Wednesday, 27 February 2013

JJHM = jalan2 hujung minggu ...

Hari nih minum secawan nes. ditambah thuthu segar. Nengok pada mood kekdahnya. Selalunya tak tambah apa2 tapi kalau pepagi hari kehangatan dah dirasai maka afdhal sangat2 secawan nes. dibubuh beberapa ketulan ais....slurppp....haaaa nikmat!

Hari nih juga takde sarapan yang menggetarkan lelemak jiwa. I cuma ngap 3 ketul baulu ijau yang Ndja beri (sebalang). I tak minat makan baulu sebab rasanya sehala manis takde rasa lemak tapi kalau yang lembut dan luarannya garing2 lembut, yang tu bolehlah dibuat kawan. Suka bukan pada rasa tapi pada tekturnya.... *ishhh cerewetnya*.

Pengusaha baulu belum terpikir nak buat baulu marble lagi ...
In a way I makan baulu rona cream yang ori aje. Tak sker perisa oren atau yang bubuh choc rice tu. Tak sker, tak sker! termasuklah yang rona ijau tu, lebih2 lagi kalau diorang guna esen yang bau dan rasa seolah2 sengaja tuang chat ICI, heheh..

Ndja kata diorang guna perisa ori dari lelehan pandanus (percaya pada pengakuan sipenjual). I pun cuba sebiji. Hmm...takde rasa daun pandan pun tapi I sker tekturnya.

Hujung minggu adalah sesi jenjalan sambil menaikkan ekonomi negara (nyampah bila kena govt tax).

Jumaat ... 3 dara ber-ooo-laalaaa...

T's creamy n cheesy

bila ada nenas mesti namanya Hawaiian dot3...

deko dinding

dah glemer masuk sokabar
Sabtu ...
Kepinggiran PJ temankan T mencari dan membeli buku though we parted ways. Dia kat bookstore whereas I menjamu mata kekedai jual blouse dan mengusha pinggan mangkok (almost terjebak).

Fleamarket
I tak pergi kearas Fleamarket tapi cuma tengok dari tingkat atas aje. Somehow dari jauh I dah berkenan kat satu meja kecik tu, hehe boleh??  Done at this mall, kita pergi lunch kat nearby A&W. Terlebih umat disitu sebab ada bday bash. I tapau 4 bungkus burger tapi makan waffle kat situ kongsi dgn T.

Nak dijadikan cerita dalam blog, 4 bungkus burger yang baru beralih tangan langsong tak rasa piping hot, let alone warm. I tanya girl yang berkhidmat kat situ "dek, kenapa tak panas? boleh tukar tak?". Masam2 manis muka girl tu but in split seconds 4 bungkus burger seolah2 lahar gunung berapi, meletop2 panasnya, beralih ketangan mulus cikSom, hehe ..

Ahad ... 
 I pi mana ehh? Hmm.. lupalah pulak..
Oh yaaa.. Ndja n I melawat orang sakit. Nanti2lah I cerita lebih lanjut siapa pesakit tu dihati I yang luhur nih ya?? Kami kesana dah banyak kali tapi tetaplah sesat namun sesat pun bagus sebab cara tak sengaja kita tau kat mana ada warong jual pisang goreng yang thedap dan tak thedap, haha..

... sempat singgah keGiant PH kejap tolong tunjukkan pada anak pesakit camana rupa diaper untuk dewasa. Beli sebungkus dulu.

Terkini: diberitakan beliau dah setuju sebulat hati dimasukkan kehospital. Akhirnya alhamdulillah!
.
Nota: maaf kotak komen dimangga ketat ..

Tuesday, 26 February 2013

Perihal cikSiTi, kelukaan dan kesakitan ...

Sebaik saja mengenal pasti dalam bilik mesin basuh dah dicerobohi cikSiTi, eeeeuuuuwwww... tak sker tak sker!! maka aktiviti membasuh baju terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga tertangkapnya cikSiTi.

Penantian selama dua hari berhasil juga akhirnya bila cikSiTi masuk perangkap tak samar. Phewhh! lega sikit rasa dihati tapi kenapa ada rasa serba salah pulak? Patut ke ditamatkan riwayat cikSiTi tu atau dilepaskan begitu aje tanpa buat MOU dengan kita? ahaks.

Well... sorang kata kesian lepaskanlah, sorang melaungkan kita bakor kita bakor aje dan sorang lagi suruh lepaskan jauh2 kat Sg Petani sana, haha.. Pendapat sorang lagi sengaja tak ditanya. Biarlah dia tumpukan seluruh raganya mencari beberapa suap nasi untuk keluarga tercintass..

I dah was2 tentang kesucian bilik mesin basuh tu tapi kurang semangat nak bersihkan sendiri kerana kegelian dan kengerian kot terserempak dengan kawan2 cikSiTi yang ingin membalas dendham, heh.

