Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, 19 September 2009

28 Ramadhan ...

Alhamdulillah ...

Untuk memeriahkan 'achievement' dlm bulan Ramadhan
I disarankan masak pulut kuning & rendang malam tu juga
Maka juadah siap dimasak tepat pukul 2.30 pagi
Lewat sebab I zzzzz dulu
.
Tak pasal2 cheezy.chickaroni dapat nama?
heheh, taklah ...
bekas tu as pengukur untuk 1.5 pot pulut
so next time senanglah I mengagak

18 Sept
Macam takde kerja nak buat kat rumah tapi untuk keselamatan T, I kena temankan juga. Katanya nak cari belt tapi belt tak dapat2 atas sebab musabab T aje yang tau; maka instead diangkutnya blouse/t-shirt. Lagi ??? Well, this time dia keluarkan duit sendiri tapi .. "Mi, blouse ni Umi belanja ehh?". I ni selalu aje kena pau cara impromptu cam tu. Nasib baik my big boss perihatin, siang2 dah kasi bonus..

Masih tak melawat 'cucu' I lagi. Dah pergi setengah jalan tapi keadaan jalanraya yang sesak, some more hari hujan, maka terpaksalah detour balik rumah aje. Kalau pi melawat pun, takde chance to gomol2 the baby as she is being put in isolation due to unforeseen circumstances. *sigh*

TB n T macam nak ajak ke bazar tapi I takde mood. Mood I nak masak, masak dan masak. Whoah! sounds very persistent! haha.. setahun sekali mood cam tu menjelma. Anyway, takdelah I masak bagai .. just mee kari yang oooh-lala, malas nak citer.
.
4am: For sahur I masak gulai ayam daun kesum 'halaljadah', omelette, fried papadom and of course jemput2 pisang.
.
19 Sept:
And now, berpijak dibumi nyata. Macam2 nak kena buat nih .. macaaam... dah macam nak nangishhh nih.. huwaaahhhh!!

Kad raya ...

Selamat Hari Raya

Maaf zahir batin



"terima kasih Ain"



"terima kasih 3E"




Thursday, 17 September 2009

27 Ramadhan ...

"help"
.
2 hari lagi hari raya. Boleh tunda tak? Nak tunda bila? Bila2lah tapi bukan tulat. Ehh, mana boleh? Nape tak boleh? Muktamad, tak boleh! OKlah, OKlah! tanya jer.
.
Keadaan rumah masih status quo. At least kat luar tu rumput dah dipotong. Nasib baik siHasan perihatin anta sms "Kaka harny may potong rumput". Intai dari tingkap, nampak cam OK aje hasil kerja 'expat' I tu; tapikan .. bila I terpandang nun jauh disana pucuk pokok Sepuleh I yang baru merangkak2 nak hidup, what the?? Punah terus dimesennya!!
.
Dari celah tingkap juga I sergah dia "eeeeiiii.. pokok saya tuu". Dia terus menuju kat pokok Sepuleh dalam keadaan bersalah. Haha..kan dah pucat?? Katanya pokok tu masih ada akar. Sigh.. nasib baik mood I baik kalau taaak .. tapi menciii taw. Dah banyak kali kena mesen cam tu.
.
OK since raya tak boleh ditunda2 lagi, maka I perlu jadi JANITOR.
.
But where to start? That standing fan needs some help .. so I guess I should berdezuupp kesitu! <- boleh percaya ke?? Yawwnnn..

Wednesday, 16 September 2009

26 Ramadhan ...

Comel kan?
INSYAALLAH petang nanti dapatlah I sorang cucu perempuan. M&E mesti sedang cemas dan gelisah menantikan kelahiran baby pertama. The new umi pernah tanya I "sakit tak beranak?".. haha, mau tak? I pun terlebih2 dan melebih2kan lagi mendescribe kesakitan beranak tu. I kata "tau tak sakitnya 1000 kali ganda dari senggugut tapi yg bestnya dosa kita diampunkan".
.
She is somewhat speechless. 'Baik' I kan? tapi biarlah dia expect the worst. I doakan semuanya selamat dan babynya sihat, comel dan manis macaam? ... macam sipemberi hadiah nih.. hehe.
.
Petang semalam I dan TB konon pi shopping baju raya. Pusing sana pusing sini, penatnya.. pegang tu cuit nih intai harga .. apsal tak berkenan? apsal tak sesuai? apsal yang berkenan dihati mahal nak rak? Tu yang I benci nak beli baju yang dah siap; tapikaan, bukan salah baju, bukan salah harga dan bukan salah saper2 tapi salah CERMIN yang tergantong dalam fitting room tu.

Masa masih ayu dulu, grab aje size S/M. Memang no problem, masih comellah katakan, kan? Tu sebabnya T boleh pakai baju kurung yang I beli masa dia belum bertateh lagi. Adalaa a few yang I simpan sebab kainnya best. Bila I STOP kerja, I rasa tersangat2 muak dengan baju2 opes tu maka I let go. T banyak kali komen yang berbau cemburu "Umi pakai nih dulu?? kurusnya Umi..". H'aa.. tau takper. FYI, baju yang T maksudkan tu ialah baju kurung ya, bukan skirt or mini.

But now? *SIGH* Tahun berganti tahun, size baju pun turut berganti2. Jangan ngada2 nak belek size lain dari size dot3. Size S/M even L hanya tinggal dalam kenangan; kenangan yg menggores perasaan. Salah siapa? Ntaaaah .. (sambil menaik turunkan bahu). Ehhh, kan dah kata tadi salah cermin, kan?

I geram bila lalu lalang kat children's section. Cantik2nya baju dan harga pun cantik gak. Kenangan lalu nan indah mengimbau esp bila belikan D&T baju raya. Apa yang I beli untuk diorang, no questions asked. Setuju aje (sebab pilihan Umi memang syanteek taw). Tulah terus I capai baju baby .. belek2 .. harga pun OK terus bayar.

I yang nak cari baju raya, TB pulak yang dapat sepasang baju melayu, kaler pink lagi. I beri kata2 semangat "belilah pink for a change. Nabi suka pakai pink". TBku itu, kalau nak beli baju ke, t-shirt ke, shirt ke .. mesti dia expect I jadi perunding imej tak bertauliah, hehe..

Ada 2 tempat yang I tak suka nak 'enter' kat mana2 shopping complex. Satu kat bahagian lelaki, satu lagi kat tempat toys. Toys'R'Us tu tempat paling tak digemari. Kalau pergi pun karna terpaksa, tu pun masa D&T kecik2 dulu. I suka pergi kat households dept. Bliss!

