Showing posts with label Issues. Show all posts
Showing posts with label Issues. Show all posts

Wednesday, 14 May 2014

My so-called French Chateau@RD, IG, blogging...

Assalamualaikum...

Hari nih bercita2 nak pulun 10 gulung entry kedada Al-kisah tapi bila dah kenyang akibat melapah sebiji mangga, teruslah jadi ular kekenyangan. Tak sangka sebiji mangga can do wonders.

Apasal nak salahkan mangga sedangkan for breakfast tadi I dah makan sekeping murtabak sebesar tapak tangan. Oooops, terlupa!

Kali nih makan mangga bukan sopan macam perempuan Melayu terakhir. Naluri hari nih is the rugged naluri. Takde nak potong molek2 letak dalam pinggan dan menyuapnya guna garpu comel atau toothpick.

Tulah, tetiba teringin ulangi sejarah silam.. teringat seketika dulu I pernah buat hal yang sama. Kongkang sebiji mangga dengan nikmatnya sambil mencangkong! Masyaallah.

Lepas kejadian tak bermoral tu barulah I sedar diri, perlakuan yang tak disengajakan tu adalah pembawakan budak (dalam pewut). Nasib baik juga budak yang dalam pewut tu membesar bukan kerana makan mangga. In other words, dia tak minat mangga. Bagus jugak ek?

Jam dinding dah menganjak kepukul 2.22 petang. Kononnya ada hati nak masak capati tapi mood nak executekan niat tu belum padu lagi.

SEJAK penggunaan IG lebih mendapat sambutan, I perhatikan ramai para blogger dah malas/ hilang minat/ untuk terus berblogging. Bersangka baik ajelah apa pun sebab musababnya.

I ada IG, hehe.. Tu pun baru 2-3 bulan aktif. I follow 2 'orang' tapikan tapi nasib tak menyebelahi, tup2 sorang tu tutup pintu IGnya ketat2. In other words, dia sudah block sama wa.

You tanya apa dah I buat sampai kena block? Hmmmm.... biarlah luka dihati ku baluti sendiri, harharhar... #malaslahnaksentap! #tapikecikatigak

I boleh conclude bahawasanya orang yang suka komen tentang kekurangan orang, memberi nasihat hingga orang terkesima mendengarnya, mengaku dia telus tak suka berselindung, tak hipokret blablabla SEBENARNYA dia pun sama tak boleh orang lain komen tentangnya, tak boleh menerima pendapat orang, blablablaaa lebih2 lagi dia tau dirinya diterima masyarakat. #Ilostrespecttetiba

OKlah.. sebelum I kedapur menguli capati, sajalah nak tampal 2 gambar kelam untuk tatapan/kenangan anak cucu cicit.


Pandangan dari dapur RD

At last dapat juga tengok RD
dari opposite direction
(ambik masa setahun untuk kesana, punyalah jauh, haha)
walhal 10 minit dah sampai

Tengok RD dari jauh membangkitkan perasaan seram sebab dikelilingi pokok2 yang I anggap mini hutan rimba tapi dah setahun lebih ON OFF duduk disana, perasaan tu kian hilang except pada malam Jumaat ....

Hah! apa ada pada malam Jumaat?

.

Friday, 14 March 2014

MH = ?

Assalamualaikum ...

MH = memang hairan
MH = memang haru
MH = memang horror
MH = memang (ada) hikmah

I kecik hati bila Malaysia dan MAS dipersendakan. Yang mempersendakan tu orang2 kita juga. Orang luar jangan cakaplah. Memang cari peluang!

China keluarkan kenyataan tak benar. OK, diorang dah pun minta maaf tapi tak terbaca pulak China kena SEMBUR dari kuasa2 besar dunia?

Banyak yang nak dileterkan tapi cukuplah tu. Kita nih bukan siapa2 pun.

PENDAPAT PERIBADI: Kapalterbang akan ditemui pada hari ke-10, insyaallah. Ini bukan spekulasi tapi pendapat peribadi yang bersandarkan pada 'sesuatu' sambil kusyuk berdoa mengharapkan keajaiban berlaku.

JEREBU semakin menjadi2. Sedut udara berulamkan asap bakar sampah kekdahnya. Dapat pulak selsema. Bersin bukan reti sekali dua tapi berangkai2 5-6 kali. Bersin berkali2 waktu solat adalah bahaya (sama juga bahayanya ketika batuk). Kenapa? rahsia wanitalaaa, kenot tell.

TODAY I am on MC, sendiri approve (so acara memasak ditunda dulu). Tengah lapar sebenarnya nih. Sekeping roti, sebiji suji dan secangkir kopi masa breakfast tadi. SAH tak lama kenyangnya..


Suji dimakan dengan roti, macam makan sandwich. Bukanlah sedap sangat, haha tapi dek kerana nak mengimbau zaman kanak2 punya pasal, layankan juga. Terbayang2 muka bai roti yang datang setiap petang dari laluan pintas belakang rumah (tepi dapur).

SESI JJCM 2 hari lepas dengan TB agak bercanggah. Nasib baik tak bertumbuk, har3 ganaz. Dia nak makan ayam, I pulak nak makan nasi. Tak baik bertelagah sementelah dia yang nak belanja maka dengan senyum riang I pun mengalah.

TB mengharapkan ayam dalam balutan (wrap) tapi takde rezeki sebab promosi hanya untuk sebulan.

Gambar arkib dated 23.1.14

TB beratur menunggu giliran sementara I mencari tempat terus aje duduk . Romantik tak? haha..


Tu cara pemakanan baru yang dirombak oleh SAYA sorang. Selalunya roti tak habis dimakan. Kena cari cara lain supaya tak membazir bersekongkol dgn syaithon so roti dibelah dua... bubuh coleslaw, mashed potato, ayam dan cili sos, jadilah ia sandwich.

SEJAK dua menjak I suka sangat masak sweet peas. Goreng ala kadar gaya orang malas pun dah OK. Kemanisan peas sama terserlah dengan kemanisan orang yang menggorengnya, hahahaha... jokinglah! Tapi takde gambar nak share.

Yang ada cuma gambar lauk kacang panjang menggerutu. Goreng lebih kurang aje kalau suka rangup bila dikunyah. Bunyi krap krup .. meriah taw.

Bukan kacang panjang biasa

NAK SAMBONG berleter (baru teringat). Orang kita bila cakap omputih kena perli, kena kutuk. Well.. dah bahasa tu bukan bahasa kita, so what? Untunglah dapat juga AWAK (bukan awak yang membaca entry nih) paham dan tak perlu mengheret juru bahasa.

Saluran CCTV ada menemu-bual sorang AMOI dari negara DIA. Ada PhD lagi tapi bila bertutur BI, bunyinya OMG! and yet she was being asked about our missing plane. Didnt help at all! Buat telinga sakit sebab terpaksa kuak2kan telinga, haha..

And last but not least, kalau ada peluang nak aje I beritau Masterchef OZ yang sorang tu. Kita sebut belacan as BELACHAN bukan BELAN-chen, fehemmmm??

Note: tengah geram sebenarnya nih so takdelah nak proof read TAPI mood tetiba melompat2 kijang sebab Ndja datang bawak nasi dan bermacam2 juadah. Alhamdulillah n may Allah bless her always. Muah..

.

Tuesday, 18 February 2014

Just my 5sen bicara ...

Assalamualaikum ...

Tersenyum simpul sambil menaip. Senyum sorang diri pulak tu. Macam orang tak berapa betul tapi senyum sorang diri dapat pahala tak?

Semalam I masak lemak nenas + ikan kurau masin. Selalunya I tak bubuh garam sebab kemasinan ikan tu akan turun kekuah tapi semalam something went wrong, sampai kemalam kuah lemak tu tak juga masin. Pendek kata tak ummphh..

