Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Wednesday, 9 November 2011

Desserts RayaHaji ... gulp!

(masih) cerita pagi raya qurban ... at last hati terbuka nak buat kek alunan ombak dan jejari sepan berkrim. Pukul 10 pagi baru terkial2 tiup wisel kerahkan segala bahan yang diperlukan berkumpul atas meja. Boleh gitu? Ha'aa.. kalau I jadi AceVentura bolehlah kot? Bezanya dia panggil binatang2 ...

Mula2 buat jejari sepan berkrim. Dessert nih tak perlu dibakar tapi dimestikan simpan dalam esbok (lagi lama lagi bagus) supaya krimnya 'set' cantik molek tak cair.

Guna 3 jenis 'krim' termasuk whipping cream (yang masih bertafakur dalam esbok). Selalunya orang guna 2 jenis aje tapi kenapa I teroverzealous guna 3 pulak? Mesti ada valid reason selain mengada hobi suka sangat menderhaka pada resipi.

Whisk ketiga2 krim berasingan pastu campurkan semua, kacau penuh gemalai. Kata hari raya kan?? haha..

Silap guna acuan (yes, blame it on the acuan, hehe) maka rupanya kurang menarik. Tak puas hati menurut piawaian sendiri.

Gah bunyinya guna 3 jenis krim tapikan tapi .. apsal yang nih macam kurang krim aje?

Ada satu lagi nak tunjuk, hehe .. Sabar na..

Nak juga buat kapkek tapiiiiiiiiiii sabar takat dapat 13 biji aje, hehe..

Testing 1 2 3 .. Chef harus ngetes dulu, kankankan??

Hilang kesabaran dah! Dari nak buat kapkek, semua adunan dijadikan satu! Siap aje kek tu, terus dimakeoverkan sebab rupanya quite boring so ana thabur therbuk khokholah! haha..

Dah tabur serbuk koko baru risau kek tu pahit, haishh.. Another makeover is necessary so icing sugar did some justice. What if manis sangat?? Takyah risau, kasi kat semot jerlah.


Whatever it is, dont you think the colors are so sweet sweet belaka??

And last but not least ...


Nilah rupa sebelum jadi kek. Naik semangat kita bila mula tuang dan bancuh esen hijau, kuning n merah. "You mix at least two different colors so you can get another new color or new tone".

All in all, it was fun playing with creams n colors! Betul, kita tak bedek.
.

Tuesday, 8 November 2011

Saya sentap!

Yaa.. saya sentap sebab pagi nih dah takde juadah raya lagi. Siapalah yang licinkan semua tu? (purak2 bertanya kekdahnya, ngeheheheh <- kensel gelak sebab masih sentap!).

Sesiapa yang masih ada stok juadah raya dan ingin bersedekah serta beramal jariah, sila hulurkan juadah dengan seberapa segera pada anak yatim piatu yang sorang nih (cian dia). Syukran 3x.

Breakfast semalam: Sila fokus pada lauk paling depan, auwww.. Apa mendenya tu? Tulah serunding aka sambal lumat ikanG. Ada sesape tingin nak berkenalan dengan chefnya tak?? Ada? Takde? Tak sudi? haha.. Rugi sape kata "tak nak" taw.

Fakta sejarah: dapat pinggan percuma beli beras siam tapi tu bukan pinggan sebarang pinggan. Kat montot pinggan ada tulis 'Italian design' makanya whoaaa... Cik PiahLoren sure guna pinggan yang sama nih.. cayalah!

Lunch semalam: Juadah yang sama tapi tetiba ada lodeh, hehe. Yg hitam2 tu ialah cendawan telinga gajah (nasib baik paus takde telinga, kah3).

Fakta sejarah: Pinggan percuma (dapat dah berzaman) pemberian Njah. Almost 2.5 kurun I tak beli sets of pinggan mangkok sebab takde ruang nak simpan.. Geram tengok pinggan mangkok yang cantik2 namun kutahan-kupunya hati yang bergelora, tssk..tssk..

Teh jamu kita dengan juadah ala Indonesia. Pembantu rumah diberi kuasa veto memasak apa yang dia suka. Disamping ketupat nasi dan ketupit pulut (AWAS: no such thing as ketupit k?), ada juga lempir (tak sure ejaan). Ada 2 jenis .. pulut dan lontong (ketulan ayam disalut dengan nasi. More like ketupat nasi).

Rupa lempir setelah dipotong melintang. Kalau ikut 'kerajinan' my tulang empat kerat, I maikrowevkan aje pulut tu, pastu hempap2 dalam bekas sampai jadi pukal. Cepat masak cepat makan. Takyah lelama duk kat dapur (for sure tiak mesti ucap timakasih kat kita, hehe..).

Disamping juadah yang Teh sediakan, adik beradik yang lain bawak juga juadah dari rumah memasing (except adik bongsu tak bawak juadah, laaalaalaaa...tapi dia bawak 2 jenis desserts yang dia perasan sedap sangatlah konon). Nak buktinya ke?

Angry bird insists nak duduk bawah tiak, eeeee. Dia sker bau Euphoria kot? auww.. That angry bird belongs to my 7-yr old niece. Dia cemas jer tengok I bercamwhoring sakan; dahlah bukan tau nak pulangkan kat dia once done. Pelan2 dia ambik sendiri dari my lap "soriii Hanna, mekasih ehhh... Umi lupa lak nak pulang".

