Showing posts with label Jiran. Show all posts
Showing posts with label Jiran. Show all posts

Saturday, 15 February 2014

Kita sibuk hari nih ...

Assalamualaikum ...


TB tetiba teringin nak makan pisang salai goreng. Hmmm... mengidam nak dapat anak bungsukah dia?

Sebenarnya kaan... I juga dah lama mengidam benda yg sama tapi ada I kesah melayan tekak sendiri? Nope!

Tapi atas dorongan TB, terjadilah pisang salai goreng versi dayang senandong. Rupa tiada tapi auranya tetap mengerlip2 ..

W'pun takde belerang dicampurkan kedalam batter namun bila kombinasi rangup, kenyal, manis dan rasa pisang yg disalai bersatu dalam mulut, bukan nak 'brag' tapi rasanya (for a change) memang meletop!

RANCANGAN hari ini;
1. KePD (dibatalkan sebab swimming suit memasing dah kecut, hehe..)
2. Ziarah kawan (ditunda keminggu depan sebab drebar (bukan TB) agak sibuk
3. House warming rumah jiran

PAGI tadi Teh telefon bitau dia nak datang dengan Ngah semata2 nak breakfast atau brunch. Masa tu I sedang mengadun tepung nak buat jejemput. Siapkan adunan tu dan nyahkan kedalam esbok (simpan untuk bfast esok).

Ngah dari KL nun, singgah PJ cekut Teh pastu cekut I pulak. Ngah 4ever tak reti dan tak faham camana nak kerumah adik dia yang gate rumahnya dah berkarat so foreverlah Teh jadi GPSnya. Comel kan?

Apa pun, I still salute Ngah, my no. 2 sister. Umurnya dah menjangkau awal 70an namun masih steady drive kesana sini (minus keoutstation). Teh lebih kurang macam I lah penakut sebab kita berdua cuma SUKA drive ketempat yang dekat2 dan familiar aje tapi kerana keadaan dan desakan kehidupan harian (sounds mencabar tak?) maka Allah telah meminjamkan sedikit keberanian pada hambanya yang tidak pernah terfikir dia akan jadi Schumacher satu hari nanti, wahahahah..

Sebut pasal Schumacher.. tentu ramai pernah terfikir ajalnya habis diatas litar lumba kereta namun ironinya dia cedera parah semasa bermain salji.

OK back to cerita bfast/brunch.. I perkenalkan my 2 sisters kekedai makan yang pernah appeared dlm JJCM. Taklah makan yang gah. Kita cuma makan mee kolok dan kueh mueh aje. Sambil makan kita berbual2 mesra (tapi kita tak nganyam ketupat okay?).

Makanan bertambah yummy dengan dendangan lagu2 down memory lane dari Doris Day, Johnny Mathis etc but somehow bila lagu Wantanamera berkumandang, I betul2 tengah mengunyah satu2nya wantan dumpling yang dihidang bersama semangkok soap!

Soap? Acah Mak Enon aje tu.. soap atau sup, ada sesiapa kesah tentang ejaannya?

MACAM biasa sebelum balik rumah, terpaksalah tapau 1-2 lauk untuk TB. Bila mem dah kenyang, memang takde harapan dia rajin nak masak bagai tapi takat masak nasi memang takde masalah sebab I sker KOSEK2 beras. Lagi pun boleh stemet bila sendiri yang masak nasi. Diharap dapat pahala sebanyak butiran beras yang dikosek, insyaallah.

MACAM tak cukup dengan apa yang dah ditapau, my 2 sisters masih teruja membeli berkeping2 murtabak. Ekceli I yang jahat, hehe.. I yang motivate diorang "terlanjur kat sini, tak nak beli murtabak ke"?

5pm NDJA and I kerumah jiran. Rumah yang baru diubah suai memang sedap mata memandang. Sempat bermingle dengan 2-3 jiran yang lain sambil menikmati mee rebus, lontong dan manisan.

6pm Bye2 pada tuan rumah, terima kasih daun keladi. Ndja pun tak berlengah lagi terus memecut KUDAnya balik ke Sban.

OK, tu aje ceritanya. Baca sampai kenoktah terakhir ok t.a.t.a? :-)
.

Wednesday, 26 October 2011

damndamndumn bunyi mercun ...


Jiran sebelah selebret Diwali. Kalau tak kerana jiran beraya dan buat open house malam nih maka takdelah I upah Hasan d'Bangla potong rumput petang semalam.

Rupa rumput yang lebih panjang dari lalang w'pun takde lalang boleh aje dipotong cukup bulan, no hurry whatsoeva tapi apa kena mengena jiran sebelah buat open house dan I beriya2 potong rumput? Lagi pun malam hari bukan orang perasan punn..

OK now ... what shall I wear tonite?? camana kalau pakai sari lilit dengan kain batik lepas? Errk.. sah horror! Tapikan tapi ... I amat malas nak kesana eventho it takes a few steps to reach rumah jiran tapi tulah I yang sedia pemalu, bertambah silu kena pergi sensorang. TB pulak kerja.

Jiran2 lain yang next door jiran pernah jemput tiap kali open house, tak dapat jemputan pulak kali nih. I wonder whhhyyy.. Psst.. ekceli ada cerita sensasi, hehe...

Masa menaip nih my house smells of food, delicious food! Angin dingin sepoi2 bahasa meniup bau yummy straight to my nostril *sambil kembang2kan hidung*. Best ek kalau the real food datang menggolek atas meja sekarang nih juga and I mean like NOW! <- berangan adalah hak peribadi, harap maklum.

Next door jiran, the mrs memang masak sendiri setiap kali buat open house. She being a working mum sangat rajin memasak, samalah macam jiran dia yang sedang menaip pasal dia, haha.. *bbpj*

Jom masuk my time warp kejap.. nak cerita ceritut hal Sabtu lepas ...




Girls day out kekdahnya. T nih pandai aje penuhkan my golek2 time at home depan tv by going out just to accompany her. I told her I don't quite like going to that place as the place is so spacious; I can't afford to walk that much anymore so she suggested that I stay put at one place while she meronda to get her things. T ingat umi dia nih patung cendana ke?

Sebelum meronda (kalau tak nak sentap) perut harus diisi dulu. Dari rumah lagi dah tau nak makan kat mana. T asyik ulang2 nama makanan n desserts yang dijual kat tempat tu "Umi mesti sukaaa". Yaaa.. memang betul I suka, hehe.