Saat sebelum cemas & gusar

I hantar sms pada ayah-to-be "macamana? Sakit dia makin kerap ke?", jawabnya "makin kerap .. dah buka 3cm. Xkeruan dia..".
.
YaAllah, selamatkanlah mereka berdua beranak tu. Amin. Tak sabar nak tengok Nur Hanifah Lee (what if yang keluar tu Mohd Hanif Lee?).

Monday, 14 September 2009

24 Ramadhan ...

J-gua jadian

Dah seminggu T merengek nak pinjam kereta bawak balik ke kolej. Tak lama, 3 hari aje pastu dah cuti raya. I tanya kenapa nak bawa kereta pulak? I boleh hantar dan jemput dia. At last dia bitau sebabnya "nak bawak kawan2 pergi bazar, kesian diorang Mi. Diorang mesti suka". Hmm..

I suruh dia tanya sendiri pada abahnya tapi tak nak pulak. Tiap hari tanya "Umi dah bitau abah? Umi pujuk2lah dia". Bab memujuk nilah yang I malas nih. Karang tak tentu pasal pulak I yang kena tempias lecture siTB walhal I'm innocent.

Satu petang yang indah maka terpancarlah mood TB yang turut indah. Beranilah I nak memujuk2. I pun bitaulah niat murni T nak meminjam kereta. Cam biasa TB will say "camana kalau takde kereta?". Aaaah, ni yang malas nih tapi I kena tahan tu semua demi anak, demi to sustain my negotiation skill and demi Umi can always do wonders.

Sebenarnya apa yang keluar dari mulut TB tu, semua tu dah I luahkan kat T. Cumanya it feels different if it comes from me. Dengan abah, abah tak boleh kata tak, tak boleh kata no - nanti cepatlah merajuk and jauh hati. I selalu kata kat D&T "abah tu tersangat mild, kalau tok dulu, selalu aje kitorang kena lecture taw".

My discussion with TB or rather my pujuk rayu berakhir dengan "kalau I tak beri pun, dia dah hendak kan?". Haa, tu maknanya BERIlah tu..

Dah petang Ahad, Isnin pagi T dah nak balik namun masih takde jawapan konkrit 'boleh or tak boleh'. I bitau T "abah kata .................." (bunyi macam tak dapat gitu dgn efek mimik muka I yang tawar). Lepas kitorang solat asar, T kata"nak solat hajatlah". Siap bersolat tu, dia terus jumpa abahnya menyatakan hasrat. Tak sampai seminit, T dah tersenyum lebar "dapat Mi...".

Note: I suka bila T yakin Allah makbulkan hajatnya selepas dia bersolat hajat (wpun pada dasarnya TB dah setuju sebelum tu; tapi I tak tau juga mungkin TB tukar fikiran disaat2 akhir, kan?). I tak bitau TB that T siap bersolat hajat dan I tak bitau T yang abahnya dah setuju sebelum dia bersolat tu. Alhamdulillah, Allah permudahkan.
.
I thought T nak pinjam kereta pusaka, rupa2nya kereta I yang dihajatnya. Pendeklah kaki I 2-3 hari nih but it's OK, I ada 2 drebar lagi, kan? kan?

Petangnya terima SMS "Mi.. kat sini takde air. T tak boleh hidup camni.. Camana T nak bersihkan bilik, nak mop?" <- having obsessive compulsive disorder isn't easy.
.
Hadoiii .. takde air tak boleh hidup? Memanglah. Sabarlah sikit. Yes, by 5pm dah ada air.
.
INSYAALLAH T BALIK RUMAH PETANG RABU NIH. NAK TUNGGU HARI RABU, I TAK SENANG DUDUK, MAKLUMLAH. SEMOGA SELAMAT SEMUANYA. AMIN.

Sunday, 13 September 2009

23 Ramadhan ... kad raya

.
.
Selamat Hari Raya
.
Maaf Zahir & Batin
.

Terima kasih QueenJah


Terima kasih Inahar



P/S: Kenapalah cik Selkom ni suka2 hati aje HANG for no apparent reason? Menciii laa cam tuu..

Saturday, 12 September 2009

22 Ramadhan ...

Bila I bitau Teh I tak jadi kesana hantar kueh, dia pun mencelah "dah telah dah". Hehe, kakakku itu .. dah paham benar naluri kemalasan adik dia.
.
Bulan puasa ni ada macam2 program memasak on tv. Managed to catch a few tapi clichenya kalau tunjuk memasak dalam bulan puasa, sekonyong2nya mereka yang terbabit pun berpuasa. Bukan kita tak tau diorang tak puasa, setakat jamah masakan nak pastikan masin masamnya, OK apa.
.
I suka one particular memasak program khas dari ista**. Selalu I wonder apalah orang2 cam tu masak dan makan. Pernah I baca komen dari TMJ tentang makanan hariannya "kita makan macam orang biasa makan, takdelah makan sekor lembu". Kebetulan pulak aunty TMJ memasak dalam program tu. I suka tengok tapi I lebih suka bila tengok cara diorang bercakap yang tidak terlalu ikut protokol. Diorang masih macam rakyat biasa guna 'saya, abang, ayah'.
.
On a different note I find it strange if someone refers her husband to her own sister as "datuk". Before dapat that title, surely that datuk has a name? Oh well ...
.
Dalam pada malas, timbul juga rasa rajin .. So ........
.

Beras dalam peket2 kecik nih dah lama duduk dalam pantry tetiba terasa nak beraya pulak. Sepatah kat saper ntah 'raptai hari raya'. Budak berdua tu pun mengusik "dah raya eh Mi". "Haa'aah.."

Sebelum sotong ni jadi plastik dalam freezer, I kuatkan semangat! Ni pun sama, dah berbulan2 betapa dalam freezer. Verdict: tak berapa ummph sebab kekurangan bumbu. Sotong lebih dari sambal.

T tanya macam mana I tau buat rendang. I kata I just know tapi dia tak percaya, "mana boleh Umi just know". Soalan musykil tu terkeluar al maklum I memang jarang masak rendang so I bitau T "Umi tau sebab Umi baca". Daging rendang tu jenis 'shin' bukan pukal2 daging aje. Nampak cam best aje rendang tu kan? kan?

Last but not least, I juga masak sayor lodeh. Yeayyyy .. dam dam dum bunyi mercun!

Friday, 11 September 2009

20 & 21 Ramadhan ...

Hari Jumaat macam biasa, hati I mesti berdebar2 sebelum drive ke SA. I once asked tuan besar "you risau tak I drive jauh sorang2?", maka jawabnya "risau.. ". Cukuplah tu kan? Tu aje pun yang I nak dengar. I know him too well, bila dia confident over something or somebody, he would just let it go. In other words dia yakin dengan kebolehan I (kot?). Hehe, buat2 tanya plak but I want to believe so.