Rumusannya: Tetiba hilang rasa sentap sebab TB ajak santap diluar, yeayy..

Sunday, 6 November 2011

SHRAA ...

Assalaamualaikum! SHRAA = Selamat hari raya aidiladha ..

Raya haji kali nih yours truly amatlah tidak produktif! Lebih2 lagi dah dapat jemputan kerumah Teh, yeayyy..!! *sambil bergayut kat pokok kari*. alhamdulillah..!

Selingan: Nak mensyen sket pasal kek berdua tu. Yang sebelah kiri takyah diperkenalkan lagi; 'no need introduction' kekdahnya sebab member dah femes daaah.. Lagi satu tu kek Hummingbird (campuran nenas n pithang tapi sah tak guna daging burung pun, hehe..). Ulasan how to get to the cute mute cafe akan dikongsi selepas raya tahun depan, kih3, insyaallah.

Tengahari nanti barulah kita bergerak kerumah Teh. Eksyen taw kakak I tu. I tanya masak apa? Dia jawab rahsia. Hmm.. it better be a worthwhile rahsia, kalau tak I simpan balik desserts yang I bawak tu kang (hehehe.. belum apa2 dah ada niat tak molek, ek? Yang bestnya, the so-called dessert belum nampak bayang lagi as of 8am dipagi raya, hehe..).

Malam nanti ada potluck dinner kat rumah jiran sepelaung jauhnya. Tak pasti nak bawak apa. Am still contemplating whether to bake a 7-layered cake (whoaa, pengsan!), madeleines, condensed milk cake, jello milo, tiramisu or posh beckam cake a.k.a. VSC. Cita2 komain hebat, apa pun let's wait n see (samada boleh percaya tak sama ini orang punya cakap).

Selamat menjamu selera, suap dimulut okay? hehe.. sekali sekala pandang belakang, kiri dan kanan juga; dan jangan lupa sediakan segelas air sebelah pinggan. Manalah taaaau, kaaan??

Akhir kata, selamat hari raya maaf zahir batin :-)

Monday, 26 September 2011

Last kopek openhaus ...

Tak boleh keluar jenjalan selagi sampah belum diangkat. Boleh aje letak kat luar rumah tapi 'scavenger without wings' akan buat hal pulak. Plastik sampah akan dirobek2kan, diorang ambik apa yang berkenan dihati pastu biarkan aje sampah2 tu bersepah.

Depan rumah ada satu tempat buang sampah khas untuk pembuangan sisa rumah. My jiran renovate ntah apa dah 2-3 bulan and it takes like forever nak siap. Mende tu tak diletakkan depan rumah dia tapi sebaliknya letak depan rumah kita pulak; maka susah senang, sakit hati kita nak gohead gostan kereta, kita sendiri tanggung. Bravo!

Time like this (where the devil geletek n cucuk2 hati nih), I sure feel like humbaning my garbage into that big bin tapi tulah, hormat jiran punya pasal *cewah*, I refrain. Lagi pun I memang tak sker tengok 'scavenger without wings' sepah2kan sampah yang dah rapi dibungkus dalam plastik beg hitam tu.


Last Friday-Sunday was quite hectic! Hectic jadi supir, hectic mengemas (tapi rumah cam TU jugak, ishh), hectic kesana kemari dan tentunya hectic memboroikan perut! burp

Sabtu/Ahad: ada wedding & doa selamat @MBB. TB n D aje yang pergi dan bermalam disana. I duduk rumah dendiam jaga kucing, ayam, itik, kambing..hic! Hari Sabtu tu juga jiran ada buat openhaus. Dah plan nak makan polok2 tamak2 sememeh2 mulut tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang ... (tapi I nak blame seseorang jugaklah, hehe).

Since b4 bulan puasa I dah bitau Ms S, I nak pinjam kudrat 4 keratnya tapi dia sibuk memanjang, gering n at one point moodnya merundum sebab hati manyak sakit. I kinda melompat bila terima sms "Kak dot3 yang manis, besuk saya buleh datang?". I kenot resist her 'offer' eventho my berkemas mood is minus zero; tapi dah dia menyerah diri, terpaksalah I buli dia secukup rasa, heheheh *evil*

I delegate kat Ms S lap tu, lap nih, buang tu, buang nih, hehe.. I was a mandur alright but being a committed mandur ditambah pulak kerja bersihkan kucing, ayam, itik, kambing semua tu jatuh kebahu I 2 hari berturut2 maka sesak juga naFAs nih dibuatnya. See my tapak tangan? Dah kasar taw! Thought of out-sourcing the job bersihkan kucing etc pada H d'Bangla tapi pikir punya pikir, sayanglah pulak nanti terluak duit raya I, hehe.. (tengah gigih kumpul duit nak naik star cruise. Jom??).

3pm: Dah penat jadi mandur, harus hiburkan hati jugaa, kaaan? I tumpang Ndja who came all the way from Sban to Ngah's house tapi sebelum kereta meluncur lebih lajuu kita singgah restoran murtabak dulu. Since kita dah preorder thru d'phone maka kita tak buang masa menunggu. Murtabak ditaja oleh Ngah tapi tak taulah kalau ada 'pergelutan kuasa membayar' between Ngah n Ndja. I baru jer tau siapa menang, hehe...

