Monday 25 March 2013

Sabtu lepas ...

Majlis kawin yang I gembar-gemburkan minggu lepas dek tersilap haribulan dah pun selamat berlangsung Sabtu lepas. Pengantin pempuan comel, emak pengantin comel dan penulis entri nih pun comel, uhuk2.

Jiran lain bercar pool tapi kita kemajlis naik teksi sebab TB tak nak buang masa mencari dan tercari2 venue majlis sementelah dia tak familiar hala kePutJaya.

Kita kesini dulu kekdahnya ...

Melangkah masuk kemasjid terasa sebak dan syahdu...membayangkan diri ini sedang berada di Masjidil Haram ... insyaallah.

Berdiri disaf kedua, cuba sedaya upaya kusyuk dan tawaduk sepanjang solat tapi terganggu dek tangisan tak henti2 sibudak kecik disaf ketiga. Selesai salam terakhir senyap terus bunyi tangisan tu. Bila I toleh dah tak nampak ibu/anak lagi. Mungkin siibu terus grab anaknya dan secepat kilat berlalu pergi.

Salute pada semangat kental siibu ...

Chandelier2 dalam masjid look so grand n majestic tapi sayang my Cokia hp tak berapa nak majestic, hehe..

apakah?
Tetiba chandelier bertukar jadi flying saucer? Oooops.. mahapkan saya dan hp saya ya?

Selesai yang wajib kita beransur kedewan. Best juga sekali sekala berchauffer driven waima naik teksi. Kemajlis awal sebagai menghormati majlis tapi majlis bermula lewat kerana beberapa sebab yang mungkin boleh dielakkan, wallahualam.

Tak terdaya nak ambik gambar pengantin atau sekitar majlis sebab bergelumang dengan perasaan segan. Yalah, orang lain guna gadget canggih berklik klak sana sini tapi kita tetap setia dengan hp model yang dah phased out, keh3... *gelak sebab tak sedih pun*. 

Tapi sempat curik ambik gambar chandelier ... (what's with me and chandelier??).

dalam dewan
Sebelum duduk dalam dewan kena pastikan dulu tempat yang dah disediakan mengikut nombor dimeja tapikan tapi upon checking, nama I takde dalam senarai mengundi. Heran gak sebab I did rsvp. Check punya check rupanya emak pengantin tak tulis my full name tapi guna nama 'glemer' panggil kat rumah aje. Ish ish ish...nasib baik makan sedap, ahaks.

Kebetulan malam Sabtu tu ada 2 majlis. Satu majlis aqiqah cucu angkat diKlang dan satu lagi majlis kawin tulah. Oleh kerana majlis kawin jemputan jiran maka harus dulukan jiran, tul tak? Lagi pun emak pengantin adalah jiran semukim masa diJB dulu dan juga geng bas sekolah.

Emak pengantin is my junior tapi abangnya yang ensem, ehem ... sama batch. Dah uar2kan kat TB akan niat I nak intai abang siemak pengantin. Saja nak nengok samada masih ganteng lagi tak? Ooops..

Tup2 .. there he was! I know so wpun dah lama tak jumpa but somehow tak teringin nak approach dia. I kan pemalu?
Dia diantara 3 dak lelaki geng bas sekolah yang teramat malu tak pandang pempuan pun. Duduk dalam bas senget aje mandang keluar. Kerja diorang bukak dan tutupkan pintu bas bila dara2 sunti naik/turun bas. Cuma sorang dari 3 tu gentleman sikit sebab berani pass kat I 3 keping kad raya tapi tak tulis nama pon. Whatlaaa..

Tamat cerita majlis kawin dan yang berkaitan dengannya now cerita terkini pulak..

Alhamdulillah akhirnya A n R berkeras hantar KP kespital. Terpaksa guna khidmat ambulan sebab tu cara terbaik mempastikan KP selesa dan tak rasa sakit bila bergerak2 dalam perjalanan. Kalau tak kerana KP sesak nafas dan perlu supply oksigen, mungkin dia sendiri masih tekad duduk dirumah tanpa rawatan sewajarnya (walhal sebulan dulu dah setuju masuk spital).

OKlah, nak bersiap dan berdandan. Terpaksa keluar for my weekly grocery shopping. Sebenarnya I berlumba dgn TB siapa siap dulu, hehehe.. Siapa siap lambat dia belanja makan...
.

Sunday 24 March 2013

Nostalgia sipokok bouganvilla ...

Hari Ahad adalah hari golek2 yawn yawn manja ...  Kalau ada sesiapa yang tak berpeluang buat cenggitu bermakna you masih tak rugi apa2 sebab masih berpeluang mengumpul pahala sebanyak mungkin. Pasti semua arif akan sebab musababnya. No need huraian..

