasal drama Melayu yang I tengok tadi (recorded semalam). Insyaallah lain kali ajelah memandangkan dah pukul 1pm. Surirumah mithali (haha...jgn marah) akan sentiasa peka dengan waktu. Tak gitu you??

.

Friday, 16 December 2011

Disember 16 ...

Jumaat yang membahagiakan sebab takyah bersiap awal untuk menjemput puteri HangLiPo dari jajahan Kanda Deris.

You dah breakfast? Pagi nih I makan breakfast ala fusion - roti, cheese n serunding daging (yang memang sedap sebab sendiri yang buat, betul tak bedek. Fakta mana yang tak bedek? Lebih sedap atau buat sendiri? Dua2 fakta, heheh).

Breakfast makan roti tapi kenapa tunjuk gambar pau?? Saja suka tengok rupa pau tu yang macam muka alien. I suka pau inti kacang merah tapi masa beli dulu tu, I beli inti kaya. Bila sipenjual sangat konfiden "tanda ijo intinya kacang", I pun kata "saya ambik 2 yang takde tanda".

Each packet has 5 pieces so I bought 2 packets meant to be shared with Teh. Yang kelakarnya tapi tak terasa nak gelak bila tau pau2 semua tu berinti kacang so does it matter if bertanda atau tak?

Semalam buat kapkek nih lagi sebab nak habiskan crumbs. Dapat 8 aje.

Biskut nih dah berhari2 duduk dalam kotak atas meja makan. Mula2 ada 2 kotak. Sekotak dah licin hasil ngapan 2 beranak. Sekotak lagi tinggal 5 keping tapi dah dipandang sepi oleh tuannya. TCTLSS, I rebake it for 8 minutes and walla. I ngap sensorang! *siapmulutbersememehlagi*.

Ntah apa dah I buat sampai tertrigger those 'tools' to appear. Dah agak berkurun mende tu tak appear on my screen eventho I rancak bersiaran, memberi dan menjawab komen. Tup2.. dia hilang sekali lagi. I suppose all bloggers faham kegunaan 'tools' tu.

Soklan tanpa jawapan: heran mana peginya sepit2 baju kat rumah nih!

Sunday, 11 December 2011

of NetBk, BC muffins n renewed driving license ...

Alhamdulillah my netbook dah dibaik pulih by the so-called in-house customer service engineer. Dia tak charge satu sen pun tapikaaan kesian!! dia pulak kena forked out RMxxx to buy a hard disk for his one n only beloved customer.

Thanks Bang (TB), LUEM ... *wink at DHW members*

Tak charge apa2 tak bermakna I tak terikat dengan apa2 syarat okay? Syaratnya I harus jadi pengguna komputer yang rajin lagi berhemah. Kena kerap buat disk clean-up, buat disk defrag sebulan sekali dan syarat paling tak berapa nak akur ialah jangan merayap kat blog (as all kinds of virus are looming around) <- eh betul ke??

Tapi kalau tak merayap kat blog, nak merayap kat mana lagi? Apa erti hidup nih kalau tak merayap n buat kepo kat blog orang ... tul tak?

So, duduklah I dengan tekun sebelah TB mencatit nota camana nak buat disk clean-up etc. Dah banyak kali dia n T ajar tapi tetaplah I terlupa, hehe.. Nota yang dulu tu pun tak nampak bayang lagi dah, ekekeke..

Khamis:
Since TB ada hal kat bank di SA, I pun buat hal jugalah. Dia tak tau hal I nak detour ke tempat T sebab bila dia tau, dia mesti suruh I bersiap cepat sebab katanya I bersiap lambat. Alaaa, I can always skip bathing whaat..

But do you think I terus bersiap? No way. Instead of bersiram I terus kedapur secretly whipping something to be brought to T. Gitulah kekdahnya emak siT(anggang), selalu rasa tak puas hati kalau tak bawak apa2 buah tangan.


Resipi 'banana crumbs muffins' diciluk dari dapur Rima (thanks cik adik manis, hehe..) tapi terus bertambah teruja bila tengok kat dapur Anie, di NZ nun.

Verdict from T n friends: Sedap gilerrr Mi .. semua kawan2 T kata sedap. Pandai mak you buat .... auww.. (kek simple2 retilah buat cuba suruh buat kek choc devil ke? sure pengsan!).

I bawakan juga ayam penyet WS for T. Dia tak tau I nak datang tapi bila I dah tercegat depan pintu, I nampak dia berlari melompat kesukaan. I tau dia tengah stress mentelaah for her upcoming exams so masa kita berhugging dengan erat tu, melelehlah airmata sianak tak dapat ditahan2 lagi :-(

Diharap dengan menjenguk T seketika, resah gelisahnya somewhat terubat dan semangatnya kembali kental. Kalau tak kerana I pun, mungkin banana crumbs cuppies n ayam penyet sedikit sebanyak membantu juga hendaknya :-)

Hari tu jugalah TB baru perasan driving lesennya dah 2 bulan mati. Dari bank terus kepejabat pos SA to renew the license pastu terus balik rumah tapi dah jauh tayar berpusing barulah tergerak hati nak periksa samada my lesen masih hidup atau dah nyawa2 ikan tapi dengan yakinnya I bersuara "lesen I belum mati lagilaah..", woot woot!

Jumaat: Kalau lesen belum mati, camana RM107 boleh beralih tangan? (RM90 untuk lesen 3 tahun, RM2 komisyen jadi hak pejabat pos (free if I renew at JPJ) dan lebih RM15 untuk apa ek??

H'aaa tulah tu, lain kali bila dapat resit cuba periksa betul2 sebelum chow dari tempat tu.. kalau ada yang tak faham, tanya cepat2! DAN camana sekarang baru perasan lesen awak tu dah mati 6 bulan dulu?? Haishhh... nasib baik tak tidor dalam lokap!

Thursday, 8 December 2011

well .. what to do?

My netbook needs rebooting... and who is the best person to do it other than Timothy Chan or Alex Soong or Clinton Wong? Yessss...it's none other than TB who will do the rebooting, reformating or whatever he deems fit. I have faith in him though sometimes my faith in him a bit goyah, harhar...

In fact about a month ago I was toying with the idea of buying me an external disc. I should have asked T to buy me one at the time when she was buying 2 ext. discs for herself and TB (shared 50-50 as b'day gift, hehe). She had them much cheaper having bought during the IT expo meant for students. Well..sob2 for me then.

TB had promised me that he would help godeh2 my netbook when he's on leave (which is today till half-day Sunday). Yippee.. I don't quite like people pestering at me to do the things I've already promised to fulfil so I'd try my utmost best not to pester him (let alone remind him). Let's see how it turns out ...

Typing this particular entry using the minute keyboards has taught me to be more patient (not that I was impatient then, hiccup!). In a way, I am showing off how commited a blogger I am, hahahaaah... *pun intended*.

