Sunday 31 January 2010

Richer by RM30 ...

Khas untuk mereka yang 'rajin' macam I, nak buat roti naan tapi banyak bertapi-tapi, maka I sarankan beli aje yang segera tu. Jika tetiba terbit naluri rajin dan teringin nak buat naan from scratch, silalah intip ke dapur QJ yang sentiasa berasap tu. Perkataan malas seolah2 takde dalam kamus hariannya. I wonder apa rahsia dia 'bertahan' (berdiri lama)... karna kacip cik Timah kah? karna mithai singiau2 kah? atau .. blip2 blip2 kah? (duk mikir sambil tajamkan pandangan ke siling).

Aaaargh.. ni yg malas nak pandang kesiling nih .. ada aje kobweb melambai2. Labah2 jenis apalah yang sker buat rumah tinggi2 nih? Tak pi sekolah belajaq pandai2 ka? Ooops, nanti orang terjah kat I plak .. cik Som oi.. labah2 mana ada 'rumah'? (berani nak terjah2 warga emas? hek..hek).

Lupakan pasal labah2, now I nak kongsi tips supaya rajin kedapur (baru jer I kompol, har2) :

1. Pisau mesti tajam dan gunting yang cooperate dgn kehendak kita (jika terdapat mulut comel kita herot2 semasa menggunting ekor ikan selekoh, sah! Sila beli yang baru cap SwissArmy).
2. non stick pans would be an advantage; maka wajib beli.
3. bahan masakan asas harus sentiasa ada w'pun sebijik beras bawang, ang3. Lebih afdal, blend segala yang boleh diblend. Kita akan lebih bahagia dan ceria jika bahan2 tu tersenyum simpul setiap kali kita bukak esbok.
4. paip sinki dapur wajib mengalirkan air yang DERAS, selaju bulettren ditokyo! Pastikan water outletnya tidak ala2 terthumbat. If so, who do we call? Yes, none other than our respective 'TK,TB,BT,TL,BB', just to name a few *wink*
5. keperluan harian seperti gula, garam, kicap n kunyit harus disusun dalam jarak sepelengan <- as in sepelaung.
6. dapur masak, esbok dan sinki wajib dieratkan lokasinya.
7. dapur harus disediakan 'island' tapi kalau takde, sediakan meja kokak pun OK ... (sob3 <- kenapa I sob3?)
8. mood memasak ala Naijella (don't enter the kitchen without that kinda mood, ingat!).

Alahai, banyaknya! Berapa aje item yang applicable kat I? ... urgh!

Diharap tips tersebut dapat merangsang mood menjadi cemerlang ! Okay now, kita patah balik dengan cewita roti Naan tadi.

Not bad makan dgn ayam tandoori
I buat AT guna megi instant paste
Verdict: 80% gagal, mencii aah..


Looks so puffilicious! yet to buy
Price: RM15+
.
My dessert pulut n serawa durian
(auuww.., rajinnya)
.
I was richer by RM30, clap3!! RM5 hasil jual batewi keta. Mula2 apek offer 4 ringgit sahaja kononnya batewi tu saiznya kecik. Haaa, apek dah mula memandai, I pun terpaksa bersuara lantang "ehh.. keta saya dari dulu sama saja; apa macam boleh lain2 saiz lain2 harga pulak?" Nah kau apek, gotcha!!! Dengan wajah rimas2 nyampah, apek berkata "okaylaa, okaylaa".
.
RM25 lagi tu hasil jualan paper lama - sejengkal RM5. Camana nak letak harga .. cuba you all congak kejap. Apek guna jengkalnya (campur lebihan kuku kat jari kelingking) whereas I guna my jengkal yang .. w'pun gebu tapi takde lebihan kuku. Jengkal apek vs mine, nisbahnya 4.5:6 so harganya patut RM22.50:RM30 kan kan? Tapikan tapi ...
.
Malaslah nak lanjutkan tawar-menawar tu maka kami beralah (bunyinya macam apek n I buddy2 aje tapi kitakan 1Malaysia, kan?). Bila apek kata "okaylaa, okaylaa.. cincai", I tau dia memang dah untung.
.
Sejam kemudian, my jiran datang kerumah perkenalkan jus jambu batu isi pink. I pun beli dengan duit hasil jualan sokabar. 1 liter jus harga RM12.60. Mahal ke tak tu? Pada I quite mahal. Anytime I boleh beli 2 botol tropikana jus oren harga RM10+ tapi katanya pulak jus jambu batu lebih 30% elok dari jus oren ...
.
W'pun I sangat2 suka jus jambu batu, I still prefer jus oren. Jus jambu batu kadang2 berbau semburan nyah nyamuk aedes dan kadang2 berbau ngiau punya ... ooops!

Friday 29 January 2010

Macam betul aje ...

.
.
.

a Snapdragon


"Mischief is your middle name but your first is friend. You are quite the prankster that love to make other people laugh."


Al-kisah ...

Pada suatu hari sedang si Chomel bermain dicelah2 pokok bunga kertas aka bouganvilla yang gila merimbun tu, tiba2 dia menjerit ....

(aisayman ... kibod dah takde dakwatlaah...) *sigh*

Thursday 28 January 2010

Hari Come-mess ..

YoSalam semua ...
Mesti ada yang nak tau samada I dapat gelang hitam yang SO dari Mekah tu, kan? Well.. I tak dapat yang tu tapi dapat air zam2 dan kurma dari berbagai jenis termasuklah yang boleh buat kita I kelihatan jelita (haha, ye ke ada kurma jenis tu?).

*pause kejap cewita semalam* nak cewita kisah hari ni dulu ..
Had LEMPIS for breakfast. Capai sebiji pis, tekan2 dgn garpu, tuang santan kotak sket, tabur gula sket, tepung sket (terpaksa ayak sebab was2 kot ada ... dot3) dan teruslah ... ehh jap ... selet sket 'pathar', pastu barulah digoreng (goreng ke bakar??).
.
Cukup ke makan lempis sekeping aje? Memang tak cukup tapi bukan ke kita patut berhenti makan sebelum kenyang? (ambik iktibar kejap, cewah); tapi mana boleh tahan??
.
Oleh kerana tak tahan berlapar, maka terhasillah karipaf kembar tiga tidak seiras. Nah kau! buat ikut suka ati aje afterall sendiri makan - no need to look nice, no need to look pretty. 1-setengah keping dah selamat daaah dan selebihnya simpan untuk tea time (sambil menadah tangan "pliss .. janganlah ada sesaper mintak karipaf belen tu, owh plisss").

Since TB puasa hari ni, ( nazar katanya tapi nazar untuk apa?), my JJCM plan terpaksa dibatalkan. Petang nanti barulah I fikirkan apa nak masak untuk orang berbuka puasa tapi nak masak apa ek? Alangkah bestnya kalau bazaar Ramadhan tahun lepas masih dibuka lagi, kan? boleh beli ayam percik ke, gegetas atau tepung gomak ke :-(

Kat rumah Ngah semalam ... juadah alas pewut yang biaser2 aje ..

Special request dari orang yang tersangat jaga kesihatan tak makan kicap, maka suci bersih aje rupa bihun tu. Ada 3 pencuci mulut comel - cream caramel yang telah dipenuhi peach (hasil kerja Ndja untuk jimat penggunaan air dan tenaga; basuh satu pinggan aje); juga roti kismis dan egg tart (dibawa oleh orang yang sedang berkarya nih, hehe).
.
Ayam yang belum disolek rapi menjerit2 "noooooo.. malu I! tutup mata.. tutup mata.."
.
Oh ya, semalam tu sempat juga I oder 5 keping murtabak daging sementara menunggu Ndja tiba. Why 5 keping .. 1 for yours truly and 2 each for Ngah n Teh. Masa diorang pergi Pulau Temasik bulan lepas, diorang sort of hampa kerana murtabak Ar*b Street dah tak superb macam dulu ...

