Showing posts with label Reminiscing. Show all posts
Showing posts with label Reminiscing. Show all posts

Monday, 2 December 2013

Poda, durian, event, samlumat ...

Assalamualaikum ...

Hujan menitis2 dari pagi, sejuk kekdahnya tapi jangan sangka I belum mandi lagi, OK? As always tiap kali lepas mandi I tak reti berbedak. Dah lama sangat I tak beli bedak talkum tak kiralah untuk tepung gomakkan bagian muka atau sebagai pewangi kat you-know-where, hehe..

Bila keluar rumah (atau kalau nak look manis depan suami bila kat rumah), I touch up sket bedak kompak kemuka. Mungkin dah jadi kebiasaan guna bedak kompak masa bekerja dulu maka tak berapa suka nak guna 'poda'.

Bedak talkum kitorang sebut 'poda' so naturally I ajar D&T sebutan sama. Ada orang dari kampong komen "bunyi macam kampong aje" bila D beritau tentang sebutan poda; walhal orang tu yang sah berasal dari kampong menyebut bedak. So, apa yang kampongnya dengan perkataan 'poda'? Dia tak tau 'poda' punyai sejarah tersendiri.

Zaman D n T masih baby, I guna bedak baby Johnson's (apply nipis kemuka) tapi bila diorang dah toddler, I stop aktiviti membedak. Stemet sikit, haha.. Ekceli tugas tu dah diambik alih oleh Chik n Ndja. Dua orang nih tak beringat bila melumur bedak kemuka D & T dan budak berdua nih macam pasrah aje. Maklum belum 'vainpot' lagi.

Apasal I cerita pasal poda, bedak bagai nih? Sebenarnya nak cerita hal lain tapi saja nak pesongkan rasa sakit hati sebab tak boleh load gambar, terkesima mengimbau kenangan lama pulak..

THE PAST 2 WEEKS have been quite busy..
Apasal nak cakap omputih walhal bukan tak reti cakap Melayu? Suka ati sayalah.. dah saya reti dan faham dwi bahasa wpun masih goyang, haha.. Kalau reti cakap Cina, Arab atau Tamil, for sure akan diselitkan sekali kat sini. Nak dengar saya cakap Jawa?

OK come closer... ikan = iwak; telur = endog; lanang = lelaki; kesuwon = tq; nang dhi, nang kono, nang kene = dimana, disana, disini (agaknyalah...har3).

SEBAB musabab yang dikatakan busy (sesekali busy rasa macam nak pengsan).
1. 2 minggu berturut2 berulang-alik ke RD, 'lulian' punya pasal
2. keluar masuk shopping mall dengan 1 misi
3. projek sambal lumat

3 aje pun, haha..

1. November yg bersejarah sebab personally berjaya pungut 4 biji durian yg baru aje gugur. Credit harus diberi pada 5 ekor tupai for their effort, secara tak langsung cooperate menggugurkan durian2 tu.

Seberapa pantas yang boleh dikutip 4 biji tu. Sumpah I panik, ngeri sebenarnya. Asyik bayangkan kot ada peluru berduri pilih untuk jatuh pada saat I terbongkok2 mengutip. TB tak tau aktiviti solo I pagi tu sebab dia masih dibuai mimpi. Apa pun, perasaan bangga menguasai diri sebab berjaya melawan 'fobia' yang sendiri ada2kan.

2. 27/11 ada event yang dikendalikan oleh my BFF. 3 bulan sebelum event, I dipelawa bekerja dengannya untuk menguruskan hal admin (dapat gaji lagi) tapi I tolak sebab keadaan tak mengizinkan tapi kali nih dia mengharap I dapat luangkan masa beberapa jam menjaga registration booth. Kawan punya pasal kekdahnya, I setuju (walhal hari tu dah rancang keRD).

Dua hari sebelum event barulah diberitau tentang 'formal attire' yang harus dipakai. Atas hitam bawah putih atau bawah hitam atas putih.. persis taik cicak, haha.. Tapi tulah kalau dah pempuan, pakaian yang tersedia ada macam tak sesuai maka bermulalah pencarian pants hitam/putih dari satu kedai kesatu kedai. At last dua2 warna I beli, ya ampun! dan ssshhhhh sempat hambat satu tudung (tapi tak dipakai pun).

Hari melaram pants baru yang dinanti2kan pun tiba. 2 beranak bergegas kehotel pepagi hari. I suka kalau ada event kat hotel, sejuk sikit tiak, hehe.

6 registration booths siap diatur yang dikendalikan oleh 12 staff termasuklah I berdua. Best jugaklah sekali sekala buat kerja cenggitu.. terkonang2 den akan zaman kegemilangan masa bekerja dulu, haha.. (gemilanganlah sangat!).

Kendalikan peserta2 mendaftar, memaklumkan itu ini blablabla terasa letih juga. I berbisik kat my BFF "jaga nih aje boleh tahan berbuih2 mulut I" ... heheheee *gelak comel katup mulut*

Selesai segala kerja, agak2 time nak balik kita dihulur satu sampul surat putih. Alhamdulillah rezeki!

3. Dah 2x buatkan T sambal kering ikan bilis sebagai bekalan masa dia hibernate jadi beruang jadian. Cukuplah asyik makan sambal aje so untuk minggu akhir dia jadi beruang jadian, I buatkan sambal lumat daging.

Mencarek2 daging wpun dah direbus empok bukanlah kerja menyeronokkan tapi lagi epic ketidak seronokkannya tatkala menggoreng bahan hingga kering molek.

Kebetulan ada orang beri sepeket sambal lumat Ganu masa keRD baru2 nih. I pun berwhatsapp text/pic dengan T semalam.

Me: beza warna sambal lumat beli n buat sendiri (hambar in looks/taste) BUT I wld say mine has better texture as it is flossy, kankankan?
T: yes.. masa T makan pun T takjub camne dagingnya Umi boleh buat jd flossy.

TAKJUB katanya?? Patutkah I rasa bangga dengan pujian sebegitu rupa??

Fakta: Hambar in looks/taste sebab cili yang diBO sendiri tu tersangat pedas maka bubuh seperihal aje dan bahan2 lain yang digunakan pun macam lokek2 gitu, huhu.. Rasanya tak mengeciwakan tapi tak sepower masa buat pertama kali dulu.

KEMARKAS T semalam serupa emak siTanggang (sama initial pulak, hehe) membawak bekal makanan kesukaan anaknya. Antara yang dibawak ialah serawa durian, pulut, fresh durian dan masak lemak kobis.

T: Next time tolonglah jot down recipe. Mi bandung, mi rebus, laksa johor, kubis lemak, nenas lemak, serawa. Ni essential dishes la kira.
Me: To jot down recipes? hadoiiii malasnya...
T: Kenalaa..wajib T warisi recipe Umi. Nanti kalau recipe org lain tak sama. From today onwards umi nak masak those dishes, jangan lupa to jot down the recipe from scratch
Me: Umi ikut universal recipe. Semua orang guna bahan/cara yang sama. Refer tenet aje kan senang?

BERCERITA panjang2 pun bukan orang nak baca TAPI keseronokkan menaip dan meluahkan apa yang patut dan tak patut, the feeling is just vanderrful...
.

Sunday, 24 March 2013

Nostalgia sipokok bouganvilla ...

Hari Ahad adalah hari golek2 yawn yawn manja ...  Kalau ada sesiapa yang tak berpeluang buat cenggitu bermakna you masih tak rugi apa2 sebab masih berpeluang mengumpul pahala sebanyak mungkin. Pasti semua arif akan sebab musababnya. No need huraian..

Al-kisah ...
Pagi nih I perasan ada seseorang terbaca entry lepas dd 29/1/2010. Curiousity kills the cat kekdahnya, I pun 'klik'.

Somehow bila baca semula entri dan komen yang lama2 tu, terasa hepi semacam pulak. Rasa rindu pada mereka yang tetiba hilang ntah kemana akan disemat molek dan ketat dihati. Sesungguhnya segala2 kat dunia bersifat sementara.

Macam betul aje 29/1/2010 ...


Nostalgia
Arca/grille bentuk empat segi, kat depan tulah pokok bunga kertas warna jambu air @ bouganvilla  berbunga lebat. Berdekad2 kemudian segalanya bertukar wajah.

Duri pokok bunga kertas memang tajam. Tulah senjata yang Mak guna untuk menyucuk cagu yang dah 'masak'. Tak paham kenapa budak kecik dapat cagu juga. Mak macam tau2 aje bila cagu tu dah 'masak ranum' dan I pun macam tau2 aje akan the moments of truth dah tiba ..

Mak teriak ...
1x = senyap
2x = yaa... (sembunyik belakang pintu)
3x = yaa tak bertitik (masih sembunyik)
Mak kira pelan2 saaaatuu, duuuuua, tiiiigaaaa...

Takat cebik2 aje tapi taklah meraung. Bila Mak guna duri cucuk kat kulit sikit, nanah terus meleleh dan Mak picit tepi jari pelan2 biar nanah keluar takde baki tertinggal. Kalau nanah tak habis keluar, sakitnya lambat hilang. Kadang2 boleh bawak maut juga, hehe..

