Showing posts with label Tagged/Awards. Show all posts
Showing posts with label Tagged/Awards. Show all posts

Thursday, 19 May 2011

OLB award ...

Mekasih pada DLL yang berada di UK Heights kerana sudi menghulurkan OLB award pada blog Al-kisah. Sebagai editor-in-chiefnya, tentulah I rasa kembang lebih dari semangkok.

Ucapan ikhlas dari penganjur berbunyi "jangan ada benci pada potpans, hehehehe " dan "diorang rock tapi lovely. Ko boleh imagine?".

Mengulas ucapan penganjur:
Sesungguhnya takde kebencian dihati pada pots n pans lebih2 lagi I dah plan nak usha TB (bukan Tea-Bag) belikan iPot n IPan sempena my besday yang bakal muncul tak lama lagi. I suppose iPod/iPad takde beza dengan iPot n iPan, kaaan?? :-)

Anyway part 'rock tapi lovely' tu, takyahlah dielaborate nescaya terlebih elaborate nanti terus jadi tak rock n lovely. Siapa yang rugi? I jugaaaak kang..


Masa dapat award yang sama dari Aida n Mira dulu, I tak buat soalan '7 perkara berkenaan diri anda'. Masanya dah tiba untuk membongkar rohsia diri, kekdahnya ... harrr3 <- bukan gelak tapi bunyi guruh!

1. tak suka kuah, nasi atau apa2 terkeluar dari pinggan/mangkok semasa makan
2. suka lipat baju tapi tak suka lipat baju. Sila konfiuskan diri masing2.
3. suka golek2 atas lantai
4. sebut 'dessert' aje dah mula nak pengsan
5. tak suka habuk tapi habuk tetap datang kepangkuan. Menciiii...
6. susah hati/risau tahap maksima
7. sedih bila hari mendung
8. am very approachable but blame it on the weather jika ada kemungkaran
9. ehhhh.. naik syok pulak. Cukuplah dah beri 1 bonus tu, kaan?
.

Sunday, 17 April 2011

A for awards ...

Mira & Aida, thanks a lot ladies for the awards and sorry for the late acknowledgement. Nasib baik tak kena jalan atas red carpet, naik stage or kena attend press conference. Masalah besar untuk orang pemalu macam I nih, heheh..



Aida, I hangkut the above awards from Mira's blog as I could not copy/paste from your blog.

Nota: Kepada Cik Som yang sokmo kabo koi kunci gamba koi.. kali ni koi tak da kunci ye?


Lihatlah donia sesungguhnya daku dipihak yang benar ..... *sambil mengesat airmata tapi bulmat palsu plak yang tercabut..." *sigh*

Aida & Mira, terima kasih sekali lagi sebab sudi hulur anugerah tersebut pada CikSom.



Latest update 26/4/2011.


Thanks so much Aida as I was able to copy/paste the following awards from your gerobok kaca today. Clap3 ...

Am yet to list down the 7 things about me (yang menjadi rahsia alam, hehe). Harus ku tulis ke Aida? (buat2 tanya kot you kesian lantas kata "takyah CikSom.., cian you").

Sunday, 13 February 2011

Senyum kambing ...

Apa citer pepagi lagi dah tampal gamba cik Bing Crosby? Satu persamaan ketara buat masa nih, kitorang memang belum mandi, mbekk.. I dono about cik Bing but for me jap aagi I mandi aaar.. How can I not bathe when I have a lunch date with the Kelantan 'loyal' family, kaan?

Anyway senyuman cik Bing mesti ada sebabnya. Bayangkan I kat tempat dia sekarang. I also have a reason to smile semanis kambing kurma. Nak tau nape? errk.. malu plak nak bitau, hehe..

Nilah sebab musababnya I jadi kambing tak karuan, ehem.



Dapat penghargaan dari Rima the Queen of Desserts! Very unsangkarable but all the same thank you so much *sambil sorok2 muka belakang TB. Nak lompat kijang kang runtuh plak Alkisah*

Note: Rima, I couldn't copy/paste from your blog but somehow I managed to bring home the award, tssk.. (hasil gate crash blog orang)

Who and what are my favourite blog/bloggers? Suffice to say, you know who you are (based on my numerous comments/visits tak kira pagi, petang, malam or subuh sepi).

Last but not least ... DIHARAP TAKDE SIAPA TUTUP MATA OR TEKAN X LAGI, heheh. Senyomlaa sket ...

OK then, time to mandi bunga untuk menaikkan aura, auwww.. (bbpj = baca boleh percaya jangan).
.

Wednesday, 26 January 2011

A.C.A. ... apakah?

Macam tak percaya dapat Awesome Chef Award dari Aida. Gemuruh juga bila naik stage ambik award tu tadi. Ramai giler chef2 luar negara yang datang memeriahkan majlis.

Awesome Chef Award diberi nama.. Best bunyinya tapi penerimanya tak berapa rasa dirinya awesome, tapi dah keputusan hakim muktamad *sambil cuit2 tepi hidung*, I terima dengan ucapan terima kasih daun keladi ... (malu nak sambong pantun tu).