Wednesday 27 January 2010

was once a killer .. oh no!

I am here at 1am with eyes very wide open. It's not because I can't sleep or having amnesia insomnia. Truth is I've had enough 'partying' in the slumberland from 7.40-9.30pm just now siap with wonderful dreams. Pergi 'party' pakai telekong, haha (Ja, you know what I mean, don't you? Nasib takde lelehan batewi cap kucing hitam, kah3).


"thott..thott" Who would want to send me a message at this wee hour? 3 guesses. It's either Ndja, D or T ..

T: Omg Mi, T accidentally deleted d msg wth d top up numbers, baru je trjadi!
U: Nasib u have a splendid mother 8432668161902
T: Thanks Mi! Gdnight muah
U: Haa, tdo cepat. It's 1am u know. Umi pun nak tdo. Daa
T:Esok kelas kul 1pm. Lek aa. T dah baring dh pun

Now .. that got me thinking .. what if T doesn't have a mother anymore? I mean what if I am dead? Aduhai, kesiannya dia. Mana tempat dia nak meluahkan perasaan dan bermanja? Kat siapa dia nak mengadu sandalnya kena pijak dek kawan tapi kawan tu make dono aje? Pada siapa dia nak berbicara tentang ketakutannya? kebahagiaannya? kesedihannya bila kucing mati? Owh ...

*deep sigh* Oh dear, let's not get emotional. I better get some rest, will continue with my rambling tomorrow morning, insyaallah.

Salam n selamat pagi ... sambung berkarya tatkala pewut dah kenyang dengan sebungkus nasi lemak (I tak beli tapi tetiba aje ada atas meja), secangkir neskepe mild 3-in-1 dan ubat2an pencegah penuaan dan kekenduran. Ishh, takdelah cenggitu, it's more untuk kesihatan dalaman specifically for the liver...

I ni kan taKOT makan ubat2an unless I memang betul2 sakit tapi dah kehendak TB that I must telan sebiji setiap hari (sedia maklum I ni bukan aje mythali malah tersangatlah patuh dengan kehendak suami (eh-ceh2), maka I telan ajelah (sowi eh, kita sker puji diwi sendiwi ek? saja nak menyedapkan liver kita sementelah Milk Thistle tu memang pun untuk kesihatan liver).

I baru jer baca kisah Sophia, 3E's pet fish. Lepas 5 tahun being in 3E's household, Sophia pergi buat selama2nya. Memang sedih esp bila kita dah 'bela' lama. Bila sebut pasal pets ... pause ... oh well .. bila mention ikan, I will always have this guilty feeling but as always, I will console myself that I did it out of curiosity, out of perasaan gewam yang teramat suka not out of hatred .. blablabla .. See? I am my own loyer .. always defensive menjaga kebenaran anak guamnya, har3.

Cuba bayangkan senario: CS sebelum mumaiz jauh sekali akil baligh - dikala I masih tidor dibawah tiak my Mak (so maknanya I memanglah tersangat genit kenit). Satu malam sebelum tidor, I membontoti Mak ke bilik kakak/Chik to say goodnite (ala the Waltons), pastu Mak nak terkucil pulak so I waited kat luar bilik kakak aje. I tak berdiri tapi I duduk sambil memerhatikan sekor ikan laga warna biji kundang berenang2 kesephian dalam bekas botol Horlicks yang berukuran sederhana.

Betulah kata owang tua2 kalau diwi dah kena rasuk dek setan .. malam tu terjadilah satu penganayaan <- ejaan ok ke?. Tetiba jer I capai botol tu, I masukkan tangan yang comel nih (now dah gebulah kan?), I kaut ikan yang tak berdosa tu, terus aje I potel kepalanya. YaAllah, ampunkan dosa ku .. sesungguhnya I dah bertobat dan sejak hari tu I hanya berinteraksi dgn ikan yang takde nyawa aje (sumpah! you can check my freezer).

Bila Mak keluar dari bilik berair, selamba jer dia kata "ehhh... dah mati ikan nih" tanpa rasa syak wasangka atau menuduh anaknya. Keesokan paginya .. it was as if nothing had happened.

I think I have done 4 'dosa2' besar semasa I belum boleh lagi berfikir dengan waras. Dosa kedua berkenaan $, ketiga pasal bekal kesekolah dan keempat pasal tulis surat (tapi yang ni I dah boleh berfikir .. terpaksa kensel 1 tinggal 3).

Alamak, Ndja dah fone I dari Strasburg. Dia nak jemput I pastu jemput Teh then go visit Ngah yang baru jer balik dari umrah. Agaknya dapat tak I gelang rona hitam yang SO dari Mekah tu?

P/S: Ekceli I nak stori pasal all my pets tapi dan melencong2 pulak. Nekstaimlah heh??

Tuesday 26 January 2010

Saya berperisa ...

Kalau tak kerana usus besar wat hal, maka tak ler I bersiram awal. Terlanjur dah bersiram tu, I kuatkan semangat terus bersiap sekadar molek pada pandangan sendiwi. Nak dress to kill pun tak guna sebab I tau Kanda Deris tak lalu jajahan sebelah sini pada hari Selasa ;-)

Yess! missions accomplished except no. 4
1. buang ceq dalam mesin-telan-ceq
2. isi minyak kereta
3. JJCM (for D n me)
4. Masak lunch for TB


2-3 hari lepas I buat quiz 'what's your flavor'. I buat dengan gigih, adil lagi saksama maka kesimpulannya ... I berperisa TEH or rather TEA.

I am a subtle flavour (as in selamba derk), quiet and polite (sambil kelip2 mata), gentle (auww), almost ambient (tssk..x faham). My presence in crowds will often go unnoticed (yeah right but I like). Best not to spill me on your clothes though, I can leave a nasty stain (hoho.. garangs).

"If you were not Tea you would be Vanilla". Pulak daah.. and so I pun doowanmortaim ...
.

I am one of the most popular flavours in the world (mandai jer claim cam tu). Subtle and smooth (kind of), I go reasonably well with anyone (hope so), and rarely do anything to offend (... unless). I can be expected to be blending in society (is there better choice?).

Salam and have a nice day.

Monday 25 January 2010

Haa, boleh pun ...

Salam (sambil menguntum senyuman yang agak manis) ...

Resolusi yang I buat secara terang2an (tulis dalam blog lagi tuu) adalah .... nak jadi lebih rajin dari tahun lepas ... so ..

Just before Maghrib, 2 jenis inti dah siap disediakan - minced meat + kentang (perisa kari) dan juga sardin + kentang (nak bitau perisanya juga ke? hehe). Mood datang bila T bersuara "bila nak buat benda tu Mi? Doh tu dah lama kat luar, nanti besok T dah balik baru Umi nak buat".

Issh dak T tu but TQ all the same. Kata2 cam tulah yang I nak dengar sangat2 (dari TB/D/T) untuk naikkan semangat I yang kadang2 kental, kadang2 ledot cam lengkong dimasak dengan gula batu.


9pm: Terus menonong ke dapur .. cari pelangkong rolling pin, cari tu cari nih. I tak canai atas cabinet top (malas nak lap2 lepas selesai kerja) so I guna chopping board rona meragh yang baru dibeli. It seems 3 benda nih aje yang berjaya menawan lubuk hati I kat eekiya tu (menawan yang bermaksud mampu, hehe).

Sambil tu ingatan I merentas masa .. dah lama betul I tak buat 'currypuff' nih, berdekad2 lamanya. Masa tu Ndja and I berpadu tenaga buat karipap jenis nih from scratch (if you know what I mean). Kerja kita asyik mengintai2 kat tingkap oven - saja nak tengok karipap tu merekah2kan diri. We were ecstatic beyond words! (tetiba dua beradik jadi puak Jakun).