*Light bulb* maka I dah sms Santi to come to my rescue. Selagi dia tak timbul depan mata selagi tulah I tahan diri dari jejakkan kaki kewashing area tu. Baju kotor sila timbunkan diri memasing, A.I.K? :-)

Sengaja tak nak suruh D atau TB basuh bilik tu sebab kalau diorang yang bersihkan, I terpaksa sama2 turun padang which I tak sker (tak sker bukan dalam kategori malas, bukaaan kan?)

Dalam masa yang sama mood memasak sangatlah out of tune disebabkan angkara pisau yang baru diasah tajam memakan diri. Ekceli bukan salah pisau tapi salah sipengguna yang tak fokus! huwaa.. Tangan hiris bawang tapi mata menjeling kebingkai cermin yang tergantong didapur, ouchhh!!! thaaketnya...!

P/S: bingkai cermin sengaja digantong kat dapur khas untuk I meninjau wajah siaran tivi yang dipasang dari ruang makan tapi macam bijak pulak buat kerja 2-in-1 cenggitu, kan? harharhar... (tak serik).



2 dari 4 contoh balutan
Paramedic D tolong bersihkan luka dan tampal plaster ala combat dan ala pocong (work of art kononnya).

Luka dihujung jari akibat terhiris kulit dan isinya sekali, dont play2.. sakit to the power of infinity taw! Pulak2 tu it's an open wound maka bila kena air, pedihnya tersangat berbaloi untuk melompat kijang menghilangkan dosa2 kecil ku, insyaallah. Truth is, I memang tak tahan pedih.

Masa kecik2 dulu bila Mak bubuh dettol kat luka, disamping almost meraung sempat pulak mintak Mak 'tiupkan' luka. Sekarang nih tak yah tiup2 lagi. ON aje kipas, tekan paling maksimum, walla! Dengan jari2 sekali boleh melayang, harharhar...

Musibah luka sikit yang I alami tu, hikmahnya buat I berfikir lebih jauh lagi. Apalah dengan rasa pedih yang sikit tu jika dibandingkan dengan keadaan seseorang yang sedang menahan kesakitan akibat kanser PD tahap kritikal.

Keseluruhan tangan kanannya membengkak, dia tak selesa bergerak lagi kerana setiap pergerakan diiringi kesakitan yang amat. Ditambah pulak kesakitan dari luka2 dibahagian PD yang dibersihkan sendiri semasa kudratnya masih kuat.

Suami yang menjaganya full time tapi sejak keadaannya semakin tenat, suami hilang daya & kepakaran untuk melakukan yang terbaik supaya isterinya selesa selama berada dirumah.

Yang sedihnya, baru sekarang setuju menelan pil tahan sakit sebab seumur hidupnya dan selama tau dirinya tak sihat, tak sebiji pil pun diambilnya (sejak azali memang 'takut' dengan segala ubat2an). Nasihat dan pujukan untuk berjumpa doktor dipandang sepi.

2 hari lepas, keadaannya semakin menyedihkan. Pilu dan insaf bila tengok dirinya jadi macam tu. Berbaring tapi tak boleh melunjurkan badan terpaksa baring mengerikut serupa udang kena masak. Dia tak mampu berdiri apatah lagi menguruskan dirinya sendiri. Badan kian lemah kerana dah lama hilang selera makan.

Sesi pujuk memujuk secara lembut masih diteruskan agar dia setuju dimasukkan kehospital. Orang yang sedang sakit hatinya rapuh cepat tersentuh dan tersentap. Seboleh2nya jangan buat dia terasa 'habis madu sepah dibuang'.

YaAllah, lembutkanlah hatinya, amin.
.

Thursday, 21 February 2013

Kalau dah ajalnya ...

Bila berjalan jauh I nak cepat sampai tapi tak berapa nak congkil kenapa dan mengapa I jadi macam tu... Nasib baik dah ada hobi baru *wink* maka perjalanan sejam dua tak mendatangkan mudarat malah  mendatangkan pekdah jua :-)

2/12 4pm

Al-kisah di RD (lagi..) .. sejak dua menjak I amat berhati2 bila menyapu atau vakum habuk. Kalau boleh I cuba hindari diri dari menjadi pembunuh bersiri pada para serangga (except cicak) yang tak berdosa tu. Kali nih cuma terserempak dengan serangga nih aje ...

Mere nam Kacong, hehe..
Masa kecik2 dulu Mak buat kita heran bila dia bercakap dengan kacong "kacong kacong, macamana cikSom tidur?". Bila kepala kacong bergerak2 senget maknanya cikSom juga tidur senget cenggitu (which is bid'ah) but all the same it was plain fun!