Sekali sekala kalau dengar komen dari T or D tentang masakan I, tentu ada yang hantar memo bantahan secara besar2an pada tuan hakim atau siap buat sepanduk "CS tak layak!", tapi dah kata tadi keputusan hakim adalah muktamad, kan? heheh.. maka sila beri tepukan gemuruh pada saya.

(Aida, nasib baik soklan ciput2 aje, bolehlah I taip tak guna fungsi 'copy paste', and since you dah padlock ruang blog I takleh copy apa2, tetiba datang idea vijaksana-sini camana nak copy award kesini.., hehe).


1. Apakah masakan pertama yang anda masak dan bilakah anda mula memasak?
Masak sambal tumis udang guna kuali mainan paling cenonet dalam dunia. Kiranya boleh masuk carta terpegun Msian Book of World Records. Masa tu sekolah rendah lagi. Ndja, Nora (jiran) n I curi2 masak tanpa pengetahuan Mak n Chik. Bukan aje curi2 masak, bahan yang dimasak pun hasil curian dari esbok Mak, har3. Bila rahsia kita terbongkar, that's it! Mak/Chik tak restu kitorang main masak2 cam tu sebab takut baju gown kitorang terbakar sama. Kalau kita cacat, mesti takde jejaka tampan yang ingin atau sudi ajak kita naik pelamin sesama. Whoaa.. sungguh jauh visi diorang ek? Hebatlah ..

Minat memasak (apa juga) memang terpahat di jiwa, cewah! Masa muda remaja dah cuba buat roti French Twist (keras berdegar), jem nenas (hancuss), biskut (disaster) dan mcm2 lagi kenangan pahit manis yang dilalui termasuk perli dari abang2. Pakat masak bihun goreng Spore dgn Ndja.. macam tak cukup minyak so kita tuang dan tuang dan tuang ... *pap* tepuk dahi.

2. Siapa yang menggalakkan anda masak
Siapa?? Macam takde siapa aje tapi mula masak for survival. Dah duk jauh dari amma appa, maka pandai2lah nak hidup. Fevret menu tentulah nasi gor (tapi kira oklah juga sebab tanak nasi cara era bawang putih bawang merah cuma I guna hot plate tak guna kayu, hehe). Mak memang tak harapkan adik beradik memasak sebab Mak ada Tok/Chik as her Wonderpets. Kerja2 ringan jer kitorang buat .. buang akar taugeh, buang kepala bilis, siang sayur, goreng bawang merah taraf hotel 5 bintang dan kopek kulit bawang (tu pun Bak always check cara kita pegang pisau..).

3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda
Macam2 masakan, hic! tersedu plak. Dari 3 ahli keluarga yang berlainan selera, maka nak sebut satu persatu masakan kegemaran terasa rumitlah pulak (sebab?? setiap kali masak benda yang sama, rasanya tak selalu sama, haru kan? hehe). Tapi tersangat hepi kalau dapat masak nasi yang ada 1 lauk dgn himpunan manikam didalamnya.

4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung keblog
I pasti semua blogger pempuan yang sudi berkunjung ke Al-kisah memang terror memasak termasuklah jejaka Malaya terakhir itew (dia mesti tau siapa yang I maksudkan), tapi biarlah dulu ehh? Kita berhenti kat nombor 3 aje.

Wednesday, 8 September 2010

29 Ramadhan ... kutip kad raya

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
.
Terima kasih diucapkan kepada ...

Hjh Rahmah

Cik Ja

Dr Inahar

KakCik

Aida @ PatinPasta

Terima kasih (sekali lagi) Cik Ja
.
Terima kasih juga kepada semua kenalan yang mengirim ucapan hari raya menerusi sms dan kad ucap virtual di FB.

Sunday, 5 September 2010

26 Ramadhan ... dugaan buat tag

Nak dekat raya nih, selain mohon maaf atas kesilapan yang terrrbuat, perlu juga mohon maaf pada Mami n AzieAzah sebab tak buat tag yang diberi dulu kala. Ekceli I dah buat, nanti I re-check, eh eh? (tak sure disimpan dalam 'draft' blog atau file dalam folder. Kalau kat folder it would mean gone caselah sebab that laptop baru aje kurap-ted). Sowii, panjang plak mukadimahnya...

Okay tolong beri laluan ... tq, tq. Tiba masanya untuk menjawab tag dari Aida n AB Abadi ... jeng3!

1) Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
Nak lari dari rumah bawa diri kesatu tempat yang ada khidmat yacht percuma. Repeat: percuma. I nak berlibur windsurfing sensorang ditemani oleh ikan lumba2 .. (dan jerung rongak).

2) Apakah nama samaran anda?
Somuffins (wpun I lebih gemar dengan cupcakes)

3) Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
Alaaa.. 3 jer ke? Camana nak pilih? Suami, anak lelaki dan 2 anak pempuan kembar *tunduk pandang kelantai, tak berani pandang kedepan takut orang dapat 'tangkap' I tidak berkata benar menerusi jendela mata).

4) Panggilan untuk si dia?
Bukan 'yang, bi atau anjer' (tak menjawab soalan kekdahnya nih).

5) Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
Hadiah yang diimpikan .. hmmm ... nak duit belanja yang tidak bertepi ..

6) Blog mana yg anda selalu lawat?
Satu donia I rayap tapi preference pada yang tersinarai dalam bloglist tuuu...

7) TAG kan kepada 15 blogger...
15? Alamak.. baru tulis rayap satu donia, takkan takde 15 ek?? Well.. since all the bloggers are busy mengemas rumah, buat kueh, dan serba busy dengan 1001 macam hal, maka dengan penuh perihatin ... uhuk uhuk ... semua diminta buat tag selepas balik raya. Tak kira raya tahun bila. Fair kan?? heheh.

Monday, 15 March 2010

Inahar, tq tq tq

Dear Inahar

terima kasih

thank you

toce

nandre

kamsahamnida




muah!!

*

Wednesday, 10 March 2010

No. 8 and 8 and 8 ...

Dear Mami, it's a pleasure to have received the tag from you. I apologise for the delay. Jangan serik k?
.
1. Go to your photo files… select the 8th photo folder
2. Select the 8th photo in that folder
3. Post that photo along with the story behind it
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same
.
Gambar dibawah nih I cekup dari Google dan difile dalam folder 'ducks'. Ada 28 gambar itik semuanya.
.
.
Why am I obsessed with ducks? Al-kisah ...
.
My sister Ndja and I selalulah ikut my Mak ke pasar basah di JB. Masa nih jangan mimpi bersyoping ke supermarket sebab satu2nya supermarket yang ada kat JB ketika tu semacam dikhaskan untuk orang asing terutamanya mat saleh yang bekerja diWoodlands. Some of the mat saleh tu ada yang berjiran dengan I.
.
Tiap kali van Cold Storage hantar barang2 yang dipesan oleh jiran omputih, I berempat beradik semacam jeles aje. Maybe tak jeles cuma sikit iri hati aje sebab kitorang tau Cold Storage tu ada jual sponge kek tersedap didunia dari jenama Birds Eye. Kek tu serupa Victoria Sandwich Cake. Kan ke sedap tu? (masa nih kita masih belum berani masuk CS tu sebab duit belum cukup dikumpul untuk beli sponge kek. Harga sebiji kek kurang $5).
.
Ehhh.. I ni sepatutnya cerita pasal foto no. 8 tu, kan? hehehee .. melalut! Where was I? OK, dah ingat dah, hehe. Mak selalunya beli ayam dari kedai PakSheikh. This would be the last place in the world I would bercita2 to go. Selalunya bila Mak masuk area terlarang memilih ayam, Ndja n I akan berdiri jauh dari 'reban' supaya kita boleh tarik nafas dengan selesa. W'pun tak suka pergi kat tempat tu, hati kami dah terpaut dengan kecomelan anak ayam dan anak itik.
.
Mak perkenankan hajat murni kita, heheh. Mak bayar $1.60 untuk 4 ekor anak2 itik yang sangat comel serta gebu (rasa macam nak penyek2kan aje, har3 sadis!). 4 beradik dapat sekor sorang anak itik tapi yang paling rajin beri itik makan sawi, yang rajin sediakan sebesen air untuk itik berenang dan yang rajin bergurau senda dengan anak2 itik ialah ............ (alahai, seganlah pulak nak bubuh nama orang tu kat dot2 tu).
.
Nama itik I Didik tapi yang tiga lagi memang nameless. Bila Didik meningkat dewasa, I dah tak pegang dia lagi sebab I dah mula geli. Siang hari, Didik berempat ekor dilepaskan roaming about dan pada malam hari Didik tidur dalam 'rumah' yang dibuat khas oleh my sepupu yang diimport khas dari seberang.
.
Malang tak berbau, Didik kena langgar oleh prebet sapu. I menangis sebaldi! Hari tu juga I koyakkan sekeping kertas dari buku latihan sekolah untuk I luahkan rasa pilu, geram dan sedih didada. Kertas tu I tampal kat dinding almari kat dapur ala bulletin board. Semua orang baca termasuklah Bak. Ehh Bak I tu, kita tengah bersedih, dia boleh ketawa kikikikkkkk pulak. Menerusi Mak barulah I tau kenapa Bak terkikikikkk...
.
Sejak kejadian tu, minat I pada itik terus membara. Suka sangat tengok itik berenang, rasa tenang aje. Suka tengok anak2 itik ekori ibunya tak kira diair atau didarat. Suka tengok itik mandi manda celup2 kepala dalam air. Lama kelamaan I dah berminat pulak dengan figurine itik. My first set of 5 was given by a friend's friend from seberang. Banyak juga yang I kumpul tapi kebanyakkannya orang hadiahkan. Sekarang nih I dah mula simpan some of the figurines dalam store. Takut juga malaikat tak masuk rumah I nanti.
.
Masa ada kesempatan melawat tempat orang nun jauh disana, I ralit bila pandang kolam/sungai yang dipenuhi itik berbagai jenis. Puas puas puas!!
.
Nak gak tunjuk my masterpiece dari lakaran 'free hand' (foto no. 25 dalam file 'ducks').
.
.
Mami, you tag I mintak I bercerita kan kan kan? Haaa, kan dah???
.
Last but not least, misi no. 4 perlu disetelkan juga so I berbesar hati ingin TAG :
1. Akak.. 2. Ja.. 3. Lili Heta.. 4. Eleena.. 5. Rima.. 6. Anne.. 7. Naz.. 8. Shidah

Friday, 29 January 2010

Macam betul aje ...