Kita share lamb shank masala, rice n salad timun (cara diorang hiris timun serupa hirisan timun yang dimakan dengan laksa Johor ... mungkin orang Johor aje yang tau camana rupanya, hehe..). Harap takde yang marah dengan kenyataan tu, ya ampun! Dapat free yummy dessert bila beli one main dish. Sukalah T tuu.. tapi takde gambar sebagai bukti as gambar ditangkap guna kamera dia.

Ooops, lupa nak citer keburukan diri.. while waiting for the main dish to arrive, I ordered a plate of butter scones al-bentat. Eaten a piece only and packed home 2 pieces maka jadilah ia rezeki alley cats, hehe..

While T meronda to get her things, I spent my time at Daiso. My first time there though I've been to 100Yen. Masuk situ mengimbau saat2 manis masa keJefun dulu *suka*. Lepas satu aisle ke satu aisle, ada aje barang yang berkenan dihati but I just bought Madeleines molds n tempura paper (which absorbs oil).

Done at Daiso, I went to Guardian and MPH. At MPH sempat baca headlines front page magazine gosip. Si Jada wife WillSm*th keluar dengan latest ex-JLo? Biar betul?! Thot of buying DrM's book tapi tak banyak gambar so I kensel niat, hehe..


Dah terlebih berjalan dari biasa, I assume tak banyak sikit my lelemak terbakar juga tapi I kembalikan lelemak to where it belongs with a bowl of that ice thingy, am I smart or what? hehe.. Suap ice pelan2 sambil mata malu2 kucing perhatikan gelagat orang. No wonder some people hobbynya 'suka tengok orang' tapi janganlah make it so obvious, kaan?

<>15 minit melepak kat situ barulah I tau tempat tu ramai peminatnya. Ada yang beli waffle, jagung kukus, air dan beli 'aiskimo'. Pendek kata cik Kak n cik Edah takde peluang tarik nafas panjang. Tetiba teringin nak own that kinda shop pulak, hehee..


Time to go home tapi teragak2 sebab hari hujan yang amat lebat dengan guruh berdentum. Terpaksa balik juga sebab TB kirim something dari Guardian. Dalam hujan lebat siapa nak drive home?? I memang tak minat a.k.a. takut n thot of asking T aje but she is smarter "Umi drive ehhh? T nak makan.....".

Ehh... boleh cam tu ek? tapi memang dah biasa macam tu pun. Kita selalu bergilir2 belakang stereng lebih2 lagi kalau dia ada beli makanan. I tension bawak kereta dalam hujan waktu senja kala, dia pulak komain syok menikmati that cone pizza. Sempat gak I ngap a mouthful, yum!

Bila anak bahagia, emaknya lagilah bahagia. Alhamdulillah ;-)

Back to Diwali open house, sad to say I chose not to go w'pun haruman bau beriani n bau satay menggamit deria dan juga ohhhh cendul .. tapi tipulah kalau bau cendul boleh masuk dalam rumah, kaaan? hehe..

Tuesday, 5 April 2011

Jiranku, jiran Ndja jua ...


    Kita digalakkan berbaik2 dengan jiran lebih2 lagi kalau jiran tu sedarah sedaging dengan kita. Sekiranya kita dalam kesusahan, jiranlah yang dulu menghulur bantuan. Status jiran boleh bertukar jadi sedara kekdahnya.



    1. Masa mula2 pindah to this existing house, I memang 'menyombong' tak kenal jiran almaklum masa tu I bekerjaya, ehem! Keluar rumah subuh sepi, tiba rumah senja maghrib. Sebaik tiba rumah, goyang kaki n golek2 tengok tv, house chores dah menggamit2 mintak perhatian untuk dibelai mesra.



    2. Masa tu I berbaik dengan satu jiran aje iaitu Ndja my laling sista donia akhirat, hehe... Manakala jiran sebelah kiri asyiklah come and go aje. Ada stewardess, ada aktres, ada tadika dan yang paling tak tahan bila rumah tu dijadikan hostel segewomvolan avang2 Vangla, auwww = aaarghh!!



    3. Why did I say aaarghh?? Imaginelah kalau dah kata segewomvolan, it means tersangat ramai. Tak silap ada 14 owang (fakta dari thumber yang sahih). Sebuah rumah yang ala2 besarnya, ada 3 bilik tidor, 2 bilik air dan seconet dapur dah jadi penempatan orang dewasa.



    4. Sebelum renovate dapur, my pintu dapur betul2 mengadap pintu dapur jiran. I bukak pintu dapur hari Sabtu/Ahad aje so that tiupan angin laut China Selatan (hic) could help ventilate the house. Lama2 pintu dapur tak sanggup dibukak lagi bila jiran sebelah dah jadikan luar dapur untuk pesta muda mudi manda mandi siap tempek saspender in between our fence. Bukan tu aje, laman depan rumah pun dah dijadikan Ganges!



    5. Tersangat tension masa tu sebab I rasa macam selebriti boliwud plak. Setiap aktiviti luar rumah eg menyidai baju, menyapu daun kering or even keluar rumah ambik surat atau kutip sokabar, asyiklah diorang perhatikan gerak geri kita. Malu + plain tak sker.

    Some of the things we have to endure during their 2-year stint next door: *the stares (it's either their habit or hobby.. yang dipandang tu bukanlah Aishwarya punn tapi tulah dah 'hobbit' kot? ) * body odour meresap from their wall to our wall (part pesta mandi manda tu takyah cakaplah. pesing okay??) *on any good day when the sun shines scorchingly hot, the westerly wind will carry the odour of their mattresses/pillows being 'dried' under the sun, sniff2, ayoooo .. *they were a noisy lot esp during mandi-manda, while cooking n when coming back from work.



    • On rare occasion best juga berjiran dengan diorang tu, heheh. Ada sekali tu I masih lintang pukang nak habiskan a week's laundry, naturally tak masak lagi sedangkan dapur jiran sebelah dah berbau masakan so yummy to the nostrils.



