Al-kisah ...Setitik bintek merah yang disangka jerawat manis telah bermastautin dipermukaan kulit gebu berhampiran kawasan larangan, P&C kekdahnya. Oh tidaak! Rasa takut dan fobia yang amat bila teringat benda yang sama berlaku 2 tahun dulu. Keadaan yang buat I bermalam sehari dihospital.
Hari ketiga bintek merah mula mengeras dan bernanah sikit aje. Selagi nanah tak menumpahkan lahar2nya, selagi tulah keadaan I dalam bahaya, huwaaa.. so I googled for 'blind boils'. Disuruhnya tuam dgn air panas beberapa kali dan kalau takde perubahan, silalah pecahkan tabung itik sebelum berjumpa doktor tapi jangan jumpa doktor quek daaah!
Nak dijadikan cerita dalam blog, towel kecik yang dibuat tuam tu dah hangus rentung, kah3. I rebus towel tu kononnya nak bunuh kuman, I put on slow fire pastu I golek2 melayan perasaan. Nasib baik T terbau something... Berleter mak nenek tu kat I, hehe.Bila nanah degil tak keluar secara pukal, mulalah terasa sakit w'pun tak nyut2. Gerak geri mula terbatas almaklum affected area adalah quite strategic esp bila golek2 berbaring dan pose menyabung adalah impossible. Masa kosongkan pundi2 pun payah (boleh ke berdiri aje? har3.. keji lagi tak sofan kekdahnya tu).
Soalannya ... nak jumpa GP aje atau terus ke hospital sinun sebab diorang dah ada rekod I dengan 'penyakit' yang sama. Nasib baik ada T so dialah supir cum lady in waiting, hehe.
Tiba hospital dubdab dubdab. I just knew what to expect so I asked the receptionist whether female surgeon is available. No, nehi, takde... so terpaksa juga jumpa the male surgeon
(waima nama cam female) yang pernah menyelamatkan nyawa I 2 tahun dulu. Doc Hanis diberi nama tapi bukan Hanis Z anak cik Nani tu taw :-)
Lepas doc H tinjau keadaan boils itew, I pun
diusung beransur kebilik 'procedure'. Aaarghhhh.. tak sker ... tak sker! Masih ingat lagi betapa pedihnya bila misi buat dressing kat luka, ouch!
I thot bila dah suruh baring atas katil tu, doc H akan datang secepat kilat dan buat apa yang patut tapi tak sebab dia ada hal lebih penting dari selamatkan nyawa warga keemas2an nih, huwaaa..
*4eba dramatic*. Sementara I melayan perasaan, misi pricked my
mother finger .. blood sugar level is 5.6. Lupa nak tanya nape tak ambik my blood pressure sekali.
Almost 1 hour berbaring atas katil, selain bertahmid, macam2 sebenarnya yang difikirkan - dashes of this and dashes of that. YaAllah, pls have mercy on me.
Ketibaan doc H disambut dengan pom2, haha. Bila doc H mula jalankan tugas, dub dab dub dab bergendang bunyi jantung I. 3x cucukan pertama to the affected area, ouch ouch ouch!!! Pastu 2x lagi, I dah tenteram sket. Doc H tanya "sakit?". Dengan muka yang pinta dikasihani as though I'm a lil child, cebikkan muka sket, "sakit"
(dengan harapan dibelikan barbie doll atau KitKat pun okay gak!).
Bermulalah hari2 Cik Som berjalan penuh sopan dan santun. Tangan kiri diletak erat kearea perut supaya kurang impak gegaran lelemak pada luka, har3. Nak sembuh cepat haruslah diligently makan ubat ikut peraturan. Every 6 hours kena telan anti-b sampai seminggu dan bila sakit pandai2lah telan PK
(takde kena mengena dgn mee PK, kih3).Prevention is better than cure tapi kalau dah Allah kata "jadi", maka jadilah ia. I redha dengan dugaan nih dan berdoa agar Allah amfunkan dosa2 kecik seiring dugaan yang dipinjamkan. Kenapa 'dipinjamkan'? I pasti semua tau jawapannya, kan?
Note: Kak Halimah, cousin di Brunei meninggal dunia kerana stroke. AlFatihah.