Dari SA terus ke Mydyn sebab nak beli lagi kueh raya for Ngah. "Pilihlah apa2..". Senang berinteraksi dengan orang cam nih kan? Since dia percaya dengan my pilihan, I pun apa lagilah. I hangkut 4 jenis sekali. Besok I hantar kueh2 tu kat rumah Teh in PJ. Rumah Teh ni pulak memang dah jadi 'in-transit point' untuk apa juga transaction yang tak bernyawa. Kiriman kurma Mekah dari sifolan, kiriman keropok, beras, kueh2, murtabak, pisang dan macam2 lagi.

Dulu masa bro M ada, dialah yang jadi courier man DHL (hehe, kebetulan pulak nama tu ek?), singgah sana singgah sini hantar barang untuk adik beradik. Dah 2 tahun Bro M takde so tugasan tu diambik aleh bro lain ikut siapa sempat. Semalam bro. 10 singgah rumah I, kebetulan dia ada hal kat Klang/SA. I ni pulak macam si ngantok disorongkan bantal so apa lagi kan? Selamat I tak yah meredah highway tu sebab dia setuju nak tolong hantar kueh2 kat rumah Teh. Yeayy!! Pandai2lah empunya kueh ambik hak masing2... Apa pun, jangan lupa bayar I ok? I lom beli baju raya taw.

Lady yang jual kueh tu asyik suruh I beli kain2 dia aje mentang2lah I kata kain dia cantik2 (memang pun). Dia siap turunkan harga, dia cadangkan I bayar deposit sikit, later on bila I dah ready, I boleh ambik kain tu. Dia boleh simpankan untuk sebulan. I pun menerai2 depan cermin, kain cantik tapikan.. tapiii .. I lokeklah untuk berbelanja sebanyak tu untuk diri sendiri. Lainlah kalau I kerja, kan? kan?

Hari ni hari yang sangat penat. Dari 10 pagi hingga berbuka tadi, I rehat sekejap aje ie masa bersolat, that is if you can call solat 'berehat'. I tanya T nak makan apa hari nih? Dia jawab dengan girang "hmmmm.. nasi tomato ke, nasiiiik .....". I intercept "nasi beriani boleh?". Sambil anggok laju2 tanda setuju "nak daging empuk banyak2 eh Mi?". Amboi?!

I ofer masak nasi beriani sebab I baru beli rempahnya and also because I had bought a few slabs of mutton. I lah orangnya bila masak tak berapa nak ikut peraturan. Rempah beriani Fa-iza I jinak2kan dengan rempah beriani Megi. Berjaya jadi satu lauk. Udang goreng kicap I sorok jadi lauk tambah masa sahur. Boleh sorok2 lagi eh? Gitulah kalau chefnya 'rawjin' memasak.

20 Ramadhan punya celita ...

Anne tanya kat shoutbox apa I masak semalam? Well.. untuk tuan besar I masak simple dishes aje tapi menepati citarasanya, auww. I masak kueytiau goreng for me n D. Boringlah makan nasi aje. Dessert: Putu mayam (4 pcs), buah melaka (4 bijik) n puteri mandi (actually I tak tau nama sebenar kueh tu samada puteri mandi, lompat tikam atau lompat pagar? hahaa.).

Don't judge my fried kuaytiau by its look, ok?

Lompat apek lompat?

Wednesday, 9 September 2009

19 Ramadhan ...

THEN
.

Cornflakes cookies (2008 pic). Psst... balance of dough is still zzzzing in the fridge. Oooops!

.
NOW
.
Tart nenas inti terdedah, I like! Quack2 (2008 pic)
.
.
.
Kek buah kukus (2008 pic)
.
.
.
One of the lauks for berbuka (wantan lagi);
tetiba tersentil 7 bijik jemput2 pisang. How?

Tuesday, 8 September 2009

17 & 18 Ramadhan ...

Petang semalam me and my hubby <- auww, manjanya kan? -> berlenggang kangkong ke Mydyn (bukan berlenggeng ya Ja? no no!) sebab nak collect kueh2 yang I order sebelum puasa. Dah 3 tahun I tak berganjak kemana2 untuk beli 2 jenis kueh tu; kek kukus buah n tart nenas (jenis nampak jemnya). Semalam tu I hangkut 9 balang tart n 5 kotak plastik kek kukus. I tolong belikan sekali for my sisters, SIL dan untuk buah tangan bila beraya nanti.
.
Rambang mata tengok kueh2 kat situ, lagilah rambang mata ni bila tengok kain2 ela, tudung yang cantik2 belaka. I usap2 aje kain yang harga RM275 tu (tapikan.. tapi.. lady tu can give me RM240. 240 + upah tailor RM80, well .. thank you very muchlah). Lebih baik I kompol duit tu (campur duit raya, mana tau kot ada orang nak sedekah) and I buy bread maker, lagi bagus.
.
Pergi berlenggang tapi balik bertroli pulak maklum berbalang2 kueh tart dan berpaket2 kek kukus tu yang I hangkut. Senget 110 darjah badan tuan besar dibuatnya bila menolak troli yang berat tu, hahaha .. Cian! I nak gi lagi kedai tu. I geram tengok satu cookies yang bertatahkan something pink in color and I so want to buy biscotti. Ni semua gara2 satu young lady yang tak puasa duk menerai si biscotti tu dan menerai kueh makmur. I tanya dia "sedap tak?". She "kak puasa tak? sori kak. Sedap kak.. semua sedaap.. rangup..krup3".
.
Nasib baik iman I quite kental, tapi pernah gak sekali iman I kecundang gara2 kuaytiau goreng, haha. Those were the days. Bila I bitau Mak, Mak kata "monyet punya budak". I like it when Mak say I monyet, nyet2. Mak tak berleter marah2.. I tak tipu, in fact tak pernah tipu minum air paip ke, air kolah ke eversince I started to fast. Gaknya tu sebab Mak percaya kat I 100 peratus? Ooops, sowi .. sesi memuji diri seketika, hope you don't mind.
.
Lepas tu kami berdua <- auww intimnya bunyi -> pergi ke bazar. Bought a packet each nasi minyak, nasi tomato n nasi ambeng (I am crazeee over this nasik). Bought kueh denderam for dessert. This time tak nampak batang hidung tepong gomak langsung. Menciii ..
.
Masa dalam kereta OTW to Mydyn tu, tuan besar tanya "you tak beli baju raya ke". Berkatalah I short and sweet "tak".. Pastukan beliau lecture I blablablabla.. which made hati I kembang kuncup, gumbira tak terkata. Wpun I tak terasa senyuman terukir dibibir namun I could feel it in my heart. I was smiling all the way ....
.
Sapa kata I kuat merajok? Mana ada? Tu ha.. I kena lecture lagi, and I leh senyum simpul, kan?
.
Today's juadah masih tak nampak bayang walaupun I dah rendam ikan, daging n udang. What's cooking??? Ada talian hayat tak?