.
.
.

a Snapdragon


"Mischief is your middle name but your first is friend. You are quite the prankster that love to make other people laugh."


Al-kisah ...

Pada suatu hari sedang si Chomel bermain dicelah2 pokok bunga kertas aka bouganvilla yang gila merimbun tu, tiba2 dia menjerit ....

(aisayman ... kibod dah takde dakwatlaah...) *sigh*

Tuesday, 26 January 2010

Saya berperisa ...

Kalau tak kerana usus besar wat hal, maka tak ler I bersiram awal. Terlanjur dah bersiram tu, I kuatkan semangat terus bersiap sekadar molek pada pandangan sendiwi. Nak dress to kill pun tak guna sebab I tau Kanda Deris tak lalu jajahan sebelah sini pada hari Selasa ;-)

Yess! missions accomplished except no. 4
1. buang ceq dalam mesin-telan-ceq
2. isi minyak kereta
3. JJCM (for D n me)
4. Masak lunch for TB


2-3 hari lepas I buat quiz 'what's your flavor'. I buat dengan gigih, adil lagi saksama maka kesimpulannya ... I berperisa TEH or rather TEA.

I am a subtle flavour (as in selamba derk), quiet and polite (sambil kelip2 mata), gentle (auww), almost ambient (tssk..x faham). My presence in crowds will often go unnoticed (yeah right but I like). Best not to spill me on your clothes though, I can leave a nasty stain (hoho.. garangs).

"If you were not Tea you would be Vanilla". Pulak daah.. and so I pun doowanmortaim ...
.

I am one of the most popular flavours in the world (mandai jer claim cam tu). Subtle and smooth (kind of), I go reasonably well with anyone (hope so), and rarely do anything to offend (... unless). I can be expected to be blending in society (is there better choice?).

Salam and have a nice day.

Tuesday, 29 September 2009

Musim raya pun kena tagged...?

Shira .. halalkan I pinjam dari blog you..
.
Your hair color: Masa I kecik2 dulu, Mak I used to say rambut I warna "perang" (bukan perang = war, ok?); but now? 'tau xper'.
Do you kiss on the first date: No
Worst fear: Pain
Your weakness: sympathise for a wrong reason
Best gift you have received: Unexpected durian runtuh
Best compliment someone gave you: "Toughest with strong principles and daring in the right way". Fuh! I terus tergolek2 taw.
.
Best thing to ever happen to you: Everytime Allah fulfils my doa
Favorite perfume: Used to be Estee Lauder, sporty one
Favorite sports team: None
Favorite drink: Prefer cold
Favorite getaway: Singapore will do (takot lelama dlm plane).
.
Favorite past-time: Reading and 'berkarya'
Favorite reality show: nothing in particular
Favorite clothes: t-shirt/pants (indoor); blouses/pants (outdoor)
Favorite restaurant: Nice ambience + aircond (wajib)
Favorite movies: Happy ending while the evil ones get pembalasan setimpal. Dush!!
.
Favorite TV show character: Fran
Favorite subject in school: English
Favorite day of the week: Last day of the 4th week (gaji time)
Favorite childhood memory: Berkaki ayam kejar mamak jual mee n sambal sotong kering pada waktu malam along kubur Jln Mahmodiah..
.
Favorite Actor: 6-7 of the local ones.
Favorite Actress: same as above. I'm a great fan of Malay dramas. Support Msian products
Love or money: Money generates love and vice-versa
Chocolate or Vanilla: Vanilla
Pizza or Burger: Pizza
Kisses or hugs: Hugs
.
Passive or aggressive: Depends on situation
Morning or Evening: Morning
Summer or Winter: Summer
Ever won a sports medal: Never
Ever been out of your country: Yes
.
Ever bungee jumped: Thank you very much
Ever swam in the ocean: Yes, at the Lido Beach, hehe
Ever been in love: Bencilah soklan nih ..
Ever broken someone's heart: Dont think so
Ever lied to your parents: Itsy bitsy teeny weeny white ones
.
Ever puked at a party: Never
Ever danced all night long: Never
Ever been fined by a traffic cop: Once and I tak halalkan, ok?
Ever been to a drive-in-movie: Never
Ever lied to teachers in school: Once twice thrice ...
.
Ever dyed your hair: Yes, tapikan.. tapii..
Had your heart broken: No
Broke a bone: Never cos I'm a gud gal
Any tattoos: No
Done anything you regret: Yes
.
Your dream vacation: Anywhere dingin just the 4 of us
Do you hate anyone: No but I think I should, hmmm...
Hip-hop or Rock: slow rock soothing to the eardrum .. anytime
Country you'd love to visit: Belgium to find a long lost family friend
Craziest thing you've done: YM from 11pm to 5am.
.
Your craziest dream in life: to migrate (it's a dream afterall)
Do you swear a lot: Never .. tsskk.. tsskk..
Your best buddy these days: Mrs Z
Are you a health freak: It fluctuates
Vehicle you drive: J-gua but not Jaguar
.
ADUH LETIHNYA .. SHAHIRAH, YOU KENA KASI I DUIT RAYA 3 DIGITS TAW. I DAH SEMPUT N TERCUNGAP2 NI HAA... HELPP!! I KESIAN NAK TAG KAWAN2 COS THIS IS HARD WORK.

