Dah 3.5 hari I berendam air mata. In fact bukan I sorang. T lagilah meraung big time. I tau TB amat sedih tapi dia lokek airmata. D pun cenggitu tapi nampaklah jugak dia genyeh2 mata (sebab airmata dah bergenang).
Dahlah sejak dua menjak hati nih cepat benar rasa sebak tapi perasaan tu masih boleh dikawal hinggalah satu insiden berlaku pada Ahad lepas maka mini tsunami berlaku ..
Ony |
Tiap minggu bila T balik rumah, Onylah yang dicarinya dulu. T ada bahasa dia sendiri bila bercakap dgn Ony. Kami berempat ada cara tersendiri memanjakan Ony almaklum dia dah jadi a part of the family sebab dia satu2nya kucing yang diberi kelonggaran keluar masuk dan tidur dalam rumah.
Sabtu n Ahad tak nampak kelibatnya so petang Ahad sebelum T balik kemarkas dia ajak keliling kampong mencari Ony. Semuanya kerja Allah sebab Dia tunjukkan jalan untuk temui Ony walhal kita tau Ony takkan jalan jauh dari kawasan rumah kita.
Wpun kita berjumpa bangkainya aje (tak sampai ati nak sebut bangkai sebenarnya) namun alhamdulillah kita puas hati sebab dapat kuburkannya dalam kawasan rumah.
T dah dapat premonition tentang Ony. Tu sebab dia beriya2 ajak cari Ony. I bawak kereta slow aje sementara T look-see kiri kanan until kita tiba kesatu tempat tersangat familiar (sebab kat situ ada warong jual lauk pauk yang selalu I 'ziarahi', heheh).
"YaAllah Miiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......yaAllahyaAllah Miiiiiiiii....." gitulah T melolong bila ternampak kucing kuning yang dah terbaring kaku (walhal jaraknya dari kereta agak jauh tapi dia dah macam yakin tu Ony). T melolong dalam kereta (yaAllah kesiannya dia) so terpaksalah I cekitdaut, jadi CSI kejap. I was hoping kucing tu bukan Ony tapi tengok pada ekornya yang serupa ekor raccoon, SAH!
T stop melolong terus drive balik rumah panggil TB dan I tunggu Ony. Soon after dua beranak berkonvoi tiba ketempat kejadian. Dlm pada berduka, suka pulak I tengok dua beranak tu berkonvoi, cam real aje, kih3 *gelak dalam duka nih*.
Selesai Ony ditanam, tangisan dua beranak masih kedengaran. Yes, Ony is only a cat tapi siapa yang pernah lalui pengalaman matinya kucing kesayangan pasti paham. In fact bukan aje paham, maybe baca nih pun boleh buat you senyap2 ngalirkan airmata, heheh..
Hari2 berlalu, I yang lebih terasa sedihnya dan dah jadi macam orang tak betul tetap panggil nama Ony. Bila pandang port2 selesa Ony .. kat kusyen, tangga, carpet, bawah meja, kerusi, atas beg, dalam kuali terpakai, atas ironing board, depan bilik air, depan fridge..... aaah.. semua tempat tu I nampak Ony.
Apa kelebihan Ony? Cukuplah kalau I kata dia paham nama dia Ony aka Mok dan makna tidur. Dia juga paham bila I pelawa dia duduk atas riba setiap kali selepas solat Subuh (sbb waktu Subuh dia lebih manja). I sorang aje berjaya buat dia cenggitu, bangga taw (TB, D & T jeles jer).
Habit Ony semasa minum air.. cecah2 tangan kedalam air pastu baru dijilat tangannya. Dah puas jilat air dari tangan barulah dia minum air cara kucing, jilat2..slurp2.. In fact his antics sangat menambat hati kami waima terkenC kat my fevret sofa dan terbeR kat sebelah mesin basuh.
Kesedihan yang bukan kepalang.... Innalillah ..
Onycayang! |
Dah lama tak tinggalkan TB keseorangan for a long period of time (masa kerja dulu adalah jugak). Terlebih kesian sebab dia kena buat segala2nya sendiri but I know he'll manage. "Kesian you takde kawan bila I kat sana nanti..." refering to ketiadaan Ony yang boleh dijadikan kawan bercakap dan bergaduh tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang ... sob3.
Menurut ustaz yang memberi ceramah/kursus.. (among other things yang perlu dibuat) kita harus buat wasiat. Masa perjalanan balik kerumah D tetiba berwasiat, blablabla... I dengarkan aje pastu dia tanya "Umi?".
"Umi? Umi takde harta tapi wasiat paling utama tentu D tau kan? Umi nak D jaga T baik2 jangan gaduh2 *pause* Umi nak D jadi anak yang soleh *pause lama sket sbb dah semakin sebak nak sebut yg ke-3* .. Jangan larang kalau Abah nak kawin lagi (perasan D genyeh2 mata) *pause* Barang2 untuk perempuan termasuk pots n pans berilah pada T" tapi D menyampuk "kalau pots n pans D nak jugaaa...." *almaklum dia kan dah skerrr memasak, khaan??*. Bertuah punya anak.
MasyaAllah dah pukul 10... banyak kerja yang menunggu sebenarnya nih.
Akhir kata, I ingin ambil kesempatan memohon MAAF pada semua rakan blogger yang biasa kesini. Mana tau dalam pada gurau senda menjawab dan memberi komen, terselit kata2 yang menyentuh qalbu.
Mohon doakan kami berempat selamat dalam perjalanan pergi dan balik; dan juga dipermudahkan urusan kami selama berada disana....."terima kasih".
Hingga jumpa lagi, Assalamualaikum ...
.