Sebenarnya hari nih terasa bosan sikit. Nasib baik bosan sikit aje tak tahap meroyan. OKlah, nak hiburkan hati dengan krup krap siInang2 ...


Kalau I buat biznes Inang2 nih mesti boleh jadi kaya. Tu dia kawan2, belum apa2 lagi dah pikir nak kaya jer tapi kan bagus kalau semua orang Islam bercita2 jadi entrepreneur dan seterusnya jadi kaya raya memberi munafaat pada ugama, bangsa dan negara?

Ehem ...
.

Tuesday, 20 November 2012

Malam kedua ...

Yes, entri takat 'malam kedua' aje takde malam ketiga, hehe..

3 minggu berturut2 TB terpaksa bekerja tanpa cuti. Cian dia, kan? Semua tu bahana kawan2 sekerja ambik cuti meraikan Diwali, Awal Muharam dan ambik peluang sempena cuti sekolah.

If only TB kerja kat kedai mamak di Georgetown, maka tidaklah tukang masak kat kedai tu sembelih lehernya sendiri gara2 tak dibenarkan bercuti balik India untuk meraikan Diwali bersama keluarga disana. Gitulah nak dijadikan cerita, macam2 kan? (imbasan dari entry KakCik hari nih).

Since TB memanjang bekerja maka takdelah peluang kita balik ke RD menunggu durian runtuh. Kadang2 terasa rindu pulak nak kesana, TB & D tak terkecuali berperasaan sama cuma T belum rasa apa2 lagi sementelah selama kita pergi balik kesana, dia asyiklah hadirkan diri kekelas. Alhamdulillah she no kaki pon-teng (kalau I dah lama teng-pon, heheh).

Malam pertama di RD ...
Dono why tidor tak berapa lena asyik terjaga aje w'pun tidur diatas tilam empok. What's with the tilam anyway? haha...padan muka I lah. Siapa suruh bukak lapisan pertama plastik tapi tinggalkan lapisan  kedua? Memandangkan molek tilam tu dibaluti plastik maka kita biarkan aje tapi rupa2nya amatlah tak selesa bila ditidurin.

Tidor beralaskan plastik, wahahahahhh sungguh nostalgia I tell you.. Once upon a time when I used to wee2 at nite.. Mak/Chik alaskan tilam double decker dengan plastik. Over time bila plastik dah seasoned sket, mulalah ia mengeluarkan bunyi2an ala keropok lemau ... kiahkiahkiah.. What a lovely life!

Ndja lebih berat dari I tapi I tetap tidur sebelah bawah d.decker. Gitu kekdahnya untuk elakkan dari you know what tembus ketilam terus menitis kebawah kena Ndja, harharhar...

(digress is my middle name, macamlah you tak tau)
Pagi juga akhirnya.. the boss sambung tidor tapi bikThom meneroka dalam rumah berbekalkan bulu ayam dan sebatang penyapu. Sebelum tenaga diperah (teruklah sangat macam menuai padi pulak), minyak hitam haruslah diisi dulu ...

A 'dara' toaster TB dapat in a lucky draw 3 yrs ago.
Menikmati roti bakar berseletkan kaya sambil menghirup hembusan nyaman udara pagi. Mata ralit dijamu keletah segerombolan tupai yang girang melompat dan meloncat dari satu dahan kesatu dahan sehingga gedebuk sebijik dua Raja segala buah menyembah bumi .... cewah! bahasa I mantap tak? kih3..

nyaman mata memandang
  Tetiba pandangan beralih pada kawasan sebelah rumah. Let's stalk her, shhh...

A durian poacher aka sedara jugak tu (pokok milik kazen TB)

Sedang I buat2 sibuk kat dapur, tertoleh kearah depan rumah ... what do you know, my 1st ever visitor pays a visit cumanya dia kurang hemah tak beri salam pun. Dia cuma berdiri atas kereta, boleh gitu??

Comel tak my visitor?
Yup! my 1st visitor was none other than siNyet2... Once nampak I dia terus cabut kehutan simpanan jiran sebelah. Setengah jam kemudian dia datang lagi. Tersentak jugaklah dibuatnya sebab tak sangka dia datang lagi berdiri depan pintu sliding. Gayanya betul2 macam manusia. Steady berdiri sambil sebelah tangan pegang grille tapi cepat aje dia cabut once nampak kelibat I. Sambil berjalan sempat juga dia menoleh2 lagi tu..

Tak sangka pulak kehadiran siNyet2 membawa 'rezeki'. Dia tinggalkan seketul you know what kat tempat dia berdiri tu. Sejak bila depan pintu tu jadi bilik termenung dia? Ishh.. noti, cubit kang..

Makan tengahari masih dirumah sepupu. Dah orang pelawa, memanglah kita suka tapi tetap malu2 kucing. Petangnya barulah pekerja Litson ET menghantar barang2 yang dipesan. Dah penat mengemas so adalah alasan tapau food for dinner tapi hati nih macam bersemangat nak masak ...

Since D dan sepupunya tiba petang tu, niat memasak terus menguncup dan niat membeli makanan untuk dinner kian mengembang tapikan tapi of all the nights, malam tu pulak diorang boleh tidur awal?

Malam kedua .. Almost 11pm dengan sopan TB bertanya "kita nak makan apa?" dan dgn sopan juga I menjawab "kalau you teman I kat dapur, I boleh masak". Yalah, tingkap tak berlangsir. Kat luar tu punyalah gelap kot tetiba terpandang samting 'putih'? Errk..

Well, TCTLSShort ... juadah kita pada malam tu berjaya dilaksanakan dari hasil tangan siapa ek??

Sardin, samtum bilis, tempe gor & omelette berkecai
Hasil dari gandingan bahu the boss & bik Thom ...
TB: goreng tempe/bilis dan masak sardin dan samtum bilis
BT: sediakan bahan2 dan goreng omelette berkecai tu (sbb tak guna proper kuali..haha..alasan).

Nota: TB & BT? muahahah... sehati sejiwa gitu..

Masa main masak2 tu teringat masa memula kawin dulu. I yang tak reti memasak bertanyakan TB nak masak apa? Jawabnya masak singgang dahlah so I pun masak singgang (calling2 Chik dulu mintak tips), goreng kacang panjang dan goreng ikan. Hmmm...those were the days..

Sekian dari empunya cerita yang suka sangat bercerita long n winding, phewh!
.

Wednesday, 15 August 2012

26th Ramadhan ...

Raya tahun nih macam tak sibuk sangat (but having said that, pernah ke I sibuk? hehe). Sebelum Ramadhan lagi I dah tempah kuih (diberi peluang menjamah kuih2nya sekali tapi masa tu I was having cold n cough maka kuih2 tu taklah menaikkan napsu sangat, uhuk2). Selalunya I beli kuih raya dari sweet looking lady kat salah satu kedai diMydyn tu tapi tahun nih nak beralih selera kekdahnya.

Baju raya T pun dah dibeli awal; 2 baju kurung dan 1 jubah. Selalunya beli nak dekat2 raya jawabnya memang semput bergesel bahu dengan rakyat jelata Kanda Deris yang punyai satu visi & misi. TB pun bersemangat sama, dah siap beli sepasang baju Melayu teluk belanga sejak seminggu berpuasa lagi.

What about me? I tak kisah kalau takde yang baru sebab I ada 2 pasang baju kurung yang boleh dianggap baru by my standard bought about 8 mths ago. Blouses n pants baru dibeli 2 bulan dulu tapikan tapi terdapat disana sini keketatan berlaku, huwaaa... Nampaknya terpaksa 'unpick' jahitan pada darts biar longgar sket, huwaaaa sekali lagi. As for D, raya tak raya ada aje yang dibelinya (bergantilah juga w'pun bukan yg mahal).

Petang tadi T ambik kuih raya tapi sebelum mengambiknya terjadi sedikit kekeliruan. I tak faham macamana boleh keliru sedangkan jenis2 kuih yang kita pilih dah pun ditulis dalam buku. Bukan aje nama kuih, nama/hp kita ditulisnya juga (so most likely silly mistakes would not happen, would it? but.......).

Ada beberapa program tv yang bagus2 belaka sempena Ramadhan tapi terpaksa pilih yang paling sesuai memandangkan kita bos, kita juga maid (mana boleh goyang2 kaki tengok tivi aje?); and that's when PVR comes in handy.

Contoh senario: mata terasa melekat2 sebaik saja thelethai solat subuh tapi hati nak tengok program Ask da'Ustaz at 7am. Untuk hindari diri dari merasa seolah2 lebihkan tidur dari mengikuti siaran ugama, I pun tekan butang 'R' pada RC untuk merakam Ask da'Ustaz <--  harus beri contoh program ugama pilihan Muslimah, hehe. Seterusnya bolehlah I zzzzzz dengan tenang dan nyaman.

