Wednesday 29 October 2008

Eee laptop n last kopek raya with 5 LOL ...

I have been neglecting my laptop eversince I did my 4-season cleaning up. I had to relocate it at one side of the house hence the rombakan of my humble office (sort of) from that of a dining table to a new spot, a spot which I feel is not condusive untuk berkarya. What more, a laptop which has seen better days, sesuka hati aje nak OFFkan dirinya, I yang penyabar ni pun dah jadi tak sabar as it is quite annoying (hilang mood). Right now I am using MOTH's Eee PC in my own bedroom (if bedroom orang, ehh, malulah nak masuk, khan?). Lega gak guna si Eee nih ... tak takut lagi terdengar bunyi 'teng' before the screen 'blacks out'.

p/s: unfortunately the sitting position is hazardous to health.. my health that is! The so-called office MOTH ni takde kerusi sesuai untuk duk lama2 ngadap laptop yg kecik molek nih.. Huwargh.. beggars cant be choosy eh?..

Normally then, I would placed a full-speed running fan directly onto the laptop (it's as though nak sejukkan hati laptop tu laah), but more often than not, it just doesn't work. W'pun dah instal fan bawah punggung laptop tu, padam juga dia. Sakit hati tau. Dear MOTH has offered me his own as he will use his spare cemetot Eee PC (apsal manyak sangat alphabets tu?) but I told him 'nantilah.. malas nak transfer mcm2 benda'.

Rombakan of my so-called office is needed as I was expected to treat some friends/siblings on 3 separate occasions at my humble abode. Senang citer, macam open-house gak cuma para jemputannya tak ramai namun I need a decent table to lay out the array of food for my jemputan.. (array of food? kahkahkah)

(Fikiran ngeri: if I were to combine the 3 occasions into one, that would mean I'm cooking for at least 30 people. Wahh... pengsan aku!).

Last Sunday I had Mas & family coming over, that included her parents, tok and sis. I also invited CL and some of D's friends. Served them mee kari, sambal sotong, murtabak and bubur kacang. Is that all? Yes, that's all. Tu pun I couldn't find time to curi tulang to even glance through the Sunday newspapers tau.

Today, I invited 5 of my lady of leisure jirans for breakfast. I served them good food juga plus pengat pisang lagi. I started cooking at 11pm (the nite before) and went to bed at 2am .. (bila ada mood, apa pun boleh. Oit!! mood memasak ok?). Puas hati as we had a good time indeed.

Come Sunday .. aduiii..kena masak lagi .. This time all my siblings are coming.. for belated raya. With own siblings, the tension to serve tantalising dishes is lessen as I can depend on them to bring their own food .. hahaha .. potluck is one way to pupuk silaturrahim, khan?

Signing off now... my back is killing me... How I wonder that my other half is able to ngadap si Eee without sitting on a proper chair? Ada ke orang guna tepi katil sebagai kerusi?? Ada ke? Ada ke???


P/S: Kamera hp mogok hence no pics attached.

Thursday 23 October 2008

4-season cleaning ...

Santi senyap aje bila kita sms dia seminggu sebelum raya. Santi, kenapa awak senyap aje? Awak balik Indon ke? Awak sakit ke? Awak kena culik ke? atau awak memang malas nak datang ke rumah saya ehhh?? (semua tu soalan dalam hati aje).

Wahai Santi, saya tau awak sebok tapi kenapalah tak sudi jawab sms saya tu? Seminit aje pun kalau awak tekan2 henpon awak tu untuk beritau saya awak sebuk, senang jugak hati saya tau (juga kata2 dalam hati aje), namun jawapan dari Santi diterima juga akhirnya "saya sebuk kaaak.." selepas lapse sebulan.

Takpe Santi, janji awak bermurah hati nak datang hari Khamis ni. Yeayyy.. Santi datang.., Yeayyy Santi datang.. Yeayyy!!..

Best jugak berSMS dengan Santi ni. Ejaan yg dia guna kontot2 aje. Contoh: Sa ya da tang ha ri Ka mis... (OK what? Santi tulis ikut setail karektor tulisan Cina, kontot2 .. janji paham). Dah beritau Santi tunggu dekat bas stand depan rumah dia pukul 9 pagi. Pick Santi pukul 9 tepat, terus ke SA jemput Puteri Melati dari Blok 3B.

