Monday, 3 March 2014
Emosi menebal katanya ...
Already 3rd March? Tak berlengah I terus fone Ngah beri salam dan tanya kabar lebih kurang. Aduhai... tetiba rasa semacam ada bebola ikan tersekat dikerongkong!
* Ngah...hari nih besday Abg M kan?
- Yaaa...hehe..
* Ngah, tolong cakap kat Abg M happy birthday dan terimakasih banyak2. Banyak sangat budi Abg M, rasa tak terbalas.
- Alaaa...tu kisah lama, dah terkubur pun. Kenapa emosi menebal hari nih? hehe..
* Mana boleh terkubur gitu aje tapi ntahlah kenapa emosi menebal hari nih. Teringat macam2 nih.. pasal kasut ...
Tiap tahun dengan coolnya I akan ucap SHJ pada my BIL menerusi Ngah but this time apasal ntah I terovercome with emotion pulak.
Al-kisah...
5 tahun lamanya I menumpang duduk rumah Abg M n Ngah (dari mula bekerja hinggalah berkahwin). Ndja pun duduk sama. Kita berdua tak banyak bercakap dengan Abg M. Segan dan hormat. Cakap bila perlu takdelah nak bergurau senda.
Abg M ambik kisah hal ehwal Ndja n I. Menerusi Ngah, Abg M hendakkan kita menjaga keterampilan diri. Ekceli kita pun dah orite dah, haha.. tapi bila Abg M kata gitu maka terlebih berhati2lah kita takde nak beri dia peluang mengkritik kita belakang2, hehe..
Wpun Abg M tak tengok camana gaya kita kepejabat; apa kita pakai, handbag apa kita guna atau jenis kasut yang kita pakai NAMUN kita tau Abg M tak hepi kalau tau adik2 ipar dia pakai kasut 'dah haus'.
Masa mula2 bekerja tidaklah Ndja n I menyimpan berkotak2 kasut untuk dipakai bersilih ganti. So bila heel kasut kita dah agak senget dimamah jalan tar akibat berjalan jauh mengejar bas mini no. 25 maka kita guna Plan A dulu (sementara Plan B diaktifkan).
Contoh Plan A. Kita sengetkan kasut ala2 gitu so tak obvious sangat walhal bukan pun Abg M nak check samada tapak kasut dah haus ke tak, haha..
Budi baik Abg M dan Ngah memang tak terbalas dan tak terhurai. Allah saja yang membalasnya.
I juga teringat disatu pagi dimana keadaan emosi semua orang agak hura hara, kucar kacir dalam kesedihan. Dahlah semalaman berada dihospital memasing dengan hati yang cemas.
Siapa yang akan beritau pada Ngah anaknya dah takde? Anak yang baru beberapa jam dilahirkan dah pergi buat selama2nya sedangkan tulah yang dinanti2kan selama 12 tahun?
Somehow masa kalut begitu ahli keluarga yang lain tak ada disisi, cuma sebilangan aje yang ada. Pagi tulah I bersama Abg M pergi kerumah Long untuk membincangkan apa perlu dibuat. Masa dalam perjalanan tulah Abg M tanya apa nak diberi nama anaknya yang baru lahir tu.
I suka nama Fatin Hamamah tapi rasa lokek pulak nak sebut nama tu sebab I dah chup untuk nama anak I (maybe simpan nama tu untuk anak T memandangkan nama tu masih available). Pikir punya pikir tup2 sebut "Fatihah". Abg M kena setuju atau terpaksa setuju. Ya tulah nama anak Abg M n Ngah.
Alhamdulillah Abg M dan Ngah ada zuriat yang menunggunya dipintu syurga.
.
Friday, 14 February 2014
My beloved aunty ...
6.42pm
Waktu senja2 begini mengingatkan kejadian yang berlaku 3 minggu lepas dimana kami adik-beradik (dengan perasaan sebak dan sedih) berkumpul ditanah perkuburan KD ...
Hembusan nafas terakhirnya terhenti ketika laungan azan Zohor pada petang Jumaat 24 Januari 2014.
Jenazahnya selamat disemadikan ketika laungan azan Maghrib berkumandang. Segala urusan pengkebumian selesai dalam masa 6 jam. Syukur alhamdulillah.
... akan bersambong, insyaallah.
.
Wednesday, 10 July 2013
1st Ramadhan ... Juling mata!
Blogspot.com memang menguji kesabaran. Pakkal bulan Ramadhan (sementelah setan pun dah kena kurung) maka perlulah bersabar tapi kalau ikutkan hati, nak aje I swing my notebook kedinding yang chatnya dah menggelupas tu, grr.. Marah kekdahnya nih tapi apa guna marahkan nyamok tiruk kelambu dibakar, kaan? Walhal kelambu boleh beri ambience owh so romantika d'amour, tul tak? haha..
Sebelum entri nih bertemu titik noktah terakhir *cewah*, I nak umumkan bahawasanya Al-kisah mengalami gangguan
Bila tekan save memacam 'warning' yang keluar so tanpa buang masa I pun layangkan feedback pada Admin. Lepas seminggu dua, here I am mencuba nasib tapi kali nih lain pulak masalahnya! Terpaksa guna ruang 'html' untuk entri baru sebab ruang 'compose' takde tindak balas.
Malas betul nak layangkan feedback kat Admin tapi kena jugalah nampaknya. Kalau sendiri tak buat, nak harapkan siapa ek? Samalah juga bila menghidangkan juadah semasa bersahur dan berbuka puasa nanti. Cakap benar, memang tak pernah imagine I lah orangnya yang memikul t'jawab tu.