TB is going to SA later at 1pm to do his errands. Hehe beshh, ada chan ngikut.. I shall ask him to detour for a while to visit T. She's not been home since last week and this Umi of hers is already windu dendam! Maybe I shall bring her some banana with butter crumbs cupcakes and/or ayam penyet WS.

YaAllah, permudahkan segala usaha T dan dengan izinMu agar kejayaan berpihak padanya, amin. *emo*.

From where I sit typing this entry, I could see the bananas waving frantically at me, hehe. I love baking but I hate the weighing part. I still use my epic weighing scale, a present received on my wedding day (after decades it goes mengong) and everytime before I start weighing something, I need to tonjol2 the top part of the weighing scale harder so that the needle stays put at 0.

I think it's about time I use my digital weighing scale for good. Bought it more than a year ago but what stops me from using it for the benefit of mankind? Ngeh2.. Actually the reason is sheer laziness.. just lazy to unwrap the box, fulsetop, hehe..

Till then.. hoping that tikus (TB) membaiki labu (netbook) dengan jayanya, insyaallah.

Saturday, 12 November 2011

Saturday blues ... apa2lah ek?

Bunga Raya at Teh's hse




Hari bermalas2an sedonia.. Donia siapa? Donia I laaa...lalalalaaa..

Breakfast pagi nih kami berdua makan nasi n lauk lebihan semalam, lauk lemak rebung (fresh punya) berduet dengan udang tak buang kulit (sedap nyonyot2). Guna 6 biji cili padi tapi keadaan cili tetap maintain macho (sebiji2). Sengaja tak ditumbuk atau dilenyek, kang ada orang komplen sakit perut sebab makan pedasss. Pastu goreng ikan kering n 2 ketul peha orang ayam. Alhamdulillah.

Ikan kering tu semacam aje rupanya. Otak nih duk imagine something horror but all the same bila hati dah suka, nasiblah kan? (walaupun otak kata rupa ikan kering tu serupa cicak kering kena himpit tepi pintu, errrrrrrkkkkk! namun ku tabahkan hati, ku ngap jua.. hehe...).

What's for lunch then?? Will busy thinking about it when the clock strikes three .. pm as by then TB baru sondol2 bukak mata cam anak kucing baru beranak 2 minggu. Sempatlah I pikir apa nak masak dalam masa sejam. Whenever TB works on nite shift, memang I naik lemak berkrim. Janji perut dia kenyang bersulam cintaa, hahahahhhhhh <- gelak tak kuasa.

D baru balik dari kolej. Ada rehearsal for his upcoming convo next week. Hmm.. Uminya dah buat baju baru lom? Hmmm...belum lagi, baru nak bukak peti karun kot masih muat lagi baju kebaya jingga kain lace Swiss <- auwww.. bbpj!

Pagi semalam, sebagai rakyat 1Msia yang patuh pada undang2 man-made, I mencemar diri kepos opes. Bayar bil 'api', air n telefon. All in all almost sebenhandred gone! Wallet terus terasa ringan. The bulk amount being bil 'api' .. sigh...

Minggu nih T tak balik rumah. Have to stay in-door mentelaah for her exam. T nih pulak bila dia berhaibernasi, fikirannya tertumpu pada makanan. Salah satu smsnya "Mi, i'm craving for laksa J :-( terliur tengok/bayangkan laksa J. Makan dgn sambal, timun n jeruk chaipo. Pergh!".

Mind you, her cravings do not stop at LJ semata2. There are more ... woot..woot..

Oh ya, lupa nak habaq. Masa I masuk kiosk nak bayar bil, there was one lady yang masuk tercepat beberapa saat dari I. Masa I Q-up, lady tu tengah membelek kuih muih yang dijual kat situ. Bila dia kekaunter nak bayar apa yang dibelinya tu, tup2 dia 'slide' aje berdiri depan I. Boleh gitu??

Ishh.. pempuan nih! Macamlah I nih comel sangat hingga tak perasan ketumBESARan diri ini? Nasib baik tak bawak my knuckle ring kalau tak memang na'as dia. I think itu pempuan Xiandong mari. Senyumlah sket hendaknya, kan? Nih taaak!


Okaaaay... apa nak blabber lagi ek? Oh yaaa, lupa nak citer hal malam raya haji hari tu. Balik dari rumah Teh awal sket sebab malamnya lepas isyak kita ada potluck partaaay kat rumah jiran. I did make 2 types of dessert but nothing was left to be brought to jiran's house walhal mulut dah gatal bitau jiran that I shall be baking a 7-layered cake (of cos it was a big fat joke .. no one percaya pun). Kesudahannya I beli aje 1/2 kg choc cheese cake @Berry's.

Best juga berhimpun sesama jiran ek? The array of food + desserts n finger foods, malas aar nak citer.. Makan bual sengih jeling senyum gelak makan usik bual gelak n gusip....oooops! Sesi mengurut belakang tabir pun ada, haha..

Masa berbual2 tulah I dapat tau rahsia lebih terperinci kenapa jiran sebelah tak jemput jiran2 lain masa 'raya cahaya' hari tu. "Owhhh I see.. kesaaahnyaaa ... ohhh ye ke? tapi mana you tau?? Maybe tak kot?? ...".

Bila perut kenyang, mata pun pedih maka ubatnya mestilah gomol2 bantal busuk (maklum dah 1 pagi) tapi macam semua orang syok jer berbual; walhal tuan rumah awal2 dah warning "penginapan tidak disediakan", haha... Takkan I sorang jer yang mengantok? Ehh..takleh jadi ... I ambik ketulan ais sapu kat kelopak mata bior segarrr... membantulah juga seminit dua pastu yaaaaawnnnn lebar2, haha... sebijik macam badak berendam!

OKlah, saya dibayar gaji meramble takat nih aje dulu so until then ... have a nice weekend. Don't be good but be noti okay? ekekeke...

Wednesday, 2 November 2011

Gelap, lilin n halloween ...

Sejak 3 hari lepas, bila hujan aje mesti ada gangguan letrik. Todate dah 4 kali. Latest one being yesterday nite just when we were about to have dinner. Takde bunyi 'klak' dari switch box so I suppose gangguan letrik bukan kerana 'trip'. Hujan tak lebat pun, takde guruh petir kilat sabung menyabung, tup2 gelap.

1st time gangguan letrik terjadi waktu senja. Lampu berkelip2 main mata pastu terus gelap! For sure bila dah sensorang dalam gelap, adalah sedara mara siJu-on ke, hantu kum2 ke baik hati nak temankan. Thanks to my Cokia97 who acted very gallantly menerangi laluan gelap kedapur. Cari lilin weh..


Tak pasal2 kita berdua bercandle lit dinner dalam suasana hangat (tiak maintain tak hangit). Dalam samar2 malam pun nak baca sokabar. Cuba baca buku sekolah, confirm terlelap. Tapi apa kes TB nak baca buku sekolah pulak? hehe..