This time no starting from scratch so I just used the instant one. Nampaknya tak boleh selalu amalkan buat karipap jenis nih cos it's quite oileee..

Mula2 I buat bentuk 3 segi - trial dulu saja nak tengok betapa puffynya dia mengembang (based on how thin/thick I rolled out the pastry).

Testing 1,2,3,4 triangles - lesap in no time at all. T ngap 2 pieces (while still hot), and one each for mr & mrs TB (mereka berdua nih lebih sabar, ehem .. tunggu suam2 baru ngap). D tak teruja langsung tu sebab T ngap 2!

Pagi ni masih ada 3 keping lagi duk senyum2 kat I so I kata (kat karipap) "hari nih ikut abah gi kerja eh??". I am sure TB is smiling widely when he sees the cp inside the purple tupperware. Kalau tak, manjang istewi dia bekalkan toasted bread selet with peanut butter jer (tapi tak boleh nak salahkan istewi dia sebab bekal cam tulah yang dia pinta).

OKlah nak bersiap2 dulu pastu BAU (kalau tak petang Ahad, pagi Isnin), need to send T kesana.. kesana... Budak ni kan, patutnya dia balik malam semalam but since 2 of her fav. 'cerita' are on air on Sunday evening, maka conveniently dia balik pagi Senin. I approve memandangkan kelasnya mula tengahari nanti. What if I don't approve? tapi tulah, kesiaan.

'BAU' yang I sebut kat atas tu takde kena mengena dengan bau badan atau apa2 bau pun. Sebenarnya I dah wangi dah nih (read: bersiram). Sejak dua menjak bila masuk kawasan jajahan Kanda Deris, I make it a point to dress up sejuk mata memandang (at least tudung matches with pantslah kan?), mana tau kot2 Kanda D tetiba stop my 8-year old car seraya berkata "jom kita minum2?" ... haaaaa...!

BAU = business as usual

Saturday 23 January 2010

once a while, it's ok not to be kind ...


The place is just around the corner but why does my heart never open up so widely as to singgah there? Akak the blogger has been promoting diligently the good food PR has to offer. Before my telaga ayaq liur kontang, I better do something *light bulb* - should ask T to accompany me there later today after her dental appointment (or is it before her appointment? For sure she will refuse any intake of food before visiting the dentist, haha, keji punya scheming!).
.
I so want to taste the KT gor which has been accorded by Akak 'a must try' dish but somehow T isn't as enthusiastic as I am; she prefers going to SF instead. Hmmm ...
.
I wonder why our motorists on the road behaving as if the road is theirs and only theirs. Nak cerita pun geram .. grrrr.. (jaap, kena urut dada dulu .. inhale .. exhale..).
.
After my trip back from SA, I singgah Tepan for a while as I need to drop a cheque request slip at bank Harimau and T needs to buy her must-have ice-cream or else. We take turns to wait in the car (jimat tak nak bayar parking meter). Done with whatever we had to do, it was time to go home BUT there was one blue black merc stopping our niat. Wah! that guy molek2 and conveniently parked his car just behind mine but hadoii.. he was nowhere to be found.
.
I didn't have the slightest intention to be kind after waited close to 10 mts .. well, not yesterday anyway. Every now and then T was honking to alert the car owner. Where was I then? Haa.. I was standing tercegat just outside my car hoping to get a glimpse of that badigol. Suddenly he came out, out of nowhere .. and got the cheek to ask me "you waited long?".
.
Waited long tak waited long, I lemparkan my senyuman pahit "at least you should have told me where you are going so that I know where to get you". He added "owh.. I was here only" (pointing at the nearby shop). Anyway, I cool down soon after he apologised but should he not, kaki tangan I dah sedia terkuit2 dan terkuis2 dengan bunga2 silat cekak.
.
Till then, have a nice weekend!
.
Here's a bit of something to remember 'him' by ...
.
He used to call Bak 'wak' while his father used to call Bak 'haji'. I remember Bak used to tell us how that guy used to brag about the 3M when the other 2M helmed the country. The 'gift' that was awarded to Bak was enough proof of ... aaah, enough said.
.
Al-Fatihah untuknya yang berjiwa rakyat.

Friday 22 January 2010

Ziarahilah kawan2 kita ...


Salam ...

Rasa macam malaz nak berkarya hari nih tapi kesian pulak kat peminat2 I seluruh tanah berair, tanah kontang dan tanah dipenuhi salji salju .... (ha! kekdahnya merentas benua tu tapi ada sapa2 nak jongkitkan idong-&-mulut tanda loya mual n menciii, tak?? kalau ada pun, ada I *****? <- ungkapan yg kurang sofan tu, I tak suka so I tak tulis).

Mungkin adalaa 5-6 juta owang yang tau I telah berkelana ke Sban semalam. Tertunailah hajat dihati ... rasa bersalah telah ditebusi dengan pelukan dan ciuman yang berdesap desup. Tiap kali pipi bertemu pipi, terkeluarlah "muah" tapi tak bunyi 'muah' pun, apsal ek?

Sepatutnya I kerumah Teh terlebih dulu (sebelum bertolak ke Sban pada petangnya) sebab dah janji nak bawakkan Teh murtabak. Oleh kerana mentari memancar dengan begitu indah sekali, I dengan penuh hemah mohon jasa baik cik WM to do the 3M ritual - membasuh, membilas dan mengering but whylah cik WM takde fungsi MENYIDAI?? Ni yang geram nih!
.
I pun telefon Teh, berdebar2 juga "Tehhhh... kensel.. banyak basuhanlaaa.. belum kering lagi". Teh yang cukup paham bab basuhan-kalau-tak-kering-boleh-mendownkan-mood-yang-ceria "ok..ok.. pahaam. Besok2lah, takpe..". Donchu jas lav having a sista laik dat??
.
Dalam pada tunggu basuhan kering, sebagai partner yang perihatin (read: mithali), I pun beriya2 kedapur (kena 'kipas' TB sebab dia sanggup drive ke Sban), masak apa yang ada untuk mengalas perut. Wat did I kuk?? Well.. I kuk creamy rice BTB jer, heheh. Kali ni ada penemuan terbaru - I kuk STIB guna a bit of tomato puree (nehi asam jawa) dan rasanya amat ... berbaloi2.
.
Dah bersungguh2 masak tu, TB tak nak makan pulak, "later darling", katanya. You sanggup dengar dia kata darling kat I? Sumpah I tak sanggup, nasib baik dia tak kata cenggitu, haha. Dah siap masak tapi TB nak makan kemudian "but I'm hungry!" maka I makan semunyik2 (sebab dia dah bersiap sedangkan I baru jer bersiram (that's why I kata I tak mandi). Verdict: Samtum yang paling dilisyes pernah I buat (so next time guna tomato puree or tomato sos aje instead of asam jawa)

Tiba di Seremban ...
.
Sure enough Ndja jadi tua-rist guide tunjuk hala ke rumah my BFF. Ndja terus balik ke rumah (sambung misi masak beriani lauk kamb/ayam untuk dijadikan bekal adiknya balik ke KL). Bila berjumpa kawan lama, tau2 ajelah topik yang kita bincangkan. Mula2 kami berempat duduk berbual diliving room; pehtu bila ada topik sensitip/rahsia, kita berdua beralih ketempat yang lebih secluded yet cozy - kononnya jauh dari pendengaran TB and my BFF's anjer.
.
Dah berbual tu, rasa cam tak mau balik sebab banyak lagi hal negara yang belum dikaber tapi apakan daya. Singgah rumah Ndja tumpang solat (dan angkut makanan yg dia masak tadi). Alhamdulillah - Allah saja yang dapat membalas budi baiknya dan my BFF juga (dapat minum kopi, makan karipap pusing, dapat senaskah Yassin dan bekal apam warna-warni tapi kena steam sendiwi, hehe).