Lauk tu masih berlebih so pagi tadi I hangatkan (bolehlah makan masa lunch nanti). Hidupkan api I terus keruang tamu hantar msg pada Ndja.

Tetiba aroma lemak2 hangus masuk kehidung.. Ehh.. sedapnya bau? Pepagi lagi jiran sebelah dah masak, rajinnya? Masa tu jugalah terdengar kreek...kreek... Macam tau2 aje, melompat kijanglah jawabnya.

Dalam masa <> 2 minit, kuah lemak dah kering dan tepi periuk pun hangus. "Kecik jadi kawan, besar jadi lawan". Salahkan diri sendirilah, takkan nak salahkan api?

ANYWAY, tak lama lagi Ndja akan jadi jiran ketat I. Dia akan pindah semula kerumah yang ditinggalkan lebih sedekad. So hari nih ramailah pekerja yg datang buat tu buat nih. Drill dinding depan, dinding belakang. Pasang lampu, kipas angin etc.

End up I akan terima 1 unit aircon dan 1 unit esbok FOC. Part aircon tu I tak berapa keen tapi dapat esbok, that I like. My 2nd esbok yg rather small tu dah diniatkan untuk seseorang. Tu pun kalau dia nak.. Kalau tak nak, I simpan baju dalam tu, ok tak?

SEJAK ceburi dunia blogging, I perasan ramai orang Msia berkahwin dengan orang asing dari luar negara. What if jodoh anak I pun begitu juga, apa perlu I buat? Adakah I akan terus setuju dan merestui niatnya?

Perkahwinan dengan orang jauh, pertama sekali memakan belanja yang banyak. But first n foremost bab ugama wajib diambil kira dari yang lain2nya. Tukar ugama semata2 kerana kahwin? Well... tapi kenapa tidak. Semua tu diluar kawalan kita.

Seingat I, masa my kakak berkahwin dengan orang asing 1Msia, my father beri pra-syarat. Jadi orang Islam dulu selama setahun pastu baru boleh kahwin. Part berkhatan I tak ingat, hehe..

Would I do the same if D or T were to marry a foreigner?

Maybe I akan ikut (accordingly) pra-syarat yang my father buat ditambah dgn satu syarat lagi, haha..padan! Mesti belajar cakap Melayu bersungguh2 dulu sebab mak mertua (I ler tu) tak reti cakap omputih. Selalunya bila pempuan Melayu berkahwin dgn orang asing (English bukan bahasa ibunda), kenalah dia bersusah payah belajar bahasa the other half. Bagus memang bagus tapi macam tak adil pulak.

SEMALAM I tengok drama Melayu mengesahkan satu keluarga yang sangat moden tapi bila anak2 memanggil emaknya MAK (bukan mummy), I terus terkesima. Sukalah maknanya tu..

Zaman I dara sunti, buat pertama kalinya I dengar my kakak angkat @ a newly mum membahasakan dirinya MAMA pada baby. My father (yg moden lagi open minded) somehow tak gembira dgn panggilan tu tapi kita tak pernah pulak tanya kenapa.

Sebenarnya, apa yg my father 'tak sukakan' tu dah tempias kat I. Perasan tak ramai anak2 Melayu yang dah bermummy dan berdaddy wpun emak ayahnya SAH orang Melayu? Kalau emak atau ayahnya tu memang omputih, makes sense jugaklah.....Oooops!

HAVING said that, janganlah pulak ada yang geram, marah dan kecam dengan statement I kat atas tu. I know pilihan memasing, suka hatilah. To each his own. Apa pun, tu hanyalah pandangan sikolot nih semata2. I nih moden gak dan quite open minded tapi bab yang satu nih, memang dapat 'alahan', haha..

PERIHAL 4 beradik yang macam tak reti becakap Melayu mentang2 dah lama duduk diluar negara. Tu satu lagi hal. Dah memang emak ayahnya orang Melayu sejati, kenapalah tak cakap Melayu dengan anak2 bila dirumah?

CONTOH terbaik ialah Anita S. Lama dia duduk U.S. tapi masih fasih cakap Melayu. Satu lagi contoh terbaik juga ialah perihal sorang blogger nih. Dia orang utara berkahwin dgn foreigner bukan English. Anak2nya fasih bercakap 3 bahasa. Cakap Melayu slang utara lagi. Dia ajar anak2 cakap Melayu supaya anak2 boleh bertutur dengan MakToknya. Baguskan?

AKHIR kalam, sepotong pemanis untuk you ...


.

Wednesday, 12 February 2014

WW = wholesome words (for SR)..

Assalamualaikum ...

SELALUNYA sebelum publish a new entry, I akan jawab komen2 peminat setia terlebih dulu. Mesti hargai mereka yang sudi mengomen tak kiralah samada mengomen sebab teruja giler nak komen atau berdasarkan faktor kesian pada I siyatim piatu beranak dua nih, haha...

TAPI kali nih, I nak publish new entry dulu pastu baru jawab komen entri sebelumnya. Kali nih aje I jaaaa-at ok?

Sebenarnya I takde masalah menjawab komen sebab yang sudi mengomen tu pun tak ramai namun nampak gayanya, silent readers yang tersangat silent boleh tahan ramai singgah kesini. Tak teringin nak menegur I ke? Pada yang sudi kenalkan diri, timakasih daun keladi.

Apa pun situasinya, harus mengalu2kan kesudian mereka dengan ucapan terima kasih (at least) makanya sekarang I sangat berbesar hati ingin berTERIMA KASIH pada para pengunjung/pembaca budiman sekelian.

SIKIT masa dulu, kotak komen Al-kisah memang agak meriah dam-dam-doom tapi apakan daya, sejak kebelakangan nih ramai dah beralih arah keFB/IG dan ada gak terpaksa 'gulung tikar' sebab mojo berkarya dah ditelan sigagak hitam! ekekeke... (ngejek gaya devil).

LATELY sejak guna hp yang agak pintar lagi berwawasan (hand-me-down jer) maka boleh dikatakan bersemangat jugalah I ngendeng2 FB berbanding bila guna netbook dulu kala (masalah 'adobe flash player' tak boleh didownload' wpun dah 18K kali didownload), so now bolehlah tonton n dengar video2 berilmiah (dan tak berapa ilmiah juga) dengan selesa.

I belum kutuk silent readers, kan? Jap lagi I kutuk eh?? haha..

Silent readers boleh menjadi parasit pada sesuatu blog. Parasit yang boleh merundumkan semangat/mood berkarya dan secara tak langsong memaparkan diri sendiri sebagai kurang berhemah atau kurang sopan, hehe...

Kat atas tu bukan I yang kata namun tulah yang terkeluar dari 'mulut' sorang blogger yang gah. Bila dipikir2kan, betul juga apa yang dikatakan tu (sehingga dia tutup blognya ketat2 dan bukak blog baru khas untuk peminat/pembaca/pengomen setianya aje).

SEBENARNYA I pun dah terikut2 jadi silent reader (kerana beberapa faktor). Bila diri sendiri yg jadi silent reader, terus ada alasan 'beberapa faktor' ek?. Well.. manusia memang macam tu, tak gitu?

ANYWAY, I nak bitau 1 rahsia that I am a stalker of IG (D tolong registerkan tapi dah lupa PWnya so takat skodeng2 ajelah). Siapa yang I stalk? hehe.. that would be my secret, takkan nak bitau, kaan?

Alahaii...cepat betul dah pukul 12. I baru nak warm up namun terpaksa menonong kedapur menyambut lambaian periuk dan kuali. Cuaca hari nih sangatlah mencabar. Nampak gaya masak 1 lauk sangatlah dialu2kan ...

AKHIR kalam, selamat mengesat keringat!
.

Tuesday, 12 March 2013

Dilemma ...