Masa kecik2 dulu memang 'in wonderment' camana Mak or Chik boleh bangun awal sediakan juadah. Nampak cool aje, diorang tak ngantok ke? Sebenarnya I dah dapat jawapannya, hehe..
Masak kicap ayam bubuh sohoon bebanyak merupakan lauk wajib hari pertama bersahur. Without fail Mak mesti masak lauk tu sebab Mak tau kitorang tak BFF dengan lauk pedas. Dan atas permintaan T, subuh tadi I masak kicap daging versi pedas!
Susahnya kat rumah nih, tak semua ada citarasa serupa. Nasib baiklah ada chef pakar yang diimpot khas dari Johor Darul Takzim....kikikikikkkkk.....(bulan puasa pun nak riak juga ke cikThom?).
Baru2 nih I ke Jasaint lawat kawasan. Rumput yang diupah orang menanamnya seakan2 merajuk tapi tumbuhan parasit lain termasuk lalang menghijau dengan gemilangnya. Mengemas kali nih terasa letih benar tapi belum sempat hilang letih, tau2 kita dah dalam kereta bye2 pokok durian yang merajuk tak berbunga langsung.
Sempena menyambut Ramadan dan rezeki penduduk setempat, setiap rumah dibekalkan seplastik besorrrr dipenuhi bermacam2 barang dapur sebanyak 19 jenis. Untuk mengiurkan para pembaca (dan membangkit rasa cemburu, hahaha) maka I nak juga senaraikan jenis barangan untuk rujukan Ramadan tahun depan, har3... I GURAU AJE NIH, ISHH..
Barang2nya: 10kg beras, 30 biji telur, minyak masak, cordial, milo, teh, susu pekat (5 tin? bila nak habis?), sadin, kacang hijau, gula melaka, ikan bilis (molek rupanya), instant oats, baked beans, cili kering, kurma & tepung gandum/beras/gula/bihun 2pct each (???). Sebilangan barang telah pun diagih2kan seperti telur, tepung n gula. Bab telur tu memang the 1st thing I nak beri pada orang sebabnya biarlah rahsia, hehe.. *sambil senyum penuh makna*.
Julai 9 & 10 membawa kenangan yang tak dapat dilupakan. Bak meninggal pada 9 Julai dan Mak pada 10 Julai. Mak pergi dulu dan Bak susuli 10 tahun kemudian. Julai sepatutnya hari bahagia buat Ngah, Ndja n adik Ndja yang perasan comel tu. Bahagia sebab bulan Julai bulan kitorang tengok dunia tapi ia tak bermakna kitorang dilahirkan triplets. So sesape nak wish hepi belated besday sambil hulur duit raya, silakan..
Oh yaa, masih ingat pada cerita my SIL yang sakit kanser PD tu? Allah lebih menyayanginya. Dia kembali kerahmatullah pada 6 June lepas. Alhamdulillah dia pergi pada hari dan bulan baik.
Ohh yaa.. baru teringat camana keadaan my abang masa bulan puasa nih agaknya. Kesiannya dia.. and here I am being the useless little sister tak telefon pun dia untuk ucap selamat berpuasa. Baik I fone dia sekarang.. Byee...
.
Wednesday, 29 May 2013
Mood sangat wangi dan cantik ...
Diharap semuanya sihat walafiat, ceria dan memberi munafaat sesama insan :-)
Pagi nih baru tercari2 tempat persembunyian my netbook. Nak kata tercari2 (tak juga), macamlah I terlupa kat mana I sorokkan (wpun memang selalu terlupa, har3). Baru 2 hari lepas I tercari2 kunci kereta. Puas mencari hingga panjat bumbung, har3.. Nasib baik TB ada invisible GPS dalam minda dia so ... I lap youlah laling...
Apa pun, hari nih merupakan hari kenaikan semangat untuk sambung berkaryaaaaa ........... cewah! Banyak nak dicoretkan untuk tatapan hari tua kekdahnya tapikan tapi, oleh kerana dah lama menyepi maka entry kali nih biarlah short n sweet aje.
Jap lagi nak masak bubur untuk santapan my SIL yang sakit. Seleranya tinggal 5% aje namun kita tak membiarkan dia lapar. Berjenis makanan kita bawak atau belikan makanan kegemarannya seperti apam beras, putu mayam, putu piring, baulu pekak (orang Johor punya baulu tak leh dengar, apasal ek?) dan makanan2 ringan yang lain.
Nampaknya terbuka jugalah seleranya wpun makan sikit aje. Dia mengaku badannya tinggal tulang aje. Bengkak disebelah tangan kanannya surprisingly dah beransur pulih, alhamdulillah.
P/S: I still miss my Ony ... miss miss miss him sangat!
Akhir kalam ...
Jumpa lagi, insyaallah.
.
Thursday, 18 October 2012
Melawat kawasan ...
![]() |
| monyet hutan sebut pineapple |
![]() |
| mengharap durian runtuh |
![]() |
| 3D putik 'moktan' (slang muor) |
![]() |
| senang nak buat pengat |
![]() |
| one n only surviving dragon fruit |
![]() |
| serai n pokok cili padi but there's more |
![]() |
| Suker! manis cam Bik Thom, hehehhh... |
Mood kurang memberangsangkan. Taip taip taip, delete. Taip taip taip padam sampai kering dakwat kibod dibuatnya.