6pm: Last kopek juadah hari raya somehow terasa lebih sedap nyum2 disamping kueh2 Melayu dan kueh2 tak berapa Melayu macam kat bawah nih..


Did I bake all these cupcakes? hahahaaaa ... "lembu punya susu, sapi dapat nama, mooo", so says silembu.


Cream caramel tajaan Ms Longevity. Kombinasi pahit-manis-lemak, yum!


Murtabak nih tetap sedap tapi masih kureng dari segi penampilannya. The expert yang berpengalaman 16 thn menggoreng murtabak kat Spore nun sedang cuti mengerjakan umrah. Yalah, lain orang lain air tangannya ..

Ahad semalam ada 3 jemputan, 1 majlis kawin dan 2 openhaus tapi masih juga tak berpeluang pergi. Tuntutan t'jawab pada T n her 2 BFF terpaksa didahulukan .. F1 dari SJ-SA-PJ(lrt station)-SJ. Tension betul bila drive ketempat yang tak familiar. Lebih tension bila bas besar gedabak bertindak macam Megatron!

Tension! terpaksa telan Panadol. Nak sihat atau nak sakit? Tentulah nak sihat tapi bila dah sihat takdelah alasan sahih tak nak masak dinner.......kaan?

Monday, 19 September 2011

Susah untuk pecahkan bongkang ais bila lama tak berkarya ...

Terang bulan kerana matahari

Hadir bayang kerana cahaya

Hadap blogger.com berhari-hari

Tidakkah ia mengundang bahaya?


2 kerat pertama pantun tu

I salin dari lagu Jamal, hehe..

Siaran hari raya Jamal & MNasir

which I taped kat tivi masa 1st day raya

baru sempat tengok pagi tadi


Sejak berlanggan astro PVR, watching tv is bliss!

Mengapakah?

Ada sikit personal views untuk dikongsi

"tapi cam malas jer nak berjoget2 atas kibod"

kata jari jemari

maka terpaksa akur kehendaknya

Jangan maragh hehh?


Dah petang tapi siempunya blog masih belum lunch lagi

Nak makan apa, masuk dapur pun tak?!

Sejak TB kembali kerja waktu biasa pejabat

kemalasan I menjadi2lah pulak

Selalunya masak ikut waktu kerja dia

tapi sekarang, lalalalalaaa..




My breakfast some leftover spaghetti

Makan cikit jer patutlah perut dah berkriok2

T tambah 3x masa dinner semalam

Selera orang berpuasa kekdahnya

Dia tanya bila beli bebola daging tu?

Heh.. apa lak beli?


Dah lama tak masak mee McGee

campak udang 2-3 ekor udang dan daun bawang bebanyak

sawi? hehe.. elek!

Ngap 2 hari berturut2 lepaskan rindu

slurrrrp mee riuh2 gaya orang Jepun



Mee bandung gerenti takde jual di Bandung, hehe..

Bila nasi n lauk tak ngam dengan selera

harus 'find solace' pada Puteri Hang Li Po's fav food


Bila mood nasi berwarna datang

makan dengan satu lauk pun jadi

sarat dengan kentang, carrot n telur rebus

takde basmathi kita guna bas metro

ekekeke..

Sekian adanya cerita

Wassalam


(berkarya bila mood hilang ntah kemana adalah sangat tak beshh)


Bloggerdotcom masih viol maka tak berbaloi for me to edit kasi cecantik.

Wednesday, 7 September 2011

Croquette it is!

Thought of puasa 6 tapi kekuatan dalaman masih ledut cam lengkong terlebih ayer. T dah selamat puasa kada', dah dapat 8 hari termasuk hari nih, insyaallah. Dia teragak2 samada nak himpunkan puasa kada' dan puasa 6. Makanya, dia ikut nasihat ustajahnya aje ie buat yang wajib dulu, baru yang sunat.

BTW, apsal I eja ustazah jadi ustajah? har3 .. saja teringat kat my step mum yang susah bebenar nak sebut nama TB n my BIL yang bermula huruf Z, ngeh3.

Perihal kekeliruan samada boleh dihimpunkan puasa kada' dan puasa 6 nih kaaan... Kebetulan plak (alhamdulillah Allah permudahkan nikmatnya) 3 hari lepas, ada sorang hambaAllah bertanyakan ustaz kat program Ask d'Ustaz, soalan yang sama.

Ustaz janggut ciput kata ada 3 pendapat. I simpan pendapat pertama (haha, saja dengki gitu); tapi I tetap kongsi yang 2 lagi tu. Pendapat #2: Bayar kada' puasa dulu pastu buat yang sunat. Pendapat #3: Boleh himpunkan puasa kada' + puasa sunat dengan satu niat kada' puasa Ramadhan (pahala puasa sunat akan dikira secara otomatis).

Ustaz janggut ciput pilih #2 tapi I sangat setuju dengan #3 tu. I have that program taped so that T could be convinced. Senang sikit kerja Umi dia takyah nak convince apa2 lagi.

Lepas hantar T balik ke markas semalam, I terus ke Mydyn. Pukul 9 pagi on weekdays memang ada ample indoor parking space. I was a happy woman! Jimat sket peluh, heheh. Beli lebih kurang jer pastu singgah kedai magazine to get my fav BBCGF. Ada macam2 resipi termasuklah yang kat bawah nih ...


