Showing posts with label desserts. Show all posts
Showing posts with label desserts. Show all posts

Wednesday, 9 April 2014

From purple to lebam! ...

Assalamualaikum ...

Hari nih busy sikit sebab ada AIR (tapi tetap nak menyengeh juga). Buat kerja rumah yang ada kaitan dengan air; kalau hari biasa takde catuan air, jawabnya adalah 'jom procrastinate'.

Al-kisah ...
Geram bila tengok orang2 Korea merebus keledek dan memakannya panas2, so dari geram terus teringin. Bila dah teringin kenalah cari sendiri; lainlah kalau tengah mengidam anak sulung, dah tentu I paksa bapak budak carikan hingga keKorea Timur, haha..

Mencari keledek purple keMydin sensorang. Kira ngidam jugalah nih sebab nak yg purple juga. Memang nasib baik sebab yang purple aje yang ada (keledek Jepun bukan Korea mari).


Google: white flesh, purple skin
Verdict: manis dan empuk (chewy sikit). Part chewy tu yang beshh...

Macam tak puas makan yang tu so dibeli lagi yang purple juga. Dah seminggu keledek duduk diam membisu dalam basket. Kalau biarkan aje sure bercambah akarnya nanti. I memang famous bab2 menyimpan 'hasil tanaman' sampai berakar umbi, haha..

Last weekend masa ke RD, keledek tu dihangkut sekali. Say no to pembaziran, cewah.

Masa keledek direbus, air rebusannya jadi tersangat purple. Patutlah pun sebab isinya juga warna purple. Waaah...terkesima kita!

Google: inside out purple

Bila dah tengok isi keledek warna purple, niat nak makan begitu aje bertukar serta merta. Yesss... gitulah kalau mood rajin dah mai..


Memang jarang buat kueh keria sebab tak reti nak menyira dengan jaya. Bila masa nak menyira tu, my lil brother yang ajar cara2nya, haha..

Pastu Ndja menyelah "macam tebal ek?" lalu dijawab "tak kuasalaa nak gentel banyak2. Nak goreng lagi so tulah jadinya".

Dengan keringat masin yang dikeluarkan tu, dapatlah 7 biji keria lebam. 3 untuk TB dan 4 untuk Mem.

KALAU rajin nak buat kueh keria guna labu pulak. Sama2lah kita saksikan satu persatu kejayaan yang ditempa oleh CikSom, ekekeke.. (bila buat kueh keRIA aje dibenarkan jadi RIAk, heheh..).

.

Thursday, 25 July 2013

16 Ramadhan ... Alhamdulillah!

Assalamualaikum ...

1 Ramadhan I timbul and now dah masuk 16 Ramadhan baru timbul sekali lagi, hehehe...

I am so happy blogspot.com dah kembali waras so bolehlah I berjimba berkarya bermerepekan sambil makan kerepek raya cam dolu2. Perasaan sekarang nih diibaratkan macam dapat typewriter letrik kalau dulunya biasa guna typewriter manual; atau pun macam dah biasa drive manual tetiba drive auto........... gitu kekdahnya I kasi 1-2 contoh yang sangat humble. Lalalalalaaaaa ....

The past 15 days apa aje I buat? I buat2 sibuklah, apa lagi? I ngait gebar, mittens n booties; I jahit sampul bantal dan alas cadar untuk bakal cucu angkat. Dah pun melihat dunia cucu angkat tu pada 22 Julai lepas.. dapat cucu lanang you, hehe..

Nihlah cucu angkat yang dimaksudkan tuu... best apa perasan2 nih, hehe..

Musyuk2...comel tak?
Sajalah sukerrrrrrr sbb cucu angkat pun KETAM juga just like his late-grandma n his grandma angkat, hehe..

Dah dalam bulan Ramadhan maka bahan bercerita mestilah bercirikan jjcm or jjcl dibazar Ramadhan, kaaan? I thot I boleh break rekod menjadi muslimah pertama (konon) tak langsung teringin menjejakkan kaki kebazar sebab dah berazam nak masak sendiri.

Dipendekkan cerita, kecundang juga azam tu akhirnya (atas ajakan T/TB). So far BARU 6 kali kebazar dan sekali berbuka diluar (batalkan puasa dan solat dirumah dulu lebih selesa). Kali nih I lebih fokus tak beli lauk atau manisan merepek meraban. Say no to nafsu! Cewah...

Beli makanan untuk berbuka saja so ia bermakna kenalah masak bila bangun sahur. So far semangat rajin sangat membantu keadaan. Depending juga pada kekuatan tenaga dan iman (ehem), selalunya segala amal ibadah akan selesai sebelum 10malam.