Friday, 21 August 2009

Ucapan Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan
*
Maaf zahir dan batin
*
*
Amy, thank you for the wish.
I dah terbayang2 you punya 3 tingkat sambal belacan
telur masin
etc etc etc

Award Merak Kayangan


Beberapa hari ni terasa melambong2 aje seolah2 naik roller coaster. Leena, thank you very much for the award and those nice words. Gua tersipu2 gaya sekor kucing dipelawa ikan kembung rebus, auww..
.
Leena, sorang lagi kawan siber. Betul2 jumpa face-to-face masa I pulang kegagang akhir tahun 2006, kalau tak silap. Lepas 14 tahun tak balik Johor akhirnya terlaksana juga hasrat dihati. Fuh! dah naik feeling nostalgia dah nih.
.
Sementelah dah tiba JB, hasrat nak berjumpa kawan2 siber membuak2 pulak. Selain Leena, sempat juga jumpa NN, Nours, Sue dan dZa yang bermurah hati limpa dan jantong menjamu kitorang mee rebus (dengan tetel2nya sekali, besshh).
.
Dan Leena, dalam banyak2 makanan you boleh bawa Arisa untuk I. Waaah.... hepinya I tak terkira walaupun I kontrol anggun jer masa tu. And lately very unsangkarable, I seronok bila tau you pun tau MEE KEJU .. Orang lain tak panggil mee keju, kita2 jer taw.
.
Semoga kita masih berkawan sampai bebila tapi ingatlah pesanan I nih "semangkok besar mee keju OK gaaak", hiiiihiiiiheeeee.

Tuesday, 18 August 2009

Award Merak Kayangan ...

Thank you very much Cik Lina for the Best Buddies Award. You all jangan plak sangka siku I tetiba jadi buruk ok? Sumpah tak buruk. Ehh.. buruk siku dan siku buruk got different meaning meh? Heheh ..

Nak rewind tape kejap 'kkkrrrrttttt krrrrrat'! Cik Lina ni kawan yang I rangkul <- haha, ganaz! - dari alam siber. 1st time jumpa kat 'pesta muda mudi' 3 tahun lepas (jaap, I nak senyom jap). OK sambong ...

Cik Lina datang dengan sorang lagi kawan alam siber yang satu donia tidak kenali dia sebagai Mr Macho. Pada malam yang sama, kitorang jumpa 2-3 lagi kawan siber yang lain. Ada sorang tu ntah kenapa, sembunyik kat celah2 pokok. Pemalulah tu..

Yang BESTnya bila fers taim jumpa kawan2 siber nih ialah perasaan kita.. Dalam pada 'eh betul ke aku nih?', rasa teruja dan excited <- saja nak emphasis perasaan, rasa seronok tak terhingga, rasa sangat sangat sangat best SAH terserlah. I think kalau I tanya 1000 orang yang pernah lalui pengalaman yang sama, mesti 1001 jawab "macam dah kenal lama".

Awat dari 1000 boleh jadi 1001 Cik Som oiii? Janganlaa you.. mentang2lah I pernah kata I failed my maths miserably, jangan ragui I k? .. tapi cuba you all teliti betul2, pikir elok2 - it does make sense you know. Selamat mencuba!

Takleh citer banyak2, ditakuti dada laptop tak tertampong dengan rentetan 'majlis muda mudi' bila Cik Som mula membabble..

Oh ya Cik Lina, semalam you tanya apa bezanya cupcakes n muffins which Azieda dah tolong jawabkan. My pahaman macam nih .. cara buat cupcakes serupa buat kek biasa ie guna creaming method while muffins tak perlu cara tu. Texture cupcakes serupa kek = ringan tapi muffins quite dense.

Just for info .. I tampalkan faktanya untuk semua pembaca (juga untuk anak cucu cicit I)

There might be some technical differences that a cook could tell us about, but from the consumer's point of view, the difference seems to be that a cupcake really is like a miniature cake: light in weight, sweet, and often covered with icing and decorations. It tends to be not too tall because it's texture isn't strong enough to allow for a very tall structure. It's always made with white flour as far as I know.

A muffin is significantly heavier in texture and also in weight; with its cohesiveness, it can contain fruit, nuts or chocolate chips, which are not common in cupcakes. It is never iced and need not be particularly sweet. It can be made with ingredients as heavy as bran, and can be rather tall and have a large overhanging rim that doesn't threaten to fall off. (The cupcake also has a rim, but it is rather delicate and not too large.)