Macam dah berjanji... Chef yang buat peppered mackerel fish cakes nih mesti dah baca my entry pasal my disaster bagedil turned croquette; terus dia dapat idea buat fish cakes ala croquette. Who knows kan? Sesiapa kata I perasan, siap! Kita baru jer jilo-jilo, kaan??

My version of fish&chic croquettes dengan 2 penataan cahaya yang berbeza, cewah! Resipinya, I concocted sendiri. I rebus sekeping ikan tenggiri dan seketul isi ayam in one pot (jimat gas n jimat masa).

Lain2 bahan: kentang goreng, lada sulah, garam, daun sadri/sup, cili merah, bawang, telur n sikit tepung gandum. Bentukkan ikut firasat samada bulat leper, lonjong leper atau bentuk mini hot dog. Sebelum goreng golek2kan dalam bekas berisi breadcrumbs (I tak lumur dalam telur sbb tak suka messy). Gently shallow-fry them.

Tip: Bila dah siap digoreng, makanlah senyap2 kat dapur dulu. Bila dihidangkan pada keluarga, biarlah kononnya kita sentuh sekeping aje; kekdah berkorban apa saja untuk family. You get me dear friends?? aaahahahaa....

Did spring cleaning to my pantry last week... segerombolan bahan buat kuih terpaksa diusung keluar sebab dah over expired! Membazir kawan syaithon tapi I nekad, takut gak nak consume mende dah bertahun expired. Since syaithon diikat dalam bulan Ramadhan maka I bukan tergulung dikalangan mereka, kaaaan?

Masih dalam simpanan ... lambat lagi nak expire, hehehee ...

Jangan berkemas masa anak2 berkeliaran dirumah sebab tu akan melengahkan kita buat decision. Nilah jadinya bila T ternampak pistol tu "simpan Mi .. buat kenangan". Yaaa, masa T dara sunti, dia memang main pistol, bang bang!! Last2, pistol tu dibuang jugak, alhamdulillah.

A few garbage bags full of nonsense selamat dibuang. Nasib baik D&T takde rumah masa tu so takdelah sesi memunggah berlaku n thank god, takde juga sesi siNaga tua keluarkan bola2 api ... rohrr...rohrr..

Monday, 5 September 2011

The epic burger-del and alkisah simonyet, nyet ...

Celebrating raya in PJ was a sombre one almaklum 2 of my becok sisters, Teh n Ndja weren't around. By now they are already in Dubai enroute home sweet home.

Some people still don't understand or pretend not to understand the meaning of hari raya. Kalau dah 40 tahun masih beri alasan yang sama untuk tidak bersama ziarah menziarahi; jauh sekali untuk bersalaman mohon maaf dan memberi kemaafan, maka apa nak kata lagi?

Apa nak kata lagi? Ehh...banyak nak kata lagi sebenarnya, haha.. Seperti dimaklumkan, tahun nih I 'didera' dengan t'jawab memasak juadah hari raya so selepas 2-3 hari bertafakur, dapatlah idea dan semangat nak masak apa.

Standard lauk raya -> kuah kach, lodeh, rendang so inilah yang I masak as potluck to be brought to Teh's house. As Teh's maid cooks soto maka I bermurah hati sponsor begedilnya. Never before had I made begedil untuk jamuan besar2an untuk santapan banyak mulut. Selalunya guna 4 biji kentang jer tapi kali nih guna 'sikit punya banyak kentang', so naturally hati ada gentar n getarrr sket *dubdabdubdab*

Selalunya kentang digoreng tapi kali nih I rebus aje. Siap direbus, TB tolong kopek kulit kentang n melenyeknya. Bakat terpendam TB harus diberi standing ovation, kankankan?

Anyway, my begedil project turns out to be quite a dizazzz!!! That day, I have half the mind to chuck the whole uncooked begedil into the freezer.. tapikan tapi, since I've promised rakyat jelata that I'd present the begedil to be eaten with soto maka terpaksa kuatkan iman hati menggentel dan terus menggentel.

What is soto without begedil ............................. kan?




Sebelum sesi menggentel selesai dengan jayanya, adunan malang tu terlebih dulu ditambah dengan tepung n breadcrumbs. Saja nak test ISO samada begedil lulus atau tak lulus, I goreng dulu sekeping begedil biasa dan 3 keping lagi covered with breadcrumbs. OMG! the one covered with breadcrumbs was so sedap, dah jadi croquette kekdahnya.

Since both begedils turned out quite handsomely, the decision then was either to make both, croquette or just begedil. Bertafakur sekali lagi, have to make a wise decision, haha. Last minute change of menu is a big no no so begedil menang tanpa bertanding, yeayy....
2nd-5th raya kita beraya kat bandar Ja-saint. I was just so happy to see TB 'mingling' with his own clan. AND I was happy too dapat merayap2 kat belakang rumah orang lalu terserempak dengan setandan pithang yang dah tombang! *rezeki*. Ehhh..but no, bukan I yang tombangkan pokok pithang tu, okay??

Tak sampai satu jam setandan pithang tombang, baunya dah merayap n meresap kehidong monyet2 dihutan. Diorang hantar wakilnya aje, sekor yang agak macho duduk bertenggek atas gate batu. Bila kita halau dia, dia tunjuk muka garang kat kita sambil tunjuk gigi lagi. Apahal lu? haha...

