Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Saturday, 26 April 2014

26 Jamadilakhir = 26 April 2014 ...

Assalamualaikum ...

11.15pm
Baru aje habis masak seperiuk kecik sup daging. Bahan pemuai hanyalah kentang, tu pun sebiji aje. Siang tadi keGiant membeli-belah barang dapur tapi terlupa beli kentang sebab tergesa2 menghantar barang yang berselirat dalam tangan ditimbang dulu sementara orang belum ramai beratur.

Tiba rumah aje baru teringat belum beli makanan ruji siBit2 so terus aje capai kunci kereta kekedai (terlanjur masih senonoh berpakaian; kalau dah salin uniform rumah, memang bercinta nak keluar lagi). Sempat pesan 1 tong gas (hantar kerumah).

Selalu keMydin aje tapi ada baiknya juga sekali sekala bertukar tempat membeli belah. Kalau tak maka taklah tau harga makanan kucing kat Giant boleh dapat murah dari biasa. So kesana aje setiap minggu hanya nak beli makanan kucing seberat 7kg/peket. Kali nih dapat pulak 1kg percuma. Alhamdulillah rezeki kucing.

Ada promosi dishwasher yang memang I beli sejak azali so apa lagi, I hangkut 3 botol sekali (limited 3/person). Dapat pinggan percuma dan beberapa sachet dishwasher. Bila redeem resit for the free plate, penjaga counter hulurkan sebatang lidi satay. Disuruhnya kita cucuk sebiji belon dari banyak2 belon sampai meletop. I pun cucuk satu, ohh mak kau!! Terlatah plak, haha..

Meletop aje belon maka tersembur keluar kertas kecik yang siap tertulis 'hadiah' yang bakal dibawa pulang peletop bertuah. Oh yess, memang sangat bertuah sebab I dapat pena mata bulat, jenama Mont Blanc lagi! Diharap takde siapa yg jeles dengan nasib bertuah I kali nih. Nanti I show off the pen in my next entry, ok?? heheh..

BILA boot dah penuh dengan bahan basah/kering, adakah I akan bertukar jadi MsLawson pung pang kat dapur? Kebetulan pulak takde air so I know you knowlah, kan? Tapaulah jawabnya. Tu sebab malam nih makan roti Perancis cicah sup daging aje. Lagi simple lagi I skerr...

LATELY tak miss beli nangka madu, nenas Dole dan keledek. Beli nenas 2 biji dan 2 jenis keledek. Beli juga pisang; how can I not buy pisang? Kesian, nanti kecik ati pulak dia. Lagi pun ada budak sorang tu teringin nak makan kek pisang kukus. Insyaallah akan dipertimbangkan.

2 MINGGU lepas I teruja buat berbagai jenis kuiz diFB. Maklum I'm a lady of leisure, mana boleh buat kerja berat2, kaan? haha.. Salah satu kuiz 'Kalau I jadi buah, I akan jadi buah apa'. Keputusannya macam dirancang2 pulak, har3.

Auwww.... !

BILA buat kuiz tentang 'warna'. Since I kurang suka kuning, I buat kuiz sekali lagi, terus jadi biru. I report kat TB tentang perkembangan isterinya yang macam takde kerja tuu ...

Dengan sekelip mata TB jadi nujum pak belalang, woot woot. Kata NPB, warna luaran I ialah kuning tapi dalaman warna biwwwuuuu... Maybe betul telahannya sebab siapa lagi yang lebih kenal I selain dia yg ku kahwini sejak zaman the Stylistics, kaan u all kaan?

OK NOW barulah sedap nak bukak rahsia (kononnya). Tajuk kat atas tu ada makna yang tersirat. Hari ini dalam sejarah kekdahnya, hehe.. This latest entry is to commemorate my wedding anniversary yang keberpuluh2 tahun today, alhamdulillah.

AKHIR kata,


Kejayaan perkahwinan bertahan lama.. takde lain selain dariNya juga namun sebagai manusia kita perlu berusaha dan ikhtiar supaya perkahwinan bertahan lama. Kalau sebaliknya berlaku, tu pun dariNya juga, wallahualam.

.

Monday, 25 March 2013

Sabtu lepas ...

Majlis kawin yang I gembar-gemburkan minggu lepas dek tersilap haribulan dah pun selamat berlangsung Sabtu lepas. Pengantin pempuan comel, emak pengantin comel dan penulis entri nih pun comel, uhuk2.

Jiran lain bercar pool tapi kita kemajlis naik teksi sebab TB tak nak buang masa mencari dan tercari2 venue majlis sementelah dia tak familiar hala kePutJaya.

Kita kesini dulu kekdahnya ...

Melangkah masuk kemasjid terasa sebak dan syahdu...membayangkan diri ini sedang berada di Masjidil Haram ... insyaallah.

Berdiri disaf kedua, cuba sedaya upaya kusyuk dan tawaduk sepanjang solat tapi terganggu dek tangisan tak henti2 sibudak kecik disaf ketiga. Selesai salam terakhir senyap terus bunyi tangisan tu. Bila I toleh dah tak nampak ibu/anak lagi. Mungkin siibu terus grab anaknya dan secepat kilat berlalu pergi.

Salute pada semangat kental siibu ...

Chandelier2 dalam masjid look so grand n majestic tapi sayang my Cokia hp tak berapa nak majestic, hehe..

apakah?
Tetiba chandelier bertukar jadi flying saucer? Oooops.. mahapkan saya dan hp saya ya?

Selesai yang wajib kita beransur kedewan. Best juga sekali sekala berchauffer driven waima naik teksi. Kemajlis awal sebagai menghormati majlis tapi majlis bermula lewat kerana beberapa sebab yang mungkin boleh dielakkan, wallahualam.

Tak terdaya nak ambik gambar pengantin atau sekitar majlis sebab bergelumang dengan perasaan segan. Yalah, orang lain guna gadget canggih berklik klak sana sini tapi kita tetap setia dengan hp model yang dah phased out, keh3... *gelak sebab tak sedih pun*. 

Tapi sempat curik ambik gambar chandelier ... (what's with me and chandelier??).

dalam dewan
Sebelum duduk dalam dewan kena pastikan dulu tempat yang dah disediakan mengikut nombor dimeja tapikan tapi upon checking, nama I takde dalam senarai mengundi. Heran gak sebab I did rsvp. Check punya check rupanya emak pengantin tak tulis my full name tapi guna nama 'glemer' panggil kat rumah aje. Ish ish ish...nasib baik makan sedap, ahaks.

Kebetulan malam Sabtu tu ada 2 majlis. Satu majlis aqiqah cucu angkat diKlang dan satu lagi majlis kawin tulah. Oleh kerana majlis kawin jemputan jiran maka harus dulukan jiran, tul tak? Lagi pun emak pengantin adalah jiran semukim masa diJB dulu dan juga geng bas sekolah.

Emak pengantin is my junior tapi abangnya yang ensem, ehem ... sama batch. Dah uar2kan kat TB akan niat I nak intai abang siemak pengantin. Saja nak nengok samada masih ganteng lagi tak? Ooops..

Tup2 .. there he was! I know so wpun dah lama tak jumpa but somehow tak teringin nak approach dia. I kan pemalu?
Dia diantara 3 dak lelaki geng bas sekolah yang teramat malu tak pandang pempuan pun. Duduk dalam bas senget aje mandang keluar. Kerja diorang bukak dan tutupkan pintu bas bila dara2 sunti naik/turun bas. Cuma sorang dari 3 tu gentleman sikit sebab berani pass kat I 3 keping kad raya tapi tak tulis nama pon. Whatlaaa..

Tamat cerita majlis kawin dan yang berkaitan dengannya now cerita terkini pulak..