I suka tengok drama @tivi3 7 Ramadan (tonton jgn tak tonton) dan @105 Keluarga Iskandar. Tak nak elaborate lebih2 sebab dakwat kibod kering kang tapi cubalah cari kat internet dan ikuti dua2 drama tu. Nak sentuh sikit tentang Keluarga Iskandar yang buat I terkesima menontonnya. Nak tau kenapa? Pertama sebab father figure dalam drama tu dipanggil 'Bak', dan sebab kedua kerana lokasi pengambaran (gitulah digambarkan) berlatar belakangkan negeri tumpahnya darahku, auwww..

Drama tu buat I rindu nak kesana lebih2 lagi perasaan deja vu dah meresap kejiwa bila pejabat kerajaan diBukit Timbalan ditunjukkan. Kiranya dah 80x I sebut "opis Tok tu" pada D n T, hehe.. Masa umur I 11-12 tahun, setiap kali balik dari Library dengan Ndja, kita akan menyusuri pejabat pos, majlis bandaran, HSBC dan pelan2 terus 'mendaki' Bkt Timbalan dalam keadaan suspense.

Suspense yang bertukar hampa kalau kereta Bak takde kat tapak letak kereta tapi selalunya kereta Bak mesti ada sebab Bak jarang keluar ofis awal. Bak adalah pekerja contoh, fullstop! Bila balik rumah dengan Bak, bolehlah berjimat 15sen! (15sen can buy me 3 batangs aiskrim Msia yang sangat lajat dibeli dari rumah Bedah atau Rohaya sebab aiskrimnya tetap manis w'pun dah kena nyonyot 18x, haha). Flavournya adalah: durian belanda, koko, jagung, oren, mangga, air mata kucing, kacang merah. Hmm...btw, I pernah prepare/jual aiskrim Msia pada satu masa dulu. Tough job :-)

26 Ramadhan
Masa berbuka tadi I masak satu lauk aje untuk TB. Tiba2 terasa diri nih zalim cam Firaun bila TB tanya "ada satu lauk aje eh?". Well.. taklah zalim sangat sebab I juga goreng bihun dan jejemput masin. Lauk tambah untuk sahur akan dipikirkan nanti. Normally semangat n idea of what to cook will come after 3am (bila terdesak reti aje nak buat apa).

Saiz dan rupa jejemput tertakluk pada mood sepembuat
 Masa bersahur subuh tadi, lauk 'tup2 jadi' adalah ikan masak kicap dan udang goreng mentiga (goreng dengan hirisan bawang). Alhamdulillah diberi rezeki dan kesihatan... berjuta2 lagi makhluk Allah yang tak dapat makan let alone dapat menikmati rupa makanan depan mata...*insaf*.

senang dimasak (sambil pejam mata) dan sedap dimakan, auwww..
1 dozen udang dari Sabah sponsored by Ndja's hubby
Tak teringin nak sponsor lobster ke? :-)

Well ... 3 more days to welcome 1st Syawal. Berbagai kenangan semanis kurma berlegar2 diminda. Tak dinafikan juga kenangan pahit sepahit peria. Waktu tak mungkin dapat diputar anti clockwise tapi kalau pun boleh, I tau apa benda2nya patut diberi 100% perhatian. Mmm..

Hoping that I'd still be given time to make things better, insyaallah.
.

Wednesday, 8 August 2012

18th Ramadhan ...

Al-kisah ...
Bermula kehidupan baru selepas 2 minggu menjadi Cik Puan TB, hic! Dengan rasa gumbira (at last dapat duduk dengan anjer kaan?) dan dukacita (dah tak duduk dengan Ngah/Ndja lagi) I pun berpindah kerumah sewa yang diduduki TB sejak bujang lagi tapi masa bujang dia menyewa bilik aje. Kebetulan bila kita about to kawin, landlordnya berpindah kerumah baru.

Yipppeee!! I mean alhamdulillah sebab tak perlu meniarap kat dada MalayMail mencari iklan rumah untuk disewa.

Kami menyewa 250 ringgit sebulan. Tak berapa ingat sebab bukan I yang bayar sewa, kih3.. OR was it 450? but I think it was 250 memandangkan the landlord, Abg A & Kak M teramatlah sayang dan kasihnya mereka pada TB my laling itew maka afdhal diberi diskaun (oitt! mana ada?).

Nota: Selepas 5 tahun menyewa rumah tu, kita berupaya membelinya with our blood sweat n tears, huhu.. 5 tahun lagi duduk disitu kami berpindah kemukim lain (the present house).

Bila Kak M berpindah kerumah baru, dia tinggalkan sebiji kuali very da ireng one untuk kegunaan TB dihari2 rajinnya (memasak) maka secara tak langsung I became the proud owner of that black pan the moment TB was proud to have me as his cik puan <-- whoaaaa... so romantika de amour kankankan?

Lawa tiada tapi manis ada hence the 'posterized' effect, ehem..
I love cooking using the non-stick pans but to goreng anything and about everything, I prefer using this black pan. Jasanya tak terkata mengalahkan jasa DLCW mengharumkan nama negara bermain good n badminton, ahaks. Bayangkan berapa puluh kilo ayam, ikan, sotong, udang dah digoreng dalam kuali ireng nih sejak mula I kawin sampailah sekarang? Cuba bayangkan...cubalaa.. (nak jaga hati I, pandai2lah pretend, hokay?)

Oleh kerana kuali nih kecik aje untuk menggoreng sekor ikan berkepala dan berekor sempurna sifatnya (saiz ikan kembung/kerisi), maka selalulah ikan yang digoreng tak berkepala. Cerita pasal goreng ikan atau beli ikan dipasar tak berkepala dah jadi my trademark dalam famili so much so bebila I mintak tolong Chik or Teh belikan ikan dari Cina jual ikan naik van tu, kepala ikan terus jadi hak milik kekal Teh.

2 nights ago just when I was about to bertakbir solat Isyak, my handphone berbunyi lagu ehem2 (rahsia kenot tell what song but it was Baby by JB then, hehe).. Selalunya I tak layan unfamiliar number but that night terasa cam baik pulak (almaklum nak mengerjakan solat, dalam bulan Ramadhan plak tu), I pun jawablah ..

TCTLSS, the caller was none other than anak bongsu Abg A & Kak M. We met at a wedding about 2 yrs ago so kita bertukar2 nombor but somehow she misplaced my number but TERjumpa when she least expected it. The news was that her Abah had passed way on 5 Aug 2012 and her mum died about a year ago *I feel so sad rasa terkilan juga*. Al-Fatihah to both Abg A n Kak M.

How can I not love the black pan even more???? *sob3*

18 Ramadhan
Since TB kerja petang, terpaksalah dia berbuka diofis. Kerja petang unlike kerja malam, dia memang tak bawak bekal tapi tetaplah bawak air panas setarmos, 2 sachets kopi dan sebekas kurma *whisper* Yusooooof taiyoooob...

Bila boss tak berbuka kat rumah, bolehlah I say NEHI TO RICE... (nasi dan lauk2nya akan diusahakan selepas jam 12-2am).

Kebetulan T balik dari markas, so that dara of mine dengan senang hati singgah kebazar sec.13 beli apa yang dia idamkan. I masak mee wantan for D dan dengan gigihnya made popia for me, yeahh!!

half-moon wanton
prop guna tea towel kekdahnya, har3
 
Ada sesiapa kisah akan rupa popia yang bengut2 nih?
Ekceli I kisah tapi bila buatnya dah hampir2 waktu berbuka...
who cares? kaaan?
I sepatutnya dah keluar dengan D keklinik beli ubat mata untuk TB. D tanya pukul berapa nak pergi (mengharapkan kita keluar sebelum mentari panas terik). I kata tunggu kejap sebab I nak berkarya (for sure it takes time) .. "kalau Umi dah mula berkarya, nampaknya besok ajelah kita baru keluar" katanya.

Ehhhhhh... siapa boss? D ke Umi? Haaa.. tau pon!
.

Tuesday, 31 July 2012

9th & 10th Ramadhan ...

Terung = eggplant = aubergine = durian? heheh mulalah tu!!

Anak2 mithali aje akan temankan Maknya kepasar, pulak2 tu kepasar basah yang lecak lagi berbau 'harum' pewangi YSL. Terlampau harum hinggakan baunya melekat kat baju. Ndja n I temankan Mak secara sukarela kepasar tapi tetap dapat upah samada jeruk mangga yang rangup, apam gebu atau putu mayam. Beshhh...

Kepasar tu kadang2 naik kereta sendiri, naik bas no. 9 atau no. 12, naik prebet sapu dan pernah sekali dua naik sports car macam SimonTempler punya, hehe .. (sports car jiran punya kekdahnya). Tak banyak sikit sesi kepasar sejak status dara sunti memberi kepakaran mengenal berbagai jenis sayur2an, ikan, rempah ratus dan tentunya jenis2 pisang.

Mana mungkin future mak mentua rejek calun menantu contoh cenggitu, tul tak? hakhakhak...

OK, cerita hari nih berkisar pasal terung ...

Selama2nya kat pasar besar JB tu diorang jual terung kulit putih tapi bila berhijrah ke KL, tersangatlah heran bila terpandang terung rona deep purple kat pasar PJ. Kedua2 terung tu wpun pada fizikalnya somewhat berbeza namun isi dan rasanya tetap sama, tasteless.