Katanya kalau perempuan yang halau, monyet tak heran dan tak takot pun malah ia semakin berani anytime nak smackdown kita so kita pun panggil tuan rumah yang memang arif dengan modus operandi monyet. Berbekalkan lastik getah (catapult), monyet got the hint oredi, hehe..

Monyet diantara binatang liar yang mengamalkan 'self-service': Suka cabut ubi, cabut anak pokok pithang pastu carek2kan just to get its umbut, cabut putik nenas dan ragut buah betik. Bila tak cabut itu ini, terperanjatkan orang merupakan ad-hoc aktiviti para monyet.

... and according to the Chinese calendar, monkey seems to be my birth year. Masa kecik2 dulu bila bergurau2 manja dengan Mak, Mak selalu cakap 'monyet punya budak'; and with that 3-letter-word, I feel loved! Strange but true ...

Wednesday, 17 November 2010

SHRAA berqurban apa saja ...

SHRAA = Selamat hari raya aidil adha pada sahabat alam maya, mohon maaf zahir dan batin *grin*

2-3 hari sebelum raya I tanya TB "kalau you ada choice, apa agaknya makanan raya you nak makan". Dah kawin berdekad2 baru teringat nak tanya soklan cepu-mas916 tu, har3. Berdebor2 juga nak tunggu jawapannya.. dari berdiri, dia duduk sambil pegang jari jemari mengira2, kekdahnya.

So pilihan hakikinya ialah botok2, kuih talam (atas putih bawah gula melaka) dan tapai sebab dia dah jemu dengan lauk2 raya. Sebenarnya dia jeles kat I yang tersangat 'pandai' mix n matchkan lauk2 raya sebab dia masih selesa makan the usual 3-in-1. Dia tak reti selang-selikan dengan sambal gor, serunding, samtum atau pun sayur lodeh.

Ekceli I pun dah penat makan benda yang sama but when Teh told me that she won't be serving the usual raya food, I was ecstatic. Soto Medan would be the main dish then (hasil garapan Teh with Rita Coolidge, her maid of honor).

Teh has somewhat prohibited us from doing any cooking so that literally left me with nothing to do (blink blink), so being a good sister that I am, I offered to bring some desserts. Have to upkeep my 'water face' intact, kekdahnya. Soon after solat subuh and without a second glance at my bantal busuk, I walked humbly towards the kitchen. Tssk.. eat your heart out Nigella, ekekekee..

Hasil mahakarya dari titisan keringatku ... ini ajelah yang termampu dan reti buat :-)

Blubery muf!

Cochineal essence, perisa almond + canned pineapple

Yellow essence + canned longan

Everybody was there at Teh's house except the expected ones but as always that won't deter us from having a good time. What was being served there? Waduh2 .. desserts/food a plenty from various planets contributors. I was thinking of relishing the soto first but from where I was seated, I was closer to nasi empet n its peripherals, so terpaksalah I mamam yang tu dulu (gitulah kekdahnya dalam majlis harus bersopan, kan?)

Just before 6pm we went home 'equipped' with packets of tapau-ed food enough to satisfy another two main meals. That would mean genjatan pots n pans for me, I like!

On raya eve we had makan2 ala pot luck. I dah buntu tak tau nak bawak apa. Ndja suggested that I cook mee keju n 2 more options which I tolak bulat2 n lonjong2. Tetiba teringat why not I just bring murtabak? Yeay... selamat gua but still I have to show off a bit lah kaan?? haha.. riak punya orang so I baked that butter cake.

Bukanlah Somuffins namanya kalau tak menodai resipi maka apa mendenya yang I campur dalam kek itew?? Hehe ... nasib baik minah tupai baik hati tak habiskan semua pisang emas hari tu ...

Initially the cake risen so beautifully but it slowly memendakkan diri. I tekad bawak juga ke majlis tu .. bentat pun bentatlah kan?? But but but ... they seem to like the cake very much. I pun tak faham camana texture butter cake --> kek pisang bertukar jadi texture chilled cheese cake..

Berlaku sedikit misteri disini ...

Thursday, 7 October 2010

fly me to the moon ...

Bersiaran kembali pinjam kejap harta TB. Pinjam kejap kononnya tapi boleh ke pinjam kejap2? Anyway, selagi I punya masih down, apa pilihan yang ada? I pasti TB is more than happy pinjamkan hak dia, janji I tak pergi ke cybercafe, hehe. Tak pernah I terbayang masuk ke cc hanya nak update blog. Tak singin I.

Hari nih terasa sunyi pulak. Petang semalam boleh tahan riuh. Lepas TB ke opes at 2pm, Ngah n Teh datang beraya (saja pilih waktu TB takde so that kita boleh bergolek2, hehe). Ngah tu kan, dah 20 tahun I duduk kat rumah nih, dia masih tak pass2 lagi hala kesini. Tapi I salute kat dialah. Umur dah 68 tahun masih boleh drive sendiri. Alhamdulillah kan? Teh tu pulak jadi dia punya navigator-for-life.


Ngah n Teh datang beraya sambil memenuhi satu misi negara. Misi beli murtabak V for victory tak ingat dunia, kekdahnya. Diorang masing2 beli 5 keping murtabak dan I dapat sekeping each dari Ngah n Teh. Sebelum tu I jamu diorang mee siam Spore (yang berkuah tu). Nasib baik juga Ngah n Teh kata mee siam tu sedap. I tak dapat rasa kelazatannya mungkin my selsema n batuk masih buat my lidah haywire. Anyway, mee siam Spore tu terhasil dari JJCM. Biasalah kan?