Alhamdulillah akhirnya A n R berkeras hantar KP kespital. Terpaksa guna khidmat ambulan sebab tu cara terbaik mempastikan KP selesa dan tak rasa sakit bila bergerak2 dalam perjalanan. Kalau tak kerana KP sesak nafas dan perlu supply oksigen, mungkin dia sendiri masih tekad duduk dirumah tanpa rawatan sewajarnya (walhal sebulan dulu dah setuju masuk spital).

OKlah, nak bersiap dan berdandan. Terpaksa keluar for my weekly grocery shopping. Sebenarnya I berlumba dgn TB siapa siap dulu, hehehe.. Siapa siap lambat dia belanja makan...
.

Tuesday, 12 March 2013

Dilemma ...

Khamis nih ada jemputan kawin, venuenya jauhlah juga tapi bukan diKL. First thing terpacul diminda "baju liplap mana nak dipakai" walhal bukannya takde baju yang boleh dipakai tapi tulah pempuan, kan?. Sigh...

Sejak tak berkarier lagi memang tak buat baju kurung secara pukal yakni hantar selonggok kain ketailor. Bila raya barulah beli atau buat sepasang dua maka bilangan terkini baju kurung dalam gerobok memang sangat terhad disebabkan (juga) gejala mengembang! Sedara cendawan kekdahnya, har3.

But seriously, nak pakai baju mana? Semua yang ada dah puas dipakai. Sempat lagi tak kalau baru sekarang terhegeh2 hantar kain ketailor??

Bab baju satu hal, bab kasut pulak another hal. Tulah kalau beli kasut tak ikut bidalan orang tua 'alah membeli menang memakai'. Pengajarannya, jangan percaya pada keikhlasan kasut yang lama tak dipakai.

Hari2 biasa untuk kesana kesini I guna sandal hitam yang selesa empuk, sesuai dengan umur dan 'BMI' *helppp!!!*. Untuk kemajlis, I ada 2 kasut fevret tapi disebabkan jarang kemajlis sosial maka kasut yang 2 pasang tu jarang2 dipakai (sambil mengharapkan kasut2 tu bertahan hingga kehujung nyawa, heheh).

Kot ada sesape nak belikan I kasut atau handbag, perlu ingat (haha), I suka warna hitam aje tapi bab dalaman kecik2 tu, black is a no no! Tak sker rona hitam takut tak perasan kutu beras sembunyik kat situ, errkk ... kena gigit kalu? haaa....

Nak dijadikan cerita ...
Last Dec masa my nephew kawin, I pakai one of the two kasuts harapan. Dah kata emak sedara pengantin maka I was quite busy menyambut tetamu. Dah banyak jenjalan kehulu kehilir, I berkeyakinan kental bahawasanya lelemak dikaki dah terbakar sebab tetiba kasut rasa longgar, tup tup ...

Tup tup tepi kasut dah terkopak!  Hei Salvatore, apasal you tak guna gam gajah masa menampal kasut I? (Salvatore katanya? ngeh3).

Nasib baik my adik angkat ada selipar seret pergi pasar dalam keretanya. Kehulu kehilir dengan selipar seret tu, hilang terus keanggunanku, ahaks.. Nasib baik kat majlis sendiri, taklah malu sangat.

Kejadian kali kedua sama halnya kat majlis kawin juga. Tetiba kasut yang dipakai dah tak mencengkam lagi, menciiiii menciii menciii! So todate ada 2 pasang kasut purba awaiting to be sent to cobler (tapi macam malaslah nak panjangkan hayatnya, beli baru lagi afdal, betul tak?).

Anyway, kemana tumpah kuah kalau tak kenasi, kaan? hehe.. takde kena mengena dengan kuah atau nasi tapi yang bestnya hal yang sama menimpa T bila dia pakai kasut kesayangan yang lama tak dipakainya kemajlis kawin.

Pelik bila tengok T berjalan sopan lagi santun ala orang Jepun berterompah berkimono bagai sambil senyom simpol, rupa2nya her stiletto sudah terkopak big time (nasib baik ada spare kasut ala nyonya dalam kereta, keh3).

So pengajarannya disini, jangan sangka kasut yang jarang dipakai elok tersimpan dalam kotak tak buat onar pada tuannya LAINLAH macam kawan I yang sorang dua tu, kasut kawinnya masih intact w'pun umur perkahwinannya dah berdekad. Cayalah..

OKlah, dah tiba masanya I bercengkarama dengan hasil laut dan hasil tanaman didapur sana. Untuk pembaca budiman, I hidangkan semangkok sup sayur-tauhu-bebola ikan ...



Sila kongsi reramai jangan berebut2. Kalau sedap jangan suruh I masak lagi tapi kalau tak sedap, diam2 ajelah ehh?
.

Saturday, 22 December 2012

Mana boleh jadi, kaaan? ...

Ha'ahlah, mana boleh jadi takde satu entry pun dalam bulan doblas and yet mengaku tanpa rasa malu yang kita nih blogger tegar?

Assalamualaikum diucapkan pada semua yang mengenali cikThom samada kenal dengan erti kata sebenar (ya itu tau dimana specifically letaknya my tahi lalat manis, hehe..) atau kenal secara tak sengaja menerusi  penulisan yang memukow-memukow, heheh.. (ungkapan gurauan aje tu sementara dunia masih lum kiamat).

Anyway musykil sikitlah, sejak bila KB jadi sebagian dari Perak??


Hmmm...kalau KB dah jadi sebagian dari Perak, hambo ingin memohon Ja-Saint County dijadikan sebagian dari Sgor, boleh ke? *sambil gegarkan netbook mengharapkan jawapan segera*.

Al-kisah (diary of events)...
26/11-1/12 --- ulang alik kerumah Ngah yg jaaauuuh diKL kerana menyiapkan bunga telur dan bunga paha untuk majils kawin musuk2nya yang bongsu.



Selama beberapa hari kita semua berangan jadi pekerja kilang. Seronok rasanya bila adik beradik, ipar duai dan anak2 sedara berkumpul riang ria saling berganding bahu dengan misi yang satu, cewah. Peluang merapatkan lagi silaturrahim namun silaturrahim yang dah lama retak 1000 antara orang2 tertentu masih belum digam gajah lagi, sigh...

Once upon a time when I was still a SYT, I berangan nak kerja kilang setokin tapi dah namanya berangan maka takdelah ia jadi kenyataan. Bukannya I berani pun tapi kenapa mesti kilang setokin bukan kilang biskut? haha.. adalaaa..

2/12 --- majlis akad berlangsung dirumah perempuan. Alhamdulillah bertambah sorang lagi ahli keluarga. Berharap sangat2 agar menantu kedua my sister menjadi menantu yang baik (and I mean serba serbi baik) seperti yang menulis cerita nih, ahaks. My sister deserves the best.

I don't wear my wedding ring, what does that imply?
 *termaktub 'hari ini dalam sejarah' dimana cikThom (beyond her wildest dream) berF1 melepasi Bkt Lanjan terus kepinggiran KL.. I must say it was quite a challenge behind the wheels (TB terpaksa keofis hari tu, menciiii..)..

3/12 --- suka somewhat bertukar duka bila mendapat berita of the sudden demise of my SIL's mum. Al-Fatihah. Ralat tak dapat ziarah sebab kita berada 'diluar kawasan' masa tu (kat mana lagi kalau bukan kat RD).

8/12 --- majlis resepsi simusyuk2 bongsu bertempat diKPG*. Seronok dapat jumpa old family friends n some of the sedara mara yang dah bertahun2 tak jumpa. Ada a few pics worth sharing tapi I beri laluan pada sikambing golek dulu, boleh??