Khamis nih ada jemputan kawin, venuenya jauhlah juga tapi bukan diKL. First thing terpacul diminda "baju liplap mana nak dipakai" walhal bukannya takde baju yang boleh dipakai tapi tulah pempuan, kan?. Sigh...

Sejak tak berkarier lagi memang tak buat baju kurung secara pukal yakni hantar selonggok kain ketailor. Bila raya barulah beli atau buat sepasang dua maka bilangan terkini baju kurung dalam gerobok memang sangat terhad disebabkan (juga) gejala mengembang! Sedara cendawan kekdahnya, har3.

But seriously, nak pakai baju mana? Semua yang ada dah puas dipakai. Sempat lagi tak kalau baru sekarang terhegeh2 hantar kain ketailor??

Bab baju satu hal, bab kasut pulak another hal. Tulah kalau beli kasut tak ikut bidalan orang tua 'alah membeli menang memakai'. Pengajarannya, jangan percaya pada keikhlasan kasut yang lama tak dipakai.

Hari2 biasa untuk kesana kesini I guna sandal hitam yang selesa empuk, sesuai dengan umur dan 'BMI' *helppp!!!*. Untuk kemajlis, I ada 2 kasut fevret tapi disebabkan jarang kemajlis sosial maka kasut yang 2 pasang tu jarang2 dipakai (sambil mengharapkan kasut2 tu bertahan hingga kehujung nyawa, heheh).

Kot ada sesape nak belikan I kasut atau handbag, perlu ingat (haha), I suka warna hitam aje tapi bab dalaman kecik2 tu, black is a no no! Tak sker rona hitam takut tak perasan kutu beras sembunyik kat situ, errkk ... kena gigit kalu? haaa....

Nak dijadikan cerita ...
Last Dec masa my nephew kawin, I pakai one of the two kasuts harapan. Dah kata emak sedara pengantin maka I was quite busy menyambut tetamu. Dah banyak jenjalan kehulu kehilir, I berkeyakinan kental bahawasanya lelemak dikaki dah terbakar sebab tetiba kasut rasa longgar, tup tup ...

Tup tup tepi kasut dah terkopak!  Hei Salvatore, apasal you tak guna gam gajah masa menampal kasut I? (Salvatore katanya? ngeh3).

Nasib baik my adik angkat ada selipar seret pergi pasar dalam keretanya. Kehulu kehilir dengan selipar seret tu, hilang terus keanggunanku, ahaks.. Nasib baik kat majlis sendiri, taklah malu sangat.

Kejadian kali kedua sama halnya kat majlis kawin juga. Tetiba kasut yang dipakai dah tak mencengkam lagi, menciiiii menciii menciii! So todate ada 2 pasang kasut purba awaiting to be sent to cobler (tapi macam malaslah nak panjangkan hayatnya, beli baru lagi afdal, betul tak?).

Anyway, kemana tumpah kuah kalau tak kenasi, kaan? hehe.. takde kena mengena dengan kuah atau nasi tapi yang bestnya hal yang sama menimpa T bila dia pakai kasut kesayangan yang lama tak dipakainya kemajlis kawin.

Pelik bila tengok T berjalan sopan lagi santun ala orang Jepun berterompah berkimono bagai sambil senyom simpol, rupa2nya her stiletto sudah terkopak big time (nasib baik ada spare kasut ala nyonya dalam kereta, keh3).

So pengajarannya disini, jangan sangka kasut yang jarang dipakai elok tersimpan dalam kotak tak buat onar pada tuannya LAINLAH macam kawan I yang sorang dua tu, kasut kawinnya masih intact w'pun umur perkahwinannya dah berdekad. Cayalah..

OKlah, dah tiba masanya I bercengkarama dengan hasil laut dan hasil tanaman didapur sana. Untuk pembaca budiman, I hidangkan semangkok sup sayur-tauhu-bebola ikan ...



Sila kongsi reramai jangan berebut2. Kalau sedap jangan suruh I masak lagi tapi kalau tak sedap, diam2 ajelah ehh?
.

Tuesday, 19 February 2013

Ebony n Ivory ...

Ebony And Ivory Live Together In Perfect Harmony ... sepatah kata Paul.

Lagu Ebony n Ivory ditujukan khas pada para cicak seantero dunia dengan ucapan "berhemahlah bila melepas".

3 hari 2 malam di RD sekejap benar rasanya. Masih ada 2-3 kerja yang belum selesai. Salah satunya kelepet hem dan jahit jelujur langsir yang terover labuh. Terlepas pandang masa belinya dulu. Tulah banyak sangat pikir pasal BR1M kot? errrk...

RD ditinggalkan tanpa caretaker tapi sepupu TB yang duduk berdekatan tolong tengok2kan juga. Kita tak nak menyusahkan dia tapi dia berbesar hati nak tolong. Alhamdulillah.

W'pun rumah bertutup rapi dan jauh dari habuk jalan raya, rumah tetap berhabuk juga ditambah dengan 'habuk' dari serangga cenonet yang dah mati bergelimpangan dilantai. Tak sukalah tengok hitam2 kat lantai sebab nanti I jadi nervous :-(

Bab mengemas, I tak boleh take the credit alone sebab TB tetiba tersangat rajinlah pulak esp menyapu daun2 kering, bersihkan keliling rumah dan apa2lah yang patut a man of the house buat. Dia siap beli boot rona hitam ala PhuaChuKang bila melawat kawasan, haha.. Bersemangat!

Semua kerja dibuat with pride and joy tapi ada satu kerja macam dah naik hangin bila nak membuatnya iaitu bersihkan 'ebony n ivory' si cicak & the gang. Paling tak tahan bila ada kes cirit dimana hasilnya terpalit kelangsir dulu sebelum splash kelantai. Satu kerja pulak kena turunkan langsir dan basuh, huwaaa...

Surat layang untuk cicak & the gang: Saya paham bukan manusia aje boleh kena cirit bila tersilap makan, awak yang berdarah sejuk tak terkecuali tapi tolonglah lepaskan kat tempat yang sesuai sikit, boleh ke? Bila makan serangga kunyah betul2 supaya cepat hadam, jangan main telan aje. Tak payah makan buah w'pun banyak bitamin sebab buah2an tu sejuk tak sesuai kat perut awak yang sedia maklum berdarah sejuk.

W'pun ebony n ivory cicak tu kecik aje tapi bila come in contact kat tangan masa mengelap, terasa cam mengelap kumuhan gajah pygmy penuh satu tapak tangan. Kalau hasil cirit splashed kat lantai dah kering, terpaksalah direnjis dipilis sekitar mendealah tu kasi lembap dulu then only baru dilap bersih. Satu kerja pulak kan?

Dugaan dari cicak2 tu tak sebesar mana pun. Bring it on cicak, haha.. Dugaan untuk I dapat pahala lebih kekdahnya tapi tetap mengucap panjang bila cicak & the gang buat onar kat water dispenser. Geli punya pasal terpaksalah ditutup segala lubang dengan tuala esp bila dispenser tak digunakan dalam kadar waktu yang lama.

Cold n hot water dispenser
The 1st item yang TB pasang di RD even before us humans moved in. Pasang dispenser tanda kasih pada BIWI dan juga untuk menyenangkan diri sendiri buat minuman bebila dia suka tak kira masa.

Hidup TB !!
.

Monday, 18 February 2013

Hari yang suam2 kuku + sesejuk hidung kucing ...