Isn't it romantic?
Senja about to berlabuh n kita berdua, auww ...

Hmmm ... by now mesti ada yang dah tekan X atau dah tekan 3-4 kali X sebelum baca perenggan kedua, kan? Takper, tu lumrah alam. Untuk yang berminat sila rujuk panduan dibawah.. I selamatkan you garu2 dagu yang tak gatal untuk men-decipher apakah makna abjad2 kontot diatas tu, am I perihatin or what?
.
Nota: BTB = back to basic (ada samb-tum, timun n telur dadar). STIB = samb-tum-ik-bil (dah jadi lagu hindustan plak, yahuuuu janggeli kahe).
.
Sat lagi nak ke SA menjemput puteri mayang ala mengurai. My late emak should named me Nur SUPIRa tapi takperlah, nama sekarang pun daaaah *melethop* ????

Thursday 21 January 2010

ketam kawan ketam ...


Life is like an onion
You peel it off one layer at a time
and sometimes you weep
- and so says the pujangga -
.
10 pagi
1. Beli murtabak 4 keping (order dari rumah dulu, tiba sana just pick and pay)
2. Terus meluncur ke PJ rumah Teh
3. Pulangkan oven yang tak boleh dibaiki, hantar surat sesat yg dihantar kealamat my house bersama 3 keping murtabak
.
2 ptg
Insyaallah bersama TB ke Sewemban <- heheh, kita sker cakap pelat kerana menziarah my BFF yang baru jer kehilangan bonda tercinta. Selagi I tak ziarahnya, selagi tulah I rasa amat bersalah; sama rasa bersalah bila I langgar anak kucing satu ketika dulu. Alhamdulillah kucing tu survived. Sejak kejadian tu, anak kucing tu asyiklah meowing lagu Gloria Gaynor 'I'll survive'. Kucing zaman sekarang kan? Memang bijak2 belaka (sebijik dan sebijak tuannya kah? kah3 + kih3 + uwek).
.
Terlanjur kesana mungkin singgah rumah Ndja dan mungkin tidak but for sure dialah yang akan jadi my TUArist guide ke rumah my BFF tu.
.
Rasa bersalah tu telah dipadamkan selepas I layangkan satu message pada my BFF semalam as my luahan hati. Jawapan darinya sangat menyejukkan hati I yang bersalah nih. Alhamdulillah, betapa untungnya berkawan dengan orang yang matang. Tak sia2 persahabatan kami selama beberapa dekad yang disulami dengan .... bermacam2 (bila sebut satu, kena sebut semua tapi kena juga sebut satu ie dia ketam, I pun ketam tapi (so far) kami tidak pernah menyepit diantara satu sama lain).
.
Till then, have a nice day ..

Wednesday 20 January 2010

Papers, pudding and ...

Pagi ni sejuk aje ek? Aaah, hujan rupanya (cuaca seakan2 bersekongkol bersama cikJa dan cikSom, hehehe clap3). Tak boleh sambung golek2, kena keluar ambik sokabar sebelum ia basah kuyup.

Selalunya hari Ahad, berat sikit sokabar yang I langgan maklum ada beberapa jenis. F, pelempar sokabar tersohor dari negara nun akan buka gate karat rumah I, mara beberapa tapak lalu melempor sokabar 'gedebuk' betul2 dpn pintu. Depan pintu kira OK lagi tapi kali nih dihempuknya atas my umbrella (ela..ela..). Tak tau apa dosa umbrella tu dah buat sebelum nih tapi kesian taw, patah riuk sayap2nya. Umbrella tu terus jadi oku uku = umbrella kurang upaya. I naik angin juga tapi tak sehangin T "dia kena ganti payung kita Miii".

I pun telefon F saja nak tau macamana gayanya dia melempor sokabar2 tu. So, cerita yang I tulis kat perenggan sebelum nih memang keluar dari mulutnya, cuma I tak guna lenggok BMnya yang superrrb tu! :-(

Oleh kerana F dah banyak kali silap swing masa melempor sokabar (banyak kali terjadi insiden yang buat kita PAP tepuk dahi) maka kali nih 'no more dice', I really go hard on him (cewah). Dia perlu didenda! Selama 2 hari I berkelakuan zalim, hehe; I buat dono dalam rumah bila dia 'phit phit' motor minta I jelaskan bil bulan lepas.
.
Hari Ahad dia datang dalam hujan renyai + kilat (bukan kecik2 punya kilat). Since I fobia dengan kilat I teriak dari tingkap minta dia bubuh bil dalam my post box aje (lagi pun I kena double check bil sementelah banyak kali I tak terima sokabar).
.
Hari Isnin dia datang almost maghrib. Dah berbuih2 mulut nih bitau jangan datang waktu senja. Dia tak dengar kata ek? Pulak2 hari Senin tu I sedang ralit mengadap Cinta Balqis. I terus diam menikus, tak nak alihkan pandangan dari kaca tivi even seminit maklum last episode kan? Tak nak miss saat2 Hasan memandang Qis dengan begitu syahdu sekali .. haha, taksub ke I?? taksub ke?
.
Nak sentuh sket pasal Hasan co-hero drama tu. Ada ke lelaki sebaik (dan selembab) Hasan ujud dalam dunia nih? Apa pun, I dah congak2 nak beli tivi baru - a flat one (if TB dazen mind) sekiranya Hasan betul2 mati dek sebutir peluru. Nehi, I tak rela dia mati percuma like that! Nasib baik I tak tergesa2 ikut perasaan tolak tivi kelantai bila mula2 Hasan ditembak, haha. Biarlah orang kata last episode tu mcm filem Hinduss, janji endingnya a happy one for me and Ndja. Puas hati dan berbaloi ayaq mata I berguguran bila tengok Irfan pinning for his Abi. Pandai dak tu ...
.
Semalam bila F 'phit phit' lagi, kebetulan D ada kat rumah, dia aje yang keluar jelaskan bil. I tak double check pun. I bayar ikut apa yang F dah editkan (bil bulan lepas kurang sikit sebab masa F cuti balik negara, assistant dia silap lempor sokabar. Ada yg landing kat rumah sebelah dan sebelah lagi, boleh?? Takkan I nak bayar sokabar yang I tak baca, tul tak?
.
Anyway, benarkan I bergusip sket. Hari tu kaan.. I terpandang ada pompuan membonceng motor F. Gaya pakaian pompuan tu seperti oraaaang .. u know I knowlah. Mestikah I mengepokan diwi bertanya F samada itu ceweknya atau mrsnya?? Kalau mrsnya, well and good. Jangan plak yang tu sparenya dan kat kampung ada mrs yang ditinggalkan. Ehhh.. tapi nape I kesah ek??
.
Malam tadi I mengukir senyum sendirian sambil berangan - what if I make this apple crumbles memandangkan 3 bloggers kata yummy yummy yummy! Tapikan, tetiba I ubah fikiran, teringat plak puding kastad yang Teh selalu buat dulu2; puding dimakan bersama sos tiram kastad dan ditaburi fruit cocktails. 4x yummy! Tapikan tapii .. yang JADI ialah puding roti dan sos kastad. Haha.. tulah terjadi bila seseorang tu fickle-minded!

Kesian ek? tapi dah tinggal 1/8. Okaylah tuu!

