Malam semalam masak bihun soto dan kuahnya guna paste segera aje. Sepanjang catuan air tak payahlah nak berkira sangat apa yang dimasak atau dimakan. Janji kenyang dan tukang masaknya tak tension. Kalau nak lagi senang, beli ajelah. Macam tak biasa pulak, haha..
Pagi tadi makan lebihan bihun soto, 1 mug neskopi-o dan sebiji kapkek susu.
![]() |
| agak dramatik keadaannya bukan? |
Kenapa mesti camca tersentil cenggitu? Kasi chanlaa orang nak jadi Koperfil kejap.
HARI nih hari gantong periuk sebab Ndja dah bermurah hati nak belikan beberapa bungkus mee rebus (yang bukan calang2 punya mee rebus sebab ia membawa kenangan silam yang indah tatkala menyuapnya).
AHAD lepas ...
![]() |
| CAUTION: Please do not leave your valuables or bags unattended |
Hari menyambung silaturrahim yang terputus berdekad2 lamanya. 6 ladies of leisure having a good time.
Belum sempat warm up bercerita tup2 datang live band kemeja kita. Diorang sanggup menyanyi apa juga lagu yang kita minat so kita mintak satu lagu "yang sedap dan meruntun jiwa", haha..
Lagu 'Haryati' berentak keroncong didendangkan untuk halwa telinga mak2 dara, down memory lane kekdahnya wpun lagu tu bukan dari era kita. Masing2 mendengar dengan khusyuk, fefeelinglah kejap.
Diorang masih teruja nak menyanyi tapi kita kata cukuplah, terima kasih daun keladi kerana mendendangkan kita lagu sedap. Mak2 dara tak biasa dengar live band performing depan mata, dengan bunyi2an kuat. Kita nak berbual dalam keadaan aman tenteram. Kalau cakap jerit2 nanti by end of the day, leher mak2 dara bertukar jadi leher ostrich! Dah tak anggun lagi, kaaan? haha...
![]() |
| The mak2 daras yang pemaluus.. |
SEBELUM menikmati mee rebus, I nak kongsi samting...
Untuk yang 'rajin' macam I dan teringin nak makan kueh lopes
Verdict: Berbaloi jadi 'rajin', hahaha...
.










HorlicksCrunch nama diberi. Sangat sedap bila tergigit macam 'honeycomb' or maybe cornflakes yang crunchy. I tak licinkan satu cup tu sorang2, demi kesihatan (kaan?!).
Wallet Umi mencebik2 manja bila tengok bil, nasib baik tak meraong, haha.. *alhamdulillah*













Hers
His 
Kadang2 nak telur dadar. Caramelised onion adalah wajib!
... buat pizza guna roti as base aje. Those were for me n D.
Sajalah ambik gambar kulit telur dengan niat nak show off kita punya new *DSLR, ekekeke..




Afdal dimakan 24jam sehari lebih2 lagi dicicah dengan kuah kari & kuah samtum yang dah disimpan sehari semalam atau bermalam2 ...