Tiba rumah tepat pukul 10 pagi (semuanya tepat aje? haha), terus sengseng lengan sengseng seluar, jalan kerja. Sedang kita bersilat (jangan bayangkan .. bahawasanya kita pakai 3/4 pants jer), Alang pulak pays a visit. Tak kuasa tukar seluar maklumlah dengan abang sendiri, khan?? Aurat takat tu masih OK lagi. Bual punya bual, timbul cerita murtabak Spore yg ada dijual di Victory, USJ9. Keluar kejap dengan Alang ke Victory, beli 3 tebak murtabak daging @RM10 each. Harap Alang gembira menikmati murtabak ala Arab Street tu (yg dibelanja oleh adek dia yang dot3 tu..)

Sebelum tu Alang tanya "buat spring cleaning ke?" .. "taklah Lang, kita buat 4-season cleaning - winter, spring, summer and fall"... (nostalgia pulak lagu si James Taylor tu).

Beriya-iya kemas ni ada sebab. Sebab pertama - tak kemas betul2 masa nak raya dulu. Sebab kedua - sama macam yg pertama, dan sebab ketiga (berbisik nih) .. ada orang nak datang rumah kita taw.. huhuhuuu ... jadinya kenalah spotless and tip-top!

4-season cleaning masih belum mencapai matlamatnya. Santi tu rajin tapi ada part2nya yang dia buat kurang memuaskan maka Lady Boss terpaksalah buat... (baik kan Lady Boss si Santi tuuu??). Lady Boss, Lady Boss jugak tapi beliau tetap turun padang. Curik tulang kejap aje masa pegi beli murtabak tadi tu ..

Oh ya, Santi dah gabra selepas kita termentioned ada satu dua orang pembantu macam dia yg datang bekerja kat rumah2 jiran. Mesti dia gabra rezekinya akan terhenti kalau dia tak kerja rumah Lady Boss dan kakak Lady Boss (sebelah rumah). Don't worry Santi .. insyaallah rezeki awak murah, ada dimana2.

P/S: Selepas Santi menerima imbuhan, doanya berjela2 untuk si Lady Boss ... oh sungguh syahdu sekali...

Wednesday 22 October 2008

CL & Gee..

CL, I tak daya nak buat lasagna dalam masa terdekat ni tapi kalau sudi, silalah jamu mata hasil air tangan I.. Jangan burrp kuat2 sangat bila dah kenyang tu.. :-)
.
Happy birthday Gee. May Allah bless you always ... Nak kek tak? Hehee, takde keklah Gee. Silalah jamu mata kongsi dengan CL ehh?? Jangan malu2.


Teringat kat your 'daging maman' . Meleleh air liur ..

Tuesday 21 October 2008

BBQ at jiran's n raya at FJ's house ...

16/10 - Tak habis lagi penat merewang dan menjayakan PM dapat menantu, dah timbul pulak nak buat BBQ. Sekor kambing dah ditempah dari HV siap dimarinate lagi namun hampas kelapa jer sebab diorang tak marinatekan pun. HV buat janji palsu, tak baik tau.. maka kenalah tuan rumah marinate sikambing tu sendiri. Besides kambing, there were sausages, beef, chicken and the likes.

My job is to make coleslaw. Diorang tu dok heran how come ciksom is so clever as to be able to make coleslaw, so I told them "alaaa... kita belasah je" (does it sound humble enough?). My masterpiece is called 'coleslaw USJ' as it differs from any coleslaw the world ever known! Heheh, takdelah terer sangat cuma tambah 3 multi-colored capsicum, celery and boiled potatoes apart from the usual ingredients. What about its sauces? Just pour in mayo, 1000-island, dashes of salt and chilli tomato ketchup. Gaul hingga sebati (cliche ek? mestilah sebati, kan?), and I'm done!

BBQ berjalan dgn jayanya despite the rain. Everybody was in joyous mood especially the ladies. Why is that? Heee.. clap..clap..clap, apa taknya .. kebetulan pulak AnuarZain memunculkan diri (in fact bukan kebetulan cos we knew he was coming). Memang tak lepaskan peluang, masing2 bergambar sakan and AZ was so obliging. Manis aje mukanya menegur dan bersalaman dengan para aunties n uncles. Pandai pulak jaga rapport dgn peminat2 yg 'sedar diri', hic! (kehadiran yg tidak berbayar tu). Ehem, terus teruja nak beli CD dia .. (namun kalau I download aje bukan dia tau ekkk???).

Dalam pada tu terima pulak berita sedih .. Al-Fatihah untuk Cikgu S. Sekelip mata aje beliau meninggalkan dunia yg fana' nih. Bila seorang mualaf meninggal dunia (pulak2 yg kuat beribadat), sudah tentu tempatnya di Syurga kan? Insyaallah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman .. Amin.