Kat atas tu kacong, kat bawah nih apa namanya ehh? For sure bukan grasshopper (sorry as at this very moment terforgot nama Melayunya ... haha betul ngengada but that's a fact. Almaklum dah kertu, I tend to forget names n things). Ooooops, dah ingat daaah...grasshopper ialah belalang, hehe.. (so kat bawah nih sepupu belalang kot?).

2/13 1051am
 Bila dah siap vakum lantai, cubalah nak vakum celah2 pintu sliding tup2 ternampak ... alahai kesiannya. Tak sangka pulak ajalnya secepat tu? sob2.

1120am
Tak dapat nak diselamatkan lagi ...nak buat CPR pun kenot as its head oredi terlentuk. 

1241pm
Dah jadi rezeki silabah2 so I permudahkan usahanya dengan memberi perkhidmatan 'air-lift' percuma. I hangkut kedua tu sekali kedalam rumah pastu I tengokkan aje kemana silabah2 mengheret rezekinya.

Ohhh... dia makan sensorang nyorok tepi meja rupanya ehh ?? Tak pelawa kita ponn??

Anyway sekarang nih tengah tunggu TB balik dari servis kereta pastu apa lagilah khaan? Bonding time dengan jelen2 ceri meken..yeehaa..!
.

Tuesday, 19 February 2013

Ebony n Ivory ...

Ebony And Ivory Live Together In Perfect Harmony ... sepatah kata Paul.

Lagu Ebony n Ivory ditujukan khas pada para cicak seantero dunia dengan ucapan "berhemahlah bila melepas".

3 hari 2 malam di RD sekejap benar rasanya. Masih ada 2-3 kerja yang belum selesai. Salah satunya kelepet hem dan jahit jelujur langsir yang terover labuh. Terlepas pandang masa belinya dulu. Tulah banyak sangat pikir pasal BR1M kot? errrk...

RD ditinggalkan tanpa caretaker tapi sepupu TB yang duduk berdekatan tolong tengok2kan juga. Kita tak nak menyusahkan dia tapi dia berbesar hati nak tolong. Alhamdulillah.

W'pun rumah bertutup rapi dan jauh dari habuk jalan raya, rumah tetap berhabuk juga ditambah dengan 'habuk' dari serangga cenonet yang dah mati bergelimpangan dilantai. Tak sukalah tengok hitam2 kat lantai sebab nanti I jadi nervous :-(

Bab mengemas, I tak boleh take the credit alone sebab TB tetiba tersangat rajinlah pulak esp menyapu daun2 kering, bersihkan keliling rumah dan apa2lah yang patut a man of the house buat. Dia siap beli boot rona hitam ala PhuaChuKang bila melawat kawasan, haha.. Bersemangat!

Semua kerja dibuat with pride and joy tapi ada satu kerja macam dah naik hangin bila nak membuatnya iaitu bersihkan 'ebony n ivory' si cicak & the gang. Paling tak tahan bila ada kes cirit dimana hasilnya terpalit kelangsir dulu sebelum splash kelantai. Satu kerja pulak kena turunkan langsir dan basuh, huwaaa...

Surat layang untuk cicak & the gang: Saya paham bukan manusia aje boleh kena cirit bila tersilap makan, awak yang berdarah sejuk tak terkecuali tapi tolonglah lepaskan kat tempat yang sesuai sikit, boleh ke? Bila makan serangga kunyah betul2 supaya cepat hadam, jangan main telan aje. Tak payah makan buah w'pun banyak bitamin sebab buah2an tu sejuk tak sesuai kat perut awak yang sedia maklum berdarah sejuk.

W'pun ebony n ivory cicak tu kecik aje tapi bila come in contact kat tangan masa mengelap, terasa cam mengelap kumuhan gajah pygmy penuh satu tapak tangan. Kalau hasil cirit splashed kat lantai dah kering, terpaksalah direnjis dipilis sekitar mendealah tu kasi lembap dulu then only baru dilap bersih. Satu kerja pulak kan?

Dugaan dari cicak2 tu tak sebesar mana pun. Bring it on cicak, haha.. Dugaan untuk I dapat pahala lebih kekdahnya tapi tetap mengucap panjang bila cicak & the gang buat onar kat water dispenser. Geli punya pasal terpaksalah ditutup segala lubang dengan tuala esp bila dispenser tak digunakan dalam kadar waktu yang lama.

Cold n hot water dispenser
The 1st item yang TB pasang di RD even before us humans moved in. Pasang dispenser tanda kasih pada BIWI dan juga untuk menyenangkan diri sendiri buat minuman bebila dia suka tak kira masa.

Hidup TB !!
.

Menjepunkan diri ...

Isnin 18/2/13

D kena tahan polis masa road block malam semalam. Dah kena tahan barulah tersedar lesen memandu dah mati, ishh ishh ishh.. Nasib baik tak kena saman!

Tak boleh berlengah lagi sebab lesen dah mati lebih sebulan. Terlanjur I nak keMydin, I ajak D ikut sama sebab kat situ ada pejabat pos. Bolehlah dia renew lesen.. kopak RM107 jer (jer???).