Dahlah buat tak ikut resipi (maklum untuk tekak sendiri dan I aje yg makan), ditambah pulak dengan idea 'memandai2'. Bila puding dah agak2 siap dibakar, I tuang sos kastad diatasnya (berlandunglah jugak) dan sambung bakar kira2 5 minit. Hasilnya?? ya puan2 sekelian .. hasilnya dapatlah permukaan puding roti yang berkedut2 macam kulit nenek kebayan.

Kalaulah teknik 'memandai' tu berjaya, pasti I prancaiskan kat Naijila Lorsen ;-)

Tuesday 19 January 2010

Heheh ...

Cerita meatballs kat iki-ya terfaksa dipendam/perap/marinate dulu. Sementara menunggu editor Al-kisah masuk pejabat, sila basahkan mata dengan masakan orang malas cum rajin tanpa rela menonong ke dapur (selepas congak2 memang tak akan dilayan kalau yang menonong tu kata "jom, kita makan kat luar?").

Dinner dua malam lepas ... Oleh kerana malas nak nonggeng2 untuk cari bahan memasak (almaklum freezer ukuran paras peha kelantai) maka capai mana yang ada dalam laci esbok aje.. (nampaknya kena beli esbok baru dimana freezernya selaras dengan dada, auwww) <- kelam kabut aje bunyi bahasa I ni ek? hehe, nemain.
.

Terasa zalim sangat masak mee hailam aje. Kesian pulak masa tidur nanti masing2 berdengkur diiringi bunyi perut mendayu2 kelaparan. Maka secepat kilat I re-program my tenaga, upkan sket my kilojoules biar melethop, haha <- ntah kenapa I mesti ber-haha, I pun tak faham!
.

Dah bertahun I tak grill or 'wos' kitchen chicken. Jelez meluap2 bila tengok para bloggers yang rajin menggeril siap campak2 slices of lemon. Dengan kadar segera I pun campak2 bahan yang ada - tak sempat perap pun - I terus zaap kedalam oven. Sementara menantikan ayam tu masak, I bancuh brown sauce (instant) dan jerang atas api yang selow, bubuh butter sket dan air ayam (selepas ayam siap dibakar).

Verdict dari 3 chef tak tersohor dunia: Chef TB 4/10, Chef T 6/10 n last but not least Chef D 9/10.
.
Gitulah kesahnya ... semuanya al-licin. Alhamdulillah.

Monday 18 January 2010

Best sangat ke?


Salam semua ...

By now Akak mesti sedang dicuci darahnya ..

Sementara menantikan edisi Ithnin Al-kisah diedarkan, I tampalkan gambar yang satu ni dulu untuk tatapan rohani all my friends esp Puan Rahmah *pssst Akak, kita nak draib ke SA kejap nak merafak sembah kat 'Kanda Deris', heheh*
.


Soalan cepumas: Sedap sangat ke meatballs tu??

Sunday 17 January 2010

Makan dan ...

... makan lagi, masyaallah! Alhamdulillah for the rezeki and double alhamdulillah sebab dapat menikmati kelazatannya. Amin.

I ada masa 50 minit untuk berkarya. Pastu kena mandi bersiap2 pulak. Lepas solat subuh tadi T pesan "Mi, by 9.30 kita kena keluar rumah. Umi mesti siap by 9 pastu kejutkan T eh? T dah pasang alarm dah".

Tension I dibuatnya sebab lepas beri 'arahan' tu dia boleh zzzz semula! TB takde beri arahan apa patut I buat bila kita nak keluar jenjalan. Arahan ditambah "yalaaa, Umi kena siap dulu sebab Umi siap lambat".

Misi kami dipagi Ahad ni nak ke KL aje tapi KL yang ni tak jauh sangat. T ajak I makan meatballs kat Ikea tu.
.

AJK wajib memakai 'lencana' kerana 'lencana' boleh menambahkan seri ayu wajah. Yang meragh tu dipakai minggu lepas (majlis jiran A) dan yang biwuu tu dipakai semalam (jiran B). Dengan memakai 'lencana' tersebut, I rasa cam dapat 'lencana' Sheriff aje (but please don't shoot this Sheriff okay?).

Dimajlis kawin semalam, ntah macamana tetiba I dengan kawan sorang lagi dib'eri tugasan menyambut tetamu di main entrance. Alaahai, kerja nyambut2 nilah yang I takde skill sebab senyuman I tak berapa manis dalam keadaan panas dan senyuman tu takleh stay still for long (warga emas .. urat2 muka dah kendur kan?); namun I empowered myself .. come people, I shall give you this shweet smile of mine (read: I take the challengelah). Kalau ikutkan hati, dah lama I 'kuis2 pasir' bersembunyik.
.

Majlis berjalan lancaaaaar! Pengantin cantik lawa berseri. Makanan enak sedap delicious! Bila tugasan selesai, I terus balik rumah sebab tugasan padaNya mesti ditunaikan juga. Mandi manda segala (kali kedua mandi ni taw), tanpa berlengah I melabuhkan badan.. YaAllah nikmatnya dapat baring. Setiap sendi terasa sengal dan ketat tidak terkira .. Ingat baring2 dan golek2 aje ke? Hehe ..

Sebelum Maghrib terima sms dari jiran "kitorang nak dinner kat UJ. Nak join?". Haa.. makan lagi. Masa I mula berbaring2 tu I dah angin2kan kat TB "dinner nanti I tak nak masak. Kita makan luar eh? I penat". So in the end, I sambung sesi menyombong dgn periok dan kuali. 1 hari yang indah!
.

9.30 malam kami berkumpul di restoran UJ. Oleh kerana UJ milik jiran, restoran tu dipenuhi oleh kami2 juga (yang pada siang harinya berjumpa dimajlis kawin). Riuh rendah. Seronok rasanya bila berkumpul macam tu. Lebih seronok sebab TBku ada bersama; kalau tak madang aje dia pergi kerja. Orang rihat dia kerja, orang kerja dia rihat <- I sedang berleter ni, haha.
.
Rahsia ni jangan bitau TB eh? I suka bersiap kemudian dari TB. I suka bila dia dah siap dulu, dia tunggu I dalam kereta yang sedia didinginkan for me to make an entrance .. haha .. rasa cam pergi dating jer, auwww. Shhhh.. rahsia ni.. janji!!

OK .. GTG before puteri Hang Li Po bersuara "cepatlaaa Mi".

Saturday 16 January 2010

Asyik makan aje ...

Since last week, perut ni meragam ala pancaragam polis diraja .. you know the kind of music they play - banyak bunyi trumpet dan cymbal aje tu? Haa.. gitulah suasana perut I sejak 4-5 hari yang lalu. Selera wise alhamdulillah despite the numerous trips to and fro the WC yang meletihkan ... TB paksa I makan pil bulat2 kecik mcm ta** kambing tu. Tertelan juga diiringi air manis if not yukkh..

Semalam dan pagi ni suasana perut masih terasa kepishh kepishh <- macam bunyi ombak dipasiran pantai (mesti ada yg teragak nak nyanyi lagu Anita n Sudir kan? Haa.. tau punya); namun untuk tidak menghampakan kawan2 @jiran2 (ya ke diorang hampa kalau I tak pegi?), maka I kuatkan hati ke majlis 'last kopek' terima menantu jiran (sebelah pompuannya berlangsong minggu lepas di Amsterdam Ampang yang tersangat jauh tu, ingat tak?).

Majlis santai untuk memeriahkan rumah pengantin dengan jamuan makan dan sesi berkaraoke. Jemputan terdiri dari sedara mara dan jiran2 terdekat. Since I kenot sing maka I tak minat berkaraoke tapi diorang2 yang menyanyi tu memang a bunch of sporting lots - ada suara ada gaya dan ada suara takde gaya, haha. TB tak pergi sebab dia bekerja mencari rezqi yang halal untuk anak2, isteri & kucing2). Hingga pukul 1130 malam masih kedengaran muzik dan nyanyian yang kuat tapi bunyi kuat tidak membuatkan mata I semakin segar malah zzzzzzzzzzzzz (maklum dah kenyang dgn soto, mee siam dan pizza wpun I ate a small portion jer).