If you threw a cupcake against the wall, you would hear something of a "poof!" If you threw a muffin, you would hear a "thud!"

A muffin goes with coffee, a cupcake with tea. (That's a rather controversial statement). Fast food joints deal in muffins, especially in North America, but I have never seen one that sold a cupcake.

Well... Mr North America, it's about time you sell CUPCAKES cos CikSom sukacupcakes.., ok?

Friday, 14 August 2009

Award Merak Kayangan & Tag ...

(Initially) I thought I terover perasan meragut sesuka hati award '4 budak belenggeng' nih masa jenjalan kat blog2 jiran pagi tadi tapi sebenarnya memang I tak terover perasan pun. Nasib baik I cepat sedar, TAG dari cikSom Jr comes together with an award (malu kalau silap ambik dan tak bestlah nanti cikSom ingat I tak sudi plak, kan?). Maaf, I tersesat kat TUAlite zone tadi ..
.
Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini :
Walaupun tak kenal cikSom (bukan nama sebenar) secara peribadi, dek kerana nama dah serupa cun (same as mine), maka cikSom Sr (nama sebenar) secara senyap sunyi n sepi telah membuka kaunter CSI <- cikSom Investigation.

Dibawah adalah hasil siasatan mengenai cikSom Jr :
1. Pandai masak gulai asam pedas versi Johor dan Melaka
2. Haa... tak berapa nak suka lipat baju (kan?)
3. Cerewet bila basuh pinggan (kan? kan?)
4. Her idol is 'Clark Kent' (heheh)
5. Her soulmate is a Cancerian (ehem... kena bitau)
6. Cakap direct takde belok2, takde konar2, takde selekoh2 TAPI you suka ikan selekoh x?

Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri :

1. Kumpul tea towels/fridge magnets n boomerangs. In love with panda bear, Moby Dick, squirrels, ducks and cats. Used to collect ducks figurines but now dah tobat tak beli lagi. Why ducks? sebab ada kisah memori cinta luka... fuh, dasyat! Geli tikus, hamster, ulat n cicak.
.
2. Suka desserts. Tengok resipi aje can go bonkers! I suka baking n cooking (tapi lebih suka kalau orang lain yang preparekan bahan2, kerja I menumis aje. Boleh kah?). Suka anything to do with pisang asalkan sedap.
.
3. Suka kopek kulit udang, masak dan makan udang. Suka sambal sotong kembang.
.
4. Suka duduk rumah .. suka suka dan sangat suka. Suka keadaan tenang dan sunyi.
.
5. Takut makan ubat. Zaman budak2, Panadol tu I karate jadi 4, pastu kerat 2; but now dah boleh telan sebijik dengan syarat mesti telan dengan air manis2 buah. Nehi to air kothong nan tawar nanti munt** .
.
6. Cantas kepala ikan samada wholly atau sekerat, biar ngam2 aje masuk dalam kuali comel hitamku tapi suka pulak kari kepala ikan.
.
7. Tak suka terima bunga2an, cukuplah tengok dari jauh aje. Suka jam tangan dan handbag tapi takat suka ajelah. Yet to buy a nice, simple but durable leather handbag tapi malas betul nak keluar cari yang berkenan dihati.
.
8. Cerewet bila basuh/sidai/lipat/gosok baju dan bila basuh pinggan etc. Terlalu cerewet kadang2 tak buat langsung, hahaha..
.
9. 2nd youngest from 10 siblings. Pls don't blame me if I terlebih ngader, manja tak sedar diri, kaki merajuk dan tak berapa 'senta'. Bukan I pinta, juga bukan salah ibu mengandung.

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:
Untuk sahabat2 maya yang sudi membaca my coretan dan bekalkan kata2 semangat (cewah), sudilah terima dan gantung award ni dgn ucapan "terima kasih dan kenang daku dalam doamu". You all terima award aje takyah buat TAG.

Soalan seterusnya:
1. Nama timangan anda? Diantara Chomelz n Chomotz.
2. Anda Seorang Yang? Macam2 ada .. 8 musim!
3. Insan Yang Teristimewa? Nape I susah nak jawab soalan nih?
4. Lagu Kesukaan? Umi, Mama & Anak (versi Melayu sebab liriknya M.Nasir yang tulis. M.Nasir ni Cancerian .. hahaha taksubnya I).
5. Makanan Kesukaan Anda? Segala jenis mee, lontong kering (baruu tau menda nih sedap). Pendek kata, bak sini semua yang sedap2 melainkan tapai.
6. Sikap Yang Membuat Anda Stress? Tak peka.
7. Warna Kesukaan Anda? Warna2 lembut yang mengancam.
8. Benda2 yang mesti ada dalam beg? lipstik, poda kompek, $$$, mykad, pen, driving license, kunci, hp (kira sengal jugalah bahu nih).
9. Kali terakhir anda menangis? Lately, tiap hari ... tak kira sebab, setitik dua pun jadi.
.
At last, habis juga I kerjakan Tag nih .. Thanks cikSom Jr.. had fun doing it .. tssk..tssk..

Wednesday, 12 August 2009

Award Merak Kayangan ...