18/10 - Drove to SA using different route. Har3 alahai senangnya route nih? Senangnya nak jumpa Concorde Hotel? Syukur alhamdulillah. Met Lina half way terus membontot her car to FJ's house. Waah, cantiknya rumah? Almaklum.. rumah selebritilah katakan..


Met quite a number of ex-office mates, seronoknya. Ada yg dah bermenantu, berbisan dan bercucu whereas some still status quo. FJ purposely invited us on Saturday walhal a day before her celebrity doter invited the divas and the divos (there shd be such term). Mencii tau .. (penat jer kitorang pakai kebaya kulit bawang siap sanggol segala, ahaks - baca boleh percaya jangan).

19/10 - Dinner at Z's. Hadoiii.. banyaknya nak makan. Bubur lambuk, nasi tomato, ayam masak merah, rojak, nasi himpit, kuah kacang, rendang, makaroni goreng, pudding sago dan pengat ubi.

Para jiran sempat bermeeting nak buat satu lagi perjumpaan raya sebaik saje J & PM balik dari Mekah.. This time we may have it at the hotel as everyone of us just want to have a good time, enjoy the food and the company. No more rewang2 till mereng, ahaks ..

Mishap in the kitchen ...

Waah, how time flies. It has been 5 days since I last berkarya.. Where has the mood gone to? Why must it merundum like the stock market does? What's wrong? Is it the hormone? the weather? the food? the cats? the ants? The list is endless, just blame it on anything but myself !

Cooked fried kuea tiau yesterday. The kuali was put on the cabinet top next to an empty mug (meant to make coffee for hubby). Upon snipping off the tip of the coffee sachet, I poured the coffee into the kuali full of kuea tiau. Maaaak, what was I thinking?? Anyhow, it was quite unsangkarable that the taste of 6-in-1 coffee blended well with my kuea tiau. Har3, what else can I say? Tapi memang sedap apa .. pahit, manis & masin bercampur aduk cenggitu ..

It happened once before when I baked bingka pisang. I was short of sugar but I remember there was a small pack of sugar in the fridge. I got the small pack alright and straight away poured it into the pisang mixture. My bingka pisang somehow tasted so lemak berkerim as a result of Ajinomoto, harharharuuuuu .. the joke was definitely on me!

Once upon a time I made kuih koci. The dough should (read: should) be a mixture of white and black glutinous flour but dear me just used the black one and it turned out to be ?...... Suffice to say it went straight into the garbage bin. Such disastrous attempt always befall on me but I always persevere .. (I swear).

I dare to fail ... there were so many failures before I could really get the hang of it ... what with the french twist, the honey cookies, the Singapore bihun, the pineapple jam and the cream puffs ..

One of these days there would be a group of the 'so-called fans' who wishes to visit me. What should I serve them? Helllp ... (I am sure Domino's, KFC or McD would be happy to assist..).

Wednesday 15 October 2008

Another birthday ..

SMS D & T: Dah wish Tehyah?
D: Blum..
T: Dah..malam tadi at 12am..

D&T .. dengan Tehyah, dengan Ibu dan dgn ML, M atau MO, tak payahlah Umi nak ingatkan apa perlu dibuat. Ucap selamat hari jadi pada diorang tu bukan susah sangat pun. It takes a minute of your time - nak buat atau tak nak buat, setahun sekali aje pun. Lebih baik kalau D&T telefon aje tak payah sms2. Jangan kata takde credit sebab Abah dah cukup bekalkan credit kat hp masing2.

Tentu T tak suka dengar bebelan Umi sebab T selalu buat sendiri tanpa disuruh2. Bagus cam tu tapi tugas Umi memang untuk mengingatkan D&T tentang hemah ... tentang hargai jasa baik orang, tentang hargai silaturrahim dgn sedara-mara yg ada ... esp to your aunties. Jaga hati mereka - sekali-sekala tanya kabar BUT MOST OF ALL, jangan lupa dengan TOK CIK tu .. Dia yg sebenarnya banyak berjasa pada kita sekeluarga. Dia yang menjaga D&T sejak baby lagi, ingat tak? Umi taknak dengar kata2 alasan "takde kredit, takde masa atau terlupa". If ever I heard you say TERLUPA, siap! Yg 'boleh terlupa' hanya Umi dan Abah aje .. (one of the perks of being parents.. )

Dalam pada nak ingatkan D&T, sendiri baru sedar kali ni dah TERlambat pulak nak wish Teh sebab pagi2 lagi dah keluar ukur jalan dgn PM, Z dan S pergi breakfast kat restoran H. Z belanja sebab duit dia dah terlebih2, haha. Pick them up one by one. Had laksam, ayam kampong, nasi ulam, air barli dan teh tarik.