Nampaknya tengahari ni I boleh menyombong tak payah ngadap periuk dan kuali. Jiran2 terdekat kena punch card pukul 1130 pagi. Kalau bukan kerana jiran, alangkah malunya kita tunjuk hidung kemajlis kawin (sebelum majlis bermula) as if tak sabar2 nak penuhkan ruang perut, kan? Tapi dah itu permintaan tuan rumah, kami akur *wink*.

Note to QJ, hehe.. hari ni kita tuang tak masak, yeay2!

Thursday 14 January 2010

January ..

... I suka lagu Januari yang K nyanyikan dulu (wpun dia bukan penyanyi ojinel). Suka K sebab dia bijak berbicara dan juga cute, heheh. His parents are Ndja's uni. mate so secara tak langsung I know his mama quite well. I tau rupa father dia tapi tak pernah bertegur sapa walhal banyak kali kami pernah duduk side by side dalam bas mini no. 25. Sesi kenyit mengenyit memang takde sebab bila berada dalam bas, I pandang kedepan aje (lagi pun kita ngeri tengok dia punya 'apro look' which I guess by now is already thinning).

Tu cerita lama semasa bas mini menjadi teraju utama pengangkutan negara; semasa Malaysia belum berapa Boleh!

Whatlaa .. I bukan nak cerita pasal tu semua. I nak cerita pasal bulan Januari nih .. a few of my family members menyambut besday masing2 (big deal huh? har3). Memula ...

2/1 - D. Dia suka birth date dia sama dgn I which is on the 2nd. What can I say about my 1st born? Surprisingly I tak tulis apa2 dalam blog untuk mengingati kemunculannya didunia yang fana' ni. Well .. bukan takde, adaaa .. (tapi kena cari .. hehe). I kata dah tua, takyahlah prezen2 so kita berempat menjamu selera kat sana aje (Akak, sure dpt teka kat mana, hehe).

Sekarang ni I tengah geram sangat2 dengan budak sorang ni sebab dia selalu aje ganggu semasa I sedang berkarya. Tiap kali dia ada trick baru guna a deck of playing cards @ daun terup, I lah yang jadi mangsanya! Jangan bitau dia .. I think he has what it takes to be a magician. Magician bukan guna black magic (or practice tarot) tapi hanya 'card manipulation'.

4/1 - Long aka Ms Longevity, my eldest sister. She just turns 70. Wow!! She is a cancer survivor, kuat hati dan semangat. I thought I'd cry when I first saw her after the major operation; but no .. in fact I asked myself "is this how I should feel? why am I not sad?" (unlike when Mak had it last time). Long tempat I mengadu macam2 e'though she has that serious demeanour and always 'terlewat' to catch our big fat jokes, hehe (kesian Long).

13/1 - my nephew AD. Jarang I dapat ucap selamat harijadi kat dia ni. Kalau nak ucap pun mesti menerusi my abang who is his papa. Sedih kan bila anak sedara sendiri malu2 kucing dengan mak sedara, dan mak sedara pun macam takut2 nak baik lebih2. 'Takut' sebagai langkah proaktif supaya tidak mengundang salah faham. Owh, how sad!

Met AD masa hari raya haji and I did promise him $$ if he gets good results in his PMR. RM10 per an A. Weeks later barulah I diberitau thru sms that he got 7A 2B. Tu pun lepas I tanya my abang dan jawapan darinya "tak nak beritau nanti orang kata apa pulak, lainlah kalau ada yang bertanya". Oh man! and I can't just keep quiet. In my sms to him "for heaven's sake, 'orang' tu is your own sister".

Haaah... lega dah .. !

Segenap ruang dijadikan begini oleh penyamun tanpa tarbus!

14/1 - my SIL, balu to my late brother. Sejak jadi balu, she and her daughter stay with Teh during weekdays. On weekends dia balik ke rumah sendiri di PJ, rumah yang pernah jadi rumah I selama 10 tahun. I tak tau aura apa yang ada pada rumah tu kerana sering jadi tumpuan pencuri. I pernah kena 2 kali dan my SIL pun kena 2 kali (a few times failed attempts). The latest one happened about 2 wks ago. Dugaan datang tanpa dirancang. Redhakan aje.

26/1 - IA. She being the 2nd niece, we doted on her endlessly. Enough said ... blablabla ... but I love her all the same.

Letih daah. I can't carry on writing (as if there are too many words and 'visions' blocking my left n right brain). Should I dump this entry into draft mode? *Sigh* but I try not to care with my own feelings too much, hence I have this published.

Wednesday 13 January 2010

Bye bye love ...

Bukan nak puji diri sendiri tapi pagi nih I amat rajin sekali; bukan rajin mandi tapi rajin memasak. Normally when I'm in the kitchen, I'll take my own sweet time doing the obvious chores but not this morning. Since my Puteri Gunung Ledang jadian is going back to her 2nd home at 10am, I need to speedy ganzaleskan diri just to accomplish 2 missions.

Missions accomplished on time, yeayy!! I managed to bake macaroni with cheese (resipi diseludup dari dapur mama Sonia tapi ada sedikit rombakan, heheh); and serimuka gula melaka yang tak-berseri-langsung. Both as bekalan for T to bring 'home' - enough for 4 persons (only). Mahaplah, I don't have the energy to supply food for the entire block ;-)
.
T was on semester break for 3 weeks .. macam2 aktiviti/hal yang kita buat bersama termasuklah merajuk, jauh hati dan terkeluar lelehan air mata persis mutiara! Insyaallah esok lusa jumpa lagi, haha .. so masa hugs n kisses tadi takde rasa sedih2 (ehhh.. saper kata??).
.
And so I had these for breakfast - can skip lunch and now ada baiknya I zzzzzz exercisekan mata - pejam celik pejam celik dan terus pejaaaaaaaaaaaaaam ..
.
dah macam ler-zar-nya pulak!
.
.
Serikayanya terlembut sikit. Permukaan serikaya macam ada puddle of H2O tapi bila serikaya dah sejuk, puddle of H2O tak lagi kelihatan. Kalau chillkan dalam fridge, sure molek rupanya bila dipotong tapikan tapii my fridge dah takde ruang lagi; boleh cukup2 muat sekor udang jenis harimau aje. Fridge dah penuh menyimpan kambing panggang (pemberian kawan TB). Nasib baik dah dipanggang; kalau I kena lapah from scratch sure I tell TB The Alleycats (with tails) dah bawak lari.
.
Mata I dah berat dah nih .. penat pun ya juga maklum pagi2 dah masak (I memang kalah bab memasak pagi2, kalau malam OK sket) dan pagi2 (wpun at 1030) dah drive berkilometrico jauhnya. Confirm! KL dan Shah Alam memang jauh.
.
Sibuk2 macam nih, bila timenya I mandi ek??

Monday 11 January 2010

'Surrogate grandma' ...

Petang tadi dalam cuaca berselang seli dengan hujan salji dan pancaran mentari lemau, I dua beranak meluncur ke Dragon Hill menziarah my 'cucu'. Since T's adopted kitten passed away about a week ago, dia mula merengek ajak pergi tengok baby sebab dia dah takde fwen to play with, to joke with or just to agah2.
.
Believe me, T does agah all cats/kittens the way she agah babies complete with "caak??" .. "alaaa syaper nama dierr" and she also has creatively 'concocted' kitten talk (as in baby talk dengan pelat2nya sekali).
.
Bibik yang pemalu, auww!
(cover muka takut 'dikenal pasti' almaklum takde dokumen sah)

"Wan Som, Wan Som.. Hani nak nenen.. "

Bila I ada cucu sendiri dari anak2 D&T, I want them to call me Tok or Tok Mi. Insyaallah Tok Li n Tok Mi panjang umur sempat mengagah dan menimang cucu. Amin. Kalau ada cucu yang cuba2 panggil I Tok Lat, Tok Mok or Tok Pet, siap diorang semua tu! Hari Raya nanti dapatlah angpau hijau yang kosong2 belaka.

