Monday 31 August 2009

8 & 9 Ramadhan ...

Sabtu: Hari genjatan periuk dan kuali. Yeayyyy!!

Perjalanan ke Bkt T mesra dan bahagia. T&D sekali sekala mencuit bahu I either nak cakap something atau nak tunjuk something. Takat toleh sesaat dua kira OK lagi tapi kalau tiga, tanpa todi I boleh mabuk gilerr maka I prefer to stay focus pandang kedepan menikmati keindahan alam.

Tuan besar pulak sungguh berselera bercakap tu dan nih, diantaranya "cuba you tengok tu .. cantik betul scenery dia kan? You ambiklah gambar, kan you suka ambik gambar?". Haighh.. mestilah kan, blogger sepenuh masa memang suka ambik gambar tak kiralah gambar tu kelabu asap ke, relevan ke.. janji blogger tu bahagia dan dot3.

Tetiba "ehh.. ni dah salah jalan nih". Aduh.. drebar dah tersilap konar. Kalau bulan tak puasa, nak juga keluarkan kata2 yg kurang enak didengar tapi mengenangkan bulan baik dan segala2nya kena baik juga, maka co-drebar just make dono jer. Yang bestnya drebar 'terasa hati' tanpa sesiapa kata apa2 tapi I tak dapat bitau 'cover line' yang drebar guna untuk menutup silap konar tu, hehe, tak baik gusip pasal suami sendiri, kan?

Tiba rumah Ngah lewat 10 minit. Tersilap konalah katakan. Almost all my siblings were there namun masih tak cukup korum. 3 of my big brothers tak datang. Oh well. Meja penuh dengan macam2 juadah tapi takde satu pun dari hasil air tangan I. I ni patuh orangnya, bila Ngah kata takyah bawak apa2, maka I akur.

Selalunya sebelum balik, masing2 mesti membizikan diri tapau itu dan ini (paksaan dari tuan rumah, kita tak mandai2 taw) tapi malam tu, oleh kerana rumah tetiba gelap (karan meragam), kita pun bersurai gitu aje tak sempat nak tapau apa2. Bila tiba rumah, I terus boom depan tv sampai pukul 2 pagi.

3am: Dengan muka teramat toya menuju kedapur, terhasillah sawi/kobis masak lemak dan ayam goreng. I hesitate samada patut goreng ikan masin tenggiri atau ikan sepat. Oleh kerana kecintaan pada suami, hak3 .. I gorengkan his fav. tenggiri masin tu. Waaaaaaaaaaaaaah, baunya OMG semerbak satu kampong!

Wpun selera makan OK masa makan kat rumah Ngah hari tu, hati I tetap bertanya "kenapa dia tak datang?".


Ahad: Best sebab tuan besar cuti. Kemana lagi kalau tak ke BR, kan? I beli nasi ambeng, lontong kering, kueh deram (bukan drum yg Ringo Starr main tu), jagong dan roti jala. Dapat pulak FOC bubur lambuk. Alhamdulillah.

3am: Muka tetap toya bila masuk ke dapur. Toya ke, tak toya ke hasilnya tetap mantap, har3. Terhasil kari ayam, sotong goreng bersalut tepung, sayur peria goreng dan papadom. Yanadeiii tambi .. (D's fav).

Saturday 29 August 2009

7 Ramadhan ... tengok wayang UP

Salam ... pahala puasa ke 7 terkurang sikit ... (nak cerita juga tapi harap janganlah lecture kat I, eh eh?).

D&T ajak I tengok movie UP. Iklan kat TV macam best aje so I setuju temankan diorang tapi dengan syarat "keluar lepas zohor, at the same time keluar lepas abah pegi ofis." Janji dimeterai. Masa tengah bersiap2 tu T kata "kalau tengok kat Summit takde 3D". Sudah! I setuju nak pergi sebab Summit dekat ngan rumah. Kalau nak tengok 3D kat panggung seberang sana, malaslah. I suruh diorang berdua beradik aje pergi. Dua2 tu mana boleh 'hidup tanpa I'? Gitulah kaedahnya..

Masa tunggu T beli tiket, tetiba teringat .. sudah ke I tutup cermin tingkap lepas ambik tiket parking tadi? Bila tanya D&T, sorang kata dah, sorang kata tak perasan. Never mind, biar Umi turun and check wpun D ofer nak turun. Aduh.. mencungap dan tercungap2 I dibuatnya. Dari I tak senang duduk and tak enjoy tengok UP, I rela turun-naik semula. Lagi pun dalam keta ada beberapa benda yang berharga, kononnya!

I ni hidup dengan beberapa fobia. Ada 1-2 yang cuba I lawan, dan ada 3-4-5 mungkin tak terlawan sampai mati *sob2*. Kiranya masuk panggung adalah fobia yang dapat I lawan tapi otak ni berjalan laju pikir yang bukan2. What if panggung kena bom? What if seisi panggung kena hijack? dan top on the list, janganlah ada tikus merayap2 tak tentu pasal cari cebisan popcorn atau saja2 nak gigit ibu jari orang.
.
Movie UP tu boleh tahan jalan ceritanya tapi tak sehebat The Land Before Time in terms of lagu yang sedap, rasa sedih/sebak semula jadi atau terhiris perasaan namun T sempat juga sniff..sniff.

Trip 2 minit balik rumah dah jadi 1 jam. Jalan raya penuh sesak .. wahaha.. camana nih? sempat tak solat asar??? mana nak beli makanan berbuka, mana nak isi minyak (minyak almost nil - tuan besar's biggest pantang), namun alhamdulillah, semuanya sempat. I beli bubur lambuk dan lauk2 sikit, tak lupa scones for dessert, ehem.

Pukul 3 pagi tadi dengan muka kesian I bingkas ke dapur. Dah dua kali buat kerja terpuji cam nih, haha. I masak the simplest, goreng ayam, papadom dan sup sawi diselami mee su'a (tuan besar sure dah muak, but what to do?). Subuh semalam I goreng ayam (selera makan ikan agak turun dlm bulan puasa nih, dono why), goreng kacang panjang, masak sambal sotong n lemak nenas ditabur beberapa kiub ikan kering kurau.
.
Begitu bersemangat tapi takde sesaper bermurah hati nak puji I ni rajin ke? Takde ke? hmmmm.. takde takperlah. Since takde orang nak puji, terpaksalah I proceed dengan membuka rahsia sendiri, heheh.
.
Baru2 ni my kakak gi seberang. Dia tanya I nak apa2 tak? I pun kata kalau nampak batik yang tak rupa batik, kain jenis tak panas, tak perlu gosok dan rona mesti yang empok2 belaka, bolehlah belikan TAPI kalau tak nampak ciri2 yang I nakkan tu, "toksah beli". 10 kali I kata cam tu.

Seminggu kemudian, I dipanggil ke rumahnya untuk hangkut macam2 cenderahati termasuklah sehelai kain yang tersangat batik coraknya. Oh no! Dipendekkan cerita, I tak boleh terima kain tu 'cos it doesn't do justice to my aura. Haha.. boleh ke? Tapi I terima lain2 barang termasuklah dodol, patung itik n kucing (lepas foto shoot, I bungkus patung2 nih n let them lelap dalam laci).