Dari semalam paksa jari jemari menari2 atas kibod namun 2 entri yang dikarang tu masih tak cukup masam manisnya lagi. Seperti biasa, ia menjadi rezeki 'draft' yang kian mengembang. Apa ajelah yang ada dalam draft tu sampai tersimpan sebanyak 290 unpublished entries? Kena buat spring cleaning nampaknya nih..

sembunyi belakang langsir ala dara pingitan
ketika ketandusan modal berkarya
walaupun
.
.
sepinggan mee bandung
dah selamat dislurp dengan jayanya
alhamdulillah 
 
(leftover) mee bandung for breakfast

Mood sebelum pukul 11 pagi adalah suam2 kuku + sesejuk hidung kucing UNTIL dapat bil letrik yang membawa perkhabaran menyenangkan hati jantung paru2 dan limpa! Cukup bahan untuk buat sambal goreng tu, heheh ..

Selama nih rasa 'bercinta' bila bayar bil letrik sebab amaunnya macam tak masuk diaqal tapi tetap juga dibayar takut letrik kena potong (kang tak dapat tengok drama kat tivi guna rice cooker untuk masak nasik, kesian TB bila dia tak dapat makan nasik fluffy2, kaan?). Having said that, I masih reti tanak nasi tanpa guna rice cooker, percayalah.

Duit rakyat marhaen dipetik dari rumput dan lalang kah?

tepuk tangan sambil lompat kijang

Dah tengahari tapi jari jemari masih mematuk kibod dimana sepatutnya I dah mula menumis as by 1pm TB got to have his lunch before he goes off to work at 2pm.  Kejap eh TB, kejap. Ada satu dua line lagi nih ... jaap!

Masa kat RD beberapa hari lepas, kita singgah diBemban beli buah2an segar ...gitulah yang didakwa oleh penjual aka tuan punya kedai. Since then, kami dah naik syok dengan buah jambu nih ...

Jambu madu namanya ke? Rangup & manis
Sekilo RM9 di Bemban tapi diTaipan harganya RM8.50. Terheran pulak.. patutnya harga diBemban lebih murah dari kedai diTaipan. Hmmm...

Ubi rebus

samtum bilis
 Dikedai yang sama beli jambu, I beli ubi kayu tapi tak taulah pulak ubi tu ubi kuning. Empuk memang empuk tapi agaknya dah tua sikit sebab berserat. Ubi rebus sebagai sarapan masa diRD, cicah dengan samtum bilis. Juling mata kejap, heheh .. (konon sedaplah sangat samtum bilis tu hingga juling mata, kah3).

Ooops.... TB dah sound lembut gigi dari lidah "dah pukul 12 you tak masak?.

OKlah gtg now, masa untuk berkhidmat ...
.

Friday, 1 February 2013

Dah bulan dua?? ...

2 hari lepas I jadi mak andeh jadian sebab mati2an menyangka hari tu 31hb (padahal baru 30hb). Kalau dah 31hb, esoknya mestilah 1hb, kaaan?? Sedar diri hutang bank kena bayar 1hb, I tak berlengah lagi. Nasib baik bank kat belakang rumah aje, hehe.. (bank dalam rumah means something else, ya tak?). 

I pendek langkah sejak T bawak kereta balik kemarkas maka aktiviti seperti JJCM/JJCL terhenti tanpa rela. Nasib baik D ada kat rumah masa I terdesak so kenalah dia jadi supir mem. I boleh aje guna kereta dia yang manual tu tapi masalahnya, I dah LUPA camana nak gohed gostan guna clutch brake henjut2 kaki kat bawah tu, haha.. Hebat tak hebat tu, boleh lupa? Kadang2 heran juga camana I boleh pass driving test sedekad yang lalu.

You tanya how come baru sedekad bawak kereta sedangkan I dah masuk kategori keemas2an? Boleh tak kalau tak tanya? *sambil cekak pinggang* tapi takpe, it's just that Allah pinjamkan keberanian terlewat sikit pada I, alhamdulillah.

I think dalam kelas memandu tu, murid yang paling 'matang' adalah I, hehe .. whereas yang lain2 tu mostly budak hingusan lepasan SPM. Masa driving test, OMG! Ketaq lutut u'olls but I persevere, cewah. Bila dengar orang langgar tiang, aduhh! apa pulak I akan langgar nanti?

I masih tak puas hati sebab dapat kereta kancil buruk .. gear boxnya serupa gigi susu tunggu saat tanggal aje and yet kereta tu diguna untuk naik bukit dan buat 3-point turn. Ehh, diorang sengaja nak failkan I ke? Nasib baik test kat jalan raya I dapat draib Bentley, muahahaaa... (bayangkan rupa Bentley dah mengecut sekecut sekor kancil, har3).

TCTLSS, I passed with flying colors .... 1st attempt pulak tu, whoaaaa.... *so proud of myself*.  Berbaloi segala usaha dan lewat tidur malam kerana mentelaah buku panduan memandu dengan hemah, haha..

OK, jom balik kepangkal jalan.. cerita pasal pergi bank. Hutang yang nak dibayar tak banyak, lima ploh ringgit aje. I tak anggap I berhutang sebab 50 ringgit ialah cukai perkhidmatan (CP) tapi perkhidmatan camana yang dimaksudkan tu?

Adakah CP kerana menyediakan kad kredit pada pelanggan atau CP kerana menggunakan kad untuk urusniaga? Kalau tak guna langsong untuk urusniaga, kenapa perlu bayar CP juga? I memang blur bab nih but now I am torn whether or not to continue keeping the card or cerai talak 3 aje, discontinued!

Tak memasal sedekah pada bank yang sedia kaya tu tapi sayanglah pulak sebab kad kredit tu ialah kad pertama I pegang sejak 1987 (AB sure tengah cari kalkulator nak kira umur I, kan??). Asal kad dari Southern Bank tapi dah bertukar keCIMB sejak depa berganding bahu. Sayang nak discontinue sebab jumlah had kredit sangatlah muai.

In fact I ada satu lagi kad kredit, dapatnya pun secara kebetulan masa I tuang minyak diPetronas. Orang tu kata kalau I setuju, dapatlah dia komisyen seketul dua. Alahai.. kesianlah pulak merayu2 cenggitu namun sebab utama I setuju kerana yuran tahunannya percuma, hehe ,,,

Berkat 'kesian' punya pasal, kad yang dimaksudkan telah membuat amal jariah membantu seseorang yang sedang dalam dilemma dan pada masa yang sama kesempatan wang ringgit.

Masa nak masuk bank, ada sorang budak pempuan beri salam. I sambut salamnya dengan senyuman agak manis dan terus bergegas kedalam bank. Masa keluar dari bank, budak tu datang dekat sambil tunjuk apa yang ada ditangannya dan blablabla menerangkan sesuatu ..

Dah selalu sangat tengok orang2 berkenaan tunggu diluar bank dan dah banyak kali kena approach tentulah I dah faham tujuan budak pempuan tu tapikaaaan, hati I adalah sangat jaaaaa-at masa tu. Astarghfirullah ..

Sebelum menghulurkan apa2 yg patut dihulur, I adakan Q&A kat budak pempuan tu dulu. I tanya macam2 dan jawapannya: umur 22 thn, tak belajar, tak bekerja dan buat kerja amal tu tak dapat elaun. Datang all the way dari utagha naik kereta dgn kawan umur 25 thn. I tanya kawan lelaki ke pempuan? Pempuan katanya.

I bercakap as if she is my own daughter dan I sorang emak yang sangat perihatin dan risau tentang keselamatan bila anak dara berjalan jauh dari pandangan mata. I kata tak payahlah datang jauh2 kesini (Sgor) buat ajelah kerja amal kat tempat dia aje.

Sepatutnya bubuh sekali nama Pengetua dan no. mykadnya
Baguslah kalau takde unsur penipuan tapi yang nak menderma perlu diyakini dulu almaklum sipenderma pun nak pahala juga. Kalau hati berkata2 takde gunanya but having said that (menurut ustaz ditv), niatkan saja untuk menderma tak payah susah berfikir samada ada penipuan atau tidak.

Tetiba cerita pasal semua tu walhal pada mulanya nak cerita pasal pembantu rumah (even though I aint got no maid).