Dina, thanks for the award
Cool macam timun Jepun ke?

Award Merak Kayangan

3E and Inahar, thank you for these awards ...
*

AIYEMSORI! Tersilap ragut award '4 beradek berlenggeng' nih... kahkahkah .. (apalah yang I angan2kan, kan Ja kan?). But wate-da-menet, takkan I nak ragut sesuka ati, kan?

6.30am - Pepagi lagi D bermurah hati belikan I k.f.c. breakfast set. I thought burger ayam rupa2nya ada telur n kentang aje. I tanya D "Saper suruh beli kopi nih?". D kata "breakfast set ada kopi". Ohhh, gitu ehh? Heheh.. jakun!

Camana orang boleh minum neskopi yang hitam pekat cam tu? Berkarat rasa tekak tapi CikMaya the Duta kata minumlah bebanyak sebab ia ada antioksidan boleh nyah toksik dari badan. Untuk CikMaya maybe orite sebab kopi pekat yang dia minum dah didilutekan dek air laut; almaklum bukankah dia ikan duyung? haha..

8.30am - Had another breakfast at Rest.Ubi.Kayu to celebrate Z's birthday. I belanja breakfast aje takde hadiah tapi tetiba I pulak yang dapat belated b'day gift, a maroon pouch-like bag. Alhamdulillah rezeki.

Lepas makan kita melawat Jaiyen beli barang2 keperluan <- baik aje bunyinya 'beli barang2 keperluan'. On the way back, we all singgah rumah Hjh P sebab I ada belikan dia pengat pisang. Bercerita cam nak rak maklum dah sebulan tak jumpa since majlis cukur jambul cucu dia. Bestlah bila tau ada orang Melayu buat biznez jual daging n steaks bagai. Mintak2lah berjaya.

Lepas ni nak buat TAG Cik Som Jr beri.
Soalan susah2 belaka, nampak gaya ...
terpaksa 'kopipes' jawapan

Saturday, 4 July 2009

Tag tag tag ...

Tag datangnya dari 3E. Maaf terlambat 'pass up'.

1. Nama-nama timangan anda? Ada 2, satu tatkala baby bila kena timang dan satu lagi digunakan sampai sekarang oleh famili, kawan2 sekolah dan kawan2 ofis. Apakah nama itu? heheh.. rahsia.

2. Anda seorang yang?? Pendiam & pemalu (sungguh!), romantik dalam hati, pencetus idea, penamat masalah, penyedih, pemberi muka, pencinta keadilan, pemaaf dan cerewet (cukuplah 10, nak lagi?).

3. Insan yang teristimewa?? Takde yang teristimewa tapi ramai yang I sayang, sangat sayang dan juga ambil kisah hal mereka.

4. Lagu kesukaan anda?? Berlambak2 esp songs of yesteryear > Norwegian Wood, Fools on the hill, Strawberry Fields, Michelle & Yesterday. Lagu Melayu.. Umi (Datuk Shake) dan Mama (Sh. Aini). Diorang dari JB.. geng sekampung, kekdahnya.

5. Makanan kesukaan anda?? Segalanya dari PISANG tapi mesti sedap. Actually I makan segala yang sedap kecuali tapai. Tapai tak sedap! Terlebih teruja pada dessert. Tengok perkataannya aje, I boleh ?*!??!*.

6. Warna kesukaan anda?? Cerah/pastel dan apa2 warna yang mampu menaikkan seri wajah dan aura puteri kerathon (hahaha...).


7. Sikap yg membuatkan anda Stress?? (a) tak dengar nasihat (b) malas (c) tak bekerjasama eg ambil baju berlipat tak ikut Akta Lady of Leisure V1.2.

8. 3 benda yang mesti ada dalam beg anda?? $$$$ (lagi berkepol2 lagi bagus), cermin mata membaca dan MyKad (lipstik lebih penting sebenarnya).

9. Kali terakhir anda menangis dan mengapa?? Jumaat lepas bila tengok NurKasih. Nangis 6-in-1 sekali gus (jimat airmata). Menangis sebab sedih, terharu, sebak, geram, ralat dan bersyukur (ngam2 6 sebab).

10. TAG 6 Rakan anda Hmmph...(berfikir sambil gentel bucu bantal).

Monday, 22 June 2009

TAG ...

Lepas dengar lagu Omm Pah Pah dari rumah KakJa, macam ternaik sikit semangat nak habiskan 'thesis' ni untuk Shahirah (dak cun yang manis tuu..).

1) Anda rasa anda HOT? HOT yang bermaksud hot, sexy n d'bomb kan? Hahaha... kelakar, kelakar. Memang tak hot dan tak pernah hot pun tapi I bersyukur tidak dilahirkan hot dalam ertikata sebenar. Tapikaan, masa I kerja dulu ada sorang jejaka terlajak ni komen "u ni masa muda mesti cantik kan?", hahaha.. konghaja aje dia cakap cenggitu walhal masa tu I baru jer sweet 35 (sumpah sweet!). My friend tu memang kaki lawak pun tapi I tetap jawab dengan muka selamba ala serius "tak payah muda, sekarang pun I cantik aperrr". Sekian.