Untuk Ja dan Azieda, terimalah jawapan untuk soklan anda berdua: Why I tampal gambar itik sedangkan takde cerita pasal I makan telur masin. Sebenarnya I suka tengok itik tu menonggeng manja. You nak tengok I buat pose sama cam itik tu ka?? kakakaa..

Malam nanti I berbuka kat rumah kakak. Periuk dan kuali terpaksalah digantung tak bertali, yeayyy...

Thursday 27 August 2009

6 Ramadhan ...


Selesai puasa ke 6 tapi tetap ditaburi dugaan kecik. Alhamdulillah.
.
Semalam I basuh baju, tapi tak banyaklah. Ada 2-3 t-shirt, 2 helai tuala dan 3-4 keping boxer (bukan I punya). Surirumah contoh.. jemur kain pukul 2 ptg. Tak sampai setengah jam kain2 tu dapat UV light (dah petang ada UV light tak?), tetiba hujan. Aduii.. hujan yang tak berbunyi, dangerous gak; pulak2 tu bila surirumah tu tengah golek2 watching tv.

Tak elok and in fact tak boleh komplen "alaa, penatlah!!!" bila hujan turun masa basuhan kita tergantong diampaian. Gitulah serba sedikit ilmu yang dapat I garap masa baca post kenalan baru I, cikAnne. I pun hangkut basuhan ke tempat sidai jiran sebelah (tanpa izin lagi, selamba jer I kesana, haha). I tolak ampaian mobile tu betul2 depan pintu rumah dia so that my basuhan selamat dari tempias hujan samada tiupan dari angin barat daya atau angin laut timur selatan.

Subuh lepas bersahur D membawak perkabaran "Mii.. baju Umi semua jatuh kena tiup angin". Aduhh "habis tu, mana baju2 tu?". Dapat jawapan dari anak jantan "ada lagi kat sana.. D dah angkatkan tapi kotor ada pasir. Nanti D ambik tapi kena guna baldi". Gembira di hati sebab D perihatin "nanti ambikkan ehh.. jangan tidur pulak".

Baju kotor tak kelihatan dan D masih tidor. I pun pergi rumah jiran hangkut baju2 kotor tu. Hmm, towel aje yang selamat kat ampaian tu tapi I rewash all. BTW, jiran I tak kesah kalau I buat sesuka hati I kat rumah dia tu. Nak tengok tv ke, nak mandi ke, nak apa2lah, semuanya dibenarkan. Bila hati I dilanda lagha, I ngadulah kat jiran "I nak sewa bilik hotellah.. I nak duk sensorang layan perasaan". Jiran selalu kata "you rihatlah dalam my bedroom, pasang ekon".
.
Jiran I tu memang baik hati dan pemurah. Macam SIAPA agaknya ehh? Namun tak satu pun pelawaan tu I terima except pinjam ampaian mobile, tu pun bila hujan. Tuan besar selalu gak sapu2 daun kering kat laman jiran atau ambikkan surat dari postbox. I make sure gardennya prim n proper wpun Hasan si expat Bangla yang kerjakan. D yang paling terlebih sudah.. kadang2 dia tidor sana, buat exercise timbulkan 6-pack n tengok tv. Kadang2 mandi manda dan dot3 semua kat sana.

Gitulah perihal kehidupan a caretaker, we all lah tu. Eversince Ndja mula berpindah randah ke Melaka/BP/AlorSetar/Seremban ikut hubby dia, kitorang diberi tugas menengok2kan rumah yang kosong tu. Had enough sewakan pada orang so rumah tu tinggal kosong aje. Rumah dah lama ditinggalkan kosong, surely ada .... tetiba kedengaran suara latar twilight zone .. tininini..nininini ... MAKA tu jugalah sebabnya I tak berapa syok nak golek2kan diri dalam bilik yang berekon kat rumah Ndja. My imaginasi very buas, you know.

Berbuka puasa hari nih makan ayam tersohor tu dan I tambah dengan mushroom sup dan roti. Omputihlah katakan, kan? Tak masak sebab jadual dah bertukar gara2 T (saper lagi kan?) "Mii.. klas besok cancel. Amik T kul 4 boleh?". Mau tak boleh? Cita2 Umi dulu memang nak jadi drebar pun, haha. Umi teringin jadi drebar Hart to Hart. Dapat gak kenyit2 mata dengan Mr Hart, kan? Jangan tak tau, Mr Hart tu sebelum jadi Mr Hart dan sebelum Mrs Hart won his heart, I dah terlebih dulu minat kat dia taw. Saper ingat citer It Takes a Thief??

5 Ramadhan

Puasa hari ke-5 berlalu dengan beberapa dugaan but I came out unscatched, alhamdulillah.
.
I was zzZZZzz between 10-12 midnite siap mimpi pintu pantry terbukak. I risau, sang cicak mesti dah siap bermastautin kat dalam pantry tu. I guna tea towel to shoo shoo the cicak away tapi bukan ada pun, hehe. Terbawak2 mimpi cicak sebab siang tadi punya hal. D menjerit sakan kalah jeritan pompuan nampak tikus bila crossed path dengan sekor cicak. Alahai, cicak aje pun.. bukannya biawak komodor. Aparaa..
.
Kalaulah D&T nakkan bukti diorang adik-beradik sepusat sepusing, proofnya dah nyata takyah buat DNA apa2 pun. Dua2 geli dengan cicak, labah2 wpun cenonet dan siput esp tanpa cengkerang. Heheh.. tang nih I boleh eksyenlah.. cos I tak geli jauh sekali takut (riak ek?) tapi I surrender kalau ada sedara sepupu sepapat si Mickey tu. Dak berdua tu geli dgn cicak tapi boleh pulak gomol2 si iguana (dah jadi aruah. Nama myKad TunWana. Why a 'Tun' there, beats me. D tu kaki merapu jugak).
.
I terjaga dari zzZZzz bila dengar suara macho TB beri salam (macho?? jap eh.. nak giggle jap). Dalam keadaan mamai I sediakan air dan bubur kacang (belen semalam punya). Pastu mood datang ... mood buat jemput2 pisang. Yeayy...
.

12.42am My babies, all 16 of them selamat melihat donia!! Sheer bliss, alhamdulillah.

Berbuka tadi I had nasi goreng cili hijau+5 biji cili padi, telur mata-moo, bilis n timun rangup. Plan nak tinjau bazar tetiba punah ranah sebab takde kereta hari nih so I jadi pompuan baik duduk rumah aje. Bila I dah rajin nak masak, D fone suruh bersiap nak bawak I ke BR. Eighh.. malaslah nak bersiap pakai tudung bagai .. "takpe.. Umi goreng nasik aje". Yang bestnya bila D bersuara "nasi goreng Umi terbaeeek". Wahahaha... tau takpe. Lauk sahur I masak jap lagi, hellp!!