Al-kisah ...
Pagi nih I perasan ada seseorang terbaca entry lepas dd 29/1/2010. Curiousity kills the cat kekdahnya, I pun 'klik'.

Somehow bila baca semula entri dan komen yang lama2 tu, terasa hepi semacam pulak. Rasa rindu pada mereka yang tetiba hilang ntah kemana akan disemat molek dan ketat dihati. Sesungguhnya segala2 kat dunia bersifat sementara.

Macam betul aje 29/1/2010 ...


Nostalgia
Arca/grille bentuk empat segi, kat depan tulah pokok bunga kertas warna jambu air @ bouganvilla  berbunga lebat. Berdekad2 kemudian segalanya bertukar wajah.

Duri pokok bunga kertas memang tajam. Tulah senjata yang Mak guna untuk menyucuk cagu yang dah 'masak'. Tak paham kenapa budak kecik dapat cagu juga. Mak macam tau2 aje bila cagu tu dah 'masak ranum' dan I pun macam tau2 aje akan the moments of truth dah tiba ..

Mak teriak ...
1x = senyap
2x = yaa... (sembunyik belakang pintu)
3x = yaa tak bertitik (masih sembunyik)
Mak kira pelan2 saaaatuu, duuuuua, tiiiigaaaa...

Takat cebik2 aje tapi taklah meraung. Bila Mak guna duri cucuk kat kulit sikit, nanah terus meleleh dan Mak picit tepi jari pelan2 biar nanah keluar takde baki tertinggal. Kalau nanah tak habis keluar, sakitnya lambat hilang. Kadang2 boleh bawak maut juga, hehe..

Sebenarnya hari nih terasa bosan sikit. Nasib baik bosan sikit aje tak tahap meroyan. OKlah, nak hiburkan hati dengan krup krap siInang2 ...


Kalau I buat biznes Inang2 nih mesti boleh jadi kaya. Tu dia kawan2, belum apa2 lagi dah pikir nak kaya jer tapi kan bagus kalau semua orang Islam bercita2 jadi entrepreneur dan seterusnya jadi kaya raya memberi munafaat pada ugama, bangsa dan negara?

Ehem ...
.

Thursday 21 March 2013

10 jam disana ...

Rabu: Sebuah kereta biru meluncur kedestinasi membawa 2 warga emas, 1 warga keemas2an dan 1 warga perak dengan satu tujuan murni :-)

Bertolak tepat 8.30 pagi ... sejam aje dah tiba. Sukalaa cam tu sebab tak buang masa duduk lelama dalam kereta tapi kalau 8 jam sekali pun rasanya OK jugak sebab topik bercerita adalah bebas. Kalau topik bebas bercerita pulak dengan darah daging sendiri, paham2 aje ... memang meletooplah.

Tak sempat hangatkan kerusi dari haba lelemak punggung (heheh), tuan rumah dah ajak keluar ambik makanan yang dah ditempah terlebih dulu ...



takat jamu mata tapi terbeli juga Hokkaido Chiffon
Tak sah kalau tak makan nasi lemak so tulah yang dimakan pagi semalam disamping karipap gigantor!! Makan sebiji kenyang seminggu ..

RM2.50 sekeping (100% halal)
Karipap inti daging ayam, kentang n telur rebus(1/2 biji jer)

Berenam menjamu selera dengan selesa dan gumbiranya dirumah. Status perut memasing ditahap se'eh so makan tengahari lewatlah sikit tapi harus keluar awal jjclauk sebelum lauk pauk habiss..

12pm: JJCL kat satu kedai yang pernah Ikram promosikan dalam JJCM. Kedai yang menjual lauk pauk saujana mata memandang, masyallah! Berderet2 lauk-pauk yang disajikan ..

Kaaaan??
Banyak sangat pilihan boleh buat kita numb n dumb seketika. I nak masak 3 lauk pun rasa cam tak cukup tangan. Kekadang tercungap2 pun ya, haha.. Kalau makan kat situ dapat free drinks tapi jangan harap dapat coke, sarsi atau sirap bandung plak. Bersyukurlah dapat sirap rona oren atau hijau, ada ais berketul2 lagi. Dengan cuaca panas sekarang nih, that's a bonus oredi, tul tak?
Minimum sepeket lauk RM3, takleh kurang tapi beli lebih adalah dialu2kan. Berhangkutlah kita dengan berplastik2 lauk kedalam kereta. Satu kerja bijak yang pernah dan selalu dipraktikkan ialah sediakan payung sebelum hujan yaitu beli lauk untuk makan malam sekali. Bijak tak, bijak tak?