Semasa makan tu, kami buat post-mortem tentang kenduri kawin anak PM tempoh hari. Takperlah PM, janji anak you selamat diijabkabulkan. Adatlah terkurang sana sini. Selesai post-mortem tu, PM sebut pulak nak buat BBQ cum doa selamat untuk malam Khamis. Jemputan untuk jiran2 terdekat dan bisan baru & gang. Heeee.. ada chan jumpa sekali lagi mak ayah dan adek sikening berjongket tu. Kali ni kena tangkap gambo .. (teruja ni).

Sebelum balik, masing2 tapau lauk untuk tengahari. Kita beli solok ikan, kerang (bersihnya rupa kerang tu), gulai ikan tenggiri dan terong sambal.. Bunyi macam banyak aje tapi beli in a small portion maklum untuk berdua aje (ada lagi baki dlm esbok tu). Lepas hantar PM dan S balik, Z dan kita terus ke Mydin ...

Pukul 2 ptg baru teringat ... Call Teh kat rumah tapi dia dah keluar pulak dgn Chu & gang pergi merisik. Kita terus aje SMS Teh "Kandaku Teh, yaa ampun tak terucap seawal lalat terbang untuk hari lahirmu yg ke 26 karna dinda berpeleseran bersama jiran2 pagi tadi. Selamat harijadi semoga dilimpahi rahmat dan ceria selalu. Amin"

Kalau Abg R masih hidup, surely dia akan bawak Teh, T,D&G pergi makan kat Victoria Station meraikan besday Teh. Budak2 mesti gila meroyan bila keluar dgn Abg R sebab apa aje yg diorang nak, Abg R layankan aje. Nak Bomb Alaskalah, nak tulah nak nilah. Melampau taw! Kadang2 kita pulak yg gewamm sebab Abg R never said NO to them. Pendek kata sebelum D,T&G keluar dengan Abg R dan Teh, kita siang2 dah warning "jangan mintak toys, jangan mintak yg bukan2, makanan aje boleh tapi jangan yg mahal2", tapi penat aje kita bercakap, ia seolah2 mencurahkan air kedaun keladi!

Sigh... kini hanya tinggal kenangan .. Al-Fatihah untuk Abang R (masih segar diingatan saat2 akhir Abang R... ).

Tuesday 14 October 2008

11 Syawal = 11 October

Sabtu lepas kami dara2 USJ yg seramai 6 orang berkonvoi ke kelab 'ntahapanamanyatu' di Shah Alam untuk meraikan pengantin dipihak lelaki pulak. Dengar kabar pihak perempuan disediakan 6 meja, maka 5 meja diagih2kan untuk sedara-mara pengantin perempuan dan lebih satu meja untuk jiran perempuan SAJA tanpa pengiring (hehe.. hubby tak dijemput sama).

Kita pilih meja no. 11, baek punya view. Full view nampak jelas pengantin kat meja utama, boleh tinjau jemputan yg hadir sebelah kiri dan kanan (ehem..senang nak senyom kat para selebriti.. ahaks..), dekat dengan main entrance boleh tengok pengantin dekat2, dan juga senang nak menatap wajah si AZ tu bila dia menyanyi nanti... (tak dapat tengok dekat2 jarak 6", setakat sedepa pun dah kira 'oklah tuu').

Kita dara2 ni cam lapar tahap kebulur gitu (haha semuanya skip breakfast), bila nampak kerepek pisang disajikan sebelum dibenarkan MAKAN, kita dgn tak malunya buka bekas kerepek pisang terus 'krapkrup..krapkrup' (buat cam umah sendiri aje). Ada pulak sorang ni yg lurus bendul bertanya "u bawak ke?" bila kita offer kat dia kerepek tu .. hahaha .. apa cerita pi wedding nak bawak kerepek pisang??? Selamba jer kita jawab "taak, diorang sediakaan".

Jamuan nasi tomato dan lauk-pauk yg delicious - ada udang, ikan, daging, acar, dalca dan tapai sebagai pencuci mulut (tak sker tapai tapi kalau ada eskrem sama, boleh gak kita cuit2). Dapat cenderahati porcelain yg cute dan telur pindang ..