Oh ya, wajib tunjuk salah satu lauk untuk dinner pada malam bulan mengambang pakngahlah balik, hehe..

masak lemak kobis.. suka tak dengan prop itew? haha..
Lemak kobis yang simple nih dah jadi kesukaan keluarga. Baguslah, I pun senang hati sebab nak buatnya senang, sambil terlelap pun boleh siap, heheh.. 

OK then, hari nih cuti hari Wilayah tapi atas pujukan sidara, I terpaksa temankan dia ke KL. Macamlah kat this side of our world takde baju yang cantik2, kena pergi KL juga?? Haishh... Dahlah nak keKL tu macam nak keParis (pada I laaa...).

KL tu jauh sangat laaaa.... apa pun diharap keadaan kat sana tak bersesak2. Diharap semua orang KL tidur sampai malam, harharrrharrr  (gelak evil knieval kekdahnya nih).
.

Wednesday, 30 January 2013

Etika membeli sotong ...

Hujung bulan nih penduduk setempat akan berentap perasaan samada nak berbelanja diGiant atau tetap setia bersama Mydin. Purata harga barangan Mydin adalah lebih murah dari Giant (tak boleh beri contoh pasaraya yang lain sebab tayar kereta 4 ketul I tak berdaya berpusing ketempat lain).

Strategi pemasaran katanya maka Mydin bertindak bijak even before bangunan Giant siap dibina. Bagian dalamnya dah dibuat overall make over, dah dibanyakkan lagi tempat makan dan kedai2 menjual segala manikam.

I paling gumbira bila tempat letak kereta seluas padang bola dah ada bumbung. For sure bumbung tu dibina khas untuk puteri lilin dan bonda memasing ie untuk kita2 yang diva divot nih laaa agar mekap tak cair dan tiak menten kering, ngeh2.

KeMydin semalam berbelanja ala kadar aje almaklum mem belum dapat gaji lagi. Sebelum tu pekena roti nan & tandoori ayam sekali lagi. Makan tak ingat dunia tapi bila jarum penimbang tak bertimbang rasa naik mencanak2, penimbang tu pulak disalahkan nanti. Nilah manusia, pandai aje menutup kesilapan sendiri dan menyalahkan benda atau orang lain, ek??

tanglong merah (1Msialah katakan)
Pernah tak terbaca tanda amaran diletak pada tempat menjual udang melarang kita menanggalkan kepala udang dari badannya? Lately such warning tak nampak lagi mungkin overall pembeli dah bertaubat tidak melakukan kerja tak beretika tu lagi ...

Semalam I jadi saksi kerja tak beretika sorang achi tu. Selamba dek aje dia cabut kepala sotong dari badan sotong. Muka dia seinesen mencabut akar taugeh. I berani menjeling aje tapi tak berani nak menegur w'pun skrip drama sebabak dah siap tepi bibir ..

I terus beredar menyusur tempat jual timun, berhenti kejap bila dengar leteran pekerja "kalau saya jadi pelanggan saya komplen.. tengok timun2 nih kotor tak dibasuhnya dulu". Dah dia mengadu domba kenalah I tunjuk simpati "ha'ah kotor masih ada tanah lagi" maka teruslah ambik peluang beritau dia pasal skandal achi dan sotong.

Diharap pihak pengurusan buat papan tanda besor2 kat tempat jual sotong dengan kata2 nasihat lebih kurang cam nih "Puan2, nyonya2 dan Achi2 sekelian, sila ambil perhatian ..1  kilo sotong cukup sifat harganya RM17. 1 kilo sotong tak cukup sifat harganya  RM27++. Sekian terima kasih".

Teringat perihal anak sedara TB yang suka makan sotong tapi dikuis kepala sotong ketepi pinggan. Dia macam tu sebab imaginasinya sungguh liar masih teringat2 kepala sotong Davy Jones dalam Lanun dari Caribbean. Dasyat betul imaginasi dia...!

P/S: kepala sotong berpindah kepinggan kakak angkat Jack Sparrow almaklum harga sotong bukannya murah, khaan?

Masa di RD baru2 nih, Mem masak yang simple2 aje sebab beliau dalam mode bercuti atas gunung Ledang memutih bersalji salju ...

mee goreng air tangan sidara yang tak suka bubuh berpelepah2 sawi

mee rebus from scratch.. mem rajin kan?
Mee rebus tiru resipi A.Satar. Resipi guna tauco tapi terlupa bawak. Kalau cukup bahan mungkin rasanya meleTOP kot? Boleh bukak warong mee rebus bawah pokok derian, yesss..

2 kali masak NGUK...
Takde siapa komplen dan semestinya jangan ada komplen bila mengadap rezeki. Sedap makan banyak, tak sedap makan sikit.

Tu aje ceritanya ... jom JJCL jom?
.

Wednesday, 9 January 2013

PR, RD n BO ...

PR @ BP ..
Dessert pertama awal tahun ialah puding roti dimakan bersama sos kastad. PR tanpa kismis atau bahan lain yang menyibuk semasa mengunyahnya. Terpaksa akur dengan permintaan sisweet tooth dan buatnya kali nih betul2 mengikut telunjuk resipi, vavava...

Lately I telah diberi mandat menyukat bahan2 yang bakal digunakan sebelum dimasak. Makanan seperti mee bandung, mee hailam, lauk lemak kobis, nenas, labu dan apa juga makanan kesukaannya. Selamanya I memasak ikut imaginasi liar dan naluri dalaman tapi tetiba disuruhnya menyukat2 pulak. Tension okay, boleh tumbuh jerawat batu!

Dah kata google ajelah apa2 resipi yang selambak kat internet tu tapi nehi katanya, nak juga resipi dari Umi wpun kerap mengomen masakan Uminya. Buang masa aje kerja sukat menyukat tu. Let's be spontaneous, barulah happening, hehe.. Apa juga resipi yang kita ikut, kesedapan makanan (apparently) terletak pada airtangan situkang masak.

Anyway, betul ke takde unsur derhaka pada resipi tu? heheh.. mau takde? Resipi guna 3 biji telur dan 5 keping roti tapi I kurangkan sebiji telur dan tambah lagi 3 keping roti. Gula dan susu turut diubah sukatannya mengikut 'rupa' puding roti yang belum dimasak. Kita buat dia kan?

My favorite 'retak 1000' baking dish. Awak ada?
Baked the bread pudding in my newly acquired convec./mw oven. Sharpie, oven yang lama tu dah koluinnalillah can't revive no more. Puas kita cari oven serupa Sharpie tapi hampa sehinggalah T mengesan dari internet oven tu ada jual kat Kots, SA. Dia berusaha kesana, buat pesanan serta bayar deposit sekali (stok tiba <> seminggu).

Yang kelakarnya (in wonderment to be exact), oven yang sama ada dijual diJaSaint. Oven yang T hajatkan sedang melambai2 kearah I dalam kedai yang sama semasa memborong barangan letrik untuk RD. I tak pikir panjang lagi terus sambar oven tu dan suruh T kensel pesanan yang dah dia buat kat Kots. Yang bestnya harga oven tu is cheaper by RM150. Alhamdulillah.

RD ...
TB kata minggu depan baru balik RD tapi tup2 semalam ajak balik untuk memantau projek menanam padi rumput keliling rumah. So orang pertama dan kedua yang perlu dimaklumkan akan pemergian kita ke RD mestilah H dan G (jaga kucing n hantar sokabar resp.).

2 minggu lepas kita upah jiran bubuh racun pada tumbuhan gelandangan, ahaks serta 'sabit' rumput dan lalang ..

