Showing posts with label syawal2012. Show all posts
Showing posts with label syawal2012. Show all posts

Monday, 10 September 2012

23 Syawal ... RJ dan kari ayam!

Ahad semalam adalah hari berhempas pulas menyediakan 3 jenis lauk (ya, 3 aje yang terdaya) dan 'menjala' dengan rakusnya, heheh...

Selonggok RJ
Kengkonon work smart not work hard maka terjadilah kari ayam seperiuk besar sebagai salah satu lauk kebanggaan (yang bakal dijadikan lauk untuk lunch, dinner, b'fast dan tentunya sebagai entiti cicahan siRJ pujaan hatiku, keh3).

B'fast pagi nih ... RJ banjir
Kari ayam dijadikan lauk dan juga sebagai cicahan RJ maka wajarlah ia dibuat dengan kuantiti yang banyak tapi tahap keyakinan adalah tersangat rapuh bila masak lebih dari kuantiti yang biasa dimasak, gulp! namun mana boleh mengaku kalah sebelum gigit conet bom tangan dan baling pada sasarannya, kaan?

Nasib baik ayam dah tersedia bersih dan dijual mengikut kehendak kita. Nak beli bulat2 sekor pun boleh, nak beli bagian2 lain pun boleh. Janji ayam bersih no bulu2 terlekat watsoeva! Alhamdulillah stok ayam dah tersedia dalam freezer. Selalunya I beli drummet, kepak, betis dan peha. Jarang sangat beli bagian dada sebab tak suka isinya too fleshy dan lagilah sangat jarang beli kaki ayam.

Tapikan, dalam my freezer ada sebekas kaki ayam, bahasa Jawanya ceker atau kai kiok kata orang Cina, hehe..multi-lingual gitu. Dah berbulan mende tu duk bertapa dalam freezer tunggu D kotakan janji manisnya nak buang kuku ayam bersihkan sebelum dimasak tapi janji tinggal janji aje (I think D ngeri tengok rupa frozen kaki ayam yang keras kejung!).

Sebut pasal kaki ayam, ada sesiapa dah kembang tekak? Ekceli takde kotornya kaki ayam tu lagilah pulak kaki ayam ada selaput 'glove' so kupas aje glovenya tu sebelum dimasak. I takde masalah memasaknya apatah lagi memakannya tapi dengan syarat kuku kaki ayam mesti dibuang terlebih dulu (kalau tak, kamsia hamnida diucapkan).

Ditakdirkan TB terpaksa sembelih sendiri ayam dan I terpaksa atau dipaksa membersihkan ayam dari A to Z, aaaarh!! I sanggup bercerai hidup dengan ayam sampai bebila. Dari pegang bulu ayam lebih baik pegang bulu kucing *sambil senyum kat QJ, hehe*.

Masa kecik2 dulu mana reti erti geli. Bila Bak nak sembelih ayam, kita dah tiba dulu kat tapak penyembelihan w'pun ngeri n kesian sob3 tengok ayam menggelepar. Ever ready nak tolong Chik cabut bulu ayam pastu (sambil sesekali menimang ayam) tekun memanggangnya atas api biar terbakar bulu roma ayam, har3 *evil laugh*.

I menjala dengan rakus (guna 2 kuali leper sekali gus) dan memasak kari ayam lebih dari biasa sebenarnya untuk kawan2 T yang datang beraya. Kebetulan pulak anak sedara TB yang sangat menyukai RJ datang berkunjung. Kiranya I melempor guna sebijik batu untuk membunuh dua ekor burung hud2 ler nih, hehe..
 
Rummaging thru my 2nd fridge, (in horror) I found this! errrk..in horror konon.

Al-kisah's Believe It or Not, ngeh3 macam tak biasa pulak
Bukan setakat menyimpan Basmathi perang (sebutan: payrang) yang tarikh luputnya dah berlalu 16 tahun, nampak gayanya serbuk kari nih juga tak ketinggalan menempa sejarah *bangga tapi malu* dimana tarikh luputnya dah berlalu 15 tahun.

I suka sangat serbuk kari Sakthy kerana tanpa guna daun kari sekali pun bau kekariannya tetap menyerlah tapi yang sedihnya (memang sedih), kari jenama nih dah macam elusive butterfly. Dah lama benar tak nampak 'keSakthyiannya' dipasaran *mode muka monyok*.