Words don't come easy on this Thursday nite after knowing another ex-officemate had passed away (in 2010). AlFatihah.
.
Monday, 15 October 2012
Don't mess up with me, ehem...
Khamis dan Jumaat lepas menyaksikan 2 sahabat pergi buat selama2nya. Sorang mengidap kanser prostate dan sorang lagi kanser PD. Sorang tu bujang manakala sorang lagi dah berkeluarga. Just like Bak n Mak. Bak had prostate cancer while mak had breast cancer. Al-Fatihah untuk mereka..
Cuaca mendung bermuram durja seakan2 menambahkan lagi sayu dihati namun hati nih juga bagai dibuai rasa gembira almaklum hari yang dinanti2kan dah pun tiba.
Masa I sebaya umur dengannya, I dah takde emak untuk bermanja, untuk ngengada, untuk bergurau senda dan takde tempat untuk merengek2
Lagilah rasa rugi bila tak dapat doa dari Mak. Campur tolak darab bahagi, rasanya dah 18 ratus kali I beritau anak2 tentang tu dan agaknya diorang pun dah hafal namun I berikrar, I will keep on telling them about it biar sampai tersemat rapi tersimpol mati dalam hati, jiwa dan sanubari memasing.
And to celebrate the occasion, Ndja bermurah hati belanja makan so off we went to K.Delight, all the 6 of us. We've been to this place about a year ago but somehow ada perubahan sikit. Instead of offering buffet during lunch, they offer per plate 'nasi campur' style ie eat as much as you can but the catch is, you are not allowed for 2nd helping, no no no..
The per plate 'nasi campur' costs RM15 with free flow of drinks (sirap, teh-o, grape) at RM3. Pada I it is value for money untuk orang yang kuat makan, untuk orang yang boleh makan setimbun sekali duduk (tanpa rasa bersalah) dan untuk yang berjimat cermat, hehe..
Lauk pauk yang dihidangkan boleh buat orang tamak terus jadi haloba to the max! Siapalah agaknya orang yang dimaksudkan tu yek? Semua dia ndak, tengok tu ndak, tengok nih ndak. Cuma dia tak ndak bayar aje, har3.
Dalam keadaan haloba menguasai diri, masih tetap ingat I nih hidup untuk makan atau makan untuk hidup? makanya bersederhana ajelah wahai bik Thom oii...
![]() |
| Contoh 'nasi campur' but this aint bik Thom's |
Dek kerana malu dan segan asyik ganggu rumah sepupu TB, sanggup rasanya I bermalam dibawah pokok derian berneonkan sang rambulan, auwww sounds so owh-som! Yalah, derian baru berputik beranilah tidur bawah pokok tapi agak2 derian dah ranum anytime gugur dek sedutan graviti, berani ke? Sure berani kalau pakai helmet, kih3..
Psst... sedutan graviti katanya? auwww..
I dah lari jauh dari tajuk entry namun biasalah orang pempuan kalau dah mula bercerita, kaan? Sebenarnya sajalah nak tujukan ucapan 'don't mess up with me' khas pada para jiran yang suka letak kereta memasing beyond their territory.
Hangin juga dibuatnya sebab diorang make dono yang kita pun ada kereta juga... makanya I bertekad mendalami ilmu pertahankan diri. Just in case, mana taaaaau, kaan?
![]() |
| ehem! |
![]() |
| Ada hati.. jari pun tak muat dalam glove, har3 |
Setiap kali lepas kelas, I dipaksa dengar latihan2 yang baru dia belajar. Sumpah ngilu, gerun, ngeri .. tak sanggup nak dengar dan tak sanggup nak tengok dia demo... tapi ada juga baiknya sebab dia secara sukarela melantik diri jadi my instructor tunjukkan cara exercise yang betul untuk memantapkan muscle dan juga nyah lelemak (ekceli bab nyah lelemak baru aje bermula but I kenot tahan the gruelling exercise when parts of my body dilentok dan dilipat2kan, adoiii thakitnya!!!).
OKlah, takat nih aje yang sempat dingomelkan... hingga jumpa lagi dengan cerita2 terbaru 'pondok kaca' bik Thom. Tunggu taw ..
.
Friday, 12 October 2012
Life goes on ...
Masih ingat guraunya "you nih masa muda dulu mesti lawa kan?" sedangkan masa tu I memang masih muda cuma part lawanya boleh dipertikaikan, haha.. So dengan gurau juga I pun jawab "sekarang pun lawa apa?" sambil menjelingnya.
Rasanya macam tak adil I bercerita tentang makanan sedangkan ada banyak hati diluar sana dalam kepayahan, kemurungan dan kesedihan dirundung berbagai2 masalah. Mereka sedang diuji olehNya...
... but life goes on ...
Tak macam pagi semalam, pagi nih tak berapa rajin nak buat breakfast so subuh2 lagi dah sms TB kat ofis mintak dia belikan buah melaka (untuk I sorang) dan nasi lemak untuk dia n D. Nampaknya macam I sekat makan, tak makan yang berat2 kan? hehe... jangan percaya..
![]() |
| soto ayam (bawang goreng ter-eereng plak) |
![]() |
| Teh susu biji pelaga |
![]() |
| bila hati dah suka, semuanya indah saja |
![]() |
| makan gingko supaya tak lupa kata mama Cat |
Pagi tadi sempat menjamu mata kat dapur baru Rima. Her (BF) butterfinger cookies nampak yummy sangat2. Kalau oven I tak rosak, dah tentu petang nih jugak I buat (haha.. kita tau mesti ramai tak percaya kan?). Diantara bahan utama untuk buat cookies tu ialah mende nih (macam kebetulan aje kan Rima?).