The greener pasteur belongs to TB's cousin
I tak pernah sekali menyusur kat kawasan lapang tu 

I berangan Sherwood Forest, boleh?
Kisah 2 minggu lepas. TB bersemangat bersihkan tumbuhan gelandangan keliling rumah tapi lama2 macam takde aktiviti diluar tu, senyap aje. I tinjau bagian depan, kiri dan kanan rumah (takot gak kot TB kena kidnap dengan monyet) tapi rupanya dia kat belakang nun sana berbual2 mesra dengan anak sedara sepupu yang sedang membakar pokok kering dan melapangkan tanahnya untuk ternakan lembu.

Oh no!!!! Kalau dah bela lembu, takkan kumuhannya berbau harum selembut wangian Shalimar, kaaan??

BO ...
Apakah cara terbaik penuh hemah untuk beritau seseorang bahawa BO atau bau badannya berupaya menderitakan deria orang terdekat? Bila cakap beralas masih takde kesan positif, camana ehh?? Cakap straight to the point ajelah ek?
.

Friday, 30 November 2012

Tutup kotak komen (khas untuk Mulan) ...

Rasa sewonok macam nak rak bila sesekali ada yang sudi bertanya pada cik Thom camana nak buat sesuatu bende tu *sengeh lebor sket dari biasa*.

Rasa sewonok tu sebab berpeluang memberi munafaat pada yang lain, ehem.. wpun ilmu yang diberi tu 'peanuts' pada yang arif. Takat kongsi 'know-how' menutup kotak komen, kasilah kat cik Thom sebab tu aje yang dia tau, hehe ...

Pada MULAN, I harap you dah siap beli papan kayu cengal dan sedozen paku kalis karat. Dua benda nih aje yang kita perlukan untuk menutup kotak komen, heheh..

Memula you 'sign-in' then bergegaslah you keentry yang nak ditutup kotaknya tu ..

Klik  'pensil' ...
Then you'll see the familiar screen below ...

Klik 'edit'
Lepas klik 'edit' you akan keskrin masa mula2 mengarang entry dulu ... Alihkan mata kekanan sebelah bawah ...

Klik 'Options' then you scroll down ...

 ... hingga nampak skrin kat bawah nih ...

Klik 'Don't allow, show existing'
and scroll down n down till you see 'Done' 

Klik 'Done'
 ... and last but not least ...
  
 Klik 'Update', if not... a'haaa tak tau.. :-)

Rajah 3-6 dalam satu skrin. I harap ia memberi munafaat pada you wahai cikMulan...

Warning: Pernah terjadi pada you-know-who selepas menggodeh2 dengan niat menukar template, kotak komen yang telah lama ditutup kembali terbuka luas walhal dah ditutup ketat. Tersentap kejap bila terasa deruan darah naik kemuka, har3.

Pada sesiapa yang lebih arif tentang perkara berkenaan, sila tampil kedepan supaya kita boleh berkongsi ilmu dengan lebih mantap lagi.

Ralat: eja perkataan seronok, R diganti dengan W dikira wosak rosak bahasa tak?
.

Friday, 28 September 2012

999, penjara atau denda ...

1021am: Incoming sms 'talian 999 adalah utk kecemasan shj. Jika anda membuat panggilan palsu, anda boleh didenda, dipenjara atau kedua2nya sekali'.

Kalaulah boleh I jawab sms tu, I nak jawab "awak jangan nak ngengada eh? tapi awak macam tau2 aje yang kakak saya Teh pernah menyamakan saya dengan kenakalan FizzFairuz dalam iklan lapuran palsu ke999 tu tapikan tapiii .. dari mendail 999, lebih baik saya dail 1 tiga ratus 888 333 ke, 1 tiga ratus 30 555 ke ... lagi berpekdah".

(lainlah kalau memang betul2 emergency macam kecurian yang berlaku kat rumah my SIL 2 minggu lepas).

Agaknya kat penjara tu dapat makan cenggini tak?

Bfast hari nih
Bfast semalam
... atau nih?

Nasi ayam BikThom (pic taken from archive)

Since today is Friday dan kebetulan pulak The Boss kerja petang maka haruslah the so-called isteri mithalinya menonong kedapur menyediakan apa yang patut sebelum The Boss kemasjid dan keofis. Jangan tekun menyusur blog orang aje *geleng kepala*.

Ekceli kalau nak ikutkan hati, memang tak boleh berenti selagi article yang ditaip tak mencecah 3000 perkataan, kaan?

Jumpa lagi insyaallah ...
.

Wednesday, 1 August 2012

11th & 12th Ramadhan

Menurut ustaz A, makruh menampal atau tunjuk gambar makanan (diblog/fb etc) dalam bulan Ramadhan kerana ditakuti boleh menjejaskan ibadah puasa. Maka pada sesiapa yang mungkin cepat tergoda dan rapuh imannya (macam I masa kanak2 dulu), sila jauhkan diri pada siang hari dari menyinggah blog yang menyajikan apa juga jenis makanan. Jika 'jihad nafsu' tak dapat dilakukan, lawat aje sebelah malam selepas berbuka puasa.

Adakah pergi kebazar Ramadhan hukumnya juga makruh? I pernah jumpa mantan imam besar masjid negara pergi kebazar Ramadhan juga. Tentunya dia peka dan arif pada hukum hakam.

Nota: Makna makruh ialah dibuat tidak dapat pahala, ditinggalkan tidak berdosa.

TERSEBUT ADALAH PANDANGAN/PENDAPAT DARI HAMBA ALLAH YANG LEMAH LAGI DHAIF INI.

11th Ramadhan
Ndja datang kerana ada appmt dengan kontraktor. Masih tak siap2 lagi mini reno. rumah dia tu. Dalam perjalanan lagi dia mintak I oderkan 3 keping murtabak daging tapi sekeping tu 'kurangkan daging', untuk dialah nih. Sekeping lagi untuk abang no. 1 (but 3rd in line to the throne, ahaks) dan sekeping lagi untuk yang tolong mengoder, alhamdulillah.

Dah dapat murtabak free, I masak mee goreng aje untuk berbuka. Lauk sahur dan bekal TB keofis kononnya nak masak nasi ayam tapi tetiba majik jadi sup sayur dan ayam goreng aje. Tulah bekal TB bersahur kat ofis. Selepas berbuka lebih kurang dirumah, Ndja ajak D & I berbuka diluar tapi terpaksa tolak pelawaan sebab I dah kenyang dan masih ada 1 lagi misi yang perlu dithelethaikan.

simple mee goreng takde siapa akan terliur
Ndja juga bawak buah tangan hasil jalan2 makan angin dibumi Eropah baru2 nih. Among other things mestilah tea towels n fridge magnets. Buah tangan dari Teh masih belum diambik dari rumahnya. Seganlah pulak w'pun dia dah suruh ambik. Teh lupa adik dia nih pemalu kot? heheh..

Ndja sempat jugalah bercerita lebih lanjut tentang percutiannya. Ada 2 insiden berlaku: 1. Dua hari tiba di Lyon, dia dikejutkan dengan berita adik iparnya meninggal dunia. 2. Semasa di Italy, pencuri bertaraf pro telah menyeluk poket baju suaminya. Gone euro400. Dan yang paling heran bila pencuri pro-sak tetiba memulangkan wallet Ndja sedangkan wallet tu berada dalam handbagnya (yg dipegang erat).

Suami Ndja kata tentulah pencuri pro-sak tu pulangkan wallet sebab dia dah kebas euro400 tapi wallet Ndja ada duit juga (dan dokumen penting lain). Apa lagi nak kata, dengan berkat doa, Allah permudahkan urusan dan dijauhi dari bahaya. Yang hilang tetap hilang, takde rezeki kekdahnya.

Modus operandi: Berkumpulan - lelaki, perempuan n kanak2, berpakaian elok belaka almaklum 'pro', kaan? Mereka berkeliaran ditempat awam. Bila pelancong sibuk naik ketapi, diorang pun sibuk sama kengkonon makan angin juga. Ada yang peramah dan ringan tulang tolong angkatkan beg walhal pasang niat jaaaa-at, dush!!!