Malamnya ...
I suka pulak tengok wawancara tuan dokter astronot semalam ditivi dan tadi sekali lagi dengan cik tunang. Their wedding is dubbed to be the wedding of the decade. Wow! Jemputannya pun komain hebat lagi dengan berderet2 VVIP (VVIP dapat kad jemputan berupa gelas sekeping ala futuristic). Jemputan seramai 10 ribus termasuklah kita2 dijemput sama. Gila ek? Tak sanggup I basuh sudu garpu pinggan mangkok sebanyak tu. Bukan saja sengal sendi2 malah boleh patah pinggang lagi tapikan tapi kalau upahnya sekitar 2 ribus sorang, ok gak kan? Boleh beli note or netbook. Kih3, tak habis2 lagi ..

Tuan dokter mengaku that dulu kala dia seorang introvert.. Dengan minat/passionnya, dia tetiba jadi extrovert pulak dan sungguh vokal. Well.. I pun pikir I nih tersangatlah introvert, tapi kalaulah esok lusa tulat I jadi astronot, mungkin juga I akan jadi extrovert?? Harharhar... mulalah tu..

Dulu kala ...
Masa D kecik tak kecik, dia juga pernah nak jadi astronot, cewah! Dia tanya boleh tak dia pergi kebulan. I kata boleh ... pergilah bila I dah mati. Bila I dah mati, I tak payahlah duk termenung makan tak lalu, mandi tak basah tunggu dia balik dari bulan. D juga pernah tanya boleh tak dia bawak keta racing. F1lah tu. Apa juga dia kata masa tu yang berbau bahaya, I akan kata tunggu I mati dulu.

Dengan tu, I perasan 2 perkara. I was being selfish dan level of tawakal tersangatlah nipis. Nak mati tak kira dimana, tul tak? Dan si D tu plak I tau kenapa dia tanya hal2 yang dia pasti dapat jawapan negatif. Dia saja nak duga sejauh mana sayangnya I pada dia.

Pendek kata macam2 cara dia test I. Kadang2 I saja 'baik'. Bila dia tanya "kalau abah, T dan D nak jatuh dari gunung, siapa yang Umi nak selamatkan dulu". Apa I jawab? hehe.. I pun dah lupa apa I jawab tapi I tak kata I akan selamatkan dia dulu. Baik kan I?

Kalaulah soalan yang sama ditanya lagi, apa agaknya jawapan bernas dari I? For sure I'll be as selfish as ever eventhough I know he dare not fly to the moon and be among the stars ever! (terngiang2 plak lagu Andy Williams). As for F1 tu, well ... (sambil menadah kedua belah tangan kehadrat Ilahi).

Sunday, 3 October 2010

walaupun 'bersengketa', life still goes on n on n on ...

Bila baca kat skrin laptop, terasa berpinar2 plak bila baca entry nih. So sebagai khidmat percuma (siapa nak bayar dah blog pun sendiri punya), I perenggan2kanlah ehhh?

TULIS GUNA CAPS BUKAN SEBAB NAK TUNJUK FERASAAN AKIBAT 'BERSENGKETA DGN DIA' TAPI KIBOD WOLVERINE NIH TETIBA KELIRU DENGAN HURUP BESOR N HURUP KECIK. MENAIP NIH SAMBIL MENYABUNG ... PEWUT KENYANG DENGAN BEBERAPA CUCUK SATAY, NASI EMPET, DOT3 N MANGO JUS.

MASA KECIK2 DULU DILARANG MENYABUNG, KONONNYA NANTI MAK MATI. MEREPEK AJE EK?

ANYWAY, HARI NIH 24 SYAWAL RUPANYA. I BERDUA BARULAH BERPELUANG BERAYA KERUMAH LONG N ABG IS. PERLU KESANA BUKAN KERANA BERAYA AJE TAPI LEBIH PADA ZIARAH UCAP TAKZIAH PADA ABG IS YG BARU KEMATIAN ADIK BONGSUNYA.

LONG JAMU BIHUN GOR, MAKARONI BAKAR & KEK LEMON POPPY SEED. I BAWAK FRUIT HAND YANG BENAR2 RUPA FRUIT, HEHEH.. 3 KG FOR LONG N 3 KG FOR ME. KIH3.. KALAU PERUT TAK KEMBONG, SENGAJALAH KAN? DALAM PADA TU, TB & I TELAH TERBURUK SIKU GARA2 LONG SUH MAKAN SHARE DIA SEBAB 3 KG OF DUKU LANGSAT IS TOO MUCH FOR THE TWO OF THEM TO CONSUME. I BERI BUAH, I DAPAT BUAH JUGA, SEKOTAK KURMA DAN SEKOTAK FIGS. GUD UH? ALHAMDULILLAH.

SINCE D & T HAVE THEIR OWN PLAN, MAKA I PUN BUAT PLAN JUGALAH. SINCE LUNCH TADI I TAK MASAK, MAKA I TAK NAMPAK SEBAB I KENA MASAK FOR DINNER, HAHA. SO I BITAU TB I NAK VELANJA DINNER SEMFENA HARI JADIANNYA YANG KE 17, HAR3. I CADANGKAN 2 TEMPAT MAKAN TO CHOOSE FROM HOPING THAT HE WOULD CHOOSE THE ONE I HAD IN MIND TAPI DIA PILIH RESTORAN HJ SAM PLAK.