Thought I could wall-up all but ada lak si pengacau yang masih tak tidor2 lagi tu. D cekup ntah berapa bijik "Miii... terbaeek". Sebijik aje tinggal dalam pinggan dan D ada hati kata beri dia yang sebijik tu. Oh no! over my dead body ... mueheheheh..
.
I guna tepung jemput2 manis Adabii n campur dengan berbijik2 pisang monyet. Nak kena pandai bancuh jangan bubuh air banyak sebab pisang tu dah 'wet enough'. Cubalah buat cara nih nescaya tak menyesal.
.
Untuk berbuka semalam, I ke BR beli nasi kerabu tapi nasiknya nasi dagang. Tergamam kakak yang jual tu bila I mintak cam tu. I tanya dengan wajah semanis kurma "nape? tak pernah dibuat orang ke?" kihkihkih.. kasi gegarr sama itu kakak sikit.

Tuesday 25 August 2009

4 Ramadhan ...

4 jam lagi ... insyaallah terlaksana ibadatku. Niat dihati nak masak nasi ayam, TAPI tengoklah camana. It depends on the cuaca luaran dan dalaman but for sure untuk berbuka nanti, juadahnya harus dari hasil tangkapan BR. Kali ni melawat BR yang dekat dengan rumah ajelah. Tak sanggup nak keseberang sana..

Nilah BK yang I masak semalam. Kacang2nya tak kelihatan sebab dibanjiri dek kuah. TB likes his bubur with plenty of gravy. I pulak suka BK yang pekat sikit. I sengaja tak guna santan kotak, I guna santan dari kelapa parut perahan sendiri. I rajin kan? kan? As usual, I tak kisah nak bubuh daun pandan walhal dah beli daah. I tak kisah, TB lagilah tak kisah. Alhamdulillah aman sentosa adanya.

My youngest niece Hanna, siikal mayang and her elder brother MirzaLemin. Bila tanya 'Hanna puasa tak"? Sambil menggentel rambut ikalnya "Hanna puasa masa tidur". Wah! bijaknya dia menjawab. Bijak macam saper agaknya ekk?


Tiap hari Ndja n I mesti tanya soklan cepumas "'masak apa? what's your modal"? I jawab "I buntulah w'pun tiap hari tengok rancangan masak kat tv". Semalam Ndja masuk dapur awal sebab nak kerjakan 'lobsta' pemberian kawan. Dia blur tak tau nak masak apa. I suh dia mms sekor lobsta tu tapi katanya "dah berketai". Haha, kesian. Patutlah lauk2 dia tak nampak the existance of lobsta. I tanya yang ijau2 tu apa? Dia kata sayur kereteng2 kecik2 macam salad. Pastu dia kata jiran kasi cucur badak sumbu berendam tapi terlebih koko (peratikan dia juga ada bakat merapu). Cuba carik kedudukkan cucur badak tu. Nampak tak?

Nota penting: Terlebih koko = terhangus. The L clans dah peka dgn istilah terlebih koko jadinya tak perlu tanya "masak cucur badak bubuh koko ke?", heheh.

Selamat berbuka ...

Monday 24 August 2009

3 Ramadhan ...

Alhamdulillah berlalu hari ketiga ... mood ada sket tercalar.T
.
Rahsia!

Sunday 23 August 2009

2 Ramadhan ...

Alhamdulillah hari kedua berjalan lancar .. aman dan tenteram.

Since tuan besar berbuka di ofis hingga Jumaat nih maka puan besar pun naik tocanglah. Naik tocang as in takyah masak cepat2. Banyak option untuk tidak memasak cepat2, kan?; salah satunya surelah melawat bazar Ramadhan (BR).
.

On your mark, get set .. GO!

T tak nak ke bazar awal sangat "bila kita tiba rumah dah azan terus makan" sebab tak sanggup lama2 tenung makanan atas meja. OK gak tu memandangkan I takyah hidangkan makanan dengan sopan sebab tuan besar tak berbuka kat rumah. Tapi kalau pergi lambat sangat, makanan fevret dah habis camana?

Keadaan kat bazar takyah cerita, paham2 ajelah. Somehow mood I tak menyerlah sebab tak nampak lontong kering. Mencii. I cepat2 beli 2 bungkus nasi lemak + ayam berempah/sotong dan otak2 (untuk sahur); T pulak beli yong taufoo dan cempedak goreng aje. Sopan kan kitorang? Oh ya, I beli sebijik bun inti daging kebab share bertiga. Alhamdulillah kenyang.

<> pukul 9.30pm I dah belayar ke slumberland. Terjaga pukul 1140 bila dengar sayup2 tuan besar beri salam. Mata macam kena lekat gam Uhu tapi sempat juga buatkan tuan besar air, lepas tu I boom semula. Pukul 2am I mula masak nasik, sup sayur + bebola ikan dan ayam masak kicap. Lauk sahur ada 3 + 1 (otak2). Tuan besar 3 beranak suka otak2 (tapi I tak suka, dono y).

Selingan ..
Paper hari ni kata anak2 MJ hasil dari MarkLester. Biar betul? I used to minat si Mark tu lepas tengok S.W.A.L.K. zaman dulu kala. Sebenarnya lagu2 BeeGees yang buat cerita tu syok, semua hit songs pulak tu.

I tak boleh lupa kenangan empat beradik tengok wayang tu kat KL. Ndja, K and I datang KL masa cuti sekolah and B berusaha bawak kitorang jalan2 dan belanja tengok wayang. Wayang tu lekat kat hati I for very very long time, until now even.

For all the good memories we had with B, how can I not mend the broken silaturrahim with him and his family? It's all about love. Siblings love and nothing else.

Saturday 22 August 2009

1 Ramadhan ...

Alhamdulillah puasa sulung berjalan lancar ...

Juadah berbuka puasa empat beranak -> sup wanton, wanton goreng dan daging macam begedil tapi bukan begedil, haha. I tak guna kentang, jadi bukanlah begedil namanya tu. Stok kentang elek. Takde lauk pedas watsoeva so nasi kitorang nampak putih bersih aje.

Suku sakat begedil

D tolong isi inti dan ponjot2kan

Sahur nanti I kenalah masak lagi sebab lauk berbuka tadi dah habishh. Begedil ada sikit lagi and maybe I goreng ayam dan masak sup MS <- mee su'a. Cukuplah tu. Hari ni berbuka tanpa kurma. Hari tu ada hambaAllah (thru 3rd party) beri kurma dll sebagai barakah dari Mekah tapi I tak sudi terima kerana sebab2 tertentu. Buat apalah beri I benda2 tu sedangkan ............... ? Sigh...

Ustaz 3B kata kalau ada sesuatu yang mendukacitakan atau ada yang mengecewakan, 'bungkus benda2' tu dan serah saja pada Allah. I setuju dengan pendapat Ustaz B3 tapi hanya setelah I sendiri cuba sedaya upaya selesaikan masalah tu. Kalau masih tak berjaya, barulah bungkus dan serah bulat2 pada Allah dan teruskan berdoa. I akui mahkamah Allah lebih hebat dari mahkamah dunia tapi I ni manusia lemah, I tak sabar.