OTW home sementelah sehala, TERsinggah kedai jual frozen food (donut & kueh2 Melayu) tapi lagi semeter tiba kekedai tu, pandangan tetiba beralih pada satu warong menjual cucur udang, hehe.. I like!



Penjual bukak rahsia cucur lembut n garing tapi dah rahsia, I kenot telllah, hehe..
Beli cucur, beli popia basah dan popia basah kena goreng. Kebetulan pulak kedai jual frozen food tu tutup kalau tak, tak taulah nak cakap...

OK gals, behave yourselves. Jangan tak menabung untuk anak cucu pulak ya? hehe.. Tapi adakah mereka behave well yakni menjaga tata susila bila berbelanja???  Well... not until they all terpandang ...

bantal kekabu katanya
Memasing sebulat badan suara setuju to just look n see only *wink*

RM28/bantal (beli 2 kurang RM1)
Akibat look see punya hal, boot kereta tup2 TERpenuh .. macam magic jer, hehe..

u'olls ada? kikikikkk...
Balik keakar umbi kekdahnya .. sekali sekala nak juga merasa turu guna bantal kekabu (wpun otak kuat teringat akan asal usul kekabu yang digilai oleh pontianak, maaakkk!). Takkan jatuh taraf kalau tak guna pillow lembut dari asakan bulu angsa atau bulu itik terpilih, kan u'olls kan?

Saat lucu bila penjual bantal kata "ambiklah gambar...kejap aje nanti sampai kat U.S.". Sampai U.S. memang possible (dah masuk dlm blog kan?) tapi kalau sampai ke USj sah jadi laaagi possible, hehe..

6pm: 2 balik kejajahan kanda Deris dan 2 lagi tinggal bermalam 1-2 hari disana. Menziarah kesana untuk menaikkan semangat tuan rumah almaklum rumahnya baru dimasuk pencuri. Dahlah suami berada diperantauan...

Pencuri masuk dari pintu depan, molek aje caranya terus keluar ikut pintu dapur.

Tak pasti pencuri jenis apa sebab dia hanya ambik koleksi pen, kamera lama dan segunung duit syiling. Dia tak heran dengan barang2 berharga lain. Ironinya kawasan perumahan disediakan guard, depan dan tepi rumah tersangat dekat dengan 'guard house', ada cctv lagi tapi dah nak terkena ...

Hikmahnya tak lama lagi istana hinggap sebelah rumah akan berpenghuni. Yesssss ... nampaknya panjanglah lagi langkah cikSom.. boleh jjcm, jjcl, jjma (makan angin) sambil menziarah.
.

Wednesday 20 March 2013

takat nih takde tajuk thethuai ..

Cuti hujung minggu TB jarang jatuh pada hari Sabtu/Ahad yang lazim berlaku pada kebanyakan orang bekerja. Cuti hujung minggunya selalu bertukar2.. Selasa-Rabu, Rabu-Kamis, Kamis-Jumaat dan seterusnya. Bukan tu aje, waktu bekerja pun bertukar pagi, petang atau malam.

Dah bertukar2 hari dan waktu kerja cenggitu, siapalah agaknya yang terlebih keliru? pastilah memnya wpun fenomena kerja 'tak tentu masa' dah jadi darah dagingnya. Maka untuk menjaga kestabilan dan keharmonian rumahtangga, TB bawak balik satu salinan waktu kerja untuk setahun sekali gus. Tu dia!


Mudah kekdahnya tak payah tanya apa2 lagi bebila terkeliru tapi boleh percaya ke yang I memang tak akan keliru??  Sah selalu benar keliru sebab tersilap kira, hehe.. Ada satu hari tu dah siap sediakan dinner bagai dan buatkan bekal sekali tapi dia relax aje. Bila tau dia tak kerja, tersembur "nape tak cakaap?" (semburan gumbira bukan marah).

Nota: Niatnya nak berkongsi baik buruknya bila suami bekerja tak tentu masa tapi tak perlulah ehh?.

Isnin: sedang asyik berkarya TB ajak keluar. Agak malas nak keluar sebab masih ada kerja nak dibuat so jawabnya "insyaallahhhh" (tune MaherZain lagi).  I disuruh bersiap dulu sebab I bersiap lambat, hehe.. namun tetap make dono almaklum jus kreatip sedang hebat meleleh2, mana boleh berhenti mengejut gitu, naik sawan kang!

Bila bunyi shower kat bilik air atas mencurah2, barulah I bergerak. Orang masih lagi bermandian dengan senang hati rupanya dia dah siap. Alhamdulillah moodnya gemilang bersabar tunggu mem solat dulu, bersiap berdandan dan sempat juga menyidai satu load basuhan.