2 ekor licin!
10-12/12 --- ke RD lagi dan masih tak habis2 'menambah harta dunia' agar rumah disana menjadi our home sweet home juga. Beli sofa untuk tetamu, beli katil/tilam untuk T (nak pilih dengan mata sendiri mcm tak percaya taste umi dia. D pun cenggitu tapi akhirnya beli kat tempat I beli my own katil/tilam juga), dan terpaksa beli meja + kerusi makan kerana ...?

bukan granite bukan marble but all the same alhamdulillah
(I wanted an 8-seater and I got it)
... kerana sifolan sorang tu dah tak selesa duduk lelama kat lantai semasa makan. Lelemak yang terkompol sekian lama dah menjadi batu penghalang kekdahnya. Tak selesa duduk bersila apatah lagi duduk bertimpuh terkepot2 gaya perempuan Melayu terakhir. Semua nih adalah proses penua'an, adoi!

12-14/12 --- dari RD singgah rumah Ndja kejap. Teh n my niece dah sedia menunggu sbb diorang reramai termasuk D&T rancang berjimba kePD (without me joining them, cis! namun I pasrah sebab TB lebih memerlukan I disampingnya, auwww..).

Diorang sekali lagi ketempat nih *menci taw*
Mekasih pada tiga 'die-hard fans' of Al-kisah yang bertanya kabar dan mengaku rindu dendam kat editornya, ahaks.. Syoknya sekali sekala perasan dirindui nih, hikhik kita sker..

Sebaik saja my last entry got published, I terus simpan my netbook kat secret hiding place as I anticipate I will be busy with all the events going on. Bila dah simpan menda alah tu lelama, rasa berat kaki tangan dan malas ya rabbi nak keluarkan dari secret hiding place tu (and for the fact that T is on semester break, I haruslah mandi pagi dalam keadaan bersedia setiap masa. My me-time dah jadi my our-time so fehem2 ajelah).

15/12 --- temankan T buat pasport kat cawangan imigresen K.Jaya yg baru dibuka. Dah terlanjur kesitu, wpun takde niat terbang siung2 makan angin, I got that sudden impulse to renew my pasport which had been expired long time ago. TCTLSShort, alhamdulillah I had my new int'l passport in less than 2 hours, good uh? Hmm.. now that my paspot dah hidup, mana nak pegi ehh? Perth maybe?

18-22/12 --- my honey moon days will soon be over, hehe.. Right now D&T with Teh, Ndja n family are having a good time in Bandung. Why didnt I go there as well? Hmmm.. the answer is simple cos dalam hati takde taman so jiwa belum berbunga2 untuk berlibur kesana.

22/12 --- will be attending a wedding at SAlam. Insyaallah will car pool with a friend (meet half-way @ Sub.Parade). Takleh lelama kat sana as after that I've another mission to accomplish.

Kelly Clarkson, Grace Kelly or Kelly Lee Min?
(used choc bar as prop to cover the obvious for anonymity purpose)
BTW, ada sesiapa pernah rasa coklat dari jenama Royce? Kalau bukan kerana Ndja yang memberi, sumpah I tak tau akan kewujudannya namun selepas dah ngap berkilo2 (exaggerationnya komain lagi) barulah I perasan kiosk coklat nih ada kat Empire n Publika KL.

Aduhhai penatnya menaip. Entry nih aje took almost 1 day. Apa taknya, taip taip taip pause buat b'fast/ makan. Taip taip taip pause sidai baju. Taip taip taip pause tengok tibi. Taip taip taip pause bersiram. Taip taip taip pause keluar beli murtabak. Taip taip taip pause keluar cuci kereta dan potong rambut. Taip taip taip pause tengok tibi lagi. Taip taip taip pause masak for dinner/makan. Taip taip taip pause tengok tibi + zzzzzzz and finally entry siap way past midnite ... yawn! (but can only be published on Saturday).

Berapa kali I dah taip pause n taip?  Selambak ek? ekekeke..

Note: DLL .. tak riak kaan? hahaha...
.

Wednesday, 18 July 2012

Kelas dewasa, majlis resepsi & JB came to town..

I am a bit under the weather uhuk2 sret2, mudah2an terhapus dosa2 kecil moi, insyaallah. Apalah dengan dugaan hidung tersumbat sebelah dan batuk kung2 tak boleh melelapkan mata dengan selesa berbanding dengan penyakit yang lebih kronik menahan sakit setiap hari, kan?

I sakit tapi masih boleh memasak dan menikmati makanan. Lazatnya tak terasa tapi nikmat juga namanya tu <- ungkapan taubat. Apa pun, nak juga blame D sebab jangkitan kuman yg hina dina tu datangnya dari dia. 2 beranak saling berlumba2 capai sekotak tisu tapi kalau tak sempat capai tisunya, guna lengan baju pun boleh, ekekeke..

I masih ingat perjanjian Temasik dengan Noir dan Yat beberapa hari lepas untuk menjelaskan maksud 'pelaung' atau 'sepelaung' (re: my previous entry), so memurid dah redi masuk kelas dewasa lum? ahaks.

Kata dasar pelaung ialah laung yg bermaksud aksi melontarkan suara seberapa jauh yang boleh didengar tapi bukan memekik, no no no! Contoh terbaik adalah laungan azan, laungan 'merdeka' atau laungan Tarzan memanggil rakan2 rimbanya (kecuali memanggil Jane, mesti ada cara lain yang lebih romantika d'amour kot?).


Yat, jarak rumah ke Mydyn memang dekat. Boleh aje berbasikal, berskate board dan afdal berjalan kaki supaya lelemak pejal boleh hangus terbakar NAMUN berjalan kesana tidak menjadi matlamat hakiki, gua sure mencungap2 punya as the road got a bit hilly2. Without butter jam stoberi on the road, going there by car memang very d'smooth sailing. Kalau dari rumah berkumandang laungan azan kat radio, belum sempat azan habis, I dah tiba. Pendek kata tempat duduk belum hangat lagi dek lelemak anjal, I dah melompat kijang keluar dari kereta, ngeh3.

Berakhir sudah penjelasan. Diharap tak banyak sikit ia memberi munafaat pada sesiapa yang membacanya. Terima kasih kerana sudi bertanya soalan :-)

Tukar cerita ...
14 Julai .. sahabat blogger Ja menjemput 'kami' kemajlis resepsi anakandanya yg so sweet n pwetty di AS (Amarika Syarikat, bukannya dekat, kaan?). Niat dihati memang nak pergi wpun macam boleh bayangkan the mission is quite impossible. Tetamu sensasi Ja adalah blogger dari JojTown, Kemaman, BBB dan tentunya dari ehem.. Camana kita berempat nak kesana serentak sedangkan masing2 still unsure whether to go or not to go (memandangkan macam2 yang perlu dipikirkan dulu but why cant we just GO??). 

Purata diantara berlima nih, boleh dikatakan tak pernah berjumpa maka kalau berjumpa pasti hebat dakapan dan ciuman berdezup2 silih berganti (ekceli seminggu yg lepas I berusaha mandi dan spray tiak 4x sehari in preparation for the dakapan/ciuman tu, tapikan tapi ...huwaaa..).

I bersms dengan blogger BBB kot boleh kita naik jet sama2 ke AS. Blogger BBB setuju aje tapi katanya jet yang bakal dinaiki bertolak dari KLIA. Halamak! Tapi I tersangat ingat masa Maher Zain nak jumpa Ja kat KL dulu, bukan ke Ja datang naik jet Kunang2, landed kat epot Subang? What an awesome memory I have there, havent I? hehehh..

Being a smart LOL does pay, doesn't it? You are empowered kekdahnya. So for the very first time ever, I tried to log in Kunang2 Jet website for its flight schedules. After much telekan, I called up blogger BBB just to advise her of the impending schedules that we might have taken.