2) Upload photo kegemaran anda: Ya ampun.. photo terpaksa disitar :-)

3) Mengapa anda suka photo ini?

N/A

4) Bila kali terakhir anda makan Pizza Soalan nih tak mencabarlaah. Tanyalah "anda pandai makan tapi pandai buat pizza tak? Nyatakan 6 bahan2 utama", atau "cheese atas pizza tu halal tak? Namakan 4 jenis cheese yang anda tahu" .. Gitulah serba sikit soalan mencabar :-) Anyway, jawapan pada soalan ialah 3/6/09.

5) Lagu terakhir yang anda dengar Omm Pah Pah dari blog KakJa. Dia ni 'omputih' NuJilen mari .. HOT jugak.

6) Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa? Selain nama sendiri yang femes tu ka? (har3), I suka nama Fatin (Fatin Hamamah nama my friend masa sekolah ugama dulu). Fatin Hamamah nama wife Omar Shariff, aktor Arab yang made it big dalam filim2 Holiwud dulu kala. Fatin bermula dengan F, tapi cuba tukarkan ke D .. auwww.. tak semena2 jadilah .. hehe (malu nak sebut).

7) Tag lagi 6 orang Alamak, ni yang berat nih tapi takpelah I tulis aje nama2 glemer diorang 1.Dentist and Me (no. 2 tak dikenal pasti) 3. Mrs CW 4. Mr CW 5. Kak Ja 6. Azieda

8) Siapa no SATU bagi anda? Beliaulah yang potpet-potpet suh kitorang membelog <-- ni ayat keji. Ayat hemah --> beliaulah pencetus idea supaya kami jadi blogger tegar (baru 2-3 hari paham maksud tegar, heheh).

9) Orang no TIGA ada hubungan dengan siapa? Mestilah dengan no. 4 tu, ehem.

10) Kata sesuatu berkenaan orang no. LIMA Baru jer kenal tapi rasanya beliau boleh jadi my partner in crime. Dia surirumah terlebih masa, macam I. Dia sayang keretanya yang dah meragam, macam I. Dia tak kuasa buat besday parti untuk anak2, macam I. Dia ada KakP, I pun ada. Dia LOL =lady of letih, I pun. Satu aje tak sama .. dia boleh menyanyi Omm Pah Pah manakala I rela mati dari menyanyi. 3 lagu aje I lepas - Happy birthday, Negaraku dan Johore national anthem (terbayang2 muka CikMod yang suka tampar2 rakyat tu and yet rakyat tetap mendoakannya).

11) Bagi pesanan kepada orang no. ENAM U pun mesti rajin menulis dalam blog u ok? Thanks for the comments and kata2 semangat. My mood is my worst enemy. My mood cepat aje down bila kawan2 blogger tak update apa2 sekian lama.
.
Fuuh, lega..

Monday, 30 March 2009

Tagged ...

I was tagged by Fifyz. "Of course I sudi dear" .. (terpaksa tahan jari jemari nih dari melencong2 atau koner sana koner sini. Takut kena babab).

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen? --> The screen keeps on changing ... kalau ada drama Melayu, dia cepat2 tukar (baik kan?). Since dia jarang tengok TV (yeayy! so the remote is mine), bila sempat dia tengok Berita.

2. You're out to eat, what kind of dressing does he get on his salad? -->
1000 Island

3. What's one food he doesn't like? -->
Porridge=bubur nasi (lembik benyek - nehi!).

4. You go out to eat and have a drink. What does he order? --> Depends on where he goes. Normally he eats rice, fish, vege. and gravy (tak reti lauk banyak2). Drinks either coffee or teh tarik.

5. Where did he go to high school? -->
Melaka Bandar Bersejarah

6. What shoe size does he wear? -->
Hmm.. 7 or 8

7. If he was to collect anything, what would it be? -->
Keris (almaklum.. dia kan Hang Li without Po?, heheh)

8. What is his favorite type of sandwich? -->
BBQ meat/salad

9. What would this person eat every day if he could? -->
Refer no. 4

10. What is his favorite cereal? --> No cereal but likes dates, prunes, figs and raisins.

11. What would he never wear? -->
Batik shirt but recently he asks a batik sarong from me.. wahhahahaa..

12. What is his favorite sports team? --> Hmm.. the 'underdog'

13. Who did he vote for? -->
Does it for reality TV show? If so, never (berjimat).

14. Who is his best friend? --> Refer no. 19 & 20 ;-)

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do? -->
Drink cold water (gulp! sejuk jer rasa anak tekak).

16. What is his heritage? -->
Portuguese & Dutch.. hehe mana ada? He's half Malay+Chinese

17. What is his favourite colour? --> Boleh bitau semua tak? Blue, black, red & brown


18. What is his habit? --> Good or bad habit? If good, always punctual. If bad, selalu tumpahkan kuah atas alas meja

19. What is he proud of? -->
Me, me and me... (agaknya laaa..I'm being optimistic here, hehe)

20. Who he loves the most? --> Same as no. 19 (double optimistic)


Sekian terima kasih.