Tak pasti camana serbuk kari kesayangan hati tu disimpan begitu rapi (ehem) hinggakan selama nih tak terpandang langsong dek biji mata. I tuang sikit serbuk kari atas tapak tangan, hidu2 sampai terbersin. Masih kuat bau karinya tapi ada juga unsur haFAk, makanya......?

TCTLSShort, separuh peket serbuk kari telah dihumban dengan jayanya albeit a tad rasa bersalah. Lebih baik dibuang aje, tak sanggup rasanya beri anak orang makan kari ayam berkemungkinan beracun arsenik dan tak sanggup tengok muka sendiri masuk buletin tivi-3, huhu...

Baru masak 3 lauk dan menjala goyang2 punggung sket, letihnya komain terasa lagi. Malam semalam tetiba badan rasa semacam. Perut dah masuk angin rupanya so haruslah signal mata pada you-know-who untuk khidmat dipicit secara percuma, hehe.. Burp...burp...sedawa dan toot toot lima enam das, alhamdulillah terus zzzzzz dengan lenanya.

P/S: Masa kitorang kecik2 dulu, tiap kali picit Bak kita dapat upah 20sen. Kita tak mintak upah tapi tulah satu2nya mata pencarian halal masa tu untuk terus menikmati aiskrim Walls :-)
.

Thursday, 6 September 2012

19 Syawal ... ole2 & projek mega ...

Baru 19 Syawal ... kalau nak puasa enam masih sempat lagi nih. Thot of fasting today but terlewat mintak izin suami almaklum puasa sunat wajib mintak ijin dulu. Lagi pun hari nih dan esok TB bercuti so bila dia bercuti, I upgrade diri terus jadi mademoiselle, boleh?

Anyway, hari cuti suami adalah hari bahagia siisteri. I ler tu.. w'pun ia tidak menjanjikan kita berseronok2 jenjalan makan angin macam sesetengah orang.. kepulaulah, mendaki bukitlah, berskuba divinglah.. Yaa, sesungguhnya kehidupan I tersangatlah hambar, boring dan sungguh tidak menyeronokkan, sepatah kata omputih very dull; tapi adakah I anggap dan mengaku kehidupan I begitu dull n boring?

T pernah membayangkan betapa I akan bertambah bo-ring atau ring-bo sebaik saja berpindah nanti. Kawan2 rapat jauh, adik beradik jauh, tempat membeli belah jauh, masjid jauh dan juga akan jauh dari dia. Betullah semua yang dikatakan tu, sob3 tapi sebagai emak yang konon2nya lebih berupaya berfikiran jauh, long n winding, tentunya I tak lepaskan peluang untuk menyumbat seberapa banyak 'food for thought' supaya mindanya bertahan kenyang selama mana yang boleh, insyaallah.

Talking about food ... pagi nih I makan lebihan nasi dan sup ayam semalam. Dah niatnya nak bersahur makan nasi dan sup tapi dah tak jadi puasa, haruslah I habiskan juga. Tak baik membazir, ehem.. dan dessertnya bukan bithkut raya tapi bithkut dan kek ole2 dari Jakarta.

kek lapis yang dah diswiss rollkan. So-so rasanya

bithkut cheese sedap lemak rangup

 Habuan datangnya dari Ndja .. to be shared with Teh

Sebagai mengimbau nostalgia D&T masa kecik2 dulu sewaktu suami Teh masih hidup
 U-turn pada 4 Syawal ...
4 beranak berkonvoi dengan kontraktor kesatu tempat yang unknown to me w'pun awal2 lagi kita tau tujuan ketempat tu untuk memilih jubin bilik air memasing, dapur, bilik tidur dan overall rumah..

Seronok memang seronok tapi kerja memilih jubin yang sesuai sangat meletihkan lebih2 lagi bila rambang mata tengok berbagai pilihan eksklusif namun kenalah juga berpijak dibumi nyata not to overdo it sementelah rumah yang dalam binaan adalah rumah untuk pensioner aka pesara jer, definitely can't afford to be lavish2 one, auwww... <- nak auwww jugak, keh3..