Sebelum keluar rumah rujuk internet untuk dapatkan alamat pej.tanah. I dah bitau TB pejabat tu dah pindah tapi tak pasti kat mana. Oleh kerana diinternet masih tunjuk alamat diSJ maka kesitulah ditujunya nanti.

TB sensorang kepejabat tanah dan memnya cuci mata sambil menerai kasut. Bila dah berkenan dihati saiznya pulak kehabisan stok. Siapa yang jaa-at beli saiz I tu? Belum sempat meneroka women's section TB telepon bernada hampa "diorang dah pindah kat SgBuluh"..

Nota: Kenapa informasi berkenaan Pej. Tanah Selangor dalam internet tidak dikemas kini? Siapa yang tak buat kerja nih??

Almost 3pm. Ferut fun dah lafar ... TB ajak makan ayam (tapi lupa nama restoran) so I sajalah tunjuk bakat know-it-all akan nama2 'restoran ayam' kat situ. I sebut 4 nama tapi dia pilih tempat yang I least teringin (dah orang nak belanja ada ati memilih2 lagi, ish3..).

Mine
I pulak pada mulanya kurang teringin tapi tetaplah pinggannya licin, ngehehehh...


Lunch disudahi dengan 2 scoop aiskrim vanilla. TB suap I, I suap dia.. bergilir2 gitu, haha.. *BBPJ  =bacabolehpercayajangan*... namun I tak paham kenapalah coleslaw tu dihiris kasar. Bagian tengah kobis yang keras tu selamba aje dicampur gedabak2 cenggitu. "Can I see your manager please?" (cewah, rasa nak mengadu aje).

Sebelum balik jengah kekedai jual baju kurung. Takde yang berkenan (fakta harga, corak & warna) tapi bila tengok satu baju yang disarungkan pada mannequin, terus teruja! Hati berbunga2 masa masuk dalam fitting room siap bitau penjual "awak jangan intai saya tau, hehe" .. lalu dijawabnya "heh3 luculah puan".

Mengenakan bagian kainnya dulu...urrgh..urrgh.. terdapat kepayahan semasa menarik zipnya namun berjaya juga akhirnya yahoooo janggelikahe but OMG, kenapa pantulan pada cermin menyerupai sebiji nangka bulat kena balut ketat2? I tak paham.

Cermin dari twilight zone kah itew? *bangkit 1000 sesalan*.

Peristiwa ngeri dalam fitting room semalam tu tetap jadi sejarah manis wpun pada hakikatnya perit dan pahit untuk ditelan. S.O.S Her-ba-laif? KakTon? Nee-lo-faaa??

Sedihlahh. Kasut tak dapat, baju pun tak dapat. Kalau kenal B.Chandran kan beshhhh???
,

Monday 18 March 2013

Amalkan 1 lauk dihujung minggu ...

Bfast pagi nih semuanya yang instant aje. Sungguh rajin I menggoreng, hehe ...

karipap pusing, nugget ikan & ayam
Masa D&T kecik2 dulu selalulah juga beli nugget Ayamas sebab ia menyenangkan kerja I. Lagi pun budak2 dan nugget menangkap persis besi berani.

Kenapa bila anak2 dah besor tetiba I teragak nak beli nugget walhal diorang tak mintak pun. Haa.. soklan cepumas celup kekdahnya tu. Ekceli I dah terkesima dgn promosi dari Sue rakan blogger, katanya nugget jenama 1stPride sedaps.

Sebenarnya masa keMydyn tak ingat langsung jenama nugget tapi amat yakin bila nampak bendanya I boleh agak tulah yang dicari. Mungkin berkat pengambilan kismis setiap hari maka taklah terlupa langsong? haha... *lupakan peristiwa salah hb nak kemajlis kawin tu okay??*

2 minggu lepas dah beli sepeket. D suka sebab rasanya pedas tapi T tetap bolayan sejak berpantang makan 'by product' ayam. Since D suka dan boleh goreng nugget sendiri ditambah dengan fakta freezer  boleh muat sekor anak kambing lagi (ada space sbb baru spring cleaning) maka bolehlah beli sepeket. Nak dijadikan rezeki, dapat pulak percuma sepeket nugget ikan *melompat keterujaan seketika*.

Petang Sabtu I beriya2 beli barang kering kat Mydyn tapi tak beli sayur atau bahan basah (cuma beli 3 tray drumstick). Tengok ramai benar orang beratur nak timbang sayur dan ikan, I terus give up! Nasib baik tak beli lelebih as it is troli dah pun sarat, sure senget benget punggung bila tolak troli kekereta nanti. Kudrat is very limited!