Sunday, 6 September 2009

16 Ramadhan .,.

Tuan besar realized (subuh tadi) that Tam, Yam n Ham dah terlepas lari. Yam and Ham are still babies, so we thought they don't know or don't have the guts yet to roam further than the vicinity of our home. True enough, Ham n Yam were lepaking bawah kereta aje. Tuan besar managed to usher in both of them into their crib without hassle but where's Tam, their mother?
.
When I went outside to collect the paper, Tam made an appearance, meowing away. "Tam? dah balik dah? pergi mana tadi? Wahwahwaaah... meh masuk". That wahwahwah was blurted out upon seeing Tam home accompanied by one knight in not-so-shining furs. After just a few hours of freedom, Tam managed to wink2 the neighbourhood jigolo Persia mari; balik rumah siap berhantar lagi. With Tam, you can't play2 as she is the baby maker. Tak larat 'jaga cucu' taw.
.
Hari raya.. oh hari raya. If only cats wore baju cam kita manusia, I think I would be the busiest MUM ever. There are 11 of them. What to get for Gate? What's the latest fashion for a 7-year old boy? Then there are Tin and Bon, both are females same age as Gate. What's the latest trend now for gals? I've lost touch on all this. Maybe Kak T could give some advice. Haissh! enuf.. enuf.. melarat dah nih.
.
Well.. we had chicken rice for berbuka. Since I have this BIG CITA2 to make keria myself, I pun into my element berusaha sedaya upaya to wash, kerat2 and boil half bijik of the pumpkin. I hope to make TB/D/T proud of me that I can make keria just like that! (sambil memetik jari tapi haram tak keluaq bunyi, ngeh2).

Since my microwave chose to be a Sleeping Beauty, I terfaksa BOIL the pumpkin. They look so promising, yes???

Wah.. saat2 indah penuh KERIAan


If I were to cari sesuap nasi by being a keria seller, ntahlah ek? I mesti nangis belakang pintu! I better divert to selling 'banana fritters' ajelah kot?

After the chicken rice do, I rasa tersangat penat mengalahkan masak sekawah. 2nd round of Yassin had me stopped at page 8, hadoii *setan ditambat tapi...* I terus terlelap (and I had forgotten totally about the keria dough).

Latest update: 17 Ramadhan

2am: What was I doing kneading the dough at this wee hour?? Awat still lembut namun I managed to shape a few (shape unlike the normal keria look) and had them fried.

3am: The dough is sleeping nicely inside the cold room. No one should know that TODAY on 16/17th Ramadhan, I had ever ventured into making keria (but why dolu kala I could make keria penuh keriaan??). Mesti ada hikmahnya. Maybe Allah tak nak keRIA tu jadi keRIAK on my part if all of you duk memuji2 atas kejayaan I, kan? kan?

VERDICT: Tak mau bitau, tak nak tak nak nehi nehi ... (CCTV off)

Saturday, 5 September 2009

15 Ramadhan ...

Berbuka semalam masak mee bandung (MB) maka kena jugalah turun padang masak untuk sahur. TB mesti perkena nasik at least once kalau tak kapla pusing. So at 3am (as usual) I masak nasi, goreng ayam, goreng sayur dan masak sup ikan. T and I had MB leftover.

Durjana apakah yang I dah buat subuh tadi? Harap2 Ja dapat tidur nyenyak tanpa banyak mikir apa yang I dah durjanakan dan siapakah mangsanya. Patutnya masuk waktu subuh I terus solat kan? tapi pagi tadi I terkonar menuju ke bantal-busuk-tiga-beradik tu. I golek2 jerr sambil tunggu tuan besar pergi kerja pukul 6.30 to bid bye2 and ehem.

Tapikan... tapiiii ... I tersedar pukul 6.36 but I couldn't tell the difference between 6.36 am or pm! Tu dia, puas I genyeh2 mata nih, puas I tenung jam kat dinding tu. Pandang tingkap kiri, diluar sana masih gelap; pandang tingkap kanan tak nampak apa2 sebab ada tembok dapur. I was in a state of terpinga2 and termangu2.

Alkisah .. it was afterall 6.36 in the morning! Alamak, I dah masak ke belum? Dah terlepas waktu sahur pun, habislah kesian diorang tu lapar tak makan. Minda bergolak kencang. I could feel as if my urat2 saraf lari bertempiaran ...

Somehow I kembali sober. Ya, I dah masak dan kita semua dah pun bersahur. Tuan besar pun dah pergi kerja. Bila cerita hal blur kat D&T, diorang kata "abah panggil Umi 2-3 kali kata dia nak pegi keje tapi Umi tidor".. YaAllah, within minutes of golek2, I terus belayar ke Scandinavia.
.
Scandinavia?? Apparently, I ada cerita memori luka dengan Mr & Mrs Hagar the Horrible *sigh*

Ndja n Teh came over just before azan and naturally Ndja (n Teh) solat kat rumah dia (istana hinggap untuk Anne). Ndja ajak my family berbuka puasa kat restoran siam. I declined sebab tuan besar tak nak pergi, kebetulan pulak I pening yang amat dasyat so D&T aje yang pergi.

It didn't stop T from going to bazar ramadhan even after knowing that she would eat out with her aunties etc. Selera dak tu menjadi2 betul. Penuh tangan dengan buah melaka, baked potato, flour coated mushroom (haha, sounds berselera in English) and cucur. Since dah pening2 tu, I rehatkan diri tak masak for berbuka, afterall I still have leftover mee bandung. I asked T to buy nasi ayam berempah for her abah tapi ntah camana magic of all magic, nasi ayam tetiba jadi nasi lemak. Owwhh.. T... T..

11.30pm: Baru siap goreng jemput2 pisang. Terlambat beberapa jam, pening kepala punya pasal.

1.30am: T komen "jemput2 Umi tak kenyal". Malas nak tanya maksud 'tak kenyal'; tapikan tapiii boleh pulak dia 'mendongeng' (pester) suh I goreng lagi. Ait, kata tak kenyal? That time T was about to perform solat Isyak n terawih so I said "doalah banyak2 bila T abis solat jemput2 dah siap atas meja". Alhamdulillah.

Post ni dah penat golek2 dalam draft so I let it outlah... Sekian.

Friday, 4 September 2009

14 Ramadhan ...

Salam.. Lepas subuh I kembali zzzzzzz. Konon golek2 jer tapi siap termimpi indah lagi. Berbekalkan keindahan mimpi tadi, I terus ada mood nak basuh pinggan mangkok cup saucers yang I tinggalkan dalam sinki lepas sahur tadi.