Kadang2 tak sempat bukak telekong, kat atas sejadahlah mimpi indah atau nota2 dengkuran syahdu diadun, ooops! Tidur bertelekung atas sejadah berbantalkan lengan gebu dah terasa sangat nyaman. Lagi nyaman berlipat ganda bila guna bantal busuk tapi wangi bau Mystique *sempat promo*.

Niway, dah tidur cepat maka terjaga dalam pukul 2-3 pagi gitu. Kalau minda dah set 'berkobar2 nak masak' pepagi buta maka takde masalah. Redho jer terus menonong kedapur. Nasi ayam jadi, nasi lemak pun jadi tapi kalau minda tak berapa set macam lengkong terlebih air, maka mengesut2lah bila kedapur tu.

Ahad lepas berbuka puasa dirumah my 2nd sister. Best tak payah masak. Best dapat tapau dan lagi best bila dapat berkumpul adik beradik ipar duai dan anak2 sedara. Berniat nak buat kek pisang untuk dibawak kesana sementelah ramai monyet jadian yang sukakan apa2 berasaskan pisang :-)


Kehairanan dan kepanikan melanda. Belum lagi selesai 45 minit waktu memasak, permukaan kek dah mula perang dan terus perang. Bila cucuk guna skewer memang takde adunan melekat so it means the cake is well cooked ...... but?

Hati berbunga2 tapi hati kecik kata jangan nak berbunga sangat ok? True enough bila kek dibalikkan nah kau, kat tengah2 sebelah bawah kek masih wobbly lagi. Relax...tarik nafas panjang jangan panik wahai CikSom; dan2 *ting* idea timbul.

Kek tu dipotong memanjang selebar 2". Mana2 bagian yang masih mentah dibakar atas non stick pan dengan api pelahan. Tetiba cara memasak kek dah berubah, mcm nak buat lempeng pun ada, har3.

Dah buat post mortem dan taulah sebab musabab kek perang sebelum masanya. Nak blame kat oven tu boleh tak? All the same, alhamdulillah. Sebijik kek dimakan sambil kedengaran kata2 pujian dan kutukan dari monyet2 jadian yang dikasihi semua tu. Sesuai sangat.. yang memasak kek pun monyet jadian jugak.

Pertama kali buat kek pisang guna cheddar cheese so rasanya ada unsur lemak. Sedap!

Special thanks to sahabat blogger dari Georgetown yang mententeramkan jiwa masa I sedang panik kalut kek masak cepat. I text dia mengadu domba seketika, hehe..

Pada satu pagi subuh I tertengok siaran memasak kat chan. 119. It was a local cooking program hosted by our petite local cook but diorang shooting kat satu negara di Eropah.

Gross tak??
Cuba bayangkan jika benarlah bahan yang digunakan tuuu??? errrkkk...

Anyway, untuk orang baru guna smart phone, kesilapan selalu sangat terjadi. Kadang2 sendiri tekan, sendiri tak faham apa yang ditekannya, har3..

Mana silapnya? Jemari yang terlebih gebu atau key pad yang over sensitive to the touch??? Kadang2 bila tekan butang jarak/space, dengan tak sengajanya tertekan huruf B atau N. Kita tekan S tapi A yang keluar. Begitulah seterusnya. Sakit hati juga dibuatnya tapi kadang2 tergelak besar jugaklah of our own silly mistakes bila semua perkataan bersambung tanpa jarak.

Cukup sampai disini ... bestlah menaip guna kesemua jari jemari... taip laju2 sambil koner baring pejam mata... haha.... riak ler tu!
.

Wednesday, 6 March 2013

letrik, wm dan pretz ...

2 hari lepas terima memo dari my beloved TNB memberitau penduduk setempat hari nih takde 'karen' sebab pekerja TNB terpaksa 'henti tugas untuk menukar sesalur utama'.

Bagus memang bagus, tukarlah apa yang patut ditukar... takpe kitorang semua tahan berpanas. Panas kat dunia, apalah sangat khaan?

Dengan memo tu sebagai 'warning', basuhan cikSom tip top kekdahnya. Semalam habis 2 load dan pagi nih done with 1 load aje. Dah cuaca panas terik maka basuhan kering dalam beberapa kelip mata aje, hehe I like!

Yang tak berapa like part melipatnya walhal kerja melipat baju adalah kerja rumah amongst the top 3 yang I sker sikit masa dulu selain basuh pinggan dan menyapu dalam rumah. Nyapu luar rumah kerja TB wpun kekadang diambik alih oleh H d'Bangla.