![]() |
| penataan cahaya muram |
![]() |
| yeahh.. ceria sket |
Siapa ingat kacang tumbuk yang pernah kita makan masa kecik2 dulu dan masa dah
Tak dinafikan kacang tumbuk tu sedap tapi BF tu laaaaaagilah sedap (pada tekak I as a 1st timer). Tulisan pada pembalut 'crispety, crunchety, peanut-buttery!' <-- bunyinya tu, tak ke macam nak makan aje?
.
Death: Al-Fatihah untuk Pawan & Arah - 11 & 12/10 resp.
Tuesday, 10 July 2012
Mood berblogging kembali ...
Hi hi hi ...
Yo yo yo ...
Diharap kengkawan blogger dalam keadaan sihat walafiat, riang ria ceria dan berfikiran positif selalu
Bil api, air, telefon dah bayar lum? I baru nak bayar walhal last date was on 7/7. Bagus eh? ada hati ingatkan orang tapi diri sendiri adalah delinquent bersiri, dush! Tapi kita takde berhutang dgn Along, so it's OK to be a delinquent once in a while, tak gitu you?
Aroma durian dibawa angin sepoi2 bahasa menembusi keruang tempat I menaip walhal I dah kuarantin durian2 tu nun jauh dalam bilik basuhan kat belakang. Nun jauh kononnya ek? walhal rumah kecik2 gini manalah ada ruang luas. 8 langkah dari tempat menaip dah tiba bilik basuhan, 7 langkah dah tiba dapur, 15 langkah dah tiba gate karat depan sana, namun rumahku syurgaku, auww..
Anyway, mana datangnya aroma durian tu? Siapa lagi pembawanya kalau bukan dari hero seMalaya yang baru balik dari desa halaman. Durian hasil dari pokok sendiri belakang rumah disana bukan di sini, keh3. TB sehari kesana untuk menguruskan projeknya yang agak mega. Katanya bajet somewhat sudah berlari2 anak, sob3.
Tambah tanah 100x dan naikkan dinding aje dah telan sekian2 amaun. Ada sesiapa nak tolong sponsor seketul dua grand? *cupping both my hands berdoa*. Semoga dipermudahkan usaha TB untuk merealisasikan impiannya bermastautin didesa halaman, menghabiskan sisa2 hidup berbakti pada tanah dan alam semesta, menjadi petani dan peladang moden yang berjaya.. <-- amboi3.. sikit punya awesome semangat namun dia tak pernah kata cenggitu pun, I saja memandai, hehe..
For the past 3 weeks, my daily chores/errands have changed somewhat almaklum sejak dua menjak jadi misi bermisi, kankankan?? TB dah tak dimanjakan lagi sebab dia dah boleh berenyah namun I masih pegang jawatan tanpa portfolio ie jaga hal ehwal kucing - beri makan, bersihkan kumuhan dan pakaikan diorang pampers, ahaks.. *how I wish*. 2 days ago we just bought 2 bigger cages so that those cats could practice bergayut2 and maybe do new circus stunts n tricks in lieu of upcoming hari raya <--- benarkah? haha abaikan...
Reno. at Ndja's hse: Since dia berjimba cuti2 Eropah selama 2 minggu, I jadi penyimpan mohor kunci dan remote contol gate rumahnya. I pastikan gate dibukak bila pekerja datang dan gate ditutup sebaik saja diorang balik. All this dibuat disebalik langsir aje, keh3. Sikit punya berhati2 cenggitu, terlepas pandang juga bila a trespasser masuk kekawasan rumah Ndja bertanyakan sipolan, kononnya dah janji nak buat wiring. Credit goes to D cos he was extra alert dan sempat sergah trespasser tu. I terus calling2
Since Teh ikut Ndja berjimba maka kita adik beradik take turns to visit Chik (our auntie who has been living with Teh eversince Teh got married). I have visited her twice, once with D and once with T. Today I plan to visit her with TB pulak. Chik is almost 90 so lapse in memory is expected. Memang kena sabar melayan her repetitive questions. Kadang2 kelakar juga bila dia terlupa atau campur adukkan nama2 kitorang.
Semalam katanya Chik buat pe'el sikit. Dia mandi 2 gayung aje, tak nak dimandikan dan bersabun. Bila maid nak tolong, dia suruh maid keluar dengan aksi nak rejam maid dengan sabun. Oh, brutalnya dia! Pastu sebelum masuk waktu solat dia dah siap pakai telekung bagai tapi malang tak berbau, dia terwee-wee dalam bertelekung tu. Every nite before Chik goes to sleep, my SIL/maid will make sure Chik wears her pampers tight.. supaya pisang tak berbuah banyak3 kali, ahaks. Jenuh weh hangkut basuh jemur tilam tebal hasil kumuhan owang tuerrr....kan?
My SIL kata maybe Chik dah rhindu kat Teh sebab tetiba dia dengar Chik berteriak "Teh, Teh... where r u?" . Yes you heard it right, kengkadang Chik does speak English. Klas dia, ken? heheh..
Keadaan rumah kembali sunyi (dan tenang) sekembalinya T kemarkas semalam. She was home for 3 weeks so sedihlah pulak bila dia dah balik sana w'pun this coming weekend kita akan berjumpa semula, insyaallah. Dah kata emak dengan anak dan anak dengan emak, faham2 ajelah.