I tak sabar nak tau mana silapnya I, apa kesalahan yang kitorang dah buat? Kalau silapnya datang specifically dari I, tolong nyatakan. Dah 13 tahun I tunggukan jawapan yang konkrit dan termakan diminda tapi masih tak kunjung tiba.

Balik dari Mekah, sipemberi barakah beri pesanan ringkas antaranya "my only wish is for you all do the umrah together esp this coming Dec where the weather is pleasantly cool". Hati I yang merajuk ni berkata dalam hati, kenapa bila you nak ke Mekah baru2 ni tak beritau I langsong? And as a matter of fact, I memang terasa dan I memang kecik hati. Apa perlunya suggest kat kitorang supaya ke Mekah bulan Dec. ni? Kalau you bitau I of your plan nak kesana awal August, I would have planned my time accordingly and GO.

I terkesima .. despite orang2 tertentu in your life gembira ria putuskan silaturrahim, Allah masih menjemput orang2 sebegitu ke'rumahNya'. Wallahualam.

Ramadhan dan Syawal datang dan pergi namun masih tak nampak perubahan ketara.

Yawn.. tak boleh sambung lagi, ngantoknya .. dkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Sambong on 23/8 .. Last line jadi cenggitu akibat terlelap tapi jari jemari masih tak mau menyerah kalah..

Subuh tadi terlambat bangun 1/2 jam. Fuh.. macam lipas kodong! Sempat gak goreng ayam dan masak sup mee su'a. Dah janji dengan T nak buat wanton mee, I buatkan juga. I pun terasa nak makan, hehe. Nasib baik kuahnya dah masak awal2 lagi dan nasib baik D ada mood nak tolong.

Internet ni kalau tak down tak boleh gaknya... Post ni asyik tersadai dlm draft aje..

Pagi nih T dan kawannya ke KLIA hantar sorang lagi kawan nak ke obersi sambung belajar. Risau betul hati ni nak lepaskan dia drive sendiri ke KLIA tu. Alhamdulillah, T dah pun tiba rumah. Sure nak melawat slumberland tu..

Friday 21 August 2009

Ucapan Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan
*
Maaf zahir dan batin
*
*
Amy, thank you for the wish.
I dah terbayang2 you punya 3 tingkat sambal belacan
telur masin
etc etc etc

Award Merak Kayangan


Beberapa hari ni terasa melambong2 aje seolah2 naik roller coaster. Leena, thank you very much for the award and those nice words. Gua tersipu2 gaya sekor kucing dipelawa ikan kembung rebus, auww..
.
Leena, sorang lagi kawan siber. Betul2 jumpa face-to-face masa I pulang kegagang akhir tahun 2006, kalau tak silap. Lepas 14 tahun tak balik Johor akhirnya terlaksana juga hasrat dihati. Fuh! dah naik feeling nostalgia dah nih.
.
Sementelah dah tiba JB, hasrat nak berjumpa kawan2 siber membuak2 pulak. Selain Leena, sempat juga jumpa NN, Nours, Sue dan dZa yang bermurah hati limpa dan jantong menjamu kitorang mee rebus (dengan tetel2nya sekali, besshh).
.
Dan Leena, dalam banyak2 makanan you boleh bawa Arisa untuk I. Waaah.... hepinya I tak terkira walaupun I kontrol anggun jer masa tu. And lately very unsangkarable, I seronok bila tau you pun tau MEE KEJU .. Orang lain tak panggil mee keju, kita2 jer taw.
.
Semoga kita masih berkawan sampai bebila tapi ingatlah pesanan I nih "semangkok besar mee keju OK gaaak", hiiiihiiiiheeeee.

Thursday 20 August 2009

Burger ...

I janji nak jadi baik sikit hari ni kan? Nilah buktinya ... I memang baik :-)
Sekarang ni burger cikRam ada 2 versi - tebal dan nipis.
I yang terkurang kerja ni terajinlah pulak to unpack and repack;
4 each in one plastic, senang bila nak masak.

Minyak yang berlandong2 keluar dari burger tu terpaksa dinyah terlebih dulu
Sekali-sekala makan burger cikRam memang sedap.
Tengoklah saper yang masak, kan x 5?

Dalam esbok ada sebijik tomato. Dengan adilnya tuan besar dpt separuh. Kalau ada timun Jepun mesti lebih meriah.. krup.. kraap.. krup.. kraap. Setompok hitam tu ialah bawang besar digoreng manja dgn butter. Bila bawang dah layu, tuang cili sos n kicap manis sikit. cik Mayo melengkapi rasa ummph!nya

Bismillah .. maka leborlah mulut cikSom menganga .. plain d-li-syes!

I mula makan burger masa sekolah rendah. Long dan Teh selalu belanja kitorang makan burger kat snack bar. Masa tu JB ada dua snack bar, Wato Inn & Wato Snack Bar. Dua2 tempat ni dekat benar dengan tepi laut. Best!
.
Bila balik dari makan2 tu, Bak mesti tanya macam2 soklan. Garpu sebelah kiri ke kanan, sudu sebelah kanan ke kiri, kunyah senyap2 tak, suap sikit2 ke banyak2 .. Bila jawapan memuaskan 10/10 w'pun soklan kurang dari 10, Bak pun tersengih2 puas hati.. siap thumb up lagi. Kira hepilah Bak tu anak dia phandhai2 belaka, haha.. Tulah Bak, kita ni kan anak2 Bak? Mestilah kita dot3, kan? (memadai dengan dot3 aje).
.
Datang KL masa cuti sekolah menengah, Teh belanja burger kat A&W dengan RB Floatsnya sekali. Nikmat! Ada satu lagi kenangan mengusik jiwa perihal A&W nih.. heheheee tapi maluuu plak nak elaboret.
.
I tak boleh lupa the very 1st time menikmati burger quarter pounder McD. Masa tu I kat Spore attend course apa ntah. Dah berdekad2 berlalu namun I masih tak dapat burger McD of any kind yang sejuicy dan sesedap dulu.
.
Ralat... semestinya I ralat sebab masa tu I tak terpikir dan tak ingat langsong nak bertanya .. halal ke burger McD tu? Jahil ke I nih hingga terlupa tu semua? Maybe jahil dalam pakaian tapi I ambik kisah bab halal haram dalam makanan. Yang 'bagusnya' I tak rasa was-was ..
.
Sesungguhnya I dah bertobat ... semoga pintu hati dan minda I terbuka selalu. Amin.

Wednesday 19 August 2009

Bermanja dan bermesra .. haha.

Salam ...

Pagi ni I sambut mesra tuan besar (TB) balik dari kerja. Kenapa? hehe, sebab dia bawak balik breakfast. Sebelum dia gi kerja semalam, I as usual very proaktif one menyuarakan "besok breakfast roti canai ehh?" namun tak kedengaran jawapan yang menggalakan. Adakah diam tanda setuju? Auwww...