I masih taat berbelanja barang dapur diMydin. Selain jimat minyak kereta, banyak benda2 penting yang memang murah disitu berbanding tempat lain contohnya makanan kucing dan detergent. Selesai diMydin kita singgah bertanya kabar kat Giant pulak, dah next door kekdahnya. Kalau tak singgah, nanti kecik hati pulak Giant Doraemon tu, heheh..

Beli 3-4 barang juga diGiant tu termasuklah 2 batang roti perancis. Sejak dua menjak D rajin buat garlic bread dan spreadnya tu pun dia buat sendiri. Jimat katanya.. KeGiant tu sebenarnya nak fefeeling (I pinjam Yong K's fav word) macam orang Jepun. Orang lain dah berhi-tea, kita baru nak berluncheon..

Mine, takoyaki n fried mini fillet of fish

Besides salmon, D had this.. tak sangka I boleh telan belud!

cicah dengan kicap+wasabi, urghh....tak sedapnya wasabi itew!

Dah makan masin2 haruslah ada manisannya, ya tak? So kita koner ke JCo..

Avocado & Green Tea

Ikutkan hati nak beli 6 but nope! beli 2 aje dah! Jangan ikutkan hati wahai CikSom oii!!
.

Monday, 18 February 2013

Hari yang suam2 kuku + sesejuk hidung kucing ...

Dari semalam paksa jari jemari menari2 atas kibod namun 2 entri yang dikarang tu masih tak cukup masam manisnya lagi. Seperti biasa, ia menjadi rezeki 'draft' yang kian mengembang. Apa ajelah yang ada dalam draft tu sampai tersimpan sebanyak 290 unpublished entries? Kena buat spring cleaning nampaknya nih..

sembunyi belakang langsir ala dara pingitan
ketika ketandusan modal berkarya
walaupun
.
.
sepinggan mee bandung
dah selamat dislurp dengan jayanya
alhamdulillah 
 
(leftover) mee bandung for breakfast

Mood sebelum pukul 11 pagi adalah suam2 kuku + sesejuk hidung kucing UNTIL dapat bil letrik yang membawa perkhabaran menyenangkan hati jantung paru2 dan limpa! Cukup bahan untuk buat sambal goreng tu, heheh ..

Selama nih rasa 'bercinta' bila bayar bil letrik sebab amaunnya macam tak masuk diaqal tapi tetap juga dibayar takut letrik kena potong (kang tak dapat tengok drama kat tivi guna rice cooker untuk masak nasik, kesian TB bila dia tak dapat makan nasik fluffy2, kaan?). Having said that, I masih reti tanak nasi tanpa guna rice cooker, percayalah.

Duit rakyat marhaen dipetik dari rumput dan lalang kah?

tepuk tangan sambil lompat kijang

Dah tengahari tapi jari jemari masih mematuk kibod dimana sepatutnya I dah mula menumis as by 1pm TB got to have his lunch before he goes off to work at 2pm.  Kejap eh TB, kejap. Ada satu dua line lagi nih ... jaap!

Masa kat RD beberapa hari lepas, kita singgah diBemban beli buah2an segar ...gitulah yang didakwa oleh penjual aka tuan punya kedai. Since then, kami dah naik syok dengan buah jambu nih ...

Jambu madu namanya ke? Rangup & manis
Sekilo RM9 di Bemban tapi diTaipan harganya RM8.50. Terheran pulak.. patutnya harga diBemban lebih murah dari kedai diTaipan. Hmmm...

Ubi rebus

samtum bilis
 Dikedai yang sama beli jambu, I beli ubi kayu tapi tak taulah pulak ubi tu ubi kuning. Empuk memang empuk tapi agaknya dah tua sikit sebab berserat. Ubi rebus sebagai sarapan masa diRD, cicah dengan samtum bilis. Juling mata kejap, heheh .. (konon sedaplah sangat samtum bilis tu hingga juling mata, kah3).

Ooops.... TB dah sound lembut gigi dari lidah "dah pukul 12 you tak masak?.

OKlah gtg now, masa untuk berkhidmat ...
.

Tuesday, 12 February 2013

RD here I come ...

Selepas zohor rancangannya nak bertolak ke RD tapi dah almost 2pm masih tak bergerak lagi. Seperti biasa dapur takde aktiviti selepas 10 pagi sebab mem sibuk berkarya & BW mengemas *wink*.

Selalunya kita singgah R&R AK for late lunch tapi kali nih tak boleh nampaknya sebab tempat tu mesti dikerumuni umat.

Tak tau macamana keadaan sepanjang perjalanan nanti. Diharap tak tempuh kesesakan yang melampaui batas sebab hari nih sebilangan besar yang bercuti mungkin dalam perjalanan balik kedestinasi masing2. Berita TV dah beri amaran hala keselatan dan keutara mengalami kesesakan teruk - massive jam katanya.