I pulak dah siap cari port untuk melelapkan mata buat seketika tapi terjaga after 12am maka terbatal niat nak buat entry published on 1.11.11.. Menci! *geleng 3x jangan lebih*.


Komen dari T bila dapat mms gambar aiskrim "alahai..sedapnya nampak. You wait icecream, you wait". Suka sangatlah tu walhal bukan tak pernah makan. Bila anak bahagia, emaknya lagilah bahagia; dan anak patut selalu2 juga mainkan peranan penting membahagiakan hati emak ayahnya (disamping belajar serajin mungkin).

As promised to CAHYA sempena harijadinya semalam, I tampal gambar aiskrimnya dulu ok? Panjang umur murah rezeki, nanti aunty belanja awak for real (just you n boifren jer, orang lain takleh itut, hehe..).

Bukan Kalsam d'seng namanya kalau tak play2 with the dry ice. Best aaah... teringat filem n drama Melayu dulu kala, asal ada cerita orang kayangan, mesti ada effect atas awan derived from dry ice, hehe.. Masa kecik2 dulu, punyalah suka kalau siBogey penjual aiskrim Magnolia beri kita dry ice. Bogey as in bogeh sebab dia takde gigi :-)

Kita juga bergelap masa malam Halloween. Ada sorang budak tu berangan ada extraordinary power boleh kalah/lemahkan hantu, setan dan orang2 jaaaaaa'at yang muncul pada malam Halloween. Berbekalkan kryptonite, batu ajaib warna hijau dari Krypton, layaaaan..


Special effect assisted by Cokia97 -- green kryptonite stone (guna laser), spider n cobweb diharap berjaya membangkitkan ilusi optik yang mantap, lalalalaaa...

Saja suka2, khidmat masyarakat kekdahnya .. Al-kisah mempersembahkan untuk kali kedua (w'pun takde permintaan, ngeh2)...


Menangis Heidi Klum n Seal tengok nih .. Halloween versi nusantara u'olls..

Monday, 17 October 2011

Tea time ...

Sementara mood merapu belum datang secara pukal, biarlah I mulakan dengan cerita yang ringan2 dulu ... (ekceli rasa segan dan silu bila lama tak berkarya... Ada sesiapa share the same feeling tak??).


3 PMT berkongsi makan sekeping scone labu. Alahai, macam lokek pulak, kenapa tak beli 3, sorang satu? Sejak bila diorang reti berdiet? Makan dalam kereta ala piknik, selet scone dengan butter n jam.. terkial2 kekdahnya tapi apsal nikmat benar rasanya makan cenggitu??

Beli satu ketul (keping?) dulu, saja nak testing samada texturenya bentat atau ringan dan lembut. Sah yang dimakan menepati citarasa maka perlulah ketempat tu lagi ...

Labu scone dah habis stok so I beli cranberry scones, sanggup tunggu 10 minit menanti siap dibakar. Beli 6 keping untuk dihadiahkan pada Teh (from T) dan extra 2 untuk I dua beranak. Teh memang seronok dapat birthday present yang sangat praktikal, hehe..

Harga seketul RM3.50. Disediakan jam, butter/cream jika makan dikedai.

Perut meragam .. katanya bagus minum teh-o pekat tapi teh-o pekat mestilah pahit, tak gitu? So nehi .. janggelikahe.. tak suka pahit2 so I tambah gula sesedap rasa. Cantik tak mug itew? Haa.. mug tu anak kita punya, hehehe.. Beli ubat gigi, dapat mug preeee.... yeehaa..

Tu ajelah sebagai warm up untuk terus berkarya cerita2 yang lebih sensasi ... ehem.. sensasilah sangat. Tata ..

Oh yaaa.. PMT ialah pre-menstural tension Perempuan Melayu Terakhir u'olls.. hehehe...

Monday, 10 October 2011

An epic one, hahaha..

Tekun ayam2 tu tengok horror movie. Kesian ...

From Bkt Jalil to home lalu SW Pyramid. Dari jauh nampak led zappelin and I was all excited! At once capai hp kijang, klik2 macam nak rak tapi yang tertangkap hanya sipi2 zappelin aje almaklum kereta bergerak laju. T tu pun satu, draib nak laju aje!

The last time tengok zappelin terbang atas roof top sekitar SJ was when Astro first introduced its existence. Masa muda2 dulu pantang aje tengok benda yang pelik sket, mulalah terkinja2. Decades have passed, unsur terkinja2 masih ada saki bakinya lagi, hehe.

Frusto tak dapat capture image zappelin, I pun klik gambar singa vetina yang tersergam tu. Sekali pandang image singa rasa nak delete aje.. tak cantik sebab gambar gelap (masa tu tak pakai specs so memang nampak kelabu asap).

Malam hari masa golek2 tengok tivi, teringat kat gambar yang ada dlm hp kij! Nak delete apa yang patut kekdahnya tapi whoaaa... tetiba hati rasa manyak syiok sebab dalam gambar ada zappelin atas kepala singa vetina.

Siapa lagi yang boleh tangkap an epic image like that other than blogger tak femes tapi berkaliber macam .. mmmm macaaaam, siapa ek? *tak sampai ati nak habiskan ayat.. takot kena rejam telur busuk*

Sunday, 12 June 2011

Jalan2, makan2, ziarah2 ..

Harapan nak makan kat E hancur berkecai setelah sejam puthing2 makan angin kat underground parking lot. Kalau ada gitar, memang I goreng cukup2 gitar dengan lagu2 underground <- berkata nih dengan nada menyammmmmpah yang amat!

Cakap menyampah tapi sedar diri that luck was not on our side. Apa taknya, bila kereta kita bergerak 1-2 meter kedepan, ada plak satu kereta keluar dari parking bay maka kereta belakang kita tak lepaskan peluang. Dah rezeki dia. Patutnya management of E buat parking lot 18 tingkat naik keawan sana, haha...

Lepas sejam tekan2 pedal, T pun dah boring cum letih so Ndja took over the wheel. Selamat I kekal duduk cam mem. Kita terus ke SR kat SubPred tu aje. Niatnya I nak jadi 'tangan yang memberi' but Ndja tricked me. Dia memang licik n noty. Masa kita tengah makan, dia beriya2 pergi kekaunter nak oder satu lauk lagi which she did. Least expected that dia sempat bersekongkol dengan cashier.

Bila dish yang dia oder sampai, I signal kat waiter mintak dia hantar bil. Ternganga kejap bila tengok dalam folder ada small change (disamping bil). I thot waiter silap beri bil orang lain, rupa2nya memang bil kita. Kan I dah kata Ndja tu licik n noty??

Lepas makan kita ke PJNewTown (PJNT) sebab Ndja nak beli blouse. PJNT used to be my 'kampong' masa kerja PJ dulu tapi sekarang tempat tu dah naik sasau, memanjang jalan sehala. Adnan sempit plak tu, haha.. Jangan mimpi nak park kereta kat situ. Tu juga sebabnya kita naik Ara.. ehhh Aga. Kereta kecik senanglah T or me pusing2 sementara Ndja beli blouse. Kalau betul kiraan kita, dah 18x kereta berpusing tempat yang sama. Sekian terima kasih.