Oleh kerana setan takde dlm bulan Ramadhan, maka I'm very confident benda2 yang dalam sinki tu tak dicemari by 'sifolan', no no no! but "exception to the rule eh Bak? bulan Ramadhan setan kena ikat, kan Bak kan?" (Bak always encouraged us not to leave any dirty dishes in the sink for obvious reasons. 'That being' prefers to 'pass motion' on those).

1030am: Before meluncur ke SA, I have to ensure air tank kereta penuh dengan H2O. Lately air tank tu ngengada dah pandai main kering2 plak. I ni yang anggap diri cam mem-pandai-bawak-aje, tetiba dah pandai bukak driver's seat to check the water level. Tulah, my car's water tank is just beneath the seat. Bila air tank kering, dengan I-I sekali berasap kang, nauzubillah. Nak tunggu tuan besar cuti barulah dibawak my baby tu pegi servis. Meanwhile, biarlah I jadi pomen.

Balik dari SA drop T and her barang2 at home, then I zooom membawa diri menghabiskan $$ tuan besar, hahaha. Bukan syoping beli baju raya taw but beli barang dapur. By 1pm tiba rumah, kemas lebih kurang, solat zohor, tacap2 mekap sket then zuuuup to my cooking class. Well, it wasn't a cooking class per se but was just a demo. Paid RM18 maka dapatlah 2 packets of pre-mixed flour and of course we got to bring home some of the demo products.


Presenting Mr Kevin but I wish it was Mr Costner!

Clap, clap, clap ...

Banana Grains Loaves & Vanilla Muffins

Lamingtons - strawberry/kiwi fruit/blueberry

I behave myself well today. Balik dari demo tu, wpun I lalu kat bazar, I tak toleh kiri tak toleh kanan pun. Baik kan? Baik sebab selera I untuk berbuka adalah mee bandung. I remain and stay focus on mee bandung. Lauk untuk sahur, akan dipikirkan bila hati I senang sikit.

What time shall I cook then? Mmmm ... yawnnnn!!

Thursday, 3 September 2009

13 Ramadhan ...

Wantan mee masa berbuka semalam. Fish ball ganti dumplings
.
Yesterday and day before I was quite awan terpilu. Kaedah orang manja, cakap sikit pun dah terasa. Mencii taw .. menci dengan pe'el I. Sikit cam tu dah terasa. Tapikan.. tapiiiii .. all I did was asking one or two innocent questions. Awat dia cam takde mood aje? I taulah dia penat, haus dan lapar but aren't we all are?
.
Bila nak buat pahala, tetiba dapat dosa pulak. How sad! Tapi berkat Ramadhan, I took a deep breath, fuuh .. OKlah.. I closed both eyes as afterall he is not always like that. Tu juga sebabnya I bitau SpiceofLife that keberangkatan kita ke alam lagi satu, banyak dibantu oleh suami, whatever that means.

Will not elaborate more but I shall remember tragedy putu piring and wonton mee, slurpp! Come next Ramadhan, insyaallah panjang umur .. tragedy PP n WM tak berlaku. Tapikan.. tapiii.. apsal I masih takde baju raya walhal raya isjasraundekonar?

Best aah Msia dah ada kapal selam. Whylah ronanya muram aje? Nape tak chat rona kuning? Arghhhh.. those were the days when rumah kitorang berkumandang lagu2 the Beatles "we all live in yellow submarine, yellow submarine, yellow submarine..". Dengar tak how lemak merdunya suara I? hahaha.. yang benarnya suara I lebih dasyat dari suara si Ringo tu.

I ada tulis kat profile that I like the Beatles, kan? kan? Tu semua influence dari abang no. 6 & 7. I nombor baper? I yang syomel ni no. 9, Ndja no. 8 and no. 10 a tambi, hehe. Kiranya no. 6-9 paling intim, yang no. 10 tu ngendeng2 jer but was still influenced by the Fab 4 big time.

Umum ketahui Fab 4 terdiri dari John, Paul, George (bukan Kluni) & Ringo. Abang no. 6 prefers John and/or Paul sebab dua orang nih terrer karang lagu2 ummph! I suka George sebab dia cam malu2 kucing as if tak suka being in the limelight. Ringo plak, dia ni cam clumsy jer tapi Ndja bermurah hati jadikan Ringo her heart throb sebab Ringo is a Cancerian. Since he is a Cancerian macam kitorang berdua, maka secara sukarela I tersuka gak si Ringo tu.

.
Masa tu brother no. 10 kecik lagi and he could do a twist. Depan kitorang komain ligat lagi tapi bila suruh twist depan Bak, tetiba dia malulah pulak hinggakan Bak terpaksa intip dari celah2 tingkap. Nasib baik mata Bak tak tembel hasil intipan tu..
.
Apa rasanya berada dalam submarine? I imagine it would be breathless sama breathless masa I mandi rempah ratus dalam bath tub. When the whole body submerged in the water, huuuh, I tak tahan. Slowly I timbulkan sebelah kaki ke udara (dengan hemah okay?), and I switched on the fan. Aaaagh.. lega betul bila kaki tu dpt tiupan angin. That was the 1st and the last I'd ever bathed in a bath tub full of ntahaper2 herbs.
.
Last two days I melawat bazar yang dekat rumah aje. I dono why D&T tak suka pergi sana. Anyway, my napsu was kinda gigantic hence I hangkut these :
.
Nasi beriani kambing 2 pcts for TB/D. For me, I bought rendang/pulut, 2 akok, 4 kueh cara and 1 pct air mata kucing. Pastu I merayap further north carik putu piring untuk TB dan untuk I sekeping kueh dada dan serimuka (makan masa sahur). Berbaloi2 kalori menyelinap dalam badan I.
.
Masa beli kueh cara tu ..
CS: camana awak jual?
XX: 5 dua ringgit
CS: boleh beli satu aje tak? saya nak rasa
this is where the confusion arises ...
XX: (sambil sengih) satu aje? satu 40sen
CS: sekeping 40sen atau 2 yang melekat tu 40sen? (Jakun betul I kan?)
.
Bila En. XX masukkan 2 pairs dalam plastik, I diam aje. Dia tak dengar I nak 'satu' aje kot? I tersangat jarang beli kueh cara sebab selalu dapat tak sedap. Yang 4 keping tu pun tak sedap macam bentat. Bila kueh masuk mulut, tak terasa pengaliran gula berleluasa dalam mulut. Ciss! First time makan kueh cara yang sedap were made by Kak P, my kak ipo, orang PB (bukan BP).

Tuesday, 1 September 2009

10 Ramadhan ...

Malam ku bermimpi
Hai dengan satu bintang
Berkata2ku dijendela
Ku lihat kanda tersenyum memandang
Asmara bergelora
Meresap kedada ...


CUMANYA I tak bermimpikan kandaku ...