    • Dah rezeki kekdahnya, kita diberi sedulang nasi beriani, ayam goreng berempah, another dish, salad n rice pudding. I wasn't greedy so I shared the portion with Ndja tho we put aside the rice pudding as our tekak kinda kembang kuncup takleh menerima (masa makan nasi/lauk yang lazaat tu, tak teringat plak tekak nak kembang mambang, hehe)



    • Ada insiden lebam berlaku. T baru lepas mandi, belum sempat pakaikan dia suar n baju lagi dia terus pergi kesliding door yang masih terbukak. I pun roarrr "ehh, apa nih tak malu ehh?" terus pulas peha dia (T was hardly 3 yrs old then, tak ingat dia melalak ke tak, hehe). I tak rela those avang2 Vangla mengalihkan pandangan kearah budak 3 tahun yang tak berbaju, no no no!).



    • A week or two later, sedang I mengelap T yang baru mandi, I got a shock of my life. YaAllah, apa kena dengan T nih? Pehanya nearest to kelengkang lebam biru blue black birat?! Tanda tu hasil pulasan yang T dapat dari singa betina jadian, roarrr.. haha. When my brother knew about the blue black incident, habis I kena marrrrah..




    Nak juga sentuh jiran yang keretanya kena hempap hari tu. Dahlah dia tak kisah bersihkan area Ndja yang terjejas kotor, dia boleh make dono bila pekerja2 perbandaran letak ranting2 pokok kat depan rumah kita (juga tempat park keta D n Ndja).


    ... dan depan rumah dia owh so very clean like nothing have happened!



    • Kesabaran Ndja lebih 30% dari kesabaran adik dia. Tak kuasa nak besar2kan hal, dia upah H d'Vangla sapu dan bersihkan ranting2 dan daun2, siap beri plastik sampah lagi. Somehow, sejak hari kejadian, kita tak nampak lagi bayang jiran tu.



    • Ekceli I dah congak skrip 'penuh hemah' with dashes of sarcasm just waiting for the right moment to blurt out. Dalam pada menjaga hubungan baik jiran tetangga, that jiran deserves to get a piece of my mind just like he had once before from me but don't worry, I tak cakap kasar2, I cakap selembut cotton candy, percayalaaah!



    • Last year when he moved in to that house, a big box was placed right at Ndja's door step. When D asked whether the box was his, "no, not mine" was all he said. The same answer was given to me when I asked him the same question but I just knew he was lying. Need I tell you about his 'wife'? No needlah lest I'll be making more dry sins pulak, kan?

    Note: Published on 7/4/11

    Saturday, 2 April 2011

    Malang tak berbau ...


    • Sedang I cuba sempurnakan entry dated 1 April yang masih kekurangan abjad, T berteriak "Omeyyy... omey tau tak?"*sambil tenung muka I tunggu reaksi* "tau apa?" *dengan nada tak sabar*

    • Alkisah ... dalam keadaan cuaca molek panas tanpa tiupan angin menderu waima angin sefoi2 bahasa tetiba pokok depan rumah jiran berderrrrak, tombang (jarak 2 buah rumah dari rumah blogger Alkisah).

    • Bila dah tau keadaan sebenar, dua beranak al-kepo bergegas kelaman rumah terus meninjau keadaan dari jauh. Mana leh jadi kalau tak ambik gambar, kan kengkawan kan? Maka terkedek2 ibu dan anak masuk rumah semula ambik hp memasing and gingerly inch our way sembunyik belakang pokok tak berdaun .. klik klik..

    • Camana I boleh sembunyik belakang pokok tak berdaun? Ha'ah, camana ek? Siapa dapat jawapan tepat atau sipi tepat, hadiahnya adalah berlanggan percuma bulletin Alkisah seumur hidup. Saranan dari penaja "rugi kalau tak teka taw".

    • Now back to Alkisah malang tak berbau .. tinjauan dari jauh staff pencen CSI ...

    See? semua dedaun tak bergerak langsong so tak boleh nak disalahkan angin ...


    Zoom in sikit .. blogger sudah mara kedepan tanpa berselindung belakang pokok tak berdaun ...


    ULAT HIJAU yang tak pasti asal usulnya mungkin jadi penyebab pokok tu tombang, kot??



    • The good 'ol MPSJ! Kerja dia 'menebang' sa..ha..ja.. but couldn't care less where they placed those tree stumps hingga menutup salah satu ruang penempatan kereta siblogger. Siblogger sempat tanya kenapa tak dibersihkan sekali tapi katanya kerja membuang/membersih sisa pokok ialah kerja jabatan lain. Owwhh... gitu kekdahnya, kah?

    • Pada pendapat I yang ala2 nih, kan ke mabeles if majlis perbandaran mengamalkan 'finished staff work' (kerja selesai tidak tertangguh) dimana jabatan yang ditugaskan memotong pokok bekerjasama/coordinate dengan jabatan 'alam taman' yang kemudiannya mengangkut sisa2 pokok ketempat lain secepat mungkin.

    • Tuan rumah yang keretanya dihempap pokok dah selamat masukkan kereta kehalaman rumah. Badan kereta ada yang kemek, ada yang lekok. Cermin depan belakang fecah verderai tapi lebih kesian bila terpandang aerial kereta yang terlentok layu.

    Soalannya sekarang ... depan rumah Ndja yang bertiled tak pasal2 jadi tempat himpunan sisa2 pokok tapi kenapa orang yang berkenaan tu tak thoughtful enough? At least have the decency to clean up the affected area cos it was obviously very dirty.


    Right now Ndja is here so naturally she'll be the one cleaning up the mess (tapi masa kejadian berlaku dia ke KL) but if she's back in Sban, for sure TB will take charge.. amal jariah kekdahnya..

    Anak2 jiran sebelah rumah I, sama2 al-kepo. Baju merah n seluar fink tu kembar tak siam. Yang baju merah tu datang kat I "aunty.. jangan tutup pintu tu".

    I heran plak, apsal dia so concerned dengan pintu kecik antara rumah Ndja dengan my house, so I tanya "kenapa awak suruh tutup pintu tu?"... jawapan budak cerdik "nanti saya main bola, bola pergi sana".. so I said "Ohh, kalau bola masuk rumah saya, you call me laa.." heheheheh <- sama2 mengilai, kah3.

    Wednesday, 24 November 2010

    Sesuka hati nak saman ...