TCTLSS, kita incubate niat murni dulu sementara cari jalan terbaik sekiranya jadi keAS nanti, harus pastikan our loved ones yang tinggal akan 'terbela'. Susah betul untuk LOL berjalan jauh seketika ek? Having said that, TB awal2 lagi dah beri green light cumanya I kesian kat dia sementelah 14/7 adalah hari pertama dia bekerja lepas sebulan cuti 'sakit'. Kan kita ngaku kita mithali, kaan??

... daaaan tetiba pulak dapat berita sidara kata dia nak tengok Justin.B performing @MTVWorldStage on the very same day. Hati dah mula tak senang takkan nak biarkan dia pegi sensorang? hence my CPU pun bekerja lebih masa, macam2 yang difikirkan. The very next day I mengutus perkabaran pada bloger BBB nampaknya hasrat kita berjimba ke AS tidak akan menjadi kenyataan, sob3.

Memang manyak mikir kot? By Friday I dah gemeng. Demam, batuk n selsema datang tak ikut protokol namun masih bertahan tak jumpa doktor. Makan ubat yang dah expired tersedia ada and also took some home remedies as advised by doc quack, tabib D, hehe.. Dia yang rajin sediakan ubat dan pastikan I gulp madu, teh n lemon. Alhamdulillah..

Tanpa kami bertiga, majlis resepsi Ja tetap berlangsung dengan meriahnya, alhamdulillah. Blogger dari Kemaman bersama Anjernya menghadirkan diri, jadi wakil kita bertiga. Kiranya loving couple dari KemamanG tu memang untung dan murah rezeki sebab depa dapat 'share' kita bertiga *6 mata menjeling kearah you, Fa*... namun kita perlu laungkan "kita tak jeles, kita tak jeless awak dpt nasi berkaaat taw!" <- mau tak jeles?

Selamat Pengantin Baru Semoga Bahagia Ceria Selalu
(dan cepat2 jadikan Umi, Mak Tok vogue, ok?).

Cerita bagaimana pengantin baru bertemu jodoh memang interesting. It got me dumbfounded for several awesome reasons (yes I could feel something) tapi I takleh kongsi kat sini selagi tak dapat kebenaran bertulis dari bakal Mak Tok kita yang shweet itew, kihkihkih.

Akhir kalam, permisi dulu ya.. Buk Som perlu bersiram segayung dua. Pastu perlu merayap seketika mencari sesuap dua nasi dan lauk pauknya sekali. Lepas TB beransur kekantor, Buk Som akan terus berdezup ke SA, cekut T dan berjimba sambil nengok2 baju raya untuknya dan kalau sempat oder kueh raya sekali <- bersemangatnya dia?

Monday, 2 July 2012

Monday's child having a good time, walla!


Those were the days when they teased me I was adopted! that I was anak Cina, that Mak wasn't my true blue Mak. I sulked n cried buckets. There were times on a trip by train JB-KL-JB, when the train stopped at Kluang, I would hear some teasing 'pegilah turun jumpa Mak' (really not fair just because I was the only one born in Kluang while the rest were born in JB). Patut ke?

Nasib baik I tak trauma sampai sekarang dan paranoid tak tentu pasal. Thanks to Mak sebab dia tak bersekongkol mengusik dengan diorang yang kijam2 itew. Mak ngaku I anak dia yang comel  maka bila yakin dengan pengakuan Mak, I tanya sakit tak beranakkan I? Mak jawab tak agak2 punya "ada aku kisah? harharhar..".

Ishhh.. tak mungkin Mak cakap cenggitu sebab dia jenis yang ambil kisah dan baik budi bahasa. Mak kata "memanglaa sakit sebab sakit bila beranak namanya nikmat". Camana 'sakit' boleh masuk kategori nikmat? Well.. I couldn't fathom then but after having given birth to a Dinosaur n a T-Rex (that's D&T in case you miss my joke), maka I fahamlah maksud Mak.

In fact, I was close to having epidural when I had T but when the kid-not doctor explained the procedures in great detail, I quickly made up my mind to not having it at all "nehi doktor...nehi..thank you". I'd rather endure the pain, cewah!

Mak lahirkan bayi sepet tapi comel (ehem!) pada hari Isnin 3.05 ptg. Sejak I tau Nabi Muhammad saw (pbuh) dilahirkan hari Isnin juga, maka terbitlah rasa bangga dalam diri seumur hidup, sangat awesome!

Anyway, do you know that Nabi Muhammad saw (pbuh) celebrated his birthday every week? Gitulah yang diberitau oleh Ust.Don ditivi semasa MaulidulRasul baru2 nih. Bukan satu bida'ah umat Islam meraikan hari lahir Nabi Muhammad saw (pbuh) sebab baginda sendiri pernah beritau sahabat, baginda berpuasa tiap Isnin kerana meraikan hari lahirnya. Wallahualam.

So, am I practicing the prophet's sunnah diligently? Errrrk...not yet namun tetap pasang niat dan semangat kental untuk mendayung pelan2 menuju kearah itu. Diharap I mendayung dalam perahu tak bocor, warranty for life, insyaallah.

Sikit punya panjang mukadimahnya yek? hehe.. yalah, dah kata blog sendiri, kaaan? Lagi pun nak beritau terang2an yang I dah meningkat tua macam tak berapa bestlah pulak, harus beat around da mulberry bush dan cari sekor dua cocoonnya dulu, hehe...

Past few days adalah hari2 sibuk, meletihkan juga mengumbirakan.

Managed to do 1st phase spring cleaning, attended a wedding in KL (KL ok? jauh kemain) and also been to a yearly informal dinner with 2 of my siblings, nephews n nieces (it's necessary to foster silaturahim between cousins, that of my children and of my siblings' children). I was busy too welcoming my SIL n family who came all the way from JB (SIL is one and only TB's sister. Cayang cangat kat abhang dia yg musyuk2 tu, haha..). Jamu nasi lemak aje pun tapi time nak jamu orang, time tulah my samtum udang tak berapa menjadi sebab udang tetiba hidup melompat2 dalam kuali, ekekekek...lawaklah sangat?

30/6: Informal dinner @Bubba d'Curve, all 15 of us.
Makan tak hingat donia ... alhamdulillah for the rezeki n jalinan silaturrahim, semoga berkekalan tak gaduh2, tak cakar2 sampai bebila.

Ada pulak yang selebret bday kat sini.. Mamat nih namanya James (how I know? I eavesdrop ler), kena dera berdiri atas kerusi dan buat aksi spontan yang mengaibkan, kahkahkah...Pastu pekerja Bubba n kawan2 dia mendendangkan lagu happy birthday versi Nepal ke hapa ntah, kihkihkih.. Dapatlah dia besday kek yang tak serupa kek tapi segelas aiskrim yg dicacak seketul lilin kicik, hehe..

It was only 30th June and my bday will come 2 days later... haha..selamat gua, kankankan? Kalau kena berdiri atas kerusi, tak ke fengsan I nanti? NAMUN ... my brader memang jaaaaa...aat! When we were about to leave, tetiba kedengaran tepukan bergemuruh dan dendangan ...

so TCTLSShort, dengan tak sengajanya terpaksalah I meniup candle of the wind, ahaks *tak senonohlah, I feel so embarrassed taw*. Selepas pekerja Bubba n my family mendendangkan lagu hepi besday, datanglah pekerja Bubba yang kiut bertanyakan soklan cepumas "mdm..would you like to stand on the chair?". Sah, budak tu carik na'as tanya soklan kat makcik CikSom cenggitu, kaan? but well.. I humbly passed that embarrassing moment of my life *rejek dgn hemah gitu* sebab kita tak sker glemer 45 saat. Kita nak glemer 45 hari bolehkah?  :-)

Fuhh..fuhh..fuhh..and make a wish...
30/6 dapat 2 jemputan walimatulurus di KL (@MerakKayangan & @DPFelda). Jemputan dari rakan seperjuangan but sad to say terpaksa pilih satu jemputan saja. So I went with a friend berkonvoi with another friend.
So comel the cenderahati

Hilang rasa windu bila jumpa kengkawan lama ..
So, tulah kisahnya ... jadi 'misi' pun best juga. Dalam pada letih naik turun tangga, 'misi' diberi peluang hiburkan hati jantung paru2 bagai, jenjalan bertukar angin, jumpa kengkawan dan berooolalaaa juga. Alhamdulillah ..