Katanya pukul 9 nanti bekalan letrik takkan dibekalkan dalam tiffin box lagi, har3. Alahai.. camana nih sedangkan hari2 biasa kipas yang bergayut disiling dan stand-alone kipas berpusing 24 jam. Pulak2 tu kipas semua tu baru dibersihkan untuk mendapat optimum result (kalau kipas berhabuk effectnya serupa mengipas diri sendiri guna sekeping kertas..).

Boleh ke tahan berpanas sampai pukul 7 nanti sedangkan I dah janji nak ke 'Abu Dhabi' dating dengan F.Ahmad? heheh..

Maybe ada pembaca setia masih ingat my blabbering about my misbehaved washing machine <> 2 tahun dulu. Well..mesin tu masih misbehaved tapi kita masih guna khidmat baktinya. Tak malu manusia nih ekk? Anyway, tiap kali T gunakannya, dia sure tanya bila nak panggil orang repairkan mesin tu. I kata 'bersyukurlah at least tangan kita tak penat kena perah'.

And I still keep T's sms to let me know how frustrated she was when using the wm, hehe..
24/5/11 "Mi, tadi umi kata yg basuhan ni dah kat mana? Dia bunyi tititit T spin balik tapi dia tititit balik, t betulkn balik, dia tititit balik. Mcmana ni? Orang nak guna laa...".

Orang frust cenggitulah bahasanya. U'olls paham tak? hehe.. Abt 2 wks ago I tunjuk the same sms kat T dan kitorang gelak horhorhorharharhar... *bergegar lelemak Umi T*.

Tidur I semalam tak berapa puas sebab asyik diganggu oleh .... ehem .. diganggu oleh anak abah bukan abahnya, ahaks...

D tengah bersemangat nak cuba masak tu masak nih. 2 hari lepas dia cuba buat lasagna (hasilnya agak mencurigakan tapi bolehlah as it was still edible) ...



... pukul 3 pagi tadi dia sibuk menguli tepung dan nilah hasilnya ...




D ngaku rasa pretzelnya sama macam yang dijual tu... dan terdengar sayup kata2 riaknya dicuping telinga "D dah pandai dari Umi nihhh...hehe..".

Alhamdulillah D dah pandai dari Umi tapi diharap D lebih rajin dari Umi juga .... *statement masih dalam kalbu belum diluahkan lagi*.

Yang nih versi A.Anne's ... (pada pendapat I teksturnya tak sama macam mula2 dijual dulu). What say you?

A.Anne's version .. I suka caramel sos tu..

Almost 9am now .. nak buat breakfast sat. Kalau bekalan air terputus, harus by now I dah siap bersiram  but now only bekalan letrik yang takda maka upacara bersiram hanya akan dilakukan as n when necessary ajelah.

TTFN n HAND! Bunyiknya tatafornow n haveaniceday ..
.

Tuesday, 19 February 2013

Menjepunkan diri ...

Isnin 18/2/13

D kena tahan polis masa road block malam semalam. Dah kena tahan barulah tersedar lesen memandu dah mati, ishh ishh ishh.. Nasib baik tak kena saman!

Tak boleh berlengah lagi sebab lesen dah mati lebih sebulan. Terlanjur I nak keMydin, I ajak D ikut sama sebab kat situ ada pejabat pos. Bolehlah dia renew lesen.. kopak RM107 jer (jer???).

I masih taat berbelanja barang dapur diMydin. Selain jimat minyak kereta, banyak benda2 penting yang memang murah disitu berbanding tempat lain contohnya makanan kucing dan detergent. Selesai diMydin kita singgah bertanya kabar kat Giant pulak, dah next door kekdahnya. Kalau tak singgah, nanti kecik hati pulak Giant Doraemon tu, heheh..

Beli 3-4 barang juga diGiant tu termasuklah 2 batang roti perancis. Sejak dua menjak D rajin buat garlic bread dan spreadnya tu pun dia buat sendiri. Jimat katanya.. KeGiant tu sebenarnya nak fefeeling (I pinjam Yong K's fav word) macam orang Jepun. Orang lain dah berhi-tea, kita baru nak berluncheon..

Mine, takoyaki n fried mini fillet of fish

Besides salmon, D had this.. tak sangka I boleh telan belud!

cicah dengan kicap+wasabi, urghh....tak sedapnya wasabi itew!

Dah makan masin2 haruslah ada manisannya, ya tak? So kita koner ke JCo..