    Pagi tadi I pergi kedai (dekat aje pun) tapi masih suruh D hantarkan, hehe. Dah terlanjur dia keluar, haruslah berbakti pada ibunda, khan?? D tanya camana balik nanti? I kata pandailah I. So, dari kedai I naik bas no. 11 (tamsilan guna 2 belah kaki) dengan tempo ala2 brisk walk (kot boleh terbakar lelemak barang seratus dua gram).

    Sambil berjalan sambil pandang belakang, kiri dan kanan. Takut hantu juga sebab ada kes ragut pernah berlaku disiang hari kat area tu. Bila tiba rumah, TB tanya "you balik ikut jalan depan ke belakang?". Jalan depan means jalannya yang agak sibuk dengan kereta dan orang lalu lalang; while jalan belakang is quite aman, lengang n sunyi (sesuai untuk drama hantu, hahahaiiii <- belum apa2 dah mengilai nih).

    Kenapa TB nak tanya2 lagi walhal I dah pun selamat sampai kepangkuannya in one piece, kan? Dengan niat bercakap benar w'pun perkataan yang terkeluar tak berapa nak benar "I ikut jalan depaan", maka adakah .... adakah I dianggap dot3? Gulp!

    Pergi kedai tadi tu I beli macam2 benda termasuk susu pekat dan santan kotak. I tengah geram nak cuba buat apam mekar @ apam yawn (sepatah kata Yat); dalam masa yang sama terkesima nak buat kek paun susu pekat.

    Camana tak terkesima? I baru timbang semangat tengok kek Rima, tup2 Yat/Anie dah kedepan siap mengadun dan bakar the real cake. Cumanya Anie beri kek pada jirannya dan Yat?? Come closer, whisper2 .. pernah tak dengar cerita orang sorokkan kek dalam bilik tidur? har3... Nakal ek orang itew?

    Masalahnya sekarang, I tak boleh buat apam mekar sebab hati takde senang selagi gas lama tak habis. Sedang apam baru naik mekar, gas pulak habis, takke stunted kemekarannya nanti? As for kek paun susu pekat tu, macam terasa2 aje kat tekak nih tapikan tapi ...

    Anyway ...

    Petang semalam Pk n cS telefon memberitau kereta diorang yang terletak sekitar kawasan rumah kena saman oleh majlis perbandaran. Kita semua dah duduk sini <> 20 tahun tentunya kejadian tu dianggap ANEH! Sejak bila akta majlis perbandaran diubah so much so tuan kereta tak boleh letak kereta disekitar tempat tinggal??

    Ada juga cakap2 lepas mengatakan adalah sorang tu yang buat report saja dengki. Almaklum sekarang nih sebuah rumah boleh ada 2-3 biji kereta. So kat mana nak diletak kereta2 tu semua sedangkan sebiji kereta aje boleh molek2 muat diletak dalam kawasan rumah berpagar. Selebihnya mestilah diletak atas tanah hak majlis perbandaran, tul tak?

    20 tahun berlalu .. surely anak2 yang dulunya masih bersekolah menengah dah pun habis belajar, bekerja dan pasti mereka miliki sekurang2 sebiji kereta. Sekarang nih pun yang masih belajar dah dibelikan kereta. Jadinya ... sebuah rumah yang kompaunnya ala2 muat tak muat contohnya, hanya boleh muat sebiji kereta 'dalam gate karat' dan sebiji lagi atau beberapa biji lagi diluar gate .. tumpang tanah majlis perbandaran..

    Jiran depan rumah ada 4 biji kereta (berjenama semata) tapi diorang baru jer pindah ketempat lain. Phewh .. good riddance. Nak tau why I say good riddance??
    .
    Rumah I tak mengadap bahagian depan rumah jiran so that means depan rumah I ada tempat letak kereta yang muai. Oleh kerana jiran tu dah memandai buat side gate kat tepi @ belakang rumah, maka that muai parking lot has somewhat becomes kurang muai. By law, buat side-gate memang menyalahi undang2.. (gitulah I diberitau) tapi heran, tak pulak diorang kena saman ek?

    Bila pasti jiran tu dah pindah, adalah sifolan yang berani letak keretanya just outside the side gate. Tup2 jiran balik kejap, tak boleh letak kereta dia kat tempat biasa. Teruslah sifolan dapat pesanan bertulis guna sehelai kertas berbaris2 dikoyakkan dari buku latihan anak .. kah3 .. dengan kata2 yang cantik tersusun, siapa makan cili dia terasa pedas, kekdahnya gitu.

    Camana I tau pasal surat tu? Ehh you nih pun, I kan jiran perihatin kaan? BTW, 1 biji atau 1 buah kereta? Tetiba tak pasti, ngada jer!

    Kalau nak betulkan sesuatu yang salah pada pandangan majlis perbandaran, then I would suggest they go to Taipan area. Kat Taipan tu apa aje yang motorists tak buat?? Double parking, triple parking. Dari 2 lane tetiba boleh jadi 3 lane. One way jadi 2-way. Signal light jadi perhiasan semata. The infamous quote "kereta besar otak kecik" juga berleluasa!

    So far no one in their right frame of mind dare to park his/her car dalam longkang atau atas bumbung! But who knows kot ada kes desperado buat cenggitu? Malaysia boleh!

    Friday, 18 December 2009

    Uplifted mood (a bit) .. Part 1

    Salam Ma'al Hijrah pada semua sahabat siber ...

    Me and my fruit heart baru jer balik dari meeting cum dinner cum mingle2 sesama jiran. Kami dijemput oleh RnZ ke restoran UJ yang baru dibuka seminggu lepas. UJ ni pun jiran kitorang juga. Suasana amat dingin dengan hujan renyai2 (double dingin sebab kipas besar kat luar restoran dipasang full blast .. habis ramos tudung kita senget2.

    Oleh kerana dah lama tak berjumpa segerombolan cam nih, maka suasana kembali hangat. 12 pasang pengantin lama bermesyuarat untuk menjayakan 2 majlis bakal pengantin yang berasingan tempat tapi tarikhnya dekat2 nak selisih.

    Sebelum meeting bermula, kita dipaksa CAS bateri dengan 'entree' dulu. 'Entree' ni macam starter untuk panaskan selera (gitulah kekdah maknanya).