Lepas tu kita ke KgTunku ziarah Teh n Chik. More nak ziarah Chik lepas Teh bitau Chik alejik seluruh badan. Considering umur Chik dah lebih 80+, kesihatannya boleh dikatakan tip top juga. Teh tak tau Chik kegatalan, ahaks.. until ReetaCoolidge, maid of honor bocorkan rahsia. Chik dah sort of warn Reeta not to tell Teh tapi mulut manusia bukan mulut tempayan berukir naga yang boleh ditutup2. Anyway, rahsia pecah for a good cause, so tak dosa.

Bila Teh tau, all hell break loose, kahkahkah. Masa I visit Chik hari tu, alejiknya dapat ditawan, heheh. I know Chik was happy to see us the monyet jadian. Chik jaga T dari baby till she was 3 yrs old. And Chik jaga kitorang adik beradik sampailah kita TUA, ngeheheh... Bila jumpa Chik, kita gomol2 dia, cium dia n peluk dia. I baring sebelahnya and demand "Chik, tepuk Chik .. nyanyi sekali". Chik pun tepuk2 montot I "laalaalaaa".. kononnya I nih baby wpun dah kertu, huwaaaa..

Lepas kothongkan fundi2, solat dan dapat segelas air sirap, kita pun beredar. Nasib baik I dah siap tapaukan ayam gor berempah n gulai tunjang masa kat SR tadi so takdelah buang masa nak beli makanan lagi. TB balik dari ofis @4pm dan kita tiba rumah almost 5pm, errrk.. tapi OK what to have lunch at 5pm. Jimat boleh skip tea time, kan?

Tu cerita hari Jemahat. Semalam Sabtu, ada jemputan kawin tapi I tak dapat hadir atas sebab2 tentu arah. Selamat pengantin baru CLIZ, ehem.. don't debar2 okay?

Hari Ahad nih senyap aje. TB kerja. Budak2 nih bila holiday, siang serupa malam dan malam serupa siang. T dah buat plan nak makan kat PHut. Terlebih seronok bila dia tau kalau guna kad rimau dapat 30% off. Kalau dah keluar makan, haruskah I masak? Rasanya tak berapa harus, haha.. namun I dah rebus ikan. Kalau rajin nak buat asam laksa. Biar benarr Buk Thom!

Breakfast sensorang seawal 7 pagi sambil melayan 'seribu serba satu' perasaanG :-)


.

Monday, 31 January 2011

Musibah n hikmah ...

Time checked: 3am.
Baru 3 jam beralih hari dari Ahad ke Isnin tapi macam tak sesuai nak sebut 'semalam'.

@2pm yesterday I went out on a lunch date with a friend n her tiny tot, Hani. T was going out to OU about the same time so I gave in and let her use my car. Kerja emak memang kena mengalah selalu ke? Next time dia kena book seminggu in advance!
.
Dah jadi habit T sebelum drive jauh, dia mesti check status minyak. Kot status minyak nyawa2 ikan, dia mesti isi minyak dulu, balik rumah pastu barulah bersiap. Satu kerja pulak, kan? tapi dia ada sebab tersendiri kenapa dia buat cam tu *pap dahi*


Lepas ensure semuanya ok, konfiden bebenarlah dia tu tapi bila dipulas kunci keta .. ngehhekhek.. tetiba lemau jer bunyinya. Sesi whining n blaming bermula "Umi tak start keta eh? blablabla" (dah 4-5 hari I tak keluar jjcm/jjcl, camana I nak start keta?). Kalau dah bunyi lemau cenggitu, tentulah angkara jahhat sibateri, tul tak? Upon checking, dah guna bateri tu since Oct09, patut pun lemau..

Dalam kelam kabut tu, I tak cepat mati akal, feewit. I terus fone Lee workshop mintak tolong mekaniknya mencemar duli, ahaks. Secepat kilat, muncul 2 mekanik naik motor terkedek2 bawak bateri baru. 2 kali mekanik ulang alik balik workshop sebab lupa bawak spanar dan tukar bateri sekali (silap bawak saiz). In a jiffy bateri siap diganti, kalau tak mesti ada yang mengamok ganas serupa cyclone Bianca Jagger, hehe.

I dah buat deal dengan sorang mekanik tentang bayaran tapi bila berdua tu nak balik, I somehow macam paham aje apa sorang lagi mekanik tu cakap kat kawan dia; mesti dia tanya "ehh tak bayar kerr?". I pun menyampuk "haaa... nanti loh kong bayar, thank you".

Selesai semua tu, barulah I berganjak ke Summit dengan my friend. Makan ayam penyet aje. Sebelum balik singgah ke McD beli pwospewity burger for cik loh kong. Tiba rumah by 5pm n kawan tu singgah sekejap until 6pm sebelum dia ke airport jemput loh kong dia balik dari sinun.

I selalu bitau T, bila2 something happens not to our liking, do refrain from whining or blaming other people. Suka tak suka, kena redha juga sebab Allah tak beri musibah pada orang yang lemah (mesti ada hikmahnya).

Banyak kali I sms T masa dia kat sana. Tanya bila nak balik, cermat bawak keta sebab hujan, blablabla. Well.. she reached home almost 9pm. Much later masa kemas her handbag, dia perasan sekeping note 50 dah hilang. Dia baru ingat duit tu dia simpan dalam poket pants and that it was possible the money could have been dropped at the surau. Kali nih dia cool aje n boleh duk senyum simpul lagi. Dah takde rezeki dan dia redha w'pun RM50 boleh beli macam2 .. tako, tutti frutti, aiskrim, subw* sandwich ...

T's 'what if' theory .. kalaulah kereta tak buat hal, mungkin dia ada masa singgah SS19 untuk beli facial cream yang sama harga duit yang hilang. I told her if only she got home before Maghrib as I advised her to, the money would've still be in her pocket as she would definitely be praying at home.

Praying with the pants on is not comfortable so she took it off and put on the telekong instead. Maybe that was the time the money chose to slip out from the pocket. My point is, why did that happen during Maghrib prayer and not Asar?

Bateri keta lemau masa keta masih dirumah. Buatnya bateri tu melemaukan diri masa kat highway ke, kat parking lot ke, camana?? Dahlah dia sensorang, hari malam, hujan pulak tu. Masyaalah .. Allah is great!

Moral of the story: Listen to your Umi, noktah!

Friday, 28 January 2011

Sentap vs santap ...

Sejukan hati dan tekak
.
This morning while preparing apam bakar, with just a question asked n came the not so terrific an answer, I terus tersentap. Macam nak majuk lari ke BBBB. Ada aje yang tak kena bila estrogen n progesterone tak in sync, ek? Ekceli I plan nak nangis esok lusa (kompol segala gundah gulana, one shot nangis biar berbaloi2) but it was never meant to be. Kilang airmata dah penuh kot?