Buat julung2 kali memandang teratak baru sejak ia didirikan, perasaan cikSom amatlah teruja sekali kerana sangkaan awal yang agak meleset tidak menjadi kenyataan, alhamdulillah. Sangkaan bahawa jiran terdekat adalah amat jauh rupa2nya sepelaung aje jauhnya. Kiranya dari my ruang tamu boleh meninjau aktiviti keruang dapur jiran (kakak sepupu kamcing TB ler tew, hehe..).


my humble abode
Rumah nih tersangat straight forward. 3 bilik tidur, 3 bilik air, ruang tamu, ruang golek2 (khas untuk ...cer teka), ruang makan, dapur dan bilik stor mini berkongsi kasih tempat letak mesin basuh.

Nak komplen lebih2 nanti kata tak bersyukur (walhal lebih dari bersyukur) tapi since inilah sa-ha-ja satu2nya peluang yang kita ada untuk membina rumah ikut kehendak dan spesifikasi kita, sepatutnya awal2 lagi TB n I perlu berbincang lebih teliti dan terperinci tapi tidaklah begitu jadinya kerana beberapa sebab tertentu.

Sekarang ... rumah dlm binaan takde bilik stor dengan erti kata sebenar. TB kata boleh ditambah kemudian tapi yang paling 'tak tahan' bila tengok bilik air yang sepatutnya dikongsi oleh D n T nampak kecik sangat. TCTLSShort, pintu bilik air dari bilik D dah pun ditutup so T wld have bilik air tanpa berkongsi. D pulak akan guna bilik air berdekatan washing area, selangkah dua dari bilik tidurnya aje.

Sepatah kata my SIL, adik TB "budak2 dah besar tak boleh share bilik air... " dan dalam fahaman yang seakan serupa, T dah keluarkan statement yang sangat lucu, hehehaha (tapi I takleh tulis kat sini, hehehe... anak2 zaman sekarang anggap mak ayah diorang so open minded n so understanding, diorang tak segan memberi pendapat tentang 'facts of life'....kan Akak kan??).

Sekian coretan untuk tatapan kemudian hari ... insyaallah.
.

Tuesday, 4 September 2012

17 Syawal ...

Pagi2 lagi I dah beraya kat rumah CikSom! Dia tak layan I pun, semuanya self-service so I really really make myself at home, haha... (why haha? sebab I tak hehe..).

Membuka keburukan diri tanpa segan silu kekdahnya nih..
Bertemankan secawan neskopi, (not in crono. order) I ngap 4 biji tart nenas, sepotong kek keladi, sepotong puding milo, sekeping nipis dodol, samtum bilis disapu pada 2 keping roti (hati berat berkata roti nih dah expired but since no kulat was in sight maka ia masih halalan tayyiban), dan untuk mengubati ngantok yang tak berkesudahan, I ngap non stop mende nih (sepupu marukku).

buah tangan dari anak sedara TB yg datang Sabtu lepas

Ahad lepas Ngah jamu adik beradik santap LJ (Johor signature dish)  but sentap to say I couldn't make it as TB was working and budak2 ada acara masing2 (pergi OH back-to-back mengalahkan kita pulak). If only Ndja (my saviour) had not gone to Jakarta that time, I would have burped laksa Johor, hehe..

Fine I kenot go to Ngah's house untuk menikmati LJ tapi ada pulak hambaAllah yang cuba menuang garam pada luka dengan menghantar MMS SB "we are enjoying ourselves here..".

SB = sambal belacan
Semua orang tau bahawasanya LJ akan lebih ummphhhh dengan adanya SB. I balas MMS adik bongsu kesayangan dengan satu rintihan "huwaaaa..." <-- dia memang jaaa-at!

For the record: Roti 2 keping yg I ngap pagi tadi rupa2nya dah berzaman expired tapi AAK? har3.

Prop: blue short-pants, auwww....
 Yesterday a Pajero almost hit our car. Kering darah kita dibuatnya. Tak taulah kat mana dia letak matanya tu. Kalau nak membelok, agak2lah sikit. Kalau membelok nak kekiri sekali pun, takkan tak tau awak patut kekanan dulu, bila pasti the coast is clear barulah boleh anggap jalanraya tu pohpoh awak sorang yang punya.

Nasib baik D alert tak berhayal bersms or on the phone (dapat mengelak in time) tapi kalau dia mengelak terlalu swerve kekiri, kita tidak juga terlepas dari bahaya sebab kereta akan berlanggar kisi2 jalanraya / pavement. Alhamdulillah kerana dijauhi dari musibah.
.