My 1st two anak sedara, the eldest nephew chooses to remain as 'buj terlaj' while my niece @32 is still pursuing her studies. Cupids dah kehabisan anak panah kot? Todate I have 7 nephews n 6 nieces only (excl. my own two). Since takde siapa yang dah berkahwin maka we all semua perasan muda maklum takde siapa panggil kita 'tok' or 'nenek' lagi, tapikan tapii lain ceritanya bila masing2 berada dalam keluarga 'the other half'.

Ehhhh .. I tercicir satu fakta. W'pun semua anak sedara belum kahwin, I tetap ada sorang 'anak sedara' yang dah berkahwin. Dialah merubah segala! She got married and have 2 kids; and that suddenly made me a 'wan'. Kalau ikut TB's side, all pangkat cucu should address the ladies as 'nenek'. I'm not in favour of that as nenek sounds too ancient (just like nenek sibongkok tiga).

Siang2 lagi I dah buat keputusan that all cucu sedara or anyone who is eligible to become my cucu should call me 'wan' except for my own cucus - I am their lovable Tok or Tok Mi (never Tok Mok mentang2 I dah fatty bum2, never Tok Lat cos of my visible mole on the chin; and never Tok Pet cos of my sepetness).

Long live Tok Mi and Tok Abah, heheh ...

Sunday 10 January 2010

Orang kawin I kenyang ... part 44 kot?

Nilah rupa cenderahati untuk majlis reception anak buj HR&HZ. Cantik pouchnya dan didalamnya ada Fuji epol. Ada yang mengelap epol (I lah tu), ada yang masukkan epol dalam pouch, ada yang longgar2kan pouch, ada yang susun kedalam kotak, ada yang buat tu, ada yang buat nih -- bz wehh exactly macam dalam factory!

Bila mengelap epol2 tu, terasa macam kat Perth aje (cant forget tragedi buah apple angkara T) dan terasa cam kat Korea juga. Al-kisah ... but shhhh takleh cewita, malus.

Pouch putih untuk tetamu lelaki dan warna gelap untuk pompuan. Berbagai jenis cenderahati disediakan, I tell you. Untuk orang marhaban lain, untuk pemukul kompang lain, untuk kanak2 lain, untuk sebelah pengantin pompuan lain .... Fuh! Fuh (tarik napas kejap).

I terfikir .. mampukah I buat or sediakan itu semua untuk majlis kawin anak2 I nanti? A few years ago masa D&T masih 'tak panjang akal', diorang tanya I "boleh tak nikah aje takyah jemput orang?" - boleh. "Boleh tak jemput orang sikit aje?" - boleh. "Boleh tak nak pakai baju rona hitam?" - boleh. "Boleh tak, tak nak kasi telur?" - boleh.

Ada banyak lagi soalan "boleh tak ..." dan jawapan I tetap sama "boleh". Setiap kali I kata boleh, diorang macam seronok aje. Memang I nak kasi diorang rasa seronok pun dan layan their 'wild imagination' tapi pada hakikatnya?? No way jose!

Siapa2 yang akan tertera dalam my guests list nanti ek? Rasanya I takde ramai kawan. Kawan dalam FB ada <> 50 (kawan sekolah/ofis), kawan blogging (hmmm... ada 20 kot?), sedara mara, dan jiran termasuk apek paper lama, Firdaus pembaling sokabar, Hasan penebas rumput n Santi my 1/4ly maid. TB pulak? Lebih kurang sama kot.

Back to cerita wedding tadi .. Semalam lepas Isyak segerombolan jiran2 kamcing lagi committed menghadirkan diri ke dewan. Kat sana pun ada juga yang perlu disettlekan. Pukul 10am nanti, kami perlu bergerak ke dewan. Kali ni I takde specific tugasan cuma tolong pantau samada makanan atau minuman cukup atau tidak. Yeahh .. glemer sungguh itu tugasan kan?

Malam semalam hujan boleh tahan lebat maka pagi nih terasa sungguh sejuk! Patutkah I .... ? patutkah?

Saturday 9 January 2010

orang kawin I yang kenyang ...

OK tak title kat atas tu?

Pukul 10 pagi waktu malaysia barat ... tapi sebenarnya 5 minit lagi pukul 10 pagi dan I sepatutnya dah pun berada kat rumah jiran sebab hari ni ada upacara merewang ringan2. Mak2 dara ada tugasan mulia hari nih yaitu mengelap buah.

Buah apakah itew? heheh .. yaa buah apple atau sepatah kata my Bak buah 'epol' (apalah Bak I niih. Sekolah omputih tapi tetap nak thebut epol, hahahahaaa... Baaaak... Baaak!).

Buah epol (as tribute to Bak, kena ikut thebutan dia) akan menjadi cenderahati pada majlis resepsi yang akan berlangsong siang esok kat dewan KJ. Hari ni kerja we all tulah .. lap2 epol dan masukkan dalam pouch. Majlis ni sebelah lelaki dimana sebelah pompuannya dah pun berlangsong minggu lepas kat Taphah <- sker ati aje I mengeja ek? Alaaah, bukannya I nak amik peksa UPSR pun...

Nak tanya sekali lagi, sape kata Kuala Lumpur tak jauh?? Ni ha nak kabar sket, bukan aje KL tu jauh, Ampang (apa ntah) pun jauh juga wpun ia terletak dlm mukim Selangor. Waduh! 1 jam perjalanan kesana .. macam nak gi umah Ndja kat Sewemban2 aje. I pergi tumpang jiran aje cos TB .. auww.. TB I tu biarlah dia turu rehatkan badan sementelah dia baru je balik keje malam. Kesian kan? Tak sempat I nak picit2 or urut2 dia .. I dah keluar umah.

Janji Melayu 1130am berkumpul kat umah S&D tapi pukul 12 lbh juga bertolak. Kami terus ke rumah 'sanggar' yg dah disediakan pihak pompuan. Rumah best dan sangat selesa. Disediakan juga makanan ringan dan minuman membasah tekak. Satu jer yang takde .. tsk..tsk.. bantal untuk kita dot3 tapikan tapii masa kita tumpang bersolat dlm bilik yang hawanya sungguh nyaman tu, mak2 dara tergiggle2 sesama sendiwi bila tengok katil bertilam empuk bertatahkan 4 bantal lembot sesangat (namun giggle2 kami terhenti ... maklum, kami kan sopan (terfaksaaa sofan), takkan nak buat rumah orang cam rumah sendiwi, kan kan?).

Majlis nikah bermula lbh kurang pukul 3.30pm. Seperti biasa .. I akan duduk bertimpuh .. senget kiri sat, senget kanan sat .. bersila sat .. owhh .. mestikah? Bukan I sorang cenggitu, ada gak 3-4 orang lain senasib dengan I. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Pengantin lelaki tersyahdu sebaik saja melafazkan akad - sekali jer!

Saat yang dinanti2kan tiba bila kami dijemput makan - bukan nak makan sangat pun (heheh sambil kenyit mata), tapi more on nak meluruskan kaki dan mengerakkan punggung dan apa lagi ?? Yaaa, perlulah mengalas perut tu juga. Masuk angin kalu sape yang susah? TB jugaak (sbb I akan ngelat masak 2-3 hari).