Avocado & Green Tea

Ikutkan hati nak beli 6 but nope! beli 2 aje dah! Jangan ikutkan hati wahai CikSom oii!!
.

Wednesday, 9 January 2013

PR, RD n BO ...

PR @ BP ..
Dessert pertama awal tahun ialah puding roti dimakan bersama sos kastad. PR tanpa kismis atau bahan lain yang menyibuk semasa mengunyahnya. Terpaksa akur dengan permintaan sisweet tooth dan buatnya kali nih betul2 mengikut telunjuk resipi, vavava...

Lately I telah diberi mandat menyukat bahan2 yang bakal digunakan sebelum dimasak. Makanan seperti mee bandung, mee hailam, lauk lemak kobis, nenas, labu dan apa juga makanan kesukaannya. Selamanya I memasak ikut imaginasi liar dan naluri dalaman tapi tetiba disuruhnya menyukat2 pulak. Tension okay, boleh tumbuh jerawat batu!

Dah kata google ajelah apa2 resipi yang selambak kat internet tu tapi nehi katanya, nak juga resipi dari Umi wpun kerap mengomen masakan Uminya. Buang masa aje kerja sukat menyukat tu. Let's be spontaneous, barulah happening, hehe.. Apa juga resipi yang kita ikut, kesedapan makanan (apparently) terletak pada airtangan situkang masak.

Anyway, betul ke takde unsur derhaka pada resipi tu? heheh.. mau takde? Resipi guna 3 biji telur dan 5 keping roti tapi I kurangkan sebiji telur dan tambah lagi 3 keping roti. Gula dan susu turut diubah sukatannya mengikut 'rupa' puding roti yang belum dimasak. Kita buat dia kan?

My favorite 'retak 1000' baking dish. Awak ada?
Baked the bread pudding in my newly acquired convec./mw oven. Sharpie, oven yang lama tu dah koluinnalillah can't revive no more. Puas kita cari oven serupa Sharpie tapi hampa sehinggalah T mengesan dari internet oven tu ada jual kat Kots, SA. Dia berusaha kesana, buat pesanan serta bayar deposit sekali (stok tiba <> seminggu).

Yang kelakarnya (in wonderment to be exact), oven yang sama ada dijual diJaSaint. Oven yang T hajatkan sedang melambai2 kearah I dalam kedai yang sama semasa memborong barangan letrik untuk RD. I tak pikir panjang lagi terus sambar oven tu dan suruh T kensel pesanan yang dah dia buat kat Kots. Yang bestnya harga oven tu is cheaper by RM150. Alhamdulillah.

RD ...
TB kata minggu depan baru balik RD tapi tup2 semalam ajak balik untuk memantau projek menanam padi rumput keliling rumah. So orang pertama dan kedua yang perlu dimaklumkan akan pemergian kita ke RD mestilah H dan G (jaga kucing n hantar sokabar resp.).

2 minggu lepas kita upah jiran bubuh racun pada tumbuhan gelandangan, ahaks serta 'sabit' rumput dan lalang ..

The greener pasteur belongs to TB's cousin
I tak pernah sekali menyusur kat kawasan lapang tu 

I berangan Sherwood Forest, boleh?
Kisah 2 minggu lepas. TB bersemangat bersihkan tumbuhan gelandangan keliling rumah tapi lama2 macam takde aktiviti diluar tu, senyap aje. I tinjau bagian depan, kiri dan kanan rumah (takot gak kot TB kena kidnap dengan monyet) tapi rupanya dia kat belakang nun sana berbual2 mesra dengan anak sedara sepupu yang sedang membakar pokok kering dan melapangkan tanahnya untuk ternakan lembu.

Oh no!!!! Kalau dah bela lembu, takkan kumuhannya berbau harum selembut wangian Shalimar, kaaan??

BO ...
Apakah cara terbaik penuh hemah untuk beritau seseorang bahawa BO atau bau badannya berupaya menderitakan deria orang terdekat? Bila cakap beralas masih takde kesan positif, camana ehh?? Cakap straight to the point ajelah ek?
.

Tuesday, 31 July 2012

9th & 10th Ramadhan ...

Terung = eggplant = aubergine = durian? heheh mulalah tu!!

Anak2 mithali aje akan temankan Maknya kepasar, pulak2 tu kepasar basah yang lecak lagi berbau 'harum' pewangi YSL. Terlampau harum hinggakan baunya melekat kat baju. Ndja n I temankan Mak secara sukarela kepasar tapi tetap dapat upah samada jeruk mangga yang rangup, apam gebu atau putu mayam. Beshhh...