Sunday, 2 September 2012

15 Syawal ... OH etc.

Ngah jemput adik beradik kerumahnya petang nanti but sad to say awal2 lagi I dah bitau I kenot make it. Kenot make it bukan sebab I tak suka hidangan yang bakal disajikan nanti, hehe.. tapi tulah tu, bila TB kerja petang maka I wld be without a driver yang amat berkaliber (w'pun sering sesat tatkala nak belok kiri lepas tol D'sara dan terus terbabas guna MRR2, kah3).

Boleh juga kalau nak suruh 'D.Schumacher or T.Alonso' drive kerumah Ngah tapi kedua2 drebar F1 tu ada OH petang nanti. In fact I pun ada OH petang nanti kat rumah jiran deret belakang rumah. Semalam 2 jiran buat OH, sebelah siang dan malam. I thot bolehlah I hadirkan diri since majlis tak bercanggah, rupa2nya rancangan terbantut juga ..

Malam 31/8 TB fon dari opes bitau anak sedaranya nak datang beraya hari Sabtu (smlm) @2pm. The minute I kata OK, otak terus mencari idea apalah nak dijamu pada tetamu seramai 20 orang tu (ekceli 2 orang aje pun, kih3). Tup2 teringat akan jemputan OH rumah cikDah. Boleh ke I kesana sedangkan I ada tetamu? Dah bercanggah nih..

1/9 Memang anticipate sibuk dari hari2 biasa so pepagi lagi selepas bapak ayam bapak berkokok kukkukkukkuuuk, I mula merebus  ...

NI = nasi impit or himpit
Rebus jer dulu 2 ketuls namun menu masih samar2 lagi tho soto comes to mind but am I that rajin? Nohoho!! NI berduet dgn rendang sure 'thumbs up'. Boleh BELI jer rendang tu but tup2 semangat merendang tak semena2 menguasai diri, I was in a trance kekdahnya tapi makan NI dengan rendang jer? Terbegik kang. Takde lodeh ke?

Since tak rajin melodeh, I pun geledah freezer for an alternative dish and I found the gem in the form of KK. Never mind that KK dated 18 Aug.... shhhh...

Never before I kerja penuh semangat cam amputated cockroach. Masa rendang mereneh atas api, I buat sup bebola ayam + udang (makruh nih sbb sumber laut disatukan dgn sumber darat, namun...) dan goreng ikan untuk lunch TB at 1pm (menyambil juga goreng karipap pusar as bekal TB keofis). Dalam pada tu buatkan juga puding Milo specially requested by jiran 'T junction' untuk jamuan sebelah malam.

By 1pm segala kerja selesai so sempatlah I bersiram dan berendam cam baby hippo dalam bathtub full of 7 types of selected herbs *sedapkan cerita aje namun tidaklah benar* dan seterusnya bersiap tak pakai baju raya tapi pakai baju biasa to cium tangan n bye2 TB yang nak keofis (so mithali, yes?), menunggu ketibaan tetamu (dengan sabar) dan terus mengharap dapat kemajlis OH rumah cikDah.

My tetamu tiba lewat 45 minit tapi ada pulak kejadian 'take visitors for granted' berlaku, hehe.. I tunggu tetamu depan gate pastu 'paksa' dia bawak I kekedai jual murtabak. OK tak? Sekali sekala buli mintak tolong  anak sedara, apa salahnya kan? So dengan adanya murtabak disamping NI, KK dan rendang, (I perasan) bertambah meriah rupa hidangan I semalam tu, kih3. Ada kuih raya dan air oren lagi ...

My tetamu beredar lebih kurang pukul 5. Could it be my rendang yang buat punggung depa melekat kat kerusi? haha.. kari kari kari (read: riak!). I did tell them about my KK yang diselongkar dari freezer (hence my conscience is clear manalah tau kot diorang sakit perut ke, kan?).

Adakah I terus ke OH rumah cikDah sebaik saja my tetamu beredar? Lagu Jefrydin Seruling Bambu seolah2 menggamit mintak I kesana and I believed there were still last kopek guests being entertained but takkan I terkonteng2 kesana sensorang diri afterall majlis tamat kul 5. Seganlah.

Lepas Maghrib I bersiap2 kerumah jiran 'T junction' pulak .. majlis OH cum farewell anaknya nak sambung belajar ke UK. I cuma bawak nih as requested by puan rumah ..