... namun indah jugaklah mimpi I semalam tu. Terubat rindu kat dia. Dia macam dulu jugak, peramah dan baik, still minute in size. Apa yang dibualkan tak pulak I ingat but it was mesra. I could remember vividly there was a bed and a soiled diaper. That diaper was mine. Size?? Ntah! Maybe XXXL kot? Maaaaaak!!
.
Selama tak bertentang mata, dah banyak kali gak I mimpikan dia dalam berbagai2 senario. Ada kalanya dia tersangat peramah, ada kalanya dia menjeling I dan ada kalanya I menangis kesukaan. Maybe I juga pernah menjelma dalam mimpinya? Harap2 biarlah dia mimpi ngeri lagi gerun that I tetiba jadi Freddy Krueger. Wahahahaaa...jaga kau! I takdelah nak cekik2 dia ke ape, I just nak tenong dia dari mata hati I. Kalau dia alih pandang, SAH dia bela polong.
.

Camana I tau perilaku orang bela polong cam tu? Well.. hasil dari eavesdropping orang2 tua berbual, maka pengetahuan I tentang alam misteri terUP sket. Ada lagi satu cerita pasal orang kena rasuk, kena bubuh black pepper in between jari jemari kaki dia to get rid off the setan. Dah bubuh pepper tu jangan pulak diam aje, mesti baca2 and tanya "kau nak balik takk???". Kalau dia kata "aku tak nak balik" sambil meronta2, maka perlulah tonyoh2 pepper tu dan ulang soalan yang sama. Suara kena tegas dan macho taw, lembik2 setan tak heran. "Suara tegas n macho macam suara Decepticon, boleh ke?". Alaa.. suara power Amitabachan pun ok gak, hehe. BTW, pepper tu buang ajelah, toksah kitar semula untuk masak black pepper steak, orite?
.
Gitulah pengalaman 'kisah benar' Mak masa dia kenit2 dulu. Macam2 cerita ada .. kisah budak digigit nyamuk tapi dia biarkan aje nyamuk tu sedut darah dia. Such a risk taker. Ehh, sowii.. cerita nyamok memang tak relevan, lainlah yang sedut tu cik ponti-anak, kan? maka abaikan..
.
Nak bukak rahsia nih .. kenapa I perlu masak pukul 3-4 pagi (adalaa sorang dorang nak tau, kan?kan?). Selain 'memang ala2 rajin', my time mgmt is bad though I'm quite proactive (dasar split personality, kesian ek?). Bila I beli makanan untuk berbuka, I tak pulak beli makanan untuk bersahur. Tak pulak I kisah nak masak sebelum tidor atau endahkan tentang susah nak bangun dan nak masak awal pagi. It's just survival and I work best bila terdesak; tapi seronoknya bila dah bangun awal, I boleh curi masa untuk jadi muslimah (contoh?), insyaallah. Daaan .. dapat gak ONkan laptop sementelah benda tu dah ada depan mata.

Subuh tadi I masak simple aje. Fried ladies fingers, fried ikan kembung rebus, dan telur mata-moo + sup/mee wantan baki berbuka semalam. Yet another session of wantons as requested by T. Puas tengok dia makan so berselera as if she has not been eating for a week (walhal bukan dia puasa pun .. ngeh3).

Monday, 31 August 2009

8 & 9 Ramadhan ...

Sabtu: Hari genjatan periuk dan kuali. Yeayyyy!!

Perjalanan ke Bkt T mesra dan bahagia. T&D sekali sekala mencuit bahu I either nak cakap something atau nak tunjuk something. Takat toleh sesaat dua kira OK lagi tapi kalau tiga, tanpa todi I boleh mabuk gilerr maka I prefer to stay focus pandang kedepan menikmati keindahan alam.

Tuan besar pulak sungguh berselera bercakap tu dan nih, diantaranya "cuba you tengok tu .. cantik betul scenery dia kan? You ambiklah gambar, kan you suka ambik gambar?". Haighh.. mestilah kan, blogger sepenuh masa memang suka ambik gambar tak kiralah gambar tu kelabu asap ke, relevan ke.. janji blogger tu bahagia dan dot3.

Tetiba "ehh.. ni dah salah jalan nih". Aduh.. drebar dah tersilap konar. Kalau bulan tak puasa, nak juga keluarkan kata2 yg kurang enak didengar tapi mengenangkan bulan baik dan segala2nya kena baik juga, maka co-drebar just make dono jer. Yang bestnya drebar 'terasa hati' tanpa sesiapa kata apa2 tapi I tak dapat bitau 'cover line' yang drebar guna untuk menutup silap konar tu, hehe, tak baik gusip pasal suami sendiri, kan?

Tiba rumah Ngah lewat 10 minit. Tersilap konalah katakan. Almost all my siblings were there namun masih tak cukup korum. 3 of my big brothers tak datang. Oh well. Meja penuh dengan macam2 juadah tapi takde satu pun dari hasil air tangan I. I ni patuh orangnya, bila Ngah kata takyah bawak apa2, maka I akur.

Selalunya sebelum balik, masing2 mesti membizikan diri tapau itu dan ini (paksaan dari tuan rumah, kita tak mandai2 taw) tapi malam tu, oleh kerana rumah tetiba gelap (karan meragam), kita pun bersurai gitu aje tak sempat nak tapau apa2. Bila tiba rumah, I terus boom depan tv sampai pukul 2 pagi.

3am: Dengan muka teramat toya menuju kedapur, terhasillah sawi/kobis masak lemak dan ayam goreng. I hesitate samada patut goreng ikan masin tenggiri atau ikan sepat. Oleh kerana kecintaan pada suami, hak3 .. I gorengkan his fav. tenggiri masin tu. Waaaaaaaaaaaaaah, baunya OMG semerbak satu kampong!

Wpun selera makan OK masa makan kat rumah Ngah hari tu, hati I tetap bertanya "kenapa dia tak datang?".


Ahad: Best sebab tuan besar cuti. Kemana lagi kalau tak ke BR, kan? I beli nasi ambeng, lontong kering, kueh deram (bukan drum yg Ringo Starr main tu), jagong dan roti jala. Dapat pulak FOC bubur lambuk. Alhamdulillah.

3am: Muka tetap toya bila masuk ke dapur. Toya ke, tak toya ke hasilnya tetap mantap, har3. Terhasil kari ayam, sotong goreng bersalut tepung, sayur peria goreng dan papadom. Yanadeiii tambi .. (D's fav).

Saturday, 29 August 2009

7 Ramadhan ... tengok wayang UP

Salam ... pahala puasa ke 7 terkurang sikit ... (nak cerita juga tapi harap janganlah lecture kat I, eh eh?).