Kepasar tu kadang2 naik kereta sendiri, naik bas no. 9 atau no. 12, naik prebet sapu dan pernah sekali dua naik sports car macam SimonTempler punya, hehe .. (sports car jiran punya kekdahnya). Tak banyak sikit sesi kepasar sejak status dara sunti memberi kepakaran mengenal berbagai jenis sayur2an, ikan, rempah ratus dan tentunya jenis2 pisang.

Mana mungkin future mak mentua rejek calun menantu contoh cenggitu, tul tak? hakhakhak...

OK, cerita hari nih berkisar pasal terung ...

Selama2nya kat pasar besar JB tu diorang jual terung kulit putih tapi bila berhijrah ke KL, tersangatlah heran bila terpandang terung rona deep purple kat pasar PJ. Kedua2 terung tu wpun pada fizikalnya somewhat berbeza namun isi dan rasanya tetap sama, tasteless.

Masa kecik2 dulu, musuh dimeja makan ialah sayur2an, terong, tempe & tauhu UNLESS sayur masak sayur rampai, terong masak 'nyai' (sebut as hujan re'nyai'), tempe masak kicap dan tauhu digoreng cicah dgn sambal kicap (lada merah, kicap, gula & bawang putih).

Mak kata dia mula masak Nyai sejak dara sunti lagi masa menetap di Medan so I would want to think masakan nih sah datangnya dari seberang. Mungkin juga resipi diciluk dari Spura/Johor memandangkan bapa angkat Mak sorang peniaga yang kerap berulang alik dari Medan kebahagian selatan Malaya.

Al-kisah ...

Bila Mak/Chik masukkan keratan2 terung dalam kuali panas, bunyinya tersangatlah meriah meletop2 almaklum bila air bertemu minyak panas, they just cannot get along well together, kan? Tengok keadaan 'bahaya' cenggitu buat I risau. Kalau letop2 debaboom, susahlah nanti I nak masak Nyai bila I kawin nanti memandangkan tu lauk fevret. Minyak panas merecik kena tangan, bukan ke boleh menghodohkan kulit?

But then, bila I mula masak Nyai, I got this great idea! Bila dah basuh terong bersih2, lapkan dulu kulitnya. Kerat 3-4 mengikut saiz terung pastu belah dua dan gariskan. TAK perlulah direndam terung yang telah dikerat dan digaris. Untuk mengelakkan terung lebam, Mak/Chik rendamkan dalam air supaya keratan terung tak nampak lebam tapi kalau tak direndam pun lagi baik sebab ia tak mencacatkan rupa dan rasa lauk pun.

9th Ramadhan
Jom kita masak terung??

Kerat terung dan garis rugged2 pada permukaan (memudahkan kuah menyerap)
siap digoreng, susun molek2 dalam pinggan
tabur bawang goreng
Bahan kuah: lada merah, bawang merah/putih, kicap manis, udang kering (ditumbuk/tumis).
Pastu campurkan air asam sikit/gula/garam

10th Ramadhan
Popia masih tak nampak bayang tapi berjaya buat roti sardin yang dah bertahun2 tak makan.

Inti: sardin, lada merah, bawang n perahan limau (tak perlu dimasak terlebih dulu)
Roti dicelup dalam batter tepung beras pastu digoreng garing.
Best eaten warm. Nyesal kalau tak cuba!

Sago gula melaka. Can do lah ek?
Sago gula melaka tu dessert hari Ahad (9 Ramadhan) tapi semangat tetap menyala2 nak buat something else so pepagi Senin dah rebus keledek oren. Niat dihati nak buat donut Melayu aka kuih keria namun semangat bersepai ditengah jalan so I kenot show off my kuih keria just yet *sambil senyom simpol mati*.

Nampaknya perjuangan perlu diselesaikan hari nih so keria bebeh..... come here to big momma!

Monday, 23 July 2012

3rd Ramadhan ...

Publish dulu gambar my late nite dessert untuk tatapan 'gang pencinta labu' dimana jua mereka berada.

Coretan long n winding road menyusul kendian as right now tuan punya blog sedang menikmati pengat labu yang dikerumuni oleh kuncu2nya sibiji sagu, hehe. I thot TB suka pengat labu as much as he likes bubur kacang tapi  rupa2nya pandang pun dia tak nak. TB kata dia makan labu buat lauk aje, sedeynyerr.. huwaaa ... *acah mak enon aje tu, hehe.. ekceli suker kita boleh ngap sensorang*.

pengat sebelum dialter tambah more gula melaka
Sambungan coretan long n winding road bermula  ...