Bahan: agar2, milo, susu cair, gula, vanilla, tepung kastad + konsentrasi
Dah lama sangat tak memuding so my skill somewhat has gone kaput! Dah tau sure kaput, apasal tak guna proper resipi? Ekceli pagi semalam dah bukak internet nak cari resipi puding yang guna roti but the moment I log off, baru TERingat tujuan. Nak log-in semula? Tak yah, timakasih jerlaah..

Alhamdulillah puding Milo turns out swell dan disukai rhamay *kembang kuncup idong kita dibuatnya*.

Nota: Bila jiran bertemu jiran selepas masing2 lama menyepi maka macam2 cerita atau update yang terkeluar. Someone had told me something yang pada I tak relevant that 'I've been keeping to myself sejak dua menjak I akan berpindah kesinun...'.

Tetiba aje terkeluar cerita cam tu tapi bukan ke selama nih kita2 bertemu muka, peluk/gesel pipi 3x bila ada majlis tertentu aje?  Oh well ...

Yang benar
Mak dara tetap pingitan
.

Thursday, 30 August 2012

12 Syawal ... TN ...

B'fast pagi nih I makan beberapa keping TN = tart nenas disulami neskopi 3-in-1 mild. Sebulan berpuasa I tak cuit pun neskopi sebab selalunya I minum masa b'fast aje. Ini adalah MOU sah antara neskopi dan peminum kopi tidak tegar *sambil menjeling pencinta kopi 434 yang berada diSP dan BBB dengan ucapan "dah mandi lum?"*.

Orang 1Msia sebut 'tart nenas' tapi orang Indonesia sebut 'nastar'. Kenapa nastar dan bukan tarnas? or better still sebut ajelah tart nenas, kaaan? (I tak eja 'tart' as 'tat' sebab bila ada 'r' dalam ejaan tart, ia seolah2 tambah nilai thedap pada TN tu sendiri, hehe.. lagi pun, ramai yang buat onar dgn perkataan 'tat'. Tak baek gitu taw).

BTW, ada sesiapa tau camana 'nastar' dapat nama cenggitu? namun tekaan tepat tak disediakan apa2 hadiah pun, hehe..

Pemberian adik TB
I lebih suka TN yang nampak jelas dan muai jem nenasnya. Bukan aje suka tengok rupanya tapi suka makan jenis tu. Masa kecik2 dulu teruja dengan tart nenas buah epal bertangkaikan cengkih. Kalau beraya kerumah sedara seberang Tambak Johor, tart epal sure jadi sasaran utama.

Dipanggil tart epal sebab rupanya macam buah epal, tu aje sebabnya pun tapi masa beraya dikampong hari tu, ada hidangan tart epal rona hijau berintikan jem epal sebenar. Somehow tak teruja pulak nak jamah.

Masa kitorang kecik2 dulu, kerja membuat TN disandang oleh Chik sorang diri. Dia yang buat jem nenas, yang mengadun, menorak, menggentel, menyepit dan membakar hingga thelethai kerja ketitisan keringatnya yang terakhir bila mana TN yang siap dibakar disimpan molek dalam tin Milo.

Can't help it but tersenyum simpol sorang diri bila teringat Mak/Chik simpan baulu dalam tin Fab, muahaha... Masa tu Fab serbuk ada dijual dalam tin bulat setinggi >< 1.5' (special promotion). Baulu perisa Fab kekdahnya, kah3.

Bila cikNdja n cikSom mula tunjuk minat menyibuk didapur maka ringanlah sikit 'penderitaan' Chik. Kerja gentel-menggentel dough memang jadi fevret tapi I dibenarkan bubuh 'tanda' pada permukaan jem aje, tu pun Chik yang sediakan sebab dough yang I duk gentel2 dah dikira tercemar! Anyway, 'tanda' tu dibuat dari dough yg sama bertujuan memaniskan rupa TN.

Bak being the QC amat particular dengan rasa dan rupa TN. Tak cukup TN yang terserlah jemnya pada pandangan mata, dia cadangkan Chik buat TN rupa sardin roll. Somehow idea Bak yang tercetus then dah menjadi... shall I say kenyataan/ikutan? (patutnya kitorang patented the 'idea', sure kayo den sekuarga, heheh).

Tak ingat pulak bila masanya Chik bersara dari buat baulu, tart nenas dan kuih gunting setiap tahun menjelang raya. Kalau ditanya Chik, dia sure kata "I forgot".