On 6th we had a belated birthday lunch celebrating warga keemas2an punya birthday *dia mengaku still young at heart, walla!*. D janji nak belanja birthday girl makanan Jepun tapi ntah camana birthday girl terlebih
![]() |
| Top/bottom: Both are mine. Takat celah2 gigi aje pun..hehe.. |
![]() |
| D's |
![]() |
| T's |
Last but not least, kenalah juga tampal hasil airtangan bujang trang-tang2 yang dia buat ntah bila, hehe..
![]() |
| Sedap ke? Sedap kot?? |
Monday, 4 June 2012
sombre morning ...
Al-kisah kami ada 1 stand fan n 1 table fan berkeadaan nyawa2 ikan, so dengan bijaknya dia mencabut motor dari table fan terus disumbatkan kebenak stand fan, walla!!
Kejap lagi I'm off to visit my SIL's SIL whose husband had passed away yesterday. By now maybe dah dikebumikan. Ndja came all the way from Sban (for the purpose) and she is right in front of me now. Sambil baca sokabar penuh kesabaran dia menunggu I menaip this entry dan menyiapkan diri.. Does this mean I am not punctual?
Till then .... daaa...
Saturday, 10 September 2011
Breaking news!!!
Ramai tak minat kucing atas sebab2 tertentu. I sebut kucing (lebit, itik atau ferret) sebab buat masa nih binatang2 tu ada depan mata tapi I faham, sesuatu yang datang purely dari hati adalah nikmat dariNya. Makanya, jika Allah tak beri kita nikmat belas kasihan pada sesuatu jenis binatang, Allah akan anugerahkan nikmat lain. Wallahualam.
Pagi nih breakfast roti canai cicah sambal sadin yang dah lama menginap dalam esbok. Masih sedap esp terasa serai. Tak pernah I masak sambal sadin bubuh serai. Tak sangka yum! Hari nih I ngelat masak for lunch sebab nak jelajah to somewhere unknown for majlis kawin anak sedara sepupu TB.

Breakfast semalam buat 2 sets, one for me n one for D. Roti seketul tu tersangat mahal pada piawaian my wallet namun kalau tak mencuba, mana nak tahu apa rasa si Ciabatta tu, kaaan?

Ciabatta yang sarat dithumbat dengan bahan2 yang menyihatkan (kononnya). Oh ya, roti tu I beli kat satu new bakery shop kat Taipan, namanya the Carpenters' Daughter (gitulah bunyinya but for sure kedai tu bukan hakmilik Richard atau the late Karen, lol).

Petang semalam temankan T pergi tengok wayang kat the newly opened cinema at SubPred. Kita tengok cerita quite basi .. KungFu Panda .. RM10 for 2 persons. Bestlah cinema tu.. since baru jer dibukak, adalah budak2 yang bertugas mengiringi kita hingga kepintu punggung.. I mean panggong!
Masa TT (tambi tua) sedang membasuh my kereta, I stayed inside the car sambil mengunyah goreng pisang. Talking about bliss... haha.., I like! Lepas selesai semua, I pun keluar dari kereta saja buat final check kot ada spot2 yang tak betul digilap oleh encik TT kita tu. Memang ada, so ..CS: kenapa ada banyak macam ni? (I guna BM yang betul)
TT: pakar ... indon ...
CS: (baffled) pakar?? indon??
TT: pakar itu kalimantan
CS: ohhhh...bakar dekat kalimantaaaan....
Nama TT sebenar ialah Pandi. Baik budi bahasanya I terus jatuh kesian yang amat lalu lebihkan duit upahnya.
The above pic of Pandi is dedicated specially for Ja yang menetap di SP yang masa nih dalam gundah gulana sebab laptopnya buat perangai. Sabar ya Ja .. sabar tu sefaruh dari iman, kan Ja kan?
Thursday, 7 July 2011
Ouch !!!
Setitik bintek merah yang disangka jerawat manis telah bermastautin dipermukaan kulit gebu berhampiran kawasan larangan, P&C kekdahnya. Oh tidaak! Rasa takut dan fobia yang amat bila teringat benda yang sama berlaku 2 tahun dulu. Keadaan yang buat I bermalam sehari dihospital.
Hari ketiga bintek merah mula mengeras dan bernanah sikit aje. Selagi nanah tak menumpahkan lahar2nya, selagi tulah keadaan I dalam bahaya, huwaaa.. so I googled for 'blind boils'. Disuruhnya tuam dgn air panas beberapa kali dan kalau takde perubahan, silalah pecahkan tabung itik sebelum berjumpa doktor tapi jangan jumpa doktor quek daaah!
Nak dijadikan cerita dalam blog, towel kecik yang dibuat tuam tu dah hangus rentung, kah3. I rebus towel tu kononnya nak bunuh kuman, I put on slow fire pastu I golek2 melayan perasaan. Nasib baik T terbau something... Berleter mak nenek tu kat I, hehe.
Bila nanah degil tak keluar secara pukal, mulalah terasa sakit w'pun tak nyut2. Gerak geri mula terbatas almaklum affected area adalah quite strategic esp bila golek2 berbaring dan pose menyabung adalah impossible. Masa kosongkan pundi2 pun payah (boleh ke berdiri aje? har3.. keji lagi tak sofan kekdahnya tu).
Soalannya ... nak jumpa GP aje atau terus ke hospital sinun sebab diorang dah ada rekod I dengan 'penyakit' yang sama. Nasib baik ada T so dialah supir cum lady in waiting, hehe.