Semalam mem masak 'kus-kus' dan lauk daging beriani atas permintaan siadik manis, hehe.. Dah ada lauk spesel tu, mem terajin nak menjala pulak. Bila TB tanya apa yang I buat untuk bekalnya malam semalam? I jawab surprise! kenot tell (sebab malam sebelumnya I mogok tak buat apa2 untuknya mengunyah diofis).

Am sure TB tersenyum riang tatkala menikmat RJ diofis (sambil lambai the real RJ diPerancis) dan terdetik dalam hatinya "cayang diaa" :-)


couscous & beriani daging -sarapan tadi

rupa couscous macam manik2 kecik

pulut kuning

periuk dah licin baru teringat nak klik2

Dah 2 minggu tak keRD, tak tau samada rumput2 yang ditanam sebulan dulu hidup menghijau segar pugar. Diharap takde binatang atau serangga liar yang merindui mem macam minggu lepas. Kita masuk toilet pun dia nak ikut makanya mem tetiba jadi shaolin warrior berhempas pulas dengan sekor nih ..

nasib baik mem tangkas guna batang mop, har3...

Till then, salam ceria ...
.

Saturday, 9 February 2013

Eve of CNY ...

Tulis tajuk cenggitu macamlah ada kena mengena dengan I, hehe.. Best juga takde kena mengena, kalau tak surely I tak menaip sekarang nih sebab sibuk jadi menantu contoh tolong mak mentua kat dapur, kaaan?

Anyway, dapur para MakNya mesti tengah sibuk sekarang nih almaklum petang nanti ada jamuan besar2an. Mungkin dari pagi dah mula merebus pot belly dan sea cucumber aka timun laut (suka hati aje kasi direct translation). Sebenarnya tadi tu I lupa namanya gamat until I tanya T. Bukan mengada tapi hakikatnya minda dah kertu, TST ajelah.

Sea cucumber (SC) ada berbagai jenis dan kualiti maka harganya juga berbeza dari semurah2nya hingga semahal2nya. I tak pernah makan SC tapi pernahlah pegang yang dah direndam dan dibersihkan kat supermarket tu.

Talking about supermarket, Giant supermarket dah pun dibukak pada 31Jan lepas. Takat nih I dah kesana 2x, hehe.. Pantang ada tempat syoping baru dibukak ek? Ehhh taklah.. pergi tu pun sebab temankan T.

Hmmm ... turutkan juga selera orang muda ... 2 hari 2 kotak ...


Dua kat tengah tu perisa durian
Jangan tanya kenapa diletak gambar yang sama tu. Dah katanya blog sendiri, kaan? Sajalah nak tunjuk betapa terernya my kamera hp berfungsi, keh3 *gurau senda hari raya Cina kekdahnya*.

Anyway, I sedang dalam dilemma. TB dah beli hp baru dan I akan mewarisi hp lamanya tu. 3 beranak tu asyik tanya bila I nak guna hp baru tak baru tu. Kalau tak kerana hp Cokia dah buat pe'el nyanyok dia, takdelah I nak guna yang lain (malaslah nak suai kenal dengan hp baru .. kekok).

Tak suka kena desak2 cenggitu (though I know they meant well) I kata "nantilaaa ehh?".

Tak ke diorang paham perasaan I? Rasa sedih meruntun jiwa bila nak berpisah dengan something yang dah jadi sebagian dari kehidupan seharian, mengharungi saat2 jubilant rejoice suka duka nestapa bersama. Perasaan cenggitu berulang kembali, sama ketika berpisah hidup dengan my Jaguar (bukan nama sebenar) kira2 2 tahun dulu.

Tengoklah camana keadaan my hp tu nanti. Kalau dari nyanyok terus koma dan bedridden, mungkin tulah masanya I bergaya bertukar kecinta lain, huwaaaa....tak rela!

OK, done with the drama, it's time to be heading to the kitchen. Masa untuk masak pulut kuning dan rendang. Tiap kali khatam, tulah aje yang dia mintak. Isssk.... Tukang masaknya bila pulak nak khatam kalau bacanya semuka sehari?

Camana kubur nak terang? Pls buck up!
.

Thursday, 7 February 2013

Limau Mandarin ...

 Limau Mandarin sinonim dengan raya Cina. Seronoklah pada orang yang suka makan limau dan rajin mengopeknya. Tiap kali TB kopek sebiji dua limau, I mengecek seulas dua.

I tak rajin kopek limau sebab malas nak lalui beberapa proses....cerewet katanya, kaan?


seulas limau
Gitulah cara I makan seulas limau... Pegang kat bagian curve tu molek2, gigit sekali kunyah, gigit dua kali kunyah. Selesai kunyah mengunyah terus buang sisa dari 'curve' yang liat tu. Makan cara tu insyaallah takde biji yang tersesat masuk kemulut so takyah ptuii ptuiii keluarkan bijinya. Kalau yang liat tu berbitamin, am sori ya ...