    Selalunya bila nampak roti leper kat supermarket, I pandang sebelah mata jer; bukan kerana mata I sakit tapi just takde idea bernas membega2kan intinya... until .. tadi! Senang citer, benda gulung tu intinya cam kebab. Makan panas2 rotinya terasa garing dan lembut. Selesai yang tu dihidangkan samosa pulak ... nyum nyum.

    Lepas 2 makanan ringan (tetiba) hilang dari pandangan (mana dia pegi ek?), barulah kita dijamu dengan pilihan 2 jenis spaghetti, cabonara dan dot3 <- xsure. Pembasuh mulut ialah lengkong bertatahkan 2 ketui longan dibubuh dalam bekas syomel. Selesai makan, meeting pun bermula. (haai, senangnya dalam hati .. takyah basuh pinggan mangkok gelas cawan dan lap meja, haha).

    Selesai meeting yang amatlah riuh rendah tu, sepusing minuman on the house disediakan; maklum dah banyak bercakap, tekak mesti rasa kering what with the kah2 here and kah2 there. I maintain minum segelas air sirap bandung dari mula sampai habis majlis (I kan tak sker membazir air, kan?). Macam tak kenyang2 aje, tetiba terhidang cucur badak - leacheen gak!

    Tuan punya kedai yang pakai baju putih tuu (jom moncongkan bibir sket). Ja?? maybe you kenal dia. Meeting berkisar perihal 2 majlis kawin anak2 jiran dimana tarikhnya boleh tahan memeningkan kepala. Takyah citerlah, nanti you all fulak fening - save your panadol for rainy days, okay?

    Part of kaum ibu yang akan bertugas fulfos bila majlis berlangsung nanti. Oh ya, yang sedang menikmati spag. tu ialah salah sorang mak pengantin @ dangdut queen. Dua yang kat tengah tu .. mantan geng bas sekolah, dan yang senyum ntah kenapa hepi sangat tu pembuat pizza (hepi sebab pizza dia laris kot?). Semua tu bila bekerja, kalah amputated cockroaches. Tu yang I sayang diorang tuu .. I can quietly steal bone, heheh :-)

    Alhamdulillah .. I rasa macam dapat 'nyawa baru' bila my oven gets a new lease of life. I pun apa lagilah. Cuba peratikan apa ada dalam oven tuu .. (sekali lagi, jom moncongkan bibir kearah oven). Oh yes, pls don't ask me why my cabinet top is of different colors. Sensipit, sentitip, senpitpit, sentap-tip - ehhh, all of thoselah.

    Tapikan tapii, boleh percaya ke I yang bake bun itew? Heeeeeeeeee.... *sengih*

    Sunday, 8 November 2009

    I wish ... I wish ..


    Yesterday, all my troubles seem so far away just as I was terkebil2 thinking of what to have for breakfast, Zai my neighbour called up "Som, meh datang umah ambik bihun goreng" .. "huh? bestnya.. tapi I belum mandi .. alaa.., malaslaa nak pakai2 tudung lagi" .. "you pakai tudung macam I tu, sarong aje senang" .. "I ada cam tu tapiiii .. I tak kelihatan anggun pakai tudung cam tu laaa" .. "aharharhar .. datang cepat tau".

    Alhamdulillah, I had hot spicy bihun. Was it MeeSiam? No, it wasn't as MeeSiam should have taugeh, kucai, taucu - the basic ingredients; but other ingredients like sawi, tauhu, prawns, fish cake n dried prawns were visible. Whatever it is, it was delicious!

    Apa nih komen2? You tu reti ke masak Mee Siam - the authentic way?.. Eeesh.. see the leglah beb!

    A while ago, I was reading this article "my arms are growing shorter" . Whoaa! so it is confirmed that I am having this so-called 'condition' caused by an age-related process, Presbyopia. Penyakit apakah ini? Well, it's just this "when you hold a page up close to read, the words appear blurred; but push it further away, the words snapback into sharp focus".

    Oh well, I think it's about time to upgrade my present reading specs .. and that means? I have to send a quotation aka sebut harga to Messrs TB Sdn Bhd., heheh.

    OK.. back to penggunaan bahasa Ibundaku ..

    Pepagi lagi TB dah membelah jalan. Almost tiap tahun bila dia pergi Family Day, dia sure dapat something. Itulah harapan I untuk pagi Ahad 8 November nih (I am a sucker for lucky draw, jgn marah eh?); smelly2 dapat oven toaster pun OK gak ..

    Nape T,D and I tak ikut sama? Dulu masa D&T masih kecik, pernahlah sekali dua kitorang pergi tapi tengok pada venue family day tu diadakan. Ngader ek? Masa kat SunwayLagoon, D&T aje yang pergi. I? Hmmm... tak sker aah, panas, mekap cair, berpeluh melekit2 cam tu. Lagoon tu adalah 20 minit dari rumah namun till now I lum pijakkan kaki kesana lagi.

    Masa zaman kerja dulu pun sama. Buatlah family day, company's dinner atau children's party .. I tetap tak terkesima. Jemput Sudirman as guest singer pun I cool aje; tapikan tapiii .. boleh pulak I pergi masa Khatijah.Ib datang menyanyi; and all because of? Haaa.. aler cilitha manyak hoth taw..

    Yang bestnya .. (best apa.. sebab kitorang tak gaduh2 pun), TB boleh pergi sensorang to whateva functions yang dia ada, dan I pun sama cam tu. My 1st time pergi to children's party bawak D bila I tau venuenya kat HiltonHotel. Orang Johor kata kalau aksi yang berbau2 sombong, riak dan eksyen ni, dipanggil 'timing', hahaha. Gua tak kesah beb, janji gua senang melaksanakan tanggung jawab kat budak kecik aka D yang masa tu baru umur <>2 tahun.

    Jika di hotel, suasananya sejuk, bukan? Bilik air @ wash roomnya tentu sekali menyenangkan pancaindera namely mata dan hidung, bukan? <- hehe, bahasa baek punya nih. Makanya, senanglah I membasuh bahan kumuhan si D tu nanti (as you know pundi budak2 kecik tak dapatlah dikawal ikut kesenangan kita aje, betul atau tidak? heheh).