Adakah hari2 lain I tak sambut mesra macam pagi ni? Yes, very correct. I bukanlah isteri mithali sebagaimana yang I sendiri harapkan. Sambutan terlebih mesra hanya TERjadi 6 (enam) hari selang 2 minggu. How bad can I be? 6 hari nak sediakan suami breakfast pun berkira sangat. Ehh, mana ada berkira? Cuma I hendak bermanja saja.. Cara I bermanja dengan mengharapkan tuan besar beli breakfast untuk I, OK per.. kan? Bukannya I mintak emas permata, I mintak dia belikan breakfast aje .. (berkata2 nih dengan nada manja..).

Sebut pasal emas permata, in fact I tak pernah mintak pun. Apa yang terlilit kat leher bertaik lalat 2 ekor ni hanyalah seutas janggut udang; tak sure pulak dari udang berapa ringgit sekilo. I treasure this janggut udang very much almaklum dan al-kisah .. itulah hadiah yang I dapat dari tuan besar semasa memula pungguk merindui bulan .. auwww.. (berdebar2 nih.. kahkahkah).

Lencongan yang tersangat disukai.. dari breakfast ke janggut udang pulak dah!

4 hari berlalu sudah .. 1st day I (baik) offered him mee megi bertatahkan prawns and garnished with spring onion <- macam sedap aje kan?. 2nd day I dah buat perangai.. tuan besar bawak balik nasi ambeng <- sebut beng mesti selisihkan both jaws. 3rd/4th day I maintain dengan perangai yang sama siap anta sms pepagi buta "salam.. tolong belikan **??** boleh? Tq.. muah". Catch words there are 'salam, tq n muah'. Tuan besar sure cair dengan kehemahan bini dia .. ngeh3.

Yesterday's breakfast. Mee siam look-alike (tak lazat) but the sambal sotong was marvellous.

5th day today.. Lepas subuh I sms "Salam Li, bila u beli bfast, u beli untuk u and d aje eh? eh?". Tak lama lepas tu dia call "I beli roti telur. U nak roti canai ke?". Wah.. ni sudah best, diam dia semalam tu 'diam berisi' rupanya.. teruslah I kata "I tak nak apa2, I ada mee semalam punya". Maka breakfast tuan besar dua beranak ialah roti telur dan I makan kueytiau sup yang tersangatlah tak sedap! (saper yang masak tak sedap tu? huhu, rasia!)

I tak cuit pun roti telur tu sebab I dalam pantang. I alejik. I geli. I... I.. I ngengada.. heheh. I fobia sebenarnya. Mamat yang buat roti telur tu mesti pegang telur yang belum dibasuh.. Maka I mula berimaginasi beratus2 hama melekat kat tangan cik Mamat kita tu. Owhhh... penyakit ni dah di in-heret kat T pulak. Cian dak tu, muda2 lagi dah banyak pantang ...

Alhamdulillah .. 5 hari beres dah, belen sehari lagi. Besok I nak jadi baik sikitlah. Harus buatkan something spesel like nasi dagang perhaps? <- hmmm...

Ni nak cerita the 'other side of me' yang ... (tak taulah yang apa tapi berprathanka yang baek2 ajelah eh??). Pernah 2-3 kali I hampa bila tuan besar tiba depan muka pintu dgn tangan kothong sedangkan I dah beriya2 pesan kat sms. Boleh hancur luruh perasaan pakkal BBBB dah ceased operation sejak BatLatif passed away. Kalau tak..?

I taknak rasa hampa lagi so I berwaspada @ proaktif ... Bila I tau tuan besar dah tiba kat gate, I INTAI dari celah2 langsir .. to make sure he did buy something. Bila nampak jer beg plastik merah, I terus bukak pintu, hepi giler "Hiii Li .. " terus sambut beg plastik dan jawab salam. Bila tak nampak plastik merah, I tetap akan bukakan pintu tapi I terus kedapur .. jawab salam pun sepi2 aje (maklum dah hampa).

"You tak baca sms ke?" <- kontrol nada suara. 2 kemungkinan: tak baca sms dan sms tak tiba langsong (telco harus disaman sebab downkan mood I), so I pun cadangkan "sebelum you balik rumah, tolonglah check fon tu dulu..". Since then, alhamdulillah .. so far so good, kalau tak I will voluntiar jadi ahli akar umbi BBBB sepenggal dua ... (telanlah aku..luluhlah aku... Maaaak takotnya).

Moral of the story: Beg plastik merah menjamin kebahagian rumahtangga ;-)

Tuesday 18 August 2009

Award Merak Kayangan ...

Thank you very much Cik Lina for the Best Buddies Award. You all jangan plak sangka siku I tetiba jadi buruk ok? Sumpah tak buruk. Ehh.. buruk siku dan siku buruk got different meaning meh? Heheh ..

Nak rewind tape kejap 'kkkrrrrttttt krrrrrat'! Cik Lina ni kawan yang I rangkul <- haha, ganaz! - dari alam siber. 1st time jumpa kat 'pesta muda mudi' 3 tahun lepas (jaap, I nak senyom jap). OK sambong ...

Cik Lina datang dengan sorang lagi kawan alam siber yang satu donia tidak kenali dia sebagai Mr Macho. Pada malam yang sama, kitorang jumpa 2-3 lagi kawan siber yang lain. Ada sorang tu ntah kenapa, sembunyik kat celah2 pokok. Pemalulah tu..

Yang BESTnya bila fers taim jumpa kawan2 siber nih ialah perasaan kita.. Dalam pada 'eh betul ke aku nih?', rasa teruja dan excited <- saja nak emphasis perasaan, rasa seronok tak terhingga, rasa sangat sangat sangat best SAH terserlah. I think kalau I tanya 1000 orang yang pernah lalui pengalaman yang sama, mesti 1001 jawab "macam dah kenal lama".

Awat dari 1000 boleh jadi 1001 Cik Som oiii? Janganlaa you.. mentang2lah I pernah kata I failed my maths miserably, jangan ragui I k? .. tapi cuba you all teliti betul2, pikir elok2 - it does make sense you know. Selamat mencuba!

Takleh citer banyak2, ditakuti dada laptop tak tertampong dengan rentetan 'majlis muda mudi' bila Cik Som mula membabble..

Oh ya Cik Lina, semalam you tanya apa bezanya cupcakes n muffins which Azieda dah tolong jawabkan. My pahaman macam nih .. cara buat cupcakes serupa buat kek biasa ie guna creaming method while muffins tak perlu cara tu. Texture cupcakes serupa kek = ringan tapi muffins quite dense.

Just for info .. I tampalkan faktanya untuk semua pembaca (juga untuk anak cucu cicit I)

There might be some technical differences that a cook could tell us about, but from the consumer's point of view, the difference seems to be that a cupcake really is like a miniature cake: light in weight, sweet, and often covered with icing and decorations. It tends to be not too tall because it's texture isn't strong enough to allow for a very tall structure. It's always made with white flour as far as I know.

A muffin is significantly heavier in texture and also in weight; with its cohesiveness, it can contain fruit, nuts or chocolate chips, which are not common in cupcakes. It is never iced and need not be particularly sweet. It can be made with ingredients as heavy as bran, and can be rather tall and have a large overhanging rim that doesn't threaten to fall off. (The cupcake also has a rim, but it is rather delicate and not too large.)