Sabtu & Ahad adalah hari bersemangat nak masak 1 lauk aje. Ada I kisah? hahaha... Misi dan visinya, masak tu biarlah untuk lunch dan dinner sekali. Kalau boleh untuk bfast pagi esoknya, wajarkan? Nak buat nasi beriani tapi Basmathi ada 2 pot aje maka terpaksalah dicampur dengan beras siam wangi.

lauk beriani daging
Lauk beriani tanpa carrot atau telur rebus, yang ada cuma kentang. Janji ada daun saderi dalam bahannya, bolehlah. Nasi n lauk dimeriahkan dengan salad timun n tomato.

Hari Ahad adalah hari golek2 nyonyot jari tapi tetap meredah kedapur.. Mithalilah katakan, hic!

nasi ayam cukup sifat
Nasi ayam nih nampak aje mudah tapi pada I prosesnya lechehhh... Tumis rencah nasi, tumis rencah sup, tumis rencah sos kicap, blend cili hidup untuk sos cicah, bersihkan ayam, marinate dan goreng.... blablabla ....

Oleh sebab dah peluh tiak bekerja keras punya pasal, afdal I besorkan gambar kat bawah nih... Bila terasa nak makan nasi ayam, I can lick2 the lappy screen, wahahahaiyaa... *gelak tak sopan*.

tahun depan baru boleh masak sekali lagi

Ada satu lagi story tergempar tapi takde masa nak kong...si, kong...si.

TB tengah bersiap2 nak kepejabat tanah dan I harus ikutnya sebab? Hari nih dapur dapat MC, yeahhh.... Bonding time jjcm ... sambil ehem2..

Hingga jumpa lagi.
.

Thursday 14 March 2013

Almaklum dah tua ...

Entri sebelum nih I dah uar2kan akan kemajlis kawin yang sepatutnya berlangsung pada malam nilah, kaaan?  harharhar *gelak sambil tarik telinga sendiri*.

Ndja dapat jemputan juga tapi dia belum tengok kadnya lagi sebab kad jemputannya diberi pada I. Dengan penuh keyakinan I beritau dia 'majlis kawin hari Kamis'. Komennya "hari Kamis ni ke? bukan weekend?".

So siadik yang bijaksana memandai menambah fakta "yalah .. diorang kan orang Johor.. kot nak ikut cara dulu2". Gitu kekdahnya...

Bila tanya Ndja "nak pergi tak?" ... "insyallah nanti I pikir2kan" jawabnya tenang. I pulak yang tak sabar sebab kita patut rsvp a.s.a.p by 14/3 (perbualan berlaku 2 hari lepas). I perlu tau kalau dia jadi atau tak jadi pergi sebab I boleh buat plan A, plan A1, plan B dan seterusnya ..hehe..

Kenapa I nak bersaing dengannya walhal I ada TB untuk bergantong harap, kankankan? Tulah tu, disebabkan TB kerja malam maka I terpaksa bergantong harap pada orang lain, huwaaa...

Ndja masih tak beri jawapan sedangkan I dah resah gelisah sebab masih lum rsvp lagi. Apa pun terjadi, I dah nekad kalau jadi pergi, I akan pakai baju yang sedia ada dan pakailah kasut yang selalu I seret keMydin, harhar... pathetic bunyinya ek??

But my utmost concern is how am I going to the wedding at PutJaya alone. Nak drive sensorang kesana tak reti + takut, lagi pun langkah I jadi pendek sejak T 'pinjam' my car for good. Nak tumpang jiran terasa malulah pulak. So now camana??

Dah ngaku bijaksana awal tadi, kan? maka perlulah tunjuk bukti, heheh.. Petang semalam I smslah jiran sorang tu tanya dia pergi tak kemajlis kawin tu? Dia fone I, blablabla... katanya K (anjer dia) tak dapat pergi sebab K akan keluar negara  (I dah mula hairan) dan katanya sorang jiran lagi tak dapat pergi sebab 23hb tu dah mula cuti sekolah (lagilah hairan bt ajaib) ...

Ooooops!!!! 23hb???? YaAllaaaaah ...... *mengucap panjang kita masa tu wak* .. TCTLSShort, I bersama jiran tu sure had a good laugh. I kata kat dia "tengoklah orang pergi sekolah jadi macam nih", harharharuuuuu (mmg betul2 haru).