D&T ajak I tengok movie UP. Iklan kat TV macam best aje so I setuju temankan diorang tapi dengan syarat "keluar lepas zohor, at the same time keluar lepas abah pegi ofis." Janji dimeterai. Masa tengah bersiap2 tu T kata "kalau tengok kat Summit takde 3D". Sudah! I setuju nak pergi sebab Summit dekat ngan rumah. Kalau nak tengok 3D kat panggung seberang sana, malaslah. I suruh diorang berdua beradik aje pergi. Dua2 tu mana boleh 'hidup tanpa I'? Gitulah kaedahnya..

Masa tunggu T beli tiket, tetiba teringat .. sudah ke I tutup cermin tingkap lepas ambik tiket parking tadi? Bila tanya D&T, sorang kata dah, sorang kata tak perasan. Never mind, biar Umi turun and check wpun D ofer nak turun. Aduh.. mencungap dan tercungap2 I dibuatnya. Dari I tak senang duduk and tak enjoy tengok UP, I rela turun-naik semula. Lagi pun dalam keta ada beberapa benda yang berharga, kononnya!

I ni hidup dengan beberapa fobia. Ada 1-2 yang cuba I lawan, dan ada 3-4-5 mungkin tak terlawan sampai mati *sob2*. Kiranya masuk panggung adalah fobia yang dapat I lawan tapi otak ni berjalan laju pikir yang bukan2. What if panggung kena bom? What if seisi panggung kena hijack? dan top on the list, janganlah ada tikus merayap2 tak tentu pasal cari cebisan popcorn atau saja2 nak gigit ibu jari orang.
.
Movie UP tu boleh tahan jalan ceritanya tapi tak sehebat The Land Before Time in terms of lagu yang sedap, rasa sedih/sebak semula jadi atau terhiris perasaan namun T sempat juga sniff..sniff.

Trip 2 minit balik rumah dah jadi 1 jam. Jalan raya penuh sesak .. wahaha.. camana nih? sempat tak solat asar??? mana nak beli makanan berbuka, mana nak isi minyak (minyak almost nil - tuan besar's biggest pantang), namun alhamdulillah, semuanya sempat. I beli bubur lambuk dan lauk2 sikit, tak lupa scones for dessert, ehem.

Pukul 3 pagi tadi dengan muka kesian I bingkas ke dapur. Dah dua kali buat kerja terpuji cam nih, haha. I masak the simplest, goreng ayam, papadom dan sup sawi diselami mee su'a (tuan besar sure dah muak, but what to do?). Subuh semalam I goreng ayam (selera makan ikan agak turun dlm bulan puasa nih, dono why), goreng kacang panjang, masak sambal sotong n lemak nenas ditabur beberapa kiub ikan kering kurau.
.
Begitu bersemangat tapi takde sesaper bermurah hati nak puji I ni rajin ke? Takde ke? hmmmm.. takde takperlah. Since takde orang nak puji, terpaksalah I proceed dengan membuka rahsia sendiri, heheh.
.
Baru2 ni my kakak gi seberang. Dia tanya I nak apa2 tak? I pun kata kalau nampak batik yang tak rupa batik, kain jenis tak panas, tak perlu gosok dan rona mesti yang empok2 belaka, bolehlah belikan TAPI kalau tak nampak ciri2 yang I nakkan tu, "toksah beli". 10 kali I kata cam tu.

Seminggu kemudian, I dipanggil ke rumahnya untuk hangkut macam2 cenderahati termasuklah sehelai kain yang tersangat batik coraknya. Oh no! Dipendekkan cerita, I tak boleh terima kain tu 'cos it doesn't do justice to my aura. Haha.. boleh ke? Tapi I terima lain2 barang termasuklah dodol, patung itik n kucing (lepas foto shoot, I bungkus patung2 nih n let them lelap dalam laci).

Untuk Ja dan Azieda, terimalah jawapan untuk soklan anda berdua: Why I tampal gambar itik sedangkan takde cerita pasal I makan telur masin. Sebenarnya I suka tengok itik tu menonggeng manja. You nak tengok I buat pose sama cam itik tu ka?? kakakaa..

Malam nanti I berbuka kat rumah kakak. Periuk dan kuali terpaksalah digantung tak bertali, yeayyy...

Thursday, 27 August 2009

6 Ramadhan ...


Selesai puasa ke 6 tapi tetap ditaburi dugaan kecik. Alhamdulillah.
.
Semalam I basuh baju, tapi tak banyaklah. Ada 2-3 t-shirt, 2 helai tuala dan 3-4 keping boxer (bukan I punya). Surirumah contoh.. jemur kain pukul 2 ptg. Tak sampai setengah jam kain2 tu dapat UV light (dah petang ada UV light tak?), tetiba hujan. Aduii.. hujan yang tak berbunyi, dangerous gak; pulak2 tu bila surirumah tu tengah golek2 watching tv.

Tak elok and in fact tak boleh komplen "alaa, penatlah!!!" bila hujan turun masa basuhan kita tergantong diampaian. Gitulah serba sedikit ilmu yang dapat I garap masa baca post kenalan baru I, cikAnne. I pun hangkut basuhan ke tempat sidai jiran sebelah (tanpa izin lagi, selamba jer I kesana, haha). I tolak ampaian mobile tu betul2 depan pintu rumah dia so that my basuhan selamat dari tempias hujan samada tiupan dari angin barat daya atau angin laut timur selatan.

Subuh lepas bersahur D membawak perkabaran "Mii.. baju Umi semua jatuh kena tiup angin". Aduhh "habis tu, mana baju2 tu?". Dapat jawapan dari anak jantan "ada lagi kat sana.. D dah angkatkan tapi kotor ada pasir. Nanti D ambik tapi kena guna baldi". Gembira di hati sebab D perihatin "nanti ambikkan ehh.. jangan tidur pulak".

Baju kotor tak kelihatan dan D masih tidor. I pun pergi rumah jiran hangkut baju2 kotor tu. Hmm, towel aje yang selamat kat ampaian tu tapi I rewash all. BTW, jiran I tak kesah kalau I buat sesuka hati I kat rumah dia tu. Nak tengok tv ke, nak mandi ke, nak apa2lah, semuanya dibenarkan. Bila hati I dilanda lagha, I ngadulah kat jiran "I nak sewa bilik hotellah.. I nak duk sensorang layan perasaan". Jiran selalu kata "you rihatlah dalam my bedroom, pasang ekon".
.
Jiran I tu memang baik hati dan pemurah. Macam SIAPA agaknya ehh? Namun tak satu pun pelawaan tu I terima except pinjam ampaian mobile, tu pun bila hujan. Tuan besar selalu gak sapu2 daun kering kat laman jiran atau ambikkan surat dari postbox. I make sure gardennya prim n proper wpun Hasan si expat Bangla yang kerjakan. D yang paling terlebih sudah.. kadang2 dia tidor sana, buat exercise timbulkan 6-pack n tengok tv. Kadang2 mandi manda dan dot3 semua kat sana.