EKCELI I DAH MENGIDAM NAK MAKAN KAT RESTORAN PIZZA vs SATAY (OR IS IT SATAY vs PIZZA?). BUKAN AJE MAKANANNYA SEDAP TAPI THE AMBIENCENYA TU YANG KENA DENGAN MOOD ROMANTIKA D'AMOUR KAMI BERDUA, MUAHAHAHAAAA... BBPJ!

PENAT I MENAIP, PENAT JUGA U MEMBACA KOT? DAHLAH TAKDE PARAGRAPH (EH DAH ADA. I BARU BUAT), TEXT PLAK GUNA CAPS. PLS DONT SUE ME KALAU TETIBA YOU PERASAN MATA YOU DAH JULING AYAQ.

I MOHON BEREDAR DULU. HATI NIH MASIH 'BERSENGKETA DENGAN DIA' NAMUN DIA TETAP MEMBATU DAN MEMBISU SERIBU BAHASA... SABAR JELAA...

Saturday, 25 September 2010

Keinginan membuak2 ...

Komain lagi bunyi tajuk kat atas tu ek?? Kata hari Sabtu, so chill out kejaplah ...

Nih bukan nak bitau I tersangat rajin nak bakar kuih pada pukul 4 pagi, ehem.. tapi sebenarnya I geram (or jakun?) nak bakar kuih guna acuan silicone dari pemberian my BFF tak lama dulu.
I nak tengok sejauh mana sahihnya acuan tu bila beraksi dalam oven samada ia akan meleleh cair, mengecut atau status quo! W'pun kesahihannya dah lama terbukti namun seeing is believing, kan?


Kek dibuat kerana 2 sebab. Pertama sebab nak guna acuan baru dan kedua sebab mengidam orang puasa 6 nak juga makan kek pithang. Gitulah .. nak 1K daya taknak 1K dalih ...

So it's proven (mengada aje ek walhal dah selalu tengok kat tv bila diorang buat biskut dan kek, tak pernah ada mishap pun), yes it's proven acuan silicone memang best!!! In fact the 'bestest'! Kek senang aje keluar bila diterlungkupkan acuan.. debushhhh out it goes.. Tapikan tapi .. jangan tanya kek tu sedap ke tak. Tiada jawapan bagi soklan itew. Sekian, harap maklum *sambil memuramkan muka pandang kelantai*.

Semalam I ke Jaiyen. Sekarang nih bila kesana, I boleh pilih kat mana nak park kereta sebab parking bays like belambak2 gitu unlike last time memang azab, it was as though you park kereta kat Semenyih wpun you sebenarnya berada dikawasan youesjay. Punyalah jauh, kan? Dahlah roda trolinya bengot2 (sila pejam mata sambil bayangkan keadaan ...).

Food court yang sedikit masa dulu komain meriah cam tiap hari sambut kongheefattchoy namun keadaan difood court sekarang dah hilang serinya. Dari jauh I peratikan penjualnya terkebil2 looking for customers. Kesian taw. Ekceli kat situ ada satu kedai jual cendol/ABC sedap dan kedai jual KT goreng, baek punya. Tak sempat nak tinjau samada diorang masih berjual disitu lagi.

Masuk ke Jaiyen, mata nih terus terpandang rows of kicap kesukaan AB. Tempat beliau bermastautin dah kehabisan stok kicap.

AB ... khas untuk you. Kindly help yourself. No limitation whatsoeva.

OKlah, kita mintak diri dulu eh? Nak bersiap dan berwangi2an. Kita nak beraya kat KL u'olls.. Daa...

Tuesday, 21 September 2010

Mood hari nih macam tak berapa bagus, tapikan tapi..

Mood jari jemari untuk melenggok2 atas kibod dah tiba ketahap maksima! Masa untuk meramble sensorang telah bermulaaaa. Selama nih I tak meramble ke? Eh, mana ada? Kan I berkarya aje tu?

Kalau diberi peluang untuk fahami bahasa binatang; I pilih bahasa kucing. Tapi sebelum tu, I nak share tips khas untuk ibu2 muda yang baru dapat baby atau sesiapalah yang mungkin baru dapat cucu (haipp! nape pandang2 kat I plak?).

Bila baby mula berdehek-berdehak, cuba dengar betul2 apa yang baby tu 'cakap'. Kalau you dengar 'neh, owh, leh, eair atau eh' ... maknanya (ikut turutan) lapar, ngantuk, tak selesa, pewut masuk angin dan akhirnya sedawa. Nampaknya baby dibawah 3 bulan guna 5 perkataan aje. Gitulah menurut kajian sape-ntah-nama-dia-tu bila ditemuduga ramah cik Prah.

Berbalik pada bahasa kucing yang I sebut tadi tu. Ekceli I nak tau banyak bahasa binatang .. lipas, cicak, themut, cik siti, labah2 dan 18 serangga lain tapi mana boleh, khaan? I tak nak tamak, dapat paham satu bahasa binatang pun jadilah.