    Truth is, I have more reasons not to go to TB's functions ..
    1. malas aah nak senyom2 kat orang (pelik ek? I yang suka senyum semanis kurma tetiba..?).
    2. malas nak strike a conversation (and yet D&T selalu komen "Umi ni terlebih ramah")
    3-8. takot/malu/nerbes jika dipanggil suruh bagi hadiah (auwww.. bayangkan .. bayangkan..). Terkena sekali .. kedengaran sayup2 AJK memanggil "we would like to call upon Mrs Raaa.... - alamak too late, kenot run, kenot hide, all kenot).
    .

    Sunday, 1 November 2009

    Jiran vs Doggy ...

    P E R H A T I A N
    Coretan kali ini teramatlah panjang dan berliku2
    Mohon bawa bersama
    minyak angin cap kapak atau cap singa berdiri
    bawak kacang NganYin pun OK
    (janji jangan buang merata2)
    "amiret hisak anarek idus acabmem"
    .
    1130pm: I baru lepas makan. Lauk tak best pada pandangan mata tapi rasa nikmatnya tersangat luar biasa (read: saja nak mengiurkan anda). Ada orang takde selera makan sorang2 kan? Tapi alhamdulillah, I boleh pulak (psst.. makan sensorang tak perlu ikut 'etiket', so yunowadaimin..). Apakah lauk2 itu wahai Cik Som? Hehe, tak moh bitaulah.. nanti QJ tiru lauk kita.

    Masa I tengah basuh pinggan, lap meja dan seterusnya baru nak melabuhkan punggung kekerusi, kat luar sana kedengaran anjing menyalak sakan "goof.. goof.. hwark.. hwark"; dan juga dengar suara orang bercakap2 agak kuat. I intai dari langsir, I nampak D keluar menghala ke gate Ndja (I juga berjiran dgn Ndja my sista, in case ada yg tak tau, hehe).

    Oh, takde apa2 maybe si D dan kawan2nya dah makan terlebih gula, hyper seketika kot? I pun kembali melabuhkan anchor punggung kat meja kerusi tak empuk tadi. Ehhh, nape anjing menyalak begitu galak sekali? Ada intruders ke? Suara yang kuat tadi bertambah lantang dan ada bunyi ketukan yang lain macam aje. Ehh, time kita nak perah creative juice melimpah ke kibod, time nilah diorang buat hal ..

    Dan sebagai jiran yang jelita caring, I terpaksa angkat punggung sekali lagi untuk mengepokan diri (mana tau ntah2 si D kena baham dengan anjing ke).. tapikan, tapiii setakat jadi peeping tompel ajelah, intai dari celah2 langsir.

    Lo and behold!!! cewah I tersangat takot okay?? Eighh.. apsal my jiran (lat dua rumah dari rumah I) berdiri dan bongkok sambil ketuk2 lantai depan gate my immediate jiran? Keadaan boleh tahan 'happening' .. suara lantang manusia bercampur dengan suara lantang googoogaga 2 ekor anjing hak jiran sebelah nih. Hiruk pikuk I tell you .. takut punya pasal, nasib baik I tak ... dot3 dalam suar heheh.

    Sebelum I lanjutkan cerita ceritut tu .. untuk pemahaman yang lebih telus, let me story a bit more ok? (cerita belakang tabir). Are you ready troop? (ikut gaya suara macho dlm game Counter Strike tu).

    Al-kisah - mesti tulis nama blog, if not depa tarik lesen I kang.. :-)

    Bayangkan ... (pejam mata sat). Jiran terdekat I duk konar lot, bangsa suka papadom (camana nih? I pun suka papadom?). Masa mula2 nak menternak anjing, Mem dia yang lembut berbicara dan sangat sopan santun tu bertanya kat I "Kak Som, do you mind if we ...... blablabla...obladi oblada.....".

    Kalau boleh memanglah I tak setuju tapi apakan daya.. diorang ada hak juga kan? Jiran nih orang kuat sokabar 'on-line' yg selalu menjerit2 pasal hak asasi manusia sejagat; and psst.. samore every year they invited me to their Diwali do, so I terpaksalah bertindak profesional juga. demi seketul gulabjamun. Yanadeiii...

    .. but I have my say too .. indirectly I berMOU dengan Mem tu".. but you know, I do mind about the najis....blablablacksheep". Dia faham maksud I dan berjanji dotdotditdat.. (btw, bonda Mem seugama dengan kita, so I harap sangat dia paham), tapi adakah dia betul2 faham?

    Tang anjing2 tu pulak .. dua ekor ni memang dilepaskan dalam kawasan rumah aje. Luas juga kawasannya sementelah konar lot dan kereta2 tuan rumah park kat luar aje. Waktu malam aje anjing dilepaskan.. Up to the dogs nak buat apa; nak cari jodoh ke, nak ber'wili' ke, nak poohpooh ke. 2 ekor nih dah kenal sangat dengan kami berempat tapi kadang2 depa menyalak juga.

    Bila menyalak tak tentu pasal, D pun beraksi guna jari buat sign pistol dan panjangkan sebelah tangan as if menembak kearah sasaran, maka terkedek2 dua ekor tu beredar (siap toleh lagi, cute pulak tu). Doggy tu pandai bahasa isyarat macam RinTinTin, hehe. I pun dah master the skill tunjuk2 jari macam tu.. tunjuk jari ala2 nak tembaklah, bukan yang TU.. (ishh..ishh.. KewJae n Ja neeeeh). Bila I pegang 'pistol' tu, terasa macam berperang ala Combat siap dengan hand grenade sekali. I ketap cunitnya guna bibir yang comel nih dan baling ............ kat rumah sebelah. Hehe, just my wild imagination, VicMorrow wanabe..

    Al-kisah (terpaksa diulangi, if not..), OK sambung cerita peeping tom tadi ..

    Huruhara betul.. Jiran yang pegang kayu ketuk2 depan gate tu, macam dah dirasuk hantu. Dalam masa yg sama, si tuan anjing sibuk menyabar dan menenangkan emosi 2 ekor tu (terus diikat dan diperap belakang rumah). Apalah agaknya yang dipikirkan dek anjing2 tu ek? Mungkin "alaaa.. kita nak guwau2 jer pun kena marah.. woof..woof".