28/8 - Ndja yang tak suka aiskrim tetiba beli aiskrim hanya kerana dia berpeluang park kereta depan BR. Sesaja nak memontelkan adik dia ler tu. Dah beli tercepat sehari maka takdelah diskaun (diskaun 31% dari 29-31/8).
Jenuh nak dihabiskan

29/8 - Ndja datang lagi, ada aje halnya. Nak ambik air ticket disamping nak tengok rumahnya yang masih tak habis2 direnovet. I sebagai jiran terdekat duk menghitung hari belek kalendar jer 'bila nak habis?'.

Cantik gak!
Sebelum singgah rumah I dia melencung kerumah Teh dulu sebab ada something from Teh untuk T yang mengidamkan kek keladi (tapi bukan Teh yang buat).

Sedap memang sedap tapi jangan teroverdose nescaya muak
Dah 2 hari I tak masak memasak so memang dah sangat lemaklah nih makanya hari nih I berikrar akan lebih cergas dipersada dapur, insyaallah (namun masih memikir cara ringkas untuk terus kenyang.. haha.. how?)

Akhir kata, best ek kalau ada maid? At least mintak tolong dia prepare bahan2 masakan dulu so bila Mem masuk dapur, Mem tinggal menumis se'eyyy aje... *se'eyyy adalah bunyi ketika menumis, sebutannya haruslah sengau sket*.
.

Tuesday, 28 August 2012

10 Syawal ...

Assalamualaikum ...

Kalau entry sebelum nih ditulis dalam bulan Ramadhan tajuknya so-so Ramadhan maka entry bulan Syawal harus berbunyi so-so Syawal juga, kan senang cam tu tapi macam tak kreatiflah pulak bunyinya (penulis tegar blog haruslah sekreatif mungkin, tak gitu u?).

Selama ketiadaan sementara dialam maya *wpun ada ketikanya duk ngintai2 gak, haha*, kerja rumah yang paling tak boleh dipandang sebelah mata tentulah membasuh baju dan aktiviti bersangkut paut dengannya.

Washing machine tu kalau pandai memberontak, dah lama agaknya dia hentak2 kaki dan tumbuk2 dinding meluahkan perasaan betapa penatnya dia 'melayan kemalasan manusia' tapi nak buat camana dah nasibnya difungsikan cenggitu. Untunglah dia sebab kerja lipat melipat dah dipikul oleh manusia, huwaaa..

Baru 10 Syawal belum lagi 25 Syawal so afdal kalau ceritanya masih berkisar sekitar hari raya ..

To-date I dah ziarah raya rumah Long, Ngah dan tentunya Teh sebab 1st day raya memang kita semua berkumpul dan berkerumun kerumah Teh cam semut kerumun gula, hehe.. Sementara Chik masih hidup gitulah cara kita meraikan hari raya pertama.

Nak beraya rumah Ndja tapi masa I lalu Sban otw home hari tu, dia pulak dalam perjalanan balik dari Ipoh, so rasanya I beraya tahun depan ajelah eh? heheh...

Kat atas tu cerita beraya kat rumah my kakak2 so beraya kat rumah abang2 I camana gayanya pulak? Gulp!! Macam tak bagus nak bercerita lebih2 tapi bab ziarah rumah my abang2 ketika musim raya atau hari2 biasa umpama tak tertulis dalam aturcara kehidupan. Sungguh menyedihkan tapi tulah hakikatnya.

Apa pun terjadi, keakraban adik beradik lelaki dan perempuan memang takde cacat celanya as all the 9 of us get on very well with each other BUT? there's always a but eh??  Well.. abaikan ajelah segala 'but' tu, kot raya tahun depan keadaan mungkin berubah for the better? insyaallah.

Raya tahun nih ada 3 orang bermurah hati beri I duit raya. Semua orang mesti suka dapat duit tapi I rasa malu2 kucing bila terima duit raya dari 2 pemberi  nih, no joke! Perasaan malu2 kucing is an understatement because it is a combination of malu2 kucing + malu2 kokang + malu2 kambing entwined! So perasaan malu memang tersangat epic.

Sementelah 'malu2 kucing' maka propnya haruslah guna kucing hidup, ekekeke..

