Walaupun asap berkepul2 keluar dari hidung dan telinga menahan kegeraman cik Selkom Brodben punya karenah, I masih tetap jadi manusia normal; belum ada ciri2 pucuk tanduk nak tumbuh. Dugaan, dugaan juga tapi aisayman .. nak cakap kang, buat tambah berat bahu kiri I aje. I sebut 'nak cakap' aje, I tak sebut nak berleter kan? So I acted as cool as a cucumber. I pilih Kyuuri, mentimun Jepun yang rangup tu, boleh? .. cumanya tak ketahuikah beliau bahawasanya jiwa I meronta2 tak dapat berkarya dan bukan mentimun Jepun yang I dambarkan?
kyuuri
Now tibalah masanya I nak menampal & menampal ... dan I nak menaip sampai kibod ni kehabisan dakwat..... hahahahaaa (ketawa puas!) Ada orang tersangat gembira dapat tengok kaki2 matsaleh menyepak bola yang satu tu. Dan terlebih gembira bila .... heheh, rahsia. Anyway, takdelah kerja I nak bersesak2 cam tu unless .... heheh, juga rahsia. Semalamlah harinya orang tu membelek suratkabar dalam jangka masa yang sangat lama. Kalau tak, cuit pun takmoh. Alahai.. gamat satu kampong kekdahnya!
Pemandangan disatu pagi yang tak berapa pagi diShahAlam. Termangu2 seorang ibu menanti anaknya habis belajar. Diluar tu hujan tersangatlah lebat - 'it rains cats and dogs' gitu. Nasib baik takde guruh atau halilintar membelah bumi, cuma air aje yang turun melimpah2. Alhamdulillah, bersih kereta I.
Dari SJ cuaca elok bebenar but upon reaching SA, tetiba langit gelap .. tik..tik..tik maka turunlah hujan like there's no tomorrow, ohh no! I dah takleh escape, kena lalui jugak. Memanglah tersangat mencabar draib dalam hujan cam tu. Drop T kat biliknya sebab nak salin baju (whylah tak bersiap kat rumah tadi?) then I hantar dia @Menara (ada ke orang pi belajar kat menara? heheh). Terpaksa hantar kesana .. 1. kelas nak mula 2. hari hujan 3. kuyup kalau tunggu bas.
I tak berapa gembira drive dalam kawasan kampus sebab plateaunya yang berbukit bukau tu. T kata "kesian Umi balik draib sensorang, ujan pulak tu. Baik2 draib eh Mi" <- nyaman hati nih dengar kata2 cam tu, tapi sebenarnya .. sebak sebak! <- time tu sebak, now tak :-)
Dalam hujan cam tu maunya I terus balik? Haha.. sungguh tak sesuai so I park kereta kat main entrance aje. Tempat tu selamat takde pokok2 besar berhampiran (elak masuk sokabar front page 'kereta kesayangan seorang ibu dihempap pokok palma dan penumpangnya .....?'). Lagi pun lokasinya agak strategik dekat dengan guard house, so sesaper cuba nak kidnap I ke (ingat takde ke? haha), maka sia2lah percubaan diorang tu nanti :-)
Dalam pada tu mencongak2 camana nak balik? Tu dia! Tak sure nak ikut jalan mana. Setengah jam kat situ, pundi2 dah kasi warning, maklumlah hari sejuk. Bila hujan reda sikit, I patah balik ke bilik T. Apa2 hal, kat situ ada bilik air. Kalau tak kerana hujan, I memang malas nak drive balik keSJ memandangkan kelas T habis pukul 12. Tunggu 2 jam aje, OKlah. Kalau I balik, I kena datang semula sebab dia ada apoinmen dengan dentist kat SJ. Dah tu kan, lepas gi dentist tu, I kena hantar balik keSA, ada praktis hoki pulak. Gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ............
Time checked: 1045, 11, 1130, 1140, 12 .. yeayyy! Maka @12.02 "Mi, sori Mi .. kena extend 1 jam lagi". Whaat!??!?? geram nih..
Camana I spent satu jam setengah duk dalam kereta tu? Nyanyi dalam ati "rain rain go away, come again another day", berdoa juga "yaAllah, redakan sikit hujan ni", bongkar2 my handbag, on/off ekon, on/off enjin kereta, pandang kelangit dengan perasaan sayu dan sedih (lagu2 kat radio yang kasi mood cam nih); dan last2 I ada teman untuk berbual pulak ..
I: Tigger, Tigger .. agaknya T sanggup tak tunggu I lelama cam nih?
T: Harap2 dia sanggup. Janganlah pikir yang bukan2.
I: Taklah pikir yang bukan2. Sekali-sekala yang dia temankan I gi Jaiyen, dia mesti tanya "Umi lama ke? nak beli banyak ke? nak beli ikan ke?"
T: Yalah budak2 muda sekarang, cam tulah
I: I pernah muda juga.. lagi muda dari T. Selalu aje I ikut mak pergi pasar. Pasar lecak dan beraroma lagi. Kadang2 pegi naik keta, naik bas, naik pakwancha pun pernah
T: Pakwancha tu apa ek?
I: Pakwancha tu taxi takde lesen, kereta yang rangkanya dah bergoyang2. Ehh.. takmoh cakap pasal pakwanchalah ..
T: Apsal? diorang caj mahal ke? Pernah eksiden ke?
I: Caj murah, 50 sen dah sampai rumah. Eksiden tak pernah tapi huwaaaaahhh sob sob sob, salah satu pakwancha tu langgar itik belaan I. Didik mati bawah tayar dia .... huaaaaa... ;-(
1.30pm Knock .. knock (kat tingkap kereta).
"Terima kasih Mi .. sori Umi tunggu lama" dan beberapa saat kemudian "Miii, singgah Petronas kejap boleh? pastu T boleh singgah kat k-ef-c sekali beli makaroni".
... kehidupan berterusan hingga kemalam .. ada2 aje.. alhamdulillah.
Alamak, dakwat kibod dah pun keringgg ...