Pengantin salin baju 2 kali... (betapa lecehnya salin2 baju cam tu tapi dah depa suka, kita pun tumpang suka gak..haha..janji perut dah kenyang). Baju ala2 Arab Morocco, Arab Badwi atau Arab apa ntah ..

MC pada petang tu jejaka dari MHI dan Sh. S yg becok tu (maklum yg kawin tu pun cousin dia). Kami dari pihak perempuan dah tau siang2 ada satu KEJUTAN tapi ramai yg tak tau. Untungnya kami jadi jiran pengantin perempuan, kan??

Pengantin lelaki made an entrance for the 2nd time pakai baju ala Matador (ehh? biar betul? tapi takde lembu pun?) accompanied by 2 unflowered boys.., but where's the bride?? Bride tercicir ke?

After the fact kami diberitau oleh bonda pengantin perempuan .. Sepatutnya keadaan dalam hall digelapkan sebelum bride masuk tapi Murphy's law berlaku, maka bride masuk kedalam hall dlm keadaan hall yg 'terang2 samar'. Bila bride berjalan beberapa langkah, para MC siap umumkan kejutan itu ... HAHAHA (keji ek ketawakan orang?) .. teruslah GAMAT satu hall !!! Mana taknya, jejaka idaman seMalaya sedang menyanyi .. lagu syahdu pulak tuu!

P/S: Murphy's Law .. plan asal pihak lelaki didn't quite materialised because of technical error.

Pendek kata aura pengantin ditenggelamkan oleh kehadiran LELAKI ITU .. Sesi potong kek dan suap-menyuap kek berlangsung begitu aje .. All eyes were not on the pengantins but on HIM !

Dara2 dimeja 11 sedo diri .. duduk penuh anggun dgn tata susila yg boleh dan patut dipuji. Kalau tak sedo diri, nak jugak kejar dia yg sedang menyanyi tu untuk bergambar sama ke, sain otograf kat serviette ke, atau just lambai2 manja ala miss world.

Petang Ahad lepas, kami dijemput sekali lagi oleh mak ayah pengantin perempuan, ada pulak hi-tea jamu satay berbagai. Majlis bertujuan untuk ucap terima kasih pada kami sekelian diatas kerjasama kami menjayakan perkahwinan anakandanya. Adalah berbalas2 ucapan dan ada gak setitik dua airmata dititiskan ..

Daaaaaan, saper lagi yg paling untung jika bukan kaum perempuan? Hehehe, kami yg seramai 9 orang ni diberi cenderahati lagi (1 table runner & cushion cover Dubai mari). Walaupun malu2 kucing untuk menerima (dahlah dijamu), namun diterima juga dengan sebesar2 tapak tangan. Mak kata tak elok tolak rezeki, kan?

Semoga pengantin kekal bahagia hingga bila2, semoga PM dan Kol. J sentiasa sejahtera bersama keluarga dan selamat menunaikan fardu Haji tak lama lagi. Amin..

Monday 13 October 2008

Selamat hari jadi ...

Selamat hari jadi ...
Sekejap aje masa berlalu
dah besar
dah tinggi
dah pandai itu ini
namun jangan lupa satu perkara
syurga dibawah tapak kaki ibu

13hb hari bahagia untuk kita sekeluarga
tentunya kita tidak percaya
angka 13 tidak membawa tuah
lebih banyak suka gembira dan ceria
kurang duka nestapa

hidup biasa memang ada naik turunnya
kita ada kita
kita ada sahabat, jiran tetangga dan saudara-mara
kita tidak keseorangan
pandai2lah cari kehidupan yg dirahmati
jangan cari musuh
buat baik pada semua

kasih dan sayang bermula dalam diri
jangan ada hasad dengki tamak haloba
syukur dengan limpah kurnia
tingkatkan usaha cari rezeki halal
penuhi dada dengan ilmu dan kasih
kasih pada Allah dan sayang pada kejadianNYA

Semoga Allah permudahkan segala usaha
Jangan sombong untuk berdoa
Sentiasa berprasangka baik pada Allah
InsyaAllah selamat dunia akhirat

I LOVE YOU MORE THAN EVER .. HAPPY BIRTHDAY, MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS!!!

Friday 10 October 2008

10 Syawal = 10 October


Tak puas tidor semalam. Balik dari merewang (+makan, bual2, beraya, ketawa2, bergembira) pukul 2.30 pagi. Tidor kejap dah subuh. Takde chan nak golek2 lagi, teruslah bangun dan buat hal2 berfaedah sebelum ke jemputan nikah pukul 10pagi.