Tiba hospital dubdab dubdab. I just knew what to expect so I asked the receptionist whether female surgeon is available. No, nehi, takde... so terpaksa juga jumpa the male surgeon (waima nama cam female) yang pernah menyelamatkan nyawa I 2 tahun dulu. Doc Hanis diberi nama tapi bukan Hanis Z anak cik Nani tu taw :-)

Lepas doc H tinjau keadaan boils itew, I pun
I thot bila dah suruh baring atas katil tu, doc H akan datang secepat kilat dan buat apa yang patut tapi tak sebab dia ada hal lebih penting dari selamatkan nyawa warga keemas2an nih, huwaaa.. *4eba dramatic*. Sementara I melayan perasaan, misi pricked my mother finger .. blood sugar level is 5.6. Lupa nak tanya nape tak ambik my blood pressure sekali.Almost 1 hour berbaring atas katil, selain bertahmid, macam2 sebenarnya yang difikirkan - dashes of this and dashes of that. YaAllah, pls have mercy on me.
Ketibaan doc H disambut dengan pom2, haha. Bila doc H mula jalankan tugas, dub dab dub dab bergendang bunyi jantung I. 3x cucukan pertama to the affected area, ouch ouch ouch!!! Pastu 2x lagi, I dah tenteram sket. Doc H tanya "sakit?". Dengan muka yang pinta dikasihani as though I'm a lil child, cebikkan muka sket, "sakit" (dengan harapan dibelikan barbie doll atau KitKat pun okay gak!).
Bermulalah hari2 Cik Som berjalan penuh sopan dan santun. Tangan kiri diletak erat kearea perut supaya kurang impak gegaran lelemak pada luka, har3. Nak sembuh cepat haruslah diligently makan ubat ikut peraturan. Every 6 hours kena telan anti-b sampai seminggu dan bila sakit pandai2lah telan PK (takde kena mengena dgn mee PK, kih3).
Prevention is better than cure tapi kalau dah Allah kata "jadi", maka jadilah ia. I redha dengan dugaan nih dan berdoa agar Allah amfunkan dosa2 kecik seiring dugaan yang dipinjamkan. Kenapa 'dipinjamkan'? I pasti semua tau jawapannya, kan?
Note: Kak Halimah, cousin di Brunei meninggal dunia kerana stroke. AlFatihah.
Wednesday, 18 May 2011
of email, death n food ...
Checked email pagi tadi just to delete scam messages yang boleh menyemakkan fikiran. Sakit hati pun ya juga sebab macam2 message ada walhal satu pun tak membawa kepentingan pada kehidupan rohani dan jasmani. Yalah... perlu ke I pay attention kalau message tu kata "blablabla 8 inches?" .. Waddehek! Ada plak nak menjual pil V, waddehek sekali lagi. Kalau pil V, and that V is refering to Vanilla for cake making, minat juga I nak beli tapi paling sentap bila diorang guna my own email ID to sell the V pill to who else but ME, waddehek?!?
Ya amfun sebab dah teroverzealous berwaddehek plak hari nih. Had I sentuh kelembapan fb, lagilah kerap I berwaddehek.. *sambil usap2 dada*
Hilang rasa geram terus mata berkaca2 bila dengar clip video Forever n Ever (D.Roussos) sent by my youngest brother. Katanya dia 'rasa cam terbang over our JP house' bila dengar lagu tu. We share the same feeling almaklum tempat jatuh cam nangka busuk lagi dikenang, ni kan pulak tempat bermain, memanjat dan melontar boomerang .... kan?? In fact DS.Aini rendered the same song in Malay, sedap sangat!
".... scattered pictures of the smiles we left behind, smiles we gave to one another, for the way we were ...." ... huwaaa...
The same brother told me that DM, the husband of the late DOA just passed away. Innalillah. The family has to endure 2 deaths within days, masyaallah. I remember both of them very well, firstly because DM's parents were family friend, and secondly the fact that DM married a singer cum teacher and Bak n Mak attended their wedding made it all worth remembering (literally speaking). AlFatihah.
Ekceli I sedih bila terima berita kematian my sepupu, the youngest of 11 siblings. Apparently she died in her sleep soon after dawn. My other cousin beritau, aruah was suffering from cronic diabetes and that she was already blind for quite some time. Mudah2an tempatnya disyurga firdausi for she was 'anak istimewa'. AlFatihah.
Apam pisang nih dikukus 2 hari lepas. T kata dia tak berapa suka versi kukus. Dah resipinya suruh kukus, kita kukuslah. Kan tak elok mendherhaka pada resipi? ekekekee..
Selama I buat muffins or cc pisang, rasanya macam tak pernah nampak urat2 hitam tu menjelma begitu rupa (sila jeling gambar) tapi bila dikukus, wah komain lagi meriah sungguh urat2 hitam tu menonjolkan diri which I like! I like! I like! Teringat zaman dara sunti dulu, kalau tak kerana malu dan segan, mau aje tiap2 hari I pergi warong Pak Itam beli apam pisang kukus, kek gula hangus atau seri muka. Sampai sekarang I masih malu dan segan, heheh.. dan masih setia minat dengan semua kuih yang disebut tu.


Khas untuk YatMaria diKotaSinga, roarrrr ... Nilah rupa mee sifut, hehe. Texturenya keras tak serapuh cik Megi.