Perasaan malu berakar umbi kerana 2 pemberi tu dah kerap sangat memberi while the 3rd one is a rookie, hehe.. so biarlah dia mengutip pahala (insyaallah) pada hari baik bulan baik memberi seikhlas yang mampu pada mak2 sedara dan sepupu sepapatnya.

Akhir kalam, projek TB didesa halaman akan dikongsi dalam next (next, next) entry, insyaallah.
.

Monday, 20 August 2012

Aidilfitri 1433H ...

Assalamualaikum ...
Selamat hari raya pada setiap kenalan dan pengunjung Al-kisah. Mohon maaf zahir dan batin jika jari jemari yang mulus nih berkelakuan kurang sopan dan santunnya lalu tercetus tulisan yang membuat pembaca rasa grrrr tumbuk tapak tangan :-)

Sekali lagi maaf dipinta kerana sepanjang Ramadhan kotak komen dikunci ketat. Tidaklah punyai niat yang songsang sekonyong2 tak kuasa melayan komen pembaca atau yang sebau dengannya. Tidaklah begitu niat dihati namun yang demikian hanyalah untuk mendisiplinkan diri ini sejajar bulan Ramadhan agar 'menahan diri' dari bermacam perilaku.

I sentiasa percaya pada tetamu perlu dilayan waima dialam maya. Sama2lah kita hayati dan praktikan "the blogger must behave as a proper host, never ignoring a visitor" .. unquote (terbaca diblog Tuan Sheikh seketika dulu, syukran).

Kejap aje dah hari raya kedua. Makanan yang diasak semalam ntah2 belum hadam lagi, hehe.. Anyway kejap lagi kita akan berangkat kedesa halaman TB untuk beberapa hari tapi tetaplah belum pack baju lagi. Bila TB mula pack baju dia, barulah yang lain2nya ikut sama. Kami sdn bhd bab pack baju taklah I pening kepala.

1 Syawal
Kita adik beradik berkumpul kat rumah Teh. Hari baik bulan baik tapi ada juga yang tak mau berbaik. Alahai betapa ruginya namun I suka hati sebab all my 4 brothers hadir serentak w'pun ada yang datang tanpa bawak anak dan istewi tercinterrrr bersama. Like how come lagu tu? *geleng kepala slow motion*.

Hidangan penuh meja kat rumah Teh tidak menaikkan semangat tangkap gambar sebab kita bizi makan chomp2 dan bizi menolong didapur. The fact that Teh ada maid yang sangat rajin bekerja cam lipas kodong tidak membuat kita take her for granted, ehem..

So, apa yang I masak as potluck kerumah Teh? Betul ke nak tau nih? heheh..... *sambil gelak comel*. I masak yang I tau aje ie sambal kacang, sambal sotong dan rendang daging aka rendang Tok (wpun tak gerenti keenakannya).

siap pukul 3 pagi, auww..
sambal sotong
Mak kata lebihkan minyak supaya kuah nampak berseri

My first attempt to cook rendang tok aka RT. Cam biasa ada aje bahan yang tak diendahkan such as pieces of kelapa muda digoreng dan daun limau purut. Ekceli I silap pilih jenis daging or else tentunya RT dipilih menjuarai carta teratas rendang2 yang ada terhidang atas meja Teh <- stetmen tak voley vlah! har3.

Juga 1st time masak kuah kacang lain sikit caranya dari cara yang selalu dibuat. Kita buat dia lagi pun kacang tanah pernah bitau "ada kita kesah?" ..

Somehow sambal sotong menjadi fevret ramai namun to tell you the truth I masih tak reti nak buat serupa rasa cam embok Siti jual dikantin sekolah masa I darjah 1 dulu kala. Embok Siti's mee goreng with lots of taugeh n chives disimbah sambal sotong ... koma 20 saat!

Ramadhan berakhir dengan rasa teramat pilu ... 1st time juga berqiamulail dengan T dimasjid berhampiran. Berbagai perasan bersalah menerjah diminda; perasan yang sama menerjah semasa mula bertudung dulu. Apa juga sebab yang diberi, semua tu hanyalah alasan serta madah berhelah (dari I, siempunya badan).

Soalan yang sama "kenapa tak lakukan dulu lagi?" namun diri ini manusia biasa yang sangat lemah. Alhamdulillah masih diberi peluang waima sebesar zahrah.

Adakah mereka yang mula bertudung/berhijab boleh dikategorikan telah berhijrah dengan ertikata sebenar? Hmmm...
.