Dalam komuniti bandar yg serba-serbi senang digapai, rewang-merewang ni memang susah untuk dilaksanakan tapi jiran USJ dot3 ni memang WORLDlah I tell you. Bukan saja jiran sesama jiran, malah kenalan dari kumpulan yasin dan majlis ilmu turut sama meminjamkan kudrat masing2. Alhamdulillah.

Sesi menghiris bawang yg paling happening sekali! Hahaha to those men yg melelehkan air mata semasa, sebelum apa lagi sesudah menghiris bawang. Yg lalu lalang tanpa mencuit sebijik bawang pun ada ati mengaku air mata diorang dah mula meleleh (pembohongan terang2an tu). Malam merewang dah mula tangkap gambo. Fotografer kata "123".. tapi kita tanya "awak nak ambik gambar bawang ke?".. tapi katanya "dua2" .. maka kita apa lagilah kan? Aksi lentok sambil memegang pisau .... Hahaha .. mesti lawa gambo tu nanti ...

We had sup tulang dan sup gear box + roti, ingatkan dah cukuplah tu tapi ketua AJK rewang minta kitorang yg rajin2 ni masak nasi dgn dua lauk aje ie sardin & telor dadar. Entah camana CikSom boleh terperangkap dengan keadaan - tak semena2, tetiba, aleh2 dan tup2 ... lauk2 tu dimasak oleh CikSom. Hari ini dlm sejarah! CikSom mana pernah masak telor lebih dari 4 bijik? Nasib baik ada Zu dan Azah sebagai penyelamat keadaan. Bestlah diorang nih. 30 bijik telor? Jangan memain .. sure bertimbun2 hama2nya tu.

Tapi sedih tau, sedang kita berhempas pulas masak lauk2 tu, kawan2 lain dah mula makan sup rupanya. Bila tau diorang dah makan sup, alahai .. hampanya rasa bila tinjau periok sup yg besar tu hanya ada 3 ketul tulang besar dan kuahnya aje ..................... (am sulking now...).

10am - Majlis nikah berjalan lancar. Ramai selebriti dan mak ayah selebriti yang hadir rupanya. Mmmm .. masuk tivi tak nih?

Esok ke majlis sebelah lelaki di kelab ntah mana kat Shah Alam tu.. Tak boleh pakai baju liplap sebab majlis siang hari, namun akan ku glemerkan diri ni .. haha..

Thursday 9 October 2008

9 Syawal ... Merewang ...

Merewang di rumah jiran bermula semalam (tapi kita 'tuang'), dan hari ini juga. Walimatulurus untuk daranya yg bekerja di Dubai. Majlis nikah siang esok dan majlis makan pada malamnya. Cook terkemuka dijemput dari MUOR, maka memberiani gamlah warga USJ esok.

Why I 'tuang' semalam? Sebab ... semalam depa basuh telor, rebus telor dan masukkan telor dlm 'ponjot' (minda tua, terlupa nama sebenar benda alah tu). Ingat nak pergi malam tadi aje (niat menolong masih ada), bolehlah simpan telor dlm ponjot tu, tapi depa yg pergi menolong tu super duper very efficient one... beres!

P/S: Ekceli I ni tak boleh rapat2 dengan telur ayam yang beratus2 tu. I fobia u know. I geli dgn telur yg banyak, rasanya macam HAMA2nya hinggap kat badan. I don't mind to befriend with 10 eggs at a time. I love eggs as eggs can do wonders; from plain omelette to delicious desserts. I love desserts, remember? (u don't remember? Menciii aaah).

So kejap lagi I nak bersiap lawa2. Agenda for today dengar kabarnya nak buat air sirap (sure dpt minum sirap bandung esok), potong nenas 50 biji nak buat paceri, kopek bawang bagai dan hiris daun pandan untuk bunga rampai.

Jumpa lagi ... (wa tau ada orang merindui coretan wa .. hakhakhak...)

Tuesday 7 October 2008

3-4 Syawal ... beraya di ChinChin

Skip Havoc no. 4, 5 & 6 (nanti ada plak yg berdengkur2 tak sanggup baca coretan kita. Dengkur takpe jugak, ni nak MARAH2 kat kita pulak.. Menciii tau!)