Patutnya petang tadi I kebazar beli lontong kering (LK) tapi ntah camana rasa malas nak bersiap2, pulak2 tu I dah ada idea nak masak apa for berbuka. No hurry for that LK though, insyaallah esok masih ada mentari. Buruan LK akan tetap diteruskan, hehe..

Minggu nih kalau teringin kebazar, D harus jadi drebarnya sebab T bawak my car balik kemarkas. Lututnya kembali sakit, kesian pulak. Semester nih, setiap hari ada kelas dan untuk kekelasnya dia harus panjat berpuluh2 anak tangga. Untuk orang muda memang takde masalah tapi T ada case (muda2 lagi lutut dah haus kekdahnya). Kesian anak I.

Tambahan pulak dalam bulan puasa the so-called in-house cafe ditutup sebulan so dengan berkereta mudahlah dia cari makanan untuk berbuka/bersahur. Kawan2 pun boleh tumpang sama.

Geledah esbok terjumpa sebungkus mee kuning. Terjumpa konon, hehe. Nak masak apa? Mee bandung? mee hailam, mee kungfu or mee goreng? OK, since mee hailam (MH) dah angkat tangan dulu maka I obligelah. Tak baik kecikkan ati MH, kan you kan?

Mula2 sediakan cili jeruk .. 3 biji lada ijau dan sebiji lada merah sebagai penyeri, auww..

Kena hide dari Yat Maria nih, heheh.. *guwau Yat*
Maka jadilah kejadiannya cenggini ...

Alhamdulillah
Kot tak cukup sekuali mee hailam, I sediakan juga instant karipap yang ditaja oleh sepupu TB namun ....?

Down memory lane - karipap 3 segi
... namun karipap itew dipandang sepi dan serong oleh depa dua beranak. I tak kuasa nak menyimpan balik 2 biji karipap dlm freezer so dengan kudrat yang ada, I ngap dengan penuh tata susila all the three, noktah!

Lagi cerita semasa ...

Renovation rumah Ndja masih belum berakhir. Kalau dulu kita boleh aje hi hi bye bye bila berada ditaman memasing tapi sekarang dah tak boleh lagi sebab Ndja dah bena mini great wall of china, namun tetaplah ada gate kecik untuk memudahkan kita keluar masuk, mudah bertukar2 juadah dan mudah juga passing sebiji dua telur atau selawang bawang whenever we are short of one. Dua beradik yg 'rajin memasak' boleh short bawang telur bagai, kahkahkah.. Something amiss there....kaaan?

Pic taken on 7/7/12 tapi sekarang dah diplaster molek rupa paras
Dan more cerita sensasi terkini ...

Projek mega TB juga berjalan lancar, alhamdulillah.
Pic taken on 9/7/12

Work in progress 22/7/12

See that old shack? It belongs to our unknown jiran *pengsan*
That old shack gives me a shiver, dont you? Jin suka bermastautin dalam rumah kothong; whatmore rakan taulannya yang 'halus2' tu. Sure meriah. Owhhhhhhh tidaaaaaak, tak nak pindah, tak naaaak!

note: http://sukacupcakes.blogspot.com/2009/09/beraya.html

Cukuplah takat nih. Puan editor nak turu pulak, zzzzzzzz ....

Sunday, 15 April 2012

I'm obsessed !!!


bapak kucing berbulu musang
musang disangka dari Taipan
pengat labu pengat pisang
sekali suap tidak kecukupan!


Yang minat pengat pisang cuma T n me. Yang minat pengat combo pisang n labu cuma I sorang. D tak minat or rather tak pandang sebelah mata pengat thingy while TB lebih suka bubur kacang atau bubur cha cha yang berkeladi berkeledek bagai tu.

Kenapa bubur cha cha bukan dalam kategori pengat? Pengat cha cha, sounds yummy jugak, kan?

Berseri2 muka T bila diberitau I masak pengat. Soalan cepumas "ehhh...bila Umi masak?". Kita pungpang kat dapur dia tak sedar pun. Kita cairkan gula Melaka membuak2 bersememeh kat dapur pun dia tak tau. Bertuah kan? So kerja dia menggali pisangnya aje, tak cuit pun labu.

Tak dinamakan pengat kalau tak bubuh biji sago. Ikutkan hati nak aje curah sekilo dua, muahaha tapi kang pengat jadi ledut macam lengkong pulak, fail namanya tu. Masa menyuap ngap, ngap .. ingatan kembali kezaman purba semasa bertanya kat Mak/Chik, apa bendanya macam biji mata ikan tu? "Telur katak" kata mereka (bersekongkol) so tu jugalah I bitau D&T masa diorang kecik2 dulu, hehe..