Cepat2 I layangkan sms kat Ndja ..
Nak tau alkisah mak andeh tak? B4 that I must admit that I am a super duper mak nenek for having overlooked smthing so important. Majlis kawin tu is on 23/3 bukan besok, kahkahkah. RSVPnya esok 14/3, kehkehkeh. Mohon mahap.

Ndja: kahkahkah...Joke of da week. Bukan je mak nenek tapi mak pada mak nenek. Melampau..

Kuahkuahkuah *gelak muka merah* nasib baik I tanya wife K tadi. Dialah yg menyedarkan diri nih dari trus jadi mak andeh moden *pap dahi sendiri*.

Maka dengan 'tertundanya' majlis kawin tu, sempatlah I buat or cari baju yang agak gah (in advance untuk hari raya juga, ok tak?) dan sempatlah juga cari kasut barruu. Baru tadi tau satu jenama kasut Fitflop. Nampak cam best aje *wink*.

Sukacita dimaklumkan pada 23/3 nanti TB kerja pagi maka bolehlah kita beroolaalaa dengan jayanya ke PutJaya. Insyaallah.

Now kita nak show off 2 dari 3 lauk yang dimasak semalam. Minggu lepas beli labu 1/2 biji. Niat nak buat scones/buns tup2 jadi sayur masak lemak. Gitulah kekdahnya bila minda bercelaru.

Lemak labu (+daun kunyit, lada hitam etc)

ikan tenggiri bersambal dimasak guna api kecik
Lauk nih menjadi kegilaan TB dan isteri rupawan kedut2 beliau, hehe..

Caranya: Ikan dilumur dengan campuran cili boh, garam, kunyit serbuk, blended bawang merah&putih, secubit gula dan kicap manis. Kalau nak sambalnya banyak, lebihkan cili boh dan blended bawang merah/putih. Pastikan minyak betul2 panas baru masukkan ikan n rencah sekali gus. Lepas seminit ikan digoreng, kecikkan api dan all the way balik2kan ikan supaya rencahnya tak hangus dan benar2 masak.

Hari nih, rezekinya masih tak pasti lagi. Dalam crisper dah takde sayur2an lagi tapi takat daging, ikan dan ayam masih gah membeku dalam freezer (tapi minda nih tetap buntu nak masak apa). Hmmm...

Sekian dari empunya cerita ...
.

Tuesday 12 March 2013

Dilemma ...

Khamis nih ada jemputan kawin, venuenya jauhlah juga tapi bukan diKL. First thing terpacul diminda "baju liplap mana nak dipakai" walhal bukannya takde baju yang boleh dipakai tapi tulah pempuan, kan?. Sigh...

Sejak tak berkarier lagi memang tak buat baju kurung secara pukal yakni hantar selonggok kain ketailor. Bila raya barulah beli atau buat sepasang dua maka bilangan terkini baju kurung dalam gerobok memang sangat terhad disebabkan (juga) gejala mengembang! Sedara cendawan kekdahnya, har3.

But seriously, nak pakai baju mana? Semua yang ada dah puas dipakai. Sempat lagi tak kalau baru sekarang terhegeh2 hantar kain ketailor??

Bab baju satu hal, bab kasut pulak another hal. Tulah kalau beli kasut tak ikut bidalan orang tua 'alah membeli menang memakai'. Pengajarannya, jangan percaya pada keikhlasan kasut yang lama tak dipakai.

Hari2 biasa untuk kesana kesini I guna sandal hitam yang selesa empuk, sesuai dengan umur dan 'BMI' *helppp!!!*. Untuk kemajlis, I ada 2 kasut fevret tapi disebabkan jarang kemajlis sosial maka kasut yang 2 pasang tu jarang2 dipakai (sambil mengharapkan kasut2 tu bertahan hingga kehujung nyawa, heheh).

Kot ada sesape nak belikan I kasut atau handbag, perlu ingat (haha), I suka warna hitam aje tapi bab dalaman kecik2 tu, black is a no no! Tak sker rona hitam takut tak perasan kutu beras sembunyik kat situ, errkk ... kena gigit kalu? haaa....

Nak dijadikan cerita ...
Last Dec masa my nephew kawin, I pakai one of the two kasuts harapan. Dah kata emak sedara pengantin maka I was quite busy menyambut tetamu. Dah banyak jenjalan kehulu kehilir, I berkeyakinan kental bahawasanya lelemak dikaki dah terbakar sebab tetiba kasut rasa longgar, tup tup ...

Tup tup tepi kasut dah terkopak!  Hei Salvatore, apasal you tak guna gam gajah masa menampal kasut I? (Salvatore katanya? ngeh3).