Selama2nya bila berhari raya kat kampong, kita mesti tidur-baring-makan-minum kat rumah Abah senior (my FILlah ni). Dalam satu bilik kami berempat bersesak2 lovingly (cam sadin cap ayam), satu double bed share 3 orang (haha, keluarga bahagialah katakan), manakala D tidor guna katil 'camping' (yg diletak rapat dgn katil kita. Takutlah tu).

Bayangkan 3 orang sekatil? Dari T baby hingga umur dia 13 thn (D pun cam tu dulu). Bila balik kampong aje, mesti tidor sekatil tapi posisi T mesti ditepi katil, manakala uminya of course closest to abah (tata susila masih dijaga rapi). Bilik aje sedikit kecik tapi ruang rumah sikit punya besar namun takde sorang pun terpanggil nak tidor kat ruang luar. Kenapa ek??

Semenjak FIL takde, kami dah tak balik kesana lagi sebaliknya kami sekeluarga dan adek ipar sekeluarga berteduh di rumah Kak T, sepupu yg dianggap sebagai 'lebih dari kakak sendiri'. To cut the long story short, this is when the discomfort begins ..

Discomfort does not mean uncomfortable per se, but it's more or less rasa MALU & SEGAN ..
Takkan tak malu dan tak segan dok makan tidor kat umah orang w'pun kita dilayan dengan baik sekali, kan?


3 Syawal - Besday MOTH yg ke....... berapa ek? Rupa2nya adek/anak2 sedara sepupu pakat beli besday kek untuk PakLongnya. Surprise !!! 1st time suamiku memotong besday kek. Girang nampak?? Heheh ..

Komen berapi dari mereka "Pak Long takde uban ehh?" (kinda very unbelievable gitu). PakLong dengan senyom simpol memandang tepat padaku .. "Adaaaaaaa". Another fiery question "PakLong dye ke?" (disambut dengan deraian ketawa oleh mereka dan keluarga mereka). PakLong jawab dengan tenang seadanya "taklaah.." ("yes, never!" maka berkatalah MakLong dalam hatinya aje). Depa heranz gamaknya. PakLong lebih tua dari MakLong, but why MakLong terlebih2 pulak ubannya? Wehh... cahaya syurga tuu .. apalaaa budak2 nih .. PakLong tak macam D once upon a time ... rona rambut macam rona eskrem paddle pop! Syukurlah dah bertobat budak tu.

P/S: Dear D&T, tak gembira ke tengok Abah gembira cam tu dikelilingi oleh sedara2 dia yg tak berapa kerat tu? Let's give him a break, kita gembirakan hati dia pulak, okay?

4 Syawal - Bertolak ke KL pukul 3.30 ptg (lepas Zohorlah nih), berbekalkan 3 jenis kueh raya dan 4 jenis pisang .. drum roll please.. pisang raja, pisang emas, pisang kapas dan pisang nipah, yeayyy!!. Pisang is MY FAV so memang tamak tak nak kasi orang...

Syukur alhamdulillah selamat tiba di rumah ... namun havoc no. 4 awaits impatiently ...

Sunday 5 October 2008

1-2 Syawal ...

1Syawal - Beraya di rumah Teh kat Kg Tunku. Para kakak seramai 4 orang dah sediakan berbagai juadah samada dimasak sendiri atau dioder. Tugasan buat kuah kacang world yg disandang sejak beberapa tahun tidak digalas oleh kita memandangkan NJ dah oder dari Seremban so tak payahlah kita susah2 nak masak lagi (yeayy...escape!). Bukan apa, kita cuma nak elakkan pembaziran tenaga, masa dan gas Petronas w'pun gas dan tongnya dah berbayar.

NJ beraya di Seremban dulu maka tu sebab dia terpaksa oder aje kuah kacang dari sana. Suaminya ie my abang ipor, hanya tau dan suka makan nasi himpit atau ketupat dgn kuah kacang sahaja! Begitu banyak juadah2 lain yg boleh dimix-n-matchkan dengan nasi himpit atau ketupat tapi dia tetap dengan KKnya. Sepatah kata seseorang "percuma hidup mu" yang bermaksud betapa ruginya hidup ni kalau sengaja tidak menikmati nikmat tuhan yg beranika rupa. Oh well, a matter of choice .. asal tak kacau orang, asal bahagia, OKlah tuu..

P/S: Pada malam raya sedang kita golek2 tengok TV, NJ beritau kuah kacang yg dia oder tu rupa2nya sikit aje lalu mencadangkan kita masak KK untuk warga PJ. Kak oii, adik you yg sorang ni tak berapa rajinlaaa... "next year I buatlah ehh"? heheh..