If you threw a cupcake against the wall, you would hear something of a "poof!" If you threw a muffin, you would hear a "thud!"

A muffin goes with coffee, a cupcake with tea. (That's a rather controversial statement). Fast food joints deal in muffins, especially in North America, but I have never seen one that sold a cupcake.

Well... Mr North America, it's about time you sell CUPCAKES cos CikSom sukacupcakes.., ok?

Sunday 16 August 2009

Kita rawjin taw ...

I posted one long merapu story the other night but much later I realized that it was not suitable for anybody's 'reading pleasure' hence I let it marinate in draft mode. Kasi dia sebati dulu biar cukup berperisa, haha. Cian I.. takde bakat macam Ja who can write SIAP within 20 mts or so. Kalau ada sesiapa dah terbaca, kindly delete or shred it from your memory box. Thank you.
.
Hari ni I buat 2 perkara boleh tahan berfaedah. Tiap hari kita guna washing machine tapi mesin tu tak reti nak bersihkan diri sendiri, serupa dengan hampagas tu. Dua benda nih akin a lilin kot? Menerangi yet membakar diri? So, berbekalkan berus gigi terpakai, I bersihkan my much loved washing machine. I berus dan korek setiap nook n corners n wipe bagian dalam bowl guna Jif. As for the filter, how does it get soiled?? Ya betul, habuk dari hasil geseran kain dan tak terkecuali, kerja keji tisyu paper n serviette. Percayalah cakap I nih.
.
Lama dah I bitau D&T, check dulu poket seluar/baju sebelum hempukkan baju kotor dalam bin to ensure takde tisyu paper terikut sama. I'll always double check but when I thought there was nothing in the pocket based on my gerak hati .. NAH KAU!! nak senyum ke tak bila kain baju warna gelap berlumuran dengan tisyu paper yang dah berkecai2 tu? Rasa nak meraung hentak2 kaki taw!
.
Kalau kitchen roll yang berkecai, I masih boleh sengih ala kerang busuk but not tisyu paper, dia ni jahat sikit. If that happens, I will rewash the whole load tapi sebelum rewash I kena manually buang tisyu2 berkecai tu dulu. Buang masa and really spoil my day, menciiii.. Oh ya, kalau bukan tisyu paper/serviette/kitchen roll yang buat hal, tiket wayang n price tag pun boleh buat lara pada kain baju tu. Betul2 hot bilaaaaaaaaaaaaaaaa ................. I sendiri yang buat lara tu bila terlupa buang price tag baju (or suardalam, oops!).
.
Disamping dah bertahun2 I wish there would be some bijak pandai yang mampu buat mesin melipat baju, I now hope they would also add a function or two to detect anything of paper-based substance. Kiranya ada, senyuman pasti menguntum dibibirku dan dibibirmua jua, hehe .. *flying kiss*
.
Putih the bear yang cenonet tu patut dimandikan sebelum dia jadi Dayang Senandung. Dah lama dia tergantung kumpul habuk kat cembul kabinet buku. I tanya tuan besar "camana you dapat bear nih?", jawabnya "T kasi.. ehh I sayang bear tu tau"... Hehe, nak jadi Mr Bean ke?


Putih sedang mandi dalam c-thru bath tub. Lepas kena sental guna cikFab, Putih jadi putih bersih.


Putih keciwa tak dapat berjemur kat tengah panas. Hujan tetiba turun maka kenalah bergayut kat kipas full blast.

Friday 14 August 2009

Award Merak Kayangan & Tag ...

(Initially) I thought I terover perasan meragut sesuka hati award '4 budak belenggeng' nih masa jenjalan kat blog2 jiran pagi tadi tapi sebenarnya memang I tak terover perasan pun. Nasib baik I cepat sedar, TAG dari cikSom Jr comes together with an award (malu kalau silap ambik dan tak bestlah nanti cikSom ingat I tak sudi plak, kan?). Maaf, I tersesat kat TUAlite zone tadi ..
.
Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini :
Walaupun tak kenal cikSom (bukan nama sebenar) secara peribadi, dek kerana nama dah serupa cun (same as mine), maka cikSom Sr (nama sebenar) secara senyap sunyi n sepi telah membuka kaunter CSI <- cikSom Investigation.

Dibawah adalah hasil siasatan mengenai cikSom Jr :
1. Pandai masak gulai asam pedas versi Johor dan Melaka
2. Haa... tak berapa nak suka lipat baju (kan?)
3. Cerewet bila basuh pinggan (kan? kan?)
4. Her idol is 'Clark Kent' (heheh)
5. Her soulmate is a Cancerian (ehem... kena bitau)
6. Cakap direct takde belok2, takde konar2, takde selekoh2 TAPI you suka ikan selekoh x?

Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri :

1. Kumpul tea towels/fridge magnets n boomerangs. In love with panda bear, Moby Dick, squirrels, ducks and cats. Used to collect ducks figurines but now dah tobat tak beli lagi. Why ducks? sebab ada kisah memori cinta luka... fuh, dasyat! Geli tikus, hamster, ulat n cicak.
.
2. Suka desserts. Tengok resipi aje can go bonkers! I suka baking n cooking (tapi lebih suka kalau orang lain yang preparekan bahan2, kerja I menumis aje. Boleh kah?). Suka anything to do with pisang asalkan sedap.
.
3. Suka kopek kulit udang, masak dan makan udang. Suka sambal sotong kembang.
.
4. Suka duduk rumah .. suka suka dan sangat suka. Suka keadaan tenang dan sunyi.
.
5. Takut makan ubat. Zaman budak2, Panadol tu I karate jadi 4, pastu kerat 2; but now dah boleh telan sebijik dengan syarat mesti telan dengan air manis2 buah. Nehi to air kothong nan tawar nanti munt** .
.
6. Cantas kepala ikan samada wholly atau sekerat, biar ngam2 aje masuk dalam kuali comel hitamku tapi suka pulak kari kepala ikan.
.
7. Tak suka terima bunga2an, cukuplah tengok dari jauh aje. Suka jam tangan dan handbag tapi takat suka ajelah. Yet to buy a nice, simple but durable leather handbag tapi malas betul nak keluar cari yang berkenan dihati.
.
8. Cerewet bila basuh/sidai/lipat/gosok baju dan bila basuh pinggan etc. Terlalu cerewet kadang2 tak buat langsung, hahaha..
.
9. 2nd youngest from 10 siblings. Pls don't blame me if I terlebih ngader, manja tak sedar diri, kaki merajuk dan tak berapa 'senta'. Bukan I pinta, juga bukan salah ibu mengandung.

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:
Untuk sahabat2 maya yang sudi membaca my coretan dan bekalkan kata2 semangat (cewah), sudilah terima dan gantung award ni dgn ucapan "terima kasih dan kenang daku dalam doamu". You all terima award aje takyah buat TAG.