Masa kecik2 dulu, musuh dimeja makan ialah sayur2an, terong, tempe & tauhu UNLESS sayur masak sayur rampai, terong masak 'nyai' (sebut as hujan re'nyai'), tempe masak kicap dan tauhu digoreng cicah dgn sambal kicap (lada merah, kicap, gula & bawang putih).

Mak kata dia mula masak Nyai sejak dara sunti lagi masa menetap di Medan so I would want to think masakan nih sah datangnya dari seberang. Mungkin juga resipi diciluk dari Spura/Johor memandangkan bapa angkat Mak sorang peniaga yang kerap berulang alik dari Medan kebahagian selatan Malaya.

Al-kisah ...

Bila Mak/Chik masukkan keratan2 terung dalam kuali panas, bunyinya tersangatlah meriah meletop2 almaklum bila air bertemu minyak panas, they just cannot get along well together, kan? Tengok keadaan 'bahaya' cenggitu buat I risau. Kalau letop2 debaboom, susahlah nanti I nak masak Nyai bila I kawin nanti memandangkan tu lauk fevret. Minyak panas merecik kena tangan, bukan ke boleh menghodohkan kulit?

But then, bila I mula masak Nyai, I got this great idea! Bila dah basuh terong bersih2, lapkan dulu kulitnya. Kerat 3-4 mengikut saiz terung pastu belah dua dan gariskan. TAK perlulah direndam terung yang telah dikerat dan digaris. Untuk mengelakkan terung lebam, Mak/Chik rendamkan dalam air supaya keratan terung tak nampak lebam tapi kalau tak direndam pun lagi baik sebab ia tak mencacatkan rupa dan rasa lauk pun.

9th Ramadhan
Jom kita masak terung??

Kerat terung dan garis rugged2 pada permukaan (memudahkan kuah menyerap)
siap digoreng, susun molek2 dalam pinggan
tabur bawang goreng
Bahan kuah: lada merah, bawang merah/putih, kicap manis, udang kering (ditumbuk/tumis).
Pastu campurkan air asam sikit/gula/garam

10th Ramadhan
Popia masih tak nampak bayang tapi berjaya buat roti sardin yang dah bertahun2 tak makan.

Inti: sardin, lada merah, bawang n perahan limau (tak perlu dimasak terlebih dulu)
Roti dicelup dalam batter tepung beras pastu digoreng garing.
Best eaten warm. Nyesal kalau tak cuba!

Sago gula melaka. Can do lah ek?
Sago gula melaka tu dessert hari Ahad (9 Ramadhan) tapi semangat tetap menyala2 nak buat something else so pepagi Senin dah rebus keledek oren. Niat dihati nak buat donut Melayu aka kuih keria namun semangat bersepai ditengah jalan so I kenot show off my kuih keria just yet *sambil senyom simpol mati*.

Nampaknya perjuangan perlu diselesaikan hari nih so keria bebeh..... come here to big momma!

Saturday, 28 July 2012

8th Ramadhan ...

Assalaamualaikum ..
Jumaat dan Sabtu adalah hari yang sangat produktif dan meletihkan. Kenyataan yang boleh dipertikaikan tapi ada sesiapa berani menidakkannya?  Mesti tak, kan? Memang bukan penat mengemas sampai kebumbung rumah atau keletihan masak seperiuk bubur lambuk, hehe..tapi peluh yang meleleh2 menguatkan kenyataan.

Jumaat: Mood tetiba menyerlah untuk 'menyedut' sawang yang dah lama melambai2 disegenap penjuru alam. Yang herannya, kenapa lambaian tu I sorang aje yang nampak? Tulah, ingat nak biarkan aje sawang tu jadi hiasan hari raya. Boleh juga dijadikan bahan berbual sambil menikmati tat nenas atau kuih makmur berinti kurma, nyum!

Kalau dipandang dari sudut seni, sawang sebenarnya ada nilai aesthetic taw. Siapa kata gitu? Ishhh... PicasSOM laaa yang kata gitu, hehe..

So, kerja2 menyedut sawang dan habuk diserahkan bulat2 pada budi bicara hampagas tapi bukan dia aje yang buat kerja, I pun tolong sama. Tangan sengal dan lenguh tengkuk bila lama mendongak kearah siling. Kena sign MOU dengan labah2 agar tak menenun sawang tinggi melangit.

Sabtu: Hepi dan bangga sebab segala basuhan dah selamat dilipat, disusun dan diagihkan pada empunya badan. Best takde backlog! Basuhan yang dimaksudkan tidak termasuk T punya sebab dia dah lama buat sendiri. I thot I was cerewet but wait till you see how she does her laundry *sambil mata juling pandang kesiling*.

Entered my domain at 3pm. Whoaaa...rajin tak? I sendiri terpegun dengan kerajinan diri, heheh. But truth be told, I was actually feeling guilty when I saw this 'mini bonsai' duk sengeh2 kat penjuru dapur.

mini bonsai kekdahnya
Dah lebih seminggu beli 2 biji sengkuang dengan niat nak 'memopia' but this lazy bone of mine says "esok masih ada mentari", so I incubate the thot. Somehow before pucuk sengkuang menjalar kelangit (macam pokok kacang Jack), I better do something quick (to prove that I am not a BFF of syaithon, ahaks).

I boiled 3 packets of instant ketupat as I knew what to cook for berbuka, yeehaa! Sengkuang n kincam @ dried lily buds were used among other ingredients to make this 'kuah hijau' (so said T when she was small).

Sayur lodeh
When we have ketupat, sayur lodeh, sambal sotong and/or kuah kacang, we can now happily call the dish 'lontong' and declare it's already hari raya *damdamdum*.

samtum sotong kering

kincam @ dried lily buds
Dulu kala I tak faham why Mak/Chik harus pintal kincam cam reben. Kenapa tak biarkan aje? As budak  baru belajar tentunya I ikut cara Mak tapi lama-kelamaan out of curiosity, I biarkan ia tanpa dipintal (saja nak tengok apa jadi). Selepas alami proses memasak yang agak lama, kincam tanpa dipintal akan jadi kusut masai/entangled (cam rambut DianaRoss masa bangun tidor, hehe..). Satu kerja pulak nak leraikannya.

Jangan tekan X dulu sebab cerita masih lum tamat ..

Once upon a time, masa dalam bulan Ramadhan juga I masak lontong. That time D was barely 4 yrs old and I was pregnant, auwww.. On the very same day, TB terbang ke Spura (kerja sambil bersyoping .. gitulah harapan siisteri, woot2). Malamnya belum pun sempat menjamah lontong, D merengek2 sakit perut. Tak pasti sakitnya macamana. I akan bertanya soalan yang sama setiap kali dia merengek "sakit macam kena tumbuk kat perut ke?".

Masa tu I tak reti kayuh kereta so my abang no. 7 came to the rescue (that brother of mine, semoga rohnya di cucuri rahmat, amin). He sent us to Assunta hosp. Bila tiba hospital, D disambar oleh misi/doktor. Menciap2 dia melolong kesakitan kerana tangan kena cucuk (for drips in case he needed an op.).

Petang esoknya TB tiba dari Spura (terpaksa cut short his class). Memang tak sempat nak menyoping (hic) tapi sempat juga kirim kawan belikan kereta/van mainan Ninja Turtle for D, hehe..

I dah lupa penjelasan doktor tentang penyakit D tapi memang tak dapat lupakan saat2 doktor India mengesahkan "your son doesn't need operation at all". Cakapnya lembut dan sangat profesional. Luruh berderai segala kerisauan. I felt he was really 'god sent', no joke about that.

Statement melampau berbunyi "rasa cam nak peluk2 aje doktor tu". If only he was Dr Derek Shephard aka PD.........the rest is considered historylah, mueheheh..

PD
Dari cerita house chores ke lontong ke hospital ke patrick dampsey..Sah terer seronok menaip, ngeh2. Kalau ada kesilapan semasa menaip, esok2 I editlah ehh?

Akhir kalam, terima kasih sudi menjengah dan menjenguk kesini. Selamat bersahur :-)
.

Friday, 27 July 2012

7th Ramadhan ...

Al-kisah
Disamping pokok pisang, pokok jambu air/jambu bol, pokok cermai, pokok kedondong. pokok nangka dan pokok rambutan yang berbagai jenis ditanam sekeliling rumah, tertanam juga pokok cempedak bersebelahan bilik beradu my daddy n my mommy, hehe..

Ada juga pokok durian, pokok manggis, pokok rambai.. tapi tuannya bukan kita, huhu..

Pokok cempedak buahnya tak menentu boleh dimakan sebab selalunya ulat n the gang dah terlebih dulu buat onar. Depa nih tak agak2, bukannya tak boleh buat onar kat pokok buah2an lain, kaan? Kalau berani pegi panjat pokok kedondong yang tinggi tu, buat onar kat situ biar kena gigit kerenggerr!