    Tuan anjing tu bila kena sembur oleh jiran pegang kayu tu, dia diam aje you .. tak defensive pun but he did apolo13gise "aiyemsoree" jerr.. I takot sesangat tadi tu sebab nampak D berdiri depan gate I together dengan jiran yang dah naik hantu tu (berdiri depan gate tuan doggy). I tak mau D berperang sama, no! Tapi rupa2nya D bertindak membawa bendera pengaman 3B (QJ, Ja & SOL, bukan bendera 4B okay?). Note: 3B BangsaBangsaBersatu whereas 4B batubelahbatubertangkup

    Nak dijadikan cerita, jiran pegang kayu baru balik jenjalan dengan famili .. wife dan 3 anak2 kecik. Masa salah sorang anak turun dari kereta, si anjing meluru kearah dak syomel tu. Haa.. time tu, all hell break looselah kan?? Pernah sekali dulu, anjing2 tu cuba nak 'berkenalan' dengan wife n anak2 jiran pegang kayu tapi wife tu sempat bertindak.. dia ambik samting dan lontar ke arah lain dgn harapan anjing tu kejar benda yang dilontar tu, tapikan haha.. lain pulak jadinya. Anjing tu tiru gaya Lassie .. dikejarnya benda tu, digigitnya dan terus buat U-turn. Niat murni nak pulangkan benda tu tapi BO layan. By then, jiran dah take cover masuk rumah.

    Situan doggy ni pun satu, lepas insiden melontar tu berlaku dia diberi kata dua; in short jaga bebaik anjing2 tu or .... ? Patutnya dia tak lepaskan anjing2 tu begitu aje tanpa diikat dan dia sendiri patut monitor gerak arah anjing2 tu, ni taak!

    Pada hemat I, anjing tu mungkin takde niat nak baham sesaper; maybe anjing tu terlebih makan gula, tu yang hyper tak ingat dunia! As parents, tentulah keadaan tu mengejutkan, lebih2 lagi pada budak 7 tahun, boleh trauma. What if anjing tu betul2 baham peha comel anak jiran tu? *Blink2* I kenot imajin.

    Kalau keadaan yang sama kena pada my family, apa patut kami buat? Patutkah I....TB cabut pembentung air kat luar sana tu untuk dijadikan senjata dan libas anjing dan tuan anjing tu sekali? Insyaallah tak, takde aksi libas melibas; maybe kita approach cara lain. concoct molotov cocktail? hehe, guwau jer

    Perlu ke I tulis skrip jiran yang mengamok2 tu? Hehe.. sikit aje eh..
    1. I don't care, if this happens again .. I make sure I kill you *help 911*
    2. If this happens again, you know I will smash .. I will not smash your dogs but I smash you, you know! ... *ouch ouch ouch*
    3. I don't care if you have a lion or a gorilla .. you keep insidelaaah *gorilla?*

    4. Why you let your dogs out? What for? You have big place here .. *huhu*
    5. Go ahead if you want to report *takotnya*

    6. What if this happened to your children? *haaa..*

    I pasti tuan doggy tau kesilapannya, tu sebab dia tak melawan. Lagi pun, soalan 6 tu memang kena tepat pada batang hidungnya. Dia juga ada anak2. Yang bongsu kembar dua umur 5 tahun dah sangat comel. What if the same situation befall on them .. Doberman Uncle Lee sinun terjah anak2 dia pulak?

    I kata "Innalillah ..."

    Wednesday, 26 November 2008

    Hulk ..

    This week budi pekerti kita kurang memuaskan. Diantara sebab2nya ..

    Anak jiran dengan 2 sepupu sepapatnya main2 bola dlm kawasan rumah depa, so no hal of mine. W'pun bertiga aje yg bermain tu, namun keriuhannya macam nak bunuh sekor ular tedung. Ular vs dot3. Siapa dulu patut kita hapuskan? Hehehe, ya betoll! Awak yg sebut, kita tak sebut apa2 pun..

    Sebelum ni dah banyak kali juga kereta harapan kita dilanda pantulan bola. Olehkerana bola tersebut jenis innocent, bukan kaler oren ala bola NBA basketball (ya ke kaler oren?), kita biarkan aje.. dan bila bola terbabas, diorang pandai2 sendiri bukak gate atau 'boloskan diri' menerusi pagar keluar masuk sesuka hati kat kawasan rumah kita ambik bola tu. Fine, kita kasi chan jer sebab diorang underaged. Konon nak jadi jiran yg memahami dan bertolak ansor.. afterall dgn budak2, toksah berkira sangat.

    Bila mood kita ceria, selamatlah budak2 tu, tapi khaan ... langit tidak selalu cerah.

    Alkisah.. sedang kita memasak, kedengaran suara orang bercakap2 kat luar yg sangat hampir pada ruang tamu. Mula2 panik gak almaklum takkan ada orang yg boleh masuk jika gate karat tu tak dibukak oleh tuan rumah (hanya tuan rumah aje yg tau nak handle gate karat tu.. ). Maka dgn sudip ditangan kita menegur dengan suara keras "siapa tu?? nak apa"? Dia jawab "nak ambik bola, aunty". Eii, boleh aje kata gitu dah masuk rumah orang tanpa kebenaran? Tak cakap sori, tak cakap timakasih.

    Anak jiran baru darjah 6 manakala 2 lagi kupu2 tu dah cam bapak orang w'pun dapat agak diorang tu masih dalam tingkatan 3 (kot?). Anak jiran tak akan buat gitu sebab kita sort of kenal dia, lagi pun mak ayahnya jenis civilised, hormat jiran dan berhemah.

    So, I'm torn .. whether or not to tell the boy that he needs to polish his manners...

    Lepas masak kita sengaja ke luar rumah, konon2 nak fill-up air minuman kucing2 tapi sebenarnya mengharap sangat2 bola tu terpantul sekali lagi masuk ke kawasan rumah. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan ... maka ... ciksom pun bertukar menjadi hulk tanpa bajunya kelihatan rabak2 .. hahaha...

    Dak tu: Aunty, nak ambik bola (tunjuk muka seposen)
    Hulk: Yes??? (buat2 tak paham)
    Dak tu: nak ambik bola.. (tunjuk muka doposen)
    Hulk: Were u the one who entered my house? (hulk mestilah cakap omputih khaan?)
    Dak tu: (anggok2)
    Hulk: Were u the one who climb up the fence? (serious gituuu walhal dlm ati kahkahkah)
    Dak tu: (anggok lagi)
    Hulk: Next time please ask permission before u enter my house. Did you ask permission just now?
    Dak tu: (geleng kepala muka dah pucat)
    Hulk: Ahhh, what did you say just now?
    Dak tu: Bola ..
    Hulk: OK, u can take the ball now. U can climb up the fence ...