Sunday, 13 May 2012

13th May ... mbekk...

Hari nih merupakan hari bertuah untuk pots & pans (P&P) cikSom kerana mereka diberi cuti separuh hari kerana cikSom perlu berjimba makan nasi pengantin, hehe. Lagi pun kesian, P&P perlu rihat cam manusia juga, ehem... Dahlah semalam berjam2 atas api duk merebus kambing <- bunyinya macam rebus sekor tapi 4 keping lamb chop aje pun :-)

P&P tu kena direct heat tak komplen pun tapi yang kita nih (I ler) baru kena bahang api aje dah rasa cam nak bukak ehem tak tertahan esp bila peluh meleleh2 kat pelusuk badan hingga kontang telaga peluh jadinya <- over!

Kat dapur ada kipas siling tapi terpaksa tidak digunakan atas sebab keselamatan.  Janji pada diri sendiri nak tanggalkan kipas siling dan diganti dgn kipas siling bulat tapi tulah kalau dah middle name 'procrastinator', you know, I knowlah...

Namun masih boleh lagi hepi n ceria .. sensorang play make believe memasak dalam cafe berekon sambil menikmati iced frappuccino ...


... cuma frappuccino dah jadi sirap bandung, ngeh3..

Semalam I mengintai dapur cikMimah dari Bristol
tak tahan tengok godaan kambing masak kicapnya
i rasa tercabar gitu...
tak salin bahan2nya maklumlah chef diva, kaan? har3
memorize jer..
tapi bila habis aje menumis
baru sedar something amiss
kembali mengintai dapur cikMimah
kih3.. terlupa bubuh cili
so, since takde saper tengok
I lempor jer sesudu dua cili boh
setel!

siap dah! next time harus dilegamkan lagi

aksi baru bermula


tengah rancak ...
Verdict: anak beranak kata sedap hingga menjilat tulang .. jilat tulang sebab I tak guna 'isi' daging kambing sebab dlm esbok ada 4 ketul lamb chop. Gitulah kalau dah naik semangat 'rajin', janji guna kambing.

Next time boleh masak ikut resipi cikMimah tanpa derhaka (1st time masak harus derhaka sikit so that later on I boleh compare with the real one .. ikut resipi to a tee kekdahnya).

Special thanks to cikMimah aka DLLurpak for the recipe. Siapa berminat, sila intai kat dapur DLL. Ambik resipinya aje tapi jangan cuit dia punya weighing scale, ahaks..

OKlah, it's time for me mengundurkan diri .. nak bersiap bagai pulak ... majlis pengantin takleh bermula tanpa I, heheh.. Jap lagi Ndja tiba untuk hangkut I kerumah Teh, then kita berdua hangkut Teh kerumah pengantin (anak our family friend).

Friday, 16 March 2012

Selamat Pengantin Baru ...

Baru selesai menyidai basuhan dan menunggu satu load lagi siap untuk dijemur. Sementara tunggu cik Pana selesai basuh baju ditepi sungai maka afdallah I berkarya seratus dua baris. Diharap cik Pana selamat membasuh disungai tak dibaham dek buaya tembaga, hehe..

Feb-Mac terima 5 jemputan kawin tapi tak dapat ditunaikan semuanya. 2 dari jemputan tu datangnya dari kenalan semasa memula berblogging dulu. Kenalan yang dimaksudkan nih muda & cun2 belaka so dengan sukarelanya I jadikan diorang adik anak angkat.

Sekiranya diorang tak nak mak angkat yang muda, ahaks.. tapi ingin bebenar nak KAKAK angkat, lagilah I sukerrr, heheh..

Shahira & Azima, terima kasih sudi menjemput dan mahap beribu2 mahap sebab tak dapat hadirkan diri kemajlis. Kalau I ada jet pejuang kan bagus? Zuuup aje dah sampai.

Azima & cikKesayangan, ehem!

Azima kata beberapa jam sebelum diijabkabulkan, dia ke s'market beli 6 ekor ayam. Buatnya s'market dah kehabisan ayam, mana dia nak cari ek? I wonder ...

Shahira n anjer

Semoga pasangan pengantin hidup aman damai tapi sesekali perlu juga 'bergaduh' yang tak perlu guna pedang samurai atau parang kontot, no no no. Tiap 'pergaduhan' mesti ada hikmahnya.

Apa pun, sabar ialah kunci segala nikmat. No doubt sabar tu 'sakit' tapi manisnya, ya Rabbi.

Saturday, 25 February 2012

Italian celup part 1 & ibu susuan ...

Jumaat 24/2:
Bila Ndja mai sini, tapak tangan dia automatically jadi selebar pokok keladi. Tak sah kalau tak bawak makanan/buah tangan, belikan makanan (pic below) atau ungkapan paling koman "kita pegi makan2, nak tak?". Kadang2 kita nak, kadang2 kita bolayan jer, kah3 (either sebab I dah masak atau sebab malu tahap melampau).


Ekceli I wanted to stay home ngadap you-know-what tapi dah kiri kanan sort of merayu2 that I should come along, I pun angkat my white banner (banner merah dah lama habis stok, tooot!). Bila tau Ndja's son tak ikut sama maka lagilah D shy2 cat nak jenjalan with Ndja alone, tulah terpaksa heret I sama.. Ngadalah D tu, dengan ibu susuan pun nak malus-malus.. (fakta arkib negara disusuli dibawah).

9pm: Sebelum dinner kita keGrocer 'kejap' (=1.5hrs) beli dan belek barang. Ralit dibuatnya sampai tak perasan banyak tempat makan dah nak tutup. Nasib baik OOBali masih terima pelanggan, yeayy.. kalau taaak? Kalau tak, kita balik rumah masak mcgee ajelaaa..

Ndja n I shared this nasi campur which was served in a big platter. Semput n se'eh kalau nak perhabiskan sensorang and bear in mind, we're on strict diet perut harus ada ruang untuk penempatan dessert, kan? (niway, we had pisang salai + aiskrim + sos karamel).

D's seafood platter+rice+salad. Banyak nak habiskan tu tapi Ndja n I bantu mana yang patut. I peminat pithang tapi dia plak yang oder minuman pithang+mint.

Fakta arkib negara: Alkisah when D was 2 mths old, I terpaksa ceraikan dia dari menikmati susu badan. Kesian kan? tapi dah terpaksa tak dapat dielakkan lagi. D was crying incessantly for his Umi's nenen, huwaahuwaa aje. Masa tu Ndja's own son was 8 mths old n he was still breastfeeding. Memandangkan telaga nenen Ndja sentiasa tip top maka jadilah dia penderma susu segar penuh khasiat untuk D nikmati selama <> 3 minggu. Allah ajelah yang membalas budi baiknya (I hanya mampu belikan Ndja purse kulit belut aje).

During this period of hardship (sempat juga berjoli syoping sakan, hehe..) if only they knew betapa I suffer tiap pagi dan malam duk mengepam nenen. Nasib baiklah my friend Rozi pinjamkan her battery-operated breast pump, kalau tak for sure Ms Parton dapat dikalahkan just like that *sambil petik jari tanpa bunyi sbb tak reti*.


.. digress nampaknya nih, hehe.. biasalah kan?