Nasib baik my adik angkat ada selipar seret pergi pasar dalam keretanya. Kehulu kehilir dengan selipar seret tu, hilang terus keanggunanku, ahaks.. Nasib baik kat majlis sendiri, taklah malu sangat.

Kejadian kali kedua sama halnya kat majlis kawin juga. Tetiba kasut yang dipakai dah tak mencengkam lagi, menciiiii menciii menciii! So todate ada 2 pasang kasut purba awaiting to be sent to cobler (tapi macam malaslah nak panjangkan hayatnya, beli baru lagi afdal, betul tak?).

Anyway, kemana tumpah kuah kalau tak kenasi, kaan? hehe.. takde kena mengena dengan kuah atau nasi tapi yang bestnya hal yang sama menimpa T bila dia pakai kasut kesayangan yang lama tak dipakainya kemajlis kawin.

Pelik bila tengok T berjalan sopan lagi santun ala orang Jepun berterompah berkimono bagai sambil senyom simpol, rupa2nya her stiletto sudah terkopak big time (nasib baik ada spare kasut ala nyonya dalam kereta, keh3).

So pengajarannya disini, jangan sangka kasut yang jarang dipakai elok tersimpan dalam kotak tak buat onar pada tuannya LAINLAH macam kawan I yang sorang dua tu, kasut kawinnya masih intact w'pun umur perkahwinannya dah berdekad. Cayalah..

OKlah, dah tiba masanya I bercengkarama dengan hasil laut dan hasil tanaman didapur sana. Untuk pembaca budiman, I hidangkan semangkok sup sayur-tauhu-bebola ikan ...



Sila kongsi reramai jangan berebut2. Kalau sedap jangan suruh I masak lagi tapi kalau tak sedap, diam2 ajelah ehh?
.

Thursday 7 March 2013

Bila karen takde ...

Hal takde karen semalam ...
Cuaca diluar tak dinafikan amat panas tapi alhamdulillah somehow dibekalkan juga olehNya tiupan angin yang bukan calang2 punya sepoi. Sejuk sikit tiak gua, haha.. So bila tiak terasa dingin, buku ilmiahlah yang dicari, auwww... (muhasabah kekdahnya).

Tulah cuma kesian kat TB sebab dia tidur dalam keadaan hangat bukan dari pelukan ehem2 tapi hangat dek takde karen. Kes terpaksa tidur sebab minggu nih dia jadi insan nocturnal menoreh waktu malam. Nasib baik karen kembali normal @ 3ptg so berdengung2lah bunyi ekon menjalankan tugas. Sejahtera TB slumbering zzzz...

Dah takde karen maka kedapur tu ala touch n go aje. Panas beb! I kuk bihun goreng berencahkan daging semata2 tanpa sawi sawan. Sayur2an dalam crisper bertaraf papa kedana, yang ada cuma 2-3 lai daun bawang so tu ajelah yang dicampurkan kedalam bihun tu.

Konon nak menyedapkan lagi rasa bihun I lempar sos tiram, campak sos ikan, baling kicap masin dan taburkan lada sulah hitam terus jadinya nyum2 thedap! *pardon my keganasan sebab I perasan jadi sportswoman membaling javelin dan short put masa memasak tu*.

Sebelah malamnya wpun karen dah ada, tetap mengapply kekdah touch n go jugak, harhar.. so I goreng nasi aje dan masak sup bebola ikan + cendawan (saja nak tambat hati TB since dia tak berapa suka nasi goreng tapi dia suka lauk soupy2. Bijak kaan?).

Pagi nih macam takde modal nak makan apa tup2 teringat roti yang dibakar semalam cicah dengan sup cendawan...

texture quite dense
Roti nih lebihan tepung masa D buat pretzel. Serba salah samada nak bakar atau nak simpan dlm freezer but since katanya karen takde selama 10jam, I tak pasti simpan dalam fridge/freezer boleh membantutkan tumbesaran tepung yang ada ibu roti tu so I decided to just bake ajelah..

Tepung yang dah kembang I henyak2 semula dan tu juga sebabnya sebelum ia betul2 kembang mambang I dah nyahkan kedalam oven maka jadilah ia roti yang tak fluffy mirip 'damper', roti tradisional penduduk OZ (fakta ilmiah nih u'olls).

baru perasan ada orang pakai sp*nd*r .. auww tak sopan!
Roti damper tak thethedap mana tapi tetiba jadi thedap bila dimakan panas2 bersama teh panas. Sesiapa yang pernah tengok upacara mencukur bulu kambing biri2 kat Perth sana mesti ingat hal makan damper panas sambil menghirup teh panas dalam cuaca dingin *kenangan circa 1996*

Insyaallah esok akan berangkat ke RD. Dah 3 minggu tak melawat kawasan. Ntah apa jadi agaknya. Dengan cuaca panas mungkin rumput pun dah koluinnalillah. Diharap para serangga dan cucu cicit cicak jagalah peribadi masing2. Kalau tak, siap!