Bila dah sentap cenggitu, mulalah cari allies yang non-judgmental. Kena luahkan juga isi hati tak kiralah kalau silap tu datang dari cik adik yang manis nih, hohoho! Sebelah tangan pegang hp, sebelah lagi pegang sudip maka bercucuranlah ... Nasib aar kalau airmata termasuk dalam kuali, lemaklah jadinya apam bakar tu nanti. Manis campur masin = lemak.., kan?

Tak sempat airmata meleleh masuk kuali I dah kesat dengan tea towel, nih yang paling dekat. Tak pun, guna jer leher baju *selalu dipraktikkan*. I suka letak tea towel atas bahu ala mamak masa beraksi kat dapur. Senang nak lap tangan dan senang juga nak lap dot3 bila diperlukan, harharhar.. Ramai dah kembang tekak ke? kiah3.

Now dah pukul 2 ptg I masih lum masak. Mana nak carik esbok magik? Lunch semalam I masak sup daging (kentang/celery) sa..ha..ja! For dinner I added another lauk, sotong gor salut tepung. Dah cukup rajinlah tu. Imagine proses nak bersihkan sotong ... quite cumbersome taw but I miss cooking n eating sotong masak hitam. Kalau masak pun, I sorang aje yang ngap so no point!

Patutnya I berluncheon dengan my kuncu2 kat Empire St*te Build*ng sana tapi terpaksa kensel cos I thot I'll pick T from SA. Since T n I sama2 majuk, both of us stay put; she's over there n I'm over here at home. Since the incident about a week ago, my mood kurang menawan.

2 days ago with much enthusiasm I made an appointment at the SS but I cancelled it 22 hrs later without giving any excuses. The valid excuse would be I have this phobia. What if during my presence there, segerombolan penjahat suddenly ambush the place. Whoaa.. that alone sends shivers to my spine. Sometimes I hate it when I have 2nd thought like that. Hate it!

OKlah u'olls, times up. It's time for me to be productive. Time to be creative in the kitchen, but where is my kitchen? I can't seem to find it!

Wednesday, 3 November 2010

Halloween versi Nusantara .. Boo...


Siang tadi bersemangat betul melunaskan errands. Thought of sedekahkan sikit duit kat Mydyn tapi sebab nak pulangkan barang yang tersilap beli 2 hari lepas; terpaksalah koner ke land of Jaiyen aje. Lagi pun, I ada misi lain ... heheh.

Misinya nak kekedai sibesar agam dari Nai-gee-ria nak selidik tentang beras parboiled yang dia jual. Kat peket tulis harganya aje tapi tak catit berat beras. Kononnya tadi nak singgah kejap dan berharap sangat bukan sibesar agam yang menjaga kedai tu tapi biarlah wife dia (dah mula cuak dengan sibesar agam kekdahnya nih).

I assume wife dialah sebab ada sekali dua I nampak one lady jaga kedai tu; and once I saw that lady with sibesar agam kat post office doing some traxn together with a kid yang a'uzubillah komain nakal berlari lintang pukang cuit itu, cuit ini dan cuit orang. I takot aje budak tu cuit2 I .. kot dia tarik2 my handbag ke, takkan I nak senyom simpol aje, kan?? At least nak juga I bundarkan mata kat dak tu, kan? (tapi buat discreetlylah, hehe). I juga pernah nampak sibesar agam hantar kotak kat kereta yang sama agamnya. Harus kereta dialah tu but fishy fishy ... smelly smellylah!

(meleret2 plak I bercerita, ishh..).

Kekadang I rasa I nih better off jadi P.I. macam pempuan tua anggun in Murder She Wrote tu ... I like that woman .. terketar2 pun boleh solve whatever mistewi.. har3.

Anyway, kedai milik sibesar agam tutup plak hari nih. Napelah dah 2 hari baru sibuk nak tanya pasal beras tu? sebab baru pagi tadi jer I teruja nak tau, hehe. Timbang punya timbang, I rasa fishy plak (asyik feeeshi aje). Wonder why it weighs only 825gm per packet. Why not 1kg, kan?

In terms of nutrient, the parboiled rice is much better than the white one hence the difference in price; but the price isn't really my concern. I just need to know why they sell a packet at 825 gm instead of 1 kg. Maybe they have a valid reason in doing so but donolah ...*sambil geleng kepala pelan2*

Untuk pengetahuan bersama, jika minat pasal parboiled rice, klik disini bukan dimana2, ok? heheh ... (Psst Aida .. khas untuk you .. MakCik Gegerl tolong carikan fakta..).

Tajuk entry pasal Halloween versi Nusantara tapi tak habis2 cerita pasal beras, har3. Sabar yaa.. sabar tu separuh dari iman .. Jom sama2 kita berdoa "YaAllah ya tuhanku, jadikanlah sabar tu sesuatu yang manis untukku, amin".

Walaupun I tak pernah meraikan Halloween tapi hari nih cam terasa plak nak selebret sensorang... TAPI sebelum tu perlulah I bitau .. tadi kat land of Jaiyen I beli 3 helai kain batik. Lately I sker pakai kain batik sebab kain batik boleh buat berbagai pesyen.. boleh buat skirt.. boleh buat bebek, boleh berkemban aje, auwww... dan boleh main2 hantu ...

Khas untuk para peminat pembaca Al-kisah yang sudi meluangkan masa menziarah CikSom kat sini, THIS IS FOR YOU ....
.


.


.
.
Do you think the batik sarong looks very nice??? No? Yes?? hehe.. tq .. tq .. tq..

Thursday, 7 October 2010

Nasib oh nasib ...

Seronok tengok kawan2 berkarya kat blog memasing tapi nape I masih dirundung malang? Malang tak malang jugaklah tapi kalau laptop dah dibaiki sebanyak 3 kali dan pending kali keempat, apa agaknya tindak tanduk seterusnya perlu I buat?

Humbankan aje ke Pulau Jerjak? Lemporkan saje ke Sungai Segget that infamous river in JB with its enchanting aroma? or I perlu berbalik pada niat asal yang murni iaitu berniaga secara kecil2an bukak warong depan rumah jual pulut serunding, lontong, mee siam, mee PK, mee KP, cucur udang n cekodok pithang?

Jap ehh, nak ambik calculator jap ... nak kira keuntungan..heheh. Kalau dapat keuntungan lumayans, I bukan aje nak beli laptop baru yang canggih manggih d'babum malah I nak beli sebuah villa di kepulauan Mediterranean. Well, alang2 beli villa, nape tak beli sebijik pulau aje CikSom ooi?

Malas aah nak jawab soklan berbau HIJAU cam tu. Next Q pleaseee ...

Saturday, 2 October 2010

Bersengketa ...