Mak boleh sebut telur katak walhal musuh ketat Mak ialah katak. Serupa halnya bila orang geli tikus. Dapat bayangkan keadaannya camana tak?? Real huru hara wa cakap lu. Kita anak2 peka dengan 'amphibian kesayangan' Mak so bebila nampak kelibat katak, pelan2 kita pegang tangan Mak dan 'tatih' dia ketempat lain.

Camana bila Mak yang nampak kelibat cikTak tu dulu? Horror darab 18! Nampak hantu kum2 pun orang tak menjerit cenggitu. Dan....skill menjerit bila keadaan tak terkawal telah diwarisi oleh .....? Siapa yek?

Wednesday, 28 March 2012

Pisang dibingkakan ...

Editor Al-Kisah kembali berkarya so mukadimahnya haruslah show off a bit akan 'kerajinan' bermusim beliau, heheh ..

Dah berzaman tak makan bingka pisang tapi tekak nih terasa juga nak makan belebat, jejemput dan lempeng. Haloba yang terlampau tapi kali nih tak hingin nak layan bisikan makhluk bertanduk itew.



Sengaja guna 'loyang' lebar supaya bingka tak tebal macam kek. Untuk bingka, tebal2 tak best. Semolek2nya takat 2cm tebal so bila dipotong rupanya comel cam blondies/fudge, auww. Bila makan kek, bagian tepi tak menjadi kesukaan tapi bila makan bingka, kalau boleh I nak bolot semua bagian tepinya aje, boleh??



Pada satu hari yang ceria, TB & I berbual2 pasal pisang. Dia macam takjub dengan kemampuan I mengenal jenis2 pisang, ngeh3. It's not that his late FIL ada ladang pisang ke apa tapi camana I boleh kenal jenis pisang just by looking at the paras rupa pisang tu aje? Well..well..well.. tidaklah I ingin mendabik dada yang hmmm nih kan? but somehow hasil bercampur gaul dengan orang2 tua dan rajin ikut Mak kepasar, maka ilmu tu datang dengan sendirinya, auwww...

TB tu kaan, while he knows so many types of ikan air tawar, jenis burung yang berkicap tweet2, jenis herba dan makanan orang dolu2, dia tetap tak dapat bezakan jenis2 pisang; but wonder no more, dah dia tak minat makan pisang unlike you-know-who, kan? So, I forgive himlah.

Al-kisah ... Masa kecik2 al-comot dulu, I diexposed dengan 'pisang masak hijau'. Saiznya sebesar pisang montel tapi tak taulah why kulit pisang tu terlebih klorofilnya; dah masak ranum atau masih kelat, rona kulitnya tetaplah ijau.

One day, me and my 2-year old adik mintak more pisang kat Mak. Pisang tu nampak jelas dari pandangan sebab Mak letak atas esbok saiz kecik so kita yang masih ketot, katek lagi rendang memang nampak sah terang takyah suluh2 lagi, pisang ada atas esbok. Kiranya Mak kenot bluff us lah kan tapi Mak tetap bluff us juga, huhu....

Mak kata pisang tu kena simpan untuk Sultan. Waah!!! untuk Sultan? biar betik and that time kebetulan Bak & Mak baru berjumpa Sultan & Sultanah kerana perayaan hari Merdeka or maybe perayaan menyambut hari keputeraan diKotaTinggi, maka lagilah real pisang tu memang untuk Sultan.

Berasaskan RukunNegara #2, kita berdua terpaksalah akur. Patutnya I pakat dengan my adik. Kalau Mak tak kasi kita pisang, jom kita panjat esbok, panjat tangga, panjat bumbung tanda berontak .. pastu Mak panggillah Nanny 911, hahaha.

At the moment, my fav tv prog. is Nanny 911. Sesak napas bila tengok anak2 orang buat perangai nakal n terejal to the max tapi kadang2 kelakar juga. D tanya "kalau cucu2 Umi cam tu, camana?". I jawab "jangan datang rumah Umi atau duduk aje kat belakang rumah jauh sana main dengan ayam itik kucing" <- ..sadis punya grandma no?..

Cakap cenggitu (dengan niat) kononnya masa tu I dah berpindah ke desa halaman TB where there would be excess land for Tok Li, Tok Som n cucu2 beriadah outdoor, auwww seronoknya, kan?