Pernah tengok gaya ulat cempedak/nangka bergerak tak? Depa nih bergerak tanpa paham istilah lampu isyarat. Never knew the meaning of stop n look, semuanya bantai 'go' aje. Dengan tak sengaja, my adik bongsu ketika tu kecik lagi dapat gelaran 'ulat nangka' sebab dia hyper, melompat katak kejap, melompat kijang kejap.. tak reti duduk diam. Bateri dia fully-charged oldataim.

I masih musykil. Kenapa my adik dapat gelaran ulat nangka dan tak dapat gelaran ulat cempedak juga? Adakah sebab cempedak tak boleh jadi nangka? Bermakna nangka memang takde ulat?? Owh..am so confused!

Secebis kisah dolu kala diselang seli dengan kisah terkini, tulah lahirnya Al-kisah :-)

Awal Julai baru2 nih, D n I sama2 kekedai mencari sebiji buah yang amat terkenal pada bulan puasa. Afdal melencung makan aiskrim dulu, hehe.. (maklum ada budak tu kata nak treat Umi dia secewen aiskrim sempena besday).

...hmm.. camana dia belanja tapi I yang bayar? ishh3..
Selesai disitu kita terus kekedai jual buah which is just next door.

isinya tebal, manis lagi juicy
sekilo RM8.50 so sebiji almost RM16 "Opocot! tanjat gurgurl"

tak menyesal beli w'pun pada mulanya 'tanjat2', haha..

'Noir' effect makes it more delicious (statement cover line)
Too oily? spin aje dlm washing machine, kihkihkih..
For the first time in my life, I beli sebiji cempedak (ekceli D yang beli). Selama nih tak terfikir nak beli pun sebab takut menyesal buahnya tak elok berulat atau tak manis. Dengan kata2 semangat dari penjual mengatakan cempedak tu manis cam nak rak (cempedak madu), maka ternaik jugalah semangat.

Semasa cempedak sedang digoreng, satu rumah berbau harum semerbak. D kata macam rasa kat bazar ramadhan pulak. Memang pun, tiap kali kesana, T tak miss beli cempedak goreng. Patutlah mahal sebab sebiji cempedak memang tersedia mahal. Kalau ada pokok cempedak sendiri, kan best? Bolehlah bukak warong depan rumah jual cempedak goreng, heheh <- haihh..macamlah awak tu rajin sangat??

Nak dijadikan cerita ... soklan cepumas tersembur dari mulut D aka mat blur, kah3. Sejak kecik dia keliru dgn istilah 'tak sangka cempedak jadi nangka'. Mat blur kehairanan: kenapa pulak tak sangka cempedak boleh jadi nangka sedangkan cempedak tu akhirnya akan jadi nangka jugak kan? Whatdehekhekhek??

Adoilaa.. cempedak is cempedak, nangka is nangka. Tak tau cempedak in english apa namanya (Jillfruit kot?) tapi nangka kan jackfruit? The fact that cempedak TIDAK akan sekali2 bertukar jadi nangka, maka tulah terciptanya peribahasa Melayu. Maksud senang faham, sesuatu yang mustahil telah berlaku; kalau dah dilahirkan lelaki, tetiba bertukar jadi perempuan n vice-versa (gitulah beriya2 I beri penjelasan).

Hawhawhaw....jom kita kasi 8 das gelak keji pada mat blur kita tu. Nasib baik Allah lorongkan hati D beli cempedak. Kalau tak, seumur hiduplah D tetap keliru..bersambung hingga tujuh keturunan, oh tidak! Kesian waris2ku seumur hidup dalam kegelapan belaka kekdahnya.
.

Wednesday, 25 July 2012

5th Ramadhan (refreshed) ...

Dalam bulan Ramadhan tak payah susah2 pikir tajuk sesuai dijadikan tajuk entry :-)

Hari nih memang dah set minda tak nak masak for berbuka tapi tetap juga masak nasinya dulu. Selagi bayang lontong kering takde atas meja makan, selagi tulah hati tak puas namun semangat nih bukan kerana rasukan setan atau 'selera orang berpuasa', tapi ....................... (tapi apa ek? hehe..).

5.20pm tiba dibazar. I berjalan sorang diri ditapak bazar sementara D tunggu dalam kereta aje sebab mencari tempat letak kereta adalah azab. I dah tau apa nak dibeli dan dah hafal kedudukan stall pun so memang tak ambik masa lama merayap2 disitu. Lagi pun kita harus tiba rumah by 6pm sebab ada orang dari Astro nak datang menggantikan dekoder baru dirumah Ndja.

Sambil berjalan tanpa lenggok (sila bayangkan), terpandang pulak 'tepung bawang bulat'. Whoaaa..tepung bawang bulat?? Nostalgia nih! so I ngendeng tepi stall tu dulu sementara sipenjual menjelaskan sesuatu pada pembeli India dua beranak.

Dah terlanjur ngendeng tepi stall maka haruslah pasang telinga, kaan? Bila sipenjual blablabla pada pembeli dua beranak tu, I thot I dengar dia kata 'orang Johor panggil....', maka teruslah perasaan nostalgia meresap kedada (ha'ah! rasa kat dada aje). Terdetik kat hati mengatakan tepung bawang bulat depan mata tu mesti rasanya special!

Dengan perasaan tak berapa tamak, I beli 6 keping inti daging = RM4. Kenapa tengok tepung bawang bulat terus bangkit perasaan tamak nostalgia? Selalunya orang dah tua aje suka feeling2 cenggitu, ohh dear me!! at last mengaku juga, no more in denial ya CikSom?
 
Al-kisah ...
Dari kecik lagi kita terbiasa dengan nama tepung bawang atau tembosa. Termaktub ntah kat mana, orang Johor jer panggil tepung bawang w'pun it's not about tepung n bawang per se. Dengar cerita, orang S'pura panggil epok2. Mengapakah gitu bunyiknya wahai orang S'pura? Anyway, sejak bermastautin dibawah lembayung (?) Kanda Deris, ehem.. barulah terbiasa dengan nama karipap (pap = puff tapi tak puffy pon?).

Tepung bawang atau tembosa yang Mak/Chik selalu buat berintikan daging, kentang, daun sadri dan berperisa kurma sebab rempah kurma aje yang digunakan. Tak pernah buat perisa kari sebab anak Mak ngada2 tak boleh makan pedas. Kadang2 Mak/Chik guna keledek dan udang kering sebagai inti dan seingat I Mak pernah belajar buat tembosa pusar juga (aka karipap pusing) tapi tak pernah pulak tengok Mak or Chik memusar2 anything selain 'memusar siput' memasing, ekekeke.

BTW, 'memusar siput' bermakna pintal2kan rambut bentuk siput. Orang dulu2 very da anggun, rambut panjang mengurai mengalahkan Rapunzel.... ishhhh...kan dah melalut nih?

Back to cerita terkini: Stall yang sama jual roti jala (3-4 keping saiz comel @ RM2 +kuah kari which I tak pandang sebelah mata sebab eksyenlahkan sementelah kita dah reti nak menjala, hehe..), dan juga jual buah melaka pucat, 3 biji 50sen (maybe rasanya lazat hingga ketitisan akhir gula melaka meleleh tis tis ditepi bibir namun tidaklah I terkesima membelinya).

Sempat juga beli kari kambing (lauk sahur) dan sebungkus air mata kucing meow! Berjalan tanpa lenggok berakhir dengan beberapa plastik merah bergentelan ditangan. Alhamdulillah dengan nikmat yang dipinjamkanNya.

3 bekas LK. Main dish being dendeng daging/paru. Kuah kacang diasingkan
2 ketul 2 rasa 2 warna, hehe...
Kesimpulannya: Alhamdulillah takde pembaziran berlaku. Me gud gal!

"Sedaplaah tak macam biasa..kulit dia pun sedap. Mintak lagi satu boleh?" so said TB tentang tepung bawang bulat itew. I tau dia juga feeling2 nostalgia tu. His late Mak biasa buat tembosa inti daging perisa kurma juga. Nasib baik TB tak terover emo tarik2 janggut kambing terkenang kisah silam tapi TB ada janggut ke? bela kambing pun taak!

Hmm..gitulah keadaan uda & dara yang cerewet bila membeli atau memakan tepung bawang aka karipap aka tembosa aka epok2, namun masih belum sampai seru untuk membuatnya sendiri. Iha...Leeza, serulah nama I biar rajin buat karipap pusing sendiri macam u'olls buat.....

Apa plan untuk besok? terasa nak buat roti inti sardin bersalut batter tepung beras, digoreng garing. Kalau jadi dan molek kejadiannya, bolehlah nampak kelibatnya kat sini. Nak tanya sikit nih.. ada sesiapa boleh pinjamkan dulu setin sardin tak?
Cap apa2 pun boleh....

Tuesday, 8 May 2012

Sang suria memancar pada saffronku...

Kerja wajib setiap pagi .. bukak pintu leading to the small washing area, bukak tingkap dapur guna skru drebar, ahaks... sambil intai the alleycats (ada sekor kitten tu so comel berbulu lebat cam Wolverine, geram tengok) ... then do the normal chores .. tapi pagi nih .. ishhh, mulalah I nak berleter bila tengok one pot masih ada lauk daging masak kicap tak bertutup!