Beraya kat Kg Tunku dari 12 tghari hingga 9 malam (kiranya balik sebelum kena halau, haha). Rumah Teh memang dah jadi port kitorang berkumpul sementelah Chik @ the great Dame masih hidup dan dia memang dah berdekad2 tinggal dgn Teh, so kami adek beradek kesitu ajelah setiap tahun. Adek, abang dan kakak tak datang serentak maka tulah sebabnya kita duduk berjam2 kat situ tolong sediakan makanan dan apa2 yg patut (sambil tapau makanan dengan roksah).

2 Syawal - Havoc no. 1 T buat hal tak nak ikut balik ke J sebab selepas cuti raya dia ada exam (seminggu sebelum raya T dah uar2kan kat kita). Hadoii budak ni.. MOTH tanya kita kenapa T tak nak balik? Bila kita tolong jawabkan berdasarkan sebab musabab sahih dari T, MOTH pulak kata "don't justify for her" blablabla. Waah, suamiku .. Sejak bila mediator kena tempias left and right nih??

Selepas tsunami reda, maka T dengan senang hati ikut balik ke J dengan satu syarat ie mesti balik ke KL hari Sabtu lepas Zohor. As usual, T ada 18 sebab2 munasabah kenapa dia perlu balik ke KL lepas Zohor. MOTH literally signs MOU atas angin tu...

Havoc no. 2 Tiap kali cuti raya, para kucing terpaksa ditumpangkan ke Vet. Dah janji nak hantar pukul 2 ptg, tapi bila kesana, vet dah tutup, sigh!! MOTH berusaha gigih cari tempat penginapan kucing2 (nak balik kampong punya pasal), nasib baik jumpa satu lagi vet... (syukur).

Fees untuk sekor kucing RM?? x 8 x 3 = Maaakkk.... sedekahkan kat I aje kan bagus?? (dalam ati: Boleh tak I tak ikut you balik kampong kali ni? I rela jaga kucing2 tu, lagi pun u boleh jimat, u kan nak pencen? TAPI.., duit boleh dicari kan kawan2? Hari baik bulan baik ni, hati pun mesti terlebih2 baik.. silaturrahim perlu dipupuk, hati suami perlu dijaga (cewah) ... maka tetiba kita jadi simitahli2nya ..).

Havoc no. 3 5pm about to bertolak... T gostankan J-gua untuk membolehkan MOTH park kereta kenit dia dlm kawasan rumah. T signal suruh check samada bawah kereta ada kucing tak (kebetulan kucing jiran si Tam baru beranak 2 ekor, dibuatnya store luar rumah kita tempat persinggahan). Confirmed si Tam ada kat store menyusukan kittennya TAPI tak pastikan yg tengah menyusu tu sekor atau 2 ekor. Kita pun signal THUMB UP kat T. Tak berapa saat lepas tu kedengaran suara anak kucing mengiau dengan nyaaaaringnya!!!

Allahuakbar!! ... sah T dah tergeles anak si Tam yang cute tu!

T dah hysterical dalam kereta, kita pun panik gak dan ngeri nak pandang bawah kereta tu tapi terpaksa pandang juga. Kitten yg belum bernama tu lembik aje esp kaki belakangnya. Si Tam pun terperanjat terpinga2 (at last siTam juga yg selamatkan anaknya, gigit ditengkok terus masuk ke store). Si D as usual keluarkan kata2 dengki saja nak menyakat "dah lembik nih, sure mati ni Miii..".

T bukan aje nangis mengongoi2 tapi fuming with anger kat kita "T tak nak percaya cakap Umi... T tak trust lagi cakap Umi".. Wahwahwah budak ni ...?!

Apapun terjadi, perjalanan perlu diteruskan. Keadaan dalam kereta tenang aje hanya kedengaran esakan T which lasted a good ten minutes.. before she finally dozed off ..

Tiba J pukul 7.30 malam....... Havoc no. 4 menanti...

Wednesday 1 October 2008

Dah raya ke???


Selamat hari raya Aidilfitri

mohon maaf zahir & batin.

Jumpa lagi ...

P/S: Tahun ni CikSom delinquent sebab tak masak apa2 pun. Nak buat biskut .., aduuh.!! kesian kat dua ketul butter tu, sekejap sejuk sekejap panas. Takat ni dah 5 kali berulang alik keluar masuk fridge. Kesian kat butter2 tu .. kan?