Nota: My niece yang sebut pisang as pithang dah besar sekarang nih tapi tetaplah sebut 'pithang' juga, hehe..

Tuesday, 31 January 2012

saya buat roti ...

Malam semalam D tanya senang tak nak buat roti serupa cinnastix. I jawab"senang" tanpa secalit keraguan walhal bukannya tau camana nak buat pun tapi takat tekak sendiri dan takat anak tekak anak sendiri nak makan, memang I tak goyah punyalah, heheh..

TCTLSS maka siaplah sebuku dough yang tak tau untung nasibnya samada berbaloi dimakan oleh manusia atau berbaloi baling kat anjing liar yang suka baham anak kucing bawah umur dgn sekali ngap dileher; dan buat T meraong hilang ingatan selagi TunTeja (Umi dia ler tu) tak ambik tindakan drastik menyelamatkan anak kuch tu, nebermain if the time was @2 or @3am., tetap paksa Umi dia draib keta belakang rumah (siap bawak cangkul sekali) untuk selamatkan satu nyawa, tapi apakan daya .. cempedak tak mungkin jadi nangka :-)

Ishh..ishh..ishh.. cikSom dah melarat daah! dari cerita roti terus melilau2 kecerita lain, gitulah kekdahnya kalau minda tak berbedung ...

Anyway, bila ditanya reti ke D bentuk dough serupa cinnastix tu, tetiba dia plak 'pickle' minded. Kejap nak rupa pretzel makcik Anne, kejap rupa bun, kejap rupa cinnastix. Oit tambi, cepat decide boleh tak? Umi's tiak is at stake here, ok? (p/s Lili: I thebut 'tiak' aje pun, nothing more, nothing less, ngeh3).

Anyway, siapa suka duduk lelama dalam dapur esp when it is almost 11pm n the cuaca is kinda hot? Siapa suka angkat roti .. hehe.. Anyway, nak senangkan kerja, dough tidaklah dibega bagai cuma I mekapkan dengan unsur2 corak badan T-Rex jer. Taklah borrring sangat...........kan?? har3.


Atas roti ditabur gula perang + serbuk kayu manis pastu kalau suka, cicah dgn vanilla icing (which I made it myself but it was nothing like the bought one. Why??? *sigh*).


Gambar roti and its crumbs, harharhar ... (Rima/Yat... jgn gelak hokaay??).

Minggu nih nampaknya minggu mood D&T beraksi didapur, alhamdulillah. I dah mula perasan ada DUA in-house khadam maid of honor sedia berkhidmat, yeeeehaaa !!!!

For the record: Kesian entry nih terkepam lama dalam draft gara2 Netty demam kefialu. Published on 6 Feb 2012.

Friday, 16 December 2011

Disember 16 ...

Jumaat yang membahagiakan sebab takyah bersiap awal untuk menjemput puteri HangLiPo dari jajahan Kanda Deris.

You dah breakfast? Pagi nih I makan breakfast ala fusion - roti, cheese n serunding daging (yang memang sedap sebab sendiri yang buat, betul tak bedek. Fakta mana yang tak bedek? Lebih sedap atau buat sendiri? Dua2 fakta, heheh).

Breakfast makan roti tapi kenapa tunjuk gambar pau?? Saja suka tengok rupa pau tu yang macam muka alien. I suka pau inti kacang merah tapi masa beli dulu tu, I beli inti kaya. Bila sipenjual sangat konfiden "tanda ijo intinya kacang", I pun kata "saya ambik 2 yang takde tanda".

Each packet has 5 pieces so I bought 2 packets meant to be shared with Teh. Yang kelakarnya tapi tak terasa nak gelak bila tau pau2 semua tu berinti kacang so does it matter if bertanda atau tak?

Semalam buat kapkek nih lagi sebab nak habiskan crumbs. Dapat 8 aje.

Biskut nih dah berhari2 duduk dalam kotak atas meja makan. Mula2 ada 2 kotak. Sekotak dah licin hasil ngapan 2 beranak. Sekotak lagi tinggal 5 keping tapi dah dipandang sepi oleh tuannya. TCTLSS, I rebake it for 8 minutes and walla. I ngap sensorang! *siapmulutbersememehlagi*.

Ntah apa dah I buat sampai tertrigger those 'tools' to appear. Dah agak berkurun mende tu tak appear on my screen eventho I rancak bersiaran, memberi dan menjawab komen. Tup2.. dia hilang sekali lagi. I suppose all bloggers faham kegunaan 'tools' tu.

Soklan tanpa jawapan: heran mana peginya sepit2 baju kat rumah nih!