Hari nih bebel sikit cukup sebab nak jenjalan pergi Giant yg baru dibukak tu. Dah sepelaung aje dari rumah, kalau tak pergi kang kecik hati pulak siGiant Doraemon tu.

NOTA PENTING:
Sesi terjah boleh dianggap berjaya, alhamdulillah. Semoga segala yang baik bertaut kembali, insyaallah.
.

Wednesday, 6 February 2013

Terjah ...


Chill dgn Magnum kejap

Berdebar2 dubdab dubdab ...
Tak pernah terjah kerumah orang
Macamana orang2 media boleh terjah kerumah orang tanpa rasa malu rasa segan?
apa rahsia muka tebal?

Hari nih adalah harinya
4 CharLee's angels akan beraksi
terjah dengan cara halus
terjah dengan memberi salam
tanpa kamera maupun video
untuk dijadikan bukti

Terjah kerana ambik kisah
kerana sayang
kerana kesian
kerana silaturrahim

Tak tau apa kesudahannya nanti
The 4 Angels betul2 ambik risiko
akan dibenci
akan dipulau
akan diberi 'bahu sejuk'

YaAllah
sematkanlah dalam hatinya
bahawa yang berlaku adalah untuk kebaikkannya
untuk keselesaan hidupnya juga

Aduhai
semakin kencang jantung berdegup
kita minta cara baik tanda hormat
tapi diberi berbagai alasan
so this is it ...

YaAllah
semoga dipermudahkan
semoga silaturrahim semakin kukuh
semoga kasih sayang bertaut kembali
Amiin ..
.

Monday, 4 February 2013

KL aje ponn ...

Jemaat lepas I ke KL ...
Gitu mukadimahnya short n sweet tapi you all jawab "so what?" ...
eh ehhh, sampainya hati?

Tengah bersemarak nak cerita almaklum setahun tak sekali I jejakkan kaki keibu kota (takat pinggiran ibukota adalaa 2x setahun).

Dari rumah T draib kestesen LRT TmnBahagia menuju kestesen DWangi. Dari sini naik teksi terus keshopping mall. Tak laratlah nak berjalan dari stesyen kestesyen, rosaklah stiletto 6" cikSom, kaan? haha..

12pm: Cuti hari Wilayah Per. keadaan KL tersangat aman, tenteram lagi makmur. Biar betul? sopannya orang KL tak keluar bersyoping pada hari cuti dan awal bulan? Baguslah, orang KL macam tau2 aje orang PJ datang bersyoping so diorang bagi laluan mudah pada kita, alhamdulillah.

Uncle teksi semasa-mudanya-mesti-hensem merungut takde pelanggan. Lepas sejam mundar mandir atas jalanraya baru dapat enam ringgit dari orang PJ. Tetiba berputik rasa kesian kat uncle tu. Dah tua tapi masih bekerja, hmmm...

4pm: Sangkaan I meleset rupanya. YaRabbi.... tetiba meremut2 manusia cam semut kat shopping mall tu. Takde maknanya orang KL nak lepak2 duk dendiam kat rumah masa cuti. Lagi pun raya dah dekat, nak juga beli selai dua cheongsam. Kalau tak beli apa2 pun, tengok tanglung merah bergantong2an tu pun boleh semarakkan mood raya dung2 chayy...


Luar dalam mall penuh manusia for sure susah dapat teksi tapi alhamdulillah tak begitu jadinya. Teksi tu seolah2 menunggu kita. Pakcik bawak teksi tu skilnya setaraf F1. Cilok sana, cilok sini. Dua beranak dah kecut perut dibuatnya! I pandang T, T pandang I. Kelu lidah untuk berkata.

For the 1st time nampaklah rupa the much talked about Pavillion tapi sori kita tak heran pun. Riaknya statement awak cikSom? Oooppss sori tapi tulah hakikatnya namun I lebih minat keParadigmMall aje...

somewhere @ KelanaJaya
Pergi KL tanpa niat membeli APA2 sebab temankan T aje. Kalau dah keluar tu, boleh ke tak membeli? Menciiiiiiiiii ..... sebab kalah dengan bisikan syoitan! End up TERbeli ...

Bummer! nak rona hitam tapi beli rona coklat
Naluri pempuan. Bila tak beli rasa menyesal. Bila dah beli pun rasa menyesal. Camana tu? Sigh..

Selain mendealah tu, TERbeli juga sebiji mangkok (macam kat rumah tak cukup mangkok) dan dengan voucher sebanyak RM50 I beli the whole mall, haha..

Nak tunjuk apa yang I minum hari tu. Dah janji pada diri sendiri nak cuba buatnya ..