I tetap bersabar w'pun dah banyak kali dia buat I cam nih. Dia macam takde perasaan dan gagal menyelami apa I rasa selama nih. Sabar tu sakit, taw tak? Dia bukan tak tau dlalah aje yang I ada kat donia nih, takde dua jauh sekali 3 atau 4.

Orang pempuan nih kaan, dalam pada tamak kasih sayang, nama nak menduakan yang satu tu memang takdelah! Satu pun dah cukup, dialah dahan tempat bergantong, dialah umbrella (...ella..ella..) tempat berteduh dan dialah pengarang jantung yang mampu buat I tak tidur siang (dan malam) dek kerna asyik mahsyuk berada disampingnya. Sesungguhnya, dia memang selalu mengembirakan I TAPI SEKARANG? I hampa, keciwa, sakit hati, geram, ROARRR!!!

Maaf I terpaksa berundur diri dulu. Lagi lama I meluahkan perasaan, lagi hebat I rasa penderitaan ini. I harap takde sebarang spekulasi. Janganlah ada sesiapa menyalahkan TB, I rela dipersalahkan.

Sigh... menaip guna kibod hp lebih menyeksakan hati ini. Oh ya, I ada satu soklan. Kalau I berniaga nasi lemak samtum udang n ayam gor berempah, boleh tak I kumpul RM2 ribus dalam masa sebulan?

Wednesday, 29 September 2010

Fobia dan kokokan 'bapak ayam' ...

Fobia no. 1 ... my laptop dah pandai mengagah aumm-cak dengan I. Tanpa disuruh2 tetiba dia black-out just like that! It takes a while for it to recover dan sedarkan diri. I sabar menunggu cuma terasa bosan sebab tak tau sampai bila dia nak blackout aje. Ada 2 kemungkinan samada anaemic atau low BP, tu yang asyik black-out aje tu, kot?

Bila TB kata "tulah you pergi blog mana ntah" <- cam menuduh aje ek? maka tetiba terasa suam2 kuku cuping telinga I (baru suam2 kuku lum tahap marah lagi). Blog yang I lawati semuanya rona sawo matang; takde rona 'biru atau kuning' pun. I juga tak membebankan bahu laptop dengan mendownload-upload-apa2-pun. Memang tak pernah download lagu atau drama Korea (tapi ada gak hati nak download "My Name is Khan", kih3).

Fobia no. 2 ... bila selesai mengomen pada blog yang I boleh masuk, tup2 dapat pesanan penaja "sorilah you kenot komen". Dengan perasaan geram, nyampah, bosan dan berasap (maklum dah penat tulis password etc), apa nak tunggu lagi kan? Dah orang tak sker kat kita, awat nak tersorong2kan pipi yang gebu dan hidung yang tak semancung mana tu, tul tak? So I blah bawa diri ...

... I bawa diri berkelana kat blog sendiri. I tekan tu, I tekan nih terus I tekan 'draft' untuk tengok all the drafts yang dah dijerukkan. Jom nyanyi lagu Liyan* Jasm*y kejap.. daku tak percaya, daku tak percaya..cinta.. Well, I tak percaya apa yang I tengok! Out of the 695 entries, 193 entries are nothing but drafts! Mendenya yang I tulis hinggakan tak terpublish2 lagi tu?? Resipi lempeng pithang turun temurunkah? Resipi ubat2an tradisional awet mudakah? atau rahsia kehidupan seorang blogger? har3 ..

Yang kelakarnya tu *jom senyom sesama jap* ... ehhh, manislah rupa you all bila senyom ala kerang busuk cam tu, hehe, most drafts terdapat beberapa abjad aje, boleh? Tak kurang juga cerita ceritut yang tidak berkesudahan samada malas pikir habiskan cerita atau memang buntu masa tu. Looks like this would be my baby project. Cantas mana yang patut, publish mana yang tak patut, kih3 dan simpan aje dalam draft mana2 yang agak menyentuh perasaan orang lain (hmm, tapi ade ke??).

Cerita lain? Haha ... Lately rumah I dah ada ayam berkokok. Tiap sejam sekali mulalah dia berkokok. Selalunya bapak ayam (BA) akan berkokok pada masa2 tertentu aje, kan? But not this BA belaan TB. Tiap sejam dia berkokok tapi waktunya cenggini -> kalau BA berkokok pukul 6.55 pagi, kokokan seterusnya pasti, mesti dan for sure berbunyi pukul 7.55, 8.55, 9.55 dan seterusnya 24 jam sehari (ada kalanya dia majuk takde bunyi langsong). Adakah kokokan tu menolong rakyat jelata? Sesungguhnya tidak!

Sila bayangkan bunyi kokokan bapak ayam pada subuh yang hening.. cam best aje kan? (w'pun mungkin selimut terus ditarik dan terus zzzz malas bangun solat subuh, cis!), tapi tidak serupa dengan kokokan BA, TB punya. Kokokan BA bunyinya sama dengan suara anak dara menjerit giler bila sekor cicak masuk kedalam bajunya. Yaa, pejam mata... cuba bayangkan..

T perli abahnya sebab memilih BA yang tak reti berkokok, kah3. I pun kata "biarlah T, abah tu dah rindu dengan persekitaran kampung halaman dia agaknya...".


Nilah dia bapak ayam belaan TB. Very2 low maintenance. Yang bestnya, dia tak bewak, heh. Sesiapa nak jadi ahli Kelly Fan Club *grin* haruslah berlari sekarang juga ke restoran tersebut dan cuba bawa balik BA nih, okay? Hayatilah kokokannya yang seakan2 tercekik tulang amat merdu itew, har3.

Monday, 27 September 2010

Dengar lagu2 lama etc ...

The mood is very sombre. One of the reasons is of course si lappy demam panas for the 2nd time. Twice dah TB bertungkus lumus beri nafas baru, reformat and reinstal this n that. E'thing looks close to being ok physically but I still feel it lacks something. Tak cukup garam or gula, kekdahnya maka baru jap tadi I did a touch up, kasi foundation n gincu merah sket (unbelievable that I managed to touch a bit of this n that by myself, whoaaa vangga). Yess, barulah selesa cenggini (namun 'gigi biru' masih down so takde chanlah I menempek gambar).

Anyway, I'm all alone tonight and feel like listening to some good songs. Ni yang menchii nih .. lagu2 being played semuanya ala runtun jiwa ... 'sorry seems to be the hardest word' ... (but does it?? No, not really as long as you put your ego aside).

"Do you know where you're going to ...", anak Pak Ross pulak bertanya. Dah lewat malam nih, malaslah nak jawab, hehe. DJ dah pre-announce the singers who will perform just for me tonight, ahaks. Diorang2 tu anak Pak Ritchie, Pak Carey, Pak Wogers yang jual ayam bakar tu, Pak Steve yang anaknya tak rupa kucing dan ramai lagi.