Soalan seterusnya:
1. Nama timangan anda? Diantara Chomelz n Chomotz.
2. Anda Seorang Yang? Macam2 ada .. 8 musim!
3. Insan Yang Teristimewa? Nape I susah nak jawab soalan nih?
4. Lagu Kesukaan? Umi, Mama & Anak (versi Melayu sebab liriknya M.Nasir yang tulis. M.Nasir ni Cancerian .. hahaha taksubnya I).
5. Makanan Kesukaan Anda? Segala jenis mee, lontong kering (baruu tau menda nih sedap). Pendek kata, bak sini semua yang sedap2 melainkan tapai.
6. Sikap Yang Membuat Anda Stress? Tak peka.
7. Warna Kesukaan Anda? Warna2 lembut yang mengancam.
8. Benda2 yang mesti ada dalam beg? lipstik, poda kompek, $$$, mykad, pen, driving license, kunci, hp (kira sengal jugalah bahu nih).
9. Kali terakhir anda menangis? Lately, tiap hari ... tak kira sebab, setitik dua pun jadi.
.
At last, habis juga I kerjakan Tag nih .. Thanks cikSom Jr.. had fun doing it .. tssk..tssk..

Wednesday 12 August 2009

Award Merak Kayangan ...

Dina, thanks for the award
Cool macam timun Jepun ke?

Award Merak Kayangan

3E and Inahar, thank you for these awards ...
*

AIYEMSORI! Tersilap ragut award '4 beradek berlenggeng' nih... kahkahkah .. (apalah yang I angan2kan, kan Ja kan?). But wate-da-menet, takkan I nak ragut sesuka ati, kan?

6.30am - Pepagi lagi D bermurah hati belikan I k.f.c. breakfast set. I thought burger ayam rupa2nya ada telur n kentang aje. I tanya D "Saper suruh beli kopi nih?". D kata "breakfast set ada kopi". Ohhh, gitu ehh? Heheh.. jakun!

Camana orang boleh minum neskopi yang hitam pekat cam tu? Berkarat rasa tekak tapi CikMaya the Duta kata minumlah bebanyak sebab ia ada antioksidan boleh nyah toksik dari badan. Untuk CikMaya maybe orite sebab kopi pekat yang dia minum dah didilutekan dek air laut; almaklum bukankah dia ikan duyung? haha..

8.30am - Had another breakfast at Rest.Ubi.Kayu to celebrate Z's birthday. I belanja breakfast aje takde hadiah tapi tetiba I pulak yang dapat belated b'day gift, a maroon pouch-like bag. Alhamdulillah rezeki.

Lepas makan kita melawat Jaiyen beli barang2 keperluan <- baik aje bunyinya 'beli barang2 keperluan'. On the way back, we all singgah rumah Hjh P sebab I ada belikan dia pengat pisang. Bercerita cam nak rak maklum dah sebulan tak jumpa since majlis cukur jambul cucu dia. Bestlah bila tau ada orang Melayu buat biznez jual daging n steaks bagai. Mintak2lah berjaya.

Lepas ni nak buat TAG Cik Som Jr beri.
Soalan susah2 belaka, nampak gaya ...
terpaksa 'kopipes' jawapan

Tuesday 11 August 2009

layar lara ...

Dari rentetan I korbankan masa tidak kekelas memasak *sniff*, tangan T cedera kena pukul kayu hoki. "T dah cacat ni Mi", gitulah dia mendakwa. D menakut2kan "macam tu dah patah tuu..". Kedengaran jeritan "hei janganlah.. takutlah kena injek". Tetiba "T bolehlah claim insurance tu kan Mi?" katanya penuh konfiden bila teringatkan Meksis baru offer personal insurance RM10K. Kelakar gak budak nih, innocent. Tuan besar menyampuk "mana boleh, claim tu untuk yang betul2 disable". "T memang disable nih .. sakit tak boleh buat kerja", katanya beriya2.

Tangan cedera tapi berbaloi juga sebab group dia jadi naib johan. Boleh gak tunjuk kat anak cucu cicit dia medal tu nanti, heheh. Tangan dah sakit maka "Miii.. Mi pahamkan tangan T ni cacaaat ....". Emak mana yang tak paham hasrat hati anak sementelah emak tu memang baik hatinya, kan? kan? Hahaha ..

And I end up basuhkan pinggan makan dia dan gosok 2 helai baju kurung. Yes, 2 helai baju kurung bukan 2 pasang baju kurung. T ni dalam pada cerewet, memang tak berapa pernah gosok kain baju kurung. Saja aje dia pakai tanpa digosok. I memang pantang .. tapi dah dia kata "tak payah Mi... ", I akur jerlah lagi pun tempat menggosok tu panas. Ada 1 kipas siling tapi dilarang penggunaannya sebab kalau dia berputar, maka habislah cabinet @ pantry I kat situ. Janjinya I perlu dismantlekan kipas tu dan pasang kipas dinding, tapi tak buat2 sampai sekarang. Ada 1 standing fan, tapi jauh pulak power pointnya. Tak perlah rasa panas sikit kat dunia, kat sana nanti lagiii..

Pernah tak rasa nak merajuk dengan semua orang? Pernah tak? Well.. I just did that yesterday but for this particular one person. Dalam pada hati puas giler buat cenggitu, deep inside me, I hate doing that. Hate doing that to the person I love; BUT does that person care about me? My feelings and all? Macam2 I rasa and at the end of it all, I yang jadi giler sebab terasa guilty yang amat sangat. I benci bila berperang dengan diri sendiri. I benci taw .. benci.. benci.. benciiiiiiiii.....

Kenapa dia call I? Nak cakap apa? Nak mintak maaf atau nak beri alasan? I purposely didn't want to hear the voice from the other side lest I'll cry like hell. When I merajuk, I'd hide myself in my own shell (literally speaking lagi pun I kan ketam?) and I'd rather mend my own broken heart tak mintak dipujuk. Kalau nak pujuk pun kena tau how to pujuk. Pisang goreng or jemput2 pisang will do just fine.
.
What if I got the same call today? W'pun I masih jauh hati, I think I should lawan the setan in me. Maybe that person takde niat apa2 pun, maybe dia memang cam tu 'blur' all the time, or maybe dia terlepas pandang? I pernah discuss dengan tuan besar tentang this person, and when tuan besar says "insyaallah N masuk syurga" .. I terus menoyakan muka.

Bersedih lelama pun tak guna buat tambah kedutan kat muka aje. Nasib ada kawan2 pengubat hati duka nak lara ...

... dan I kembali CERIA .. dalam hati adalah sket rasa musykil. Sket jer..

Sunday 9 August 2009

Hampa ok?? ...

Cooking class yang MrTeng kensel hari tu dah pun direschedule to last Friday. I pun bertepuk tangan kegumbiraan. Yalah kan? Bila I dah pandai, bolehlah I .... <- ayat yang sengaja tidak dipanjangkan takut terbau riak pulak. B4 I confirm my attendance, I check dulu TB's work schedule. Pass. I check D n T's activities. Pass. I too have advised them of my impending mission.


Done all that, I send my confirmation to MrTeng "don't you dare start the class without me!" <- gitulah deruman suara I penuh semangat, as if telling him how I so wanted to attend the class BUT me being the hemah muslimah (hic), just managed to say "am looking forward to it, tq". MrTeng mesti suka dengan student macam I, penuh keghairahan untuk menimba ilmu, kan? <-- hehe, what a joke. Sorilah I mmg suka bergurau dgn diri sendiri.