The look-alike belacan is actually the oblong burger buatan cik Ram Li khas untuk tatapan cik Ja dengan ucapan "masak apa hari nih untuk bonda tercinterrrr?". Ekekeke..
Thursday, 24 March 2011
Pulut Kuning ...


Sunday, 3 October 2010
walaupun 'bersengketa', life still goes on n on n on ...
TULIS GUNA CAPS BUKAN SEBAB NAK TUNJUK FERASAAN AKIBAT 'BERSENGKETA DGN DIA' TAPI KIBOD WOLVERINE NIH TETIBA KELIRU DENGAN HURUP BESOR N HURUP KECIK. MENAIP NIH SAMBIL MENYABUNG ... PEWUT KENYANG DENGAN BEBERAPA CUCUK SATAY, NASI EMPET, DOT3 N MANGO JUS.
MASA KECIK2 DULU DILARANG MENYABUNG, KONONNYA NANTI MAK MATI. MEREPEK AJE EK?
ANYWAY, HARI NIH 24 SYAWAL RUPANYA. I BERDUA BARULAH BERPELUANG BERAYA KERUMAH LONG N ABG IS. PERLU KESANA BUKAN KERANA BERAYA AJE TAPI LEBIH PADA ZIARAH UCAP TAKZIAH PADA ABG IS YG BARU KEMATIAN ADIK BONGSUNYA.
LONG JAMU BIHUN GOR, MAKARONI BAKAR & KEK LEMON POPPY SEED. I BAWAK FRUIT HAND YANG BENAR2 RUPA FRUIT, HEHEH.. 3 KG FOR LONG N 3 KG FOR ME. KIH3.. KALAU PERUT TAK KEMBONG, SENGAJALAH KAN? DALAM PADA TU, TB & I TELAH TERBURUK SIKU GARA2 LONG SUH MAKAN SHARE DIA SEBAB 3 KG OF DUKU LANGSAT IS TOO MUCH FOR THE TWO OF THEM TO CONSUME. I BERI BUAH, I DAPAT BUAH JUGA, SEKOTAK KURMA DAN SEKOTAK FIGS. GUD UH? ALHAMDULILLAH.
SINCE D & T HAVE THEIR OWN PLAN, MAKA I PUN BUAT PLAN JUGALAH. SINCE LUNCH TADI I TAK MASAK, MAKA I TAK NAMPAK SEBAB I KENA MASAK FOR DINNER, HAHA. SO I BITAU TB I NAK VELANJA DINNER SEMFENA HARI JADIANNYA YANG KE 17, HAR3. I CADANGKAN 2 TEMPAT MAKAN TO CHOOSE FROM HOPING THAT HE WOULD CHOOSE THE ONE I HAD IN MIND TAPI DIA PILIH RESTORAN HJ SAM PLAK.
EKCELI I DAH MENGIDAM NAK MAKAN KAT RESTORAN PIZZA vs SATAY (OR IS IT SATAY vs PIZZA?). BUKAN AJE MAKANANNYA SEDAP TAPI THE AMBIENCENYA TU YANG KENA DENGAN MOOD ROMANTIKA D'AMOUR KAMI BERDUA, MUAHAHAHAAAA... BBPJ!
PENAT I MENAIP, PENAT JUGA U MEMBACA KOT? DAHLAH TAKDE PARAGRAPH (EH DAH ADA. I BARU BUAT), TEXT PLAK GUNA CAPS. PLS DONT SUE ME KALAU TETIBA YOU PERASAN MATA YOU DAH JULING AYAQ.
I MOHON BEREDAR DULU. HATI NIH MASIH 'BERSENGKETA DENGAN DIA' NAMUN DIA TETAP MEMBATU DAN MEMBISU SERIBU BAHASA... SABAR JELAA...
Wednesday, 4 August 2010
Dalam kenangan ...
Uma merempit - aksi berani mati tu..
Terpisah jasad dari cengkerang (gambar diblurkan sebab sebak) Sunday, 25 April 2010
Chirpy chirpy cheep cheep ....

Bila Teh beritau (over the phone) ada sekor burung buat sarang dan bertelur dua biji dicelah2 pokok berpasu (just depan pintu sliding), I pulak yang terlebih excitednya w'pun baru telur burung aje pun..
"Tak taulah burung apa, telur dia warna coklat2" Teh beritau bila I tanyakan species burung dan warna telur tu. Apa signifikannya I perlu tau tu semua dan tanya soalan cam tu pada Teh as if dia pernah jadi Ranger perhilitan? Hehe, saja suka2 nak tau, kot2 telur burung puyuh ke, bolehlah I ngecek :-)
Sebenarnya dari dulu lagi, I marvel dengan rupa telur burung yang comel lagi berbintik2 tu. Bila Mak masak sambal tumis udang bubuh telur burung sekali, I dah mula seronok dengan lauk tu. Bila sedang tekun makan, I tak pandang belakang lagi dah. Pastu atas saranan Bak, Mak bubuh telur burung dalam lauk beriani maka bertambahlah seronoknya I (kalau tadi tak pandang belakang, kali nih tak pandang mana2 pun sebab Bak kata masa makan kena konsentret kat makanan, so wajiblah pandang makanan aje).
Katanya telur burung banyak ko les te rol? Ko apa? Ko-les. Les apa? Les-ter. Ter apa? Ter-OK <- bunyinya bukan 'terok' ya? Ter OK (mcm tak sengaja nak OK). Hehe, sajalah nak me ra pu. Me apa? Me-ra. Ra apa? Ra-pu. Pu apa? Puakakakakaaa.... <- QJ n Ja gelak cam tu..