Kerja siapakah ini? Dahlah lauk tu tersedap dari biasa, ehem.. takkan nak buang sebab belum basi lagi. Hmm... terus ambik specs untuk mempastikan cikLat n cikNgau lum menapak dlm lauk tu lagi. The coast is clear, takde tanda sebarang pencemaran. But then again, what abt cikLip n cikCak? Dua ekoq nih bukan boleh percaya pun, kaan? Buatnya depa bersekongkol?

Anyway, pesalah dah dikenal pasti. That was his 2nd 'tak perasan', come the 3rd one, I smackdown aje kang. Brutal tak? haha ... ada I kisah? wpun anytime kudrat dia lebih dari kudrat Umi dia. Smackdown anak beranak piat telinga aje pun :-)

Hari nih sang suria menjanjikan sinaran terik mencengkam2 kulit .. Harus guna sun block dan berteduh bawah payung berkelah tepi laut bila jemur kain (dan keropok) nanti, hekhekhek... "I tak biasalah panas2 cam nih..kulit I kering rosak hitam kang. Malaysia nih panas ekk?" <- hahaha macamlah....... *sila sambung ayat sendiri....* 

sang suria menembusi langsir berusia 2 dekad, auwww...

Takde genie dalam botol nih tapi dalamnya terkandong saffron @ kekoma seberat 3gm. The last thing I would expect TB to bring home from office, hehe.. which I was very delighted to have it albeit sikit terlopong mulut comelku bila tau harganya.

So this saffron will be added to my list of harta dunia apart from the vanilla beans which I so sayang, given to me by Ngah/Teh. Tak dapat emas pun takpe tapi kalau nak beri gelang Pandora dari HJ, I tak tolak :-)

Semalam I baca Noir's latest entry 'my wife is not romantic', makanya dengan semangat berkobar2 jalur gemilang, I pun komenlah sepatah dua kata, hehe. I kata I am romantic at heart sebab benda2 yang orang lain anggap romantik I tak buat; tapikan tapi masa temankan TB had his dinner/supper at 12am I pun tanyalah "pada pendapat youlah kan.. I nih romantik tak?".

TB tak pause masa beri jawapan dan jawapan tu literally buat I beralih punggung terus duduk atas pangkuannya, auwww... hamboi, sukalah tu?
namun.. baca boleh, percaya jangan (BBPJ).

U-turn kejap... masih nak cerita pasal saffron. My beloved Mak, apart using the saffron to cook beriani, she also used saffron to make this one particular drinks, air Beyh namanya. Pernah dengar tak? Mak hanya buat this authentic cordial masa hari raya sa..ha..ja!

 Zaman nun dulu, minuman spesel nih dihidang khas dalam majlis diraja istana Johor aje. Bahan2nya: gula, air, daun pandan, saffron=kekoma (takleh ngelat guna esen kuning) yang dialunkan dengan berjenis2 herba/rempah.

Maybe ramai dah pernah dengar Air Beyh? Air nih dah dikomersialkan and katanya very famous kat Johor..heheh.. Hidup Johor! Sementelah dah dikomersialkan, selain kordial terdapat juga sparkling drinks dan bermacam2 lagi ...
*sila google for further info jika minat*.

Wednesday, 28 March 2012

Pisang dibingkakan ...

Editor Al-Kisah kembali berkarya so mukadimahnya haruslah show off a bit akan 'kerajinan' bermusim beliau, heheh ..

Dah berzaman tak makan bingka pisang tapi tekak nih terasa juga nak makan belebat, jejemput dan lempeng. Haloba yang terlampau tapi kali nih tak hingin nak layan bisikan makhluk bertanduk itew.



Sengaja guna 'loyang' lebar supaya bingka tak tebal macam kek. Untuk bingka, tebal2 tak best. Semolek2nya takat 2cm tebal so bila dipotong rupanya comel cam blondies/fudge, auww. Bila makan kek, bagian tepi tak menjadi kesukaan tapi bila makan bingka, kalau boleh I nak bolot semua bagian tepinya aje, boleh??



Pada satu hari yang ceria, TB & I berbual2 pasal pisang. Dia macam takjub dengan kemampuan I mengenal jenis2 pisang, ngeh3. It's not that his late FIL ada ladang pisang ke apa tapi camana I boleh kenal jenis pisang just by looking at the paras rupa pisang tu aje? Well..well..well.. tidaklah I ingin mendabik dada yang hmmm nih kan? but somehow hasil bercampur gaul dengan orang2 tua dan rajin ikut Mak kepasar, maka ilmu tu datang dengan sendirinya, auwww...

TB tu kaan, while he knows so many types of ikan air tawar, jenis burung yang berkicap tweet2, jenis herba dan makanan orang dolu2, dia tetap tak dapat bezakan jenis2 pisang; but wonder no more, dah dia tak minat makan pisang unlike you-know-who, kan? So, I forgive himlah.

Al-kisah ... Masa kecik2 al-comot dulu, I diexposed dengan 'pisang masak hijau'. Saiznya sebesar pisang montel tapi tak taulah why kulit pisang tu terlebih klorofilnya; dah masak ranum atau masih kelat, rona kulitnya tetaplah ijau.

One day, me and my 2-year old adik mintak more pisang kat Mak. Pisang tu nampak jelas dari pandangan sebab Mak letak atas esbok saiz kecik so kita yang masih ketot, katek lagi rendang memang nampak sah terang takyah suluh2 lagi, pisang ada atas esbok. Kiranya Mak kenot bluff us lah kan tapi Mak tetap bluff us juga, huhu....

Mak kata pisang tu kena simpan untuk Sultan. Waah!!! untuk Sultan? biar betik and that time kebetulan Bak & Mak baru berjumpa Sultan & Sultanah kerana perayaan hari Merdeka or maybe perayaan menyambut hari keputeraan diKotaTinggi, maka lagilah real pisang tu memang untuk Sultan.

Berasaskan RukunNegara #2, kita berdua terpaksalah akur. Patutnya I pakat dengan my adik. Kalau Mak tak kasi kita pisang, jom kita panjat esbok, panjat tangga, panjat bumbung tanda berontak .. pastu Mak panggillah Nanny 911, hahaha.

At the moment, my fav tv prog. is Nanny 911. Sesak napas bila tengok anak2 orang buat perangai nakal n terejal to the max tapi kadang2 kelakar juga. D tanya "kalau cucu2 Umi cam tu, camana?". I jawab "jangan datang rumah Umi atau duduk aje kat belakang rumah jauh sana main dengan ayam itik kucing" <- ..sadis punya grandma no?..

Cakap cenggitu (dengan niat) kononnya masa tu I dah berpindah ke desa halaman TB where there would be excess land for Tok Li, Tok Som n cucu2 beriadah outdoor, auwww seronoknya, kan?

Nota: My niece yang sebut pisang as pithang dah besar sekarang nih tapi tetaplah sebut 'pithang' juga, hehe..

Wednesday, 14 March 2012

MuayThai vs Wrestling!

Tak boleh bayangkan I tengok program the ChallengerMuayThai sekarang nih. Aksi ganas n kasar aren't my cuppa tea tapi D sort of paksa I tengok dan siap suruh teka siapa menang tiap kali bermula perlawanan. Layankan jugalah tapi kenot reeli konsentret berkarya dengan keadaan rumah bising as if perlawanan tu dalam my living room!

I tengok kejap2 aje tapi seronok juga bila F*iz*l dari Msia kasi TKO pemain England, jatuh gedebuk cam nangka busuk! (cempedak tak pernah jatuh ke?). Anyway, terasa lebih seronok bila I BARU TAU, perlawanan tu diadakan diMsia, yeehaa! Tumpang bangga sesenduk dua kekdahnya.

Finale: Thai vs England (tapi bukan yg TKO tu). As in the previous games, D mesti tanya "siapa menang Mi?"... "Thai" (jwpn penuh yakin). Kan ke best bila tekaan tepat, I juga boleh dapat US100K? Hmm..bestnya!

Nota: Semua rancangan MuayThai telah direkod & pra-rekod terlebih dulu. Bila ada waktu lapang, bolehlah tengok secara marathon.

Iklan kejap: Siapa2 yang belum berlanggan Astr* B'yond PVR, silalah berlanggan sekarang. Ya.. sekarang jugak, kalau boleh. Banyak kebaikkannya, tu pun kalau kita tak anggap TV tu sebagai 'kotak tak berapa pandai' malah menganggapnya sebagai salah satu nikmat dunia yang mendatangkan faedah didunia dan diakhirat. Wassalam. <- ustajah Som make an entrance, heh!

PVR=personal video recorder membolehkan kita rekod & pra-rekod apa juga rancangan yang kita minati tapi tak berkesempatan menontonnya waktu itu. Sebagai contoh: say.. tiap pagi I ada date dengan 3 ustaz kat channel 114 & 119. I akan rekod program ustaz bersarban @6.30am dan pra-rekod program Imam SW @7am (dalam masa yang sama, I boleh menonton channel 119 hingga habis siaran; atau rekodkan aje kot masa tu TB baru balik dari ofis bawak breakfast nasi lemak sambal sotong bukan sambal kerang, makaku harus menyambutnya dimuka pintu sambil memegang sebatang rotan, auwww..).