Gitulah perihal kehidupan a caretaker, we all lah tu. Eversince Ndja mula berpindah randah ke Melaka/BP/AlorSetar/Seremban ikut hubby dia, kitorang diberi tugas menengok2kan rumah yang kosong tu. Had enough sewakan pada orang so rumah tu tinggal kosong aje. Rumah dah lama ditinggalkan kosong, surely ada .... tetiba kedengaran suara latar twilight zone .. tininini..nininini ... MAKA tu jugalah sebabnya I tak berapa syok nak golek2kan diri dalam bilik yang berekon kat rumah Ndja. My imaginasi very buas, you know.

Berbuka puasa hari nih makan ayam tersohor tu dan I tambah dengan mushroom sup dan roti. Omputihlah katakan, kan? Tak masak sebab jadual dah bertukar gara2 T (saper lagi kan?) "Mii.. klas besok cancel. Amik T kul 4 boleh?". Mau tak boleh? Cita2 Umi dulu memang nak jadi drebar pun, haha. Umi teringin jadi drebar Hart to Hart. Dapat gak kenyit2 mata dengan Mr Hart, kan? Jangan tak tau, Mr Hart tu sebelum jadi Mr Hart dan sebelum Mrs Hart won his heart, I dah terlebih dulu minat kat dia taw. Saper ingat citer It Takes a Thief??

5 Ramadhan

Puasa hari ke-5 berlalu dengan beberapa dugaan but I came out unscatched, alhamdulillah.
.
I was zzZZZzz between 10-12 midnite siap mimpi pintu pantry terbukak. I risau, sang cicak mesti dah siap bermastautin kat dalam pantry tu. I guna tea towel to shoo shoo the cicak away tapi bukan ada pun, hehe. Terbawak2 mimpi cicak sebab siang tadi punya hal. D menjerit sakan kalah jeritan pompuan nampak tikus bila crossed path dengan sekor cicak. Alahai, cicak aje pun.. bukannya biawak komodor. Aparaa..
.
Kalaulah D&T nakkan bukti diorang adik-beradik sepusat sepusing, proofnya dah nyata takyah buat DNA apa2 pun. Dua2 geli dengan cicak, labah2 wpun cenonet dan siput esp tanpa cengkerang. Heheh.. tang nih I boleh eksyenlah.. cos I tak geli jauh sekali takut (riak ek?) tapi I surrender kalau ada sedara sepupu sepapat si Mickey tu. Dak berdua tu geli dgn cicak tapi boleh pulak gomol2 si iguana (dah jadi aruah. Nama myKad TunWana. Why a 'Tun' there, beats me. D tu kaki merapu jugak).
.
I terjaga dari zzZZzz bila dengar suara macho TB beri salam (macho?? jap eh.. nak giggle jap). Dalam keadaan mamai I sediakan air dan bubur kacang (belen semalam punya). Pastu mood datang ... mood buat jemput2 pisang. Yeayy...
.

12.42am My babies, all 16 of them selamat melihat donia!! Sheer bliss, alhamdulillah.

Berbuka tadi I had nasi goreng cili hijau+5 biji cili padi, telur mata-moo, bilis n timun rangup. Plan nak tinjau bazar tetiba punah ranah sebab takde kereta hari nih so I jadi pompuan baik duduk rumah aje. Bila I dah rajin nak masak, D fone suruh bersiap nak bawak I ke BR. Eighh.. malaslah nak bersiap pakai tudung bagai .. "takpe.. Umi goreng nasik aje". Yang bestnya bila D bersuara "nasi goreng Umi terbaeeek". Wahahaha... tau takpe. Lauk sahur I masak jap lagi, hellp!!

Thought I could wall-up all but ada lak si pengacau yang masih tak tidor2 lagi tu. D cekup ntah berapa bijik "Miii... terbaeek". Sebijik aje tinggal dalam pinggan dan D ada hati kata beri dia yang sebijik tu. Oh no! over my dead body ... mueheheheh..
.
I guna tepung jemput2 manis Adabii n campur dengan berbijik2 pisang monyet. Nak kena pandai bancuh jangan bubuh air banyak sebab pisang tu dah 'wet enough'. Cubalah buat cara nih nescaya tak menyesal.
.
Untuk berbuka semalam, I ke BR beli nasi kerabu tapi nasiknya nasi dagang. Tergamam kakak yang jual tu bila I mintak cam tu. I tanya dengan wajah semanis kurma "nape? tak pernah dibuat orang ke?" kihkihkih.. kasi gegarr sama itu kakak sikit.

Tuesday, 25 August 2009

4 Ramadhan ...

4 jam lagi ... insyaallah terlaksana ibadatku. Niat dihati nak masak nasi ayam, TAPI tengoklah camana. It depends on the cuaca luaran dan dalaman but for sure untuk berbuka nanti, juadahnya harus dari hasil tangkapan BR. Kali ni melawat BR yang dekat dengan rumah ajelah. Tak sanggup nak keseberang sana..

Nilah BK yang I masak semalam. Kacang2nya tak kelihatan sebab dibanjiri dek kuah. TB likes his bubur with plenty of gravy. I pulak suka BK yang pekat sikit. I sengaja tak guna santan kotak, I guna santan dari kelapa parut perahan sendiri. I rajin kan? kan? As usual, I tak kisah nak bubuh daun pandan walhal dah beli daah. I tak kisah, TB lagilah tak kisah. Alhamdulillah aman sentosa adanya.

My youngest niece Hanna, siikal mayang and her elder brother MirzaLemin. Bila tanya 'Hanna puasa tak"? Sambil menggentel rambut ikalnya "Hanna puasa masa tidur". Wah! bijaknya dia menjawab. Bijak macam saper agaknya ekk?


Tiap hari Ndja n I mesti tanya soklan cepumas "'masak apa? what's your modal"? I jawab "I buntulah w'pun tiap hari tengok rancangan masak kat tv". Semalam Ndja masuk dapur awal sebab nak kerjakan 'lobsta' pemberian kawan. Dia blur tak tau nak masak apa. I suh dia mms sekor lobsta tu tapi katanya "dah berketai". Haha, kesian. Patutlah lauk2 dia tak nampak the existance of lobsta. I tanya yang ijau2 tu apa? Dia kata sayur kereteng2 kecik2 macam salad. Pastu dia kata jiran kasi cucur badak sumbu berendam tapi terlebih koko (peratikan dia juga ada bakat merapu). Cuba carik kedudukkan cucur badak tu. Nampak tak?

Nota penting: Terlebih koko = terhangus. The L clans dah peka dgn istilah terlebih koko jadinya tak perlu tanya "masak cucur badak bubuh koko ke?", heheh.

Selamat berbuka ...