Dengan lagu2 syahdu syahdan macam tu.. do they really want me to berendam air mata tonite? ''youuu.. decorated my life... created a world, where dreams are....". Alaaaa... England Dan n John Ford Corley plak dah ".... just tell me you love me, whisper words I so long to hear..." Ooh, syahdunya..

Cukuplah tak larat nak layan perasaan tapi nak switch off tv (I dengar radio from tv), my old flame is serenading me now with "morning has broken ...", isshhh...


Coming up 'goodbye yellow brickroad'<- ingat lagi lagu nih masa I sekolah dulu. Telinga terlekat kat transistor radio rona oren pemberian Long sebab pass peksa. Telinga terlekat tu sebab nak dengar nama samaran kitorang disebut dek DJ radio Spore. Kerja bertamadun merequest lagu2 kat radio memang kerja our mastermind yang sentiasa ceria n riuh, SZZ. Zaman remaja memang bliss, kaan?

I baru berjaya puasa 4/6 hari. Kalau I kuatkan hati puasa hari Sabtu n Ahad, maka hari nih pasti dah selesai, besok dah boleh raya makan ayam penyet dan murtabak V*ct*ry. I tak nak sambung puasa hari Selasa n Rabu; I nak sambung hari Khamis (dapat pahala lebih, khan?) dan insyaallah pengakhirnya hari Jumaat, penghulu segala hari, cewah.

At 1-2pm baru nak productivekan diri. Memula pergi buang cheque kat bank yang tak pernah tidor malam tu; ke Gua*dian beli pewangi untuk T (pandai dak tu taw.. dia bekalkan kotak kosong aje tanpa disertai wang ringgit. Nasib baik wallet I berupaya mencetak mata wang); kekiosk penuhkan tank minyak sambil cekut kuah mee jawa segera dan roti; kekedai runcit beli mee kuning etc; and last but not least sempat trim wambut kat rumah jiran. J'Mi nama diberi.

'Pause' kejap dengar lagu Stylistics (zaman I bercintan nih namun tak sker dikenang; noktah).

OK, sambung cerita trim wambut. Ada 2 pelanggan aje; MakNya and yours truly. J'Mi sempat menganyam ketupat "that old lady very vain pot you know... she's 85 see still strong .. she perms her hair after that want to color samore". Hehee, hidup Mak Nya!!!

Bila J'Mi mula crop wambut I yang seakan2 Repunzel nih (bbpj), MakNya tu peratikan aje dari jauh dengan senyuman terukir dibibir. Dia terpesona dengan I kot? Sah, I perasan, hehe tapikan tapi I tak perasan hokay? MakNya sempat mengomen (setelah dialih bahasa) yang dia suka rona wambut I, 'swee' katanya, hehe. Lu biar betul MakNya ooii?

Dalam pada tak pasti, I dah siap kembang semangkokkan diri tapi was2 gak akan penglihatan MakNya almaklum dia dah tua, kan kan? Anyway, apakah rona wambut CikSom hinggakan MakNya terpesona? Mana boleh bitau, kan? rahsiaku rahsiaku jua, heheh.

MakNya yang kejap senyum kejap terlelap terlopong, tup2 dáh berdiri sebelah J'Mi. Tak tau apa yang dia tanya kat J'Mi. Kali nih, jari jemari J'Mi macam bestlah pulak cos tetiba I look so pwetty sporting that hairdo. J'Mi bitau MakNya dia gunting wambut I setail Jepun, hehe.

Dah siap bayar (I lebihkan RM2 sebab puas hati), pakai tudung I pun bye2 kat J'Mi dan MakNya. Diorang berdua hantar I hingga kepintu.'Nak tau apa MakNya tanya I? hehehe ... dia kata I macam.. mmm macam... alahai, malulah nak bitau...

Tapi I bitau MakNya "ya,ya,yaa... Mak saya Cina dari dot3". Bersinar2 mata MakNya sewonok dengar pengakuan yang I sendiri tak pasti kesahihannya. Ekceli kitorang tak pasti samada Mak ada darah Cina but for sure Mak n my nenek memang cerah kulitnya. Yang bestnya kan, hehe.. dua beranak tu matanya takde line (tak nak sebut sepet, boleh tak? hehe) dan kesepetan tu dah jadi 'signature feature' pulak.

Pernah dulu kitorang usik2 Mak "maaak, mak nih mesti ada darah Cina kan mak?". Selamba jer Mak jawab "takdelah... mak orang Islam". Kihkihkih .. cute Mak I kan? (bukan dia tak tau beza bangsa dan ugama).

KO, takmin ridi ludu .. sama tukun dubera .. heheh.. (dah ngantok ejaan terus jadi gitu) tapi sebelum tu nak laungkan diangin lalu "MakNya... you really made my day. Wo ai nee".

Saturday, 7 August 2010

Kicap cap udang ...


Khas untuk siDia yang jauh dimata tapi baru nak dekat dihati. Walaupun gambar kelabu asap, I tetap nak tampal juga. I pun dah kehabisan kicap cap Udang terpaksa beli besok sebelum menjelang Ramadan sebab lauk wajib untuk menyambut awal Ramadan ialah ayam masak kicap bersama full blast of soh'on.

Ada sesaper nak suruh I belikan ke? OK set, nanti I DHLkan sekarton terus landing kat depan rumah you eh? Jangan disimpan kicap2 tu semua, haruslah you buat party kicap. Ajak jiran2 yang ada kenalkan kat diorang betapa kicap boleh meransang kehidupan seharian kita orang Asia...

Kalau boleh demokan cara masakan yang berkicap kat diorang tu .. masaklah chicken adobo ke, ayam kicap dll.

P/S: Kita cakap sensorang nih ... tapi kita 'masih center' taw.
P/S: Kicap cair afdal untuk masak mee PK.

Thursday, 5 August 2010

Jelly and CPVW ...



Tak sangka TB terlompat2 terkesima bila tengok iklan jelly Magnolia kat tivi. Puas dia cari kat super duper n hypermarket namun tak jumpa2 juga. Mungkin belum ada dipasaran lagi atau jelly tu sedap sangat maka ia cepat licin; atau mungkin ada orang tak buat kerja tak order atau tak hantar stok baru?? Hmm...

At last pencarian berakhir di Jaiyen. Bayangkan TB melompat2 kesukaan masa tu, kih3. Harga RM2.79 untuk twin pack dan pack solo @ RM1.50 satu. Kalau beli pack kembar, bolehlah save 10 sen kumpul lama2 boleh beli tudung raya. Kalau buat sendiWi, lagilah boleh jimat (yes, gua bijak, gua bijaaak, wahahah).