Namun awas: PVR ada juga pantang larang yang patut dipatuhi. Harap maklum :-)

Tengok D kusyuk melayan finale MuayThai, I teringat pada Bak yang suka sangat tengok gusti on tv. Wpun dia tengok sensorang, riuhnya macam 10 orang, nak2 bila wrestler mula mengelat dan referee tak adil! Bertambah riuh bila Chik, my aunty join sekaki. Bila 2 beradik literally dah masuk 'wrestling ring'; the rest is history, muahaha.. (and I cherished those moments looking at the 2 siblings sharing the same interest).

Dalam pada tak minat tengok orang bergusti kat tv, boleh pulak Ndja n I aturkan satu perlawanan gusti 'kakak vs adik'. Sanggup I bergusti dengan my brader umur 5 thn masa tu dan Ndja bermurah hati jadi referee tak berbayar, ekekeke..cayalah!

"tinggg.." perlawanan pun bermula.. I nih, ntah ya ntah tidak bergelut dengan my adik dengan niat NAK menang (kakak mesti menang, kan?), tapi takdelah nak TKOkan dia pulak. Dalam keadaan bergelut bergumpal terbalik pongkang tetiba my blouse 'terselak' lalu terserlah dadaku yang rata, auwww.. (wpun rata tapi malu gak), maka I override tugas referee meniup wisel, I sendiri bunyikan loceng penamat "ting..ting"! <- the 1st & last bergusti suka suki

In retrospect baru terpikir, patutnya ada satu lagi perlawanan 'kakak vs adik' ie Ndja vs me, sure gamat punya!

Pernah tak tengok WWE dimana wrestler tu sendiri bunyikan loceng atau tiup wisel tanda mula atau tamat perlawanan? Tak pernah, kaan?? So soklannya sekarang, 'wrestler' mana yang lebih epic?? hahaha.. sila jawab, sila..

Thursday, 8 March 2012

Khamis, pagi yang dingin ...

Sedang I menyusun kedudukan punggung almaklum baru masuk ofis Alkisah, tetiba D berteriak "Mi.. abah dah balik". Ishhh.. awalnya dia balik? Kita baru nak mengorak langkah kealam siber tapi OK ke TB tu? Kot dia balik awal sebab tak tahan sakit akibat pinggang terseliuh, ke?

Alhamdulillah, pinggang yang terseliuh beransur sembuh hasil tenyehan Yoko2; cuma dia rasa groggy lepas telan pil tahan sakit terus terbayang2 bantal busyuk, tu yang balik rumah cepat dari biasa. So for breakfast dipagi hening lagi dingin tadi, I gorengkan jejemput masin aje (gambar bawah diulang tayang dari arkib negara).



Adunan dibuat petang semalam untuk makan petang tapi diganti rezeki dengan pisang goreng dan keropok lekor yang Ndja bawak so I simpan adunan jejemput for rainy days. Kebetulan pulak pagi tadi hujan masih mencurah2, berhenti kejap2 sejak petang semalam.

Bila digoreng adunan jejemput yang disimpan semalaman, texturenya teramatlah menepati my citarasa. Rangup diluar dan lembut didalam. Mungkin ada tindak balas tepung dan telur setelah disimpan semalaman (dalam esbok) menjadikan jemput2 tu kembang owh so fluffy one bila digoreng hence rangupnya semacam?

Anyway, lupakan dulu penemuan terbaru CikSom didapur ciliknya itew..

..... mesti ramai yang monyok pagi nih sebab takleh sambung tarik selimut sampai keubun2, kan? tapi I boleh aje, jangan jeles, hehe..

Bila hari hujan, trafik jem mesti terlebih gilanya. Mulalah setiap pemandu jadi self-centered. Mesti ramai tiba lewat keofis atas sebab2 sahih atau direka2. Nasihat dari pakar: Kalau lewat ke ofis, balik rumah pun lewat jugalah atau kurangkan waktu makan tengahari.

I pernah buat cara yang sama dengan persetujuan my boss masa keje kat KL dulu (ie datang/balik lewat setengah jam). W'pun semua orang sedia maklum KL dan PJ memang amat jauh namun ia bukan penyumbang kelewatan ke ofis, vvvvukaan...

Penyumbang utama ialah kekurangan kenderaan awam yang mantap (let's blame it on public transportation). Yang ada masa tu tentulah bas mini berbagai nombor, bas SJ atau 'car pool'. Nak beli keta sendiri? Memang thaaaaklah jawabnya, kan? sob3.

Tengok pada nasib juga. Kalau drebar bas mini no. 25 mood baik tak buat onar maka tibalah ana keofis <> 8.30am (bas mini no. 25 aje yang berhenti depan ofis), tapi kalau drebar bas ngelat paksa penumpang turun takat BangkokBank (BB) maka dari BB terpaksalah naik teksi keofis (tunggu teksi pepagi hari menguji kesabaran juga).

Hari paling kecewa: bila semua bas penuh sarat dengan manusia maka I akan berjalan sorang2 dari SS1 ke SS3 menuju ke SS8 berdekatan Motorola supaya boleh tiba ketempat permulaan bas bergerak. Sahih I memang puas berjalan cum beriadah masa muda2 dulu so now bila keluar dengan TB, I mohon turun dulu supaya tak jalan jauh <- bermanja pada yang kasih *tip no. 11 mencari bahagia* ekekeke..

Kalau bas mini no. 25 buat loktang for whateva reasons maka pilihan kedua cuba2lah naik bas mini no. 33 pulak. Bas nih berhenti kat BB juga so pandai2lah tahan teksi ke ofis (kalau jumpa kawan seperjuangan, kita share bayar teksi. Selamat can save 40-80sen).

Sedia maklum, keadaan bas mini pagi hari memang penuh sarat hingga keanak tangga maka I yang comel lagi fragile (ketika tu laa) tak sanggup ambik risiko dihimpit2kan. Kang patah tulang rusuk, siapa nak bayar bil menyimen rusuk I, kan?? Kadang2 molek aje dapat tempat duduk tapi bila bas maju bergerak, penuh juga akhirnya bas tu.

Dengan keadaan bas lebih muatan, selalu gak bas yang I naik tu dilambai2 masuk kebalai polis. Sesi ambik nama 'pesalah' takde kena mengena dengan penumpang tapi indirectly bangkit rasa malu pada bos sebab lewat tiba ofis. Alasan apa nak beri? So takyah beri alasan sebab MOU dah dimeterai dengan bos. Datang lewat, balik pun harus lewat juga.

Bak selalu pesan jangan lewat datang ofis. Datang at least 10 minit awal supaya boleh run through 'things to do list' sebelum mula bekerja. Jangan malas, jangan cuai, jangan curi tulang, jangan buang masa blablabla... *all the jangans in the world kekdahnya*.

Semua pesanan Bak I ingat tapi I jadi takut bila Bak sort of marah bila I ambik cuti (even masa tu Mak was in critical condition). Kalaulah Bak tau I ada masalah keofis masa tu, agaknyalah, mau tak dia belikan I sebijik Beetle?


Masa kerja dulu, every now and then department masing2 mesti conduct an offsite meeting. To warm up sebelum sesi serius bermula; kita dimintak beri seberapa banyak sebab kenapa pekerja datang lewat keofis.

"why do you come late to office?"
- because my neighbour's cat gave birth (so said one smart alec).

Tu aje satu sebab yang paling I ingat *maklumlah, I mana pernah datang lewat, kaan?* errrk..

Friday, 23 December 2011

Kerai mee a riber, beriani pron n satay PAD ..

3-4 hari lepas I tip-toed keblog Oldstock.. Sebelum baca coretannya, terpandang plak link pada lagu Kerai Mee a Riber. Volume pada netbook memang sokmor dimutekan so obviously I aktifkan untuk menghayati lagu 'down memory lane' yang penuh dengan kenangan manis, haha.. memang manis!

I assume lagu tu selegend umur I tapi kita tak selalu boleh ukur umur seseorang dengan lagu2 yang orang tu dengar, betul tak kawan2? <-- ada unsur denial disini. I terkesima bila T dengar lagu Everly Bro., P.Boone, J.Mathis and the like. D plak boleh cari lagu zaman 50an nyanyian Nona Asiah, Momok etc. Kalau tak, diorang berdua nih asyik kutuk I bila2 I pilih lagu dari Lite&Easy.

Lagu Kerai Mee a Riber tu ... I suka sangat melodinya.. not so much of its lyrics cos when I first heard the song, I have not 'mastered English' yet so memang tak reti feeling2 cinta berputik pada Azman jiran belakang rumah, auww..

Psst.. 'mastered English' katanya, kah? kah3.

Dulu kala, RTS (tv Spura) buat Talentime. Masa nihlah telinga I dihayalkan dengan melodi seksi, lagu2 evergreen such as Kerai Mee a Riber a.k.a. CryMeARiver, FlyMeToTheMoon n TheLookof Love (to name a few) but my favorite mestilah versi DustySpringfield.