Selain pengalaman tak best tu, banyaklah pengalaman yang manis2 belaka namun Ndja kata 'I miss Malaysia' <- kih3...baru 2 minggu aje tu. Camana perasaan other Msians yang telah berhijrah kemana2 juga dibumi Allah nih? I think it's more on pilihan seseorang (dan ketentuan Allah). Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

Bila I dah berpindah ke JaSaint, I know for sure I will miss SJ/PJ/SA, my tiny abode, the surrounding areas but most of all I will miss ......... huwaaaaaa..... kenot sambung *sebak*.

12th Ramadhan
Seawal pagi terima sms dari adik. Bas sekolah anaknya terbabit dalam kemalangan membabitkan kenderaan lain juga dan menyebabkan kematian (orang awam). It seems bas sekolah yang my niece naik, brakenya tak makan (puasa kot?). Tangan kanan my niece terseliuh dan sikunya bengkak. Dia masih trauma sebab nampak mayat (a couple, isterinya mengandung). Tangan kanan sakit tapi esok dia ada trial PMR. Semoga dipermudahkan.

5pm: bitau TB I nak masak sup daging tapi dia tak nak. Pertama kali dalam bulan puasa dia bersuara nak makan kari ikan dan D teringin sotong masak hitam. I goreng ayam dan masak mee goreng sekali lagi.


Haaa...kan senang cenggitu? Selalunya TB kata masaklah apa2, tak pun dia kata 'masak nasi' .. pause 5 saat .. 'ikan goreng' .. pause 5 saat .. 'sayur'.  Selalu masak simple2 maka my bakat memasak tak berkembang biak kekdahnya.

Masak yang simple2 aje tapikaaaan, terlaksana juga projek keledek oren dijadikan kuih keria. Bab menyira memang fail but since it was my 2nd try, bolehlah tutup sebelah mata afterall takde mak mentua nak kasi markah pun, hehe.

Ada rupa tayar kereta Fred Flintstones tak?
Sira guna gula pasir+gula Melaka tu sebab dah jadi rupa 'gulab jamun'

Esok dah 13 Ramadhan... how can I ever forget what had happened on that day.. Do tune-in ..

Tuesday, 24 July 2012

4th Ramadhan ...

Memang afdal mata mengantok disorongkan bantal but it's not so in my case tonight. Instead of sondol2 kepala kebantal, I terus kedapur mencari belen pengat labu dalam esbok. Nak perhangatkan ke tak? Since m'wave dah rosak blink2 maka makan ajelah yang sejuk. Tak ketinggalan tuang jus oren bercampur air sejuk, 50:50. Diharap mata nih dapat bertahan sehingga entry malam nih sempat bertemu noktah, hehe..

I like!
DiMydyn sekotak jus 1L @RM4.20 tapi sejak dua menjak harganya jadi best inda world turun serendah RM2.99 maka terpaksalah I hangkut beberapa kotak, kan?. Harga kat Petronas RM4.50 tetiba rasa mahallah pulak.

Oh ya, sebelum terlupa, sebagaimana yang dijanjikan pada Ms T nun jauh di AS sana (bukan Alor Staq).

Tak sangka sedap!
Katanya kuah satay tapi boleh aje dibuat kuah rojak/pecal. 1st time beli terus jatuh cinta dan dengan halobanya cekut 5 kotak lagi to be given to all my sisters. Kuah kacang nih sesuai dicicah dengan tauhu, taugeh, timun, tempe goreng or what have you.

Hari kedua godaan LK tidak dilayan. Vavavaa! kental betul iman I ek? kihkihkih ... Ekceli niat tu sentiasa membara tapi I percaya my rezeki belum tiba lagi. Bila I dah set my mind to cook something for berbuka, D pulak ajak kebazar diPuchong. Kat Puchong?? Jauhnya?? Nehi, nehi..

So kembalinya D dari bazar, dia bawa balik 'roda hitam' yang sangat sedap. Bila dikunyah terasa slight crunchy on the outside n gooey2. Ngap ngap ngap like I cant stop ngaping. It is 'so ghostly', ekekeke..

selamba aje letak denderam atas kelongsong kertas
Apa agaknya juadah berbuka hari nih? Aaah...yang biasa2 aje. Kari daging+kentang, kacang panjang 'menggerutu' digoreng dan begedil ayam. Maybe masa sahur nanti I goreng keropok atau papadom saja nak memeriahkan rongga biar tak ngantok semasa makan, har3.

Nyummm ...
macam 'Stonehenge' .. hehe..

Guna bahan2 yg tak cukup syarat
Berita terkini dalam sokabar Star hari Selasa nih... Top 10 rude Malaysian habits. Jom sama2 kita hayatinya dan muhasabah diri, insyaallah.

memang menyakitkan hati!
 1. rude n unsafe driving .. changing lanes w'out indicating, tailgating n honking impatiently
2. not obeying signboards .. eating in LRT, lighting a cigarette in non-smoking areas, littering, parking in no-parking zones
3. snatching a parking lot while someone else is waiting for it
4. not giving up seats for pregnant women n elderly people
5. talking loudly on cellphones in public places n at cinemas
6. not holding open doors or elevator doors for people after them
7. not saying thank you when someone does something nice
8. inconsiderate practices .. leaving shopping trolleys in the parking lot, squatting on toilet bowls n dirtying public toilets
9. being late and last but not least .... any wild guess?

Assalam n  TTFN..

Friday, 13 July 2012

the Customer is always right?

The old adage “the customer is always right” is completely wrong. The reason is simple: customers lie all the time. They might lie to try and get a better price ... blablabla ...

I copied that statement from you know where and I tend to agree partially, though.

Betul, kengkadang pelanggan memang melebih2 pun, hehe.. tapi kalau pelanggan yakin dia benar, disertai  dengan bukti kukuh lagi sahih maka perlulah dia go all out menegakkan kebenaran w'pon pihak penjual kata "tak boleh - prinsip syarikat kami".

Kalau senarionya begitu, apa perlu kita buat? Keluarkan pedang samurai, kah? Ehh.. takyah keluarkan pedang, kita keluarkan lastik burung aje dah cukup, heheh.

1Msia tau setiap minggu I memborong segala jenis manikam dari Mydyn sementelah ianya terletak beberapa pelaung aje dari rumah. Dalam pada tu, I juga cuba menaikkan ekonomi pekedai2 kecil dan mini market disekeliling kawasan rumah. Rezeki diagih2kan kekdahnya ..

Bukan tabiat I menyemak semula resit selepas membeli barang2 sebab I percaya pada pekerja dan alat scanner yg digunakan. T sorang aje yang rajin menyemak resit. I akan rajin 'menyemak' resit hanya bila TB turut membeli barang2 yang memang sah dari bajet dia seperti kopi jantannya *auww*, makanan kucing n snacks. Tu pun I akan ambik masa 2-3 hari untuk menyemak. No hurry whatsoeva!

Tujuan menyemak tu sebenarnya untuk mengira berapa banyaklah TB 'hutang' I. As it is, grocery shopping dah siap ada bajetnya sendiri (dari TB jugaklah khaan?) so kalau tiap minggu TERguna my bajet yang tersedia dalam genggaman, manalah nak cukup beli ayam itik unta bagai, kan u'olls kan? Tu belum sebut jjcm/jjcl lagi tu, hehe..

Alkisah nak dijadikan cerita dalam blog ...
6/7 beli cat food tapi ada pkt kecik 1.4kg aje so I beli 2 pkt
9/7 beli 2 pkt 3.2kg (tiap minggu memang beli 2 pkt)
11/7 barulah menyemak resit sbb nak claim 'hutang' dari TB, then barulah I perasan ..