Till then .. assalam to all my regular readers and also to my SRs dengan satu soklan cepumas. Kenapa anda pilih jadi silent readers??
.

Wednesday 6 March 2013

letrik, wm dan pretz ...

2 hari lepas terima memo dari my beloved TNB memberitau penduduk setempat hari nih takde 'karen' sebab pekerja TNB terpaksa 'henti tugas untuk menukar sesalur utama'.

Bagus memang bagus, tukarlah apa yang patut ditukar... takpe kitorang semua tahan berpanas. Panas kat dunia, apalah sangat khaan?

Dengan memo tu sebagai 'warning', basuhan cikSom tip top kekdahnya. Semalam habis 2 load dan pagi nih done with 1 load aje. Dah cuaca panas terik maka basuhan kering dalam beberapa kelip mata aje, hehe I like!

Yang tak berapa like part melipatnya walhal kerja melipat baju adalah kerja rumah amongst the top 3 yang I sker sikit masa dulu selain basuh pinggan dan menyapu dalam rumah. Nyapu luar rumah kerja TB wpun kekadang diambik alih oleh H d'Bangla.

Katanya pukul 9 nanti bekalan letrik takkan dibekalkan dalam tiffin box lagi, har3. Alahai.. camana nih sedangkan hari2 biasa kipas yang bergayut disiling dan stand-alone kipas berpusing 24 jam. Pulak2 tu kipas semua tu baru dibersihkan untuk mendapat optimum result (kalau kipas berhabuk effectnya serupa mengipas diri sendiri guna sekeping kertas..).

Boleh ke tahan berpanas sampai pukul 7 nanti sedangkan I dah janji nak ke 'Abu Dhabi' dating dengan F.Ahmad? heheh..

Maybe ada pembaca setia masih ingat my blabbering about my misbehaved washing machine <> 2 tahun dulu. Well..mesin tu masih misbehaved tapi kita masih guna khidmat baktinya. Tak malu manusia nih ekk? Anyway, tiap kali T gunakannya, dia sure tanya bila nak panggil orang repairkan mesin tu. I kata 'bersyukurlah at least tangan kita tak penat kena perah'.

And I still keep T's sms to let me know how frustrated she was when using the wm, hehe..
24/5/11 "Mi, tadi umi kata yg basuhan ni dah kat mana? Dia bunyi tititit T spin balik tapi dia tititit balik, t betulkn balik, dia tititit balik. Mcmana ni? Orang nak guna laa...".

Orang frust cenggitulah bahasanya. U'olls paham tak? hehe.. Abt 2 wks ago I tunjuk the same sms kat T dan kitorang gelak horhorhorharharhar... *bergegar lelemak Umi T*.

Tidur I semalam tak berapa puas sebab asyik diganggu oleh .... ehem .. diganggu oleh anak abah bukan abahnya, ahaks...

D tengah bersemangat nak cuba masak tu masak nih. 2 hari lepas dia cuba buat lasagna (hasilnya agak mencurigakan tapi bolehlah as it was still edible) ...



... pukul 3 pagi tadi dia sibuk menguli tepung dan nilah hasilnya ...




D ngaku rasa pretzelnya sama macam yang dijual tu... dan terdengar sayup kata2 riaknya dicuping telinga "D dah pandai dari Umi nihhh...hehe..".

Alhamdulillah D dah pandai dari Umi tapi diharap D lebih rajin dari Umi juga .... *statement masih dalam kalbu belum diluahkan lagi*.

Yang nih versi A.Anne's ... (pada pendapat I teksturnya tak sama macam mula2 dijual dulu). What say you?

A.Anne's version .. I suka caramel sos tu..

Almost 9am now .. nak buat breakfast sat. Kalau bekalan air terputus, harus by now I dah siap bersiram  but now only bekalan letrik yang takda maka upacara bersiram hanya akan dilakukan as n when necessary ajelah.

TTFN n HAND! Bunyiknya tatafornow n haveaniceday ..
.

Sunday 3 March 2013

Bila mood KETAM dingin ...

Mood merapu dan membebel tak berapa 'gangnam'
cam nih bagus kuis2 pasir
sembunyik 1-2 purnama hari
muhasabah
cermin diri sendiri
apa yang tak kena agaknya eh?

email add. ..... .CS=crab sedap?
 
no crab masak lemak, sigh...
 
Mak, baby but no Pak 

Till then ...
.