I masih ingat 2-3 nama peserta Talentime tapi I paling minat pada MCnya, hehe.. Kecik2 dah reti minat MC. Names like GeorgeF n PaulC.. mereka adalah cute2 belaka dan pemain muzik HoraceW adalah whoaaa.. sebab dia pandai main sitar walhal dia oghang Cina. Kenot forget his version of Wantanamera..

Beredar dari blog Oldstock, I kembali pada my most favorite blog Al-kisah (ahaks..woot2), tapi yang kat bawah nih masih tetap nak ikut I. Pucuk dicita ulam mendatang (I yang memang tak rajin nak cari apa2 lagu dari mana2 sos) tup2 rezeki datang menggolek.


Note: Thanks Oldstock n halalkan clip CMAR nih menetap kat Al-kisah (mee bandung yang you nak belanja kat JB tu, kita kira hanguslah ya?)

Since last Saturday I kurang menyibukkan diri kat dapur. Tiap kali keluar, I sure tapau food untuk sesaper kat rumah. Tak berapa rajin nak masak sebab kebarangkalian gas akan habis tapi cam OK aje tak habis2 bila I masak air, so ....

Tekadkan hati, bulatkan badan, kuatkan semangat .. masak jugalah kekdahnya. Udang (sponsored by Ndja's hb, Sabah mari) dimasak guna rempah beriani so jadilah lauk beriani udang. Memang tak cukup bahan namun bila mood CikSom melompat2 nak juga masak lauk tu, maka jadilah lauk tu juga!

Nasi beriani masala guna rempah Shan. Kena reti mengagak bila guna rempah nih sebab rempahnya pedas, siap bergaram dan siap bercampur rempah campak. We literally don't need to add anymore spices or salt at all.

I guna beras siam aje tapi kalau guna basmathi sure lebih melethopan! Garnishing wise.. cukuplah dengan kismis tu aje, hehe. Orang2 kat rumah nih don't really appreciate daun bawang n daun sadri tapi D&T minat sangat bawang goreng tapi I pulak tak minat nak goreng. Tak minat = tak rajin tapi bukan malas, heheh.

Satu malam yang dingin (masih dalam mood tak nak masak takut gas habis), terasa nak makan satay plak. Dapat idea masa I sensorang dalam kereta tunggu D oder minuman kat bawah nih. Orang nak belanja, kita terima ajelah, kan? Mekasehhh..



D oder teh jepun panas, euwww rasanya. Apa citer teh perisa seaweed? Dia memang suka yang pelik2, at least pelik pada my deria rasa. Bila dah beli yang dua tu teringat plak kat T so I sendiri masuk kedai Mermaid dan oder satu lagi. My 1st time masuk kedai Mermaid branch Tepan. Jakun jugaklah, haha..

Back to cerita satay. I beli 15 cucuk satay PAD each (perut, ayam n daging) sebab kesukaan memasing berbeza2. TB = daging/perut; D = perut/ayam; T = daging/a bit ayam and I? anything goes! Kan senang jadi I? tiga2 dapat, alhamdulillah..

Kita makan berdua dulu sambil tengok tivi. Oleh kerana I ada ciri2 tersentap kat TB (I dah mintak mahap pun), maka taklah I monitor apa yang dia makan tapi heranlah pulak whylah satay perut masih banyak lagi.

Bila tahap kesentapan dah mula kendur "you makan satay daging aje ehhh?". Ha'ah jawabnya; "tapi I beli satay perut juga, you tak makan ehh??" <- tonasi concern dengan bunga2 cinta melayang2 gitu.

Well.. apakah jawapan TB seterusnya tuan2 dan puan2 sekelian?? Siapa dapat teka dengan tepat, silalah ambik semua satay2 dalam mangkok tu .. on me, okay?

a)dah kenyang ....b)liat ...c)tak perasan ...d)nak makan besok ...e)tak sedap

Wednesday, 17 August 2011

17 Ramadhan ... Mengaji Quran


17 Ramadhan Nuzul Quran. Alhamdulillah I boleh baca Quran tapi sampai bila2 pun tak mampu setanding kehebatan qariah tilawah alQuran. Terima kasih tak terhingga pada Bak n Mak terutama pada Pak Bilal M dan beberapa orang cikgu sekolah ugama namely cikgu Pah G, cikgu Ungku C, cikgu Tik, cikgu Isa, cikgu SS, dan 2 lagi cikgu 'terlupa nama', yang bertanggung jawab ajar I mengaji.

Zaman Flinstones, 'ustaz/ustazah' belum masuk kamus dewan lagi. Harap maklum.

W'pun kat sekolah ugama diajar mengaji, kat rumah tetap juga KENA mengaji (macam tak rela aje bunyinya ek?). Bak jemput Pak Bilal M (PBM) mengajar kitorang mengaji. Kitorang terdiri dari adik-beradik no. 6, 7, 8 n 9 (no. 10 masih cenonet) while no. 1-5 dah merdeka!!! *sambil angkat tangan gaya PM no. 1*.

PBM datang
'melawat' kita setiap hari Jumaat pastu tetiba tukar ke Sabtu (cuti am di Johor). Bila PBM tak datang hari Jumaat (kita hip2hooray), but for sure dia datang hari Sabtu (oh man!); time tulah rasa macam nak buat2 demam aje sebab petang Sabtu adalah waktu afdal kita berseronok2 depan tibi tengok katun atau Daktari n singanya yang juling, siClarence tu, roarrr!!

Bunyi loceng basikal
pastu bunyi motor PBM adalah (cakap benar nih) tidak kita nanti2kan namun kita redha, cewah. Tanpa disuruh2, memasing mencecet ambik wuduk, salin baju tutup aurat dan capai tudung tersentil ramos. Siapa cepat baca, cepatlah habisnya pastu boleh tengok tibi atau main2.

4 beradik berdedai lepas sorang, sorang keruang tamu menatang Quran atas bantal, har3. Tentunya bantal yang suci dari apa2 yang tak suci, you know what I mean, kan? Abang no. 6&7 baca Quran dan kakak no. 8 serta adik comel no. 9 masih merangkak2 baca mukadam. Ada sebiji rihal aje dan ia harus diberi pada sicomel (kalau tak... tak nak ngaji!).

Alkisah cerita berkisar dalam bulan puasa. Jiran terdekat kita, encik Ali dalam kesedihan sebab kematian cik Gayah, isterinya. Nak dijadikan joke of the century kekdahnya, PBM pun bertanya (more like sergah) kat sicomel no. 9 (yang sedang kecot perot sebab tak tau nak bunyikan huruf), "huruf apa yang mati?" sambil menghala rotannya pada huruf berkenaan.

Imaginelah budak kecik kena sergah dengan rotan panjang sedepa terhunus depan mata (salah jawab sure kena satu das), you think dia dengar ke word by word yang PBM sebut tu? Ekceli sicomel tu dengar perkataan 'yang mati' aje maka dijawabnya slow n steady "cik Gayah". Kebetulan hari tu memang cik Gayah yang mati, so betullah jawapannya, kaaaan? :-)

PBM maintain poker face jer! So no one dares to laugh at me (ehh, was it really ME?).

Bila PBM balik aje, that joke of the century dah jadi bahan lawak n ejekan dari no. 6,7,8. Yalah, mentang2 no. 9 tu halus tak reti nak bela diri, kan? cuba ejek sekarang kalau berani? Kalau ejek sekarang, no. 9 sure join-in gelak bergegaaar tali perut usus lelemak bagai, egegegege.. tak kuasa nak sensitip n sensentap lagi dah!

Masa kita pindah kerumah no. 84 dari 8B, PBM masih tetap ajar kita mengaji. Sanggup dia naik motor datang jauh2. Masa tu, kita suka aje kalau hari hujan sebab kemungkinan BESAR PBM takkan datang punya, yeahhh!! tapikan tapi, ingat PBM tu tak reti nak pakai baju kalis hujan ke? Apalah kitorang nih... macam takde akal plak! *sambil tunjuk jari tepi dahi*

Bila abang no. 6 dah katam, tinggallah kita bertiga. Dah mengaji seminggu sekali, maka lambatlah nak katamnya sementelah si nombor 8&9, dari dara sunti dah jadi full-pledged dara, auwww.. maka paham2 ajelah mesti ada off day. Bila korum mengaji tak cukup 2 atau 3, atas sebab2 only Bak n Mak approved, maka sinombor 7 yang takde excuse not to mengaji macam tak puas hati plak! Haha, kan untung jadi pempuan, kan?

Alhamdulillah dengan kegigihan PBM mengajar, akhirnya kita katam juga lepas sorang, sorang. Mak n Chik apa lagilah hepi aje nak masak pulut kuning, kari daging n its trimmings. Kita jamu PBM dan doa dibaca by none other than PBM himself. I tell you, he had that awesome voice! Surelah kan? kalau tak dia tak jadi bilal kat Masjid Abu Bakar kat tepi laut, sepelaung aje ke Pulau Temasik.

Mereka yang disebut diatas semuanya termasuk dalam doa harian. Semoga tempat mereka disyurga Firdausi. Amin.