Cincau & longan mesra bersama (pelik2 sedap..sila bayangkan rasanya)

Sebelum mengundurkan diri yang semakin berat nih, errrghhhhh..... (must I tell the whole world?), sukalah nak berkongsi pengalaman mendebarkan jantong semasa dalam LRT OTW home ..

T & I duduk mengadap. Sesaat duduk, T bukak kotak kek sambung makan kek yang tak habis. I jeling manja kat dia. Bila seat sebelahnya kosong, I pun beralih punggung kesana. Ntah kat stesyen mana LRT berhenti, naiklah 2 orang jejaka yang amat tampan lagi bergaya.. I beri nama pengenalan as Tampan A n Tampan B, ok tak? Berdua tu (literally) duduk sebelah I, auwwww....

Ekceli sebaik saja sitampan dua orang tu masuk LRT, terdengar suara BERDEHEM yang amat LANTANG dibuat dalam kadar SANGAT CEPAT, 5 ehem sesaat kekdahnya. Cuba berdehem cenggitu just to get the picture.. Horror tak?

Ketahuilah kita penumpang LRT pada petang tu, deheman (ada ke word nih?) yang lantang tu datangnya dari siTampan A. Semua mata mandang senget kearah Tampan A dan yang kelakarnya (tapi masa tu sumpah takot giler) Tampan B secepat kilat melompat kijang terus berdiri tegak.. kah3, takotlah tu?

Since Tampan B dah berdiri ketakutan, kedudukan I dengan Tampan A terpisah 1 seat aje. Sebaik saja Tampan B berdiri, Tampan A terus senyap, no more berdehem2. How is that so? Tetiba tekaknya dah tak gatal lagi ke? Dah kehabisan phlegm ke? haha..

Allah aje yang tahu betapa takot dan berdebar2nya my jantong. Terkeluar segala surah satu mukadam I baca untuk hindari diri dari musibah sambil duk mikir apa I patut buat sekiranya Tampan A dare enough to do something funny.

LRT berhenti lagi kat satu stesyen. Kali nih giliran MakNya pulak terperanjat beruk, kih3. True enough dia duduk sebelah Tampan A. Nak tau apa Tampan A buat? Dia tak berdehem lagi tapi dia selangkan kaki dia, kejap kekiri, kejap kekanan pastu hentak2kan kaki dia. Punggung MakNya hardly touches the seat, dia juga terus lompat kijang ...

Tampan A gelak2 sambil cakap "jangan kacaulah orang punya tempat duduk .....blurtblurtblurt".

Dengan debaran yang memuncak, I maintain terus baca ayat2 lazim, tetiba T bisik "Mi...kita turun kat stesyen lagi satu, nak?". Mau tak nak??? Rasanya bagus kalau kaki I macam kaki sotong, muahaha..

Tulah aje cerita adventure 2 beranak kali nih. Ada nota tambahan kat bawah nih. Sila baca dan bayangkan.

Nota:
Tampan A = pakcik tua rupanya tak terurus. Tertanya2 juga kenapa dia macam tu?
Tampan B = jejaka biasa yang terglemer sebab masuk blog cikSom, heheh..
T terus berhenti makan kek .. hilang terus seleranya .... kah3..
.

Friday, 1 February 2013

Dah bulan dua?? ...

2 hari lepas I jadi mak andeh jadian sebab mati2an menyangka hari tu 31hb (padahal baru 30hb). Kalau dah 31hb, esoknya mestilah 1hb, kaaan?? Sedar diri hutang bank kena bayar 1hb, I tak berlengah lagi. Nasib baik bank kat belakang rumah aje, hehe.. (bank dalam rumah means something else, ya tak?). 

I pendek langkah sejak T bawak kereta balik kemarkas maka aktiviti seperti JJCM/JJCL terhenti tanpa rela. Nasib baik D ada kat rumah masa I terdesak so kenalah dia jadi supir mem. I boleh aje guna kereta dia yang manual tu tapi masalahnya, I dah LUPA camana nak gohed gostan guna clutch brake henjut2 kaki kat bawah tu, haha.. Hebat tak hebat tu, boleh lupa? Kadang2 heran juga camana I boleh pass driving test sedekad yang lalu.

You tanya how come baru sedekad bawak kereta sedangkan I dah masuk kategori keemas2an? Boleh tak kalau tak tanya? *sambil cekak pinggang* tapi takpe, it's just that Allah pinjamkan keberanian terlewat sikit pada I, alhamdulillah.

I think dalam kelas memandu tu, murid yang paling 'matang' adalah I, hehe .. whereas yang lain2 tu mostly budak hingusan lepasan SPM. Masa driving test, OMG! Ketaq lutut u'olls but I persevere, cewah. Bila dengar orang langgar tiang, aduhh! apa pulak I akan langgar nanti?