I dah berangan nak pakai baju apa, kasut mana - begitu bersemangat mengalahkan nak pergi garden tea party kat Istana. I dah bayangkan berapa keping krimpaf, eclairs, green tea bun yang MrTeng akan agih2kan kat kitorang. Bila eclairs masuk mulut .. haaaa ... bila krimpaf masuk mulut .. waaahhh .. (I bukan berangan kothong ok? Itulah yang I angankan cos I reeli reeli reeli wanna go to the class).

Plan yang I atur begitu baik musnah ranap soon after T masuk kereta bila I jemput dia malam Kamis tu. I terpegun membisu, lemah longlai dibuat dek berita sensasi dari T *sigh*. There goes my plan! Siapalah agaknya yang bijak dan mampu selesaikan masalah ad-hoc dan impromptu lagi sensasi tu? Siapa yang perlu berkorban masa? Huhu, saper lagi .. (sila tatapi wajahku ini).

The same night at 1130 I sms MrTeng. Message yang berbau kekesalan on my side sebab tak dapat hadir ke kelas. Dia kata ok no hal tapi tulah, bila I tanya in future ada plan nak buat kelas yang sama tak? Dia jawab seketul to the point "no". Aargh ... Dam Bakun betul!

... and so just to make me senyum kembali manis .. I berhibur with these manis2 buah. In fact bukan takat manis2 aje, diorang nih memang tersangat manis.

BMK lepas dimandikan. Bersih, segar n segak ..

Ingatkan cik Langsat nih tak manis sebab kulitnya yang pucat but don't judge a langsat by its skin .. Nyesal beli sikit. Harus hangkut lebih lang..SAT lagi.. Colonel.Saunders sure senyum gembira .. tak pasal2 jadi tokeh langsat plak dia ... heheh.

But I tell you, bekas TU (sambil memoncongkan bibir kearah gambar) memang banyak berjasa. I use that white container as a benchmark to ensure kesucian warna air dari paip dapur betul2 bersih. You all mesti tanya, cikSom tak guna water filter ke cikSom? Haaa .. that's another long story..

Thursday 6 August 2009

pACUAN 4 roda ...

Kata nak raya kan?
Maka tahun ni I bertindak agak cepat
walaupun pembelian acuan2 tu takde kena mengena dgn raya
toot..toot..
*
comel ekk acuan2 tak-melekat tu?
I vangga and hepi ever after dapat miliki benda2 tu
harus beli sedozen tapi itu hanyalah bisikan setan
(setan yg jadi logo Man U tu laa, hahaha..)
*
lalu kedengaran satu suara lain
"jangan membazir"
oklah, oklah .. I ambik 4 jer
(kalau 8 tak kan tak boleh wahai suara??)
"tak boleh, jangan degil!"
(ngaderlah suara nih, orang cakap dalam ati aje kan?)
*
Kononnya clearance sale at 70% discount
Tulah kata2 manis dari cik KolStorej
Yalah tu, berdosa tau tipu pembeli esp cam I nih
tak nampak apa2 yang menakjubkan pun
kalau ada, nak gak I angkut 1 non-stick pan
*
Sejak the two inspiring chefs
tersangat gemar masuk ke dapur
maka adalah sangat wajar
tiap sorang dibekalkan a non-stick pan
(untuk mengelakkan perang saudara)
*
Keadaan di dapur perlu aman dan tenteram
I sebagai chef diva kena pastikan
kedua2 chef bawah jagaan I
mesti dalam keadaan selesa dan gembira
*
Bila sesi masak bermula
ingat...
kena hormat hak masing2
kena jaga adab sopan
tata susila
*
*
Jangan jadikan dapur kita sebagai medan perang
elakkan perang mulut mau pun perang sudip
jangan jadi si Gordon Ramsay tu..
tension aje bila masuk dapur
kena stroke kang baru tau..
*
*

Tuesday 4 August 2009

mareg .. mareg .. mareg ..

Nak suruh Superman tumbuk diorang!


"Oops! This link appears to be broken"


*batu skati tahi labi padat penanas mac utu


tiap hari makan hati

takde hati gigit jari

*font biru luahan hati

datang direct dari sanubari

Sunday 2 August 2009

"not-now"

10pm: Riuh betul bila anak bujang I masuk dapur cara besar2an. Lebar tapak tangan, nak buat banyak2, tak nak sikit2, tak puas. "Mi, mushroom putih simpan kat mana?" - "Mi, mana mushroom kering tu?" - "Mi, udang kat esbok mana?" - "Mi, nak guna minyak mana?". Hadoii, tak senang I nak berkarya tau ..
.
I tolong kopek kulit udang (suka kerja nih) pastu potong ala kadar aje. Kalau D yang kopek udang, esok lusa baru dapat makan kot? Meanwhile dia potong 2 jenis mushroom dan daun bawang. Potong simpang siur ikut suka hati dia aje. I tumiskan bawang dan udang, selebihnya dia selesaikan. Boleh komplen lagi "patutnya Umi goreng udang last".
.
BTW, pardon the green t-shirt and the blue checked boxer. Ish..ish.. attire tak match, harus masakan juga tak yummy.

Senang aje kerja dia. Dia bentangkan kulit wonton atas cabinet top. I kata.."eeeeh.. ntah2 cicak lalu kat situ". D "dah laplah Mii". Tengoklah filling wonton tu, tak ke muai?


Siap dah! mini pouches from D with love! D tanya "lawa tak Mi? Pandai tak?". I just say "hmm.." <- otak tengah mencongak, lepas masak2 nih dapur mesti berminyak, and will I end up habiskan kerja dia yang tak habis tu? Ni juga sebabnya hasil karya I terpaksa diperap berjam2 dalam draft. Too many gangguans.

Masa mula menggoreng, D berteriak dari dapur "camana tau dia dah masak Mi? Baper minit?". Sebelum tanya lebih2, baiklah I ke dapur. Oh oh "too oilylah D". No wonderlah, the fire was too slow hence the wontons absorb oil. Lepas digoreng semula, barulah nampak senonoh tapi ada juga terhangus. Kesian kan?

D menggondol the bigger portion of the wonton, I took only one <- seolah2 on diet, T and tuan besar had 4 each. Jadilah .. So, sesiapa yang ingin dot3 (read: meminang), bolehlah hantar borang dulu kat I. D boleh masak spaghetti, prepare egg sandwich, masak nasi goreng dan dua tiga jenis masakan lain; juga tanpa segan silu mengaku his daging panggang tastes better than mine. I suka aje bila anak I mengaku macam tu. Senang hidup I cause I can goyang2 kaki sambil berkelana dengan my tetikus - kejap gi USA, kejap UK, kejap Afrika selatan ...

Just one drawback though .. D is very temperamental but alhamdulillah he is easily 'doused off'. And I think he is a one-woman man (cam abah dia)..., ehem.

P/S: Word 'wonton' boleh dijadikan secret language untuk pompuan yang takde mood like "not now - I got a headache", .. you know .. kan?