Selalunya bekas jelly tu dibuang aje tetiba ada plak idea untuk recycle. Dapat 10 bekas pun jadilah maka hasilnya, jengjengjeng (GAHlah sangat)... dapatlah 6 biji instant jelly sedap dimakan dengan fruit cocktail dan aiskrim. Kalau TB kata "kesian I tengok you, takde acuan lain ke?". Haruskah I jawab dengan selamba "takde" dengan harapan dia belikan acuan 'ramekins' yang baru. "I nak yang comel2, boleh ke Ling"?

acuan Ramekins


CPVW = Cekodok pithang versi Wolverine .. jangan memain heh! Rupa dia memang tak berapa friendly tapi rasa dia boleh tahan mengancam. Lembut, manis, cukup rasa pithangnya dan tidak berminyak (part nih I tipu sket, hehe. Penatlah si Nasio a/p Nal menyepin minyaknya tadi).

Lama dah I tunggu nak makan CPVW tu tapi baru pagi tadi dapat. Alhamdulillah dan timakasih pada dot3 (majuk takmoh thebut nama dia) sebab tolong belikan.

Tuesday, 3 August 2010

WM pun pandai komplen..

Pagi semalam seawal 7 pagi I dah membaking kuih yang senang dibuat. Memang Bukan rajin tapi kesian bila malamnya T kata "ingat ada lagi" sejurus dia kuak pintu esbok dan dapati I dah wallap lebihan kuih, heheh.

Kesian punya pasal, I sanggup cuti 2 jam dari berblogging untuk mengadun kek yang dimaksudkan tanpa berpandu pada resipi (sampul surat tertulisnya resipi dah MIA). Nasib baik minda I tajam boleh ingat bahan2nya, cewah. Puji diri dibenarkan dalam blog sendiwi, kan? Hahaha, takde maknanya pun.

By 8am kuih siap untuk dibawa pulang kejajahan Kanda Deris, alhamdulillah. Cian dia drive sensorang...



Since semalam dah rajin maka pagi nih I berdondang sayang tak buat apa2 melainkan tekan2 dan picit2 pada dada my buah hati, auww. The feeling is mutual so bukan harrassment namanya, kan? She's my fruit heart, I lap her and she lap me w'pun baru kenal tiga tahun. It's a she samore tapi jangan buat andaian melulu, tak baek taw.

Dia tu kalau boleh komplen, dah lama dia komplen w'pun kita buddy2. I somehow tau mendenya yang jadi isu untuk dikomplen. Takpe, kali nih I kasi chan dia luahkan isi hatinya kat sini sementelah lama dah I amalkan motto 'respect for individual', kekdahnya.

Disclaimer: I takkan saman menyaman walau apa pun terjadi.

Nama saya Nasio (takde kaitan dengan nasi) binti Nal. Nama ayah saya bukan nama singkat Jenal atau Zainal 'but how I wish' sebab saya memang suka lagu Hijau (boleh gak tumpang glemer, hehe). Nihaaa nak cakap sket. Saya memang makan ati dengan kuarga CS sebab anak beranak fickle minded; selalu buat saya keliru dan letih. Patutnya bila dah tekan2 dan picit2 dada saya, biarlah saya buat kerja saya sendiri, nih taaak. Masihlah dia nak tekan2 dan picit2 bagian dada saya yang lain. Saya tak berkenan!

Bila dipicit2 dan ditekan2 saya akur dengan tugasan 3M - membasuh, membilas dan menyepin <- tak boleh belah. Tugasan yang mudah tapi disukarkan kerana CS tak tetap iman pendirian. Dia suruh:

* basuh dan bilas tapi tak suruh menyepin
* basuh dan menyepin tapi tak suruh bilas
* basuh aje (tunggu 18jam baru boleh bilas/menyepin, bosan taw)
* menyepin aje (saja dengkhi tak kasi saya main air masa basuh/bilas)
* buat 3M cepat2 gaya Speedy Gonzales. Saya tak suka kerja tergesa2...

Cukuplah 5 aje. Komen yang 5 tu pun dah buat saya mual dan mabuk darat. Pssst, nak tau rahsia tak? Tiap kali sebelum CS himpun baju2 masam dia anak beranak ke pewut saya, dia mesti intai dulu apa ada dalam perut saya. Tau tak kenapa dia jadi peeping tom cam tu? Kihkihkih .. serves her right..

Tulah susahnya orang kalau ada fobia-mobia nih. Dia intai2 untuk pastikan perut saya kosong takde cicakman atau yang paling horror untuk pastikan takde sedara sepupu sepapat Stuart Little atau si Ratatouille dalam perut saya. Kesian ekk? tapi shhhh.. simpan wahsia nih okayy??

Saya terpaksa chow chin chow dulu sebelum CS tunjuk muka. Akhir kata, biar pecah kaca asal jangan pecah perut maka perlulah disimpan rahsia kita. Janji ehh???

Saturday, 31 July 2010

Lodeh ...


Belum apa2, I dah berlodeh. Yalahkan, I nih tak cekap beronggeng didapur so perlulah praktis seawal yang boleh as practice makes perfect. Macam biasa, apa aje yang ada dalam 'crisper' tu, I kepowwkan dalam periuk.

Sesungguhnya kolesterol memang terlebih sket banyak sebab I guna the real santan. Santan yang pada mulanya nak dibuat kuah mee kari. Setiap tahun raya, tugas melodeh tidaklah tergalas kat bahu I sebab being the youngest one, kakak2 kesian sokmor kat I (read: diorang tau, I tak cekap).

Masa tak tau lodeh adalah lodeh, T kata dia suka "lauk yang hijau2 tu". Alahai... lauk yang hijau2? har3. Kesian budak tu, mak dia tak ajar nama lauk2 ek? hek3. Sekarang pun, dia masih konpius eg lauk kormak dia sebut lauk beriani, lauk gulai dia sebut kari. Takperlah, bila dia nak kawin nanti, I buat crash course khas untuk dia dan suami (menantu I perlu arif juga jangan jadi cam pak mentua dia... ooopsy!!!).

Dalam my famili bila sebut 'gulai' .. gulai yang dimaksudkan mestilah lauk gulai asam pedas. Kita tak pernah sebut GAP in full. Jap eh I nak menyimpang kejap .. jenama GAP memang bermaksud gulai asam pedas kot? mueheheh.

Bila mula bercampur aduk dengan ramai kawan2 berlakulah confusion tentang lauk gulai yang dimaksudkan tapi dalam masa yang sama, terpikirlah pulak makna gulai boleh diguna sebagai 'nama' dan 'perbuatan'. T pulak buat kawan2nya konfius dengan makna gulai yang dia faham. Hahaha.. tu mesti kes emak dia terlupa ajarlah tu, hek eleh.. <- mentang2 baru tengok progam Afdlin dengan DSN semalam :-)

Tetiba I jadi curious so I google makna GAP (takkanlah pulak omputih tau gulai asam pedas, kan? hahahah..).

GAP is an American clothing and accessories retailer based in San Francisco, California and founded in 1969 by Donald Fisher and Doris Fisher. The Fishers opened their first shop because they had been frustrated with the lack of decent customer service and fashionable styles at other retailers.

Kan? Kan dah kata GAP = gulai asam pedas? Peratikan nama foundernya. Sah! :-)