I masih tak puas hati sebab dapat kereta kancil buruk .. gear boxnya serupa gigi susu tunggu saat tanggal aje and yet kereta tu diguna untuk naik bukit dan buat 3-point turn. Ehh, diorang sengaja nak failkan I ke? Nasib baik test kat jalan raya I dapat draib Bentley, muahahaaa... (bayangkan rupa Bentley dah mengecut sekecut sekor kancil, har3).

TCTLSS, I passed with flying colors .... 1st attempt pulak tu, whoaaaa.... *so proud of myself*.  Berbaloi segala usaha dan lewat tidur malam kerana mentelaah buku panduan memandu dengan hemah, haha..

OK, jom balik kepangkal jalan.. cerita pasal pergi bank. Hutang yang nak dibayar tak banyak, lima ploh ringgit aje. I tak anggap I berhutang sebab 50 ringgit ialah cukai perkhidmatan (CP) tapi perkhidmatan camana yang dimaksudkan tu?

Adakah CP kerana menyediakan kad kredit pada pelanggan atau CP kerana menggunakan kad untuk urusniaga? Kalau tak guna langsong untuk urusniaga, kenapa perlu bayar CP juga? I memang blur bab nih but now I am torn whether or not to continue keeping the card or cerai talak 3 aje, discontinued!

Tak memasal sedekah pada bank yang sedia kaya tu tapi sayanglah pulak sebab kad kredit tu ialah kad pertama I pegang sejak 1987 (AB sure tengah cari kalkulator nak kira umur I, kan??). Asal kad dari Southern Bank tapi dah bertukar keCIMB sejak depa berganding bahu. Sayang nak discontinue sebab jumlah had kredit sangatlah muai.

In fact I ada satu lagi kad kredit, dapatnya pun secara kebetulan masa I tuang minyak diPetronas. Orang tu kata kalau I setuju, dapatlah dia komisyen seketul dua. Alahai.. kesianlah pulak merayu2 cenggitu namun sebab utama I setuju kerana yuran tahunannya percuma, hehe ,,,

Berkat 'kesian' punya pasal, kad yang dimaksudkan telah membuat amal jariah membantu seseorang yang sedang dalam dilemma dan pada masa yang sama kesempatan wang ringgit.

Masa nak masuk bank, ada sorang budak pempuan beri salam. I sambut salamnya dengan senyuman agak manis dan terus bergegas kedalam bank. Masa keluar dari bank, budak tu datang dekat sambil tunjuk apa yang ada ditangannya dan blablabla menerangkan sesuatu ..

Dah selalu sangat tengok orang2 berkenaan tunggu diluar bank dan dah banyak kali kena approach tentulah I dah faham tujuan budak pempuan tu tapikaaaan, hati I adalah sangat jaaaaa-at masa tu. Astarghfirullah ..

Sebelum menghulurkan apa2 yg patut dihulur, I adakan Q&A kat budak pempuan tu dulu. I tanya macam2 dan jawapannya: umur 22 thn, tak belajar, tak bekerja dan buat kerja amal tu tak dapat elaun. Datang all the way dari utagha naik kereta dgn kawan umur 25 thn. I tanya kawan lelaki ke pempuan? Pempuan katanya.

I bercakap as if she is my own daughter dan I sorang emak yang sangat perihatin dan risau tentang keselamatan bila anak dara berjalan jauh dari pandangan mata. I kata tak payahlah datang jauh2 kesini (Sgor) buat ajelah kerja amal kat tempat dia aje.

Sepatutnya bubuh sekali nama Pengetua dan no. mykadnya
Baguslah kalau takde unsur penipuan tapi yang nak menderma perlu diyakini dulu almaklum sipenderma pun nak pahala juga. Kalau hati berkata2 takde gunanya but having said that (menurut ustaz ditv), niatkan saja untuk menderma tak payah susah berfikir samada ada penipuan atau tidak.

Tetiba cerita pasal semua tu walhal pada mulanya nak cerita pasal pembantu rumah (even though I aint got no maid).

Oh ya, wajib tunjuk salah satu lauk untuk dinner pada malam bulan mengambang pakngahlah balik, hehe..

masak lemak kobis.. suka tak dengan prop itew? haha..
Lemak kobis yang simple nih dah jadi kesukaan keluarga. Baguslah, I pun senang hati sebab nak buatnya senang, sambil terlelap pun boleh siap, heheh.. 

OK then, hari nih cuti hari Wilayah tapi atas pujukan sidara, I terpaksa temankan dia ke KL. Macamlah kat this side of our world takde baju yang cantik2, kena pergi KL juga?? Haishh... Dahlah nak keKL tu macam nak keParis (pada I laaa...).

KL tu jauh sangat laaaa.... apa pun diharap keadaan kat sana tak bersesak2. Diharap semua orang KL tidur sampai malam, harharrrharrr  (gelak evil knieval kekdahnya nih).
.