TODAY..
Yawwn! Woke up at 5am to perform my daily ritual n did some house chores. By 7.20am I was already on the road to stardom heading to SA. Picked up T at 7.45 sharp then we headed to Sec 8 for breakfast.

T purposely had chosen to come here as they serve such wide array of food/desserts. Juling mata dibuatnya n feel like gobbling everything but I bolayan bisikan syaithon (lagi pun makan masa dinner semalam tu belum hadam lagi), so I humbly kuis a small portion of pulut kuning, sambal sotong, paru goreng and a piece of cucur udang. It was reelee verrree smol porsyen eendid! Tak bedek punya.

From Sec.8 we headed back to Sec.7 (where T does her weekly shopping). On the way home singgah SS15 kejap to photostat 1 thick book. The photostating costs me RM30 but T was not satisfied as she felt she could get cheaper. I told her to just pay and make no fuss about it. I gave her my reasons of doing so (tensyen taw drive kat SS15 tu, asyik pusing2 aje. Kebetulan dah dapat park keta depan kedai, so ....).

Once home T was busy doing her laundry. I cont. doing the never ending house chores and prepared something for TB to nibble during tea break at the office. I only need to cook rice as I already bought some lauk at the shop where we had breakfast earlier on. Proactive sungguh *wink*. Need to do everything fast cam lipas kodong as I have to get ready ...

By 1pm I was ready doning my un-liplap baju kurung. I was in fact accompanying Ndja to attend a wedding reception near our house. If given the choice, what with the scorching hot weather, I'd find excuses not to go sure mekap cair but alhamdulillah I did not or else I would have missed nasi beriani n telur rebus pengantin <-- huhh.. dasar!

By evening I was poofed. When Ndja n T went to SubPred I chose to stay home duk gentel2 bucu bantal busuk terus zzzzzz to slumberland.. Ndja n T had a good time shopping and eating lamb chop n chicken pie at DDeli.

8pm: Just before Ndja went back home on a 45-minute journey, she ordered 2 large pizzas for our dinner. We could not stop her from doing so as she was already in a trance, ekekeke.. Nak order yang besorr2 aje tapi dia makan sekeping.

While munching pizza, we watched Yusri/Lisa on tv .. wow!! "how good it is to be loved by you", so says James Taylor Yusri n Lisa to each other. I dengar, you all dengar tak?

Published on 28/2 ..biasalah perap dlm draft.

Saturday, 18 February 2012

Cemburu dan epal ...


Lama tak bersiaran menerusi 'tingkap lebar' tapi curik2 masa juga mengintai apa jadi kat alam siber menerusi 'tingkap cenonet'. Kerja intai-mengintai cenggini, mata tak tembel kan? hehe.. Dek ketinggalan ketapi peluru seminggu lamanya maka memang tak terbaca backlog/cerita-ceritut terbaru dari blog kengkawan (let alone mengomen).

Minggu lepas ada aje hal, projek, dan tugasan yang perlu dibuat (bizi mengalahkan 1st Lady kekdahnya); dan ada aje mood mambang biru datang mengacau. Dugaan sungguh namun ku tepis terpelanting dengan izinNya.

Bila mood kembali riang ria chirpy2 cheep2, datang pulak demam, batuk n selsema. Trio nih memang kamcing, tak dapat dipisahkan. Selsema kali nih, phlegmnya tak meleleh ikut hidung. I wonder why! The phlegm stuck kat belakang hidung, mendak kat situ aje (refused meleleh ikut perparitan yang disediakan). To ease the blockage, terpaksa juga guna cara yang I tak suka nak buat selama nih.

Alangkah nikmatnya bernafas tanpa halangan, percuma pulak tu? *insaf*.

Alhamdulillah gering selepas selesai majlis kawin jiran setengah pelaung. I perasan I nih orang kuat majlis for without me, majlis tak boleh mula (kengkonon ler). Dapat tugasan bawak hadiah hantaran masa majlis nikah, merewang buat cenderahati (lap epal gebu manis masuk dalam pouch), malah on actual majlis resepsi diberi task hulurkan the same cenderahati pada para tetamu. Hilang rasa segan silu I selama 4 jam.


Having done the work of an AJK, I was mistaken as siemak pengantin. Howlaaah that can happen?? I bukan pakai baju labuci, lip lap bagai .. (ekceli kankankan..dah lebih 10 orang berpendapat rupa emak pengantin n yours truly seiras. Oh well, maybe we are each other's doppelganger aka pelanduk 2 serupa kot?).

Sepatutnya hari nih I tiga beranak berlibur dengan Ndja, Teh n a few nieces for belated b'day treat kat persisiran KL. T awal2 lagi tak nak pergi dan I plak rasa 'malas' tapi bila last minute D tau I tak pergi sama, dia semacam punya frust. Mulalah terkeluar perkataan cemburu dari mulutnya seperti "kalau keluar dengan T boleh pulak...".

Haishh... anak oh anak. Kalau bercakap tu cuba beralas guna swiss lace sikit, boleh tak?? Adik awak tu kan pempuan, masih solo pulak tu. Umi teman untuk keselamatan dia dan ketenteraman hati Umi jugak. Lainlah kalau awak tu suka nak jadi drebar or bodigad adik awak tu dan temankan kemana2 dia nak pergi??

Apsal nak cemburu? walhal baru minggu lepas kita beli grocery sama2, awak sakit Umi hantar pergi kelinik, pergi farmasi lagi, and the latest one kita sama2 pergi jumpa 'ghost buster'.... kan??

Anyway, lupakan hal orang cemburu tu. Agaknya dia bangun tidur dari arah angin monsun barat daya, tulah tetiba jer berangin!

Saturday, 31 December 2011

Lolipop merah & telur masin rebus ...

23-25/12 sederet terima 3 jemputan kemajlis walimatulurus my 'bekas'. Omputih sebut 'ex'. Bunyinya macam ramailah pulak koleksi 'bekas' masa I muda2 dulu ek? heheh.. tapi biasalah, I kan diva? ehh.. diva ke divan?

Bab diva tu sah 108% bedek! tapi bab divan tu kaaan, terasa nak beli divan bedlah pulak, can uh??. 2012 bedroom make over kekdahnya..

Eniwei, camanalah CikSom boleh kumpul ramai 'ex' sedangkan dia tu 'a one man woman'? Cakap benar, 'ex' CikSom, tulah TB musyuk2 colang, takde yang lain, heheh..

Jemputan datangnya dari EH, NR n Prof R (family friend cum ex-officemate, ex-jiran jauh 5 pelaung & ex-classmate resp.). Kan dah bitau tadi, I'm a one-man woman, kaaan?.

Lepas terima kad jemputan, harus belek2 kalendar dulu, tenung dinding tenung handbag cari ilham, camana gayanya nak kemajlis2 tu sebab venuenya amatlah jauh nun diKL sana! KL kan jauh??


23/12 - not able to attend as my supir was working but rasa ralat jugalah sebab takde peluang jumpa ex-officemates. Mak pengantin sesaja kata nak buat jejak kasih between me n one of my ex-bosses. Oit? ngade jer macamlah kita nih pernah berskandal plak, ehhhh pernah ke?

24/12 - kemajlis kawin ex-jiran 5 pelaung @ Bkt J. I thot kita kena merentasi highway ke SA untuk sampai ke BJ, rupanya tidak, hehe.. Patutlah T kata 20 minit dah sampai so dialah my supir for the day

Kita tiba rumah pengantin soon after pengantin lelaki tiba. I perasan dira'i sama maklumlah bukan selalu ketibaan kita kemajlis seiring bunyi pangkompang-kompang, kan? Alaaa, you pernah ke? heheh..