Sebelum I mandi dan bersiap dan dan dan .... Nak tayang wajah udon mee yg I buat for dinner smlm. TB tak pandang ini mee so I gor nasi aje untuk dia .. Dan pagi ni I agak keciwa .. sms TB mintak dia belikan b'fast tapi hampa you .. I didnt see that red plastic yg dalamnya ada my b'fast. I tak merintih, tak buat laku hentak2 kaki dan tak merajuk pun macam a 5-year-old :-)


Upon checking his HP, rupa2nya batewi dia dah mam**s (sekali sekala nak gak thebut perkataan tu). Kalau dah thebut perkataan tu, apakah maknanya?? Tapi I tetap mithali cos I cook up a storm for TB .. I kuk ho liau mee .. I masukkan sawi, udang n cendawan. Slurrph!

Friday 8 January 2010

Bila you merayap ...

Bila you merayap dari satu blog ke satu blog, tetiba you ternampak blog you tersenyum simpul kat sidebar orang, apa agaknya you rasa? Sudah tentu rasa hepi berbunga2 meletop2 dihati dan terus berusaha menghias blog dia ke sidebar I pulak.

Bila you merayap dari satu blog ke satu blog, tetiba you DAH tak nampak blog you tersenyum simpul kat sidebar dia, mesti you terasa kan kan? Terasa juga dah I akan tanya pada diri sendiwi dengan mimik muka yang 'tak boleh belah' tapi for sure dengan mimik muka lemau "nape dia delete ek?".

You hias blog orang kat sidebar sendiwi kerana you memang suka lentok habis pada blog dia, tapi you tak pulak nampak blog you kat sidebar dia, you rasa grrr tak? I would say tak afterall orang tu bukan paksa I pun. I saja suka (nak memanjangkan my sidebar list dengan blog2 yang I minati). OKlah tuu! (sambil gelekkan punggung sket, haha).

Apa you rasa bila tau ramai yang tak menyempat2 koner baring ke blog you - tak kira samada you ada cewita baru atau tak? Kalau I diberitau of course I rasa terharu gila perasan 7 hari 7 malam but having said that, I would rather not know about it. There are quite a number of blogs which I make a point to visit quite frequently and yet they are not listed at my sidebar.

Masa I kerja jadi exe-coolie dulu, kerja I asyik meng-gather soalan2 macam kat atas tuh dan seterusnya dijadikan monthly report. Letih juga bila boss suruh I pikir sendiri soalan2 yang terbabit. W'pun I bukan loyar, kerja I berkisar dengan 'agreements' - sales n purchase of hw/sw, lease, monthly maintenance, special bid etc. Semua tu ada kena mengena dengan pembelian komputer.
.
Soalan paling mudah pernah I buat ialah untuk mengkaji 'turnaround time' dari mula I prepare agreement hingga ianya disain, distamp dan diCHOP! (chop?? you all tak terasa cam nak makan lamb chop ke? *hee.. sambil senyum 2sen*).
.
OK, jom breakfast sama I. Jamah sorang sikit .. kita jadi Italian seketika (Akak & Rima - jom exchange dengan you all punya spaghetti kuah merah n olio olio tuu). Ekceli I ngelat, hehe. Lasagna nih I buat 2 hari lepas ..

Dah setahun lebih I tak buat mende nih. Maklumlah keadaan oven tak mengizinkan. Nasib baik kepingan pasta masih elok w'pun mungkin dah expired (tak sure sebab kotaknya I dah buang).
.
First time I memandai2 bubuh jerung terung but was very discreet about it. Kalau D&T tau, sure seboklah diorang tu kata 'umi ni memandai tau'. Least they know that Umi memandai2 siap bersenjatakan ilmu (kan kawan2 kan?). I tell you, they don't know the difference.
.

Bila mood dah berdentam dentum mesti JADI punya (dgn izinnya). I thot I have cheddar cheese tapi takde pulak cuma ada yang keping2 tu aje. Kita buat dia kan? So, 6 keping zuup masuk dalam Bechamel sos. Mula menumis pukul 1.30am, siap semua by 3am.

Tapi untuk pagi nih, this is my breakfast .. lebihan hotdog tahun 2009, kentang, telur, bawang, lada n mixed spice makan dengan roti. Silakan ...

Jangan tak percaya, w'pun KL tu jauh, nampaknya 2-3 hari ni I terpaksa merentas kesana. Sat lagi at 1130, I tumpang jiran ke Ampang .. ada majlis akad anak bujang jiran. Daaa.... (sambil menjeling mereka yang sepakat kata Kuala Lumpur tu tak JAUH!). Menciii taw ;-)

Monday 4 January 2010

hypo ...

Ada article kat paper 'isteri kemaruk facebook'. I baca tajuknya aje tapi tak baca apa ceritanya pun.

Bila T mula pandang tajuk tu, cepat aje dia kata "ni mesti abah yang tulis" (haha.. terpercik gelak bisu dari hati I). T bergurau aje tu dan tentunya TB takde masa nak tulis keluhan hati dan hantar kat sokabar. Knowing TB, ada baiknya dia buat kerja laaagi berfaedah like ziarah slumberland sambil menggesek biola ... zzzzzzzz krohh2 :-)

I tak kemaruk dengan fb tapi these last few weeks cam seronok sebab 'bertemu' ex-school/office mates. Apa pun I lebih seronok dgn dunia penulisan (saja tak nak tulis blogging, hehe) tapi sejak 2-3 hari lepas I dah rasa tak selesa nak tulis sesuka hati atas sebab2 tertentu. Kena cari ubat pulihkan semangat nampaknya nih.

Sebelum berblogging atau ber fb, atau sebelum I berkecimpung dgn serius (bayangkan muka I berkerut) dialam siber, I dah pun menggedik penuh sopan kat friendster & myspace (if not for a friend requesting me to create friendster account and D&T nyebok suruh I create myspace account -- sumpah I tak kuasa). Dah lama I angkat sepanduk bo-layan (tak seronok).

Kat tv tadi, budak2 darjah 1 ditanya "dah besar nak jadi apa?". Kalau I jadi budak2 tu, I jawab "nak jadi owang". Bukan semua budak faham soalan yang simple gitu, apa kata ubah soalan "dah besar nanti nak kerja apa" atau cubalah tanya "apa cita2 adik?" mungkin ada juga budak2 yang faham makna cita2.

Entry yang I tulis ni bakal jadi draft sebab I dah mula resah tak boleh fokus untuk terus menulis tapi I nak publish juga entry nih. It's OK kalau entry tak sempurna .. publish aje; esok lusa boleh edit dan boleh delete.

Mungkin ada hikmahnya bila I hilang fokus. Duduk lama2 ngadap skrin tak banyak bergerak akan menjejaskan kesihatan esp for a woman my age. I baru jer baca pasal 'venous insufficiency' dan rasanya I boleh aje dapat 'penyakit' itu. Having said that, I am not a hypochondriac k? I really hope not.

Sunday 3 January 2010

... but why tapai?

I takde cerita nak tulis. Harap ada sesiapa sudi beri I satu dua topik yang boleh dijadikan modal I berceloteh atau tanya pendapat I tentang satu2 perkara.
.
Macam tak malu nak mintak sesuatu dari you all ek? Dah tu .. kata sayang kat I? Tak eh? Taaak ke? Alaaa....
.
I ada 3 entry terperap dalam draft untuk tahun 2010 - masih tak habis ditulis ... masih tak ranum, tak garing dan masih bodo2.
.
Mahap ya, I mintak diri dulu. Sambil tu, silalah jamah tapai nih ..

I tak suka tapai sebab baunya macam basi. Hari tu kat wedding ada dessert tapai + aiskrim. I kuis2 tapai ketepi .. ngap aiskrimnya aje.