Whoaa!! double scan meh?
12/7 keMydyn menuju terus kepejabat customer service untuk membela nasib kekdahnya. Berjumpa cikEla maka I segera blablablaa tapi katanya mahaplah sebab I tak datang mengadu kesilapan teknik pada hari berlakunya kejadian. It seems bila ada kesilapan 'double scan', berita gumbira tak berpihak pada pelanggan. Bravo kan? namun perjuangan belum selesai ..

I jelaskan lagi kat cikEla dengan FAnjang lebar .. bukan habit I menyemak resit tiap kali I mengayakan berbelanja diMydyn. Setiap minggu I berbelanja kat situ dan setiap minggu juga I beli makanan kucing. Betul, I tak bawak bersama 2 pkt cat food yg dibeli sebagai bukti. Wajah cikEla umpama tertulis 'no way jose' until I kata "kesilapan pekerja you tapi I pulak yang rugi? takperlah, I sanggup jumpa Datuk" <-- vavava...cik Som tunjuk setitik bakat ganas terus nak jumpa owner Mydyn? hehe..

CikEla terus excuse herself masuk bilik jumpa boss dia, En.Wan diberi nama. I suka gaya En. Wan melayan pelanggan. Dia ada what it takes to make a pelanggan feels a customer is always right. I like! Gaya dia macam KJ, auwww...

OK, TCTLSShort, mereka 'bermurah hati' beri I cash voucher berharga RM24 which I have to redeem on the same day. So, what do you think I bought? I bought another pct of cat food and this time I dont have to semak2 resit for I know exactly what to claim from TB.

Oh ya.. SATU FAKTA terlupa nak tulis... I did tell cikEla n En.Wan, kalau tak percaya atau sangsi dengan kata2 I, sila rujuk pada inventory makanan kucing. Semaklah berapa peket stok baru masuk vs berapa peket yang dah dibeli pelanggan.

Akhir kalam, since TB dah kembali sihat, maka JJCM bersamanya resumes, alhamdulillah (sebulan I jadi hambaAllah yang penyabar taw).

Friday, 11 May 2012

Sindrom apakah dan musykil ...


2 hari lepas I sangat memanjakan diri mentang2lah TB was on leave. I kenyit dia, dia kenyit I. Dia kenyit I, I pun lagilah kenyit dia sampai dua2 kelopak mata terus tertutup rapat, ekekeke. Bila dah kenyit mengenyit, hasilnya 2 hari berturut2 kita berdua duduk sekerusi semeja menikmati hidangan tengahari sambil suap menyuap persis pengantin baru Awal&Scha, auwww...

Disclaimer: Tak berlaku babak2 romantis tapi part makan2 tu sah nikmat, hehe..

Masak for dinner pun ala kadar aje wpun esbok/freezer dah dipenuhkan dgn bahan2 basah. Alasan yang munasabah "kita dah makan sedap masa lunch maka dinner nanti makan yang lite n easy ajelah ehh? Ekceli I nak BW dan juga nak update bloglaa..., hehe".


Prawns rule, ahaks.
 My abang (no. 5) macam heran jer bila tau I ada ramai kenalan alam maya, some of whom I dah berjumpa mesra dan selebihnya masih rasa malu2 kucing nak berjumpa (belum ada jodoh lagi kot?). Yalah, dah I tak bekerja, chances of meeting new acquaintance mestilah terhad esp knowing adik dia yang musyuk2 sorang nih tersangatlah anti-sosial.

Tak berapa tepat kalau mengaku I nih tersangat anti-social but really it depends on my mood swing yang kadang kala bertiup kencang dan kadang kala setenang air dimuara. At one moment I am gear up to have fun meeting friends, old n new but in a split second I would change my mind tup2 rasa 'malas'.

Kadang2 I selesa berjumpa by appointment dan kadang2 cara impromptu pun best jugak tapi tulah, penyebabnya adalah perasaan 'malas' yang agak complicated untuk dihuraikan namun tulah keadaan yang dialami wanita ranum bila hormon2nya beroller coaster sesuka hati - macam2 perasaan yang timbul.

It's like you are fighting with your enemy and yet your enemy is actually your inner-self. Camana nak dapat win-win situation if you are fighting with yourself? Siapa nak mengalah dulu? Hati atau minda??

Haa..macam tak siuman aje bunyinya namun abaikan aje ... buang yang keruh ambiklah yang jernih, ok?

Akhir kalam, I musykil sket tentang nih ...

Kejadian Mac lepas masa blogger.com pening lalat
KakCikSeroja jadi editor Al-kisah?

Dapat mesej nih bila keblog KakCikSeroja, QJ & YongKamariah
Sahihkah?


Thursday, 12 April 2012

Saya dan lalat ...

Selain berkarya, (and out of curiousity) I ada satu lagi 'hobi' yang dipupuk sejak dua menjak ie perhatikan perilaku lalat sebaik saja ia hinggap pada sisa makanan.

Mula2 meremang bulu roma kegelian tengok telur lalat bergentel2 pada sisa makanan tapi lama2 terasa diri macam saintis muda pulak, hawhawhaw... Hobi baru nih sebenarnya dapat suntikan minat dari siapa lagi kalau bukan dari my very own 'scientist/archeologist perasan'.

Gross ke hobi perhatikan lalat bertelur? Macam takde kerja lain pulak, yek? Tapikan, ilmu ada dimana2 aje, tul tak? Siapa tak berapa tau rupa telur lalat, sila mengaku..

"Flies do not have teeth or a stinger. Their mouths absorb food like a sponge. They can only eat liquids but they can turn many solid foods into a liquid through spitting or vomiting on it. Their tongues are shaped like straws so they can suck up their food. They eat any wet or decaying matter, but they are particularly attracted to pet waste because the odor is strong and it is easy for them to find.

Medical doctors use a special species of maggots to help patients with flesh wounds, especially burn victims. Maggots eat away the damaged flesh which helps the wound heal" -- petikan Google.

Peminat setia CSI mesti dah tak kisah dengan apa yang I pelikkan tu. Mengaku tak pernah menonton siri CSI tapi minat pada program 'kepo2 ala bijaklaksanasini' tu, masih berkerawang dihati.

Selama nih tak terfikir sebab musabab Allah jadikan lalat sehingga terbaca satu artikel 'telltale insect'. Petikan cenonet dari artikel tu 'maggots are more than just revolting, wriggly fly larvae. They can provide vital clues about the time someone died' <- menarik kan?


... so bayangkan Dr N adalah Dr K (I ler tu), cuma pastinya Dr K tak berapa suka nak bermesra dengan maggots apatah lagi cari bukti pada mim-alif-ya-ta! *wpun sedar diri akhirnya gitu jugalah jadinya diri ini*

Tunggu dari siang menantikan program yang dimaksudkan (dah ready nak tape untuk tatapan rohani TB & anak2). Tumpang bangga semangkok memandangkan Dr N sebagai wanita Melayu (diharap bukan terakhir) mampu buat kerja sebegitu.

1029pm: Bersedia depan 2nd hand tivi beli dari sidia yang berada diBirm sinun. Duh!! nak tengok apa sedangkan I tak berlanggan channel 732 ponn, hahahuhuheheh *gelak sendu2 malu*, maka takdelah cerita yang boleh dikongsi bersama :-(

Manusia dan lalat 'share the same liking'. Dua2 berselera dengan ...


... sambal belacan tomato (pendek kata asal ada aje unsur belacan), dan ..


... sambal hitam McBee itew (tersangat mengundang selera para lalat)..

Akhir kalam, dari 'harus dah jadi 'wajib' ie wajib keluar beli keperluan dapur sekarang juga esp perishable ones sebelum The Boss bersuara yang tak berapa lunak didengarin dek cuping telingaku, hehe relaxlah ..