Sebelum jamu selera harus jumpa NR, mak pengantin yang cun dan HZ, dara yang ala selebriti tu dulu. Hug gesel pipi 3 kali barulah ngadap hidangan yang out of this world! Nasi beriani ada, nasi putih pun ada dipadankan dengan lauk sambal sotong kering, ikan keli masak lemak cili padi, kurma daging, ayam panggang, rojak (dan banyak lagi but kenot remember sbb dah seminggu, hehe). Dessertnya? Kuih2 melayu yang sangat lazat dan tentunya berbagai jenis kek omputih (dah mak pengantin a great baker macam CikSom, ahaks).


Lepas makan, masuk kerumah pengantin kejap sebab T nak jumpa kawan2nya dan bolehlah I kepo tengok pelamin (sekepo2 I, tidaklah I memandai naik atas kebilik pengantin sensorang.. no,no,no gue malus).

Cukuplah setakat snap pelaminnya aje dan snap gambar pokok bunga yang kat atas tuuu dari garden NR, hehe. My late Mak ada tanam pokok tu dulu .. pokok bunga Zaleha diberi nama tapi baru sekarang I tau pokok tu ada macam2 nama lain -> Bunga Tiga Bulan @ Bunga Pecah Seribu @ Bunga Zubaidah dan tentunya Hydrangeas.



Cenderahati untuk kita2 yang kadang manis2 .. bior bertambah dan terus2an manis :-)


... and surprise, surprise ... kami dibekalkan dengan nasi beriani panjang mulus + rendang daging owh so yummy!!! Masa HZ hulurkan sebungkus pada I dan sebungkus pada T .. I rasa cam nak lompat jer.. mueheheh.... Lompat versi malu tapi mahu (dahlah kita tuck in tak toleh kanan kiri, dapat lagi bekal ??). Nak satu lagi boleh? Untuk uncle kat rumah sebab aunty tak masak hari nih, hic! Kerat jari kalau I berani cakap cenggitu. Malu doh! (teringat kat Afdlin pakai baju kebaya masa Maharaja Lawak finale semalam. T kata "dia pinjam baju Ad*bah kot?", hehe mungkin juga.. ).


25/12 - Bukan selalu I jenjalan kat tengah2 bandaraya KL tu. Bila mata terpandang mercu kejayaan Malaysia, KLCC n Menara KL, sah I tak bermimpi disiang hari, ngeh2..

Jemputan dari my ex-classmate masa form 1-2. Since dia jemput Ndja maka seronoklah I as Ndja had promised to pick both of us (since TB could not make it, I hangkut T along and not always T would want to follow me to any majlis). Ndja has no qualms driving long distance unlike her sister who is forever gigil (who could that be?). I am forever grateful to her.


Cenderahati untuk kita2 yang suka makan telur masin. Yesss.. pertama kali cenderahati majlis kawin menghulurkan telur masin instead of telur ayam biasa. I am yet to ask my friend camana dia dapat idea to substitute telur rebus with telur masin. My friend nih professor so I assume dia ada alasan ilmiah for having to do so.

Tapi I boleh agaklah .. w'pun I bukan professor (not yet anyway, harharhar). Telur masin takes a longer time to get rotten as opposed to telur rebus. What do you think wahai professor2 yang sudi singgah keblog Al-kisah?? Pendapat kita samakah??

Special note to Mira: I hope you puas hati sebab I dah lunaskan entry pasal kemajlis kawin. You want 1 but I gave you 3, hehehe...

Sunday, 11 September 2011

Rusa masuk kamp!

Dah lama juga I menjeruk perasaan dengan bloggerdotcom. Really I can't fathom what went wrong. Helllppp!!! *melolong sampai nampak anak tekak*

Pagi nih ntah camana, bila I log in to Al-kisah, I saw the following pages siap ada those functions. Kalau tak, it will just show a screen as if I haven't logged in at all.


Maybe tu juga sebabnya I takleh komen kat beberapa blog kawan2 sebab my google ID tak dikenal pasti sah. Tapikan tapi, bila komen guna hp, boleh pulak! Maka, silap siapa agaknya ek?? Aisay... blog pun ada misteri nusantara meh?


I juga rindu dengan skrin yang ada 'tools' as without it, macam susah juga nak add new friends to my existing bloglist (tapi) berkat some hidden talents tak pasti I warisi dari siapa (pengakuan meletop nih!), somehow I reti juga nak buat camana, alhamdulillah. I hope this good news stays foreva!

Now cerita hal rusa masuk kampong plak. Siapa lagi kalau bukan TB n me! haha.. Majlis kawin bermula 12-4pm tapi kita bertolak seawal 1030 pagi. Macam tak pernah makan nasi minyak pengantin pulak :-)

Berpandukan koordinate gps dan peta yang disediakan dalam kad pengantin, kereta meluncur penuh yakin, lol.


Lepas satu tol kesatu tol .. RM2.20..2.20..1..1.. hinggalah I tak mampu nak congak berapa duit tol dah dibayar sebab terlelap 30 saat (too short a time to even bermimpi disiang hari) terus terjaga bila suara TB bergema dicuping telinga "you tidor ke? I mintak tolong you tengokkan jalaaan".

I tersentak n mini sentap ensued pastu terus attentive giler (tanpa rela!). Pandai plak dia sejukkan hati kita "ambiklah gambar.....", heheheh... I pun apa lagilah.. terus attentive serela2nya!

Somehow gps n map tak bekerjasama langsong, what a joke! I turun padang bertanya pada 3-4 orang hala tuju rumah pengantin namun they were no help. Tangan kiri pegang Galaxy, tangan kanan pegang kad pengantin; kejap mata pandang kiri pandang kanan, kejap mata pandang depan... at last I mabuk todi darat!

TCTLSS, sampai juga kita kerumah pengantin. Kaum kerabat TB ramai betul yang datang and as always I am ever so happy to see him mingle2 with his own kerabats. Sambil makan sambil bertanya kabar almaklum they have not met each other since zaman Bob Dylan (kot??).

Makanan yang disajikan lazat2 belaka tapi kenalah jaga tata susiladewi. Sampai sekarang teringat2 pada lauk daging yang hitam legam tapi rasanya owhhh heaven! Adalah tersangat pelik bila tengah makan I tangkap gambar makanan, kaan?? Pelik untuk mereka yang memandang tapi OK jer pada I, hehe ...

... namun, I tak sanggup hampakan permintaan kali kedua sikambing agar gambarnya diabadikan dalam blog, blog I pulak tu? I'm touched so I obliged :-)


Tadaaa.. malu tapi mau, discreetly keluarkan hp cap kijang. Tak sempat hokus pokus, klik aje.

Perjalanan balik kerumah sesat ntah kemana2 ntah but I would not want to complain as it was quite a breath-taking journey. Indah sungguh negara tumpahnya darahku, cewah! Sekali sekala keluar dari tempurung dan tengok kejadian alam semesta, masyaallah!

Tu baru berjimba keSemenyih aje tu ...

Sunday, 12 June 2011

Jalan2, makan2, ziarah2 ..

Harapan nak makan kat E hancur berkecai setelah sejam puthing2 makan angin kat underground parking lot. Kalau ada gitar, memang I goreng cukup2 gitar dengan lagu2 underground <- berkata nih dengan nada menyammmmmpah yang amat!

Cakap menyampah tapi sedar diri that luck was not on our side. Apa taknya, bila kereta kita bergerak 1-2 meter kedepan, ada plak satu kereta keluar dari parking bay maka kereta belakang kita tak lepaskan peluang. Dah rezeki dia. Patutnya management of E buat parking lot 18 tingkat naik keawan sana, haha...