    Actually Hulk tak tau budak tu panjat pagar atau 'boloskan diri' menerusi pagar sebab Hulk dah masuk ke dalam rumah. Pagar jiran ni spesel sket dimana budak2 kecik dan yg kurus kering boleh selitkan badan masuk menerusi pagar (jenis kap-lam-ya-nga ni lain mcm sket). Rasanya budak2 tu faham bahasa, diorang tak sambong main bola dan terus masuk ke rumah.

    Petang tu bila kekedai, kita lalu kat kawasan padang futsal belakang rumah, kelihatan ramai budak2 bersukaria main bola segala ... Hulk slowkan kereta .. maka terpandang budak2 bertiga tu penuh aksi ..

    Apa pun, kemarahan Hulk tadi tak kemana .. macam marah anak sendiri juga .. (tapi khaan, if we were to compare Hulk and ciksom, sah ciksom tu lebih baik. Dia memang tak sker maragh2 phon.. haha, iyolah tuu..)

    Tuesday, 4 November 2008

    Deepavali ...

    27/10 - We were invited to a Deepavali dinner by the next door neighbour. They booked a cendol van from SS15 and a satay stall from-where-I-dont-know (of which its satay tasted much better than the renowned satay Kajang Hj S), while the rest of the food was cooked by the host herself assisted by two great bibiks. As the male host was a big boss of Malaysiaxxxx, I could see familiar faces of 'who's who' in the politics arena and some infamous bloggers.

    The cendol van was parked just outside of my gate (good eh?). As it was quite dark and being a good jiran (huhu, pun intended), I had my front porch spotlights ON just to cater for the cendol man. Haa, barulah terang sket, if not kesian tau... dahlah tak nampak wajah pembuat cendol, lagi haru for the cendol enthusiasts as they would risk swallowing taik cicak or taik kumbang as they indulge in their bowl of cendol. Worse still, during preparation of the cendol, the cendol man himself is having an itchy nostril. Haa... sanggup?

    Makan lebih kurang, say our thanks to the gracious hosts and we were done! Terlanjur rumah bersebelahan, dah siap makan (walau tak kenyang) nak tunggu apa lagi kan? Lagi pun it was too many people over too limited a space .. susahlah nak mingle2 dan senggol2an with other guests, ahaks (macamlah kenal dgn diorang pun??).


    2/11 - Finally I got the chance to jamu all my siblings except dadadididudu ... Oh well..
    No wonder I don't always jamu orang in big group as I know my kudrat aka tulang 4 kerats just couldn't take it BUT THIS TIME I AM GAME FOR IT afterall I NEED TO TEBUS MY MALU TO ALL MY SIBLINGS ESP MY SISTERS. They are the ones who always jamu and menjamu aje... Isn't tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima? Har3 .. tau takpe!

    To be continued ... (insyaallah
    )

    Tuesday, 21 October 2008

    BBQ at jiran's n raya at FJ's house ...

    16/10 - Tak habis lagi penat merewang dan menjayakan PM dapat menantu, dah timbul pulak nak buat BBQ. Sekor kambing dah ditempah dari HV siap dimarinate lagi namun hampas kelapa jer sebab diorang tak marinatekan pun. HV buat janji palsu, tak baik tau.. maka kenalah tuan rumah marinate sikambing tu sendiri. Besides kambing, there were sausages, beef, chicken and the likes.

    My job is to make coleslaw. Diorang tu dok heran how come ciksom is so clever as to be able to make coleslaw, so I told them "alaaa... kita belasah je" (does it sound humble enough?). My masterpiece is called 'coleslaw USJ' as it differs from any coleslaw the world ever known! Heheh, takdelah terer sangat cuma tambah 3 multi-colored capsicum, celery and boiled potatoes apart from the usual ingredients. What about its sauces? Just pour in mayo, 1000-island, dashes of salt and chilli tomato ketchup. Gaul hingga sebati (cliche ek? mestilah sebati, kan?), and I'm done!

    BBQ berjalan dgn jayanya despite the rain. Everybody was in joyous mood especially the ladies. Why is that? Heee.. clap..clap..clap, apa taknya .. kebetulan pulak AnuarZain memunculkan diri (in fact bukan kebetulan cos we knew he was coming). Memang tak lepaskan peluang, masing2 bergambar sakan and AZ was so obliging. Manis aje mukanya menegur dan bersalaman dengan para aunties n uncles. Pandai pulak jaga rapport dgn peminat2 yg 'sedar diri', hic! (kehadiran yg tidak berbayar tu). Ehem, terus teruja nak beli CD dia .. (namun kalau I download aje bukan dia tau ekkk???).

    Dalam pada tu terima pulak berita sedih .. Al-Fatihah untuk Cikgu S. Sekelip mata aje beliau meninggalkan dunia yg fana' nih. Bila seorang mualaf meninggal dunia (pulak2 yg kuat beribadat), sudah tentu tempatnya di Syurga kan? Insyaallah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman .. Amin.

    18/10 - Drove to SA using different route. Har3 alahai senangnya route nih? Senangnya nak jumpa Concorde Hotel? Syukur alhamdulillah. Met Lina half way terus membontot her car to FJ's house. Waah, cantiknya rumah? Almaklum.. rumah selebritilah katakan..


    Met quite a number of ex-office mates, seronoknya. Ada yg dah bermenantu, berbisan dan bercucu whereas some still status quo. FJ purposely invited us on Saturday walhal a day before her celebrity doter invited the divas and the divos (there shd be such term). Mencii tau .. (penat jer kitorang pakai kebaya kulit bawang siap sanggol segala, ahaks - baca boleh percaya jangan).

    19/10 - Dinner at Z's. Hadoiii.. banyaknya nak makan. Bubur lambuk, nasi tomato, ayam masak merah, rojak, nasi himpit, kuah kacang, rendang, makaroni goreng, pudding sago dan pengat ubi.

    Para jiran sempat bermeeting nak buat satu lagi perjumpaan raya sebaik saje J & PM balik dari Mekah.. This time we may have it at the hotel as everyone of us just want to have a good time, enjoy the food and the company. No more rewang2 till mereng, ahaks ..