I ada 1-2 soklan yang lama dah bermain kling klang kat minda nih (minda TB juga kot??). I nak tanya kucing2 berkenaan whylah you all bubuh pasir dalam periuk nasi sendiri?? <- nih bahasa halus tapi kalau nak lagi halus, gini -> kenapa anda sekelian buang air besar dan air kecik dalam tempat makan dan tempat minum?

Satu lagi soklan yang berharapkan jawapan sahih -> kenapa kamu suka tolak2 atap sebaik saja atap tu diletakkan atas kandang kamu? Meowww?=Why? Paling tak faham.. tolak2 atap tak kira hari panas atau hujan. Korang ingat korang nih kebal ke hape?? <- Bahaya bila soklan dah bertukar gelombang *jap nak urut dada jap*, tarik nafas .. hembus.. tarik nafas .. hembus..

Tukar topik ...
Gambar sawi khas untuk Amy yang tak suka pelepah sawi sebab pahit. Sawi jenis dalam gambar nih cepat empuk dan memang berbeza dengan sawi yang pelepah2nya panjang sepanjang kacang panjang. Sawi jenis pelepah panjang memang kena ketuk2 sikit pelepahnya biar empuk (kenot deny kadang2 memang terasa pahit).
.
KT goreng siap pukul 1 pagi hari Senin (untuk T bersahur). Tulis '1 pagi' tu memang saja nak bitau bahawasanya chef tu simply rajin (cis! tak tobat2 masih riak lagi chef tu ek?).
.
Saja nak pamerkan pelepah2 sawi berbaring dari sudut berbeza (pelepah sawi pun reti nak glemer, kasilah peluang kat diorang tu).

Monday, 20 September 2010

No MoNdAy BlUeS ...

Take 5 dari dapur yang sedang berasap untuk berkarya kejap, har3.

Nasik empet 2 biji baru aje diangkat terus zasssssssss letak depan kipas angin full blast. Biar sejuk sesejuk salju winter sonata! Bukan tu aje taw, rendang daging 'pak-cam' dah tak sabar2 nak mengeringkan dirinya.. heheh. Pepagi dah merentas dapur, rajinnya I?? (unbelievable).


Apa yang I buat sebelum tak semena2 jadi rajin tu? Oh well.., the obvious onelah ..

Baru letakkan punggung molek2 kekerusi tak empuk dan perbetulkan kedudukan jari jemari gebu pada abjad2 tertentu ... masa nilah TETIBA teringat .. Betolll (sambil angguk2).. memang tetiba teringat 'nak masak apa' untuk jadi bekalan T kembalinya ke Sewoja, teratak genting 4 tingkat bilik berderet2, 6 orang sebilik ditepi lereng bukit .. (tengah larat nak meramble nih, sker plak nak buat ayat fanjang2, heheh ).

Tanpa buang sesaat masa pun (tetiba time mgmt tersangat bagus), I terus bingkas buat apa yang patut from scratch.

Rendang nih belum cukup kering w'pun I suka rendang yang lembab2. Psst.. ada tak orang bubuh stok ayam dalam rendang dia???

Agenda semalam yang kononnya berderet2 tu, cuma 3 aje yang terdaya direalisasikan atas sebab2 tak tentu dan tertentu. Salah satu sebab paling tak tentu aka ad hoc ialah bila kereta yang I berani dan selesa bawak dihantar servis. Punyalah I lupa as the nite before TB dah angin2kan it's about time J-gua (vukan nama sebenar) dihantar servis.

Nak dijadikan cewita kat blog nih, heheh... sedang I mengadap laptop kira2 pukul 12 tengahari, TB telepon terus bertanya "you dah hantar belum?" .. I terfinger2 (finger bukan jari ok?) almaklum sedang asyik mengepo kat blog rakan taulan, terus menjawab "hantar apa??". Bila paham akan maksud TB *jap nak kah3 jap* barulah teringat hal si J-gua (vukan nama sebenar) yang harus dihantar ke workshop untuk 'dikerjakan.' Takde keta maka pendeklah langkah I (TB keje hari Ahad dan D plak, tak habis2 pergi hopenhaus).

6 pm: T n I terus ke Summit untuk beli menda yang diidam2kan sejak 2 tahun lepas. As always dengan T nih kalau nak beli barang, puaslah dia raun2 setiap kedai yang ada jual apa2 mende yang dia idamkan tu; baik dari hp, baju atau kathut (orang Johor thebut sepathu). Selagi keputusan belum diambik, selagi tulah I 'memolo' mont*tnya lepas satu kedai ke satu kedai. Habis 4-5 kedai ditinjau, barulah senyom simpol terukir dibibir w'pun senyom simpol tu tidak menjanjikan apa2.

At last, keputusan diambik maka si Patrick Spongebob SqPants ditugaskan melayan dan menjawab setiap soklan T (macam2 ditanya mengalahkan nak beli 8 ekar tanah plak). Sungguh tak paham apa yang T dan bakal menantu I si Patrick cakapkan masa bersoal-jawab tu walhal diorang bukan pun cakap Tagalog atau Mandarin. I dah tua ke?

I macam biasalah .. tersangat tak minat dan tak tau apa2 tentang games perang2, hendap2 or whateva yang diorang main tuu. Tapikan tapi.. like how come tup2 I berhutang dengan T sebanyak 2 ratus rinG? Musykil nih, dia yang beli mende tu, I pulak yang berhutang? Mana aci? Kena engage loyer, kekdahnya nih.