Lepas sejam tekan2 pedal, T pun dah boring cum letih so Ndja took over the wheel. Selamat I kekal duduk cam mem. Kita terus ke SR kat SubPred tu aje. Niatnya I nak jadi 'tangan yang memberi' but Ndja tricked me. Dia memang licik n noty. Masa kita tengah makan, dia beriya2 pergi kekaunter nak oder satu lauk lagi which she did. Least expected that dia sempat bersekongkol dengan cashier.

Bila dish yang dia oder sampai, I signal kat waiter mintak dia hantar bil. Ternganga kejap bila tengok dalam folder ada small change (disamping bil). I thot waiter silap beri bil orang lain, rupa2nya memang bil kita. Kan I dah kata Ndja tu licik n noty??

Lepas makan kita ke PJNewTown (PJNT) sebab Ndja nak beli blouse. PJNT used to be my 'kampong' masa kerja PJ dulu tapi sekarang tempat tu dah naik sasau, memanjang jalan sehala. Adnan sempit plak tu, haha.. Jangan mimpi nak park kereta kat situ. Tu juga sebabnya kita naik Ara.. ehhh Aga. Kereta kecik senanglah T or me pusing2 sementara Ndja beli blouse. Kalau betul kiraan kita, dah 18x kereta berpusing tempat yang sama. Sekian terima kasih.

Lepas tu kita ke KgTunku ziarah Teh n Chik. More nak ziarah Chik lepas Teh bitau Chik alejik seluruh badan. Considering umur Chik dah lebih 80+, kesihatannya boleh dikatakan tip top juga. Teh tak tau Chik kegatalan, ahaks.. until ReetaCoolidge, maid of honor bocorkan rahsia. Chik dah sort of warn Reeta not to tell Teh tapi mulut manusia bukan mulut tempayan berukir naga yang boleh ditutup2. Anyway, rahsia pecah for a good cause, so tak dosa.

Bila Teh tau, all hell break loose, kahkahkah. Masa I visit Chik hari tu, alejiknya dapat ditawan, heheh. I know Chik was happy to see us the monyet jadian. Chik jaga T dari baby till she was 3 yrs old. And Chik jaga kitorang adik beradik sampailah kita TUA, ngeheheh... Bila jumpa Chik, kita gomol2 dia, cium dia n peluk dia. I baring sebelahnya and demand "Chik, tepuk Chik .. nyanyi sekali". Chik pun tepuk2 montot I "laalaalaaa".. kononnya I nih baby wpun dah kertu, huwaaaa..

Lepas kothongkan fundi2, solat dan dapat segelas air sirap, kita pun beredar. Nasib baik I dah siap tapaukan ayam gor berempah n gulai tunjang masa kat SR tadi so takdelah buang masa nak beli makanan lagi. TB balik dari ofis @4pm dan kita tiba rumah almost 5pm, errrk.. tapi OK what to have lunch at 5pm. Jimat boleh skip tea time, kan?

Tu cerita hari Jemahat. Semalam Sabtu, ada jemputan kawin tapi I tak dapat hadir atas sebab2 tentu arah. Selamat pengantin baru CLIZ, ehem.. don't debar2 okay?

Hari Ahad nih senyap aje. TB kerja. Budak2 nih bila holiday, siang serupa malam dan malam serupa siang. T dah buat plan nak makan kat PHut. Terlebih seronok bila dia tau kalau guna kad rimau dapat 30% off. Kalau dah keluar makan, haruskah I masak? Rasanya tak berapa harus, haha.. namun I dah rebus ikan. Kalau rajin nak buat asam laksa. Biar benarr Buk Thom!

Breakfast sensorang seawal 7 pagi sambil melayan 'seribu serba satu' perasaanG :-)


.

Sunday, 1 May 2011

Happily ever after? ...

Kena juga cerita pasal pengantin diRaja nih. Mana boleh tak tulis sedangkan it was considered as the wedding of the year. Kalau tak minat pun, apa salahnya buat2 minat maka jadilah kita one of the million yang sama2 'hadiri' perkahwinan diRaja itew..

Do you think Kate is one lucky lady or rather the luckiest lady in the world to have married Prince William, 2nd in line to the throne? (ie after his father). Do you also think that Prince William is one lucky guy to have married Kate a commoner, the girl he has known since college?

To me, Kate doesn't look British enough gara2 her hair color being black or brown. I like her wedding dress as it looks so sopan. It seems that dress diilhamkan from the wedding dress worn by Princess GK of Monaco decades ago. Persamaanya pada kain lace yang diguna dan design yang sopan santun. And how much does the dress cost? Tak mahal mana pun, hic! Cuma 250 pounds jer but forget not to add a 'K' after '0', hokay?

Gambar nih kelabu asap aje maklumlah guna kamera semput. Lagi pun nak dapatkan shot yang elok susah bebenar sebab terpaksa berebut the best spot with other international photographers, hawhawhaw <- nih baru gelak besar nih sebab berangan tak agak2 punya.

Kepala I asyik terlanggar diorang punya camera yang besar bagak tu. Canggih maybe but when you give the person next to you a hard time, it's not a good idea afterall. A camera that looks like a semboyan is a no no! Tudung ala Yuna I jadi senget benget dibuatnya, mencii okay?!

Ramai mengomen tentang bunga yang dipegang Kate sebab simple benar rupanya tapi temubual Ryan S'crest with the know-all lady stated that the flower though small, yet nice n sweet will be in trend. What about the majlis santapan? What were being served? Well.. one of its menus was quail eggs (makanya population burung mesti terjejas dah telurnya dijadikan santapan diRaja, tak gitu?).

Anyway, I am happy to use the photos taken with my own blood, sweat n tears effort (though its quality is nothing to shout about, har3), makanya I don't need to give credit to Ms Goog cos I didnt use any of their wedding photos *ah..ha..ha.. macam Ms Goog heran pun?*

Last but not least, if I were the owner of Y*N*m Haircare, I would certainly seek an audience with the Duke. Bukan apa, saja nak promote something so that he would not look like his uncle, Prince E.

Note: A lil bit about the writer, ehem..

Tuesday, 11 January 2011

Cenderahearty ...

Sementara belum naik sheikh meramble cerita tok nenek, perlulah warm up dulu tampal sket rezeki *untuk kenangan semata2* yang diterima hasil JJMA, T n gang kekampong halaman 3-sekawan yang rajin bebenor beriadah kat dapur. Tak sebut nama sebab diorang pemalu (betul pemalu, tak tipu punya).


dari T


dari Teh


dari Ndja

Disamping FM, ayahanda bonda dapat coklat n bithkut fevret. Pemberian dari Ngah tak tergamak ditampal sebab orang mesti tau mende yang dia beri tu macam hinting suruh I kerap bersiram aje. Hmm.. musykil musykil .. camana Ngah tau ek??

Last but not least, cenderahearty dari majlis kawin hari tu ...

Begitu ramai tetamu dalam majlis kawin tu, tak sorang pun yang I kenal melainkan emak pengantin, hehe. Nasib baik I pergi dengan Ms Colgate (gelaran sejak sekolah sebab memanjang tersengih aje dia nih), kalau tak, termangu2 gak sensorang. Bila kita face to face dengan emak pengantin (tak berjumpa berdekad2 lamanya since form 5) kita senyum ala Shaun d'sheep aje. Kasi pedih kat dia meneka siapa gerangan kita2 nih, ngeh3.

It took her a few seconds jer, terus terlupa dia tu emak pengantin. Orang pempuan kan suka menjerit bila excited? Ishh, ishh ... excited bila jumpa kawan lama, hokay?? Kita tak sempat nak berhoohaah lama, lagi pun kalau majlis ada protokol, emak pengantin memang perlu melayan tetamu yang berprotokol. Gitulah kekdahnya...

Teringat kata2 Ms Colgate "kita nih bila nak ada menantu ek?? Lambatlah kita dapat cucu .. tapi takpe, kita kan masih muderrrr????" .. harharhar I like!