Masa kecik2 dulu bila makan telur burung ralit aje kitorang membelek "ehhh, comelnya, kuning dia keciknyaa". Pernahlah out of curiosity, kitorang (partners in crime) memandai pecahkan telur burung saja nak tengok kuningnya. Ishh.. gewam!
Dah lama I tak beli telur burung puyuh kerana beberapa sebab. 1stly sebab TB tak suka (jaga kesihatan kekdahnya); 2ndly n 3rdly, biarlah I sorang jer yang tau; kalau I dedahkan asbabnya kang, surely I dikecam hebat oleh pencinta telur buWung.
Siang tadi kami adik beradik berkumpul kat rumah Teh; sama2 pergi melawat kawan lama (family friend) yang kematian isteri akibat barah.
Kalau dah jejak kaki ke rumah Teh mana boleh jejak 5-6 minit. Pulak2 tu Ndja ada (dari Sban dia singgah SJ cekut I sekali). Abang2 dah melawat dulu, diorang hantar jenazah hingga kekubur. Teh, Ndja dan adik Ndja (ehem) pergi kemudian. Charlie's Angels nih betul2 mak andeh.. Dari SS1 ke SS5 Kelana Jaya boleh sesat. Tulah, kononnya dekat tak mintak alamat betul2.
Pusing2 cari rumah like forever! Cari landmark FAM, sekolah, kedai mamak, bas sekolah .. ishhh, macam2. Teh dah mula fuming, fone abang 3-4x tanyakan arah namun tak jumpa2 juga hinggakan tersasul bila dia sebut 'wisma FAM' jadi 'wiithmafuhfuhfam'.
I dengan Ndja kenot tahan gelak tapi gelakan kitorang guna silencer (katop molot takut Teh marrah); memang tak kedengaran langsong tau2 dah keluar airmata.
Nasib baik kejap aje kepulan asap Teh maka dia pun join sekali "muahahaha + kiah3 + kih3 + kah3 + har3" <- semua jenis gelak bersatu padu. Astarghfirullah ..
Pic taken by Ndja on April 17, 2010
.jpg)
O Ma .. O Pa.. kita laparrr...Friday, 2 April 2010
Tuesday, 2 February 2010
Tha..la..tha..
T serta 2 orang kawannya ada hal di KL semalam dan selesai agak lewat. I suruh tidor dirumah saja instead balik terus ke kolej. Mana tau kan, dah balik lewat cam tu, PakGad ada kes nak cari salah. T drive ke KL ditemani kawan2 sekolej. Allah saja yang tau betapa risaunya I - duduk salah, berdiwi salah, semua serba tak kena (risau sebab dia tak biasa drive kebandaraya lebih2 lagi KL tu kan JAUH?). Alhamdulillah semuanya selamat.
Balik dari SA I singgah beli barang2 dapur dari van apek yang jual segala jenis manikam. I belanja RM50 aje dan I rasa amat puas hati sebab semua yang dibeli termasuk ikan tersangatlah segar. Jangan harap nak dapat sesegar tu kat 2 hypermarket yang tuu (MyGian).
.
I suka beli dari apek X (bunyinya cam sexy kan?) sebab dia tu kelakar. Bila I tanya "berapa ringgit saya punya?".. dia mesti jawab apa2 pun guna 'juta, ratus, ribu'. Apek tu ramai pelabur dari Indon kot? Disamping tu, adalah dia campak 1/8 genggam cilipadi, daun saderi atau daun bawang sepelepah dua. Tadi I dapat juga free gula2 sempena riraya cino. Pandai apek ambik hati pelanggan .. cayang Apek X, hek3.
Dah lama tak buat jejemput so, ... this was our lunch at 4pm yesterday. Day before yesterday I cooked 4 types of dishes (tatkala my fridge dah gersang). 4 jenis tatkala I sangat2 malas (hebat kan?); tapi bila I sangat2 rajin, I mampu masak jejemput aje. Ada yang tak berapa betul nih. Jejemput dimasak bukan untuk breakfast tapi untuk lunch. Nasib baik TK tak naikkan sepandok bantahan "I nak nasik". Chup!! did I type TK? Maaaak!!
Cili padi <> 30 biji dapat free .
Saturday, 23 January 2010
once a while, it's ok not to be kind ...
.jpg)
He used to call Bak 'wak' while his father used to call Bak 'haji'. I remember Bak used to tell us how that guy used to brag about the 3M when the other 2M helmed the country. The 'gift' that was awarded to Bak was enough proof of ... aaah, enough said.
Wednesday, 29 July 2009
nakam-nakam raib ipeh
Dessert
Tuan punya kedai strumming T's guitar
.jpg)
Ayam berempah. Sedap!
Ice teler1st time makan, harga RM6 tapi amat 'berbaloi-baloi' <-Selcom?
Ada buah kabung, mangga, nangka, avokado, sago biji n ais
T mesti kacau I punya dessert, tak kacau tak sah
Nasib baik dia kacau, kalau tak memang tak boleh habis
Fish.Gusto.RestoranSebelum ke Alam.Sentral, T sempat ke Tepan dulu
Ada aje misi dia ek?
Masa menunggu2 dlm kereta, mata I terkoner pandang Fish.Gusto
Harus melawat kesitu, kesitu, kesitu ..
Dah lama tak makan fish n chips



























